Anda di halaman 1dari 16

BIL. NAMA NO.

MATRIK

1. NUR KHAIRUNNISA BINTI KHAIRUL ANUAR U2100159

2. NUR AFIQAH MAISARAH BINTI ISMAIL U2100323

3. NUR NADHIRAH BINTI WAHAB U2100436

4. NUR AYUNI BINTI MOHD NAZRI U2100414

5. HANIN BINTI SALAHUDDIN U2100462

6. WAN NUR UMMAIRAH BINTI WAN ISMAIL U2100354

7. NUR AQILAH BINTI KASRI U2100392

8. HAMIZAH NASYITAH BINTI DERUS U2100248

9. MOHAMAD AFIQ AFNAN BIN MOHD ASMARIZA 22005123


@KAMARUZAMAN
1.0 PENDAHULUAN

Kami daripada kumpulan 4 yang terdiri dari 9 orang ahli kumpulan ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Dr Abd Razak yang mesra dipanggil babah
kerana usaha bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini dan sekali lagi berjaya
membawa kami menyelami kisah hidup sebenar para banduan di penjara. Tanpa beliau
tiadalah peluang dan kesempatan kami untuk membuka mata dan hati tentang kisah sebenar
dunia di sebalik keindahan sementara ini. Di sini kami selitkan segala perkara yang dapat kami
curahkan kembali tentang para banduan yang ditugaskan untuk kami. Benarlah jika setiap
manusia itu mempunyai perjalanan hidup yang berbeza dan tidak dapat dijangka. Jadi, kita
tidak boleh mengasumsi bahawa semua manusia itu sama.

Tiada kata yang dapat diungkap dan tiada rasa yang dapat diluah apabila kaki kami
mulai keluar dari penjara tersebut. Segala perkara yang berada di benak fikiran akhirnya terluah
apabila kami bertemu mata dengan mata dengan mereka. Mereka juga sama seperti kita,
memerlukan perhatian dan sokongan daripada orang sekeliling. Kunjungan kami adalah untuk
menyampaikan mesej kepada mereka bahawa masih ada insan yang prihatin, peduli dan cakna
akan masalah dan pengalaman hidup mereka meskipun mereka sekarang berada di dalam
penjara. Oleh itu, kami melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama mereka seperti membuat
origami katak, mereka kostum menggunakan surat khabar dan banyak lagi.

Slot aktiviti ini telah membina hubungan yang baik dan selesa sesama sendiri, sudah
hilang segala perasaan takut dan gusar yang dirasai sebelum bertemu mereka. Mereka
memberi kerjasama yang sangat baik ketika aktiviti dijalankan. Tiada satu pun daripada mereka
yang tidak mahu turut serta, setiap banduan dalam kumpulan kami mudah mendengar kata dan
sangat interaktif. Hal ini memudahkan kami untuk melaksanakan sesi curahan hati bagi
mendengar perkongsian yang penuh keinsafan daripada mereka. Terdapat banyak
pengetahuan dan pengajaran yang membuka minda dan hati kami sepanjang mereka
meluahkan segala isi hati yang terbuku dalam diri. Nasihat-nasihat berguna dan realistik yang
diberikan oleh mereka akan kami semat di setiap langkah kami agar tidak tersalah arah.
2.0 LAMPIRAN SOALAN

BAHAGIAN A (LATAR BELAKANG)

1.Boleh saya tahu apakah nama Encik dan nama panggilan lain dipenjara yang Encik miliki?
2.Encik berasal dari daerah mana?
3.Berapakah umur Encik?
4.Apakah pekerjaan Encik sebelum masuk penjara ?
5.Apakah status kehidupan Encik dan encik tinggal dengan siapa?
6.Berapakah bilangan adik-beradik yang Encik miliki?
7.Dimanakah Encik pernah bersekolah dahulu?
8.Bagaimana dengan keadaan ibu bapa Encik dan adakah Encik mempunyai keluarga terdekat
selain?
9.Adakah Encik mempunyai kenalan rapat ketika dalam penjara?
10.Apakah sukan kesukaan Encik?
11.Adakah Encik boleh mengaji alquran? Bilakah selalunya encik mengaji?
12.Adakah Encik memiliki minat yang terpendam terhadap sesuatu?

