Anda di halaman 1dari 3

TAJUK : SINAR

NAMA PENULIS : NUR ARYANA SYAFINA BINTI MD NAZREY

: PISMP TESL AMBILAN JUN 2021-


2026 INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS
BAHASA ANTARABANGSA KUALA
LUMPUR

GELAP. Hanya kegelapan yang kujumpai. Walau sebenarnya, dunia berwarna-warni. Bukan
ingin menolak hakikat tetapi penyakitku menghalang. Atau hati ini yang tak mahu? “Alia, dah
sampai.” ujar Mak Ngah. Aku akur lalu keluar dari kereta. Ucapan terima kasih ku bisikkan.
Makcikku sentiasa menitipkan doa buatku walaupun tidak aku usahakan. Mak Ngah sanggup
membuat segalanya untuk kebaikanku. Tetapi, mampukah aku?

Hospital Sungai Buloh. Aku melangkah kedalam dan terus ke Jabatan Psikiatri dan
Kesihatan Mental. Ya. Aku gila. Itulah anggapan masyarakat tentang orang sepertiku.
Hakikatnya, ia bukanlah semudah itu. Aku disahkan menghidap Post-traumatic stress disorder
atau gangguan stres pasca trauma (PTSD) dan depresi. Aku mengalami gangguan mental yang
mempengaruhi perasaan, fikiran dan tindakanku. Ianya bermula tiga tahun lalu apabila tiga
orang yang kusayangi pergi disebabkan COVID-19. Tiba-tiba, satu hentakan kuat membuatkan
aku terjatuh. “Maafkan saya, cik”, ujar lelaki di depanku ini. “Tak apa”. Aku terus bangun dan
berlalu pergi. Setibanya di ruang menunggu, aku duduk dan kembali diawang-awangan. Aku
terbayang Ibu, Abah, dan Adik berborak denganku di ruang tamu. Aku gembira. Tak mahuku
tinggalkan mimpi ini.

“Alia Binti Ahmad”. Panggilan itu memadamkan awan mimpiku. Aku berjalan menuju
pintu di hujung koridor. Terpampang nama Dr. Hasnina, psikiatrisku, di muka pintu. Aku masuk
dan duduk seperti biasa. Suhu biliknya membuatkanku nyaman. “Dr. Hasnina lambat sikit.
Sekejap lagi dia masuk. Minumlah dulu.”, kata lelaki di depanku. Aku mengangguk dan
memegang cawan tersebut. Aroma teh yang harum mengingatkan aku kepada sarapan yang
Ibu sediakan dahulu. Ibu tak pernah lupa karipap dan teh untuk aku dan Adik. Alangkah
indahnya dunia sekiranya mereka masih disini. “Eh! Cik ni, perempuan tadi,kan?”,
pertanyaannya memecahkan khayalanku. Aku memandang wajahnya yang ceria dilingkari
senyuman. Tiada jawapan dariku. “Saya Izzat, pembantu baru Dr. Hasnani. Maafkan saya pasal
tadi ya.”, tambahnya. Aku mengangguk diam. Dia berbeza dariku seperti langit dan bumi. Dia
diatas terlihat sungguh bahagia manakala aku dibawah ini kusam, tak bermaya.

“Assalamualaikum, Alia”. “Waalaikumussalam, Dr.”, jawabku kepada Dr. Hasnani yang


baru masuk. Beliau memperkenalkan Izzat kepadaku tetapi aku hanya menunduk. Kemudian,
bermulalah sesi kaunseling bersamanya seperti biasa. Aku berasa bahawa semua ini tidak
mendatangkan hasil. Walaupun dengan kebaikan dan keprihatinan Dr. Hasnani dan Mak Ngah,
aku masih begini. Bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan, malah bukan setahun. Sudah
3 tahun aku begini. Aku sudah putus harapan. “Itu sahaja untuk harini. Alia banyakkan berehat
dan sentiasa positif, ok?”. Aku hanya angguk. Hakikatnya, aku hanya termenung sepanjang
sesi. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Aku ucapkan terima kasih dan berjalan keluar.

Sambil menunggu Mak Ngah di lobi, aku teringat Abah yang sering mengambilku dari
universiti semasa cuti. Sekarang, aku bercuti tetapi Abah tiada disisi. Pin..Pin. Hon kereta Mak
Ngah berbunyi. Aku mengorak langkah tetapi dihalang oleh Izzat yang menghulurkan sepaket
coklat. Coklat kegemaranku yang sering Abah belikan. Air mataku mengalir dan aku berlari
menuju kereta kecil didepan. Mak Ngah bertanya tetapi aku diam. Dia terus memandu
meninggalkan hospital.

