Anda di halaman 1dari 5

Elly Mazlein Dedah Perkara Sebenar Dan Akan Tuntut

Nafkah Anak
Selepas Faye Kusairi mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bingung dengan sikap Elly Mazlein yang
memarahi dirinya meskipun beliau bukan perampas, semalam Elly nampaknya telah memberikan respon
beliau sendiri terhadap persoalan Faye.

Elly turut mendedahkan sikap buruk bekas suaminya, Azmi Hatta dan meluahkan betapa susahnya beliau
menghadapi segalanya dari saat kelahiran anaknya sehinggalah hari ini.
Paling menyedihkan ketika beliau hendak bersalin, Elly terpaksa memandu kereta seorang diri untuk ke sebuah
pusat perubatan tanpa bantuan sesiapa.
Bukan itu sahaja, Azmi tidak melawat anaknya yang terkena demam kuning dan ada satu masa Azmi sanggup
menyebelahi Faye kononnya Elly menuduh wanita itu adalah punca mereka bercerai.

Berikut luahan penuh Elly di Instagramnya :Apa lg la ni .. hurmmmmmm.. Ok lah .. nanti tunggu saya akan bercerita ya sepanjang mengandung selepas
berpisah,mengandung seorang diri ,pergi check up drive sendiri,mengidam beli sendiri ,tapi kebanyakkan abah
yg belikan,hari nak bersalin saya drive sendiri ke hospital walaupun tanda bersalin dah ada ,doctor suruh masuk
hospital,bekas lelaki suruh balik dulu.
Selepas bersalin malam tu terus bekas lelaki mengaku bercinta denga fake (Faye Kusairi). Seminggu saya di
hospital Naluri nasib baik tak meroyan,anak sakit kuning bapa tak peduli. Bapa datang melawat siap tunjuk kat
saya pakai baju racing fake. nurse di Naluri yang kemas barang-barang saya.

Dalam berpantang saya di marahi bekas lelaki sebab fake marah kononnya saya yang menuduhnya kononnya
dia punca saya berpisah, dalam berpantang saya sengaja di hentam hebat . Dalam berpantang saya di ugut
akan di saman oleh fake, dalam berpantang saya tengok fake nangis-nangis dalam tv kononnya dia di
aniaya..hurmmm manusia ini .. Dalam berpantang saya seorg diri menjaga sefhia yang ada masalah sakit kuning
selama 1 bulan. Dalam berpantang saya bawa anak saya ke hospital Damansara Specialist.
Tambah Elly, sepanjang tempoh berpantang beliau menerima pelbagai hinaan dan kutukan. Namun, semua itu
tidak mematahkan semangatnya. Elly tetap akan menuntut nafkah anaknya.

Dalam berpantang saya di hina di zalimi di kutuk, dalam berpantang saya harung sendiri..saya telan .. saya
mamah seorg diri .. bila dah sihat saya keluar mencari kerja .. saya buka buku acc untuk anak saya ,si bapa tak
ambil peduli .. saya buatkn education plan untuk anak saya ,si bapa tak ambil peduli .. 12hb ni saya akn ke
mahkamah rendah Sepang untuk tuntutan nafkah anak sy .. Doakan saya ya ..
#YaSayaTakAdaTwitter #TapiSayaAdaRamaiPengikutShareDenganSaya #YaSayaTakAdaFB
#TapiSayaAdaRamaiPengikutShareDenganSaya

Setiap cerita itu pasti ada perkara yang kita tahu terjadi disebaliknya. Jika apa yang Elly Mazlein tulis ini adalah
benar, kami harap janganlah diabaikan anak yang tidak mengetahui apa-apa hanya kerana wujudnya kemelut
bersama bekas isteri. Wang, harta, wanita semua kita boleh cari tetapi anak tiada nilainya.

Anda mungkin juga menyukai