BAHAGIAN B (KESALAHAN)

1. Jika Encik tidak keberatan bolehkah Encik ceritakan bagaimana encik boleh terlibat dengan
perkara ini?
2.Adakah Encik mengaku bersalah dengan tindakan Encik?
3.Bilakah kejadian itu berlaku dan dimana peristiwa itu terjadi?
4.Apakah tujuan nombor siri yang terdapat di baju Encik?
5.Boleh saya tahu, apakah perbezaan antara Encik yang berpakaian baju berwarna hijau,biru
dan merah?
6.Apakah rutin harian Encik ketika berada disini?
7.Adakah bagi Encik kesalahan yang encik lakukan setimpal dengan kesalahan yang encik
lakukan?
8.Adakah Encik bersama kawan-kawan encik ketika melakukan kesalahan itu?
9.Berapakah tahun Encik berada di penjara ini?
10.Berapakah baki tahun Encik berada dekat sini?
11.Berapa kalikah Encik telah berada disini?adakah terlibat kesalahan yang sama?
12.Apakah perasaan Encik ketika berada disini untuk kali pertama dan untuk berulang kalinya?

BAHAGIAN C (MASA DEPAN)

1.Bagaimana hubungan Encik dengan keluarga encik sebelum ,ketika ditangkap dan keluar dari
sini ketika hukuman telah tamat?
2.Adakah Encik masih berhubungan dengan keluarga Encik ketika berada disini?
3.Adakah keluarga Encik selalu datang melawat encik ?
4.Berapa kerapkah keluarga Encik datang melawat encik?
5.Bagaimana hubungan Encik dengan adik beradik ?
6.Jika nanti Encik sudah keluar dari penjara, siapakah yang bakal menjemput Encik di sini?
7.Adakah Encik pernah berasa dipandang sinis atau pelik masyarakat ketika pertama kali
keluar?
8.Adakah Encik akan menggunakan kemahiran yang belajar disini untuk bekerja diluar nanti?
9.Jika Encik diberi peluang untuk minta satu makanan, apakah makanan yang Encik teringin
sangat mahu makan?
10.Siapakah orang yang pertama yang Encik nak jumpa?
11.Siapakah orang yang pertama yang Encik nak minta maaf?
12.Apakah perasaan Encik ketika kami semua datang?
13. Boleh Encik beri sedikit kata-kata nasihat kepada kami sebagai orang yang hidupnya lebih
berpengalaman dari kami
3.0 LAPORAN SETIAP BANDUAN

3.1 BANDUAN 1

Nama diberi Muhammad Syukri dan mempunyai nama samaran iaitu Teh. Nama
samaran tersebut diberikan oleh ibunya sejak kecil lagi dan nama tersebut digunakan sejak
kecil. Beliau merupakan anak jati Kuala Besut, Terengganu dan merupakan kelahiran pada
tahun 1983 dan berumur 40 tahun pada tahun ini. Teh merupakan seorang lelaki yang berstatus
bujang dan merupakan anak ke 3 daripada 8 orang adik beradik. Teh masih mempunyai ayah
manakala ibu kandungnya sudah meninggal dunia dan ayahnya berkahwin lain. Sekolah lama
Teh merupakan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut dan hanya mampu
menghabiskan pelajaran sehingga tingkatan 4 sahaja. Pekerjaan Teh sebelum masuk ke dalam
penjara adalah beliau bekerja sendiri yang mana beliau merupakan seorang nelayan dan
mempunyai botnya tersendiri. Teh telah dijatuhkan hukuman pada tahun 2020 dan akan
dibebaskan 4 bulan sahaja lagi. Teh mempunyai minat terhadap bola sepak dan suka untuk
menonton perlawanan bola sepak. Bukan itu sahaja, Teh juga minat untuk menonton drama
Melayu. Teh mempunyai kawan rapat di penjara ini yang mana kawan tersebut merupakan satu
bilik dengannya. Teh tahu untuk mengaji kerana di penjara tersebut terdapat kelas mengaji dan
kelas belajar ilmu agama. Di dalam penjara, selain dari makan, minum dan solat, Teh
ditugaskan untuk membuat kerja seperti mesin rumput dan mencuci . Itu adalah rutin hariannya
di dalam penjara.

Teh dimasukkan ke dalam penjara disebabkan kegiatan beliau pengedar pil kuda
kepada orang lain dan rasa ingin mencuba dadah tersebut. Teh bermula terjebak dengan
pengedaran ini dari berumur 20an kerana terpengaruh dengan rakannya. Pada mulanya Teh
hanya ingin mencuba saja saja dan tidak menyangka akan terjadi seperti ini. Nombor siri yang
berada pada baju setiap banduan adalah tarikh bermula masuk penjara beriringan dengan
nombor kad pengenalan masing-masing. Terdapat perbezaan warna pemakaian di penjara
seperti merah, hijau, biru dan sebagainya. Tetapi daripada pemerhatian, hanya 3 jenis warna
pakaian yang dibekalkan oleh pihak penjara untuk program ini. Bagi pakaian warna merah
merupakan banduan yang baru masuk dan diberikan tempoh selama setahun, hijau pula adalah
untuk selepas setahun dikenakan hukuman manakala biru untuk yang lebih 18 bulan di penjara.
Teh memakai baju berwarna biru yang mana baju tersebut menandakan bahawa Teh sudah
berada lebih 18 bulan di situ dan hampir 4 tahun beliau sudah berada di dalam penjara itu. Teh
juga sering menonton berita di televisyen yang disediakan oleh pihak penjara. Hukuman yang
dikenakan pada teh setimpal dengan kesalahan yang dilakukan kerana pengedaran dadah
adalah satu kesalahan yang besar yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain
dan diri sendiri. Teh memberitahu bahawa kawan-kawannya juga terlibat semasa operasi
pengedaran dadah kepada orang lain. Teh berada di dalam penjara daripada tahun 2020 dan
masih 4 bulan berbaki untuk keluar dari penjara. Teh terlibat dengan pengedaran dadah ini
sebanyak 3 kali dengan kesalahan yang sama. Pada pertama kali, penduduk kampung tidak
tahu tentang masalah yang dilakukan oleh teh tetapi tahu pada kali yang ketiga.

