Anda di halaman 1dari 473

Dheo's

Anjell

PENERBITAN KARYASENI SDN. BHD.

www.karyaseni.my

www.karyaseni.com.my

www.facebook.com/karyaseni

www.penulisan2u.my

1
Obey.tube
© Anjell
Dheo's / Anjell
1. Malay fiction. I. Judul.
899.2333
ISBN 978-967-469-090-8
Terbitan Julai 2018 (Cetakan-1)

Editor: Jabatan Editorial Karyaseni


Tipografi: Jabatan Grafik Karyaseni
Konsep muka kulit: Jabatan Grafik Karyaseni
Reka bentuk: Jabatan Kreatif Karyaseni
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan - Dalam - Penerbitan

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukar dalam apa bentuk atau dengan alat apa jua pun kecuali setelah
mendapat kebenaran bertulis dari Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. Watak-watak yang
terdapat dalam novel ini adalah hasil kreatif penulis. Begitu juga ilustrasi kulit luar
adalah hasil kreatif ilustrator semata-mata. Ia tidak ada kena-mengena dengan yang
hidup atau mati. - Penerbit.

Jaminan Kualiti

Sekiranya terdapat masalah dari segi cetakan, sila kembalikan kepada peruncit atau
pihak kami untuk diganti dengan naskhah baru. Sebarang pertanyaan, sila hubungi
pihak penerbit.

Diterbitkan oleh:
Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. (986363-K)
15-A Jalan Suarasa 8/3,
Town Park 1, Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Selangor.
TEL: 03 - 9074 4144
FAKS: 03 - 9075 1144
WHATSAPP: 010 - 815 4444
www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
e-mel: admin@karyaseni.my

2
Obey.tube
www.facebook.com/karyaseni

Dicetak oleh:

Pengedar Tunggal Fajar Pakeer Sdn Bhd

3
Obey.tube
Dedikasi...
Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah diucapkan ke hadrat Ilahi kerana dengan
izin-Nya, saya dapat menyiapkan karya keenam saya ini. Jutaan terima kasih kepada ibu
bapa, ahli keluarga, kawan-kawan dan para pembaca yang tak putus-putus memberi
sokongan untuk karya-karya saya. Tak dilupakan juga, terima kasih diucapkan kepada
Karyaseni dan Penulisan2u kerana sudi menerima dan membukukan karya keenam saya
ini.

Akhir kata, terima kasih dan salam sayang,

Anjell

4
Obey.tube
Prolog

K ALI pertama aku buka mata? Kosong. Hati rasa kosong. Fikiran pun rasa
kosong. Apa yang aku ingat? Juga kosong.

Siapa aku? Macam mana aku boleh berada di sini? Apa yang telah terjadi
kepadaku? Kenapa aku langsung tak ingat apa-apa?

Semuanya dijawab oleh lelaki separuh umur yang setia menunggu di sampingku.
Orang yang bergelar ayahku. Wajah cengkungnya jelas kepenatan. Ada lingkaran gelap
di bawah mata yang menjadi bukti nyata bahawa dia terkesan dengan keadaanku.

Nurissa. Itu yang dia panggil aku. Nama penuh, Nurissa Rose binti Noriman. Aku
dimasukkan ke hospital gara-gara kemalangan jalan raya. Teruknya sampai doktor tak
tahu sama ada mereka boleh selamatkan aku atau tidak. Dengan izin Allah, aku berjaya
melepasi tahap kritikal. Tapi, aku koma untuk jangka masa yang tak siapa tahu.

Sehinggalah sekarang. Setahun. Itulah tempoh masa aku terlantar di atas katil ini.
Sangat terkejut. Juga bersyukur. Rasa bagaikan mati dihidupkan semula. Mereka semua
mendefinisikannya sebagai keajaiban. Tapi aku pula mendefinisikannya sebagai
peluang kedua. Mungkin aku diberikan peluang untuk tebus kesalahanku? Atau berbakti
kepada orang-orang yang sayangkan aku? Atau sebenarnya ini semua berkat orang-
orang yang doakan aku agar terus kuat berjuang? Wallahualam. Aku sendiri pun tak
tahu.

Malangnya aku bukan diriku sebaik saja aku buka mata. Setiap yang berlaku pasti
ada komplikasi yang bakal kutanggung. Hantukan kuat pada belakang kepalaku
meninggalkan satu parut panjang yang disembunyikan oleh kelebatan rambutku.
Kesannya? Aku mengalami retrograde amnesia. Kata doktor, keadaan ini mungkin

5
Obey.tube
sementara. Boleh jadi beberapa hari, beberapa bulan dan mungkin juga sehingga ke
akhir hayatku. Perasaanku bila doktor cakap macam tu?

Kosong.

Dan beberapa hari telah pun berlalu. Keadaanku masih sama. Masih cuba
memikirkan apa yang telah terjadi. Hidup tanpa tahu siapa kita yang sebenarnya amat
memenatkan dan tertekan. Aku bagaikan tak punya identiti diri. Hati selalu tertanya-
tanya, bagaimana kehidupanku sebelum aku hilang ingatan? Baikkah aku? Atau
jahatkah aku? Berapa banyak pahala aku? Atau lebih banyak dosa terkumpul? Rasa
bagaikan hidup tak lengkap.

Mungkin emosi masih kurang stabil, aku sering menangis apabila ditinggalkan
sendirian. Entah kenapa aku rasa satu kehilangan yang amat besar tanpa ingatan. Aku
tak tahu kenapa aku rasa bagaikan aku lupakan sesuatu yang paling bermakna dalam
hidupku. Hati bagaikan mendambakan sesuatu.

Atau seseorang? Tapi malangnya tiada satu pun memori lepas yang terimbas
dalam fikiranku.

Satu hari, apabila aku membuka mata, masih tiada apa-apa yang berubah.
Pandangan kosong ke arah siling putih bilik pesakit itu. Hanya bunyi pendingin hawa
yang jadi melodi halwa telinga. Bezanya, bilik itu kosong tanpa ayah.

Hidup mesti diteruskan. Itulah motivasi yang selalu aku tiupkan ke dalam jiwa
sendiri. Tiap-tiap hari. Agar aku tidak berputus asa dengan kehidupan.

Aku cuba duduk sendiri. Otot-ototku masih lemah gara-gara dah lama tak
digunakan. Sesuatu yang berbeza hari itu. Di sisi meja kecil di sebelah katilku, ada
sekuntum mawar putih cantik terletak. Bibir secara automatiknya menguntum senyum.
Aneh. Ini kali pertama aku senyum sepanjang aku buka mata.

Bunga mawar bunga kesukaanku agaknya. Tangan terus capai. Kelopak lembut
putih itu kuusap perlahan. Cantik. Kemudian dibawa ke hidung. Dalam-dalam nafas

6
Obey.tube
ditarik bersama bau manis bunga mawar itu. Tenang. Sekali lagi bunga itu dipandang.
Ada satu kad kecil terikat di batang mawar putih itu.

Rest well. Till we meet again, Rose.

Encik Duri.

Rose? Dia panggil aku Rose? Tulisan tangan berangkai itu bagai dekat dalam hati.
Sangat cantik. Sekali melihat pun aku sudah jatuh hati dengannya.

Encik Duri?

Kalau awak ros, saya durinya...

Auch! Aku pegang kepalaku. Suara siapa yang melekat dalam kepalaku ini?

Erat-erat aku pejam mata. Cuba redakan sakit kepala yang tiba-tiba menyengat.

“Encik Duri,” sebutku. Ulang dan ulang lagi dalam kepala. Cuba membayangkan
insan yang berselindung di balik sebaris nama itu. Siapa dia? Kenapa dia datang ketika
aku sedang lena?

Yang pasti dia kenal siapa aku. Dan aku dapat rasakan dia adalah orang penting
dalam hidupku. Kawan aku? Atau kekasih? Atau tunang? Argh... Kenapa tiada langsung
memoriku tentang siapa dia ni?

Pantang otak mula bekerja keras, sakitnya bagai mahu meletup kepala ni. Sekali
lagi jari mengurut kepala. Relaks, Nurissa. Relaks. Nafas ditarik dalam-dalam, cuba
untuk tenangkan diri sendiri. Beberapa kali doktor berpesan supaya aku jangan tertekan
kalau aku tak nak rumitkan lagi keadaan. Kalau aku nak baik, jangan paksa diri.

7
Obey.tube
Ros di tangan dibawa ke hidung lagi. Hidu bau lagi sekali. Fikiran kembali
tenang. Aku yakin bunga ros adalah bunga kesukaanku. Bunga dari Encik Duri. Suatu
hari nanti, pasti aku akan tahu siapa dia.

Aku menguap. Tiba-tiba rasa penat. Tubuh kembali dijatuhkan ke atas katil secara
mengiring. Bunga itu digenggam erat ke dada sebelum tutup mata. Tanpa sedar, bibir
sempat mengorak senyuman. Gembira entah kenapa.

A pretty rose definitely blows a good spirit. Tiba-tiba terngiang-ngiang ayat itu
dalam kepala. Aku setuju.

Lenaku setelah itu diulit mimpi indah. Sangat

indah. Terbayang seulas senyuman yang terukir bersama satu lesung pipit di pipi
kanannya. Lawa. Hati rasa senang bila melihat senyum gembiranya itu. Aku rasa aku
mahu selalu menjadi penyebab untuk dia tersenyum. Malangnya, wajah pemilik
senyuman indah itu samar-samar.

“Wait for me, mia bella...”

Suara sama juga yang berkata. Juga samar-samar. Tapi selalu kudengar.

Sering tertanya-tanya. Siapakah dia?

8
Obey.tube
Bab 1

“M IA BELLA...” Kedua-dua kelopak mata terus terbuka.

Gelap. Itu yang aku nampak. Sunyi. Itu yang aku dengar. Nafasku berombak
lembut. Sepertinya sudah biasa melalui semua ini.

Mengeluh. Tangan meraba-raba dalam kegelapan. Mencari telefon pintarku yang


selalu diletak di sebelahku. Dah pukul berapa sekarang ni? Tepat firasatku. Tiga pagi.

Aku mengubah posisi tidur. Dari elok memeluk patung anak singa, aku
menelentang. Merenung siling. Kalau tadi gelap-gelita, kini mataku mula sesuaikan
dengan keadaan itu. Kelip-kelip mataku pandang kipas pegun yang menghiasi siling itu.

Tiga tahun. Tiga tahun sudah pun berlalu selepas aku bangkit dari koma. Dan
boleh dikatakan hampir setiap hari aku akan tersedar tepat jam tiga pagi. Tiap-tiap kali
itu jugalah perkataan mia bella itu penyebab aku tersedar. Mimpi bagaikan diulang
tayang. Suara garau tapi lembut itu terngiang-ngiang. Malangnya, tak pernah sekali pun
pemilik suara itu muncul.

Aku yakin mimpi bukan sekadar mimpi. Seratus peratus aku yakin mimpi itu
punya ikatan dengan kehidupanku yang dulu. Tapi agak sedih juga. Tiga tahun berlalu,
tapi satu memori pun aku tak dapat ingat. Aku masih sama seperti ketika aku bangun
dulu. Kawan-kawan lama yang menegurku pun aku tak dapat cam. Hanya simpati yang
dihulurkan apabila aku menerangkan kepada mereka.

Aku mengeluh lagi. Gebar tebal ditolak dari tubuh. Nak sambung tidur pun, mata
dah segar. Mungkin Allah sedarkan aku supaya aku boleh solat sunat tahajud. Tanpa
membuang masa, terus aku berlalu ke bilik air. Ingin mengambil wuduk.

Mungkin aku kena terus berdoa. Mungkin doa aku masih belum cukup dan sebab
itulah Allah masih belum perkenankan doaku. Tapi aku tak pernah putus asa, aku yakin
suatu hari nanti dengan izin Allah, ingatanku akan kembali pulih. Kalau bukan
sepenuhnya, paling tidak pun separuh.

9
Obey.tube
MALANG betul aku rasa hari ni! Penat aku bangun awal, berdandan cantik. Mulut pun
dah lenguh membebel bermacam bahasa apabila menghadap kesesakan lalu lintas. Cun
aje Baby Taurus masuk kotak parking, boleh pula pensyarah aku bergurau senda dalam
WhatsApp grup dengan mengatakan kelas dia batal hari ini dan dia lupa nak bagi tahu.

Separuh kelas bersorak. Maksudnya boleh sambung tidur sebab memang cuma
ada kelas tu aje hari ni. Yang duduk kolej kediaman bolehlah menari cia cia. Yang
duduk jauh macam aku ni rasa nak menari kuda kepang! Tak tahu ke kalau naik kereta,
orang pakai petrol namanya, bukan jus oren. Dahla minyak selalu naik. Hai... Sabar aje
la!

Nak tak nak, patah balik! Dalam kereta kepala sibuk mengatur rancangan. Apa
aku nak buat hari ni? Kat rumah confirm sepi. Ayah dah tentu tengah bersiap nak pergi
kerja. Entah-entah dah pergi kerja dah. Tinggal di rumah sendirian sumpah bosan.

Aku dah tahu destinasiku selepas ini. I’s Café. Dah lama tak pergi. Sibuk punya
pasal, aku dah jarang jejak kaki ke situ. Niat asal nak terus ke sana. Tapi aku lupa yang
set alat melukisku tertinggal di rumah. Memang kebiasaannya itulah aktivitiku bila
berada di kafe itu.

Sewaktu aku tiba di depan pintu pagar besar rumahku, kereta ayah masih berada
di bawah garaj. Maksudnya ayah belum pergi kerja. Jam di dashboard kereta dijeling
sekali. Keningku berkerut sedikit. Dah lambat. Kenapa ayah belum pergi kerja? Atau
cuti? Atau masuk lambat sikit?

Tanpa menghiraukan persoalanku yang sepi tak berjawab itu, aku keluar dari
kereta. Aku masuk ke dalam rumah. Langkah terus diatur ke bilik tidurku. Buku lukisan
yang selalu menjadi penemanku di kala bosan terletak cantik di atas katil. Lantas aku
capai dan memasukkannya ke dalam beg sandangku.

Setelah memastikan tiada apa yang tertinggal, aku terus melangkah keluar. Niat
untuk terus keluar dibatalkan sebaik sahaja aku teringatkan ayah. Risau. Macam mana
kalau ayah sebenarnya sakit?

Aku melangkah ke bilik tidur ayahku yang terletak berdepan dengan bilik tidurku.
Tombol dipulas. Kosong. Katil kemas tersusun. Maksudnya ayah dah keluar. Tapi ayah
kat mana? Kalau ayah tak ada dalam bilik, maksudnya cuma satu. Mungkin ayah di
dalam bilik kerjanya.

Aku terus turun tangga. Bilik kerja ayah terletak di tingkat bawah. Agak tersorok
sedikit. Aku pun tak tahulah kenapa ayah pilih bilik tu untuk jadi bilik kerjanya.
Mungkin mahukan privasi.

Pintu bilik diketuk sekali. Kalau ayah di dalam bilik kerja, memang kebiasaannya
aku akan ketuk pintu dulu sebelum redah masuk. Aku tahu ayah tak kesah kalau aku

10
Obey.tube
redah masuk sekali pun. Tapi aku cuma hormat kalau ayah sedang siapkan kerjanya.
Aku ketuk pun sekadar untuk memberitahu tentang kehadiranku.

Seperti biasa, selepas ketuk sekali, daun pintu itu terus ditolak.

“Ayah,” panggilku. Kepala menjenguk dahulu.

Dua susuk tubuh pegun mendengar teguranku. Alamak, ayah tak sendirian!
Sekilas aku cuma melihat ada lelaki lain yang sedang duduk di atas kerusi, berdepan
dengan ayah. Agak jauh dari pandanganku. Susuknya membelakangiku. Baru sahaja
nak panjang leher melihat gerangan kawan ayah, ayah dah berdiri di depanku. Terus
hilang susuk lelaki itu.

“Rissa, bila balik? Bukan pagi-pagi lagi dah pergi ke kelas ke?” soal ayah.

Aku senyum sekejap. Wajah tua ayah dipandang. Terus lupa tentang lelaki itu.

“Kelas tiba-tiba cancel. Lecturer ada hal. Penat Rissa siap awal-awal.”

Aku mengeluh.

“Habis, ni nak pergi mana?”

Ayah ni buat-buat tanya pula dah.

“I’s Café la ayah, mana lagi? Balik ni pun sebab nak ambil sketch book. Rissa
nampak kereta ayah. Risau kalau ada apa-apa jadi kat ayah. Ayah tak kerja ke hari ni?”

“Kerja. Masuk lewat sikit. Ayah ada hal nak discuss sikit,” balas ayahku.
Jawapannya buatkan kepalaku kembali teringat yang aku tak berdua dengan ayah. Tapi
sepinya macam kami cuma berdua. Kawan ayah tu pun, kenapa kejung macam batu aje?
Mungkin menghormati kami yang sedang bercakap.

“Ayah, siapa tetamu ayah tu?”

Perlahan suaraku. Konon-kononnya khas untuk didengari oleh telinga ayah sahaja.
Tapi gara-gara kesunyian yang tebal mengalahkan dinding itu, suaraku macam bercakap
dalam gua. Bergema. Aku yakin lelaki itu turut mendengarnya.

Kepala gatal untuk melihatnya lagi. Biasalah... Curiousity kills the cat. Nak pula
memang aku ni jenis yang memang tinggi rasa ingin tahunya. Tapi tubuh ayah tetap
menghalangku. Kalau aku nak tengok, aku kena bergerak ke kanan sikit. Tapi kalau aku
buat macam tu, kantoila aku gatal nak mengusyar tetamu ayah itu.

“Kawan ayah.”

11
Obey.tube
Mudah sungguh jawapan ayah.

“Tak nak kenalkan ke? Nampak muda. Kutlah jadi menantu ayah nanti.”

Aku saja bergurau. Sembang macam kawan ayah tak dengar. Haha.

Ayah seakan-akan cuba menahan senyum.

“Betul nak kenal? Nama dia Fateh.”

Dan senyumanku terus mati. Telan liur.

Fateh. Anak angkat ayah. Selalu dengar cerita pasal Fateh. Fateh budak baik.
Fateh anak soleh. Fateh itu dan Fateh ini. Dan paling seram bila ayah cakap, sejuk hati
kalau jadi menantu.

Lagi seram bila ayah cakap macam tu, mata jeling aku. Dan seram tahap
maksimum bila cuma aku anak perempuan ayah. Malah, satu-satunya anak ayah.

“Ooo...”

Hanya itu yang mampu keluar dari mulutku. Terkedu. Tak nak cakap lebih. Sebab
ayah aku tu masih dalam mood mencari calon suami yang baik untuk Nurissa. Bukan
sembarangan lelaki yang boleh dekat denganku. Sebab itulah sepanjang tiga tahun aku
belajar di Universiti Malaya ni, ayah memang haramkan aku bercinta.

“Errr... Rissa tiba-tiba sakit perut la. Nak pergi tandas dululah. Lain kalilah Rissa
berkenalan.”

Aku pegang perut.

Sumpah... Aku tak auta. Dengar aje nama Fateh tadi, nasi lemak pagi tadi pun
terus lancarkan mogok. Dan sekarang campur dengan rasa nervous, memang cantik
sangat la kalau aku bermaraton ke tandas.

“Rissa pergi dulu, ayah. Assalamualaikum.”

Cepat-cepat tangan ayah kusalam.

“Ya la. Hati-hati.”

Pesanan wajib ayah disampaikan bersama senyuman yang cuba ditahan-tahan.


Lucu sangat agaknya dengan reaksiku. Ayah pun dah tahu aku sebenarnya tak selesa
kalau nama Fateh naik.

12
Obey.tube
Kesian Fateh. Dia tak bersalah pun sebenarnya. Tapi aku dah buat nama dia
macam salmonela dan e-coli. Pantang disebut, terus cari tandas. Bukan saja-saja aku
nak lari. Sebab aku tak nak keadaan jadi canggung. Lagi canggung sebab ayah pernah
cerita yang Fateh tahu yang ayah mahu jodohkan kami berdua. Malah, Fateh pernah
pertimbangkannya. Sebab tu aku rasa macam tak sedia nak bertemu dengan Fateh.

Aku terus mengatur langkah keluar. Dan bila aku menutup daun pintu dari luar,
ayah juga baru beralih dari tempatnya untuk kembali ke tempat duduknya. Buatkan aku
dapat melihat sedikit susuk Fateh. Cuma rambut hitam pekatnya yang aku nampak dari
jauh. Baru sahaja Fateh ingin menoleh wajahnya ke arah pintu, daun pintu terus tertutup
rapat.

HAMPIR sebulan juga aku tidak menjejakkan kaki di I’s Café. Suasana I’s Café masih
sama seperti dahulu. Masih awal pagi, jadi tak peliklah kalau bilangan pengunjung
boleh dibilang dengan jari.

“Amboi... Relaks nampak?” tegurku.

“Oh, mak kau!”

Kak Tiqah masih sama. Pantang kena sergah, habis member sebelah kena tepuk.
Terutama sekali Azrul yang selalu jadi mangsa. Sama macam sekarang, tak pasal-pasal
Azrul yang tengah mengelap kaunter yang kena hempuk bahu.

Aku terus gelak. Sumpah kelakar. Apatah lagi bila Azrul dah macam nak
berpencak silat dengan tuala kecilnya itu. Nasib baik tuala, bukan pedang. Haha.

“Aduh... Kenapa saya, kak?”

Azrul mengaduh. Bahu yang dah jadi mangsa kekejaman Kak Tiqah diusap
dengan wajah berkerut.

“Sorry la, Rul. Kau aje yang paling dekat.”

Kak Tiqah sengih bersalah. Kemudian pandangan dihalakan ke arahku. Bercekak


pinggang.

“Cik Rissa ni pun satu hal! Kenapa sergah macam tu?”

Tak pasal-pasal aku pula yang dimarahinya.

Tapi aku cuma tayang sengih sebelum meminta maaf.


13
Obey.tube
“Ala... Bukan selalu, Kak Tiqah. Saya pun rindu nak tengok Kak Tiqah berkarate
dengan Azrul,” balasku sebelum tergelak kecil.

“Lama tak nampak, Cik Rissa? Ingatkan dah tak ingat kita orang kat sini,” tegur
Azrul. Kembali menyambung tugasnya.

“Mana ada tak ingat. Takkanlah saya lupa kafe ni. Busy sikit la. Maklumlah...
Banyak assignment and presentation. Kelas pun selalu penuh. Hari ni aje kebetulan
kelas cancel,” ceritaku.

I’s Café ni bagaikan nyawaku. Walaupun aku tak dapat ingat tentang kafe ini, tapi
jauh dalam sudut hatiku aku tahu kafe ini sangat istimewa. Apatah lagi bila ayah pernah
menceritakan kafe ini dihadiahkan kepada arwah ibu sempena hari ulang tahun
perkahwinan mereka. Sebab itulah kafe ini mempunyai nilai sentimental tersendiri
meskipun kafe ini bukan kafe yang hebat dan terkenal.

Bila bercakap tentang arwah ibu, sedikit sebanyak aku sebak. Aku tak dapat ingat
satu pun kenangan bersama arwah ibu. Lebih menyedihkan bila ayah tunjuk gambar
ibu, aku tak dapat mengecamnya.

Ayah yang menceritakan semuanya tentang ibu. Aku cuma tahu yang arwah ibuku
meninggal dunia ketika aku berusia tujuh belas tahun setelah penat berperang dengan
kanser rahim. Akhirnya, ibu berehat untuk selama-lamanya.

“Kau tengok ni, handsome kan? Kalau jadi pakwe aku, bahagianya hidup.”

“Eleh... Macamlah dia nak pandang kau tu. Jalan sebelah, bayang kau pun belum
tentu dia nak jeling.”

Perbalahan kecil itu membuatkan aku tersedar ke alam nyata. Lantas kepala
ditoleh ke arah mereka berdua.

Nini dan Nuha. Presiden dan naib presiden kelab gosip I’s Cafe. Aku geleng
kepala. Apalah gosip terbaru mereka kali ini? Hari-hari kalau tak stalk Instagram artis,
tak layan cerita artis, tak lengkap agaknya hidup budak berdua tu.

“Wuuu... Hot gila. Kau tengok ni. Gambar dia dengan model Victoria Secret kut.”

Itu suara Nuha. Khusyuk dia dan Nini tenung PC.

“Apa yang kau orang berdua tengah buat ni?” tegurku.

“Eh, Cik Rissa. Hai...” Mereka tayang sengih. Baru perasan dengan kehadiranku.

“Cik Rissa, tengok! Gosip punya pasal, Cik Rissa yang cantik ni depan mata pun
dia orang tak perasan. Marah sikit, Cik Rissa,” bebel Kak Tiqah.

14
Obey.tube
“Sorry la. Bukan selalu dapat cuci mata,” jawab Nuha.

“Kau orang berdua buat apa?”

Sekali lagi aku bertanya. Dengar aje soalanku, bersinar terus mata budak berdua
tu. Teruja.

“Hari ni saja-saja buka web Forbes. European Successful Bachelors.


Handsome semuanya.” Kemudian tayang muka miang.

Bukan calang-calang gosip mereka berdua ni. Rakyat Malaysia mana yang rajin
nak buka laman web Forbes pagi-pagi macam ni? Dah habis agaknya gosip artis tanah
air sampai dah berkembang ke fasa antarabangsa.

“Handsomenya Antonio Solovez. Tengok ni, bergambar dengan Lamborghini


baru dia.”

Nuha cuit lengan Nini. Dan sekali lagi kedua-duanya gelak miang.

“Amboi... Taste taraf international. Sedar la diri tu sikit. Tinggi pun terbantut, ada
hati nak orang Eropah.”

Azrul menyindir sebelum mencebik.

“Tapi ada yang ada relationship dengan entrepreneur Malaysia. Aku tumpang
bangga. Kau apa tahu?” balas Nuha balik. Bertikam lidah.

“Siapa?” soalku. Macamlah aku kenal.

“Nickolai D’Ambrusio.”

Kan dah cakap aku takkan kenal. Haha.

“Nickolai ni sepupu kepada Dheo Han. Pemilik La Prince Hotel.”

Dheo! Aku panggung kepala. Mendengar sebaris nama itu, entah kenapa bagaikan
terasa sesuatu.

“Dheo? As in D-H-E-O? Bukan T, kan?” soalku balik.

Nuha pandang aku. Kening berkerut sedikit. Pasti pelik bila aku eja nama lelaki
itu. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh mengeja semata-mata untuk meminta kepastian
namanya. Bagaikan pernah terjadi kepadaku dulu. Atau mungkin aku pernah mengenali
seseorang dengan nama yang serupa?

15
Obey.tube
“Haah. D-H-E-O.” Nuha tetap menjawab soalanku.

“Kenapa? Cik Rissa pun mesti pernah dengar cerita pasal dia, kan? Dia ni pun
baru balik Malaysia. Sebelum ni menetap di Itali.”

Tahu aje Nuha tentang biodata Dheo Han.

Teragak-agak aku geleng kepala. Takkanlah aku kenal lelaki itu?

“Cik Rissa nak tengok gambar dia? Handsome.”

Nini mempelawa. Pantang lelaki elok sikit, mesti nak bagi mata aku sarapan pagi-
pagi ni.

“Susah nak jumpa gambar dia kalau Cik Rissa nak tahu. Ni pun sekeping aje
gambar dia kat Forbes. Itu pun sebab dia dengan Nickolai. Kalau tak, haram tak ada.
Bila saya cuba Google, tak keluar pun,” sambungnya lagi. PC ditolak ke arahku.

Bunyi loceng menandakan ada pelanggan baru menapak masuk ke dalam kafe.
Kami semua terdiam seketika. Hilang terus mod berhuha huha tadi, semua bertukar ke
mod serius bekerja. PC yang baru nak ditolak ke arahku juga turut ditarik balik. Segala
jenis laman web sepantas kilat dipangkah. Hapuskan bukti sebelum Nini kembali
menayang senyuman kepada pelanggan itu.

Seorang lelaki tinggi hampir mencecah enam kaki tegak berdiri di depan kaunter.
Kepala terdongak sedikit merenung dinding di belakang kaunter. Itu telahanku
memandangkan aku tak nampak hala matanya. Sebab ada Ray-Ban hitam terletak di
atas hidung mancungnya. Nampak macam orang asing.

Mungkin dah sedar dia dah berada jauh dari perhatian pancaran matahari, Ray-
Bannya ditanggalkan sebelum diletakkan di atas kaunter itu.

Semua diam. Lelaki itu juga tajam matanya melihat menu. Muka serius maut.
Wajahnya pasti mencerminkan peribadinya. Aku syak lelaki ni mesti orang berpengaruh
besar. Apatah lagi segak dengan berkot bagai.

“Yes, sir. May I help you?”

Nini bertanya. Bahasa Inggeris digunakan sebab muka lelaki itu macam baru
mendarat dari benua Eropah. Baru tadi sembang pasal orang Eropah, ting! Dah muncul
seorang! Rupa pun boleh tahan. Pucuk dicita, ulam mendatang. Mahu tak bersinar mata
budak berdua tu?

Lelaki itu senyum dulu.

16
Obey.tube
“One Hot Caramel Macchiato, Espresso Doppio, please.” Garau suara lelaki itu
memesan oder. Terserlah kepekatan pelat bahasa ibundanya bila dia bercakap.

“Repeat order. One Hot Caramel Macchiato and one Hot Doppio?” Nini
mengulang balik.

“No... No... Only one Hot Caramel Macchiato, but the Espresso Doppio.”

“Huh?” Tercengang-cengang Nini dibuatnya. Tak faham mungkin.

“Maksud dia mungkin Caramel Macchiato tapi espresso double shot,” celahku.

Lelaki itu menoleh ke arahku. Senyuman agak seksi dihadiahkan kepadaku.

“Si, signora. That’s what I mean.”

Italian! Mungkin faham sikit-sikit apa yang aku cakap tadi.

Aku senyum sekadar untuk berbahasa. Pelik-pelik permintaan pelanggan. Tak


apalah, janji dia bayar, dia tak membazir. Lain orang, lain tekak.

Nini yang sudah faham memberikan oder kepada Azrul. Sememangnya Azrul
salah seorang Barista yang berbakat di kafe ini. Aku juga banyak belajar macam mana
untuk membuat kopi.

“Are you from Italy?” soalku. Saja nak beramah mesra dengan tetamu Malaysia
itu. Rakyat Malaysia kan peramah.

“Si, signora. Yes. I’m from Sicily, Italy.”

“Sicily is beautiful. It’s a memorable place.” Laju saja aku menjawab.

“Have you been in Sicily?” soal lelaki itu. Wajahku direnung dalam-dalam. Tak
percaya agaknya.

Aku sendiri turut terkedu dengan jawapanku. Spontan jawapanku tanpa berfikir.
Seolah-olah aku pernah tahu Sicily itu. Mungkin juga pernah sebelum aku hilang
ingatan. Sayangnya, aku tak mampu ingat.

Aku senyum tawar kepada lelaki itu. Geleng kepala.

“No... I haven’t been in Sicily. But, I always know Sicily is beautiful.”

17
Obey.tube
“Perhaps one day you will be going to Sicily. Italy always welcomes you,” balas
lelaki itu dengan senyuman manis. Hilang segala wajah seriusnya tadi. Yang berdiri di
depanku sekarang hanyalah seorang lelaki yang nampak gentleman.

“Perhaps one day.” Aku sekadar mengeyakan.

Setelah itu kedengaran buzzer lelaki itu berbunyi. Menandakan pesanannya sudah
siap. Lelaki itu melangkah ke arah pick-up kaunter yang cuma berada bersebelahan
dengan kaunter cashier.

“Nice to meet you, signora.”

“Nice to meet you too, signor. Enjoy your drinks.”

“Mi piacerebbe, capa. Quello che vuole lei.” Kepalanya ditundukkan sedikit
ketika dia berkata. Bagaikan sedang tunjuk hormat.

Mentang-mentang sepatah aku sebut perkataan Itali, macam kereta api ayat Itali
dia bagi aku.

“Errr... I don’t understand.”

Dia senyum.

“Never mind. Please excuse me.”

“Please drop by again next time, Mr...”

“Lucca. My name is Lucca.”

18
Obey.tube
Bab 2

L UCCA... Entah kenapa aku jadi keliru. Nama seakan-akan familiar. Baru
beberapa saat yang lepas, susuk tingginya keluar dari kafe ini. Namun mataku tak lepas
pandang pintu itu. Fikiran terbang entah ke mana.

“Cik Rissa! Amboi... Dah jatuh hati ke? Mentang-mentang la handsome. Dia
tenung pintu tu macam nak kasi tembus.” Terasa rusukku disiku seseorang.

Lantas segala khayalanku terbang entah ke mana. Berganti dengan Kak


Tiqah alias tukang siku rusukku itu. Tengah tersengih-sengih mengalahkan kerang
busuk.

“Apa dia, Kak Tiqah?” soalku balik. Mohon ulang lagi sekali. Takut salah dengar.
Manalah tahu, telinga kiri dengar lain, telinga kanan interpret lain.

“Kak Tiqah cakap, bukan main Cik Rissa tenung mamat Itali tu. Hati dah terjatuh,
tergolek, terguling-guling ke?” kata Kak Tiqah sekali lagi. Kali ni versi lebih hiperbola.
Sampai tergelak sekejap aku dibuatnya.

“Mana ada, Kak Tiqah. Cuma... Saya rasa saya macam pernah nampak dia la,”
kataku ragu-ragu.

Wajah Lucca seakan-akan familiar. Bagaikan seseorang yang jauh bersembunyi


dalam memoriku namun bila aku cuba ingat, semuanya hilang. Buatkan aku rasa sedikit
kecewa.

“Kawan Cik Rissa sebelum Cik Rissa hilang ingatan ke?” Suara Kak Tiqah
bertukar serius.

“Entahlah... Saya tak tahu la.” Suara bertukar perlahan.

Macam biasa, bila aku paksa kepala untuk mula mengingat, bahananya bedenyut-
denyut jadinya. Tangan dibawa ke dahi untuk mengurut kecil. Kasi lega. Pengsan
karang, drama pagi-pagi pula nanti.

“Cik Rissa kena relaks. Jangan paksa sangat. Nah... Minum dulu.”

Kak Tiqah hulurkan segelas air putih. Tangan menyambut tanpa banyak soal.
Lepas air putih itu lepas tekak, baru rasa sedikit lega. Mungkin otak baru dapat oksigen.

19
Obey.tube
“Kalau dia kawan saya, mesti dia kenal saya kan, Kak Tiqah? Mesti dia dah tegur
saya tadi. Mungkin saya pun tak kenal dia,” ujarku. Memikirkan kemungkinan. Bila
difikirkan balik, mustahil aku boleh kenal orang Itali. Kawan-kawan Melayu boleh kira
dengan jari, inikan pula nak kawan dengan orang Itali?

Impossible. Siapa la aku nak berkawan dengan orang Itali?

“Crush Cik Rissa dulu kut? Manalah tahu Cik Rissa tertengok dalam mana-mana
majalah. Model underwear ke?” Kata-kata Kak Tiqah itu sekali lagi mengundang
gelakku.

“Mengarutlah Kak Tiqah ni.” Aku geleng kepala. Kepala sedikit ringan lepas
dengar lawak kelakar Kak Tiqah itu.

Mungkin ada betulnya juga kata-kata Kak Tiqah itu. Maksud aku... Mungkin aku
pernah nampak dia kat mana-mana. Bukan pasal aku crushdia sebab dia
model underwear tu, ya?

TEKUN aku melari-larikan pensel kayu di atas kertas lukisan itu. Bila garisan terlebih
sikit, terus aku cari pemadam untuk memadamnya dan lagi sekali garisan halus ditarik.
Kemudian ibu jari pula digosok-gosok sedikit supaya nampak kesan bayang-bayang.

“Amboi, Cik Rissa! Kalau dah melukis tu, memang dah tak pandang kiri kanan.
Letak Aaron Aziz kat depan ni pun agaknya tak dilayan.” Suara itu buatkan aku
panggung kepala. Terganggu seketika kerjaku itu.