Izzat terpaku. Dia serba salah membuat Alia menangis. Malam itu, Izzat membuka
telefon dan mendail nombor Alia yang diberikan oleh Dr. Hasnani. Dengan berat hati, Izzat
menghantar mesej kepada Alia meminta maaf. Tidak lama kemudian, Alia menjawab. Dia
mengatakan tidak mengapa malah dia berterima kasih kerana mengingatkannya kepada arwah
Abah. Alia berkata sudah lama dia tidak makan coklat tersebut. Izzat tahu kehilangan orang-
orang tersayang menyebabkan Alia sebegitu. Izzat gembira kerana Alia terhibur pemberian
kecilnya. “Saya harap coklat tu dapat beri awak sinar untuk terus kuat”. Itulah mesej yang
dihantarnya kepada Alia. Alia terpaku. Matanya berkaca. Dia tersentuh dengan kata-kata Izzat.
Izzat mengingatkannya kepada keluarganya yang sangat dirindui. Dia terus memikirkan tentang
satu perkataan. SINAR.

Alia masih berjumpa dengan Dr. Hasnani. Dia senang dengan kehadiran Izzat. Hari
demi hari, Alia semakin rapat dengan Izzat. Mereka sering bersama. Alia semakin terawat dari
sakitnya. Dia mula bersyukur dan mula menerima. Izzat bukan sekadar pembantu Dr. Hasnani.
Tetapi, dia menjadi teman Alia untuk keluar dari kegelapan. Izzat sering memberikan kata-kata
semangat kepada Alia. Kata-katanya menguatkan Alia untuk terus berjuang.

Akhirnya, aku disahkan bebas depresi. Setelah lima tahun rawatan, aku berjaya keluar
dari kegelapan ciptaanku sendiri. Aku sedar selama ini, aku alpa dengan ketentuan Ilahi. Kini,
aku kuat berdiri. Dr. Hasnani memuji kekuatanku. Beliau berdoa agar aku terus ceria. Dengan
senyuman, aku mengangguk. Aku gembira dapat membalas usaha orang-orang sepertinya dan
Mak Ngah yang membantuku. Termasuk Izzat yang sudah lama tidak ku temui. “Dr., Izzat mana
ya? Dah lama tak nampak”, tanyaku. Sudah lama aku memendam pertanyaan itu. Dr. Hasnani
memberitahuku bahawa Izzat sudah berhenti kerja tanpa sebab. Dengan kekeliruan, aku pun
keluar. Aku cuba menghubungi Izzat tetapi tiada jawapan. Izzat terus hilang dan hilang.

Genap setahun kehilangan Izzat. Alia kini meneruskan pengajiannya. Dia semakin
gembira walaupun kadangkala dia teringatkan Izzat. Satu hari, Alia menghantar makciknya
yang sakit ke Hospital Sungai Buloh. Sambil menunggu, Alia berjalan-jalan sambil mengimbau
memorinya dan teringatkan Izzat. Dia menghentikan memori tersebut dan berpusing. Dia
terkejut melihat seorang lelaki seperti Izzat melintas dihadapannya lalu mengekorinya.

Lelaki tersebut berjalan dan masuk ke sebuah wad. Alia meninjau bilik tersebut dan
tertulis nama Izzat disitu. Sepantas kilat, Alia membuka pintu dengan mata berair. Izzat
menoleh kebelakang. Dia terkejut dengan kedatangan Alia. Dia cuba menghiraukannya tetapi
Alia terus berjalan kearahnya. Alia memandang muka Izzat. “Izzat. Ni Izzat kan?”, tanya Alia.
Izzat angguk. Alia yang sedih dan marah mula mempersoalkan kehilangannya selama ini.
Akhirnya, Izzat memberitahu dia menghidap kanser otak tahap 2. Dia tidak memberitahu Alia
kerana dia tidak mahu Alia sedih. Izzat tahu Alia depresi disebabkan kehilangan orang-orang
tersayang. Melihatkan keakraban mereka dahulu, Izzat tahu Alia tidak kuat sekiranya
mengetahui perkara sebenar.

Alia terdiam menghadam apa didengarinya. Izzat turut diam memikirkan Alia yang
kesedihan. Setelah seketika, Alia pun mengelap air matanya dan mengambil nafas panjang.
Alia mengangkat kepala dan memandang Izzat. Sepaket coklat dihulurkan kepada Izzat. Izzat
memandangnya dengan wajah yang keliru. “Pada awak mungkin ini hanya coklat. Tapi pada
saya, coklat ni kekuatan saya untuk kuat. Coklat ni sinar yang awak bagi pada saya dulu.
Sekarang, saya tak perlukan semua tu”, ujar Alia. Izzat terkedu. “Dulu awak sinar saya,
sekarang saya nak tolong awak jadi kuat dan ceria macam dulu. Jadi, boleh saya jadi sinar
awak?”, tambah Alia. Alia mula risau apabila melihat raut wajah Izzat yang sedih. Izzat menatap
coklat tersebut. Dia toleh melihat Alia dan angguk dengan senyuman. “Terima kasih, sinar”,
ucap Izzat. Mereka tersenyum dan ketawa. Kerana sinarlah, mereka kuat. Mereka kuat kerana
SINAR.

Anda mungkin juga menyukai