Teh memberitahu bahawa dia tidak ingin memasuki penjara dengan mengulang
kesalahan yang sama. Teh masih berhubung dengan keluarganya dengan menelefon
sebanyak seminggu sekali . Walaubagaimanapun , keluarga teh masih melawatnya sebanyak
sebulan sekali di penjara . Hal ini terbukti keluarganya masih mengambil berat terhadap teh
walaupun dia telah membuat kesalahan. Teh memberitahu bahawa untuk melawat mereka
perlu membuat janji temu dengan memilih tarikh untuk melawat. Keluarganya masih melawat
teh sebulan sekali secara berterusan dan tidak pernah tinggal untuk sesi lawatan tersebut.
Hubungan teh bersama adik-beradik masih rapat dan mesra walaupun salah satu adik
beradiknya tersalah langkah. Teh menyatakan bahawa keluarganya yang akan datang ambil
setelah selesai hukuman yang dikenakan . Mengikut pengalaman yang diceritakan oleh teh, dia
pernah dipandang sinus atau pelik oleh masyarakat ketika pertama kali keluar daripada
penjara . Antaranya penduduk kampung adalah yang banyak memberikan pandangan yang
tidak suka dan suka menuduh teh melakukan perkara buruk walhal teh tidak terlibat dengan
sesuatu situasi. Apabila keluar sahaja daripada penjara, teh menganggap bahawa masyarakat
luar tidak akan menerimanya lagi terutamanya penduduk kampung. Akan tetapi teh masih
memberikan kata-kata positif bahawa masyarakat luar akan menerimanya setelah keluar dari
penjara dengan masa yang sedikit lama. Dengan kemahiran teh belajar daripada penjara
seperti memesin rumput , dia akan menggunakannya sebagai kerja sambilan sebaik sahaja
keluar daripada penjara. Satu makanan yang paling teh idami adalah nasi dagang. Nasi dagang
adalah salah satu makanan tempatan yang sering dihidangkan di Terengganu . Kami semua
berasa terkilan mendengar jawapan teh kerana pada pagi tersebut , kami dihidangkan Nasi
Dagang untuk sarapan. Teh berkata orang yang pertama dia ingin berjumpa dan meminta maaf
adalah ayahnya kerana kesilapan yang dilakukan mungkin tidak mudah dimaafkan dan teh
mengakui kesilapannya. Perasaan yang diungkapkan oleh teh adalah dia sangat terharu dan
gembira melihat kami datang untuk melawatnya kerana masih ada orang yang mengambil berat
tentang mereka dan tidak memandang rendah terhadap mereka. Kami tidak menyangka
bahawa mereka memberikan energi yang sama semasa sesi ini dijalankan dan memberikan
kerjasama yang amat baik. Lebih mengejutkan lagi, banduan yang ditemu bual tidak
mengetahui program yang akan diadakan bersama pelajar tetapi mengetahui mereka perlu
terlibat dengan program. Nasihat Teh kepada kami adalah jangan mudah terjebak dengan
perkara perkara yang tidak baik terutama dadah dan beliau mengingatkan kami agar memilih
kawan yang baik untuk dijadikan peneman di sepanjang hari hari muda kerana kawan lah yang
akan menentukan masa depan kita bagaimana.