Kak Tiqah. Senyuman dikirim seulas. Kak Tiqah ni macam tak pernah tengok aku
melukis pula. Tanpa dijemput, Kak Tiqah mengambil tempat di atas kerusi di sisiku.

“Sorry, Kak Tiqah. Nak melukis kena concentrate 100 peratus. Nanti tak jadi
macam yang kita imagine,” balasku.

Kak Tiqah betul. Aku kalau dah melukis memang dah tak pandang kiri kanan.
Selagi tak tegur, selagi itu la tangan dengan kertas tak berpisah. Aku tak tahu la orang
lain macam mana. Lain orang, lain gaya melukisnya.

“Ni... Kak Tiqah bawakan honey dew ice blended untuk Cik Rissa. Cik Rissa
mesti dahaga, kan?”

Kak Tiqah tolak satu gelas tinggi di depanku.

20
Obey.tube
Awww... Baiknya Kak Tiqah! Bersinar terus mata aku. Honey dew ice
blended memang kegemaranku. Kak Tiqah memang dah hafal dah apa kegemaranku di
kafe ini. Malah... Aku rasa semua staf di sini pun tahu. Nampak tak I’s Café ni dah
macam rumah kedua aku? Haha.

“Buat susah-susah aje. Anyway, thank you, Kak Tiqah,” ucapku. Apa lagi? Terus
aku sedut laju-laju. Memang tekak tengah dahaga mengalahkan orang di Gurun Sahara.
Memang orang mengantuk disorongkan bantal la ni.

“Cik Rissa lukis apa kali ni?”

Kak Tiqah panjangkan leher. Nak tengok apa aku dah lukis.

Jeda seketika.

“Cantik.”

“Tak siap lagi, Kak Tiqah. Beragaklah nak puji sekali pun,” kataku. Lukisan baru
separuh jalan siap. Bohonglah kalau cakap cantik.

Kak Tiqah ketawa sekejap. Kali ni buku lukisanku ditarik ke arahnya. Nak tengok
dengan lebih dekat agaknya.

“Betul, Cik Rissa. Memang cantik. Serius. Ni bukan bodek nak suruh naik gaji.
Tapi memang Kak Tiqah ikhlas. Cik Rissa nak lukis gambar tangan, kan? Gambar
tangan yang menghulur.”

Aku angguk.

“Mesti tangan perempuan. Sebab nampak halus dan pakai gelang.”

Aku angguk lagi. Layankan aje Kak Tiqah nak menganalisa lukisan tak sudahku
itu. Seronok juga ada orang yang excited tengok lukisan aku. Kemudian aku nampak
dahi Kak Tiqah sedikit berkerut.

“Tapi background dia Cik Rissa letak apa?” soal Kak Tiqah. Mungkin tak hadam
lagi kut apa yang aku lakar. Maklumlah, lukisan separuh jalan.

“Eiffel Tower.”

“Kenapa separuh?” Lagi berkerut dahi Kak Tiqah.

“Close up gambar la, Kak Tiqah. Tu yang nampak separuh aje Eiffel Tower,”
jelasku.

21
Obey.tube
“Pandai, Cik Rissa. Macam mana dapat idea?”

Aku jongket bahu.

“Entah. Tiba-tiba.”

Jangan ditanya orang suka melukis. Idea memang datang tanpa diduga. Tengah
tersedak pun boleh muncul. Kadang-kadang tu, dapat pensel dapat kertas lukisan,
tengok-tengok dah siap lukis muka crush.

“Macam-macam. Untunglah pandai melukis. Bakat tu tak semua ada, Cik Rissa.
Cik Rissa patut bersyukur. Cik Rissa dah hilang ingatan pun, bakat yang satu tu Allah
tak pernah tarik.”

Terdiam terus aku. Kak Tiqah betul. Bakat itu semula jadi. Nurissa yang dulu
ataupun sekarang, bakat itu tetap sama. Dah termaktub dalam DNA.

Kak Tiqah tolak kembali buku lukisan itu di depanku.

“Okeylah, Cik Rissa. Cik Rissa sambunglah. Kak Tiqah tak nak kacau.” Kak
Tiqah minta diri. Tinggalkan aku sendirian lagi.

AKU pandang lama-lama lukisan itu. Dah hampir siap. Tapi masih mencari apa-apa
cela untuk diperbaiki. Sebab nampak sangat biasa lukisanku itu. Apa lagi yang nak kena
tambah supaya tak nampak plainsangat? Otak mula berfikir.

Haaa... Aku tahu! Kalau konsep Paris gabung dengan Jepun, okey juga. Apa kata
kalau lukis sekali close up bunga sakura di sebelah kiri. Mesti cun!

Aku angguk sendiri. Bersetuju dengan idea yang baru muncul itu. Apa lagi? Laju
tangan bergerak untuk mengilhamkan idea dalam bentuk grafik. Aku ambil pensel.
Bersedia untuk melukis.

“Hazel, sit down!”

Nasib baik tak terpelanting pensel di tanganku selepas mendengar suara itu.
Terperanjat. Terus aku angkat kepala untuk mencari punca. Suara lelaki itu tak adalah
kuat sangat. Tapi memandangkan suasana di kafe yang agak sunyi, tak pelik kalau
suaranya itu dah macam naik beberapa oktaf. Tak peliklah kalau menarik minat umat
manusia lain.

22
Obey.tube
Mata menangkap satu susuk wanita yang dah berdiri. Tunggu masa nak angkat
kaki. Mungkin dialah kut yang namanya Hazel. Seketika kemudian, aku nampak wanita
itu kembali duduk. Mungkin gerun dengan suara amaran lelaki itu.

Pasangan kekasih tengah bertegang leher agaknya. Tak pun suami isteri tengah
dalam konflik rumah tangga. Hai la... Nak perang pun dalam kafe orang. Apa-apalah.
Bukan urusan aku. Janji tak ada pinggan terbang, meja terbalik kira okeylah tu. Aku
cuma berdoa mereka berdua bertemu jalan penyelesaian dan berdamai.

Pensel kembali dilarikan di atas kertas putih itu. Sekali lagi aku tenggelam dalam
dunia sendiri.

“Cik Rissa.”

Diganggu sekali lagi. Kali ini Azrul pula berdiri di depanku.

“Ada apa?”

“Cik Rissa dah ada kekasih ke?”

Terus berkerut keningku. Semalam hujan, hari ni agak mendung. Ada kaitan tak
agaknya dengan Azrul yang tiba-tiba tanya soalan luar alam macam tu?

“Hmmm... Tak ada. Kenapa?” soalku pelik.

“Secret admirer?”

“Tak ada. Hai... Kenapa? Nak jadi secret admirer saya ke?” gurauku.

“Cik Rissa, tak perlu saya jadi secret admirer Cik Rissa. Saya yakin, mesti
bersusun lelaki kat luar sana yang nak jadi. Cik Rissa aje yang tak pandang,” cebik
Azrul.

“Eh, mana ada! Siapalah saya ni?”

Aku menafikan. Kalau betul macam yang dia cakap, mesti dah berduyun lelaki
ambil giliran nak pinang aku.

“Elele... Tak payah nak siapalah saya sangat, Cik Rissa. Kalau Encik Noriman tak
jadi lembaga tapisan negeri, entah-entah Cik Rissa dah kahwin dah sekarang ni.”

Aku ketawa. Dalam hati mengeyakan. Memang tak dapat dinafikan ayah seorang
yang sangat tegas bila bab berkawan dengan lelaki. Dengar aje aku ada kawan lelaki,
memang disiasatnya dari A sampai Z, dari sejarah lahir sampailah sekarang. Sebab itu la
tak ada lelaki yang lekat denganku. Sebab tu jugalah boleh dikira kawan lelakiku.

23
Obey.tube
“Mengarutlah. Yang awak tanya saya sejarah percintaan saya ni dah kenapa?”
soalku. Mengingatkan balik.

“Oh, lupa! Sorry.” Dia sengih. Kemudian tayang muka seakan-akan baru
teringatkan sesuatu.

“Nah... Untuk Cik Rissa.”

Azrul letak ros putih di hadapanku. Cuma sekuntum.

“Mimpi apa bagi saya bunga ros putih?”

“Eh... Bukan saya, Cik Rissa. Kalau saya bagi, bukan sekuntum. Tapi satu taman.
Ni ada orang bagi untuk Cik Rissa.”

Ros putih. Sekuntum! Aku tergamam. Adakah...

“Siapa bagi?” soalku. Dada berdebar entah kenapa. Tenung bunga tu macam tak
percaya. Tak mungkin dari orang yang sama.

“Entah. Nampak ada kad. Cik Rissa bacalah. Dia letak kat atas kaunter dan suruh
bagi kat Cik Rissa. Lepas tu dia terus keluar.”

Tanpa membuang masa, terus aku belek kad kecil yang terikat di tangkai ros putih
itu.

Soon.

Cuma sepatah. Kali ini tak bernama. Tapi aku tahu dari orang yang sama. Encik
Duri. Cukuplah tulisannya yang memang kukenal dan tak berubah sikit pun. Masih
tersemat di celah diari memori hidupku. Malah bunga ros yang dah kering dulu pun
masih kusimpan rapi.

Bagaikan baru tersedar, lantas aku berlari ke luar kafe. Mencari Encik Duri. Laju
mata memandang sekeliling. Mencari susuk mencurigakan. Tiada. Cuma beberapa
orang yang sedang lalu-lalang. Dan beberapa kereta yang memenuhi jalan raya.

Satu keluhan dilepaskan. Hampa. Kalaulah aku cepat seminit tadi, mungkin aku
dapat menangkap siapa gerangan si pengirim bunga misteri itu. Kenapa baru sekarang
dia muncul balik? Ke mana dia menghilang setelah kali pertama dia menghantar bunga
kepadaku dulu?

24
Obey.tube
DENGAN hati yang separuh kecewa, aku kembali melangkah masuk ke dalam kafe.
Fikiran masih melayang entah ke mana. Masih cuba menyelesaikan teka-teki tentang
Encik Duri itu. Siapakah dia?

Bila tiba di pintu masuk kaca itu, hampir saja aku berlaga dengan seseorang.
Nasib baik aku sempat brek.

“Sorry.” Spontan bibirku bertutur.

Aku angkat kepala. Perempuan yang bergaduh di dalam kafe tadi. Apa namanya?
Hazel? Dia senyum seraya sekali lagi meminta maaf sebelum dia berlalu bersama lelaki
tadi. Tengok gaya boleh keluar sama-sama, maksudnya perang dah tamat la tu. Aku
bersyukur untuk mereka.

Aku kembali mengatur langkah masuk kafe. Terus ke belakang kaunter.

“Macam-macam kerenah pelanggan ni. Yang tadi tiba-tiba minta cempedak


goreng. Yang seorang lagi pula berkeras nak split bill, tak nak bagi laki dia bayar.
Padahal laki punyalah handsome, gentleman nak tolong bayarkan. Perempuan kalau
tengah gaduh dengan laki memang macam-macam perangai agaknya.”

Aku dengar Nuha membebel sambil geleng kepala. Entah pelanggan mana yang
dia maksudkan pun aku tak tahu.

“Cik Rissa! Cik Rissa ke mana? Terkejut kita orang bila nampak Cik Rissa tiba-
tiba lari keluar,” tegur Kak Tiqah bila nampak aku munculkan diri. Nuha yang tengah
membebel tadi pun turut terhenti.

Aku senyum hambar. Aku pun tak tahu nak balas apa. Saya cari Encik Duri?
Mahu Kak Tiqah kelip-kelip pandang aku macam aku ni alien baru melawat bumi.

“Tak ada apa-apalah, Kak Tiqah. Nak kejar orang, tapi tak jumpa,” jelasku mudah.
Kecewa tak dapat ditapis.

“Siapa?”

Aku jongket bahu. Hantu agaknya. Tak pun anak beranak bunian. Aku pun tak
tahu aku kejar siapa. Macamlah aku kenal rupa Encik Duri tu. Tak pernah nampak.

Eh... Kejap! Aku mungkin tak nampak pengirim bunga tu. Tapi Azrul mesti
nampak tadi. Ya... Azrul mesti tahu!

25
Obey.tube
“Kak, Azrul mana?” soalku. Mata terus melilau mencari susuk tubuh Azrul.

Macam tahu-tahu dirinya diseru, Azrul muncul di depan kami.

“Azrul, sini kejap!” seruku. Azrul yang baru nak melangkah masuk ke dapur terus
tak jadi. Dia datang ke arahku.

“Ada apa, Cik Rissa?”

“Orang yang bagi bunga ni, tahu tak macam mana rupa dia?”

Aku memulakan sesi soal siasat. Bunga ros putih di tangan ditayang.

“Errr...” Azrul garu-garu belakang kepala dia. Kemudian dia sengih bersalah ke
arahku.

“Saya tak ingat, Cik Rissa.”

“Takkan tak ingat langsung? Cubalah ingat balik. Muka macam mana? Tinggi
macam mana? Badan macam mana?”

Beria-ia aku suruh Azrul mengingat. Azrul aje la harapan aku nak tahu siapa.

“Errr... Lelaki. Ya... Dia lelaki.”

Azrul macam serba salah. Kemudian dia pandang Kak Tiqah. Muka Kak Tiqah
masa tu macam nak bagi kaki kat Azrul. Kalau tak kenangkan situasi sekarang, memang
aku dah gelak dah.

“Ya... Memang dah tahu dia lelaki. Takkanlah perempuan nak hantar bunga kat
saya?” soalku lagi.

Azrul diam sekejap. Mungkin tengah membayangkan rupa lelaki itu.

“Hmmm... Dia pakai topi tadi. Saya tak dapat cam sangat muka dia, Cik Rissa.
Tadi pun sekilas macam tu aje,” jelas Azrul.

Kecewa!

“Sorry la, Cik Rissa. Saya lemah sikit bab-bab mengingat orang ni. Kecik-kecik
dulu tak makan kismis.” Azrul minta maaf. Sekali lagi garu belakang kepala dengan
muka yang bersalah.

Aku mengeluh sekali.

26
Obey.tube
“Tak apalah. Nak buat macam mana? Saya faham,” kataku berbaur kecewa.

Aku tak boleh salahkan Azrul. Tak boleh nak marah Azrul. Dah orang tak ingat,
aku cekik kasi biru nak bagi ingat pun dia takkan ingat. Kalau aku di tempat dia pun aku
takkan ingat orang dengan sekali imbas. Punyalah berpuluh-puluh manusia yang keluar
masuk setiap hari, ingat mesin fotostat ke nak hafal sekali imbas?

“Haaa... Saya tahu! Kalau Cik Rissa betul-betul nak tahu, Cik Rissa pergilah
periksa CCTV.” Azrul memberi cadangan sebelum bahu kena ketuk dengan Kak Tiqah.

“Kau ni mengarutlah. Kau ingat nampak ke kalau dah dia pakai topi? Cik Rissa
bukannya nak cari dia pakai topi cap apa,” jawab Kak Tiqah.

Betul juga cakap Kak Tiqah tu. Setakat tengok CCTV lepas tu nampak jenama
topi aje, baik tak payah habiskan tenaga dalam badan. Buat penat orang lain aje.

“Adoi... Sakitlah, kak! Saya bagi idea aje,” rungut Azrul sambil menggosok
bahunya. Baru pagi tadi dah kena hempuk dengan Kak Tiqah, petang ni kena lagi.
Kesian.

“Tak apalah. Saya pun tak adalah beria-ia sangat nak tahu. Kak Tiqah betul.
Bukannya nampak siapa pun. Entah-entah sebenarnya bukan orang yang saya cari,”
kataku. Manalah tahu sebenarnya orang lain yang hantar bagi pihak Encik Duri, kita
mana tahu, kan?

“Tapi... Cik Rissa agak-agak kenal ke siapa yang hantar bunga ni? Entah-entah
peminat Cik Rissa kat universiti ke?” siasat Kak Tiqah.

Aku geleng kepala. Tak ada idea. Tapi yakin bukan dalam kalangan rakan
seuniversitiku. Sebab Encik Duri muncul sebelum aku mula belajar di Universiti
Malaya lagi.

“Kenapa Cik Rissa nak tahu sangat siapa dia tu?” soal Kak Tiqah lagi.

Aku terdiam sejenak. Memikirkan benda yang sama. Kenapa aku beria-ia nak tahu
tentang Encik Duri tu?

Sebabnya?

“Sebab dia tahu siapa saya dan macam mana saya dulu.”

Sebab aku tahu dia mesti seseorang yang sangat dekat denganku.

Sebab hati aku rasa satu kehilangan yang amat besar dan aku mahu tahu apakah ia.

27
Obey.tube
Bab 3

“A YAH... Air.” Aku meletakkan satu cawan kecil di hadapan ayah. Ketika
itu, ayah sedang duduk di luar balkoni rumah. Tengah hirup udara malam.

“Terima kasih,” ucap ayah seraya menghadiahkan aku senyuman.

Aku turut mengambil tempat di sebelah ayah. Ayah tengah membaca buku agama.
Tapi ada komputer riba miliknya yang terletak di depannya. Mungkin sedang membuat
kerja sambil bersantai.

Ayah... Ayah... Dah tua-tua pun masih kerja kuat lagi.

“Ayah... Ayah janganlah fikirkan kerja sangat. Ayah tak boleh penat. Ayah kena
ingat yang ayah tu, dah tua. Kesihatan kena jaga. Rehat kena cukup. Tidur kena cukup.”
Aku memulakan syarahan. Geleng kepala.

“Mana ada ayah kerja sangat. Tengok ni... Ayah tengah membaca.” Sempat ayah
bergurau denganku.

“Rissa tegur aje. Rissa tengok sejak kebelakangan ni, ayah asyik sangat fikirkan
pasal kerja. Kadang-kadang balik lewat malam. Lesap sikit, mesti tengah kerja. Ayah
ada masalah ke?” Prihatin suaraku bertanya.

Dah lama aku perasan. Ayah dah jarang balik awal ke rumah. Biasanya, jumpa
ketika sarapan. Jumpa balik, sarapan besoknya. Dan aku perasan ayah kelihatan agak
penat. Wajah tua ayah nampak makin lesu. Ayah bagaikan dirudung masalah tapi lebih
selesa untuk menghadapinya sendirian.

“Biasalah, Rissa. Adat kerja, ada naik turun. Hari ni kita senang, esok kita susah.
Hari ni kita susah, mungkin esok kita senang. Rissa jangan risau, ayah okey aje,” dalih
ayah. Masih cuba nak sedapkan hati anak dara dia.

“Rissa cuma risau aje. Ayah tu ada masalah jantung. Jadi apa-apa nanti, macam
mana?” Kuliah kesihatan masih berterusan. Aku memang risau masalah yang satu itu.
Ayah memang ada masalah jantung. Memang kena selalu bergantung pada ubat.

“Ayah masih sihat, Rissa. Insya-Allah tak jadi apa-apa.” Mudah ayah jawab.

28
Obey.tube
“Ayah lagi risaukan Rissa. Bila ayah balik lambat, Rissa seorang-seorang kat
rumah.”

Eh... Kita pula yang dia risaukan?

“Rissa dah besar, ayah. Sihat wal afiat. Insya-Allah selamat berada dalam rumah
sendiri,” kataku balik.

“Haaa... Kalau ayah risaukan Rissa, ayah kenalah selalu balik awal. So, tak adalah
Rissa duduk rumah sorang-sorang, kan?” tambahku lagi. Bagi idea cantik punya.
Haraplah ayah setuju. Aku pun tak adalah makan tak berteman. Ayah pun boleh rehat
panjang. Boleh masuk tidur awal. Sempatlah juga nak berfather-daughter
bonding denganku.

Ayah ketawa kecil mendengar ideaku itu.

“Ayah ada idea lagi bernas tak nak bagi Rissa duduk sorang-sorang kat rumah
lepas ni.”

Ayah mula senyum misteri.

Okey... Hati dah rasa semacam. Haraplah ayah tak cadangkan benda pelik-pelik.

“Apa kata cari teman serumah? Nanti tak adalah kena tinggal sorang-sorang kalau
ayah balik lambat. Ada teman berborak. Ada teman bergaduh.”

“Teman serumah? Ayah nak sewakan bilik untuk orang luar ke?”

Berkerut dahiku bertanya. Tak berapa berkenan kalau ada orang luar masuk.

Kemudian aku tersedar sesuatu.

“Oh, no! Ayah nak kahwin lain!” Aku terjerit kecil. Mulut ternganga luas pandang
ayah. Tak percaya!

Dan ayah terus menghamburkan ketawanya. Ketawa besar. Sampai terenjut-enjut


bahunya. Kenapa? Apa yang lawak?

Aku cuma diam. Menunggu hingga ketawa ayah reda.

“Bukan ayahlah. Ayah dah tua. Buat apa? Rissa la yang kahwin,” jawab ayah
setelah sisa ketawanya hilang. Hujung jari dibawa ke mata. Gosok mata yang sempat
berair lepas dengar entah apa yang lawak. “Rissa nak kahwin?”

Kali ini aku mencebik.

29
Obey.tube
Aku nak kahwin? Haha. Dalam mimpi bolehlah. Siapa yang nak kahwin dengan
aku ni? Kalau tak hafal surah Yasin, surah al-Mulk, jangan haraplah. Kalau jenis yang
tolak orang lain untuk jadi imam ketika solat berjemaah, memang ayah pangkah awal-
awal. Kalau kisah para nabi dan sahabat tak berada dalam tangan, sila tarik diri awal-
awal.

Tengok... Bukan sembarangan syarat ayah letakkan untuk menjadi imam aku.
Mana tak menggigil lutut anak teruna orang? Letak syarat macam aku ni bidadari
syurga. Siapalah calon yang berjaya curi hati ayah nanti?

Jangan cakap Fateh! Macam mana aku boleh lupa pasal anak angkat ayah yang
seorang tu? Anak angkat yang aku tak pernah jumpa. Pelik tapi benar.

“Ya... Rissa la. Rissa kan dah besar. Dah layak kahwin. Kalau dah kahwin nanti,
tak adalah ayah nak risau sangat. Ayah pun dah makin tua. Nanti dah tak larat nak jaga
Rissa.”

“Muda lagilah, ayah. Nanti-nantilah kita bangkitkan pasal kahwin.” Cepat-cepat


aku berdalih sebelum dia sebut nama Fateh.

Mulut mula menguap. Patutlah... Dah pukul sepuluh malam.

“Rissa masuk bilik dululah, ayah. Ngantuk la. Ayah sambunglah membaca. Tapi,
jangan tidur lambat pula.”

Aku minta diri. Sempat turunkan pesanan untuk ayah. Bukan selalu ayah balik
awal.

Ayah ketawa sekejap sebelum menjawab. “Yalah.”

“HOI, Bunga!” Laungan seseorang itu buatkan aku hampir berlari untuk menyorok di
celah kereta orang. Tak pun angkat sepanduk Saya Tak Kenal Dia. Dia Bukan Kawan
Saya.

Tak guna punya kawan! Dilaungnya depan khalayak. Tak tahu malu betul. Tak
pasal-pasal segala spesies manusia berpaling ke arahku. Tak pasal-pasal aku yang kena
tempiasnya.

Dia melambai-lambai dengan gembiranya. Sengih lebar sebelum berlari ke


arahku. Gaya macam tak bersalah langsung. Tak perasan agaknya muka aku ni dah
macam gunung berapi Karakatau yang tunggu masa nak meletus.

30
Obey.tube
Sampai aje dia depan mata, buku setebal suku Kamus Dewan tu aku hempuk ke
bahu dia. Kalau tulang retak pun aku dah tak peduli.

“Adoi... Sakitlah!” Dia melompat ke tepi. Gosok-gosok bahu kiri yang dah jadi
mangsa kezaliman aku tadi.

“Tahu pun sakit. Yang kau panggil aku macam tu, kenapa? Malu aku, tahu tak?”
marahku geram.

Ya... Dia panggil aku Bunga. Kenapa? Sebab nama aku ada Rose. Tapi katanya
dia tak nak panggil aku Rose. Katanya itu sangat biasa. Dan untuk orang abnormal
macam dia, jadi dia juga cadangkan sesuatu yang abnormal untuk memanggilku. Maka
dia pilih Bunga sebab ros adalah bunga.

Pelik, kan? Memang pelik pun. Sepelik perangai kawan baik aku seorang ni.
Siapakah dia? Dia adalah Fahim. Ya, lelaki! Satu-satunya kawan lelakiku. Tapi hanya
sekadar kawan. Nak lebih dari kawan? Rasanya tak kut. Sebab kalau ikutkan, kadang-
kadang macam dia lagi perempuan dariku.

Yup... No offense! Dia seorang lelaki lembut. Tapi dia sangat sempoi. Tak pernah
kesah dengan imej sendiri. Selamba pergi kelas dengan baju T jersinya, cermin mata
besar dan rambut sikat tepinya. Kalau orang tak kenal akan cakap dia nerd. Tapi untuk
aku yang terlebih kenal dia ni, kalau cakap dia nerd mahu aku gelak guling-guling dari
Dewan Tunku Canselor sampai ke Bangunan Perdana Siswa.

“Nak malu apa? Bukannya aku mencarut panggil kau. Aku panggil Bunga. Ke nak
aku panggil Baby next time?” Dia senyum miang di hujung ayatnya. Aku julingkan
mata ke atas. Menyampah.

“Tapi nama aku bukan Bunga.”

“Tapi ros adalah bunga.”

Mental aku bercakap dengan budak ni. Ada aje yang dia nak jawab.

“Kau kalau aku panggil Kumbang, kau malu tak?”

“Apa ni? Nickname manja-manja ke? Awww... Bunga! Sho shweet. Of course aku
tak kesah. Kau Bunga, aku Kumbang.” Kata-katanya hampir buatkan aku hempuk buku
sekali lagi. Tapi kali ni bukan kat bahu dia. Tapi kepala sendiri.

“Bukan Kumbang. Tapi Kambing,” bidasku lagi.

“Aku Kambing, kau Kembang. Kira okeylah. Aku Kumbang Kambing. Kau
Bunga Kembang.”

31
Obey.tube
Aku tergelak mendengarnya. Ada-ada aje idea dia ni. Mamat ni aje la yang
mampu hiburkan hatiku. Pada masa yang sama rasa nak cekik sampai biru! Geleng
kepala.

“Malas aku nak layan kau ni.” Modal aku bila aku rasa air liurku ni sangat
berharga untuk dihabiskan dengan bertikam lidah dengan Fahim.

“Kelas dah habis. Kau terus balik rumah ke?” soal Fahim. Ketika itu kami berdua
sedang berjalan ke tempat letak kereta.

Aku geleng kepala.

“Nak ikut.”

Bersinar matanya pandangku. Macam budak kecik tak pernah keluar jalan.

“Aku nak pergi I’s Café,” jawabku. Terus masam muka Fahim.

“Bosannya. Asyik pergi I’s Café aje. Tak ada tempat lain ke?” rungut Fahim
dengan muka tak puas hati.

Fahim sendiri dah faham sangat dengan perangai aku. Kafe tu pun dah macam
rumah kedua dia. Semua orang dia kenal. Semua orang pun kenal dia.

“Tak ada. Nak ikut ke tak?”

“Nak ikut. I’s Café pun I’s Café la. At least dapatlah juga makan free.” Fahim
gelak. Antara sebab kenapa dia suka datang I’s Café. Sebab dapat makanan percuma.
Hai... Nasib baiklah kawan! Nasib baik juga seorang. Kalau sepuluh orang kawan aku
macam ni, mahu bankrap kafe tu.

“Tapi I’s Café ada Azrul.”

Kali ini aku pula yang ketawa. Tak habis-habis. Kalau pergi I’s Café, aku pun tak
tahulah kenapa Fahim tak boleh ngam dengan Azrul. Fahim yang aku kenal seorang
yang sangat ramah dengan orang lain. Semua orang akan senang dengan Fahim
disebabkan oleh perangai gila-gila dia tu.

Kecuali dengan Azrul. Kalau berjumpa, ada aje yang nak digaduhkan. Kadang-
kadang tu, keluar juga perangai terlebih jantan Fahim. Dah macam abang long. Hilang
habis aura lelaki lembut dia. Nak tergelak aku kalau diingatkan balik.

“So, nak pergi ke tak?” soalku balik.

“Bolehlah. Tapi kau cakap kat Azrul, duduk dalam perimeter sepuluh meter dari
aku, okey?”
32
Obey.tube
Aku gelak lagi.

“Apa-apalah.”

Nak perimeter bagai, macam nak pergi perang. Ingat zaman Jepun attack Malaya
ke? Fahim... Fahim...

“Tapi sebelum tu, balik dulu. Aku nak ambil sketching book dulu.”

Macam biasalah. Nurissa dan buku lukisan berpisah tiada.

“KAU tunggu kat dalam kereta. Jangan ikut aku masuk rumah pula. Karang kena
tangkap basah, satu hal pula.” Aku titipkan pesanan untuk Fahim sebaik sahaja tiba di
pekarangan rumahku.

“Kena tangkap basah la best. Dapat kahwin. Dapat bini lawa macam kau.” Fahim
sengih.

“Betul nak kahwin dengan aku?” Giliran aku pula senyum sinis.

Laju Si Fahim menggeleng. Kalau tak kenangkan sendi kepala yang kukuh, mahu
berpusing tiga ratus enam puluh darjah. Haha!

“Tak nak. Tak mahu. Ngeri seh dapat bapa mentua macam uncle,” jawab Fahim
sambil geleng kepala.

See... Dia pun seram. Tapi kira dia special la sebab ayah luluskan dia untuk jadi
kawan aku. Maksudnya Fahim memang baik dan memang boleh dipercayai.

Aku gelak dulu sebelum buka pintu kereta. Bila pandang ke arah garaj kereta, baru
perasan kereta ayah masih berada di situ. Ayah masih kat rumah? Pelik. Ayah balik
makan tengah hari agaknya. Tanpa membuang masa, aku terus masuk ke dalam rumah.
Kali ini aku melangkah ke bilik kerja ayah dulu. Sebab aku yakin seratus peratus yang
ayah memang ada di dalam bilik itu.

Pintu bilik ayah sedikit terbuka ketika kaki mendekatinya. Lagi pelik. Bilik itu
sunyi seperti selalu. Tapi entah kenapa ketika kaki melangkah, aku merasakan ada
sesuatu yang tak kena. Hati rasa tak sedap.

Tapi aku tetap juga melangkah. Berjaga-jaga.

33
Obey.tube
“Assalamualaikum. Ayah... Ayah ada kat dalam ke?” sapaku.

Sebaik sahaja memasuki bilik itu, bilik itu kelihatan kosong. Tiada bayang ayah.
Ayah biasanya akan duduk di atas kerusi kerja. Tak pun di atas sofa. Mungkin ayah
berada di dalam bilik tidur.

Kaki ingin melangkah keluar. Namun naluri entah mengapa menyuruhku untuk
melihat di balik meja kerja ayah yang agak terselindung itu. Akhirnya aku menurut kata
hati. Kaki kembali diorak ke meja kerja ayah. Kelihatan ada beberapa kertas sedikit
bersepah. Laju tangan ingin menyusun balik.

Aku tunduk untuk mengambil kertas yang berada di atas lantai. Saat aku
membongkok, apa yang berada di depan mata buatkan aku terkaku. Segala kertas di
tangan terus dilepaskan.

“Ayah!” panggilku kuat.

Susuk ayah sedang terbaring kaku itu dirapati. Menggigil tanganku memegang
ayah. Takut! Ya Allah... Apa aku nak buat ni?

Aku pangku kepala ayah.

“Ayah... Ayah...” panggilku lagi. Kali ini aku menggoncang tubuh ayah.

Masih kaku.

“Ayah... Bangunlah. Jangan takutkan Rissa.” Aku goncang lagi. Kali ini air mata
yang aku tahan dah mengalir keluar.

“Ris... sa.” Aku dengar suara lemah ayah.

Betapa leganya aku saat itu. Rasa bersyukur yang teramat. Aku nampak ayah buka
mata.

“Ayah. Ayah bertahan, ya? Rissa panggilkan ambulans.”

Ayah geleng kepala perlahan.

“Ayah penat. Ayah rin... Rindu ibu.” Makin lebat air mataku mendengar suara
lemah ayah itu.

Aku geleng kepala laju-laju. Tak sanggup nak terima.

“Ayah jangan cakap macam tu. Rissa perlukan ayah lagi. Rissa sayang ayah. Rissa
yakin ayah akan okey.”

34
Obey.tube
Tapi ayah cuma senyum.

Aku terus capai telefon pintarku. Dalam keadaan cemas sebegini, otak jadi buntu.
Aku tak tahu nak buat apa. Menggigil tangan menekan untuk panggilan kecemasan.
Tergagap-gagap aku memberitahu alamat rumah.

Aku pandang wajah ayah. Ayah nampak makin lemah. Aku sendiri tahu masa
ayah tak panjang. Tapi aku masih enggan menerimanya. Secebis harapan, aku berdoa
semoga ayah selamat.

Kelihatan ayah seakan-akan mahu mengungkapkan sesuatu. Namun, gara-gara


keadaannya yang lemah, tiada apa yang keluar. Ayah cuba sekali lagi.

“D...”

“Apa dia, ayah?” Lantas aku rapatkan telingaku ke bibir ayah. Siapa tahu itu
mungkin menjadi pesanan terakhir ayah?

“Dh... Dheo.”

Cuma sepatah. Dheo?

Bingung. Tapi aku abaikan semua itu. Semuanya tak penting sekarang ni.

“Ayah kena banyak mengucap,” kataku. Aku bisikkan kalimah syahadah ke


telinga ayah. Dalam situasi sekarang, hanya itu yang mampu aku lakukan. Aku reda
dengan apa yang bakal terjadi selepas ini.

Bertemankan kalimah syahadah dan bersaksikan dengan mataku sendiri, ayah


pergi selama-lamanya. Aku menjadi saksi ketika dada ayah berhenti berombak dan aku
juga menjadi saksi ketika ayah menutup matanya di atas pangkuanku.

Buntu. Sebak. Aku terkaku beberapa minit. Aku masih cuba untuk mencerna
hakikat itu. Dengan rasminya kini aku sudah jadi yatim piatu. Ayah dah tinggalkan aku.
Dan aku kini tak punya siapa lagi.

Tangan mencapai telefon pintar yang terdampar di sisiku itu. Nombor Fahim
ditekan. Dua kali deringan, kedengaran suara garau Fahim menyambut panggilan.

“Fa... Fahim... Ayah!” Dan terus terhambur segala air mataku. Teresak-esak aku
menangis di hujung talian.

35
Obey.tube
JENAZAH ayah dah selamat dikebumikan. Bersebelahan dengan pusara arwah ibu.
Melihat jenazah ayah diturunkan ke liang lahad, sehabis mungkin aku cuba menahan air
mata. Masih sedih, tapi aku tak nak meratapi. Sekurang-kurangnya aku bersyukur ayah
meninggal ketika aku bersamanya. Sekurang-kurangnya aku dapat mengajarkan ayah
kalimah syahadah ketika hujung nyawanya.

“Cik Rissa?” Sapaan itu buatkan aku terus tegakkan duduk. Ketika itu aku sedang
berada di dalam bilik kerja ayah. Sedang duduk sambil memeluk kedua-dua lutut di atas
sofa. Rindu yang membuak-buak buatkan kakiku automatik melangkah ke sini. Aku
tahu di sini ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dan aku tahu, di sini jugalah
tempat paling bermakna sepanjang hidup ayah.

Aku pandang ke arah insan yang menyapaku itu. Kak Tiqah sedang mengatur
langkah ke arahku. Dari awal sehinggalah jenazah ayah disempurnakan, Kak Tiqah
tetap setia menemaniku. Memelukku erat ketika aku memerlukan sokongan. Kak Tiqah
sendiri turut menangis setelah mendengar tentang berita kematian ayah. Malah, seluruh
warga yang mengenali ayah turut berduka.

