Anda di halaman 1dari 3

Saiful Apek Kini Dalami Ilmu Agama Selepas Kerap

Dijemput Memberi Ceramah


Saiful Apek antara pelawak senior yang cukup popular sekitar awal tahun 2000, namun kini Apek jarng muncul di
kaca tv dan lebih gemar melakukan kerja di belakang tabir.

Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, Apek sering dijemput untuk mengadakan ceramah dalam forum
agama di masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur. Buat Apek, ia adalah salah satu cara ataupun peluang untuk
beliau mendekatkan diri dengan Allah SWT dan mendalami ilmu agama.
Sejak dua bulan kebelakangan ini saya sering diundang untuk menjadi ahli panel forum agama di masjid-masjid
dan surau di sekitar Kuala Lumpur. Mereka minta saya berkongsi tentang kehidupan saya sebagai anak seni,
tanggungjawab sebagai bapa dan macam-macam lagi.
Alhamdulillah mungkin juga ada sebab saya dapat peluang itu, sedikit sebanyak saya belajar banyak tentang
ilmu agama.

Jelas Apek, beliau sebenarnya sudah lama mempunyai niat untuk berubah dan berhijrah ke arah lebih baik tetapi
beliau tidak mahu terburu-buru.
Saya memang ingin mendalami tentang agama Islam, tapi kalau boleh saya tidak mahu melakukannya terlalu
drastik.
Saya buat perlahan-lahan dan Insya-Allah, sekurang-kurangnya jika saya beri ceramah di masjid dapat juga
menarik orang lain untuk datang dan berminat turut sama mendalami agama Islam.

Alhamdulillah, perubahan itu tidak perlu dilakukan secara drastik. Apa yang penting ialah keikhlasan hati untuk
berubah.

Anda mungkin juga menyukai