3.2 BANDUAN KE-2

Nama diberi Rusli Bin Mohamad dan beliau mempunyai nama samaran iaitu dikenali
sebagai Panjang. Beliau mendapat nama gelaran sebagai Panjang kerana merujuk kepada
tinggi badannya. Panjang merupakan kelahiran tahun 1970-an yang berumur 48 tahun pada
tahun ini. Panjang berasal dari Ajil, Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia. Beliau berstatus
sebagai seorang duda dan mempunyai 4 orang anak, 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan.
Anak sulung beliau seorang lelaki yang berumur 23 tahun manakala anak bongsu beliau masih
berusia 8 tahun pada tahun ini. Beliau juga mempunyai 6 orang adik beradik dan Panjang
merupakan anak yang ke-3. Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil dan
berjaya menamatkan persekolahan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau mempunyai
ibu yang masih hidup dan bapanya pula telah meninggal dunia sebelum beliau memasuki
penjara. Ibu dan keluarganya sering berhubungan dengannya walaupun beliau masih di
penjara. Pekerjaan Panjang sebelum masuk ke penjara ialah buruh dan beliau juga sering
melakukan kerja-kerja kampung seperti membuat binaan rumah, membaiki perabot dan
sebagainya. Sebelum ini, Panjang menetap bersama keluarganya dalam sebuah rumah yang
sama di Ajil dan beliau mempunyai minat atau hobi yang disukai seperti menjadi posisi
pertahanan iaitu pemain bertahan semasa perlawanan bola sepak, membuat perabot dan
banyak lagi. Panjang telah dijatuhkan hukuman pada tahun 2023 dan berada di penjara selama
2 tahun 4 bulan tahanan. Panjang mempunyai beberapa kenalan rapat di penjara kerana beliau
baru memasuki penjara pada tahun lepas kira-kira masih kurang setahun dan memakai pakaian
yang berwarna merah yang terdapat nombor siri tersendiri. Nombor siri tersebut merupakan
nombor yang diberi oleh pegawai penjara dan tahun semasa banduan masuk ke penjara. Beliau
juga berkongsi tentang perbezaan warna pakaian di penjara, biasanya warna merah kurang dari
setahun di penjara dan beliau masih baru di penjara. Para banduan yang menetap di penjara
juga diberikan gaji per hari sekiranya melakukan kerja di penjara dan Panjang mendapat gaji
sebanyak 30 sen sehari.