“Baru beberapa hari ayah dikebumikan, saya dah rindu dia.”

Air mataku tumpah lagi. Cepat-cepat aku kesat dengan hujung lengan bajuku itu.

“Saya dah tak ada sesiapa, Kak Tiqah.”

“Shhh... Jangan cakap macam tu! Semua orang kat sini sayangkan Cik Rissa. Kak
Tiqah ada, Azrul ada, Fahim ada. Malah, semua warga I’s Café akan selalu ada dengan
Cik Rissa,” pujuk Kak Tiqah.

Dia duduk bersebelahan denganku. Tubuhku ditarik ke dalam pelukannya.


Digosok-gosoknya belakangku untuk memberi semangat.

“Cik Rissa jangan sedih. Cik Rissa kena kuat. Ramai orang akan sedih bila tengok
Cik Rissa sedih.”

Suara Kak Tiqah berubah serak. Seolah-olah turut menahan diri dari menangis.

Aku diam.

“Cik Rissa kena percaya, semua yang berlaku pasti ada hikmah. Allah uji Cik
Rissa sebab Cik Rissa kuat. Jangan pernah buruk sangka dengan Allah.”

Kak Tiqah memberi kata-kata semangat. Aku cuma membisu. Mencerna nasihat
daripada Kak Tiqah itu. Mahu muhasabah diri.

Seketika kami diam. Bila rasa sebakku makin berkurangan, aku leraikan pelukan.
Wajah Kak Tiqah dipandang.

36
Obey.tube
“Ada apa Kak Tiqah cari saya?” soalku.

“Jom kita makan. Kak Tiqah tak nak Cik Rissa sakit.”

Suara Kak Tiqah penuh prihatin.

“Kak Tiqah keluarlah dulu. Lepas ni saya keluar. Saya dah okey.”

“Betul ni?”

Kak Tiqah macam waswas. Aku senyum hambar.

“Ya... Saya dah okey. Nanti kita makan sama-sama. Saya nak tengok bilik ni
kejap,” ujarku lagi.

Sebab aku nak lepaskan rindu lagi.

Teragak-agak Kak Tiqah angguk. Maka, tinggallah aku sendirian di dalam bilik
itu. Aku bangkit dari dudukku. Nafas dalam ditarik sebelum dihela panjang. Sekeliling
bilik itu dipandang. Bilik itu masih sama. Dan aku juga rasakan bagaikan ayah juga
turut berada dekat denganku.

Aku berjalan ke arah meja kerja ayah. Ada buku tersusun tak bersentuh. Di
sebelahnya ada kertas-kertas kerja ayah. Kemudian aku terpijak satu sampul surat.
Lantas aku tunduk untuk mengambilnya. Tak salah aku, inilah kertas yang aku kutip
hari itu. Seolah-olah berada di sebelah ayah.

Kertas apa ni, ya? Entah kenapa, rasa ingin tahu mula menebal. Terus aku buka
sampul surat itu untuk keluarkan isinya. Beberapa helai kertas dalam genggaman. Aku
mula baca isinya.

Surat Pindah Hak Milik. Surat itu menyatakan beberapa harta milik ayah telah
berpindah tuan. Ada tandatangan ayah dan ada tandatangan...

Dheo Han?

Lantas fikiranku melayang ketika di hujung usia ayah. Ayah juga ada menyebut
Dheo. Dheo Han ke?

Bagaikan ada sesuatu yang tak kena. Hatiku rasa tak sedap. Aku terus berjalan
keluar untuk mencari Kak Tiqah. Surat di tangan digenggam kemas. Sehingga renyuk
sedikit. Kak Tiqah sedang membasuh pinggan di singki.

“Kak Tiqah.”

37
Obey.tube
Kak Tiqah berpaling.

“Siapa Dheo Han?”

Dan kedengaran berdenting bunyi cawan kaca terlepas dari tangan Kak Tiqah.

38
Obey.tube
Bab 4

“K AK TIQAH kenal ke Dheo Han?” soalku lagi. Melihat wajah terkejut


Kak Tiqah, aku tahu dia tahu sesuatu tentang lelaki bernama Dheo Han itu.

“Kenapa Cik Rissa tanya?” Kak Tiqah tanya aku balik. Jelas kelihatan wajahnya
yang bagaikan cuba menyembunyikan sesuatu.

Aku tayang kertas yang berada di tanganku itu.

“Rissa jumpa ni dalam ofis ayah. Surat ni menyatakan harta benda ayah berpindah
milik kepada Dheo Han. Kak Tiqah tahu kenapa?” soalku lagi.

Kak Tiqah diam.

“Kak Tiqah tahu sesuatu yang saya tak tahu ke?” desakku lagi. Firasat
menyatakan Kak Tiqah tahu semua ini tapi sengaja merahsiakan daripadaku.

“Dheo Han adalah pemilik La Prince.”

Macam pernah dengar aje? Bukan ni ke yang sibuk Nuha dan Nini gosipkan dulu?
Jadi, kita bercakap tentang Dheo Han yang sama. Tapi, apa kena-mengena orang hebat
macam Dheo Han itu dengan ayah yang cuma biasa-biasa? Macam mana ayah boleh
kenal dia?

Aku biarkan Kak Tiqah menyambung ceritanya.

“Beberapa bulan sebelum Encik Noriman meninggal dunia, banyak perkara yang
terjadi sebenarnya. Encik Noriman ada masalah kewangan. Kali ni agak kritikal.
Banyak cara Encik Noriman lakukan untuk atasi masalah itu.”

“Ayah ada masalah kewangan?” Aku terkejut. Kak Tiqah angguk.

“Gara-gara ekonomi sekarang, syarikat ayah Cik Rissa susah nak untung. Banyak
hutang ditanggung. I’s Café pun turut kena tempiasnya. Encik Noriman diisytiharkan
bankrap kalau tak dapat selesaikan hutang-hutang bank.”

Bankrap? Hampir rebah aku mendengarnya. Lantas tangan memegang peti ais
yang bersebelahan denganku. Sebagai sokongan sebelum aku mencium lantai.

39
Obey.tube
Bankrap. Aku mencerna maklumat itu. Bukan kecil masalah yang ayah hadapi
kalau sampai dah diisytiharkan bankrap. Masalah kewangan ayah sangat besar kalau
dah segala hak milik ayah dipertaruhkan untuk melangsaikan hutang itu.

Inikah sebabnya ayah selalu balik lambat? Inikah sebabnya wajah ayah selalu
mendung? Selalu ayah tenang bila denganku. Kerana apa? Kerana ayah tak mahu aku
tahu. Ayah memang mahu menanggung masalahnya sendiri.

Sehingga akhir nyawanya pun aku masih tak tahu apa-apa. Ya Allah, anak jenis
apa aku ni? Kalau aku tahu ayah ada masalah kewangan, aku pasti akan cuba menolong
sehabis mungkin. Aku rasa aku seorang anak yang tak guna. Pemikiran itu lantas
membawa air mata di tubir mata.

“Kenapa saya tak tahu apa-apa, Kak Tiqah? Kenapa tiada siapa yang bagi tahu
saya?” soalku dalam tangisan.

“Semua orang tak nak risaukan Cik Rissa. Cik Rissa dah ada masalah lain untuk
difikirkan.”

“Tapi, apa kaitannya dengan Dheo Han?” soalku lagi.

Kak Tiqah diam.

“Kak Tiqah rasa, ada baiknya Cik Rissa jumpa Encik Ridhwan. Hanya dia yang
boleh jelaskan semua ni,” jawab Kak Tiqah akhirnya.

Aku meraup wajah dengan kedua-dua tapak tangan. Fikiran berserabut. Dugaan apakah
ini? Aku baru kehilangan ayah. Dan sekarang, aku hilang segala-galanya.

Encik Ridhwan, peguam ayah dengan wajah yang sedih mengesahkan bahawa
dengan rasminya ayah diisytiharkan muflis dan segala harta benda atas nama arwah
ayah disita dan dilelong sehinggalah segala hutang dilunaskan.

Hutang ayah? Banyak. Sangat banyak. Nak sebut pun aku rasa ngeri. Dengan
kudrat aku yang tak punya apa-apa ni, aku mengais sampai mati pun belum tentu
terlunas hutang-hutang itu.

Sehinggalah muncul Dheo Han. Semasa hayat ayah, Dheo Han merupakan orang
yang melunaskan segala hutang-hutang ayah. Segala harta benda atas nama ayah
berpindah kepadanya. Semuanya. Rumah. Kereta. Syarikat ayah. Aset ayah dan I’s
Café. Dengan itu, aku memang tak punya apa-apa. Papa kedana.

40
Obey.tube
Tapi satu persoalan yang terlintas dalam kepalaku. Macam mana ayah boleh
sesenang itu menyerahkan segala-galanya kepada lelaki Dheo Han itu? Ayah bagi
dengan rela hati atau ayah dipaksa? Terutama sekali I’s Café. I’s Café itu bukan sekadar
kafe. Ada nilai sentimental sendiri yang memang mustahil dijual kepada orang asing.
Ayah sendiri pernah berjanji walau apa pun terjadi, I’s Café takkan jatuh ke tangan
orang lain.

Tapi kenapa ayah akhirnya memungkiri janjinya? Adakah atas desakan keadaan?
Encik Ridhwan sendiri mengatakan Dheo Han tak pernah berurusan dengan ayah. Dan
Dheo Han pula baru kembali ke Malaysia. Encik Ridhwan juga pernah mengatakan
Dheo Han mempunyai hubungan baik dengan musuh syarikat ayah. Macam mana kalau
semua ni ada agenda tersendiri dan demi kepentingan sendiri?

Argh... Memikirkan segala persoalan itu, berdenyut hebat dahiku. Sakit. Stres.
Semua persoalan ni memang tak bertemu jawapannya. Bila aku tanya pada Encik
Ridhwan, hanya gelengan yang aku dapat. Bila aku tanya Kak Tiqah, Kak Tiqah pun
cakap tak tahu. Semua orang tak tahu.

Jadi... Aku tahu cuma seorang yang tahu jawapannya.

Dheo Han!

Gara-gara sebaris nama itu, aku nekad melangkah ke hotel gah itu. Hanya di situ
aku yakin aku dapat bertemu dengannya. Aku hanya ikut gerak hati. Aku tahu bukan
senang untuk lepas masuk dan berjumpa dengan orang berpangkat paling tinggi di hotel
itu. Sebab itulah aku cuma tawakal dengan setiap langkah yang kaki aku bawa.

Sehinggalah tiba di tingkat teratas hotel itu. Itu tekaanku. Orang besar akan
berbangga dengan statusnya. Maka orang yang tinggi kedudukannya secara teknikalnya
akan memilih tempat tertinggi. Ternyata tekaanku betul. Bila kaki mula menapak di
balik pintu kaca itu, semua tengok aku pelik macam aku berkawan dengan Avatar.

“CIK... Cik tak boleh masuk!” Halangan perempuan itu aku buat tak dengar. Kaki dia
tak sepantas kaki aku melangkah. Tangan ingin menolak pintu kayu yang tertera D.T.H
itu sebelum perempuan Cina tu sailang aku. Aku yakin inilah pejabatnya.

Tiba-tiba aku rasa tanganku ditarik. Cepat betul perempuan Cina tu. Ditariknya
tangan aku untuk menghalang aku daripada menceroboh masuk.

“Saya nak jumpa Encik Dheo Han kejap aje. Lepas tu saya keluar la.” Aku
berdegil. Tanganku ditarik balik. Tak kurang kuatnya.

41
Obey.tube
Selepas terlerai, terus aku menyelusup masuk ke dalam. Masa itu emas. Kena
cepat-cepat kalau tak nak perempuan Cina tu berkarate denganku sekali lagi. Bila dah
ada dalam bilik tu, kakiku terus terpasak di tempatku berdiri.

Bagaikan dipaku. Hanya mata yang terkerdip-kerdip memandangnya. Beberapa


meter dari tempatku berdiri, ada seorang lelaki kacak yang sedang duduk tegak di atas
kerusi empuknya. Sedang khusyuk dengan komputer ribanya. Sehinggalah
kemunculanku dan perempuan Cina itu mencuri tumpuannya. Lantas dia angkat muka.

Nafas hampir tersekat saat mata kami bersabung. Anak matanya hitam pekat.
Bagaikan penuh misteri terlindung. Wajahnya dingin. Tak beremosi. Rasa lembik terus
sendi lutut saat mata itu menikam anak mataku.

Cold but beautiful! Terasa bagaikan magnet. Aku tertarik dengannya.

Bagaikan pernah dilihat sebelum ni.

“Do I know you?”

Itu soalan pertama yang terpacul di bibirku. Serius aku tak sedar.

Sunyi. Persoalanku dibiarkan tak berjawab. Bilik besar berpendingin hawa itu
kurasakan makin menjunam suhunya. Memang bilik ni makin sejuk atau memang aura
lelaki itu yang sememangnya mengalahkan iceberg di Kutub Utara?

Di balik meja kayu mahogani mewah milik lelaki bernama Dheo Han itu,
ditiliknya aku dari atas sampai bawah.

Jantung tiba-tiba berubah kencang.

“Do I know you?” Suaranya. Penuh maskulin dan berkarisma. Tapi terselit amaran
tersiratnya.

Aku telan liur. Nada suaranya buatkan aku tersedar sesuatu. Dia betul. Soalan tu
patut dia yang tanya. Sebab orang macam dia, semua orang kenal. Tapi orang biasa
macam aku, orang hebat macam dia ni kenal ke?

“I’m... I’m sorry, Mr. Han. It’s my mistake. I’m going to drag her out.” Tergagap-
gagap perempuan Cina tu berkata. Tengok gaya gagap dan gaya berkarate denganku
tadi, aku rasa dia mesti PA Dheo Han.

Namun, cukup Dheo Han mengangkat sebelah tangannya, terdiam terus


perempuan itu daripada terus merapu.

“Leave us,” arah Dheo kepada perempuan itu. Tapi matanya seinci pun tak beralih
dari wajahku. Bagai nak ditelannya aku hidup-hidup.Gulp!

42
Obey.tube
Dengan muka penuh berat hati, perempuan itu melangkah keluar. Sempat
dikerlingnya aku sebelum dia menutup pintu kayu besar yang menjadi pemisah itu.
Mungkin tengah berdoa semoga dia tak hilang kerja sebab dah gagal mengekang aku,
tetamu yang tak diundang daripada terlepas masuk ke dalam bilik bosnya itu.

Dan sekarang, bilik yang dingin makin dingin jadinya. Baru sedar aku kini tinggal
berdua dengan lelaki yang tak pernah kukenal itu. Haraplah aku bukan bergimrama ke
mulut buaya sekarang ni. Tiba-tiba semacam benda pelik terlintas dalam kepala. Macam
mana kalau dia cuba apa-apakan aku? Kalau aku jerit, entah dengar entah tidak orang
kat luar.

Gulp! Baru sekarang rasa nak hantuk kepala sendiri ke dinding mengenangkan
kebodohan sendiri. Aku patutnya datang berteman tadi. Ajak Kak Tiqah. Tak pun
Azrul. Sekurang-kurangnya dia lelaki.

Tiba-tiba dia berdiri. Automatik kakiku mengundur selangkah. Mod berjaga-jaga.


Tapi aku cuba kumpul kekuatan. Tayang wajah yang penuh keberanian biarpun lutut
tunggu masa untuk menyembah bumi.

Dengan penuh gaya, dia melangkah ke arahku. Hanya bunyi tapak kasut
berkilatnya merapatiku kedengaran. Makin dia dekat, makin nak gila jantungku
berdegup. Silap-silap arwah aku gara-gara cardiac arrest.

Sehinggalah tegak dia berdiri di depanku. Taklah rapat sangat, tapi cukuplah
untuk aku sedut aroma bau yang keluar dari kot hitamnya itu. Meruap-ruap. Dia sangat
tinggi. Aku yang tinggi ni pun aku rasa cuma separas dagunya. Kepala terpaksa
mendongak untuk melihatnya.

Bila dah dekat, baru aku nampak dengan jelas wajah Dheo Han. Gara-gara gaya
rambutnya yang mendedahkan dahi, dapat dilihat satu parut panjang yang menghiasi
dahi kirinya. Ya... Menghiasi. Sebab parut itu sikit pun tidak mencacatkan
ketampanannya. Rasa nak aje aku larikan hujung jari untuk menyentuh parut itu.

Argh... Gila kau, Nurissa! Bagaikan baru tersedar dengan pemikiranku sendiri.
Entah kenapa aku boleh berfikir macam tu. Tak pernah-pernah aku fikir nak pegang
parut orang. Buatnya lelaki di depanku itu tahu, mahu dijentiknya aku sampai
tersangkut di puncak KLCC.

“Are you just going to rudely stare at me, young lady?”

Aku rasa dah beberapa minit berlalu, asyik suaranya yang kedengaran. Walaupun
dia selalu berbicara dengan muka sejuk bekunya itu.

Dahlah aku yang biadab redah masuk bilik dia. Sekurang-kurangnya aku kena
berbudi. Kira okeylah dia tak panggil guard kat bawah untuk datang seret aku keluar.

43
Obey.tube
Jadi, sebelum dia berubah fikiran untuk menghalau aku keluar, ada baiknya aku jangan
buat dia marah.

“Sorry.” Aku berdehem. Cuba susun ayat dalam kepala. Cari tatabahasa yang
boleh dia faham bila aku cakap nanti.

Tapi sebelum tu... Kalau awak jauh sikit dari saya, boleh tak? Tak tenteram jiwa
saya macam ni. Aku cuma tarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan diri.

“Saya Nurissa. Nurissa Rose binti Noriman. Saya anak kepada arwah Noriman.”
Aku perkenalkan diri.

Muka dia masih sama. Tak bereaksi. Beku.

Aku pandang muka dia. Baru perasan sesuatu. Ke dia tak faham bahasa Melayu?
Sebab bila tengok balik muka dia, memang tak ada rupa orang Malaysia. Nama dia pun
Dheo Han. Dan bila ingat balik, tak ada sepatah pun perkataan Melayu yang keluar
daripada mulutnya.

“I’m sorry. Do you understand Malay?” soalku.

“Mestilah faham. I am Malaysian. So, ada apa-apa yang saya boleh tolong?”

“Saya nak tahu. Kenapa awak beli semua harta ayah saya? Apa hubungan awak
dengan ayah saya? Macam mana ayah saya setuju untuk bagi semuanya pada awak?”

“Well... Hobi saya mengumpul harta. When I get the chance, I’ll grab it. Saya
tolong dia langsaikan hutang tu, provided he had to give all of his properties to me. That
was the deal. He didn’t agree but he had to. No choice,” jelasnya sambil mengangkat
sebelah bahunya.

“Awak paksa ayah saya jual semua tu? Awak ugut dia. Awak ambil kesempatan
dengan keadaan yang terdesak masa tu.”

Mencerun mataku memandangnya. Menuduh.

“Nope. Dia tahu apa yang dia buat. Dia tahu cepat atau lambat benda ni akan
jadi. Because he kept something precious of mine for too long and it’s time for me to
take it back,” katanya sambil mata tepat merenung ke arahku.

Tercengang-cengang aku mendengarnya. Secara teknikalnya ayah ada hutang


dengan Dheo Han? Ayah tak pernah cerita pun tentang Dheo Han.

“Somehing yours? Apa dia?” soalku ingin tahu.

44
Obey.tube
Tapi dia cuma diam. Hanya matanya tak lepas dari wajahku. Jadi aku kira, apa
yang dia maksudkan itu adalah sesuatu hak milik ayah yang dia dah miliki. Mungkin
rumah? Saham syarikat? Mustahil I’s Café.

“You got what you were looking for so I want I’s Café back.” Kedengaran agak
biadab permintaanku.

“Sorry?”

Dia minta aku ulang balik. Maklumlah, cara aku cakap tu macam nak minta beras.

“Saya nak balik I’s Café,” ulangku sekali lagi. Kali ini bahasa Melayu.

Dia ketawa. Humorless laugh.

“Are you kidding me?”

Serius! Mencerun mata bekunya ke arahku.

Buatkan automatik liur lalu tekak.

“I’s Café tu bagaikan nyawa saya. Saya sayang sangat kafe tu. Saya nak ucapkan
terima kasih sebab selamatkan kafe tu dari dilelong bank. Tapi, saya nak balik kafe tu,”
jelasku. Berharap dia mengerti.

“Saya beli kafe tu bukan seringgit dua, tahu? Do you think I’m going to give it to
stranger? Ridiculous.”

Memang gila pun. Tindakanku dari awal lagi memang gila. Tapi kalau dah
sayangkan sesuatu, memang sanggup. Apatah lagi aku ni jenis yang pantang menyerah
kalah. Menyerah kalah bukan dalam kamus hidup Nurissa la. Aku seorang pejuang.
Dari aku koma lagi, aku adalah seorang pejuang.

“Saya nak beli.”

“Pakai apa? Arwah ayah awak dah diisytiharkan muflis. Do you have any penny?”

Diam. Kata-katanya itu buatkan aku kembali teringat pada arwah ayah. Baru
seminggu ayah tinggalkan aku. Baru seminggu aku yatim piatu, sebatang kara. Terasa
luka kembali berdarah. Sedih. Tapi aku cuba tahan air mata daripada mengalir.

Aku kuat! Aku dah tiada siapa yang boleh bergantung harap jadi aku kena kuatkan
diri sendiri untuk teruskan hidup.

“Half million. That was the price,” sambungnya lagi.

45
Obey.tube
Ternganga aku mendengar nilai yang disebutnya. Setengah juta? Kafe itu semahal
itukah? Dah tentulah aku tak ada duit. Malah, aku tak tahu berapa duitku sekarang ni.
Dia betul. Aku dah jatuh miskin.

Tiba-tiba aku rasa kecewa. Hilang terus impianku untuk memiliki I’s Café balik. I
lost I’s Café for good. Tiada apa-apa yang aku boleh lakukan. Sayang mana pun aku
pada kafe itu, aku tak mampu memilikinya.

“Boleh awak bagi tahu saya, apa yang awak akan lakukan pada kafe tu?” tanyaku
perit.

Mungkin dia akan robohkan kafe itu. Mungkin dia akan gantikan dengan restoran
mewah yang setaraf dengan Hotel La Prince dia ni.

Hilang sudah memoriku bersama I’s Café. Hilang sudah pengikat antara aku,
arwah ayah dan arwah ibu. Hilang kafe itu bagaikan hilangnya separuh nyawaku. Perit.
Tapi aku terpaksa relakan. Mungkin kalau aku kaya, aku boleh miliki kembali kafe itu.
Entah bila la agaknya? Mungkin mustahil.

“Well... I tak decide lagi.”

“Tolong jangan robohkan kafe tu.”

“Why?”

“Saya sayang kafe tu.”

“What it got to do with you? It’s mine.”

Betul tu. Memang tiada kaitan dengan hidupnya. Siapalah aku di matanya? Cuma
gadis sesat yang masuk ke hotelnya. Hanya orang asing yang baru ditemuinya hari ini.
Tak ada kepentingan langsung baginya. Aku pipit. Dia enggang. Begitulah perbezaan
darjat kami sekarang ini.

“Awak boleh lakukan apa saja dengan kafe tu, tapi tolong jangan robohkan kafe
tu. Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk awak tak robohkan kafe tu. Saya dah hilang
ibu dan ayah. Saya dah tak ada sesiapa lagi. Saya cuma ada kafe tu sahaja,” kataku.
Cuba menahan air mata daripada keluar. Kepala ditundukkan ke arah lantai. Tak nak dia
cakap aku cuba raih simpatinya pakai air mata.

Sunyi. Selepas beberapa saat berlalu, aku panggung kepala. Aku nampak Dheo
Han mengetap rahangnya kuat. Wajah tegang. Untuk seketika, aku berasa gerun dengan
pandangan matanya tika itu.

Kenapa? Aku ada tersalah cakap ke? Dia marah aku ke? Aku teguk liur.

46
Obey.tube
Mungkin melihat wajahku yang dah macam hilang darah, Dheo mengalihkan
wajahnya ke sisi. Aku nampak dia menarik nafas panjang sebelum wajahnya kembali
ditolehkan ke arahku. Wajahnya kembali seperti asal. Dingin tak beremosi.

“Okay... I can promise you that. Saya takkan robohkan kafe tu.”

Mendengarnya, aku dah cukup gembira. Aku senyum.

“Tapi bersyarat.”

47
Obey.tube
Bab 5

“S
kacaknya itu.
YARAT?” Aku mula tak sedap hati. Ragu-ragu aku pandang wajah

“Yup... What can you do for me?” soalnya balik.

“Maksud awak?” Tak sedap hati berganda. Dup dap... Dup dap...Macam nak
bermaraton keluar aje jantung sekarang ni.

Dia diam dulu. Cuma matanya renung aku dari atas sampai bawah. Bagaikan
menilik tubuhku. Macam sedang menilai berapa bintang harus diberikan pada susuk
tubuhku ini. Meremang segala tubuhku. Aku telan liur. Jangan cakap dia fikir apa yang
aku fikir sekarang ni. Lelaki ni bukan boleh percaya sangat!

“Jangan harap saya nak...”

“Whoa... Relaks! Saya tahu apa dalam kepala awak sekarang ni. That thought is
impressive. Unfortunately, I’m not interested in any woman.”

Dia cantas kata-kataku. Mukanya jelas menunjukkan kebenaran kata-katanya itu.


Muka bosan dan tak berminat langsung.

Meruap malu mukaku. Amboi, Nurissa! Ingat kau tu cantik sangat ke sampai fikir
macam tu? Berderet-deret model taraf dunia yang meleleh air liur tengah tunggu masa
dia pilih untuk ajak makan. Ingat dia nak pandang kau sebelah mata ke? Aku termalu
sendiri dengan pemikiranku itu.

“Habis tu?” Malu-malu pun aku lega. Sekurang-kurangnya orang tu dah tak payah
pergi tempah appointment dengan pakar sakit tuan besok.

Tapi... Bila ingat balik apa yang dia cakap, dia tak berminat dengan perempuan?
Lelaki tak minat dengan perempuan? Dia ni gay ke? Aku mula bersangka buruk. Tapi
cepat-cepat aku hapuskannya. Dia bukan BFF aku jadi aku tak kenal dia. So, jangan
fitnah dia ya, Nurissa! Melainkan dia cakap I’m not interested with species like you. I
like species who have beard with six pack, ha... Yang tu memang sahih lagi betul dia
bernafsu songsang.

Bibir Dheo naik sikit. Sinis.

48
Obey.tube
“You know... Despite your innocence look, you have quite dirty mind.”

Dengan itu, meluap-luap rasa marahku sekarang ni. Dah la dia cakap muka
aku innocent, lepas tu aku otak kuning. Cis, ini dah melampau! Tapi macam biasa, aku
sabarkan hati, kuatkan iman. Apa boleh buat kalau lelaki di depan dia ni insurans mulut
dah habis semalam!

“I’m not innocent.”

Suara sedikit marah. Muka pun masam. Aku dah selalu dengar orang kata
wajahku suci bersih, bagaikan tak tahu apa-apa. Aku tak suka! Sebab kalau fikir macam
tu, maksudnya orang senang nak ambil kesempatan denganku.

“Yeah, right! You’re not innocent.”

Suara dia macam sengaja nak ya kan apa yang aku cakap sebab dia malas nak
layan.

“Awak cakap pasal syarat apa?”

Aku ubah topik. Berbalik kepada tujuan asal.

“I’m a businessman. No business of mine gives me no profit. So, kalau awak tak
nak saya robohkan kafe tu, apa yang awak boleh buat untuk saya? What can you offer
me, tesoro?” katanya lagi.

“I’m not your treasure.” Spontan aku membalas. Ada aje nama-nama aneh dia nak
panggil aku, kan?

Wajahnya sedikit terkejut.

“You know Italian?”

Aku tahu bahasa Itali? Aku sendiri terkejut. Kelip-kelip aku pandang dia. Bisu.
Sebab aku memang tak punya jawapan untuk soalannya itu. Kalau ikutkan, itu kali
pertama aku mendengar perkataan itu. Aku cuma tahu ti amo dan mia bella.

“Awak nak saya lakukan apa untuk awak?” soalku balik.

“Work for me and I promise you no harms done on that café.”

“Kerja dengan awak?”

49
Obey.tube
“Awak tahu kan, yang rumah yang awak tinggal sekarang ni adalah hak milik
saya. You’re not staying on my property for free, are you?” soalnya lagi dengan penuh
selamba.

Rasa terhina. Aku tahankan mulut dari menjawab. Sebab apa yang dia katakan itu
sememangnya betul. Segala milik di rumahku itu adalah hak miliknya. Aku sekarang ni
cuma menumpang tanpa sedar. Kira beruntung sebab dia belum tendang aku keluar.

“Bila saya dah jumpa rumah lain, saya akan pindah dari rumah tu. Jangan risau.”

Aku kawal nada suaraku supaya tidak kedengaran biadab. Kata-kataku harus
dijaga di depannya. Sebab dengan hanya petik jari, dia mampu humban aku ke tepi jalan
atau musnahkan I’s Café.

Aku hanya perlu bersabar. Untuk sekarang.

“Awak boleh tinggal di rumah tu. Saya tak kesah. Kalau tak, rumah tu tak
berpenghuni.”

“No... It’s okay! Itu rumah awak. Bila saya dah ada rumah baru, saya akan keluar.
Saya bukannya charity box awak,” jawabku tegas. Tapi suara masih dapatku tahan
daripada naik satu oktaf.

“So... If you’re not staying, then I’m going to sell it to someone else.” Tenang
suaranya ketika berkata.

Aku mengecilkan mataku ke arahnya. Dia ugut aku?

“Awak ugut saya?” Aku tahu dia ugut aku.

Dia jongket bahu.

“Saya cuma bercakap benda betul. Saya yakin, mesti ramai nak rumah tu.
Daripada dibiarkan rumah tu tak berpenghuni, ada baiknya saya jual. Told you before.
I’m a businessman. Business means profits. Kalau saya jual, saya akan untung. So, why
not? Kalau rumah tu tak berpenghuni, saya jual.”

Rasa macam anak tekak kena simpul mati. Ikutkan ego, nak aje aku laung ke
telinganya supaya juallah, aku tak kesah. Tapi... Fikiran aku membangkang. Kalau aku
ikutkan egoku, aku akan hilang rumah itu. Tapi, menghadap Dheo Han ni, aku kena
rendahkan segala egoku.

Aku mengeluh lemah.

“What do you want from me?”

50
Obey.tube
Serius aku tak faham. Dia cakap itu rumah dia, dan ya... Aku faham. Rumah dia,
harta dia. Aku cuma bagaikan melukut di tepi gantang baginya. Aku dah bersedia untuk
melangkah keluar bila perlu. Sebab aku tak nak dikatakan terus menumpang, jadi
parasit kepadanya. Tapi, bila aku dah rela nak angkat kaki, dia ugut nak jual rumah itu.

Apa yang dia nak sebenarnya?

“Macam ni la. Siapa pemilik sebenar rumah tu, tak semua orang tahu. So, keep
pretending it’s yours. Tinggal dalam rumah tu. Work for me, pay the rent.”

Aku diam. Nak tak nak, aku memang akan terikat dengan dia, kan? Aku sekarang
ni baru lepas lompat bintang masuk mulut naga ke? Dia bijak. Licik. Otak businessman,
dia serba tahu untuk mengikat kakiku daripada lari darinya.

“The deal is simple. Work for me and all of your properties will be safe, especially
I’s Café.”

Sabdu cukup-cukup masa dia cakap ‘I’s Café’. Dia memang tahu itu
kelemahanku.

“Kenapa awak buat semua ni? Awak macam ikat saya. Saya tak ada pilihan
melainkan bersetuju dengan awak.”

“Saya dah cakap tadi. Ayah awak ada hutang dengan saya dan hutang itu masih
belum dibayar lagi. Your father is dead, so automatically the responsibility is put onto
your shoulder. Awak anak dia.”

Ya Allah... Hutang apa lagi ni? Tak habis-habis dengan hutang dia. Bila aku tanya
hutang apa, dia tak nak jawab pula.

“So, deal or no deal? Come on... Saya bukannya suruh awak kahwin dengan saya
atau jadi perempuan simpanan saya. Saya pun tak dera awak. I help you instead. Saya
bagi awak kerja, saya bagi awak rumah. You should be grateful. All I ask you to do is to
pay the debt.”

Aku pertimbangkan apa yang dia cakap. Dia betul. Sekurang-kurangnya dia tak
aniaya aku. Buatnya dia halau aku keluar macam anjing kurap, macam mana? Buatnya
dia minta aku bayar cash hutang dia mana aku nak cekau duit?

“Saya akan kerja sebagai apa?”

Aku ingin tahu. Buatnya dia suruh aku jadi penari kelab malam, pakai baju tutup
yang mana wajib aje memang kirim salam awal-awal la.

51
Obey.tube
“Awak masih belajar. Maksudnya awak tiada apa-apa qualificationyang
melayakkan awak untuk dapat apa-apa jawatan di hotel ni. I’m going to treat my
employees equally. So, I’m offering you to be a housekeeper.”

Lega! Sekurang-kurangnya dia tak suruh aku jadi penari tiang.

“Deal,” putusku.

“Deal?”

“Ya... Deal. Kenapa?”

“Awak okey walaupun hanya menjadi housekeeper?”

“Okey. It’s not a big deal. Awak betul. Saya tak ada apa-
apa qualification dan housekeeper layak untuk saya sekarang ni. Awak ketua di sini dan
awak kena layan semuanya sama rata. Saya faham,” jelasku.

Serius aku okey dengan apa yang dia tawarkan. Sikit pun tak rasa terhina.

“Saya tak tahu apa hutang ayah saya pada awak, tapi saya akan cuba untuk
langsaikannya. I’m your pawn until you ask me out of the game. Housekeeping tu
kerja yang halal. It suits me for now.”

“But, after I’m graduated, if there is any vacancy that fits with my qualification,
I’m going to apply and I hope you will give me a chance to prove myself.” Panjang lebar
hujahku.

“Feisty.” Itu komennya bersama senyum herot yang cuba ditahan. Dua kali aku
nampak dia senyum hari ni walaupun bukan senyum versi pencair hati.

“Opportunist. Persistent. I’m impressed.”

Dia... Puji aku ke tu?

“Therefore, welcome to La Prince.” Bersama ucapan itu, aku tahu kakiku memang
terikat kemas dengan Dheo Han.

What have I gotten myself into?

52
Obey.tube
KAKI diayun tanpa arah. Sekarang ni, aku punya masalah. Masalah besar! Macam
mana aku nak keluar dari tempat ni? Aku kat mana sekarang ni? Kiri pasu bunga besar,
kanan replika harimau. Tiada langsung kelibat manusia. Rasa macam hidup di pulau tak
berpenghuni.

Aku tolak satu pintu kaca. Masuk yang ni dah tiga pintu kaca aku tolak. Tapi jalan
keluar tak muncul-muncul juga. Hotel dah besar. Tulis la ‘Exit’ kat mana! Yang aku ni
pula, masa datang nak jumpa Dheo Han tadi, laju aje jumpa. Ni nak balik, kenapa
macam kena sorok dengan bunian ni? Tak nampak jalan!

Aku hentikan langkah kaki. Kemudian sandarkan badan pada dinding di situ.
Penat. Sekeliling kupandang lagi. Nak tahu aku sedang berada di mana sekarang ni.
Pandanganku terhenti pada dinding bertentangan denganku. Beberapa lukisan besar
tertampal megah pada dinding itu.

Lantas aku dongakkan kepala untuk memandang ke dinding yang aku sedang
bersandar itu. Juga tertampal beberapa lukisan cantik. Di setiap kaki lukisan itu, aku
perasan ada sesuatu yang sama.

J.H.

Hanya itu yang tertulis. Pasti itu pelukisnya. Siapa J.H? Pelukis terkenal ke? Tapi
kenapa aku tak kenal? Tapi, melihat lukisan-lukisannya, aku memang kagum. Halus.
Terperinci. Campuran ton warna yang sangat teliti. Kalau dia bukan pelukis terkenal,
pasti lukisannya takkan tergantung pada dinding hotel kelas lima bintang, kan?