Panjang dikenakan hukuman selepas ditangkap kerana terlibat menagih dadah iaitu pil
kuda. Hukuman yang dikenakan kepada Panjang ialah rotan dan sebat. Kata beliau hukuman
bagi setiap banduan ialah berbeza kerana hukuman yang dikenakan mengikut kesalahan yang
dilakukan masing-masing. Beliau terpengaruh dengan dadah sejak dari umurnya dalam
lingkungan 20 tahun lebih kerana tersalah mengikut pengaruh rakan yang mengajaknya untuk
menghisap dadah malah beliau menceritakan bahawa dadah dapat memberi kesan kepada
fizikal beliau dengan memberi kekuatan yang berpanjangan. Apabila membuat sesuatu
pekerjaan, beliau terpaksa mengambil tempoh masa yang lama akan tetapi sekiranya dia
mengambil dadah dalam dos tertentu, beliau dapat menyiapkan sesuatu kerja dengan lebih
cepat. Semasa di penjara, beliau menceritakan mengenai rutin hariannya sama setiap hari,
hanya makan tiga kali sehari dan makanan yang diberi mengikut menu yang telah ditetapkan
setiap hari sama ada di sel, bengkel dan di tempat kerja mereka kerana akan ada yang
menghantar makanan tersebut. Beliau berkata bahawa para banduan dilazimkan untuk sentiasa
solat berjemaah pada setiap waktu, mengaji Iqra’ dan Al-Quran, belajar agama, mendengar
ceramah dan melakukan kerja-kerja kemahiran yang ditetapkan oleh pegawai penjara tersebut.
Dahulunya sewaktu Panjang mula-mula masuk ke penjara, beliau hanya berada dalam sel kira-
kira dua minggu lebih. Panjang memberitahu kami bahawa beliau tidak melakukan kerja
PEROL iaitu diberi pembebasan awal untuk bekerja di luar kerana Panjang masih baru di
penjara dan masih memakai pakaian berwarna merah. Panjang juga berkongsi kisah mengenai
adik beradik dan keluarga termasuklah isteri mahupun anak-an aknya. Beliau mengatakan
bahawa keluarganya akan melawat bilamana tarikh telah tiba pada waktunya dan perlu
membuat tempahan awal kerana melawat para banduan mempunyai waktu yang tertentu.
Keluarga Panjang biasanya melawat beliau hanya sekali sekala kerana Panjang masih baru
dalam penjara. Keluarga Panjang juga boleh berhubungan dengannya melalui panggilan
menggunakan pas kad pada hujung minggu akan tetapi mengikut jadual kerana seorang
banduan mengambil masa yang lama sekiranya mendapat panggilan daripada keluarga mereka
dan terpaksa beratur kerana bilangan mereka agak ramai. Pas kad untuk membuat panggilan
dari orang luar agak mahal kerana setiap sepuluh minit akan dicas RM 3.
Kami juga menanyakan kepada Panjang mengenai perasaan sewaktu beliau mula-mula
masuk ke penjara tersebut dan beliau mengatakan bahawa beliau menganggap berada di
dalam penjara ini merugikan masa beliau. Hal ini kerana tinggal di penjara tidak sama dengan
tinggal di luar malah beliau berasa tidak bebas dan bosan kerana mempunyai rutin harian yang
sama. Apabila ditanya mengenai kemahiran baharu yang dipelajari di penjara, Panjang
menjawab beliau boleh mengaji Al-Quran dengan baik kerana sebelum ini beliau tidak pandai
mengaji. Oleh itu, beliau merasa bersyukur kerana dapat membaca Al-Quran walaupun
mengambil masa yang lama dan melazimi bacaan Al-Quran selepas solat maghrib berjemaah
bersama rakan-rakanya. Pada bulan Ramadhan pula, Panjang menceritakan bahawa para
banduan akan berbuka dan solat terawih bersama-sama dan biasanya berjemaah seramai 30
hingga 40 orang lebih. Pandangan masyarakat terutama penduduk kampung terhadap Panjang
semasa beliau disyaki bersalah pula ialah mereka tidak memandang serong terhadap beliau
kerana mereka masih boleh bersembang dan berborak dengan Panjang seperti biasa. Akan
tetapi dengan wajah sayunya beliau menjawab dengan berkata walau secara zahirnya nampak
elok, tetapi di belakangnya beliau tidak mengetahui pandangan dan sudut hati mereka
mengenai Panjang. Panjang juga mempunyai minat dalam menonton filem aksi dan para
banduan yang menetap di penjara masih boleh menonton televisyen pada waktu lapang untuk
mengetahui isu-isu semasa. Panjang juga sempat berkongsi makanan kegemarannya iaitu nasi
minyak kerana di dalam penjara mereka hanya dihidangkan dengan lauk dan masakan yang
biasa. Tambahnya lagi, beliau sudah lama tidak merasa makanan-makan kenduri kahwin.
Panjang juga telah memberi nasihat kepada kami dan masyarakat luar bahawa kita mestilah
menilai dan memilih rakan yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dan jangan mudah
terpengaruh dengan rakan-rakan yang mengajak kepada keburukan dan sebagainya. Hal ini
kerana sekiranya sudah terlibat dengan dadah walaupun sekali perkara tersebut boleh memberi
kesan yang berpanjangan dan sukar untuk berpatah balik ke belakang. Selain itu, beliau
mengingatkan bahawa cita-cita dan impian yang kami inginkan dalam hidup mestilah dikecapi
dan membuat ibu bapa kami berasa bangga memiliki kami. Dalam pada itu, beliau
menasihatkan kami untuk belajar bersungguh-sungguh dalam meniti zaman belajar ini. Sempat
lagi beliau berseloroh dengan berkata bahawa beliau percaya ahli perempuan dalam kumpulan
kami semestinya dari kalangan orang yang bijak pandai kerana perempuan kebanyakannya
memiliki otak yang cerdas berbanding lelaki. Mengenai azam Panjang apabila keluar dari
penjara ialah beliau ingin memohon ampun kepada ahli keluarganya termasuk ibunya, adik
beradik, isteri dan anak-anaknya. Panjang juga ingin anak-anaknya menjadi insan yang
berguna dan terbaik malah tidak melakukan kesalahan yang sama sepertinya. Menurut
Panjang, dia berasa sangat terharu dan gembira melihat kami datang untuk melawatnya kerana
dapat berjumpa dengan orang luar dan masih ada orang yang boleh menerimanya sekaligus
dapat mengadakan program bersama-sama. Panjang berasa sangat gembira kerana dapat
berkomunikasi dan mendengar isi hati mereka dengan kami. Beliau juga berterima kasih
kepada kami kerana sudi melawat mereka di penjara.
3.3 BANDUAN KE-3

Nama diberi Faizul Bin Asing dan mempunyai nama samaran yang digelar dan dipanggil
sebagai Jul sama ada di penjara ataupun di rumah yang diberikan oleh ibunya sendiri. Beliau
merupakan kelahiran tahun 1990-an yang berumur 34 tahun pada tahun ini. Jul berasal dari
Batu 6, Kuala Nerus, Terengganu. Beliau berstatus sebagai seorang yang bujang dan
mempunyai 12 orang adik beradik dan Jul adalah anak yang ke-10. Beliau bersekolah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Terengganu dan mempunyai tahap pendidikan
sehingga tingkatan 2 sahaja menyebabkan beliau terus bekerja sebagai pekerja buruh yang
melakukan pelbagai pekerjaan dalam menampung kehidupan sehariannya. Beliau juga masih
mempunyai ibu yang masih hidup lagi dan masih berhubung dengannya lagi walaupun masih di
penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia sewaktu beliau sekolah menengah. Jul
telah dijatuhkan hukuman pada tahun 2020 dan akan dibebaskan pada bulan 9 tahun ini.
Dahulunya, beliau menetap bersama keluarganya dalam sebuah rumah yang sama di
Terengganu dan mempunyai minat terhadap permainan bola sepak dan sepak takraw yang
diminatinya sejak kecil lagi serta sering bermain sewaktu sebelum memasuki penjara. Beliau
juga meminati menolong orang dalam pekerjaan di ladang kelapa sawit seperti mengangkat
sawit dan menabur baja sewaktu menjalani Parol. Jul juga mempunyai ramai kenalan rapat di
sana kerana beliau sudah memasuki penjara sebanyak 10 kali dan memakai pakaian yang
berwarna biru yang terdapat nombor siri tersendiri. Jul dikenakan hukuman kerana terlibat
dengan dadah iaitu pil kuda dan syabu. Beliau terpengaruh dadah sejak dari umurnya 14 tahun
kerana hanya mengikut kawan yang nakal dan yang menghisap dadah. Jul menceritakan
bahawa dia tidak pandai mengaji sebelum masuk penjara dan sekarang dia sudah pandai
mengaji. Jul mempunyai adik beradik yang prihatin kerana sering melawatnya sebulan sekali.
Mereka boleh melawatnya sebulan sekali sahaja kerana telah mempunyai penetapan had masa
dan peraturan di penjara iaitu hanya sekali pada setiap bulan. Namun begitu, Jul dibolehkan
untuk menelefon ahli keluarga seminggu sekali pada hujung minggu iaitu pada hari Jumaat dan
Sabtu. Beliau berkata ramai yang sanggup beratur panjang di telefon awam untuk menelefon
ahli keluarga mereka. Telefon awam tersebut hanya boleh diakses dengan menggunakan kad
dan tidak perlu menggunakan duit syiling seperti kita yang selalu guna di asrama sekolah
menengah dahulu. Kad tersebut dikenakan caj sebanyak 30 sen seminit yang diuruskan oleh
syarikat komunikasi.

10
Jul dimasukkan ke dalam penjara kerana menghisap dadah dan tidak lagi dikenakan
hukuman ringan sebaliknya akan dipenjara lima tahun dan tiga sebatan jika didapati bersalah
mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 mengikut mahkamah yang
menetapkan. Seperti yang dijelaskan, beliau terjebak dengan dadah ini kerena terpengaruh
daripada rakannya di kampung halamannya sejak berumur 14 tahun lagi dan didapati bersalah
setelah membuat pemeriksaan ‘urine test’ oleh pihak polis. Jul telah memasuki penjara
berulang kali sebanyak 10 kali dan dijatuhkan hukuman ini pada tahun 2020 tetapi tidak
dinyatakan tarikh yang spesifik. Terdapat perbezaan warna pemakaian di penjara seperti
merah, hijau, biru dan sebagainya. Tetapi daripada pemerhatian, hanya 3 jenis warna pakaian
yang dibekalkan oleh pihak penjara untuk program ini. Bagi pakaian warna merah merupakan
banduan yang baru masuk dan diberikan tempoh selama setahun, hijau pula adalah untuk lebih
setahun dikenakan manakala pakaian biru pula akan digelar sebagai komando kerana telah
lama memasuki disini iaitu lebih daripada 18 bulan di penjara. Dan setiap baju yang dipakai
mempunyai nombor sirinya yang disamakan dengan nombor kad pengenalan seperti
disebutkan oleh Jul. Beliau memakai pakaian yang berwarna biru menandakan dia sudah lama
di situ. Beliau telah menerima 3 kali sebatan dan hukuman penjara selama lima tahun. Namun
begitu, hukuman terhadap Jul telah diringankan setelah pihak penjara mendapati bahawa Jul
menunjukkan sikap yang baik semasa di penjara. Jadi, dia dipilih untuk menjalani Pembebasan
dan Pengawasan Pihak Polis (PAROL) dalam sektor perladangan kelapa sawit di Pahang
sehingga tarikh pembebasannya. Selama menjalani Parol, Jul akan diberi gaji sebanyak 80 sen
sehari. Antara kerja yang dilakukan seperti mengangkat buah kelapa sawit, menabur baja sawit
dan sebagainya. Dia dikehendaki untuk melaporkan diri setiap hari kepada pihak penjara.
Menurut Jul juga, pengalaman yang dilalui olehnya ketika mula masuk ke dalam penjara ialah
beliau berasa takut dan tidak selesa serta tertekan. Namun, lama-kelamaan Jul dapat
membiasakan dirinya di penjara kerana beliau mendapat layanan yang baik oleh pegawai-
pegawai dan mendapat kawan yang baik. Setiap hari Jul akan solat berjemaah pada setiap
waktu, mengaji Iqra’ dan Al-Quran, belajar agama dan mendengar ceramah, melakukan
pekerjaan yang ditetapkan, makan bersama-sama, menonton televisyen(berita) dan
sebagainya. Dia rasa bersyukur kerana mempunyai ustaz yang sudi mengajarnya dari Iqra’
pertama walaupun dia tidak pernah mengenal huruf apatah lagi membaca. Begitulah rutin-rutin
Jul di penjara pada setiap hari yang berulang-ulang kali melakukan perkara yang sama sahaja.