Tanpa sedar, kaki melangkah melalui sepanjang kawasan itu. Ingin melihat
lukisan-lukisan cantik dan unik yang berada di situ. Satu demi satu diperhati, sumpah
aku jatuh hati. Tangan rasa gatal nak usap setiap lukisan itu. Setiap gambar itu punya
keistimewaannya tersendiri. Lukisannya tulus dari hati. Itu yang dapat aku putuskan.

Hinggalah tiba di satu gambar, kakiku terpaku. Aku bagaikan dipukau. Tak
berkelip mata tenung lukisan itu. Di depan mataku sekarang ni, ada satu lukisan huluran
tangan berlatar belakangkan Eiffel Tower. Macam apa yang aku pernah lukis dulu. Tapi,
bukan itu yang membuatkan mataku meluas tak percaya.

Tangan! Tangan di dalam gambar itu adalah tangan lelaki. Ada seutas jam tangan
jenama Vacheron Constantin yang berada di tangan lelaki itu. Itulah yang membezakan
lukisanku dengan lukisan yang berada di depanku sekarang ni. Kalau aku lukis tangan
yang menghulur dari kiri, tangan di dalam gambar itu pula menghulur dari kanan. Dan
kalau aku letakkan lukisan kami sebelah menyebelah, akan terlihat seolah-olah mereka

53
Obey.tube
bagaikan mahu berpegangan tangan. Close-up Eiffel Tower di belakang itu juga akan
menjadi lengkap jika lukisan kami digabungkan.

Jantungku tiba-tiba berdebar kencang. Kenapa aku rasa macam ni? Kebetulankah
semua ini? Tak mungkinlah lukisan hebat ini ada kaitan denganku. Pelukisnya J.H?
Siapa dia? Takkan aku kenal dia kut? Mustahillah!

“Hey... Why are you here? This is forbidden area.”

Suara yang agak kuat itu buatkan aku kembali ke alam nyata.

Aku pandang ke arah punca suara. Nampak seorang lelaki sedang menuju ke
arahku. Bila berada dekat denganku, wajahnya macam pernah aku lihat.

“Lucca?” Lantas memori dia datang membeli kopi di I’s Café menjelma. Satu-
satunya lelaki Itali yang pernah jejak kaki ke situ, macam mana aku boleh tak ingat.

“Signora?” Dia pun bagaikan terkejut. Mungkin tak sangka ada pertemuan kedua
antara kami di tempat lain.

“What are you doing in here?” soalnya.

Apa yang aku sedang lakukan sekarang ini? Soalannya itu buatkan aku baru
teringat balik punca sebenar kenapa aku boleh berada di sini. Aku memang macam
ni. Letak la aku di tempat yang penuh lukisan, aku akan lupa dunia sekeliling. Kaki
memang automatik akan dirasuk.

“I’m... Lost. I came to see Mr. Dheo Han. And suddenly, I had no idea where my
legs brought me to,” jelasku. Tayang sengih serba-salah kepadanya.

“Awak jumpa Dheo?” Wajahnya jelas terkejut.

“Awak boleh cakap Melayu?” Tapi tak macam wajahku bila dengar perkataan
Melayu keluar dari bibir Italinya itu.

“Ya... Saya boleh cakap Melayu. Awak jumpa Dheo?” Lagi sekali dia ulang
soalan itu.

Aku angguk. Kenapa dia nak terkejut sangat? Dheo Han tu susah nak jumpa
manusia lain ke? Ke sebab bukan senang nak jumpa Dheo Han kalau bukan
pasal business?

“Ya... Saya ada hal nak selesaikan dengan dia. And tomorrow, I’m going to work
here.”

“Dheo tawarkan awak kerja apa?”


54
Obey.tube
“Housekeeper.”

Kelip-kelip dia pandang aku. Tak percaya agaknya. Tapi aku cuma senyum.
Kerja housekeeping bukannya hina. Apa yang nak dimalukan?

“Awak pula buat apa kat sini?” soalku pula.

“Saya pun kerja di sini.”

“As?”

“I’m Signor Han’s driver.”

Aku pula yang kelip-kelip pandang dia. Tak percaya. Kalau sendi rahang tak kuat,
mahu rahang bawah kena tarik graviti sampai cecah tanah.

Driver? Automatik mataku menilik dari atas sampai bawah. Dua kali. Mak
aiii... Driver zaman sekarang. Jangan main-main, kau! Kalah model Georgio Armani.

“Kenapa? Pelik ke?” Suaranya kedengaran bagaikan sedang menahan lucu. Tiada
rasa tersinggung langsung.

“Haah.. Sebab awak segak, kacak,” jawabku jujur.

“Housekeeper boleh cantik, takkanlah driver tak boleh kacak?”

Dia membalas balik. Kedua-dua kening diangkat. Mencabar aku untuk berkata
tidak.

Tersipu-sipu malu aku mendengarnya. Serius tak boleh nak balas balik. Bukan nak
cakap aku cantik, tapi kata-katanya ada betulnya juga. Rupa tak menentukan karier
seseorang. Sekurang-kurangnya kerja yang dilakukan itu ikhlas dan yang penting, halal.

Bila nampak mukaku berubah merah, Lucca lepaskan satu ketawa kecil.
Kepalanya digelengkan beberapa kali. Wajahnya gembira, nampak bersinar bagaikan
tengah bahagia. Terhibur sangat agaknya dia melihat aku macam tu.

“Come, signora. We should get out of here.”

“Nurissa. Nama saya Nurissa Rose.” Aku perkenalkan diri. Baru perasan yang dia
tak pernah tahu nama aku dan signora itulah yang selalu dipanggilnya aku.

Dengan lagak penuh gentleman, Lucca mempersilakan aku untuk berjalan dulu
sebelum dia turut beriringan denganku. Sepi. Tapi mataku masih melilau pada kiri dan
kanan, masih mengagumi lukisan-lukisan itu.

55
Obey.tube
“Ini tempat apa?” soalku ingin tahu.

“Ini Galeri The Dheo’s. This place is exclusively his. Haram untuk sesiapa pun.
Semua orang di sini tahu peraturan itu. Biasanya sesiapa yang melanggarnya akan
dibuang kerja terus. Dheo memang seorang yang sangat tegas.”

Aku telan liur. Ngeri! Belum kerja lagi aku dah cari nahas.

“Alamak! Macam mana ni? Saya tak sengaja. Saya tak tahu pun pasal undang-
undang tu. Kaki termasuk ke dalam bilik ni. Lepas tu saya memang suka tengok lukisan.
Bila dah tertengok lukisan, kaki memang dirasuk untuk terus tengok,” kataku.

“Awak jangan cakap kat dia yang saya dah terceroboh tempat ni, ya?” Aku minta
belas ihsan Lucca. Tayang muka kesian, haraplah dia setuju.

Lucca ketawa.

“Don’t have to show that face, signora. You always know you would win,” katanya
sambil geleng-geleng kepala. Lucu.

Aku turut tarik sengih.

“So, maksudnya saya akan terselamat?”

“This is our secret. Selamat.” Dia buatkan gaya zipkan mulutnya. Buatkan aku
pula yang tergelak.

“Technically, awak belum bekerja di sini jadi saya tak nampak alasan Dheo untuk
buang awak. Betul tak?” hujahnya lagi. Aku angguk-angguk setuju.

“Encik Han suka lukisan ke?” korekku tiba-tiba. Entah kenapa rasa nak tahu.

“Yup. Dia memang sangat gilakan lukisan.”

“Saya nampak semua lukisan ni kebanyakannya dilukis oleh J.H. Siapa J.H.?”

Lucca jongket bahu.

“Pelukis?” jawabnya mudah.

Ketika itu, kaki kami hampir tiba di depan satu lif besar. Akhirnya... Jumpa juga
jalan keluar. Terima kasih kepada Lucca yang tiba-tiba jadi tour guide tak bergaji aku.

“Use this lift. It will take you straight to the ground floor. The passwords
is 101013#,” arahnya.

56
Obey.tube
“Thank you, Lucca. Nasib baik awak ada. Awak dah jadi hero saya hari ni.” Aku
berterima kasih.

Dia senyum manis.

“Saya harap kita akan jumpa lagi nanti,” ucapku ikhlas.

“Oh... Trust me, signora! You will see my face again. Every day.”

57
Obey.tube
Bab 6

“T AMO, Rose.."

Aku tersedar.

Keadaan sekeliling dipandang. Gelap seperti selalu. Tepi katil diraba untuk
mencari telefon pintar.

5:30 AM.

Lima setengah pagi? Sesuatu yang baru. Ini kali pertama aku tersedar bukan pukul
tiga pagi. Petanda apakah ini? Adakah ini petanda bahawa daya ingatanku sudah mula
ada perkembangan? Atau sekadar perubahan gara-gara gaya tidurku yang dah berubah
sejak ayah meninggal dunia?

Aku mengeluh lemah. Selimut tebal diselak sebelum aku bangkit dari tidur. Dah
bersedia untuk memulakan hari baru.

Mandi. Solat subuh. Kemudian mula bersiap untuk ke Hotel La Prince. Hari ni
merupakan hari pertama aku mula bekerja di situ. Aku cuma mengenakan seluar slek
hitam dan blaus berwarna biru. Tudung biru gelap dililit di kepala. Wajah dikenakan
mekap nipis. Cuma bedak asas dan lip balm.

Usai menilik diri sendiri di depan cermin, aku tenung diri sendiri dalam-dalam.
Cuba bagi motivasi diri awal-awal pagi. Tangan kanan dibawa ke dada. Diletak kemas
betul-betul di bahagian jantung. Berdegup kencang. Mungkin sebab nervous.

Kaki belum pun keluar rumah, tapi jantung dah macam guna kuasa kuda. Relaks,
Nurissa! Relaks! Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum hembus perlahan.

Kau boleh, Nurissa! Kau boleh. Allah takkan bagi sesuatu di luar kemampuan
manusia. Kau kena yakin kau mampu untuk buat semua ni. Ni cuma kerja. Walaupun
kerja pertama.

Ya... Ini merupakan kali pertama aku bekerja. Atau kerja pertama untuk hayatku
selepas aku hilang ingatan. Ini kali pertama aku akan berdikari. Sebelum ini, aku anak
manja. Segala-galanya disuap ayah. Semua pergerakanku dikawal ketat. Mungkin ayah
risau sebab secara teknikalnya aku masih sakit. Sebab itulah aku dah terbiasa dengan
hidup bergantung dengan ayah.

58
Obey.tube
Tapi sekarang ayah dah tiada. Dah tentulah aku rasa lain. Hidup berubah seratus
lapan puluh darjah. Tapi aku kena reda. Dah ketentuan. Mengingatkan tentang arwah
ayah, mata mula rasa berair.

Cepat-cepat aku tarik nafas panjang. Tahan benteng mata daripada pecah. Hidup
mesti diteruskan. Aku yakin aku boleh! Lebar-lebar aku senyum depan cermin sebelum
menyambar beg sandangku.

AKU pegun di depan pintu rumah. Berkira-kira. Macam mana aku nak pergi ke Hotel
La Prince? Lalu aku pandang ke arah garaj rumah. Keretaku. Atau patut aku cakap
kereta milik Dheo Han juga?

Ikutkan hati, mahu sahaja aku naik kereta itu untuk ke sana. Tapi, aku masih
punya maruah. Aku takkan menggunakan sesuatu yang bukan milikku tanpa
pengetahuan tuannya. Agak sedih ketika aku memandang ke arah keretaku. Tapi apa
boleh buat? Bukan hak aku lagi.

Aku geleng kepala beberapa kali. Tepis kesedihan tu jauh-jauh. Sesuatu bukan
milikku lagi, usah aku tangisi lagi. Kereta itu cuma satu kemahuan, bukan keperluan.
Aku yakin Allah pasti permudahkan urusanku hari ini.

Aku terus ke pintu pagar rumah. Kunci pintu pagar rumah rapat-rapat. Pastikan
semua dalam keadaan selamat sebelum aku tinggalkan rumah itu. Rumah orang. Selalu
aku semat dalam kepalaku yang rumah tu bukan rumahku lagi. Tapi kalau ada apa-apa
berlaku, akulah yang bertanggungjawab. Lagi berat tanggungjawab itu sebab rumah itu
amanah orang untukku.

Nak naik teksi atau Uber, ya? Yang mana lebih selamat? Yang mana lebih murah?
Aku pun tak tahu memandangkan aku tak pernah naik teksi atau Uber. Ini kali pertama
aku cuba untuk menggunakan khidmat itu.

Sedang aku memikirkannya, tiba-tiba kedengaran hon kereta ditekan. Nasib baik
tak melompat aku dibuatnya. Sempat tangan urut dada sebelum kepala ditolehkan ke
arah si tukang hon itu. Ada satu kereta Range Rover hitam berkilat berhenti betul-betul
di depanku. Berkerut dahiku memikirkan gerangan pemilik kereta mewah itu. Bila
cermin gelap itu diturunkan, automatik bibirku tersenyum.

“See... We meet again, signora.”

“Lucca!” Suaraku penuh keterujaan. Mata pun bulat bersinar.

59
Obey.tube
Lucca keluar dari tempat duduknya. Dia berdiri di sebelahku. Pagi ini dia segak
macam selalu.

“Are you that happy to see me, signora?” Lucca gelak maco.

Laju aku angguk. Serius aku gembira berjumpa dengannya. Entah kenapa, aku
senang dengan Lucca.

“Saya pun gembira jumpa awak,” kata Lucca. Wajahnya jelas menunjukkan
kejujuran kata-katanya itu.

“Tapi, apa awak buat kat sini?” Kali ini berkerut keningku bertanya.

Pelik. Jumpa dia di Hotel La Prince, aku tak pelik. Tapi, di depan pintu pagar
rumahku, itu agak pelik.

“Well... Doing my job, of course. I’m a driver.” Kata-katanya buatkan aku tersedar
sesuatu. Mataku terus membulat.

“Jangan cakap Encik Han ada di dalam!” kataku sambil mata merenung ke arah
kereta itu. Gara-gara cermin gelap, aku hanya nampak pantulan wajahku. Dada tiba-tiba
berdebar.

“Don’t worry. Dheo tak ada di dalam.”

Aku hela nafas lega. Tapi... Entah kenapa, separuh hatiku rasa kecewa bila
mendengarnya.

“Habis tu, awak buat apa kat sini?” soalku lagi.

Lucca senyum dulu. Kemudian dia berlalu ke tempat duduk penumpang bahagian
hadapan. Lebar-lebar dia buka pintu kereta.

“I’m your driver for today. Masuklah.” Lucca mempelawa.

Sekali lagi mataku membulat tak percaya. Aku pandang wajah Lucca yang tengah
senyum manis itu.

“Eh, tak payahlah!” Aku menolak secara halus. Seganlah aku.

“Arahan big boss.”

“Tapi...”

“Please. Don’t make me lose my job today.” Dia buat muka kesian.

60
Obey.tube
Aku teguk liur. Kalau dia dah cakap macam tu, aku tahu Dheo Han memang tak
teragak-agak nak pecat Lucca mandatori. Hanya kerana Lucca tak menjalankan amanah
yang diberi. Dan aku tak sanggup nak jadi penyebab Lucca hilang kerja.

Separuh hati, aku mengangguk. Tapi itu dah cukup untuk buat Lucca sengih
selebar mungkin. Habis nampak susunan gigi putihnya.

“Come, principessa!” pelawa Lucca.

“I’m not a princess.” Lagi perkataan Itali yang aku faham tanpa sedar. Aku rasa,
sebelum aku hilang ingatan, mungkin aku pernah tahu beberapa patah perkataan Itali.
Tak pun pernah belajar bahasa Itali.

Makin lebar senyuman Lucca bila aku cakap macam tu. Lambat-lambat aku
masuk ke dalam perut kereta.

“Every beautiful lady deserves to be treated like a princess.” Dia kenyit mata
sekali sebelum pintu kereta ditutup.

Amboi, ayat tak menahan! Mesti dah ramai perempuan tersungkur gara-gara ayat
gulanya itu.

Lucca masuk ke tempat duduk bahagian pemandu. Enjin kereta dihidupkan


sebelum kami memulakan perjalanan.

“Kalau awak ambil saya, Encik Han pergi kerja dengan siapa?” soalku.

“Semalam dia tak balik rumah. Dia stay di penthouse La Prince. Lepas tu dia
arahkan saya untuk ambil awak,” jelas Lucca. Sekarang ni, aku musykil. Lucca ni
pemandu Dheo Han atau aku?

Macam mana Lucca boleh tahu rumah aku? Oh, lupa! Rumah Dheo Han. Lucca
bekerja dengan tuan rumah tu, jadi tak peliklah kalau dia tahu rumah tu.

“Kenapa awak kena ambil saya?” soalku lagi.

“Big boss cakap awak tak ada transport untuk ke hotel. Dia tak nak awak lambat
pada hari pertama awak kerja. Awak ada kereta, tapi dia tahu awak takkan guna kereta
tu. Nak ambil Grab car or Uber, semuanya akan ada complication. Sebab tu la dia
suruh saya ambil awak.”

“Macam mana dia boleh tahu?”

Aku musykil. Seram sejuk pun ada. Sebab dia tahu apa yang aku fikir.

Lucca cuma angkat bahu.


61
Obey.tube
“Because he’s Dheo Han. Everything is on his fingertips.” Mudah jawapan Lucca.

“Kesian awak, kan? Tak pasal-pasal tambah kerja, kena ambil saya.”

Lucca cuma gelak.

“Nope. It’s my pleasure. I love spending time with you, signora.”

Kata-katanya ikhlas. Wajah bercahaya dia tu membuktikannya. Tanpa sedar, aku


turut senyum. Aku pun suka luangkan masa dengannya.

“Kenapa?”

“I like you, signora.” Nak tercekik aku mendengar pengakuan selambanya itu.
Baru tiga kali jumpa, dia dah cakap macam tu? Wow!

“Not in a pervert way. Never in a pervert way. Dheo will have my head first if I
even touch your hair. I mean, I like you like a sister I never have,” sambungnya lagi.

Ooo... Macam adik. Kira okeylah sebab aku pun rasa Lucca macam abang. Aku
suka kawan dengan dia walaupun kami baru kenal. Aku rasa macam dah lama kenal dia.

“Kenapa Dheo nak buat macam tu?” Punyalah panjang ayat dia, hanya tu yang
mampu menarik minatku.

“Sebab awak pekerja dia,” jawab Lucca.

Kira baguslah Dheo Han tu. Jaga kebajikan para pekerjanya. Baik juga. Muka ais
ketul pun, hati baik. Entah kenapa hati rasa teruja untuk tatap wajah kacak Dheo Han
hari ni.

PERLAHAN-LAHAN langkah diatur untuk merentasi lobi besar itu. Rasa macam
semua kepala menoleh ke arahku. Mungkin ada yang ingat muka aku. Yang semalam
datang aci redah, tak pandang kiri kanan. Tapi hari ni, rasa malu la pula.

Tapi, macam biasalah. Buat tak nampak. Aku terus mencari lif untuk ke pejabat
Dheo Han. Itu yang dipesannya semalam. Pergi ke pejabat Dheo Han dulu untuk
melapor diri. Biasalah tu. Hari pertama kerja. Mesti banyak amanat nak diturunkan bos
kepada anak buahnya. Pantang larang kena ikut.

62
Obey.tube
Kaki berhenti di hadapan sebuah lif. Kalau tak salah, ni lif semalam. Haaa... Lagi
senang! Kalau naik lif ni, bila dah sampai di atas, gerenti ingat jalan nak ke bilik Dheo
Han. Aku terus tekan butang lif. Automatik terus terbuka. Kaki terus melangkah masuk.

Dinding lif dipandang. Cuma ada dua butang. P dan G. P untuk apa? Pejabatlah
kut. Lalu aku tekan P dan masukkan passwords yang Lucca bagi tahu semalam. Cuma
beberapa saat, kedengaran bunyi ting menandakan aku dah sampai di tingkat P. Sebaik
sahaja pintu lif terbuka, aku terus menapak keluar.

Bila aku muncul di balik lif, beberapa orang yang berada di situ ternganga
melihatku. Tak kurang juga ada yang saling berpandangan. Macam tengah
berkomunikasi pakai bahasa minda. Aku pandang tubuhku. Kenapa? Seluar terbalik ke?
Atau kasut sebelah hijau, sebelah merah?

Tapi semuanya normal. Mungkin mereka cuma terkejut sebab nampak muka baru.
Mungkin hotel ni dah lama tak dapat staf baru. Aku tayang muka selamba sebelum kaki
mengorak langkah ke arah pejabat Dheo Han.

“Hai, Cik Nurissa yang datang semalam, kan?” Seseorang menegurku.

Seorang wanita anggun berambut pendek separas bahu sedang berdiri di depanku.
Kemas dengan kemeja berwarna biru lembut dan pencil skirt separas lutut. Sedang
senyum mesra ke arahku.

Aku turut membalas senyumannya. Kepala dianggukkan. Mengeyakan.


Maksudnya dia juga tahu aku datang serang bos dia semalam. Nasib baiklah hari ni dia
alualukan aku.

“Nama akak, Tina. Boleh panggil Kak Tina. Akak memang penyambut tetamu
aras ni. Encik Han ada bagi tahu tentang kedatangan Nurissa hari ni.” Panjang lebar
Kak Tina memperkenalkan diri. Tangan dihulurkan untuk berjabat. Aku menyambutnya
dengan senyuman.

“Jom, Kak Tina bawakan jumpa Encik Han.”

Aku cuma mengangguk. Bila ada orang iring, rasa lega juga. Sekurang-kurangnya
tak adalah aku termangu sendirian. Nampak jugalah hala tuju kalau ada orang tunjukkan
walaupun semalam aku dah datang.

“Kak Tina, kenapa semua orang tengok pelik kat saya? Saya ada buat salah apa-
apa ke?” soalku perlahan. Takut juga kalau tanpa sengaja aku dah sebabkan orang tak
sukakan aku. Kerja pun belum mula lagi. Aku tak nak cari pasal.

Kak Tina senyum.

“Mungkin dia orang pelik.”

63
Obey.tube
“Pelik? Kenapa? Pakaian saya dah langgar etika ke?” soalku cepat. Sekali lagi
tenung tubuh sendiri.

“Bukan. Pelik sebab mereka tertanya-tanya macam mana Nurissa boleh sampai ke
tingkat ni.”

“Saya pakai lif?” Aku berkata keliru. Pelik ke kalau naik lif? Ke semua orang di
sini panjat tangga untuk ke tingkat lima puluh lima ni?

“Tapi lif tu lif Encik Han. Exclusively his.”

Kali ini aku terlopong. Lif tu khas untuk Dheo Han aje? Dan aku dengan selamba
segala badak aje pergi guna.

Tapi aku tak tahu!

“Saya tak tahu, Kak Tina. Semalam pun Lucca yang suruh saya pakai lif tu. Saya
tak tahu pun lif tu khas untuk Encik Han aje.”

Aku telan liur laju-laju sesudah berbicara.

Aku ni memang suka cari pasal, kan? Semalam tersalah masuk kawasan larangan.
Hari ni, guna lif bos. Esok apa agaknya jenayah aku akan buat?

“Semua pelik sebab nak access lif tu kena ada passwords. Cuma Encik Han dan
orang-orang kepercayaan dia aje yang tahu. Mungkin sebab Nurissa bakal
jadi personal housekeeper dia, jadi tak pelik kalau Nurissa tahu.”

“Personal housekeeper? Encik Han?”

Sekali lagi aku telan liur. Entah kenapa rasa seram dengan kenyataan itu.

Kak Tina angguk.

“Kenapa saya?”

Aku agak cuak. Punyalah ramai staf hotel kelas lima bintang dia ni, kenapa aku
juga yang dipilihnya?

Pertama, ini kali pertama aku kerja. Kedua, aku dahlah tak tahu skop kerja macam
mana. Ketiga, menghadap Dheo Han hari-hari? Gerun. Tapi pada masa yang sama, rasa
teruja. Dan aku sebenarnya lagi gerun sebab aku rasa teruja.

No good, Nurissa! No good.

64
Obey.tube
“Pilihan bos. Tiada siapa yang boleh sangkal kalau Encik Han dah keluarkan
arahan.”

Itu jawapan Kak Tina. Sempat dihadiahkan satu pandangan simpati kepadaku.

Buatkan aku rasa macam anak tekak dah hilang terus. Laju aje liur masuk dan
keluar. Apatah lagi ketika itu kaki kami berdiri di depan pintu masuk pejabat Dheo. Kak
Tina melayangkan tangan untuk mengetuk pintu beberapa kali. Sebaik sahaja
kedengaran suara Dheo mengizinkan masuk, Kak Tina tarik tombol sebelum dibukakan
sedikit pintu untukku melangkah masuk.

“Good luck.” Sempat Kak Tina berkata perlahan.

Aku telan liur dulu. Nafas ditarik dalam-dalam. Baca bismillah sekali, barulah
kaki kanan menapak masuk ke dalam bilik.

Seram sejuk.

Dua kepala menoleh ke arahku. Dheo dan perempuan Cina semalam. Dheo tengah
duduk dan perempuan itu berdiri di sebelahnya, sedang memegang beberapa buah fail.
Dheo kembali menyambung tugasnya. Laju aku melihat tangannya menurunkan
tandatangannya.

Aku pula hanya berdiri tanpa banyak bunyi. Rasa canggung dan berdebar. Hati
banyakkan berzikir untuk menenangkan diri. Tepis segala hasutan syaitan yang sengaja
nak menggundah-gulanakan hatiku.

“Dheo, tengah hari nanti you ada lunch business dengan wakil Topazz
Corporation. Ingat tu.” Aku dengar perempuan itu berkata.

Dheo cuma mengangguk sekali. Matanya dihalakan ke arahku. Jantung makin


bersenamrobik ketika menerima tujahan matanya.

“You... Come and sit here.”

Aku terus patuh. Langkah diatur untuk duduk di depan meja Dheo. Berhati-hati.
Sebab kalau ikutkan lutut yang dah macam hilang skru, tak kena gaya memang sujud
aku dibuatnya.

Diam. Hanya kedengaran bunyi mata pen tajam Dheo dilarikan di atas dokumen di
depan mata. Kemudian, Dheo menutup fail terakhir yang ditandatanganinya. Perempuan
di sebelahnya itu terus melakukan tugasnya. Ditundukkan sedikit tubuhnya untuk
mengutip fail-fail itu. Aku nampak perempuan itu pegun.

“You pakai minyak wangi lain ke hari ni? Wangi.”

65
Obey.tube
Hidungnya didekatkan ke arah leher Dheo. Sedut bau dalam-dalam.

Aku yang menjadi saksi menahan rasa. Kedua-dua tangan erat menggenggam tali
beg yang berada di atas ribaku. Tahan nafas yang mula rasa tersekat-sekat. Entah
kenapa, aku tak suka melihatnya! Rasa macam hati dicakar-cakar. Nak aje aku tolak dia
jauh-jauh daripada Dheo.

Astaghfirullahalazim! Aku istighfar dalam hati. Terkejut dengan pemikiranku


sendiri. Apa kena dengan aku ni? Astaghfirullahalazim.

Aku tarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan diri. Tapi yang masuk hidung
bukan setakat oksigen. Tapi sekali dengan bau minyak wangi Dheo. Perempuan itu
betul. Minyak wangi hari ini tak sama dengan semalam. Minyak wangi hari ni macam
pernah kukenal. Wanginya punya aura sendiri. Macam jenama...

“You pakai minyak wangi jenama apa?”

“Creed Aventus.”

Dua kepala tenung aku. Errr... Suara aku ke tadi?

“You know?”

Perempuan itu tanya aku.

Sah suara aku!

Errr... Aku terkelu! Kelip-kelip mata pandang mereka. Memang aku tak tahu nak
jawab apa. Kalau aku cakap aku tembak, dia percaya tak agaknya?

“Nancy, you may go. I got things to discuss with her.” Dheo menjadi penyelamat.

Pandangan Nancy teralih kepada Dheo. Dia patuh. Maka, macam semalam,
tinggallah kami berdua.

Dheo tegakkan tubuhnya. Aku pula tepat memandang ke arahnya. Maklumlah,


bos! Nak cakap kena ada eye contact. Nanti cakap biadab pula.

Tapi... Lama-lama tenung anak mata dia tu, makin cantik la pula! Nak-nak lagi
bulu mata dia lebat. Kenapa bulu mata dia lagi lebat daripada aku yang perempuan ni?
Dahlah aku rasa dia hari ni lagi handsome dari semalam.

“Ehem... Done staring at me?”

66
Obey.tube
Aku kembali ke alam nyata. Wajah Dheo dipandang. Sedang mengangkat kedua-
dua keningnya ke arahku. Mungkin sedang menunggu aku menjawab soalannya itu.

Muka tiba-tiba rasa kembang. Malunya! Alamak... Terkantoi la pula! Apa masalah
aku ni? Sebelum ni jumpa lelaki, mana pernah aku macam ni! Aku berlagak biasa.
Wajah ditundukkan sedikit.

Dheo berdehem lagi sekali. Back to the business.

“So, Rose!”

Automatik aku angkat wajah.

Rose!

67
Obey.tube
Bab 7

“A PA encik panggil saya?”

“Rose.” Dia ulang sekali lagi. Tepat mata merenungku.

“Why? Is there any problem?” tanyanya lagi. Muka bosan.

Perlahan-lahan aku geleng kepala.

“Tak ada... Tapi semua orang panggil saya Nurissa.”

“Tapi Rose pun nama awak. Short and easy to remember. Rose.”

Dia ulang balik namaku.

Tak pernah ada orang panggil aku dengan nama panggilan Rose. Hanya dalam
mimpiku. Dan kini Dheo menjadi orang kedua. Kebiasaannya aku akan canggung bila
ada yang memanggilku Rose. Tapi bila Dheo gulung lidahnya untuk sebut namaku,
kedengaran macam sedap. Tipikal... Tapi itulah yang aku rasa.

Rose.

Ketika dia menyebut nama itu, aku bandingkan pula dengan suara dalam
mimpiku. Berbeza. Suara dalam mimpiku penuh romantis dan sangat lembut.
Sebutannya bagaikan satu bisikan. Jiwa rasa bergetar. Dan bila Dheo pula
menyebutnya, kedengaran keras tapi lembut. Dingin tapi menyenangkan. Hati tetap rasa
sesuatu yang aku tak tahu apa.

Entah kenapa, suara hati mengatakan aku pernah kenal Dheo sebelum ni. Adakah
kemungkinan yang dia adalah lelaki dalam mimpiku? Tapi, kalau dia kenal aku,
takkanlah dia buat-buat tak kenal aku, kan? Mustahillah! Siapalah aku pada Dheo?

“Sebelum ni, kita pernah kenal ke?”

Tak salah aku tanya dia, kan? Untuk menjawab segala keraguan hatiku.
Jawapannya cukup mudah.

Ya. Atau tidak. Angguk. Atau geleng.

68
Obey.tube
Tapi Dheo cuma diam. Mata tak lepas dari wajahku. Seakan-akan sedang mencari
sesuatu. Tak senang duduk aku dibuatnya. Gelisah di balik renungan sejuk bekunya itu.

“Do I look like I know you before?”

Okey... Cukup itu membuktikan yang Dheo tak kenal aku sebelum ni. Tapi kenapa
hatiku rasa sedikit kecewa mendengarnya?

“Sorry. Cuma tanya. Manalah tahu kita pernah kenal. Saya hilang ingatan lepas
kemalangan teruk empat tahun lepas. Jadi, saya tak dapat ingat apa-apa lepas tu.”

Aku pun tak tahu kenapa aku cerita padanya.

Aku nampak Dheo telan liur. Halkumnya bergerak seakan-akan menahan rasa.
Tapi wajahnya sikit pun tak menunjukkan gelodak dalam hatinya.
Hanya maintain tahap sejuk bekunya.

Kenapa? Dia tak percaya dengan ceritaku ke? Memang kisah aku macam klise,
tapi itulah yang terjadi. Kemalangan. Koma. Hilang ingatan.

“Saya turut bersimpati. Glad you are here now. Alive and healthy.”

Skema jawapan untuk diberikan kepada orang asing lepas kita dengar dia dah
kena musibah.

“Thank you.”

Apa lagi yang boleh aku balas?

Aku rasa keadaan mula jadi canggung. Nasib baik Dheo cepat berdehem.

“Kak Tina ada mention sesuatu sebelum awak masuk ke sini?” siasat Dheo dengan
suara profesionalnya.

“Hmmm... Ada. Dia cakap saya bakal jadi personal housekeeper Encik Han.”

“Yeah... She’s right. Tapi selain jadi personal housekeeper saya, awak akan
bekerja di bawah Puan Rasyidah. Dia adalah floor supervisoruntuk aras 50 hingga 55.
Puan Rasyidah akan tunjukkan awak kerja-kerja yang perlu dilakukan. Cleaning my
property and to attend me are your priorities but other than that, you just have to follow
her instructions. Understood?”

Aku angguk.

69
Obey.tube
“Being my personal housekeeper means that you have to follow every command
and demand of mine, wherever, whenever and whatever I want. No say no.”

Aku ni... Personal housekeeper dia atau personal assistant dia? Kalau aku buat
semua kerja dia, habis Si Nancy tu nak buat apa?

Tapi aku tetap angguk. Setuju aje la. Dia bos.

“Before that, few rules you have to abide. Memandangkan awak masih belajar,
awak dikira kerja separuh masa. Kalau tak ada kuliah, awak boleh kerja penuh. Kalau
kelas awak sampai tengah hari, awak kerja syif petang. Kalau kelas awak petang atau
penuh, awak dikecualikan kerja. Hari Ahad adalah hari cuti awak,” jelasnya.

“Semua ni sementara sampai awak habis belajar. Cuma sebulan lebih aje lagi. Dan
bila dah dekat dengan final examination, I’ll be giving you one week off for you to study.
Dan tak perlu datang kerja sampailah awak tamat exam.”

Alhamdulillah... Berperikemanusiaan juga dia! Tak adalah aku rasa macam


Bangla sangat, kerja sepanjang masa. Kan aku dah cakap, iceberg-iceberg dia pun, hati
dia baik.

“I’m doing that because I don’t want to be blamed if you fail your examination.
So, any disruption in your CGPA got nothing to do with me.”

Kali ini aku tahan bibir dari mencebik. Jerk! Buat sesuatu mesti sebab
kepentingan dia sendiri. Betullah dia cakap yang dia lelaki businessman yang hanya
fikirkan keuntungan.

“Untuk mengelakkan awak daripada mengambil kesempatan, saya nak awak bagi
saya jadual kuliah awak. Kalau kelas batal, awak kena masuk kerja. Dan sebarang
perubahan jadual, awak kena maklumkan kepada saya dulu. Faham?”

Aku angguk. Tiada masalah!

“Aras ni terbahagi kepada dua wing. East wing adalah tempatmanagement. And
west wing is my personal territory. Personal means only invited guests of mine are
allowed to access in. West wing adalah tempat larangan untuk semua pekerja. Tapi
memandangkan awak personal housekeeper saya, awak dikecualikan,” sambungnya
lagi.

Khusyuk aku tadah telinga.

“Dan di west wing, ada dua tempat dilarang masuk. Pertama Galeri The Dheo’s
dan kedua, White Room. Dua tempat ni, dilarang masuk sama sekali. Semua orang di
sini dah tahu. No one. I repeat, no one is allowed to go into these places. Let’s just say,
I won’t tolerate disobedience. Rule breaker will face severe consequences.”

70
Obey.tube
Amaran itu boleh bikin bulu roma berdiri sembilan puluh darjah. Kalaulah aku tak
pakai tudung, mesti dia nampak berapa kali liur dah lalu tekak. Kalaulah dia tahu
sebelum dia dah bagi amaran, aku dah terbuat jenayah in advance, apa dia buat
agaknya? Ngeri aku nak ingat.

“And you must comply with my two don’ts regulation.”