Jul mengatakan bahawa dia tidak lagi mahu masuk penjara kerana dia sudah insaf dan
tidak lagi mahu mengulangi perbuatan yang sama. Pada masa yang sama, Jul berasa agak

11
sedih untuk meninggalkan tempat yang penuh kenangan dan tempat yang beri pengajaran
buatnya. Sepanjang berada di penjara, hubungan Jul dengan keluarga masih akrab kerana
mereka sering melawat Jul setiap bulan. Jul juga sering menelefon ibu dan ahli keluarga pada
hujung minggu. Jul mempunyai adik beradik yang prihatin kerana sering melawatnya sebulan
sekali. Mereka boleh melawatnya sebulan sekali sahaja kerana telah mempunyai penetapan
had masa dan peraturan di penjara iaitu hanya sekali pada setiap bulan. Kebiasaannya apabila
Jul keluar dari penjara, keluarganya yang akan mengambil. Namun,ada juga keadaan di mana
Jul pulang ke rumah seorang diri dengan menaiki bas kerana dia sudah terbiasa seorang diri
dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Persepsi masyarakat ketika Jul keluar dari penjara
tidak begitu terjejas kerana mereka tidak memandang pelik dan berkelakuan seperti tidak apa
yang berlaku. Jul dapat merasakan perkara yang sama akan berlaku apabila dia keluar dari
penjara nanti. Jul akan menggunakan kemahiran yang ada pada dirinya untuk bekerja diluar
nanti seperti dalam bidang pertanian iaitu bercucuk tanam dan melakukan kerja di ladang
kelapa sawit apabila dibebaskan. Makanan yang Jul inginkan untuk makan ialah nasi lemak dan
KFC. Beliau berkata sudah lama tak merasa makanan di luar sana. Orang pertama yang Jul
akan jumpa selepas keluar dari penjara ialah ibunya. Beliau ingin meminta maaf terhadap
ibunya kerana membuat kesalahan dan tersilap langkah sehingga masuk ke dalam penjara
yang mungkin membuatkan ibunya kecewa. Menurut Jul, dia berasa sangat terharu dan
gembira melihat kami datang untuk melawatnya kerana masih ada orang yang boleh menerima
mereka untuk mengadakan program bersama. Jul berasa tidak bosan dan gembira apabila
adanya program luar yang mempunyai banyak aktiviti dan menarik. Beliau juga berterima kasih
kepada kami kerana sudi melawat mereka di penjara dan sempat memberikan nasihat dan
pesanan kepada kami yang masih muda lagi tidak mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dan
bijak dalam pemilihan dan menilai kawan kerana baginya sekali terjebak buruk padahnya dalam
diri sebagai seorang penagih dadah.

3.4 BANDUAN KE-4

Nama diberi Sapiah bin Sulong dan beliau lebih dikenali sebagai Kancil. Kancil
merupakan nama samaran baginya dan ia diambil sempena nama kumpulan beliau bersama
rakan-rakannya. Kancil telah dilahirkan pada tahun 1975 dan kini berusia 48 tahun. Beliau
berasal dari Kemaman, Terengganu. Selain itu, beliau juga pernah bersekolah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Cheneh. Kancil menjelaskan bahawa beliau hanya mendapatkan

12
pendidikan sehingga Tingkatan 3 sahaja dan sempat mengikuti peperiksaan akhir untuk
memperoleh Sijil Rendah Pelajaran. Pada asalnya, Kancil menjalani kehidupan bersama ahli
keluarganya termasuklah ibu, ayah dan adik-beradiknya. Ibu beliau merupakan suri rumah
sepenuh masa manakala ayahnya merupakan seorang tukang kayu. Ini menunjukkan bahawa
ayah beliau menanggung segala kos sara hidup keluarga mereka. Bagi meringankan beban
yang ditanggung oleh keluarganya, Kancil mendapatkan lesen kenderaan dan mula bekerja
sebagai pemandu lori. Kancil merupakan anak ke-4 daripada lapan orang adik-beradik.
Dahulu, Kancil memiliki seorang isteri. Namun begitu, mereka berdua telah bersetuju untuk
bercerai atas faktor-faktor tertentu. Perkahwinan tersebut telah memberi peluang kepada Kancil
dan bekas isterinya untuk merasai nikmat memiliki beberapa orang anak kandung. Kancil
memiliki empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Pada masa kini, anak sulung
beliau berusia 20-an manakala anak bongsunya berumur lapan tahun. Kancil dilihat sebagai
seorang yang sabar kerana beliau memiliki minat terhadap aktiviti memancing pada waktu
lapang.