Apa lagi ni? Banyak betul pantang larangnya.

“Don’t... Wander around alone.”

Okey... Siapa suka merayau-rayau seorang diri?

“And don’t... Be curious.”

Erk? Nak curious pun tak boleh ke? Kalau tak curious, macam mana nak belajar?

“Especially regarding someone else’s business. Because curiosity kills the


cat. Saya tahu awak bukan kucing. But if you don’t listen to me, you’ll be living with
consequences. Curiousity doesn’t kill you. But it can kill your freedom. Ingat tu.” Kata-
katanya bergetar amaran.

Serius, meremang bulu roma mendengarnya. Naknak lagi, matanya betul-betul


menikam anak mataku. Seolah-olah mencabarku untuk melanggarnya. Gulp!

“Faham?”

“Faham,” jawabku.

“Good. I’m a very busy person. And now, get out.”

Dia halau aku.

“INI bilik rehat staf housekeeper perempuan. Staf boleh rehat kat sini bila tengah rehat
ataupun tengah tunggu untuk masuk syif,” terang Puan Rasyidah.

Aku kini berada di bilik rehat staf housekeeper perempuan yang berada di tingkat
G. Terletak agak tersorok, berdekatan dengan dapur besar hotel ini. Sekeliling bilik itu
dipandang. Boleh tahan luasnya. Dah macam bilik hotel pun ada. Ada pantri. Ada TV.
Ada bilik persalinan. Terlalu selesa.

71
Obey.tube
“Bilik rehat ni memang nampak sangat selesa. Sebab Encik Han memang jaga
kebajikan pekerja-pekerjanya. Jadi, jangan ambil kesempatan pula. Encik Han memang
pantang kalau orang curi tulang dan ambil kesempatan atas kebaikan yang dia
tunjukkan.”

Bagaikan tahu apa dalam kepalaku, Puan Rasyidah menyambung kata.

“Ini pula locker Nurissa. Barang-barang semua atau uniform boleh letak di
dalam locker ni,” terang Puan Rasyidah sambil menunjukkan ke arah locker yang
tersusun di bahagian tepi dinding.

Dari tadi lagi, Puan Rasyidah menerangkan kepadaku tentang skop kerjaku.
Menunjukkan aku tempat-tempat penting yang perlu aku tahu. Tempat ini terlalu besar
untukku. Kalau kerja seharian pun, belum tentu aku dapat ingat dengan sepenuhnya.

Kemudian muncul seorang perempuan yang kelihatan seusia denganku.


Berpakaian uniform berwarna coklat keperangan. Sama macam uniform yang diberikan
Puan Rasyidah kepadaku tadi. Maksudnya perempuan ini pun salah seorang staf hotel
ini.

“Ini Arin. Untuk beberapa hari ni, Rissa kena tag along dengan Arin sampailah
Rissa dah boleh buat kerja sendirian,” kata Puan Rasyidah. Diperkenalkan aku dengan
Arin.

Kami berbalas senyuman. Aku harap aku senang bekerjasama dengannya. Dia pun
nampak baik.

“Rissa ada apa-apa soalan nak tanya?” soal Puan Rasyidah.

“Buat masa sekarang, belum lagi kut.”

“Okey. Kalau Rissa ada apa-apa soalan, Rissa boleh tanya saya, Arin atau pun staf
lain. Lepas ni Rissa akan jumpa ramai lagi housekeeper yang lain. Kalau dah tiada apa-
apa, Rissa boleh tukar uniform. Lepas tu boleh ikut Arin.”

Aku cuma angguk.

“Arin, awak nanti bagi tunjuk ajar betul-betul pada Rissa. Dia nanti akan
jadi personal housekeeper Encik Han.” Diturunkan pesanan kepada Arin pula.

“Baik, puan.”

Puan Rasyidah tinggalkan kami berdua. Aku berlalu ke tempat persalinan untuk
menukar pakaian. Kalau melihat uniform Arin, boleh tahan besar juga. Maksud aku, tak
adalah mengikut potongan badan sangat. Tapi masih cantik dipandang mata. Berseluar

72
Obey.tube
panjang. Nasib baik. Buatnya skirt pendek? Memang balik ni, ada la langsir hilang jadi
penyambung skirt tu.

Kemudian aku mengikut Arin ke arah lif. Kali ini lif pengguna, bukan lif bos.
Tingkat lima puluh empat ditekan.

“Bahagian tingkat 50 hingga 54 ni, semuanya adalah suite. Jadi penat kita lebih
sikitlah berbanding dengan staf housekeeper lain. Arin jaga tingkat lima puluh
empat, west wing. Semuanya royal suite. Biasanya royal suite ni perlukan dua hingga
tiga orang staf. Hari ni kita berdua aje la sebab Mazni cuti.” Arin bersuara.

Aku cuma mendengarnya. Cuba memerhati kerja-kerja yang Arin lakukan.

USAI menyelesaikan tugas Arin, kami kini naik ke tingkat lima puluh lima. Kali ini
mahu mengemas penthouse Dheo Han yang terletak diwest wing. Aku masih cuba
mengingat jalan. Sebab aku tahu akan tiba masanya aku kena kerja sendirian nanti.

“Arin pun personal housekeeper Encik Han ke?” soalku.

“Eh, mana ada! Arin cuma housekeeper biasa. Cuma Nurissa personal
housekeeper Encik Han.”

“Habis, sebelum ni siapa yang jadi personal housekeeper Encik Han?” soalku.

“Encik Han sebelum ni tak pernah ada personal housekeeper.Biasanya sesiapa aje
dia akan pilih untuk kemas rumah dia. Arin pun baru sekali pernah kemas rumah dia,”
cerita Arin.

Aku sedikit terkejut mendengarnya.

“Habis... Kenapa Rissa kena jadi personal housekeeper dia?”

“Itu Arin tak tahu. Kita orang pun pelik bila Puan Rasyidah cakap Encik Han
ambil personal housekeeper. Mungkin Encik Han nak memudahkan dia. Bila dia
perlukan housekeeping, dia hanya perlu cari Rissa.”

Tapi... Itu tak menjawab persoalan, kenapa aku yang bertuah terpilih?

Arin tiba-tiba berhenti. Kakiku juga turut berhenti. Sekeliling dipandang.


Kawasan agak jauh dari tempat lain. Penuh privasi. Baru perasan kami sedang berdiri di
depan satu pintu kayu besar. Tertera gah tulisan emas D.T.H di pintu besar itu. Dan aku
tahu kami dah tiba di depan penthouse Dheo Han.
73
Obey.tube
Ketika kami tiba, ada Lucca yang tengah bersandar pada dinding di sebelah pintu
itu. Seakan-akan sedang menunggu seseorang. Bila dia nampak kami, Lucca terus
tegakkan tubuhnya.

“Nurissa. Arin.” Dia angguk sekali. Sebagai sapaan untuk kami. Muka tak
beremosi.

Aku hampir ternganga melihatnya. Lucca macam bertukar identiti. Seratus lapan
puluh darjah berbeza dengan Lucca pagi tadi yang senyum lebar, ketawa maco dan
berwajah ceria. Sekali tengok dah macam kena tempias Dheo Han.

Aku nampak Lucca menekan-nekan passwords rumah Dheo Han sebelum kunci
eletronik dimasukkan. Kedengaran isyarat menandakan pintu rumah sudah dibuka. Baru
aku tahu kenapa Lucca berada di sini. Sememangnya Lucca orang kepercayaan Dheo.

Lucca tolak daun pintu lebar-lebar. Bagi ruang untuk aku dan Arin masuk dahulu.
Aku bagi Arin masuk dulu sebelum aku mengikut di belakangnya. Bila aku dah berada
di dalam rumah itu, kawasan rumah itu dipandang.

Elegen dan ringkas. Itu komen pertamaku saat melihat susun atur perabot rumah
Dheo. Rumah yang cukup ringkas tapi sangat kemas. Susunan rumahnya menunjukkan
tiada sentuhan perempuan. Maksudnya, bila orang masuk rumah ni, orang akan
automatik tahu penghuninya adalah lelaki bujang.

“Rissa, jom!” Cuitan dari Arin itu sedarkan aku daripada terus mengusyar rumah
cantik Dheo itu.

Aku mengikut langkah kaki Arin.

“Ini bilik tidur Encik Han. Dan sebelah sana bilik kerja Encik Han. Biasanya,
kalau Encik Han arahkan untuk kemas dua bilik ni, baru kita kemaskan. Kalau dia tak
arahkan, maksudnya kita kena kemas kawasan selain dua tempat tu,” jelas Arin sambil
menunjukkan ke arah dua bilik.

“Biasanya Encik Han akan suruh kemas kalau dia tak balik rumah dia yang lagi
satu. Maksudnya bila dia tidur sini, barulah kita kena kemaskan untuk dia. Lagi satu,
Encik Han pesan jangan usik barang dia. Dia cukup pantang kalau orang usik barang
dia,” sambung Arin lagi. Aku angguk faham.

Kami memulakan tugas. Mengemas yang mana perlu. Rumah ini tak adalah
bersepah sangat. Jadi, kalau aku seorang yang buat kerja nanti, aku rasa tak adalah penat
sangat. Lagipun kemas rumah, bukannya selalu. Paling banyak pun, tiap-tiap pagi. Arin
pun cakap perlu kemas bila dia tidur di sini. Maksudnya bukan selalu Dheo akan tidur
di sini, kan? Alhamdulillah... Senang kerja aku!

74
Obey.tube
Aku dan Arin berpisah haluan. Arin pergi untuk mengemas bahagian ruang tamu
rumah dan aku pula berlalu ke dalam bilik tidur Dheo. Macam di ruang tamu rumah,
bilik Dheo juga kemas susun aturnya. Katil besar di tengah-tengah ruang. Bercadar
warna biru gelap.

Katil kemas tersusun. Bantal terletak cantik. Selimut pun cun terletak. Lantai pun
nampak tak ada sampah sesat. Dah kemas sangat. Nak kemas apa lagi? Aku mati kutu.
Mungkin sapu-sapu atau lap-lap sikit la kut.

Lantas aku berlalu ke arah meja di sebelah katil itu. Nasib baik ada bulu ayam di
tangan. Boleh la juga aku sapu habuk. Habuk yang hidup segan, mati tak mahu. Habuk
yang wujudnya cuma dalam imaginasi seorang Nurissa. Sebab aku tengok macam tak
berhabuk pun kawasan itu. Sapu aje la. Nampaklah ada kerja sikit.

Penuh hati-hati aku menyapu meja kecil itu. Takut ada barang jatuh. Karang tak
pasal-pasal hutang masuk buku tiga lima lagi. Aku dah tak nak punya hutang dengan
Dheo Han. Elok-elok jadi personal housekeeper, tak pasal-pasal dia ikat aku jadi hamba
abdi seumur hidup. Tak berlaki la aku nanti.

Tangan berhenti menyapu. Mata terpaku pada sesuatu. Hour glasskecil itu
menarik perhatianku. Comelnya! Tangan mengambilnya. Venice. Itu yang tertulis di
atas permukaannya. Mungkin hour glass ini oleh-oleh dari Venice.

Aku terbalikkan kedudukan hour glass itu. Kelihatan seakan-akan serbuk emas
mula turun ke bawah. Tak sampai beberapa saat, semua terkumpul di bawah. Lalu aku
terbalikkan sekali lagi. Suka melihat particle halus itu jatuh ke bawah. Gara-gara
berwarna emas, nampak berkilauan. Nampak macam emas betul.

“Itu emas original.”

Nasib baik hour glass itu dah cun mendarat di atas meja itu. Kalau tak, sah hutang
masuk buku tiga lima.

Aku berpaling ke belakang. Nampak Lucca sedang bersandar di muka pintu bilik.
Arin aku tak tahu kat mana sekarang ni. Kemudian aku nampak Lucca melangkah
mendekatiku. Berdiri di sebelahku.

“Errr... Awak jangan cakap kat Encik Han saya dah usik barang dia, please!”

Itu yang terlintas dalam kepala. Tiap kali ada perkataan jangan, yang itu la yang
aku akan langgar, kan? Walaupun tanpa sengaja. Arin dah pesan supaya jangan sentuh
barang Encik Han. Tapi ada aku dengar?

Mata Lucca fokus pada hour glass yang aku dah letak balik di atas meja itu.
Seakan-akan sedang menilik kalau ada apa-apa yang rosak.

75
Obey.tube
“Awak cuma lap sebab ada debu, kan? Easy.” Mudah jawapan Lucca.

“Adakah itu maksudnya awak takkan cakap kat Encik Han?” soalku lagi. Dada
berdebar entah kenapa. Aku tak nak kena marah dengan Dheo.

“Cakap apa? Awak buat kerja awak. Bersihkan barang-barang dia.”

Lucca jongket sebelah bahu. Kemudian senyum manis.

Aku tarik nafas lega. Aku tahu macam semalam, dia takkan bagi tahu Dheo Han.
Itu dah cukup buatkan aku sengih. Kadang-kadang aku rasa aku dan dia ni
macam partner in crime. Haha!

“Thank you. Janji lepas ni saya tak usik dah barang-barang Encik Han.”

Dia tenung aku. Muka macam tak percaya.

“Betul. Tak tipu.”

Aku angkat sebelah tangan. Aku janji la kononnya.

Bibir Lucca terangkat sikit.

“Anything you please, signora. Anything.”

Suara tak percaya dan malas layan aku.

Signora lagi. Melihat Lucca, dia kini berubah seperti Lucca yang aku kenal
semalam dan pagi tadi. Hanya bila kami berdua dia macam ni. Tapi kenapa bila depan
Arin dia macam lepas masuk peti sejuk macam Dheo Han?

Aku dah keliru dengan orang-orang sekelilingku sekarang ni.

76
Obey.tube
Bab 8

D AH seminggu aku bekerja di Hotel La Prince. Pada masa yang sama bergelar
pelajar. Penat. Tapi aku terpaksa tahan. Nasib baiklah aku dah di tahun akhir dan kelas
aku pun tak banyak. Semester ini cuma ada tiga subjek dan hanya dua daripadanya yang
memerlukan peperiksaan akhir semester.

Aku sememangnya seorang yang cepat belajar. Walaupun baru seminggu bekerja,
aku dah mampu untuk membuat kerja sendiri. Aku dah berjaya hafal peta hotel besar
itu. Dheo juga dah percayakan aku untuk bekerja seorang tanpa bimbingan.

Tapi dah tentulah aku akan selalu belajar. Di sana, aku rapat dengan Arin.
Mungkin sebab hari pertama aku dah bekerja dengannya, sebab itulah kami serasi.
Selain Arin, aku juga turut rapat dengan beberapa orang lagi staf di bawah Puan
Rasyidah. Nasib baiklah semuanya baik dan peramah.

Seawal tujuh pagi lagi aku dah tiba di Hotel La Prince. Tapi suasana hari ini
nampak agak berbeza sedikit. Nampak agak kelam-kabut. Semua staf nampak sibuk.
Ada apa? Mungkin sebab semalam aku cuti, jadi aku tak tahu apa yang akan jadi hari ni.

Aku terus berlalu ke bilik rehat staf. Macam biasa, tukar uniform dulu. Ketika aku
tiba, bilik itu masih kosong. Mungkin masih awal, belum ada yang sampai lagi. Aku
buka locker. Ambil pakaian untuk ditukar. Sebaik sahaja aku keluar dari bilik
persalinan, kelihatan Arin dan Ainul baru tiba. Mereka berdua memang tinggal
serumah.

“Hai, Arin. Hai, Ainul,” tegurku dengan senyuman.

“Hai, Nurissa. Awal sampai?” balas Arin.

Aku cuma sengih. Nampak tak aku tak pernah datang awal sebelum ni. Haha.

“Datang awal mesti sebab awal-awal dah kena attend Encik Han, kan?”

Kali ini Ainul pula bersuara.

“Attend Encik Han? Dia tidur sini ke semalam?” soalku.

“Eh, Rissa tak tahu ke?”

77
Obey.tube
“Tahu apa?” Aku blur.

“Hari ni ada event besar kat hotel. Encik Han akan perlukan Rissa nanti.”

“Rissa kena buat apa?”

Aku mula cemas. Dia yang ada majlis, kenapa nak kacau aku?

“Tengoklah apa yang Encik Han perlukan nanti.”

“Kenapa perlukan kita? Bukan dia dah ada PA dia ke?” soalku tak puas hati.
Apatah lagi mengingatkan Nancy, si PA Dheo itu. Tiap kali aku pergi kemas rumah
Dheo, mesti Nancy ada. Kadang-kadang aku syak dia orang tinggal serumah.

Memikirkan kemungkinan itu, entah kenapa jantung rasa bagaikan ditikam. Rasa
pedih. Tiap kali kepala membayangkan mereka berdua bersama, tiap kali itulah aku rasa
macam tu. Kenapa, ya? Padahal bukan urusan aku. Entah-entah mereka berdua bercinta.
Kalau duduk serumah pun, bukan masalah aku. Mereka bukan Islam.

“PA buat kerja pejabat dia. Orang macam kita buat kerja rumah dia. Macam orang
gaji.”

Kata-kata Arin itu buatkan aku tersedar sesuatu. Baru sedar status diri. Memang
aku ibarat orang gaji aje di mata Dheo.

“Kalau macam tu, nak buat macam mana? Ikut aje la,” kataku mendatar. Reda.

Hari yang tak berapa indah dah tentulah makin tak indah bila muncul Ummi yang
mencariku. Menyampaikan pesanan dari Puan Rasyidah yang Dheo Han dah seru aku
masuk menghadap. Tahu pula aku sampai awal hari ni.

Maka... Bermulalah kerjaku hari ini. Sigh!

AKU berdiri betul-betul di depan pintu rumah Dheo. Teragak-agak aku menekan
loceng. Agak pelik. Sebab kebiasaannya, aku akan kemas rumah dia bila dia dah pergi
kerja. Ataupun bila dia baru nak pergi kerja. Tapi sekarang ni awal sangat kalau dia nak
pergi kerja.

Dua kali tekan loceng, kedengaran pintu dibuka dari dalam. Hatiku berdebar
kencang. Sebab tahu tak sampai sesaat lagi aku akan menghadap Dheo.

78
Obey.tube
Tapi sangkaanku meleset sama sekali. Bukan Dheo yang buka pintu. Tapi Nancy.
Elegan dengan sut kerjanya. Dia senyum segaris bila melihatku. Aku pula terpaksa
balas senyumannya. Dapatku rasakan betapa kejung dan tak ikhlasnya senyumanku
sekarang.

“Masuklah,” pelawa Nancy. Dah macam tuan rumah.

Lambat-lambat aku melangkah masuk. Rasa macam tengah pijak kebun mawar
berduri. Seksa. Beberapa tapak aku melangkah, aku terkaku. Kaku sebab melihat Dheo
yang berada di ruang tamu itu cuma memakai bathrobe berwarna hitam. Seakan-akan
baru lepas mandi. Apatah lagi rambut hitamnya itu berserabai ke pelbagai arah.

Pedih dalam hatiku datang lagi. Apa yang mereka tengah buat sebelum aku datang
tadi? Mereka tidur sekali ke? Entah kenapa, aku boleh terfikir seperti itu. Aku tahu
mereka bukan Islam dan tak pelik kalau mereka seperti itu, tapi hatiku tetap rasa sakit.

“You are not needed, Nancy. You may go.” Suara bersalut ais dari Dheo.

“I cuma nak tolong you aje.”

“Tugas you tolong I di pejabat, Nancy. Bukan di rumah. At home, I need her.”
Dheo berkata lagi. Kepalanya didongakkan sekali ke arahku.

Aku telan liur. Amboi, ayat terakhir dia! Nasib baik tak ada orang dengar. Penuh
kontroversi.

“Next time, don’t bother coming.” Tegas!

“Okay, fine! See you at the office.”

Suara Nancy kedengaran sedikit bengang. Bila dia tarik handbagdan lalu di
depanku, sempat dia jeling tajam. Nasib baik cuma jelingan. Kalaulah anak panah,
mahu tembus kepalaku.

Aku tak tahu nak buat apa. Hanya mampu kesian pada diri sendiri. Dahla kena
paksa jadi penonton drama swasta. Kredit satu pun tak dapat. Yang dapat adalah
jelingan maut Si Nancy. Hai... Menyesal pula aku datang awal pagi hari ni!
Rosak mood baik aku.

Lepas Nancy berlalu, kami tinggal berdua. Dia pandang aku, aku pandang dia.
Apa aku nak buat ni? Patut ke aku pergi cari penyapu sekarang ni? Ya... Aku patut cari
penyapu, tak pun kain lap!

“Iron baju saya,” arahnya sebelum aku jalankan misi menjejak penyapu.

“Apa dia?”

79
Obey.tube
“Iron. Baju. Saya,” ulangnya sepatah demi sepatah. Kalau aku tanya lagi, aku
yakin mesti dia ejakan untuk aku pula.

Tapi... Gosok baju dia? Itu pun termasuk skop kerja aku juga ke? Personal
housekeeper atau personal maid aku sekarang ni?

Tapi tak pula aku membangkang. Hanya angguk. Aku ni kalau di depan Dheo
mesti jadi burung belatuk. Tugasnya cuma angguk dan ikut. No geleng-geleng! Betullah
Si Arin cakap, aku dah jadi orang gaji daaa.

Aku berlalu ke dalam bilik tidurnya. Mencari pakaiannya untuk digosok. Dia dah
letakkan di atas katilnya. Lalu aku ambil dan gosokkan untuknya. Dheo aku tak tahu
ada kat mana sekarang ni. Kat ruang tamu agaknya. Baguslah. Tak adalah rasa oksigen
tak cukup bila sebilik dengannya.

Lepas siap gosok, aku sangkut pada hanger. Kemudian kaki melangkah keluar
untuk mencarinya. Betul sangkaanku. Dia berada di ruang tamu dengan komputer
ribanya. Ada muk hitam yang masih berasap di sisinya.

Bila dia menghirup airnya, aku nampak bathrobe yang dipakainya sedikit terbuka
mendedahkan dada bidangnya. Terusku larikan pandangan. Rasa muka meruap merah.
Malu entah kenapa.

“Errr... Encik... Saya dah siap gosok baju encik,” laporku. Mata melihat ke tempat
lain.

Dari hujung mata, aku nampak dia angguk sekali sebelum bangun dari duduknya.
Susuknya mula menghilang di balik pintu. Aku hela nafas lega. Boleh sesak nafas aku
kalau duduk dekat dengan dia.

Aku sambung membuat kerjaku. Kemas rumah dia. Aku mula dengan ruang tamu
rumahnya. Bantal kecil yang agak berterabur di atas sofa aku kembali susun di tempat
asalnya. Kemudian aku bongkokkan sedikit badan untuk menyusun beberapa helai
kertas yang bersepah di atas meja kecil di depan sofa itu.

“Rose!” Aku dengar namaku diseru.

Bagaikan robot, kaki pantas diatur ke bilik tidur Dheo.

“Ya. Ada apa, Encik?” soalku.

Ketika itu Dheo dah lengkap berpakaian. Tengah memasang cuff links pada
hujung lengan baju kirinya. Tubuh tegapnya masih menghadap cermin besar. Di balik
pantulan cermin besar itu, aku nampak matanya terarah kepadaku.

“My tie. Tolong ambilkan.”

80
Obey.tube
Aku patuh. Segera kaki berjalan ke walk in closet Dheo. Dah seminggu aku
menjadi housekeeper dia, aku dah hafal segala susunan pakaian dan aksesori Dheo. Bila
Arin cakap Dheo cuma jarang-jarang menginap di hotel, semua tu hanyalah tipu semata-
mata. Sebab aku rasa tiap-tiap hari aku kena menapak ke rumah dia.

“Encik punya tie yang mana satu?” laungku dari dalam. Takut dia tak dengar.

“I got plenty. Ambil aje yang mana satu,” jawabnya kembali.

Oh, lupa! Baju hitam. Pakai dengan warna apa pun mesti masuk. Pembetulan!
Kita bercakap tentang Dheo Han. Kalau dah Dheo Han, pakai tali ikat lembu kat leher
pun aku berani potong kuku yang tiada siapa yang akan berkata dia buruk.

Mata mula melilau di balik kaca lut sinar itu. Di dalamnya tersimpan beberapa
pilihan tali leher berjenama Dheo. Rambang mata aku nak memilih. Pertama, sebab aku
ni perempuan. Perempuan tak pakai tali leher. Kalau suruh aku pilih tudung, gerenti tak
sampai seminit aku dah pilihkan. Kedua, aku ni tak tahu sangat tentang fesyen lelaki.
Ayah dulu pun mana pernah aku masuk campur kalau bab berpakaian.

Tiba-tiba anak mata terarah pada satu tali leher berwarna royal blue. Cuma
kosong, tapi kepekatan warnanya memikat mataku. Tangan terus mencapainya. Aku
usap lembut. Texture kainnya sedap dipegang. Jatuh hati aku melihatnya.

Bolehlah yang ni. Aku berlalu keluar.

“Yang ni boleh ke, encik?”

Dia berpaling. Tangannya yang sedang menggayakan rambutnya terhenti.


Matanya seakan-akan terpaku melihat apa yang berada di tanganku.

“Why?” soalnya sepatah. Anak mataku ditatap dalam-dalam.

Why? Why apa?

Alamak... Aku salah pilih ke? Dia tak suka ke? Telan liur.

“Why that tie?”

Aku telan liur lagi sekali. Mudah soalan dia, tapi ngeri anak tekak nak menjawab.
Sebab kalau tengok pandangan dia sekarang, orang nak kencing pun tak jadi. Aku cuba
kumpul kekuatan untuk menjawabnya. Tali leher di tanganku dipandang sekali.

“Sebab saya rasa cantik,” jawabku berani dan jujur. Haraplah dia tak maki aku.

“Encik tak suka ke? Kalau tak suka, saya boleh ambil yang lain.” Cepat-cepat aku
sambung sebelum dia betul-betul caci aku sampai bernanah telinga.
81
Obey.tube
“It’s okay. Bagi saya tie tu.”

Cepat-cepat aku serahkan sebelum dia berubah fikiran. Nafas takkan lega selagi
tali leher tu belum tersangkut di lehernya.

Diam.

Tangan Dheo lincah melilit tali leher itu di lehernya. Satu... Dua... Dan entah
berapa kali tangan dia bergerak dengan cekap, tali leher itu dah cun terletak di lehernya.
Buatkan penampilannya nampak lebih berkarisma.

Kan betul apa aku cakap. Dengan tali leher itu, dia nampak lebih...

“Handsome.”

Dheo angkat kepala. Dan aku terus tutup mulutku! Oh, katakan tidak! Katakan
bukan suara aku tadi.

Tapi melihat hujung bibir Dheo yang sedikit ternaik itu, aku tahu aku dah terlepas
cakap. Merah mukaku menahan malu. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata?
Padan muka kau, Nurissa!

Eh, siapa cakap? Terlajak kata pun, boleh juga nampak senyuman Dheo yang
mahal itu. Berbaloi atau tak berbaloi?

“Should I thank you for stating something obvious?” Kali ini suara Dheo berbaur
usikan.

Wow... Biarpun kata-katanya tu kategori perasan tahap kelas satu, tapi aku tetap
tak percaya yang Dheo boleh bergurau! Kali pertama aku melihat Dheo seorang
yang playful. Patut ambil gambar ni! Abadikan dalam momen.

Dheo kembali tenung cermin. Masih mencari apa-apa kekurangan untuk


diperbetulkan agaknya. Aku pula masih pegun di situ. Dia belum cakap awak boleh
pergi, jadi maksudnya aku tak boleh pergi lagi la, kan?

“I hated blue, you know,” katanya tiba-tiba.

Kata-katanya buatkan air liur laju lalu tekak. Alamak... Aku dah buat kesalahan
besar ke ni? Tapi... Dia kata hated bukan hate. Jadi secara teknikalnya dia dah tak
bencikan biru, betul tak? Harapnya la!

Aku tunggu dia sambung kata.

“Then at about six years ago, I met someone who loved blue. Dia hadiahkan saya
tali leher biru ni. Dan mulai dari saat tu, biru mula jadi warna pilihan saya. Tali leher ni
82
Obey.tube
banyak nilai sentimental. I used to wear it on my graduation day. Tak sangka saya akan
pakai lagi untuk eventyang penting hari ni.” Dheo mula bercerita. Dia seakan-akan
menggamit memori silam.

“Orang yang bagi tali leher tu, mesti sangat bermakna dalam hidup encik, kan?”
soalku. Entah kenapa, hati rasa cemburu dengan pemberi tali leher itu. Apatah lagi aku
dapat dengar suara Dheo bagaikan sedang merinduinya.

Dheo pandang aku sekali.

“Very.” Mudah jawapan Dheo.

Dengan sekelip mata, Dheo kembali ke versi iceberg kutub utara. Wajah tak
beremosi ditayang. Aku tunduk hormat kat dia kalau bab tukar ekspresi muka. Tak
sampai sesaat!

Dheo kenakan jam tangan di pergelangan kirinya. Kemudian pusing menghadap


aku.

“Lepas kemas rumah saya, awak boleh balik.”

“Hah?”

Aku ternganga mendengarnya. Tak percaya.

“Tapi hari ni ada event penting. Nanti tak cukup staf,” protesku.

“Kalau saya suruh balik, balik. Jangan banyak tanya. I don’t want to see you in the
hotel especially when the event is taking place. Don’t show your face at all.
Understood?”

Kali ini suaranya lebih keras.

Aku angguk. Agak kecil hati dengan kata-katanya. Aku tahu aku bukan siapa-
siapa. Tapi ayat dia tu macam nak cakap, dia malu dengan aku.

“Lucca will send you home.”

Angguk lagi. Apa lagi pilihan aku ada?

83
Obey.tube
Bab 9

S EPERTI yang diarahkan Dheo, usai menyiapkan kerjaku, aku terus ke bilik
persalinan. Ingin menukar uniform sebelum pulang ke rumah. Dheo kata nanti Lucca
akan hantar aku balik. Tapi persoalannya, macam mana Lucca nak cari aku? Atau
macam mana aku nak cari Lucca? Baru perasan, kami belum pernah bertukar-tukar
nombor telefon.

Tak apalah... Kalau tak jumpa Lucca, pandai-pandailah aku cari jalan balik, ya?

Beberapa meter kaki menghampiri pintu masuk bilik persalinan, tiba-tiba


tanganku dipegang seseorang. Arin.

“Laaa... sini rupa-rupanya Rissa. Puan Rasyidah panggil.”

“Panggil? Kenapa?” soalku ingin tahu. Kaki berjalan menyaingi langkahnya.


Haluanku kini berubah ke bilik Puan Rasyidah.

“Macam biasalah. Staf tak cukup nak attend majlis di Grand Ball Room. Mana-
mana staf yang available biasanya akan pergi tolong.”

Tapi Dheo dah pesan kepadaku supaya terus balik. Supaya jangan berada di hotel
selepas aku habis siapkan kerjaku di rumahnya. Nak lebih sadis lagi, dia tak nak tengok
pun muka aku di majlis tu.

Kami tiba di dalam bilik Puan Rasyidah. Ada lebih kurang lapan staf lain yang
turut berada di situ. Puan Rasyidah memulakan bicara. Macam apa yang dikatakan Arin
tadi, staf yang dah habis tugas diminta untuk mengerahkan keringat untuk menolong
apa-apa yang patut untuk majlis besar yang bakal berlangsung nanti.

Sedang Puan Rasyidah rancak bercerita, tiba-tiba pintu diketuk sebelum dibuka.
Muncul Nancy melangkah ke arah kami semua. Dia cuma berdiri beberapa meter di
belakang kami sebelum memberi isyarat kepada Puan Rasyidah untuk menyambung
kata.

“Hanan dan Auni, nanti tolong bahagian protokol majlis.”

Hanan dan Auni angguk.

“Rissa, Arin dan Ahmad, nanti tolong di bahagian service and cleaning.”

84
Obey.tube
Arin dan Ahmad turut angguk.

“Puan, tadi masa saya kemas rumah Encik Han, dia suruh saya balik lepas saya
habis kemas rumah dia,” kataku serba-salah. Tak nak orang ingat aku curi tulang. Staf
lain berpenat-lelah jayakan majlis besar itu, aku pula goyang kaki di rumah.

Tapi bukan aku yang minta. Dheo yang arahkan aku. Mengingatkan kata-katanya
pagi tadi, masih terasa kesannya.

“Betul ke you ni? Entah-entah you sengaja nak ponteng.” Suara Nancy menuduh.

Aku telan liur. Kata-katanya menyebabkan semua kepala di situ terarah kepadaku.
Bermacam-macam reaksi yang ditunjuk. Nak tahu... Tak percaya... Tak kurang juga
yang menunggu aku menjawab balik.

“Betul, Cik Nancy. Encik Han yang cakap kat saya pagi tadi. Saya tak ada niat
nak ponteng.”

Dalam takut-takut, aku beranikan diri untuk bersuara. Aku tak menipu!

“Mr. Han tak cakap apa-apa pun kat I. So, I consider dia tak maksudkan kata-
katanya. Lagipun, apa specialnya you sampai you dikecualikan? Ni tak adil kalau staf
lain penat tapi you tak penat. Especially bila you masih baru.”

Nancy sekolahkan aku.

Aku tahan rasa. Mulut nak membidas, tapi aku tahan dan bersabar. Lagipun, aku
tak punya jawapan untuk soalannya itu. Apa istimewanya aku sampai aku nak
dikecualikan?

“Kalau macam tu, tak apalah. Saya tolong nanti,” jawabku mudah.

Mungkin Nancy betul. Entah-entah Dheo tak maksudkan kata-katanya. Kalau tak,
mesti dia dah pesan awal-awal pada Nancy, kan?

AKU baru tahu hari ini merupakan hari pelancaran kerjasama Dheo dengan salah satu
rantaian Hotel Giga di Itali. Hari besar untuk Dheo. Beberapa tetamu dari Itali turut
hadir ke majlis itu. Aku dengar, ahli keluarga Dheo pun turut ada.

Aku dan Arin berada di bahagian belakang. Menolong pihak dapur menguruskan
makanan kerana sebentar lagi makanan bakal dihidangkan di meja.

85
Obey.tube
Berada di dalam majlis besar ini, entah kenapa hati rasa sesuatu. Apabila
mendengar suara Dheo memberikan ucapannya, hati rasa bangga dengannya. Dari jauh
dapat kulihat riak wajahnya yang berkeyakinan dan berkarisma ketika dia memberi
ucapannya. Dan bila dia dah habis, tepukan yang sangat gemuruh diberikan kepadanya.

“Rissa suka dia ke?”

Aku terkejut mendengar kata-kata Arin itu. Aku pandang Arin. Dia tengah
senyum.

“Eh, mana ada!” nafiku. Muka dah rasa merah. Kenapa aku nak rasa macam ni?
Baru seminggu kut. Takkanlah aku dah suka dia?

Tapi... Bila tengok Dheo, aku rasa bagaikan ada satu tarikan. Entah kenapa? Aku
rasa tertarik untuk melihatnya, tertarik untuk tahu siapakah dia? Normal ke aku rasa
macam ni? Aku rasa ini kali pertama aku rasa tertarik dengan lelaki.

“Tak payahlah nak nafi. Arin tahu la.”

Arin senyum mengusik. Sempat dia tolak bahuku perlahan. Saja nak kenakan aku.

“Tak apa... Tak apa... Arin faham. Tak pelik pun. Rasanya semua staf di sini pun
mana ada yang tak terpaut tengok dia. Apatah lagi Rissa pula hari-hari menghadap dia,”
tambah Arin lagi.

“Tak kiralah dah kahwin ke, bujang ke, mesti ada crush dengan Encik Han.
Maklumlah... Dia kan kacak, kaya, berjaya. Pakej. Semua perempuan duk termimpi-
mimpi berdiri di sebelah dia. Cik Nancy pun sama. Tapi... Nak buat macam mana?
Encik Han tak pernah layan mana-mana perempuan.”