Akibat daripada pengaruh rakan sebaya yang mendorong dirinya melakukan perbuatan
negatif, Kancil telah berjinak-jinak dengan dadah. Beliau menyatakan bahawa pada awalnya,
beliau hanya ingin mencuba (menghisap dadah) dengan kuantiti yang sedikit. Namun begitu,
lama-kelamaan beliau berasa ketagih sehingga menyebabkan beliau tertangkap. Disebabkan
hal itu, beliau dimasukkan ke dalam penjara apabila polis mendapati ujian urin yang dilakukan
terhadapnya adalah positif dadah. Kancil menjelaskan bahawa beliau berasa sangat malu
apabila perbuatannya itu diketahui oleh semua ahli keluarganya. Setakat ini, Kancil telah
berada dalam penjara selama 20 bulan dan dijangka akan bebas pada tahun 2025. Oleh itu,
pihak penjara telah menetapkan baju berwarna hijau terhadapnya. Beliau telah menerima sekali
hukuman sebat dan penjara selama lima tahun. Ini kerana, hukuman terhadap beliau telah
diringankan setelah pihak penjara membuat pengawasan atau pemerhatian terhadap sikapnya
sepanjang dua tahun di penjara. Pihak polis mendapati beliau menunjukkan sikap yang baik
seperti berdisiplin, menepati masa, menjaga hubungan baik dengan pihak polis serta banduan-
banduan yang lain dan sebagainya. Oleh itu, beliau diambil untuk bekerja di luar dalam sektor
perkilangan dan pertanian. Dalam sektor pertanian, Kancil telah mendapat pengalaman untuk
menanam lada, menjaga lembu dan lain-lain di Kelantan sepanjang dalam pembebasan dan
pengawasan pihak polis (PAROL) yang berlangsung selama tarikh bebas beliau. Selama
bekerja tersebut, Kancil akan memperoleh wang sebanyak 60 sen setiap hari. Menurut Kancil
juga, dalam melaksanakan aktiviti harian di penjara, pada awalnya beliau berasa tertekan

13
kerana tiada kebebasan. Walau bagaimanapun, lama-kelamaan dia mampu menerima
segalanya. Setiap hari, Kancil akan solat secara berjemaah, mengikuti kelas mengaji atau
belajar agama dengan pegawai penjara, makan, menonton televisyen (berita harian) dan
sebagainya.

Menghisap dadah adalah satu kesalahan yang perlu dielakkan. Hukuman penjara dan
sebatan menjadi pengajaran yang menginsafkan diri Kancil. Sepanjang di penjara, Kancil
sangat bersyukur kerana ahli keluarganya sering melawat beliau pada masa yang ditetapkan
oleh pihak penjara dan itulah peluang bagi dirinya untuk berkomunikasi serta melepaskan rindu.
Setiap banduan akan dibekalkan dengan kad khas untuk berhubung dan seminit akan dikira
sebanyak 30 sen. Mereka akan beratur setiap kali menerima lawatan daripada pihak luar.
Kancil menjelaskan bahawa beliau sangat menggemari masakan ibunya. Oleh itu, jika diberi
kesempatan, beliau ingin makan makanan yang dimasak oleh ibunya kerana terlalu rindu.
Lebih-lebih lagi bulan puasa bakal tiba tidak lama lagi. Antara aktiviti yang dinanti-nantikan
adalah tarawih berjemaah, mengaji, bersahur dan berbuka puasa. Meskipun bulan puasa tidak
disambut bersama ahli keluarga, Kancil tetap bersyukur kerana adanya rakan-rakan yang lain.
Selain itu, apabila beliau dibebaskan nanti, perkara pertama yang ingin dilakukannya adalah
meminta maaf kepada ibu, ayah dan semua ahli keluarganya. Keluarganya akan menyambut
beliau setelah beliau dibebaskan kelak. Menurut Kancil, masyarakat selalunya masih boleh
menerima kehadiran mereka apabila bertemu. Disebabkan hal itu, Kancil sangat gembira
apabila dapat mengetahui lawatan yang dilakukan oleh pihak luar terhadap mereka semua di
penjara. Beliau turut menasihati masyarakat supaya ambil pengajaran terhadap kesalahan yang
telah dilakukannya dengan tidak mudah terpengaruh kepada perkara negatif, bijak dalam
memilih rakan, melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu khususnya ilmu agama serta tidak
mensia-siakan kebebasan yang dimiliki sekarang. Beliau berharap agar dirinya serta
masyarakat lain menjauhi dadah kerana ia sangat berbahaya untuk kesihatan dan
menggelapkan masa hadapan.

14
15

Anda mungkin juga menyukai