“Dia dengan Cik Nancy tak ada apa-apa ke?” korekku. Berdebar. Manalah tahu
mereka ada sejarah.

Aku pun tak tahu kenapa aku takut untuk mendengar jawapan Arin.

“Mana ada. Cik Nancy tu syok sendiri rasanya. Encik Han ni walaupun dia ada
semua, yang buatkan semua lagi kagum dengan dia adalah dia bukan playboy. Rekod
dia bersih daripada perempuan.”

Wow... Biar betul! Entah kenapa hati teruja mendengarnya. Kagum juga.

“Rissa jangan nak kagum sangat.” Arin pandang kiri kanan. Nak pastikan line
clear. Dia dekatkan bibirnya ke telingaku.

“Orang cakap dia gay.”

86
Obey.tube
Ternganga aku mendengarnya. Mulut terbuka, tapi satu patah perkataan pun tak
keluar. Punyalah mati kata-kata aku dibuatnya.

Arin angguk-angguk. Betul meyakinkan aku yang Dheo adalah seorang yang...

Gay!

Gay?! Senak perut aku nak hadam kenyataan itu. Sayang gila lelaki sempurna
macam tu tapi nafsu berhaluan kiri.

“Mana Arin tahu?” siasatku.

Aku tak suka menuduh tanpa usul periksa. Fitnah nanti. Penat aku nak cari dia nak
minta maaf andainya aku dah fitnah dia. Baik kita yakinkan dengan fakta.

“Semua dah heboh. Cik Nancy pernah tawarkan diri tapi Encik Han tolak. Cik
Nancy cantik, seksi. Kalau ikan dah datang tawar diri kat kucing, kucing kalau bukan
spesies kunyit takkan tolak. Tapi ngap! Lelaki mana nak tolak? Encik Han pun bukan
Islam. Tapi dia tetap tak tergoda dengan Cik Nancy,” cerita Arin lagi.

Aku tak tahu nak cakap apa. Kehidupan peribadi Dheo pun semua dapat tahu, ya?
Dengan siapa dia tidur, dengan siapa dia tolak. Semua staf boleh tahu?

“Sebab apa lagi kalau dah macam tu? Bila tak tunjuk minat kat perempuan.
Perempuan serah diri pun dia tolak. Padahal dia boleh aje gunakan Cik Nancy tu. Kalau
bukan Cik Nancy, model-model yang nak dekat dengan dia. Mana ada dia layan.”

Kata-kata Arin tu ada betulnya juga.

“Lepas tu lagi, boleh dikatakan dua puluh empat jam dia berkepit dengan Lucca.
Tak rasa pelik ke? Lucca tu dahla handsome, tegap. Lucca pun dua kali lima. Tak
pernah nampak dengan mana-mana perempuan juga. Tengok perempuan macam tak ada
nafsu.”

“Sebab tu orang syak sebenarnya Encik Han dan Lucca tu tengah bercinta,” bisik
Arin lagi.

Aku telan liur mendengarnya. Perit. Lucca pun sama? Haish... Biar betul ni? Aku
tak nak percaya, tapi apa yang Arin katakan itu masuk akal juga. Teringat balik masa
kali pertama aku jumpa Dheo. Dia pun ada cakap yang dia tak minat dengan
perempuan.

Tapi... Memikirkan Dheo dan Lucca? Meremang bulu roma wei! Dahlah dua-dua
sado, maskulin. Dua-dua ada rupa, jejaka idaman perempuan. Tak sanggup aku
bayangkan. Tak boleh nak terima!

87
Obey.tube
Kenapa? Kenapa?!

KISAH peribadi Dheo Han kita tolak ke tepi dulu, sekarang ni adalah masa untuk
bekerja. Pengurus majlis memberi isyarat yang makanan dah boleh dibawa masuk.
Pelayan-pelayan yang dari tadi menunggu dah pun berlalu untuk menjalankan tugas
mereka.

Nasib baiklah aku dan Arin hanya bekerja di belakang tabir. Hanya sediakan
makanan untuk dihidangkan oleh para pelayan. Lega. Sehinggalah pengurus majlis
mengarahkan aku dan Arin untuk turut membantu di luar. Kata mereka, kaki tangan tak
cukup.

Arin cuma angguk. Aku? Tak tahu nak angguk atau nak geleng. Sebab aku tak
pernah layan orang dalam majlis. Arin tak apalah, dah berpengalaman. Sudahnya, aku
hanya melihat apa yang Arin lakukan.

Arin angkat satu dulang yang berisi beberapa gelas tinggi. Aku hanya mengikut.
Nampak Arin mula meletakkan gelas demi gelas di meja para tetamu. Aku ikut lagi.
Senyuman tak lekang di bibir. Lama kelamaan, rasa kekokku dah makin hilang. Kaki
pun dah tak berapa menggigil.

Sehinggalah aku rasa diriku bagaikan diperhatikan. Aku tegakkan tubuh.


Berpaling ke belakang.

Dheo Han! Tajam menikam pandangannya. Dia seolah-olah menahan marah.


Pandangannya sangat berbahaya.

Aku telan liur. Tahu yang aku dah langgar perintahnya. Dan aku harus bersedia
untuk terima akibatnya.

Tapi aku abaikannya. Masih menjalankan tugasku. Tangan rasa menggigil. Entah
kenapa aku rasa mata Dheo memerhatikan tiap tindak-tandukku dengan mata
helangnya. Aku berlagak selamba walaupun dada dah macam tengah berpancaragam.

Nasib baiklah tugasku dah hampir selesai. Sebaik sahaja habis meja terakhir, aku
terus masuk ke belakang. Menolong di bahagian belakang. Sekurang-kurangnya Dheo
dah tak nampak aku di dalam majlis tu.

“Principessa.”

Aku terkejut. Ingatkan Dheo. Nasib baik cuma Lucca. Wajahnya nampak ketat.
Tapi senyuman tetap dihulurkan. Tapi itu pun nampak kaku.

88
Obey.tube
“Lucca.”

“Dheo ask me to escort you out.”

Kali ni aku angguk laju-laju. Aku dah tak nak langgar perintah Dheo. Tengok
jelingan dia tadi pun dah nak bercerai tulang lutut, kalau dia betul-betul hukum aku, apa
akan jadi agaknya? Entah kenapa aku rasa dia sangat bahaya.

Dark and dangerous. Intimidating and ruthless.

Yet interesting and alluring.

Argh.... Tiga suku kau, Nurissa! Pasti ada virus atau kuman yang dah berjangkit
dalam otakku sampai pemikiranku pun dah tak berapa betul.

Tanpa memikirkan pemikiran luar alamku itu, aku mengikut langkah Lucca. Kami
sama-sama menuju ke bilik persalinan. Lucca tunggu di luar. Aku tak ambil banyak
masa untuk menyalin pakaian. Cuma beberapa minit sebelum aku keluar cari Lucca.

Kami mula berjalan ke arah pintu keluar. Masing-masing diam. Lucca bagaikan
sedang jauh berfikir. Dan aku pula kehabisan modal untuk bercerita. Sebab bila aku
nampak muka Lucca, benda pertama yang laju nak keluar dari mulutku adalah, are you
gay?

“Awak tunggu di sini, saya pergi ambil kereta kejap,” katanya. Aku cuma angguk.

Kemudian susuk Lucca mula menghilang. Aku hanya memerhatikan sekeliling.


Perhatikan orang keluar masuk hotel. Sesekali membalas senyuman bila ada orang
senyum kepadaku.

Tangan tiba-tiba meraba pergelangan kiri. Baru perasan kosong. Jam tangan yang
selalu dipakai tiada. Patutlah rasa ringan semacam.

Mungkin jam tertinggal di dalam loker. Aku berfikir sekejap. Nak tunggu Lucca
sampai dulu atau aku pergi ambil dulu? Kalau aku pecut pergi ambil, mesti kejap aje.

Jadi aku membuat keputusan untuk pergi mengambil jam tangan tu dulu. Lantas
aku berlari balik ke bilik persalinan. Lokerku dibuka. Meraba-raba tangan mula
mencari. Tapi hampa. Beberapa kali aku mencari, tapi tetap tiada.

Aku mula cemas. Jam itu dihadiahkan oleh arwah ayah. Aku sangat sayangkan
jam tu. Takkan terjatuh kat mana-mana kut? Fikir, Nurissa! Fikir!

Kemudian aku teringat balik ketika aku sedang mengemas rumah Dheo Han pagi
tadi. Rasa nak tepuk dahi sendiri! Baru ingat. Aku ada tanggalkan sebelum aku mula
mencuci pinggan mangkuk di singki. Aku letak besebelahan dengan rak muk.

89
Obey.tube
Tanpa berfikir panjang, aku terus mengatur langkah ke lif khas Dheo. Kata Lucca,
aku boleh guna lif itu bila aku perlu. Itu jawapannya ketika aku bertanya kenapa dia
memberitahu aku tentang passwords lif itu. Dan katanya, Dheo sendiri hanya setuju.

Cepat sahaja aku tiba di destinasiku. Langkah laju diayun ke penthouse Dheo.
Aku haraplah dia tiada. Sebab senang sikit kerja aku. Sebab aku dah punya dan kunci
eletronik rumahnya yang diberikan oleh Lucca. Aku tak pernah gunakannya melainkan
untuk mengemas rumahnya. Itu pun baru sekali.

Tapi kali ni aku terpaksa. Niatku cuma ingin mengambil jam. Bukan niat nak
menceroboh.

Langkah yang laju tadi tiba-tiba diperlahankan. Sebab aku nampak dua susuk
manusia yang sedang bercakap di kaki lima itu. Salah seorangnya adalah Dheo. Majlis
dah habis ke?

Sepantas kilat aku bersembunyi di balik dinding. Firasat. Aku tahu aku tak patut
buat semua ni, tapi apa boleh buat? Aku ingin tahu. Rasa membuak-buak nak tahu apa
yang mereka berdua cakapkan.

Aku pasang telinga. Tapi tiada apa yang kedengaran. Mereka macam berbisik.
Kemudian aku dengar Dheo marah. Dalam bahasa Itali. Melihatkan wajah berang Dheo,
aku tahu dia betul-betul marah.

Aku nampak bibir lelaki di depan Dheo bergerak. Buatkan muka Dheo makin
bengis. Leher lelaki itu dicekup dengan sebelah tangan. Aku terus tutup mulut. Elakkan
mulut daripada keluarkan bunyi.

Kaki menggigil melihat Dheo seperti itu. Tapi, kenapa kakiku masih enggan
bergerak. Masih mahu berada di situ dan menyaksikannya?

“You promise me and you better keep your promise. If you do anything stupid, you
are going to speak with my gun sticked on your head. You don’t mess with a
D’Ambrusio.”

Keras suara Dheo. Genggamannya di leher lelaki itu dieratkan. Sampai ternganga
mulut lelaki itu. Kalau dekat, mesti aku dapat lihat muka dia yang dah bertukar biru.

Aku nampak lelaki itu memegang tangan Dheo. Minta belas ihsan Dheo supaya
lepaskannya. Tapi Dheo makin mengeratkan genggamannya.

Tiba-tiba aku rasa paru-paru tak cukup oksigen. Gerun! Aku tak sukakan
keganasan. Entah kenapa aku rasa bagaikan déjà vu. Bagaikan aku pernah lalui semua
ini. Suara kuat. Pergaduhan berlaku. Tembak-menembak. Ada pertumpahan darah.

90
Obey.tube
Tanganku menggigil. Tak sanggup aku berada di sini. Lantas kakiku mula
mengundur beberapa langkah. Sehinggalah aku terlanggar pasu bunga besar yang
menjadi hiasan. Gara-gara kesunyian melampau, bunyi yang terhasil agak kuat juga.

Sekelip mata, tangan Dheo terungkai dari leher lelaki itu. Kedengaran lelaki itu
terbatuk-batuk. Aku sempat nampak kepala Dheo terarah ke arahku.

Tanpa membuang masa, aku terus buka langkah. Selamatkan diri sendiri. Entah
kenapa aku rasa aku baru melompat masuk ke sarang naga. Aku dah tahu sesuatu yang
orang lain tak tahu. Aku dah nampak siapa Dheo Han di balik imej businessmannya itu.

Aku lari sekuat hati ke arah lif. Sebaik sahaja tiba di selekoh, terasa tanganku
ditarik kuat. Terasa tubuhku ditolak ke dinding sebelum satu susuk berdiri betul-betul di
depanku. Sebelah tangannya memegang leherku dan sebelah lagi menolak bahuku rapat
ke dinding.

“Just you think where you are going to, dolce cuore?”

91
Obey.tube
Bab 10

A KU terkelu. Terkedu dan terbisu. Mata menatap ke dalam anak mata pekatnya
itu. Aku dengan pandangan yang takut dan dia dengan pandangan yang sangat tajam
lagi berbahaya. Kedudukan kami sangat rapat sehingga aku dapat rasakan
nafas mintnya ditarik dan dihela di wajahku.

Diam. Aku nak bernafas pun takut.

Tapi aku masih sedar yang tangannya masih utuh di leherku yang bertudung.
Tiada tekanan pada pegangannya itu. Hanya memegang utuh. Tapi kalau aku bergerak,
tiada jaminan yang tekanan pada tangannya tidak akan ditambah. Silap-silap sampai
putus nyawa aku dicekiknya.

Aku telan liur. Masih belum berani berbuat apa-apa. Nak bergerak, takut. Nak
bersuara, gerun. Apatah lagi keduadua kaki dah macam kena strok. Hemiplegic.
Paraplegic. Quadriplegic. Semua jenis plegic la. Kalau bukan tangannya yang
memegangku, aku yakin aku mesti melorot jatuh.

“Tell me, dolce cuore. How much did you hear?”

Keras suaranya. Amaran bahaya! Tangannya sedikit ditekan. Tak sakit tapi cukup
menggerunkanku.

“Nothing much. Saya dengar yang akhir aje. Yang encik jerit tu.” Aku menjawab
jujur.

Aku nampak sesuatu di balik mata hitamnya walaupun ekspresi mukanya tetap
sama. Lega! Dia lega bila cuma itu yang aku tahu. Jangankan dia, aku pun lega itu aje
yang aku tahu. Kalau aku tahu lebih, agaknya apalah yang dia akan buat? Dan lepas
kejadian hari ni, aku tak rasa aku nak tahu apa-apa lagi tentang dia.

Are you sure, Nurissa?

Tersentak dengan kata hati sendiri. Aku pun ragu-ragu.

“You disobey me, Rose. I asked you to not wander around alone. I asked you to
not be curious. I asked you to not show your face while the event was taking place. But,
did you listen to me? No! You broke all of them!” Suaranya memarahiku.

92
Obey.tube
Aku sedar sesuatu. Dia betul. Semua larangannya aku dah langgar. Stupid,
Nurissa! Stupid!

Aku masih pegun. Masih tak berani nak bersuara. Bila dia dah marah macam ni,
aku nak tatap anak matanya pun dah tak berani. Terus aku larikan anak mata.

“Look at me when I am talking to you!” Suara penuh authority.

Terus aku angkat kepala. Pandangan kami yang terputus tadi kembali bersabung.
Aku takut! Serius aku takut dengan Dheo yang sekarang. Sangat bahaya! Aku tahu
ketakutanku jelas terpancar melalui mataku. Dan memang satu keajaiban air mata
belum mengalir lagi.

Mungkin melihatku yang ketakutan, aku dapat tangkap mata Dheo berubah
lembut. Lama dia merenungku. Tangan yang berada di leherku terasa diangkat. Naik ke
pipiku. Dia mula tegakkan sedikit tubuhku. Menjadikan jarak antara kami sedikit
bertambah. Tapi masih dekat.

Nafas naik turun. Mata kami tak lepas dari berpandangan. Aku pula bagaikan
tenggelam di balik anak mata cantik Dheo itu. Rasa bagaikan ditarik. Pandangan Dheo
bagaikan punya seribu satu rahsia. Punya pelbagai rasa. Aku bagaikan dipukau. Hilang
semua rasa takut.

Macam pernah dilihat. Tapi di mana?

Dheo juga masih diam. Dia bagaikan tenggelam dalam dunianya. Jemarinya yang
berada di pipiku itu dielus lembut. Kepala masih memikirkan di mana aku pernah
melihat mata cantik itu. Tiba-tiba jadi keliru.

“Bos!”

Aku kembali ke alam nyata. Dheo pun sama. Pegangan pada tubuhku dilepaskan
bagaikan baru sahaja memegang besi panas. Nasib baik kaki dah ada kekuatan. Masih
mampu berdiri sendiri.

Dheo berpaling ke arah suara itu. Wajah kembali ke versi sejuk beku.

Lucca tercungap-cungap mencari nafas. Nampak macam baru lepas lari pecut
seratus meter gaya semputnya. Bila tengok Lucca, aku baru teringat yang aku
sepatutnya menunggunya di depan lobi hotel.

“Here you are, signora. I think I lost you.” Wajah Lucca nampak penuh kelegaan.

Aku diam. Masih tak berani nak bersuara bila di depan Dheo.

93
Obey.tube
“I asked you to do one thing, Lucca. Keep her away. Takkan itu pun tak boleh
buat?”

Suara amarah Dheo kepada Lucca bukan sedikit. Aku yang dengar pun rasa nak
menikus lari. Itu aku yang hanya jadi pendengar. Belum lagi berada di tempat Lucca.

Tapi wajah Lucca tak beriak. Bagaikan sudah biasa dengannya.

“Sorry, bos. Won’t happen again.” Suara Lucca bagaikan satu janji.

Kali ini Dheo diam. Pandangan dihalakan ke arahku. Matanya mengecil. Seolah-
olah memikirkan apa yang harus dilakukan denganku.

“Come with me,” arah Dheo.

Belum sempat aku membantah, terasa pergelangan tanganku disambar. Terus


tenggelam tanganku di balik tangan besarnya itu. Dia heret aku. Bila aku cuba
rungkaikannya, jelingan amaran dihadiahkan. Terus putus segala usahaku. Sudahnya,
macam lembu kena cucuk hidung, aku mengikut arah tanganku ditarik.

Dheo menuju ke arah penthousenya. Kalau bukan ada Lucca yang mengekor di
belakang kami, aku gerun juga. Sekurang-kurangnya tak adalah aku berdua-duaan
dengan Dheo.

Amboi, pagi tadi tak ada pula kau fikir nak berdua-duaan dengan Dheo, ya?

Pagi tadi lain. Pagi tadi sebab aku jalankan tugasku sebagai personal
housekeeper dia. Tapi sekarang ni lain. Sekarang ni dah luar skop kerja. Dah jauh
terpesong. Ni kalau ada orang nampak, silap-silap orang ingat aku ni kekasih tak berapa
cerah Dheo.

Sebaik sahaja dia membuka pintu rumahnya, aku ditolak masuk dulu. Kemudian
dia dan barulah Lucca menjadi orang terakhir. Aku rasa macam boneka bila sekali lagi
Dheo tolak aku ke arah sofa.

“Duduk,” arahnya sepatah.

Betullah aku dah macam boneka! Dengar aje suara dia, lutut automatik
membengkok, punggung tanpa disuruh berlabuh di atas sofa lembutnya itu. Dheo pula
masih berdiri di depanku. Tangan disilang di dada. Lucca pula berdiri agak jauh dari
kami.

“Apa yang awak buat di sini? Awak tahu ni kawasan larangan kalau bukan waktu
kerja,” siasat Dheo.

94
Obey.tube
“Saya tertinggal jam tangan saya di rumah encik. Saya cuma nak ambil jam saya.
Sumpah tiada niat lain.” Aku berkata jujur.

“Kenapa awak masih berada di hotel? Saya dah pesan, awak boleh balik lepas
habis kemas rumah saya? Kenapa ingkar?”

Bila dia dah ungkit kesalahanku, aku mula telan liur.

“Saya dah nak balik dah lepas kemas rumah encik. Tapi Puan Rasyidah panggil.
Cakap staf available kena stand by untuk menolong. Saya dah bagi tahu yang encik
suruh saya balik. Tapi Cik Nancy tak percaya. Dia cakap kalau betul, mesti Encik dah
bagi tahu dia. So, saya cuma ikut aje la. Anggap Encik tak maksudkan.”

“Nancy?”

Aku angguk.

“Merda!”

Aku dengar dia berkata sesuatu dalam bahasa Itali.

Haraplah dia bukan mencarut kat aku.

Nampak dia tarik nafas dalam-dalam.

“Ni hotel saya atau Nancy?”

“Hotel encik.”

“Saya atau Nancy bos awak?”

“Encik bos saya.”

Macam budak darjah satu, aku masih menjawab.

“Tahu pun. Dah tu kenapa ikut cakap Nancy? Gaya dia macam bini saya ke yang
awak nak ikut kata-kata dia?”

Aku terkedu. Tak dapat jawab. Dia betul. Ya... Dia memang selalu betul pun.

“Lain kali, ikut apa yang saya cakap. Kalau orang lain tak percaya, suruh dia
orang pergi tanya saya. They can call me. Or come to my office. Anything. But never
defy my commands. Understood?”

“Baik, encik.”

95
Obey.tube
Aku patuh.

Dia cuma pandang aku dengan mata yang dikecilkan. Dia pun dah musykil.
Macam dah tak percayakan kata-kataku. Undang-undang dia yang aku langgar,
semuanya tanpa sengaja. Sumpah!

“Awak dah langgar segala undang-undang saya. Saya pernah cakap yang sesiapa
yang langgar perintah saya, they will face with consequences.”

Mataku terus meluas mendengarnya.

“Encik nak bunuh saya ke?”

Dengan polosnya aku bertanya.

Nampak tubuhnya mengeras. Macam tak menyangka aku cakap macam tu. Lucca
pula aku nampak macam tengah tahan gelak. Bila dia perasan dengan pandanganku,
terus dia buat-buat batuk.

Bila Dheo pula yang pandang dia, terus dia kejung. Berdehem sesaat, sebelum
wajahnya kembali normal. Tak berekspresi.

“Ce cosi tanto che potrei fare per voi, voi non nemmeno conto.” Lidahnya
digulungkan dengan bahasa Itali.

Sebab aku tak tahu maksud, lagilah aku gerun. Lantas aku pandang Lucca.

“Dia cakap apa?”

Aku tahu hanya Lucca yang boleh jadi abang Google Translate terbaik saat ni.

Tapi Lucca hanya jongket bahu. Cis!

Melihat Dheo, aku nampak hujung bibirnya seakan-akan cuba tahan senyum. Apa
yang kelakar? Kemudian aku tersedar sesuatu. Mungkin dia suka tengok aku macam ni.
Resah di bawah ihsan dia. Macam villaindalam cerita kartun. Bila tengok mangsa makin
takut, lagi dia suka. Apa orang kata? Seeking pleasure in other’s misery.

“Encik betul-betul nak bunuh saya!”

Aku tuduh lagi. Sekarang rasa nak menangis.

“I told you curiosity doesn’t kill you but your freedom. You know something you
shouldn’t so I have to make sure you walk away with your mouth shut.”

96
Obey.tube
Gulp! Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perilaku silap-silap 24 jam aku di
bawah perhatian Dheo.

“Saya janji saya tutup mulut saya. Saya takkan cakap kat orang lain. Sumpah!”

Entah berapa kali aku dah bersumpah hari ni.

Betul! Aku takkan cakap kat siapa-siapa tentang hari ni. No harms done! Tiada
pembunuhan terjadi. Tiada tembak-menembak. Lelaki itu pun aku rasa boleh berjalan
dengan kedua-dua kaki. Aku anggap tadi Dheo cuma bergurau-gurau manja dengan
lelaki itu.

“Tak sesenang tu, tesoro.”

Betapa aku rasa aku nak terjun dari tingkat lima puluh lima ini. Semoga amnesia
lagi sekali.

“I’m going to watch you. You cannot run from Dheo Han.”

Automatik aku teguk liur. Dia tak ugut aku pun. Kalau aku tak buat apa-apa, atau
tak cerita pada sesiapa, aku akan selamat, kan?

See... Mudah! Harapnya la!

“Okey.”

“Okey?”

“Yalah... Okey. Encik boleh buat sesuka hati. I’m under your mercy.”

“You don’t understand, tesoro. It’s not about me only. It’s about you. Kalau awak
ingat, bukan hanya saya yang tahu kewujudan awak malam ni. I won’t harm you. But I
can’t promise he won’t.” Kata-katanya buatkan wajahku kering darah.

“Tapi... Saya tak dengar apa-apa.” Aku mula takut!

“Tapi dia tak tahu. Kalau dia tahu, belum tentu dia percaya.” Dia sengaja
menakut-nakutkan aku.

Memang takut pun! Aku yakin Dheo takkan apa-apakan aku. Tapi lelaki yang
seorang lagi tu? Gulp!

“That’s why my darling, starting from now, obey to my every command. Every.
Please. Don’t put yourself into trouble again.”

97
Obey.tube
Oh. My. God! What have I gotten myself into? 2.0.

“Apa saya kena buat lepas ni?”

“Act normal. Pergi kerja, balik kerja. But, I have my eyes on you.”

Rela dalam paksa, aku angguk. Kalau aku tak buat apa-apa, maka semuanya yang
jadi mungkin akan dilupakan, kan?

Tapi... Sebenarnya, apa yang jadi tadi ni? Mereka bercakap pasal apa? Apa sisi
gelap Dheo yang disembunyikan di sebalik imej profesionalnya? Siapa Dheo Han
sebenarnya?

Stop, Nurissa! Stop being curious. Look at what it got you into!

“Awak ada apa-apa bantahan?”

Geleng. Apa lagi pilihan yang aku ada?

“Ada apa-apa soalan?”

Aku pandang Dheo yang masih tak lepas memandangku. Muka masih serius.
Pandangan terarah kepada Lucca yang berada sedikit belakang dari Dheo. Mata juga tak
lepas dari tengok aku dan Dheo berinteraksi. Sekali tengok gayanya, macam dia
tengah enjoy tengok drama swasta.

“Are you gay?”

Aku nampak Dheo kejung. Mulutnya sedikit ternganga. Matanya pula kelip-kelip
pandang aku. Off-guard!

“What?”

“Are you both gay?” ulangku lagi. Bergilir-gilir pandang Dheo dan Lucca.

Mereka berdua berpandangan. Dan lepas tu, kedengaran ketawa Lucca memenuhi
ruang besar itu. Dheo pula aku nampak raup wajah sendiri dengan sebelah tangan.
Kemudian hela nafas panjang-panjang. Muka reda.

Kenapa? Kelakar ke soalanku itu? Aku cuma nak tahu.

“You just don’t understand when I said don’t be curious, do you?”

Suara dia dah macam reda yang amat.

98
Obey.tube
Aku diam. Terkena balik. Dia betul lagi.

“Lucca, pergi oderkan makanan,” arah Dheo.

Suara cuba tahan rasa annoying. Annoying dengan Lucca agaknya. Apatah lagi
dengan Lucca yang masih belum reda ketawanya.

“Baik, bos!”

Tapi dia masih patuh. Ketawanya dah habis. Tapi dia masih sengih. Nampak dia
lap hujung mata. Bukan main seronok dia gelak, sampai berair mata.

“You make my day, principessa,” kata Lucca sambil geleng-geleng kepala.

Dengan bibir yang masih senyum, aku nampak susuk tubuh Lucca menghala ke
pintu utama rumah. Tak lama lepas tu, kedengaran bunyi isyarat menandakan pintu
rumah sudah tertutup.

Berdua lagi. Dengan Dheo Han lagi.

Diam. Aku pandang dia, dia pandang aku.

“So, I’m gay, huh? Dengan Lucca?”

Gulp!

Bibir dia mula naik sikit. Senyum misteri.

“Saya cuma tanya.”

Aku memberanikan diri untuk menjawab.

“What makes you think that I am a gay? Do I look like I’m a gay?” Sebelah kening
terangkat bila bertanya.

“Saya dengar orang-orang cakap. Saya cuma nak pastikan. Sebab nanti saya tak
nak fitnah encik,” jawabku lagi.

Dia masih belum menjawab persoalanku. Adakah dia seorang yang sukakan
lelaki?

Dheo renung aku lama-lama. Kakinya mula menghala ke arah sofa yang aku
duduk sekarang ni. Duduk di sebelahku. Automatik aku mengengsot ke tepi. Tak selesa
duduk dekat-dekat dengan dia. Entah apa dia akan buat padaku nanti.

99
Obey.tube
“Kenapa, tesoro? Nak takut apa? Saya, kan gay. Gay tak makan perempuan.” Dia
senyum sinis.

“Jadi... Betul ke encik gay?”

Tak tahu nak menangis ke nak lega kalau dia angguk.

Dheo tak jawab. Tapi dia mengengsot rapat ke arahku. Bila aku dah berada di
hujung sofa, aku terus bangun. Namun belum sempat kaki nak berdiri, Dheo menahanku
dengan sebelah tangannya. Aku kini terperangkap di antara dia dan sofa.

Rasa sesak nafas sekejap. Apatah lagi kedudukan kami yang agak rapat. Dia
mungkin gay, tak rasa apa-apa. Tapi aku ni perempuan normal. Kalau dekat dengan
lelaki, apatah lagi lelaki kacak macam dia hatiku mesti rasa nak meletup.

Semua ni salah!

“Well... Let me tell you a secret, tesoro. But you must not tell others.”

Dia dekatkan bibirnya ke arah telingaku.

“I’m not gay. And I like female.”

100
Obey.tube
Bab 11

A KU tutup buku. Kelas hari ini dah pun berlalu. Aku jeling jam di tangan. 12.00
tengah hari. Habis kelas, kena pergi kerja pula. Kerja syif petang la aku hari ni. Sigh!
Macam ni la kehidupan aku.

“Bunga!” Fahim menjenguk dari belakang. Aku berpaling sedikit untuk


memandangnya.

“Hari ni kerja lagi ke?”

“Mestilah.”

Fahim dah hafal jadual aku. Hari-hari kena kerja. Buat masa sekarang, kelasku
semuanya sebelah pagi. Jadi, aku kena masuk kerja pada sebelah petangnya.

“Kesian kau. Tak penat ke? Pagi belajar, petang kerja.”

Aku jongket bahu. Awal-awal dulu, agak penat juga. Tapi lama-kelamaan, aku
dah biasa. Penat tubuh pun tak terasa sangat. Sebab kerja aku pun bukannya berat
sangat.

“Macam ni la orang tak ada mak ayah. Kenalah cari duit sendiri.”

Aku cuba bergurau.

Tapi wajah Fahim tetap serius. Ada riak sedih.

“Aku gurau aje la. Tak payahlah tunjuk muka kesian macam tu.”

Aku ketawa. Tapi jelas hambar.

“Kau buat aku sedih la, Bunga. Aku bangga jadi kawan kau. Kau kuat.”

Aku senyum tawar. Orang nampak aku kuat. Tapi yang aku menangis dalam hati,
tak siapa tahu. Hari-hari menahan rindu kepada arwah ayah dan ibu. Tapi bila di depan
orang lain, topeng senyum tersarung pada wajah.

101
Obey.tube
“Itu namanya, aku dah reda. Takdir aku dah tersurat macam ni. Aku menangis,
meraung pun aku takkan dapat ulang waktu. Aku tetap macam sekarang. Jadi, apa yang
aku boleh buat, aku kena bahagia. Jalani semuanya. Aku yakin Allah bagi ujian macam
ni sebab aku mampu,” kataku.

Memang itu yang aku rasa. Ikhlas dari hati. Hanya itu yang aku mampu lakukan.
Melangkah ke depan, tapi kegembiraan masa lalu tetap tersemat dalam memori indah.
Walaupun tak semua aku ingat.

“Kau tahu, Bunga? Siapa yang jadi suami kau sangat beruntung.”

Aku geleng kepala. Suami? Kahwin tu memang misi hidupku yang tercorot buat
masa sekarang. Aku punya banyak lagi agenda hidup yang perlu dicapai sebelum
berfikir tentang kahwin.

“Tak payahlah cerita benda yang lambat lagi nak jadi.”

“Eh, kita tak tahu! Jodoh datang bergolek. Entah-entah esok lusa, eh... Nurissa dah
kahwin dengan Dheo Han?”

Dengar nama Dheo Han, terus buku di tangan aku hempuk bahunya. Memangnya
Fahim sendiri dah lama tahu tentang Dheo Han. Aku selalu cerita tentang Dheo
kepadanya. Tapi, hanya secara umum. Apa-apa yang perlu dirahsiakan, aku tetap
rahsiakan dari Fahim.

Jadi, bagi Fahim, Dheo adalah seorang yang hebat, kaya dan berpengaruh dalam
dunia perhotelan. Ikon terbaik untuk dijadikan idola bagi golongan muda. Yang itu
memang aku tak nafikan. Sebab walaupun aku cumalah housekeeper dia, tapi aku boleh
nampak betapa workaholicnya cara dia bekerja.

“Kenapa mesti dia?” Aku julingkan mata ke atas.

Aku dan Dheo? Bagai cicit pipit dengan moyang enggang. Macam tu la jurang
kami sekarang ni. Walapun aku dah tahu dia bukan gay.

Mengingatkan tentang gay, kepala kembali teringat pada peristiwa yang terjadi di
dalam penthouse Dheo dulu. Ketika dia menyatakan yang dia bukanlah seorang gay.
Wajahku terasa tiba-tiba membahang. Teringat kedudukan kami yang sangat rapat
sebelum dia menjarakkan dirinya. Dan lepas tu, dia senyum ala-ala boyish kepadaku
sebelum berdiri dan betulkan kot dia.

Kali pertama aku melihat Dheo senyum seperti itu, jantung berdetak tak payah nak
cakap la. Kalau macam cerita kartun, confirm nampak bentuk hati keluar masuk keluar
masuk di dada kiriku.

“Hoi, fikir apa? Apa pasal muka merah?”

102
Obey.tube
Tolakan Fahim buatkan aku kembali ke alam nyata. Wajahnya dah di depan mata.

Fahim senyum miang.

“Kau fikir pasal Dheo. Kau fikir pasal Dheo, kan?” Dua kali dia tekankan.

“Mana ada!” nafiku keras.

“Eleh... Tak payah nak tipu aku la. Kau fikir pasal mamat handsometu, kan?
Nakal kau, Bunga. Apa kau fikir sampai merah muka kau? Nurissa is being naughty.”

Dia tak habis-habis mengusik. Bahuku ditolak-tolak dengan pen. Bengang juga
aku.

“Kau jangan nak mengarut la! Mana ada. Orang semua cakap dia gay la!” Aku
terlepas cakap.

Muka Fahim macam lepas tertelan cicak.

“What?” Fahim jerit kuat. Nasib baik dewan kuliah dah hampir kosong. Adalah
juga beberapa orang berpaling. Tapi kawan aku tu mana nak tahu malu?

“Wei... Serius la?”

Dia masih tak percaya.

Aku jongket sebelah bahu. Tak pula aku cerita hal sebenar kali ni. Biarkan dia
dengan persepsinya. Lagipun, Dheo sendiri yang cakap rahsia yang dia cakap kat aku
aje, kan? Jadi secara teknikalnya, aku jaga rahsia Dheo.

“Orang kat hotel semua cakap macam tu. Aku dengar aje. Betul tak, tak tahu.”
Lagi sekali, aku tak menipu. Memang semuanya gosip macam tu.

“Kau tak percaya, kan? Itu la kau. Jangan nak sangka golongan kunyit ni gayanya
ala-ala kau, Fahim. Yang segak, sado, belum tentu selurus pembaris.”

Aku bercakap tentang fakta. Zaman sekarang dah memang macam tu.

“Hei... Aku bukan kunyit!” Fahim dah terangkat. Habis keluar gaya jantan dia.

Aku gelak.

“Aku cakap gaya. Aku tak cakap kau kunyit. Aku tahu kawan aku ni solat tak
tinggal, takkanlah suka abang misai, kan? Takkanlah kau nak jadi golongan yang
dilaknat Allah, kan?”

103
Obey.tube
“Haaa... Tahu tak apa! Geli aku, tahu tak?” Fahim tunjuk muka geli. Menggeliang
macam cacing kena strok.

Aku gelak lagi. Kemudian teringat sesuatu.

“Eh, aku dah lambat dah!”

Asyik berbual dengan Fahim, lupa masa pun berjalan. Aku kena sampai di hotel
sebelum pukul dua petang. Aku tak nak ada rekod lambat.

AKU jalan keluar beriringan dengan Fahim. Fahim menawarkan diri untuk
menghantarku ke hotel tapi aku menolaknya. Sebabnya, Lucca terlebih dahulu datang
untuk menjemputku. Sejak akhir-akhir ni, Lucca dah jadi macam driver aku dah. Tapi
ini kali pertama dia datang ambil aku di universiti.

Dari jauh, aku dah nampak Lucca. Macam mana aku tahu? Sebab Range Rover
hitam berkilat dia tu betul-betul menyerlah di kotak parking. Belum lagi dengan dia
yang segak bergaya, sedang bersandar di belakang kereta dengan cermin mata
hitamnya.

Tiap kali orang lalu, tak jeling dua kali tak sah. Perhatian yang diperolehnya
bukan sedikit. Aku pun teragak-agak nak jalan ke arahnya. Sebab aku tahu mesti akan
jadi tumpuan semua orang.

“Principessa.” Lucca tegakkan tubuhnya bila nampak aku. Senyum manis di bibir
merahnya.

Aku turut senyum bila dia panggil aku. Aku rasa, aku dah tak pelik bila Lucca
panggil aku principessa. Dah terima dengan rela hati.

“Wulawei... Tu ke drivernya? Mak ai. Tu driver ke, model Georgio Armani?”


Fahim berbisik ke telingaku. Jelas kekaguman pada wajahnya.

Aku tahan gelak. Kelakar. Sebab Fahim fikir macam yang aku fikir dulu. Dia yang
lelaki pun fikir macam tu. Perempuan normal yang lain? Haruslah lebih lagi. Silap-silap
terbayang tengah bersanding sebelah dia. Punyalah hebat penangan Lucca.

“Patutlah kau dah tak sudi naik Swift aku. Dah ada driver kacak maut. Pakai
Range Rover pula tu.”

104
Obey.tube
Kali ni aku rasa nak terajang Si Fahim. Biarlah sembelit sebulan pun, aku peduli
apa. Dia ingat aku minta ke semua ni? Macam tak tahu pula. Aku paling tak suka
perhatian.

Kami berhenti di hadapan Lucca.

“Hai, Lucca! Ni kawan saya, Fahim. Fahim, Lucca.” Aku perkenalkan mereka.

Mereka berpandangan. Lepas tu senyum. Dua-dua macam batu. Kaku. Kemudian


teragak-agak hulurkan tangan untuk berjabat. Nampak kecanggungannya. Lelaki kalau
nak berkenalan, memang macam ni, ya? Tak faham aku!

“Errr... Aku balik dululah! Kau pun hati-hatilah, ya?”

Fahim minta diri.

Aku cuma angguk. Sempat nasihatkan dia supaya hati-hati memandu. Walaupun
aku dah memang tahu Fahim kalau memandu macam mana. Atas lebuhraya 110 km/jam
pun dia bawa 80 km/jam. Mungkin dia rasa Suzuki Swift dia tu spesies lori kayu balak
kut.

Kemudian tinggal aku dan Lucca. Dia pun tak banyak bicara dengan Fahim.
Tapi... Sejak bila pula Lucca becok kalau bercakap dengan orang?

“Lain kali awak tak payah la jemput saya. Saya tak nak jadi attention center.
Semua orang tengok saya. Sebab ada driver jemput saya pakai Range Rover.”

Dan melihat gaya Lucca, aku tak rasa semua ingat dia driver. Mesti orang anggap
dia kekasih aku yang kaya-raya. Sebab gaya Lucca sikit pun tak macam driver. Dan aku
baru tahu sebenarnya selain driver Dheo, Lucca juga merupakan bodyguard Dheo. Tak
pelik la kalau tubuhnya tegap macam tu.

“Well... It’s Dheo’s most favourite. Because it’s bullet proof.”

Nak pengsan bila dia cakap tentang bullet proof.

“Itu kalau Dheo. Kita di kawasan universiti. Bukannya sempadan Palestin-Israel


yang nak ada tembak-menembak. Lagipun, saya bukan sesiapa. Tak payahlah ya awak
jemput lain kali? Saya boleh minta tolong Fahim hantarkan.”

Suara aku dah macam memujuk dia.

“Kalau tak selesa, saya boleh guna kereta lain. Dheo owns many fancy cars.”

“No. No fancy cars,” jawabku cepat.

105
Obey.tube
Fancy cars! Yang tu la aku tak nak. Semuanya gerenti harga enam angka dan ke
atas.

“Maksudnya kalau guna kereta lain, awak okey?” soalnya.

Aku terus angguk. Apa-apa janji bukan kereta mewah.

“So, tak payahlah ya jemput saya lain kali? Awak cakap kat Encik Han, saya
boleh pergi sendiri.”

Lagipun aku tak nak susahkan dia.

Lucca cuma diam lepas tu.

AKU ingat bila Lucca diam semalam, kira dia setujulah untuk tidak menjemputku.
Tapi, boleh dikatakan terkejut juga aku bila tiba-tiba dia muncul di kawasan
universitiku. Parking kereta betul-betul di tempat letak kereta berhadapan dengan
dewan kuliahku. Tahu pula dia bila aku habis dan di mana kelasku hari ni.

Oh, lupa! Jadualku semua dalam tangan Dheo. Dah tentu Lucca akan tahu.

“Principessa,” sapanya.

Perlahan-lahan aku mendekatinya. Range Rover hitam tak nampak bayang. Lucca
cuma berdiri di sebelah kereta Honda City berwarna hitam.

“I told Signor Han. And he asked me to use this car. Is that okay, signora?”

Nasib baik aku tak rebah bila dengar dia cakap macam tu.

“Awak cakap apa kat dia?”

Kuat suaraku bertanya.

“Apa yang awak cakap kat saya semalam. Awak tak nak dijemput dengan kereta
Range Rover sebab tak nak jadi perhatian orang. Dan hari ni dia suruh jemput pakai
kereta ni. Kereta ni cuma kereta biasa.”

Lucca berkata dengan tak bersalahnya.

106
Obey.tube
Aku pula rasa nak hantuk kepala ke dinding. Seriuslah Lucca cakap macam tu kat
Dheo? Apa aku nak cakap kalau menghadap dia nanti? Aku ni siapa
nak demand dijemput pakai kereta apa?

“Saya suruh awak jangan jemput saya lagi sebab nanti saya boleh pergi sendiri.
Bukannya suruh jemput saya pakai kereta lain.”

“Arahan bos.” Mudah jawapannya.

“Jom, principessa,” pelawa Lucca lagi. Pintu penumpang di bahagian depan


dibuka. Sekurang-kurangnya dia tak suruh aku duduk belakang, berlagak macam bos.

Separuh hati, kaki mengikut. Dalam perjalanan ke hotel, cuma satu dalam
kepalaku.

Apalah aku nak cakap kalau berdepan Dheo nanti?

107
Obey.tube
Bab 12

“L EPAS ni, ikut saya!” Arahan daripada Dheo ketika aku pergi kemaskan
rumahnya. Aku rasa, dalam sebulan lebih aku kerja di sini, boleh dikatakan hari-hari
Dheo tidur di sini. Sampai aku dah musykil, betul ke dia punya rumah lain?

“Kenapa, encik?” soalku ingin tahu. Ikut dia pergi mana?

“Ikut aje la.”

Aku hanya angguk.

“Nanti tukar baju dulu.”

Angguk lagi. Nak ke mana pula kalau dah sampai kena tukar baju? Tapi tak pula
aku pertikaikannya.

“Tunggu di waiting room.”

Macam yang diarahkan oleh Dheo, sebaik sahaja aku habis kerjaku, aku turun ke
bilik persalinan. Ada Arin dan Mazni yang sedang berehat. Mungkin mereka pun baru
habis kerja. Kedua-duanya sedang makan. Nampak ada bekal berisi sandwic. Baru nak
sarapan agaknya.

Bila nampak aku, mereka mempelawa untuk makan bersama. Tapi dengan
sopannya aku menolak. Bila nampak aku dah tukar baju, mereka naik hairan.

“Rissa dah habis kerja ke? Dah nak balik ke?” Arin bertanya.

“Eh, tak adalah! Belum nak balik lagi.”

“Habis, nak pergi mana?”

“Encik Han suruh Rissa ikut dia.”

Suapan kedua-duanya terhenti. Kemudian mereka saling berpandangan.

“Ikut Encik Han?” Aku angguk.

108
Obey.tube
Mereka ternganga pula.

“Pergi mana?”

“Tak tahu.”

“Kenapa Rissa kena ikut Encik Han?”

“Hmmm... Tak tahu.” Aku pun tak tahu nak jawab apa. Ulang jawapan yang sama.

Aku nampak kedua-duanya pun dah mula buat persepsi sendiri. Habislah... Aku
haraplah tak jadi gosip nanti!

“Rissa rasa mungkin Encik Han nak suruh Rissa kemaskan sesuatu tempat. Rissa,
kan personal housekeeper dia.” Aku buat andaian sendiri. Mungkin betul juga.

Ketukan di pintu menyelamatkanku daripada digasak dengan pelbagai andaian.


Aku kira, itu mungkin Lucca. Haraplah Lucca.

“Rissa pergi dulu. Kalau Puan Rasyidah tanya, cakap Encik Han suruh Rissa ikut
dia, ya?”

Mereka cuma angguk.

Aku pula capai beg sandangku sebelum mula melangkah ke arah pintu. Nasib baik
betul andaianku. Memang Lucca. Macam biasa, dia senyum segaris bila nampak aku.

“Jom.”

SEPANJANG perjalanan, masing-masing lebih selesa diam. Lucca di depan beri


konsentrasi penuh pada pemanduan. Dheo di sebelahku pula tak lepas pandang tablet di
tangan. Letak tablet, telefon pula berbunyi. Habis panggilan telefon, bunyi notifikasi
pada tablet pula.

Macam ni la kalau orang sibuk! Aku pula yang krik-krik, tiada orang untuk diajak
berbual. Lebih selesa pandang ke luar tingkap. Masa ni la nak rasa segala bangunan
pencakar langit di Bandaraya Kuala Lumpur ni dah ala-ala New York City.

Senyap. Dheo pun nampak dah tiada kerja.

“Kita nak ke mana, encik?”

109
Obey.tube
Apa lagi? Sesuai sangatlah aku bertanya.

“Curious again?”

Soalan dia macam nak kenakan aku. Tapi tiada nada marah atau amaran. Hanya
biasa-biasa saja.

Ya... Ya... Aku curious! Nak buat macam mana? Aku ni memang tinggi sifat rasa
ingin tahu. Dah tahu aku macam tu, mohon jawab soalan aku.

“We’re going to The Mines. Ada Art Exhibition.”

Dengar aje Art Exhibition, terus bersinar mataku.

“Ya ke?” tanyaku teruja. Tak boleh nak kawal.

“Tapi... Kenapa bawa saya? Kenapa Cik Nancy tak ikut?” Aku bertanya lagi.

Bila dia suruh aku ikut dia, aku ingatkan Nancy ikut sama. Maklumlah... PA, kan.
Tapi, bila masuk kereta, aku tengok cuma ada Dheo, aku tahu yang PA dia tu dah kena
tinggal. Pelik juga bila Dheo bergerak tanpa PA dia. Tapi, siapalah aku nak
pertikaikannya, kan?

“Ni bukan pasal kerja, so kenapa dia nak kena ikut?” Mudah jawapan Dheo.

Kalau bukan pasal kerja, kenapa saya pula yang kena ikut? Soalan yang sama
terlintas, tapi tak terluah.

“Lucca told me that you fancy artworks.”

Terus aku pandang Lucca. Macam mana Lucca tahu? Oh, baru teringat! Kejadian
aku terceroboh masuk galeri peribadi Dheo. Macam mana aku boleh lupa?

Tiba-tiba aku telan liur. Aku haraplah cuma itu yang Lucca cerita. Lucca yang
seakan-akan tahu gundah dalam hatiku memandangku melalui cermin pandang
belakang. Senyuman dihadiahkan. Dan aku tahu yang rahsia masih selamat dalam
kocek. Yang aku dan dia masih partner in crime sejati.

Lega sikit hati aku.

“Haah... Saya suka melukis,” jelasku. Cakap pasal melukis, aku baru sedar aku
dah lama tak melukis. Tangan aku dah lama tak dicemari dengan warna-warna cat.
Buku lukisanku entah-entah dah berhabuk. Tiba-tiba rasa rindu yang amat.

“Encik pun sukakan seni ke?”

110
Obey.tube
Giliran aku mengorek. Teringat balik galerinya dulu. Lukisan yang ada bukan
sekeping dua. Pelbagai jenis. Pelbagai seniman. Dan yang paling banyak adalah...

J.H.

Nak aje aku tanya siapa J.H? Tapi kalau aku tanya, aku yakin Dheo akan syak
sesuatu. Elok-elok rahsia tersimpan, semuanya pecah. Kerana apa? Kerana mulut
tempayanku yang tak reti nak tutup.

“Ya... I love arts.”

“Encik pun pandai melukis?”

Aku nampak dia sedikit terkedu. Kemudian dia pandang aku sekali. Aku nampak
dia angguk sekali.

“Wah... Encik pun pandai melukis?”

Sekali lagi aku teruja. Bila kita jumpa geng, siapa tak gembira? Lagi... Aku
sungguh tak sangka mamat wajah beku macam dia pun berjiwa seni.

Dalam kepala, entah kenapa aku bayangkan Dheo yang sedang melukis.
Pakaiannya kotor dengan warna cat. Tangan besarnya pegang berus cat. Dengan muka
seriusnya, tangannya menzahirkan apa yang berada dalam fikirannya.

Ada masanya, boleh bergurau senda. Kacau orang sedang melukis pun seronok.
Dan sebab itulah, senyap-senyap aku calitkan cat di tanganku. Perlahan-lahan serang
hendap. Bila tiba masa yang sesuai, aku calitkan warna di hidung mancungnya.

Wajah dia terkejut. Muka nak marah. Tapi sudahnya, dia gelak. Gelak yang sangat
bahagia. Wajahnya bercahaya. Dia cuba kejar aku, tapi aku lari. Akhirnya, kami gelak
bersama.

Kami?

Terkedu aku dengan bayangan itu. Telan liur! Bukan main tinggi imaginasiku.
Sampai-sampai boleh rasakan dah macam realiti. Dah kenapa aku nak fikir pasal dia?
Aku malu sendiri.

“But... I’ve stopped painting.”

“Kenapa?”

Aku kecewa mendengarnya.

111
Obey.tube
Sesuatu bakat, kalau dikuburkan aku rasa sangat rugi. Sebab tak semua orang ada
bakat itu. Dan bila orang berbakat cuba lupakan bakatnya, hidup akan rasa tak lengkap.
Rasa macam orang buta tanpa tongkat. Ada sebab Allah bagi dia bakat itu.

Dheo cuma angkat bahu.

“Busy. Banyak komitmen lain,” jawabnya mudah. Muka tak kesah.

Tapi kenapa aku rasa bukan itu sebabnya?

Bila dia cakap dia berhenti melukis, entah kenapa aku pula yang sedih. Rasa
sayang yang amat.

“Suatu hari nanti, Encik mesti rindu nak melukis.”

“Mungkin.”

“Bila saat itu muncul, encik akan melukis balik?”

“Mungkin.”

Dan aku nampak jauh Dheo berfikir. Mungkin dia pun dah rindu melukis, tapi
gara-gara kesuntukan masa, dia terpaksa lupakan semua tu.

“ARE you that excited, principessa?” tegur Lucca. Ketika itu kami sedang berjalan
menuju ke dewan pameran.

“Alamak... Nampak sangat ke?”

Aku berbisik kepada Lucca. Malulah pula kalau nampak aku yang melebih-lebih.
Silap-silap Dheo cakap aku lebih sudu dari kuah.

Aku jeling Dheo di sebelah. Reaksi muka hanya selamba. Tapi sesi kutuk-
mengutuk dalam hati, tak siapa yang tahu, kan?

“No, principessa. Nothing obvious. You look like a kid. Innocent,” komen Lucca.

“Saya rasa seronok. Dah lama saya tak tengok pameran lukisan.”

“Saya tak tahu apa yang seronok. Membosankan tengok lukisan-lukisan tak
bergerak macam tu.”

112
Obey.tube
Lucca mencebik.

“Mana ada! Setiap seni itu kalau dilihat secara halus, mesti dapat rasakan perasaan
pelukisnya. Pasti dapat nilai apa yang ingin disampaikan secara tersiratnya.”

Aku kurang setuju dengan Lucca. Rasa nak sekeh kepala dia sebab dah kutuk
karya seni.

Inilah bezanya kalau orang berjiwa seni dan berjiwa bukan seni.

“Mi dispiasce, principessa. Sorry. Have mercy on me.”

Lucca minta maaf. Tapi gayanya lebih dramatik. Buatkan aku terus lepaskan
tawaku. Nak marah pun tak jadi. Bila aku ketawa, Lucca turut ketawa.

Ketawaku mati bila rasa tangan tiba-tiba kena sentap. Terkejut bukan kepalang.
Aku lihat pergelangan tangan kananku dah berada dalam tangan Dheo. Aku pandang
dia. Rahangnya diketap agak kuat.

Gulp! Niat nak marah dia sebab dah pegang tangan aku terus tak jadi. Suara pun
segan nak lalu tekak. Alamak... Lupalah ada orang lain dengan kami!

“Walk with me.”

Dia tarik tanganku supaya berjalan dengannya. Sempat aku tengok dia jeling
Lucca sedas. Tajam sampai telan liur juga Lucca sebelum sengih bersalah.

Bila aku dah ada di sebelahnya, terus dia lepaskan tanganku. Lega! Kaki mula
berjalan beriringan dengannya. Tapi mulut selesa diam. Rasa canggung entah kenapa.
Takutlah nak bersuara. Muka dahlah ketat semacam. Dia marah aku dan Lucca ke?

Beberapa minit berjalan, kami tiba di dewan pameran itu. Orang ramai sudah
membanjiri kawasan itu tapi belum sesak. Ramai yang masih beratur menunggu giliran.
Maklumlah... Nak masuk kena bertiket. Berapalah agaknya tiket nak masuk pameran
ni?

Dheo pandang aku. Nak pastikan aku berjalan di sebelahnya agaknya. Lucca pula
masih berada di belakang kami. Bila tiba di depan pintu masuk, penyambut tetamu
tempat itu terus senyum, mengalu-alukan kedatangan kami.

“Encik Han.”

Dia cuma angguk sekali. Dan cukup dengan itu, kami diberi laluan masuk. Akses
tanpa tiket. Wow!

The perks of being Dheo Han.


113
Obey.tube
Kami mula masuk. Kawasan agak sunyi. Biasalah... Pameran lukisan selalunya
ala-ala masuk muzium negara. Semua biasanya khusyuk melihat dan membaca hasil
seni yang ada di situ. Kalau yang lebih meriah, biasanya ada juru acara majlis. Tak pun
ada pertandingan ataupun cabutan bertuah.

Kami mula berjalan perlahan-lahan. Satu demi satu lukisan dilihat dan dinilai.
Mataku bersinar. Mata Dheo penuh kagum. Mata Lucca? Penuh kebosanan. Dia tak
bergurau bila dia cakap tempat ni membosankan dia. Kesian dia kena ikut. Haha.

Bermacam-macam jenis lukisan dipamer. Dari pelbagai jenis negara. Spray


painting, brush painting, sand painting dan macam-macam lagi, semuanya ada. Dan
yang pasti semuanya cantik-cantik. Ada lukisan yang hanya sekadar pameran dan ada
juga lukisan untuk dijual.

Kami berhenti di depan satu lukisan. Lukisan yang mungkin termahal dalam
dewan ini. Siap ada pengawal yang menjaganya. Dan untuk melihatnya, hanya dari
jarak dua meter yang dibenarkan.

“Tahu ni lukisan apa?”

Dheo bersuara.

“The Persistence of Memory, Salvador Dali.” Aku menjawab.

Kagum. Lukisan itu merupakan salah satu lukisan terkenal di dunia. Setahu aku,
lukisan ini dipamerkan di muzium di New York. Museum of Modern Art tak salah aku.
Dan bila lukisan ni tiba di sini khas untuk pameran, aku sangat kagum.

“Time is the theme. Melting clocks showed that whatever happened, time
passed. Dulu, kini dan selamanya. Ada yang interpret lukisan itu tentang mimpi. Betapa
bila kita mimpikan sesuatu, tapi bila kita sedar, kita akan rasa, damn... It’s just a dream.
Kadang-kadang kita mimpikan sesuatu yang kita nak sangat jadi realiti.”

Dheo bermadah. Mata tepat memandang lukisan itu. Eksperesinya sama. Macam
tak berperasaan.

“Dan kadang-kadang realiti pahit yang kita lalui, betapa kita harapkan semuanya
adalah mimpi. Tapi itulah dunia. Dalam dunia ni, tak semua kita dapat apa yang kita
nak, kan? Kadang-kadang pula apa yang kita nak dah di depan mata. Tapi itu pun kita
tak mampu nak capai. Dekat tapi jauh,” sambung Dheo lagi.

Aku membisu. Hati terkesan dengan kata-katanya.

“Rose, kalau awak boleh ulang masa, apa yang awak nak lakukan?”

114
Obey.tube
Kalau aku boleh ulang masa? Aku diam sekejap. Berfikir. Kalau aku boleh ulang
masa, banyak sangat benda aku nak buat.

“Saya nak kembali ke masa sebelum saya kemalangan. Saya nak tahu apa yang
dah jadi. Saya akan elak supaya tiada kemalangan berlaku dan saya tak hilang ingatan,”
jawabku jujur.

Dia diam.

“Awak memang langsung tak ingat apa-apa sebelum awak kemalangan?”

Aku geleng. Tapi beransur sikit demi sikit. Kadang-kadang ada bayangan silam
walaupun samar-samar. Dan selalu juga muncul dalam bentuk mimpi. Walaupun mimpi
yang tak jelas.

Mia bella! Kalaulah aku boleh undur masa, aku juga mahu tahu siapakah lelaki di
dalam mimpiku itu. Adakah dia seseorang yang istimewa? Atau mungkin sebenarnya
dia turut terlibat dan terkorban dalam kemalangan dulu? Wallahualam.

“Mia bella!” sebutku.

Aku lihat tubuh Dheo sedikit mengeras.

“Lepas saya kemalangan, saya selalu dapat mimpi. Dalam mimpi saya ada seorang
lelaki dan selalu sebut Mia bella.”

“You remember him?”

“Saya tahu dia wujud, tapi saya tak tahu dia siapa.”

Suaraku bertukar sedih. Terkilan.

“Suara dia samar-samar. Wajah dia tak pernah muncul,” sambungku lagi.

“Kalau diberi pilihan, awak nak tahu dia siapa?”

Aku angguk.

“Pernah tak awak terfikir yang semuanya sebenarnya tak yang macam yang awak
fikir? Awak hilang ingatan. Awak tak ingat dia siapa. Kalaulah dia muncul, macam
mana kalau dia jahat? He can harm you.”

“Bayangan yang awak nampak belum tentu betul. Your mind can trick you. What
you have now is just a piece of your memories. It guarantees nothing.” Panjang lebar
Dheo berhujah.

115
Obey.tube
“You’re just naive, Rose. Everything in this world is not as beautiful as you think.
The world is cruel. Tak semua orang baik. Suatu hari nanti, tak mustahil ada orang
muncul dalam hidup awak, berkata dia adalah kawan awak. Padahal sebenarnya dia
adalah musuh awak. You just don’t know. Don’t let people play with your memories.”

Terdiam aku dibuatnya. Langsung tak pernah terfikir macam dia. Aku rasa
hidupku hanyalah biasa-biasa. Hidup dengan gembira. Bagaikan tiada masalah. Masalah
ekonomi pun tak kacau aku. Okey... Adalah sikit. Contohnya, kalau minyak naik dua
puluh sen, adalah juga rasa nak maki. Tapi selain itu, hidupku sangat biasa. Just plain
Nurissa Rose bt Noriman.

“Just giving you my honest opinion, Tesoro. Be careful with the world around you.
Stoicism is the best facade. People don’t know the darkness lies beneath.”

Telan liur. Tak payah tengok orang lain. Contoh terbaik, tengok aje yang bercakap
tadi. Dia bercakap tentang diri sendiri.

“All you have to do is remember everything, Rose. Everything.Selagi awak tak


ingat, selagi itulah awak kena ragu-ragu dengan setiap status yang keluar dari mulut
orang yang nyatakan dia kenal awak sebelum ni.”

Kalaulah semudah yang dia cakap. Kalaulah memori aku dapat datang semudah
petik jari, tentu dah lama memori aku kembali.

116
Obey.tube
Bab 13

“M R. HAN?” Sapaan itu buatkan Dheo berpaling. Putus terus momen


antara kami tadi. Hilang semua mod serius.

Ada dua orang lelaki menghampiri kami. Atau lebih spesifiknya adalah
menghampiri Dheo. Seorang lelaki separuh umur dan seorang lagi lebih kurang sebaya
dengannya. Rakan-rakan business dia kut.

Melihat Dheo mula berjabat tangan dengan dua lelaki itu, aku mengundur setapak.
Bagi ruang untuk mereka berbual. Tak nak kacau. Kalau aku berdiri di sebelah Dheo
pun, bukan aku faham bahasa business ni. Tak pasal-pasal kena tanya pasal untung rugi
di Bursa Saham hari ni, hikayat apa aku nak karang nanti?

Aku melihat sekeliling. Sementara menunggu Dheo, aku mula melihat-lihat


pameran lukisan di situ. Lucca mengikut di belakangku. Kaki berhenti di depan sebuah
lukisan separuh besar yang bertemakan bunga ros. Tapi ros itu dibentuk menjadi
seakan-akan susuk wajah seorang wanita. Ton warna yang digunakannya juga sangat
unik. Putih dan biru pucat. Medium yang digunakan cumalah kanvas dan oil color.
Jeling pada nama lukisan itu.

Rose Is She

Rose Is She? Unik nama dia. Dia guna ‘She’ bukan ‘Her’, maka ia bukanlah
sesuatu yang biasa. Orang pasti akan tahu, itulah lukisan dia. Bagaikan identiti.

“Cantik, kan?” Aku soal Lucca. Mata masih terpaku pada lukisan itu. Jatuh hati.
Aku memang sukakan biru. Biru itu penuh ketenangan.

Lucca tak beri apa-apa reaksi. Hanya mata menatap lama lukisan itu. Mungkin
tengah cari, apa yang aku nampak cantik sangat? Mungkin di matanya, lukisan itu
cumalah biasa-biasa.

“Bila saya tengok, nampak tenang. Pelukis ni mesti seorang yang tenang juga,”
komenku.

117
Obey.tube
“Berapa agaknya harga lukisan ni?” soalku pula. Macam la Lucca tahu.

Harganya pasti mahal. Lukisan yang dah siap memang nampak cantik dan mudah.
Tapi masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan sesuatu lukisan yang sempurna mahu
memakan masa lebih dua puluh jam.

“Lukisan ni tak ada harga, signora. This is for auction. See...”

Lucca tunjukkan satu tag kecil yang menunjukkan lukisan itu untuk dilelong.

Hai... Kalaulah aku kaya, mesti aku dah ikut serta. Dapatkan lukisan itu. Letak di
I’s Café pun cun juga. Tapi dalam mimpilah. Sebab aku tahu harga sebuah lukisan
macam ni mahu makan harga empat hingga lima angka.

“Jom... Signor Han cari kita. Rasanya dia pun ikut serta dalam auction nanti.”

Lucca betul. Sebaik sahaja kami jumpa Dheo, Dheo dah siap ambil tag nombor
peserta. Nombor 3. Kebetulan pula sesi lelong-melelong itu bakal berlangsung dalam
beberapa minit lagi. Dapatlah aku menyaksikan macam mana orang melelong secara
langsung.

Orang ramai mula berkumpul. Semuanya pasti peminat seni yang sanggup
habiskan beribu-ribu ringgit demi sekeping lukisan. Pendek kata, orang kaya-raya.
Selebihnya pasti penonton. Macam aku.

Dheo juga mengambil tempat. Berdiri sedikit belakang dan tersorot. Cukup untuk
dijadikan benteng untuk berselindung tapi masih dapat melihat semuanya dengan jelas.
Mungkin Dheo tak nak jadi perhatian orang.

Beberapa lama lepas tu, juruacara majlis mulakan acara. Satu demi satu barangan
seni diambil untuk dijual. Barang pertama, lukisan pasir. Terjual dengan harga RM25
ribu. Entah pak cik mana yang beli. Barang kedua pula adalah lukisan spray. Kalau jual,
mahu RM20 ribu ke atas. Dan bila dilelong, ada seorang Datin yang beli dengan harga
RM35 ribu.

Tiap kali aku dengar mereka naikkan harga, rasa sesak nafas. Orang kaya
berurusan. Duit keluar macam air. Nasib baiklah auction ni adalah untuk tujuan
beramal. Dua puluh peratus hasil bakal disalurkan untuk pesakit kanser dan dua puluh
peratus lagi akan digunakan untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim.

Kini tiba giliran barang ketiga untuk dilelong. Lukisan Rose Is She. Kedengaran
juruacara menceritakan sedikit latar belakang tentang lukisan itu. Lukisan itu dilukis
oleh seorang pelukis yang kudung kedua-dua tangannya.

118
Obey.tube
Maha Besar kuasa Allah. Walaupun cacat, itu tidak mematahkan semangatnya.
Malah hasilnya sangat sempurna. Buatkan aku jadi kagum dengan pelukisnya. Patutlah
aku dapat rasakan keikhlasan dalam lukisannya. Lukisan adalah jiwa pelukisnya.

Harga dibuka dengan RM15 ribu. Aku dapat lihat ramai penggemar lukisan dah
macam tak sabar-sabar nak membida lukisan itu. Seorang yang berjiwa seni, pasti
berfikiran macam aku. Rasa macam aku. Sebab itulah kalau dah miliki lukisan itu, rasa
puas hati yang amat.

“RM17 ribu.” Aku dengar nombor 5 membida.

“RM20 ribu.” No 19 membida pula.

“RM30 ribu.” Aku tak tahu la siapa pula kali ni.

Dan seterusnya harga makin naik. Harga dah cecah RM50 ribu. Tapi semuanya
masih tak nak kalah. Dan aku rasa nak tercekik tiap kali dengar harga dinaikkan sedikit
demi sedikit. Bila dah cecah RM60 ribu, tiada lagi yang berbunyi. No 5 yang membida
itu senyum lebar.

“RM60 ribu... Satu. RM60 ribu... Dua.”

“RM65 ribu.” Aku dengar orang sebelahku bersuara. Dheo angkat tag nombornya.

Semua kepala tertumpu ke arah kami. Mana taknya? Sepanjang majlis


berlangsung, Dheo hanya berdiam diri.

“RM67 ribu.” No 5 tak nak kalah.

“RM70 ribu.” Dheo juga tak nak kalah.

“RM75 ribu.” No 5 berbunyi lagi. Betul-betul nekad.

“RM100 ribu.”

Kali ini sunyi. Ini lukisan pertama yang cecah enam angka. Tak siapa lagi yang
berani naikkan harga. Bukan main bersungguh-sungguh Dheo mahu dapatkan lukisan
itu. Akhirnya, lukisan itu jadi milik dia juga. Mungkin lukisan itu bakal diletakkan
dalam Galeri The Dheo’s.

Untunglah... Lukisan itu memang memikat hati. Kalau aku punya duit, aku pun
teringin untuk membelinya. Tapi takkan semampu Dheo. Dheo selalu memiliki apa
yang aku ingin miliki. Beza aku dan Dheo. Dheo berduit. Dia mampu dapatkan apa
yang dia nak. Tapi aku, aku hanya mampu melihat aje la.

119
Obey.tube
“JIN HAI!” Aku dapat lihat tubuh Dheo sedikit mengeras.

Jin Hai?

Aku nampak ada seorang wanita Cina berambut pendek melambai-lambai ke arah
Dheo. Wajah penuh kegembiraan. Kalau melihat dari gayanya, nampak macam wanita
itu dalam lingkungan awal dua puluhan.

Aku nampak Dheo berpaling ke arah Lucca. Tiada apa yang dikatakan. Hanya
dengan isyarat mata. Tapi itu cukup untuk membuatkan Lucca faham. Tiba-tiba Lucca
dah berdiri di sebelahku.

“Jom, principessa.” Lucca ajak aku. Dia nak aku beredar dari situ.

Teragak-agak aku angguk. Mula meninggalkan Dheo.

“Xiu Ying.” Aku dengar suara Dheo.

Kepala menoleh ke belakang. Ketika itu, aku nampak perempuan itu dah
melompat ke dalam pelukan Dheo. Tangannya merangkul erat leher Dheo. Dan aku
tengok tak ada pula Dheo membantah.

Hanya itu yang sempat aku tengok sebelum mereka berdua hilang dari pandangan.
Kaki dah jauh melangkah dari mereka.

Tapi, aku tertanya-tanya. Siapakah perempuan itu? Entah kenapa aku rasa
cemburu melihat Dheo semesra itu dengan perempuan lain.

“Siapa perempuan tu?” soalku. Suaraku tahan daripada kedengaran agak cemburu.
Aku pun tak tahu kenapa aku rasa cemburu?

Dulu Nancy, sekarang makhluk bernama Xiu Ying itu. Tapi kali ini lebih dahsyat
dari Nancy. Dengan Nancy dulu paling tidak aku tak pernah nampak dia dan Nancy
berpelukan. Tapi sekarang ni? Tengah-tengah umum pula tu.

Taste Dheo memang ala-ala Cina ke apa? Tiba-tiba sebal.

“Emmm... I don’t know whether I should be telling you this or not.”

Aku lihat Lucca gosok belakang lehernya. Wajah serba-salah.

“Kenapa? Tu kekasih Encik Han ke?”

120
Obey.tube
“Eh, mana ada!” Kali ini cepat Lucca menjawab.

Nampak dia berfikir sejenak.

“Itu sepupu Dheo.”

“Dia orang nampak rapat dan mesra.”

“That’s because they share the same blood. Macam adik-beradik. Apa orang
Melayu cakap kalau Dheo dan Xiu Ying minum susu dari perempuan yang sama?”

“Adik-beradik susuan.”

“Yes... That’s the word. Mereka berdua adik-beradik susuan. Dulu masa kecil, ibu
Xiu Ying sempat jaga dan susukan Dheo. Ibu Xiu Ying adalah adik kepada ayah Dheo.”
Lucca mula bercerita.

Jadi, Dheo ada darah Cina? Tak percaya juga. Sebab wajah Dheo tak nampak Cina
langsung. Mata pun tak sepet. Kulit pun tak adalah putih melepak macam Cina. Kulit
Dheo nampak lebih kepada kesan dari banyak berjemur matahari. Tanned. Tapi
bukannya legam tahap macam bontot kuali rentung. Boleh jadi juga dia berkulit putih.

Oh, lupa! Nama dia Han. Kalau bukan surname dia Han, orang takkan tahu dia
Cina.

“Jin Hai tu nama Encik Han?”

Lucca angguk.

“Tapi Encik Han tak nampak macam Cina.”

“That’s because he’s half Italian. Ibu dia.”

Itali dan Cina? Gabungan yang unik!

“Tapi kenapa dulu ibu Encik Han tak susukan dia?”

“Hmmm... That is not my story to tell. Yang tu saya tak boleh cakap lebih. Apa
yang boleh saya ceritakan, tak semua childhood seseorang itu indah. Ada sejarah
masing-masing.” Hanya itu yang Lucca berkata.

Dan aku tahu salah seorangnya adalah Dheo. Zaman kanak-kanak Dheo pasti
perit. Adakah semua itu buatkan terhasilnya Dheo yang sekarang? Aku tertanya-tanya
apakah yang dia pernah lalui dulu?

121
Obey.tube
Tapi... Siapalah aku?

Kami berjalan-jalan lagi di kawasan itu. Masih teruja untuk melihat beberapa
lukisan di situ. Aku aje la. Lucca tak payah cakaplah. Memang muka bosan.

“Lucca, saya dahagalah!”

Tekak mula rasa haus. Mana tak haus kalau dah berjalan dalam dewan yang besar
ini.

“Hmmm... Saya tak tahulah kita boleh keluar ke tak. Saya pergi minta izin dari
Dheo dulu.”

Aku cuma angguk. Dheo mungkin belum habis berbual lagi dengan sepupunya itu.
Tak lama kemudian, Lucca muncul kembali.

“Jom,” ajak Lucca. Maksudnya dah dapat green light.

“Encik Han macam mana?”

“Nanti jumpa dia kat luar. Encik Han nak uruskan tentang lukisan yang dia beli tu
dulu.”

Aku akur. Beriringan dengan Lucca keluar dari dewan itu. Bila tiba di luar dewan,
banyak booth kecil dibuka dan menjual beberapa jenis makanan dan minuman. Lucca
meminta aku untuk tunggu dia di satu sudut sebelum dia menghilang untuk membeli
minuman. Lucca ni kadang-kadang layan aku mengalahkan tuan puteri.

Seketika kemudian, Lucca muncul bersama dua bekas air minuman. Aku nampak
siap ada plastik. Keropok dan beberapa jenis makanan bergoreng. Dihulurkan kepada
aku.

“Awak beli untuk saya ke? Buat susah-susah aje.”

“Dah penat berjalan, mesti awak lapar.” Itu jawapannya.

Awww... So sweet! Terharu juga aku. Baiknya Lucca.

“Terima kasih. Awak pun makanlah sekali.”

Tapi dia cuma geleng. Hanya suruh aku makan.

“Lucca!”

122
Obey.tube
Aku mendengar ada satu suara memanggil. Bukan setakat Lucca. Dengan aku-aku
sekali berpaling ke arah suara itu.

Apa ni? Memang hari ni semua orang nak kena terserempak dengan orang ke?
Tadi Dheo. Sekarang ni Lucca pula. Hari ni Hari Reunion Sedunia kut. Tak ada ke
orang nak datang tegur aku?

Ada seorang lelaki yang tinggi datang ke arah kami. Sekali tengok macam
gaya gangster. Kalau tak ada Lucca, mahu aku lari. Tapi... Tak baik nilai buku dari
kulitnya. Entah-entah lelaki ni orang baik.

“Haziq!” Sepatah Lucca berkata.

“Tak sangka jumpa kau kat sini.” Lelaki bernama Haziq itu bersuara.

“Aku lagi tak sangka jumpa kau kat sini.” Kalau telinga tak salah dengar, cukup
sabdu masa Lucca sebut kau itu.

Lelaki itu pun mungkin perasan. Sebab itulah dia gelak. Tapi nampak tak
tersinggung pun dengan kata-kata Lucca. Dia sengih.

“Aku jual buah kat sini. Tu... Hujung gerai sana,” kata Haziq sambil menunjukkan
ke arah gerainya.

“Baguslah. Sekurang-kurangnya, jadi orang sikit kau tu.”

Aku yang dengar rasa nak tersedak. Selamba betul Lucca bercakap.

Tapi lelaki itu pula nampak jauh dari rasa tersinggung. Sekali lagi cuma gelak.
Dah macam imun dengan serangan Lucca.

“Well... Terima kasih pada D.H. Kalau dia tak selamatkan aku dulu, mesti aku dah
mati kena sembelih dengan Dragon.” Kata-kata itu terus buatkan aku tersedak.
Terbatuk-batuk aku menahan perit dalam tekak.

Kena sembelih? Kita bercakap tentang orang ke lembu ni? Siapa lelaki ni?

“Principessa, are you okay?” Suara Lucca berbaur kerisauan. Dia hulurkan tisu
untukku.

Laju aku angguk. Gara-gara aku, perbualan mereka berdua terhenti.

“Siapa awek kau, Lucca? Cun. Pandai kau cari.”

Mata Haziq terarah kepadaku.

123
Obey.tube
Aku dah tak senang duduk. Dahlah kata aku awek Lucca. Nampak aku dan Lucca
ni tengah bercinta ke? Teringat balik kata-katanya yang buatkan aku tersedak tadi.
Lelaki ni dari kumpulan samseng mana? Dan macam mana ada kaitan dengan Dheo?
Aku yakin D.H tu adalah Dheo Han.

“Dia bukan awek aku.”

“Wah... Kalau macam tu, bagilah aku! Aku pun nak try gak ayat awek cun.”

Amboi... Bercakap macam aku tak ada di sini! Ingat aku ni apa? Buah yang dia
jual tu ke?

“Hati-hati, budak. She’s off-limits. She’s D.H’s.”

Suara Lucca berang bila berkata. Telan liur juga aku. Sepanjang aku kenal, ini kali
pertama aku tengok Lucca marah.

“Yeah... She’s mine!”

Suara itu mencuri tumpuan kami.

Tubuhku mengeras. Haziq pula macam lepas tertelan cicak. Pucat.

Dheo melangkah ke arah kami. Suasana tiba-tiba sunyi. Tension in the air. Apatah
lagi dengan wajah Dheo yang sangat-sangat beku. Sesiapa yang melihat mahu
menggigil kesejukan. Walaupun aku dah beberapa kali nampak muka dia versi ni, tapi
aku tetap akan telan liur.

Dheo berdiri di sebelahku. Sebelah tangannya mendarat di pinggangku. Bagaikan


satu cara untuk menandakan aku sebagai hak miliknya. Serius aku nak melompat.
Kurang selesa. Cukup tak suka kalau ada lelaki pegang aku tanpa izin. Aku mahu
menjarakkan diri. Mahu menolak tangannya itu. Tapi bila aku mula bergerak, dia jeling
aku tajam.

Terus aku kaku. Telan liur. Gara-gara sayangkan nyawa, aku terpaksa pilih untuk
membiarkannya. Tak berani nak bergerak. Jangan cakap bergerak. Nak bernafas pun
aku takut. Lutut pun rasa lembik. Aku sangat tak suka bila menghadap Dheo yang
macam ni. Gerun!

Aku pandang depan. Haziq tundukkan pandangan wajahnya. Seakan-akan


hormatkan Dheo. Seakan-akan Dheo adalah ketuanya. Hilang terus segala sifat gatalnya
tadi. Dia sekarang ni nak tenung aku pun dia tak berani.

“Sorry, D.H. Sorry, Cik Puan,” kata Haziq. Kali ni, serius aku kata. Memang dia
dah tak berani nak jeling ke arahku pun. Bukan sembarangan aura Dheo ni.

124
Obey.tube
Tapi... Cik Puan? Cik Puan?! Sejak bila aku kahwin dengan Dheo? Kalau panggil
cik tanpa puan tu tak boleh ke? Macam mem besar pula aku rasa.

Dheo angguk sekali.

“Kau buat apa kat sini?”

“Kerja. Jual-jual sikit. Bolehlah.”

“Good. Hidup biar berguna. Jangan disia-siakan.” Dheo berkata macam Lucca tapi
lain versi. Tapi masih deep.

Bagaikan anak buah yang patuh, Haziq angguk.

“Terima kasih pada kau, D.H. Okey... Cau dulu. Seronok jumpa kau, D.H, Lucca.
Kalau ada apa-apa nak mintak tolong, roger aje aku. Jangan risau. Aku akan tolong.”

Kali ini Dheo pula angguk. Kemudian Haziq tinggalkan kami semua. Aku masih
keras di sisi Dheo. Bersyukur bila tangannya dah turun dari pinggangku. Kenapa dia
suka pegang aku sesuka hati datukanda dia?

Hmmm... Tiada siapa ke nak cerita kat aku apa yang baru terjadi tadi? Contoh
macam, siapa lelaki itu sebenarnya? Dan yang paling penting, siapa Dheo sebenarnya?

“Let’s go,” ajak Dheo.

125
Obey.tube
Bab 14

B UNYI nada dering telefon pintarku itu membingitkan telinga. Menyedarkan


aku dari lena yang baru bertamu. Dalam kegelapan, tangan meraba-raba. Nampak
telefonku bercahaya. Baru nak tengok siapa pemanggil, panggilan itu mati. Tak sempat
nak jawab.

Beberapa saat kemudian, telefonku kembali berdering. Aku melihat nama si


pemanggil.

Lucca? Ada apa dia telefon aku malam-malam macam ni? Bukan malam dah ni.
Dah pagi. Jam satu pagi. Janganlah dia cakap Dheo buat kerja gila suruh aku pergi
kemas rumah dia. Maklumlah... Perjanjianku dan Dheo menyatakan kerjaku
merangkumi housekeeping whatever, whenever and wherever dia nak.

Walaupun bermacam soalan menggasak kepala, ikon hijau tetap kugesek. Telefon
dilekapkan di telinga.

“Helo. Salam satu pagi.” Dalam mamai, aku masih menyapa. Sempat juga aku
kenakan Lucca. Mohon dia sedar dan tengok jam berapa dia telefon aku ni.

“Signora, please open the door.” Suara Lucca bagaikan tergesa-gesa. Macam
tengah semput pun ada.

“Open the door? Door mana? Rumah saya?” soalku. Mataku dah luas. Alert. Dah
hilang segala rasa kantukku tadi.

“Si, signora. Open the door. We are outside.”

Dan talian diputuskan. Aku tenung telefonku.

We? Siapa lagi yang ada bersama Lucca? Yang penting, kenapa datang rumah aku
awal pagi macam ni?

Tanpa menghiraukan soalan yang tak berjawab, aku tetap menggeliat bangun.
Capai kardigan hitam dan selendang hitam untuk menutup auratku. Lepas siap, aku
menapak turun ke bawah.

126
Obey.tube
Tangan capai segugus kunci yang tersangkut di tepi tangga. Aku mencari-cari
kunci pintu utama rumah. Bila dah jumpa, aku masukkan ke lubang kunci sebelum
tombol pintu rumah ditarik. Daun pintu aku kuak perlahan.

Hampir terbeliak mataku bila melihat Lucca dan Dheo yang berada di depan
rumahku. Bukan itu yang buatkan aku terkejut. Tapi keadaan mereka berdua. Peluh
jelas di dahi masing-masing. Rambut kedua-duanya macam baru lepas bergaduh.
Berserabai. Dahi Lucca pun aku nampak sedikit berdarah.

Lucca sedang memapah Dheo. Dan bila mataku melorot pada tubuh Dheo, tangan
Lucca yang mendarat di situ jelas kemerahan. Apa tu? Darah? Rasa macam nak putus
nyawa aku melihatnya. Reaksi spontanku, aku mahu menjerit.

“Don’t scream.” Amaran keras dari Dheo. Dia bagaikan tahu apa yang aku mahu
lakukan.

Terus aku tekup mulut dengan tapak tangan. Cuba kawal nafas yang dah mula tak
teratur. Yalah... Kita tak selalunya terima tetamu yang berlumuran darah. Pukul satu
pagi pula tu.

Wajah Dheo berkerut kesakitan. Dheo sakit! Tapi aku masih kaku. Tak tahu nak
buat apa.

“Please help me.” Kata-kata Lucca itu buatkan aku tersedar dari fasa pegunku.
Laju aku angguk.

Daun pintu aku kuak makin luas. Memberi ruang kepada mereka berdua untuk
masuk. Lucca memapah tubuh tinggi Dheo ke sofa. Bila tiba di sofa, perlahan-lahan
Dheo didudukkan. Wajah Dheo sesekali berkerut kesakitan.

“Apa jadi?”

Lucca tidak mempedulikan pertanyaanku. Dia hanya fokus kepada Dheo.


Bagaikan aku tak wujud. Aku tengok Lucca pantas bertindak. Baju kameja Dheo yang
dah tak nampak warna itu dikoyak dengan rakus, mendedahkan kawasan tepi perut
Dheo.

Sekali lagi aku tekup tangan ke mulut. Mata melihat darah merah masih mengalir
keluar dari tempat itu. Lucca pula tekap tempat itu dengan baju Dheo. Menghalang
Dheo dari hilang darah.

Nak pengsan!

“Dia kena tembak!” kataku.

127
Obey.tube
“Correct. You get ten mark, tesoro.” Dalam kesakitannya, sempat lagi Dheo
menyindirku.

“Dia harus segera dirawat. Kita kena hantar dia ke hospital.”

“No, signora! Kalau luka tembakan, nanti akan jadi kes polis,” bantah Lucca.

Tak nak jadi kes polis? Tak nak libatkan polis? Ya Allah... Apa yang mereka dah
lakukan ni?

“Habis, macam mana nak rawat Encik Han?” soalku berbaur risau.

Tolak tepi semua cerita, keselamatan Dheo harus diutamakan. Aku harap dia akan
baik. Aku tak suka tengok wajahnya berkerut kesakitan itu. Hati rasa macam ditarik-
tarik. Rasa macam nak usap-usap aje wajahnya sebagai sokongan. Supaya hilang
kerutan di wajahnya. Supaya dia tahu aku ada di sampingnya.

“Kalau jadi apa-apa, macam mana?” Kali ini aku rasa nak menangis. Cemas.
Sebab aku terlalu risaukan Dheo. Tak boleh bayang kalau Dheo tak dapat diselamatkan.

“I’ve been shot, tesoro. Not dying. Don’t cry, please.” Perlahan suara Dheo.
Bagaikan tahu air mataku hanya tunggu masa untuk keluar.

Kami berbalas pandangan. Renungannya kali ini lembut. Bagaikan sedang


memujukku. Bagaikan sedang menenangkanku.

“Nanti Doktor Arrazi, doktor peribadi Dheo sampai. Saya dah calldia,” kata
Lucca, langsung mengalihkan pandanganku daripada Dheo.

Aku haraplah cepat Doktor Arrazi tu sampai. Sebab masa berdetik. Setiap masa
yang berlalu, nyawa Dheo mungkin dalam bahaya. Tak sanggup aku bayangkan apa-apa
yang buruk terjadi pada Dheo.

Bagaikan doaku dimakbulkan, kedengaran loceng rumah kedengaran. Aku terus


berlari untuk membuka pagar automatik. Tak beberapa lama lepas tu, muncul seorang
lelaki tinggi melangkah masuk. Ada satu beg sederhana besar di tangannya. Pasti ini
Doktor Arrazi.

Doktor Arrazi terus menghampiri Dheo. Begnya dibuka. Kemudian dia


mengambil sepasang sarung tangan getah sebelum disarungkan ke kedua-dua
tangannya. Diperiksa keadaan Dheo dulu.

“Ya Allah... Apa pula yang kau dah buat kali ni, Dheo?” Sambil memeriksa, aku
dengar Doktor Arrazi membebel. Suara dia macam dah kalis. Macam ni bukan kali
pertama Dheo seperti itu.

128
Obey.tube
Doktor Arrazi menekan kawasan luka di perut Dheo. Terus Dheo menjerit
kesakitan. Kemudian aku nampak Dheo menggigit bibirnya. Jelas kesakitan. Apatah
lagi dahinya yang dah lencun dengan peluh.

“Nasib baik peluru ni tak kena organ penting, tahu tak? Kau memang nasib baik,
Dheo. Kalau teruk, memang tak ada pilihan lain. Major operation. Kena hantar
hospital.” Doktor Arrazi geleng kepala.

“Tapi luka kali ni agak teruk juga. I need assistance. I cannot do it alone.”

“Aku dah call Arrayan. Kejap lagi Arrayan sampai.” Lucca bersuara. Siapa pula
Arrayan? Yang pasti aku tak kenal.

“Hmmm... Membantunya Arrayan tu!”

Suara sarkastik dari Doktor Arrazi. Kemudian wajahnya serius berkerut.


Melakukan tugasnya untuk menyelamatkan Dheo.

Belum sempat Lucca membalas, aku dengar pintu rumah diketuk lagi. Laju saja
kaki menapak ke pintu. Bila aku buka pintu, seorang lelaki meluru masuk bersama
seorang perempuan cantik.

“Bos!” Lelaki itu menyapa Dheo.

Dheo cuma angguk sekali. Tengah-tengah bertarung nyawa, sempat lagikan nak
berbalas sapa?

“Abang, Dheo macam mana?”

Perhatian diberikan kepada Doktor Arrazi. Walaupun wajahnya nampak serius,


tapi suaranya tetap bersalut kerisauan. Dia kesahkan Dheo.

“Trying to take out the bullet. I need an assistant.” Kepala Doktor Arrazi menoleh
ke sekelilingnya.

“Ada sesiapa yang ada medical experience?” Empat orang di situ ditanya.
Termasuklah aku. Semua saling berpandangan.

Ketika ini betapa aku harapkan aku adalah seseorang yang pakar dalam bidang
perubatan. Aku nak tolong Dheo tapi aku tak mampu.

“Lucca cakap kau boleh tolong, Ryan?” Pandangan Doktor Arrazi kini tertumpu
kepada lelaki yang baru muncul tadi. Oh, dialah Arrayan!

Tiba-tiba Arrayan tarik lengan perempuan yang datang bersama dengannya tadi.
Melihat muka berkerut perempuan itu dan gaya ingin melepaskan dirinya, aku rasa dia
129
Obey.tube
dan Arrayan macam tengah bergaduh. Not in good terms. Tapi cukup Arrayan jeling
sekali, terus telan liur perempuan tu.

Entah kenapa situasi mereka mengingatkan tentang aku dan lelaki yang tengah
berkerut menahan kesakitan itu. Sama tapi tak serupa.

“Aku tak boleh tolong. Tapi dia boleh.” Ditolak perlahan perempuan itu ke
hadapan.

Perempuan itu jeling tajam ke arah Arrayan. Takut-takut pun, masih ada
taringnya. Mulut diam. Tapi berbicara melalui bahasa mata. Tapi wajah Arrayan pula
macam tak berperasaan. Tak peduli.

“Paramedik? Nurse? Doktor?” soal Doktor Arrazi kepada perempuan itu.

Aku nampak perempuan itu telan liur sekali sebelum menjawab.

“Doktor.”

“HO?”

“Baru aje habis final exam. Belum posting lagi.”

Kali ini Doktor Arrazi berpaling kepada Arrayan.

“Kau culik studen, Ryan?”

Suara dia macam marah Arrayan. Kemudian geleng kepala. Wajah Arrayan pula
sama macam tadi. Tak berperasaan.

Aku yang dengar rasa macam nak terkecik. Culik? Perempuan tu berada di sini
tanpa keinginannya? Adakah aku sekarang ni dikira bersubahat?

Bagaikan tahu-tahu dah terlalu banyak masa yang dibazirkan, wajah Doktor
Arrazi kembali serius. Perempuan itu dipandang tepat.

“I need you to assist me. Pernah assist surgeon?”

Perempuan itu angguk. Nampak teragak-agak tapi dia cuba yakin.

“Good.”

Kemudian aku nampak mereka mula bekerja. Entah apa yang mereka lakukan, aku
pun tak tahu. Sesekali wajah Dheo merah menahan kesakitan. Sampai timbul urat di

130
Obey.tube
dahinya. Doktor Arrazi cekap melakukan kerjanya. Perempuan itu juga turut pantas
walaupun bekerja di bawah arahan Doktor Arrazi.

Aku pula hanya mampu berdoa semoga Dheo selamat.

ENTAH berapa lama masa diambil, akhirnya peluru berjaya dikeluarkan. Gara-gara
peralatan yang terhad, Doktor Arrazi kena pantas berfikir. Alhamdulillah, Dheo
selamat. Walaupun aku tak tahu apakah punca dia ditembak.

Jam di dinding menunjukkan pukul empat pagi. Terkejut juga aku melihatnya.
Mata terbuka luas tapi badan penat. Itulah tandanya kita tak cukup tidur. Bila aku
melihat sekeliling, ternyata semua orang pun sama. Masing-masing penat.

“Pergilah tidur. Semua mesti penat, kan?”

Aku berkata kepada mereka. Apa-apa persoalan, boleh tunggu besok.

Aku menyiapkan bilik untuk mereka. Nasib baiklah dalam rumah ni ada lima
bilik. Tolak bilik tidurku, bilik kerja arwah ayah dan bilik yang sedang didiami Dheo,
tinggal lagi dua bilik. Perempuan yang kuketahui namanya Nafisha boleh tidur di dalam
bilikku. Selebihnya, pandai-pandailah bawa diri.

Aku membawa Nafisha ke bilik. Dia lebih banyak berdiam diri. Mungkin tak
biasa lagi denganku. Bila tiba di bilikku, aku memberikan dia pakaian untuk ditukar.
Kalau dia nak. Walaupun aku lebih tinggi darinya, bolehlah kalau setakat nak pakai
untuk tidur.

“Fisha nak mandi ke? Kalau nak mandi, ni tualanya,” kataku lagi. Dia dah
bermain darah. Aku kira mesti dia nak bersihkan dirinya dulu.

“Terima kasih.” Dia senyum kepadaku meskipun wajahnya jelas kepenatan.

Nafisha pandang sekeliling.

“Rissa pun tawanan di sini ke?” Soalannya itu buatkan aku sedikit terkejut.
Tawanan?

“Eh, mana ada! Rissa tinggal di sini.”

“Rissa memang tinggal seorang ke dalam rumah ni? Beraninya.”

131
Obey.tube
Aku senyum tawar. Hanya angguk. Dia tak tahu yang aku baru aje tinggal
sendirian. Tak pernah rasa gerun bila tinggal sendirian di sini. Entahlah, ini rumahku.
Aku hanya mampu tawakal kepada Allah kalau ada apa-apa berlaku.

“Ingatkan Rissa pun tawanan mereka. Sebab mereka datang di rumah Rissa. Rissa
kenal mereka?”

Aku angguk. Dheo dan Lucca aje la.

“Berkawan dengan gangster macam dia orang?” Dia pula terkejut.

“Gangster?” Aku blur. Mereka semua gangster ke?

“Rissa tak tahu?”

“Tahu apa?”

“Fisha tak tahu yang lain macam mana, tapi Arrayan tu... Fisha rasa dia ketua
kongsi gelap.”

Rasa nak tercekik air liur aku dengar.

“What? Mana tahu? Pernah nampak dia buat jahat ke?” soalku. Aku tak suka
kalau tuduh orang sesuka hati. Baik siasat betul-betul. Sahkan fakta.

“Fisha rasa aje. Sebab perahsia sangat. Semua orang macam tunduk hormat kat
dia.”

“Tak baik cakap macam tu. Entah-entah Arrayan tu baik.” Aku menjawab. Aku
rasa tak adil kalau Arrayan diadili secara membabi buta.

Macam Dheo. Aku tahu Dheo bukan sembarangan orang. Firasat menyatakannya
walaupun aku tak tahu dia sebenarnya siapa. Aku nampak kekasaran yang Dheo
lakukan. Tapi aku tak tahu puncanya. Siapa tahu semuanya atas alasan yang baik?
Pendek kata, selagi belum ada bukti, jangan menuduh. Apa yang kita nampak, belum
tentu itu yang jadi. Kadang-kadang pasti ada cerita di sebaliknya.

“Kalau tak, kenapa dia tak lepaskan Fisha lagi? Dahlah tak kenang diuntung.
Rissa tahu tak yang sebelum ni Fisha dah pernah selamatkan nyawa dia. Tiba-tiba
muncul depan rumah Fisha, penuh darah.”

Errr... Kenapa cerita dia tu lebih kurang apa yang aku lalui tadi?

“Tapi, tengok apa yang dia balas? Dia culik Fisha. Geram aje rasa. Bila tanya,
bukannya reti nak jawab.” Nafisha tiba-tiba pula jadi banyak cakap.

132
Obey.tube
“Mungkin sebab Arrayan fikir semuanya tak ada kaitan dengan Fisha.
Ataupun something confidential. Ada dia dera Fisha? Tak bagi makan kat Fisha?”

Kali ini nampak dia macam berfikir. Mungkin dia fikirkan perkara yang sama.

“Bukannya Rissa nak bela Arrayan. Cuma tak nak judge dia. Buruk-buruk dia,
pasti ada sisi dia yang baik, kan? Kalau kita dah tak suka, mesti yang buruk aje kita
nampak. Apa kata kalau kita jadikan yang buruk dia tu sebagai kelemahan dia dan kita
cuba terima?” nasihatku.

Rasa macam nasihatkan diri sendiri. Teringatkan Dheo. Aku tahu dia punya sisi
gelap yang dirahsiakan dari mata umum. Tapi dia tak pernah layan aku teruk. Malah
semua staf dia dilayan dengan baik.

“Nanti Fisha tidurlah, ya? Anggaplah macam bilik sendiri. Rissa nak turun bawah
kejap,” ujarku lagi.

Nafisha cuma angguk.

133
Obey.tube
Bab 15

P ERLAHAN-LAHAN aku tolak pintu bilik tetamu itu. Penuh hati-hati supaya
bunyi yang terhasil adalah kadar paling minima. Tak nak Dheo yang sedang berehat itu
terganggu. Aku melangkah ke arah katil.

Kemudian aku duduk di atas kerusi di sebelah Dheo. Dheo sedang terbaring kaku
di atas katil besar itu. Tidak berbaju. Jelas kelihatan balutan putih yang agak besar di
bahagian perutnya. Mungkin kesan ubat tahan sakit yang diberi tadi, Dheo hanyut
dibuai mimpi.

Wajah kacaknya ditenung. Dengan mata tertutup macam ni, Dheo nampak tenang.
Tiada wajah seriusnya. Tiada mata dinginnya. Macam bayi yang tak tahu apa-apa.
Dadanya naik turun dengan perlahan.

Lega. Aku rasa sangat lega bila Dheo selamat. Apa yang jadi malam tadi, pasti
sesuatu yang sangat serius. Kalau tak, masakan Dheo ditembak? Tapi siapa yang
menembak Dheo? Dan kenapa?

Aduh... Terlalu banyak persoalan yang mengasak kepala! Tapi satu pun aku tak
tahu jawapannya.

“Principessa, you should be sleeping.” Suara itu perlahan, tapi mampu


memeranjatkanku.

Aku pegang dada. Berpaling ke arah Lucca. Lucca pun ada satu balutan di
kepalanya. Bila dia muncul? Langsung aku tak dengar bunyi pintu.

“Saya nak tengok Encik Han dulu. Lepas tu baru saya boleh tidur,” kataku jujur.
Wajah Dheo kutenung lagi. Selagi aku tak tahu keadaan Dheo, selagi itulah hatiku tak
tenang.

Lucca diam. Hanya memerhati interaksiku dan Dheo. Bagaikan sedang meneliti.
Aku terus berdehem. Betulkan duduk dulu. Aku tak nak Lucca syak aku ada hati pada
Dheo. Teruk padahnya nanti.

“Don’t worry. He’s Dheo Han.”

Aku berpaling ke arah Lucca.

134
Obey.tube
“He’s strong. He used to it.”

Used to it? Dah biasa cedera macam ni? Kenapa dia nak bahayakan nyawa dia
macam ni? Dia tak sayangkan dirinya ke? Hatiku rasa macam direntap. Susah hati.
Sedih.

Lucca renung wajah Dheo. Aku nampak ada kasih sayang yang jelas terpancar di
wajah Lucca. Dan aku tahu Dheo bukanlah hanya sekadar bos untuk Lucca. Hubungan
mereka erat. Mungkin dah macam adik-beradik.

Lucca kesahkan Dheo. Bila kepalanya sendiri perlukan rawatan, tapi dia memilih
untuk menolong Dheo dulu. Sehingga kering darah di kepalanya tadi. Dia risaukan
Dheo sehingga diri sendiri pun diletakkan di tempat kedua.

“Awak dah lama kenal Dheo?” soalku ingin tahu.

“Years. My loyalty lies with him. Dulu, kini dan selamanya. Tanpa dia, saya
mungkin tak bernafas sekarang ni. He took me when everyone casted me aside, when I
was just a trash to society.” Lucca bercerita.

“I am a bastard. The product of rape. Ibu saya dirogol secara bergilir-gilir. Ayah
saya? I don’t even know whom. Ibu saya meninggal sebab depression. Suicide. Keluarga
tak nak saya. To them, I was just a disgrace. Suatu hari, saya ditinggalkan di tepi jalan. I
was just eight.”

Hatiku bagaikan ditarik-tarik ketika mendengar cerita Lucca. Wajahnya tegang,


cuba mengawal pelbagai emosi. Lucca sedang menceritakan kepadaku kisah peritnya.
Zaman kanak-kanak yang tak indah untuk dikenang.

Dibuang ketika umur lapan tahun? Apalah sangat budak umur lapan tahun tahu
masa tu? Kanak-kanak seusia itu sepatutnya baru belajar tentang kehidupan. Bermain-
main. Bergembira dengan kawan-kawan. Tapi Lucca?

Tanpa sedar, air mataku bertakung. Hati sebak mendengarnya.

“Don’t cry for me, principessa. It was one of the best thing happened to me. Lepas
tu saya kenal Dheo. Walaupun usia dia muda setahun dari saya ketika itu, tapi Dheo
kutip saya. Dia berkawan dengan saya. Mungkin juga sebab kisah kami lebih
kurang. Because of him, I was taken into D’Ambrusio family. I was trained to be one of
them. My loyalty stands with Dheo.”

Dheo juga punya kisah seperti Lucca? Kisah lebih kurang Lucca. Lucca juga
pernah cakap yang kisah zaman kanak-kanak Dheo juga tak seindah orang lain. Ini
entah kali ke berapa aku mendengarnya. D’Ambrusio. Apa kisah keluarga D’Ambrusio
ni? Dan aku tahu kalau aku tanya Lucca, jawapan aku dapat mesti sama.

135
Obey.tube
It is not my story to tell. Nak tanya tuan punya badan? Hmmm... Janggut aku dah
tumbuh pun belum tentu dia bercerita.

Aku tarik nafas dalam-dalam.

“Apa dah jadi malam ni? Kenapa dia kena tembak? Kenapa kepala awak
berbalut?” korekku lagi.

“I can’t tell you. If you want to know, you have to ask Dheo yourself.”

Jawapan yang aku dah agak.

“Was it something illegal?”

Dadaku berdebar ingin tahu. Kalaulah Lucca angguk, aku tak tahu apa yang aku
akan rasakan. Hatiku mungkin hancur walaupun aku tak tahu kenapa.

“Jangan risau. Dheo takkan lakukan sesuatu yang illegal sekarang. It’s against his
principle.”

Aku tarik nafas lega lepas Lucca cakap macam tu. Maksudnya apa yang jadi
malam ini bukan disebabkan sesuatu yang haram. Mungkin sesuatu yang berisiko dan
bahaya. Atau mereka sebenarnya mangsa keadaan?

Tapi apa dia? Mereka ni ejen perisikan ke apa? Pening kepala aku nak fikir.

“Go to sleep, principessa. Dah lewat ni. Maaflah sebab kami redah rumah
awak. Because it is the closest.”

“It’s okay. Lagipun, ni rumah Dheo,” jawabku. Kenyataan. Dheo tuan rumah ni.
Apalah kuasa aku pada rumah ini berbanding dengan Dheo?

“Awak tu pun kena rehat, Lucca. Awak tu pun cedera,” nasihatku pula.

Aku menguap sekali. Baru rasa mengantuk. Hati pun dah tenang bila dah tengok
Dheo. Aku bangun dari dudukku. Melangkah keluar. Sempat kepala berpaling sekali
lagi untuk melihat Dheo.

AWAL-AWAL pagi lagi aku dah bangun untuk menyiapkan sarapan. Sarapan yang
ringkas. Aku hanya sediakan pancake dan roti bakar. Aku masakkan juga semangkuk

136
Obey.tube
bubur untuk Dheo. Tipikal makanan orang sakit. Satu teko teh O panas turut disediakan.
Rumah masih sunyi. Mungkin semuanya masih penat.

Fikiranku melayang pada Dheo. Sebaik sahaja aku buka mata, memang Dheo
yang pertama aku ingat. Dia macam mana hari ni? Dah bangun ke? Dah okey sikit ke?

Lepas aku letak apa yang aku masak di atas meja di ruang makan, kaki diayun ke
bilik tidur Dheo. Ingin melihat keadaan Dheo. Sebaik sahaja aku mendekati pintu bilik
Dheo yang sedikit terbuka itu, dapat kudengar suara bagaikan orang bertikam lidah.

Tekap telinga di pintu. Nak curi dengarlah kononnya! Sekali dengar per favore,
preoccupata dan entah apa lagi yang telinga tak sempat tangkap. Dia orang cakap Itali
daaa! Tekap telinga sampai subuh besok pun aku takkan faham.

Note pada diri sendiri. Mohon belajar Bahasa Itali nanti.

“Morning.” Aku memunculkan diri. Sapa pun sekadar untuk memaklumkan


kepada mereka tentang kewujudanku. Supaya mereka berdua kalau nak bertegang leher
pun, sila pandang kiri kanan.

Diam. Masing-masing berpaling ke arahku. Dheo dah buka mata tapi masih
berada di atas katil. Dan Lucca berdiri di sebelah katil Dheo.

“Morning, principessa.” Hanya Lucca yang sapa aku.

Dheo pula hanya serius di atas katilnya.

“Apa dah jadi? Kenapa awak berdua bergaduh?” soalku ingin tahu.

“Oh, tak ada apa-apa! Cuma bos kita ni degil nak bersiap pergi kerja.”

“What? Are you kidding me?” Suaraku sedikit kuat.

Jeling Dheo. Duduk pun tak betul ada hati nak pergi pejabat? Dia tak sedar ke
yang dia tu baru lepas kena tembak, bukannya lepas kena cucuk jarum.

“Awak tu sakit. Kena banyak berehat. Tak boleh banyak bergerak.” Aku marah
Dheo.

Dheo mendengus kecil. Tapi masih diam. Belum membalas kata-kataku.

Wow... Aku marah Dheo? Aku marah Encik Bos. Tak sangka aku berani marah
dia. Dan yang lagi buatkan aku rasa bersalah adalah aku tak rasa bersalah pun sebab dah
marah dia. Sebab aku marah demi kebaikan dia.

137
Obey.tube
“Good, principessa. Scold him.” Lucca mengapi-apikan keadaan. Nampak bibir
Lucca senyum sinis ke arah Dheo. Seronok bila ada orang sekapal dengannya.

“It’s nothing, tesoro. I used to it. I’m good,” jawab Dheo.

Dheo cuba bangun. Baru separuh, aku meluru ke tepinya. Tubuhnya aku tolak
supaya kembali baring. Mata Dheo meluas. Pasti tak menduga dengan tindakanku.
Jangankan dia, aku pun sama.

Lepas aje kedua-dua tapak tangan mendarat di dada bidangnya, terus aku tarik
tanganku. Rasa bagaikan kena renjatan. Sebab Dheo masih tak berbaju dan aku
terpegang dia tanpa sengaja. Berani pula aku pergi pegang dia? Tapi aku tak sengaja.
Hanya nak dia duduk diam-diam atas katil.

Aku berdehem. Cuba menghilangkan suasana yang rasa dah berubah canggung.
Berlagak biasa. Muka serius ditayang.

“You mister, are not allowed to step out of this bed.” Aku berkata tegas. Jari
telunjuk ditunjukkan ke arahnya. Gaya macam mak marah anak.

“I’m a busy man, Rose. I have to go.” Suara protes dari Dheo.

“No!”

“I’m your boss.”

Kali ini aku bercekak pinggang.

“Well... You’re living under my roof. So my words, my commands. Understood?”

Dheo ternganga mendengarnya. Mulut mahu membalas, tapi tiada apa yang
keluar. Dua kali dia macam tu. Dan kemudian, nampak dia senyap. Mungkin dah tak
tahu nak balas apa.

“Understood?” tekanku lagi.

Lama dia tenung aku. Aku pun serius tenung dia. Aku tak bergurau.

“Yes. Yes. Understood.” Suara Dheo bagaikan sedang tahan rasa marah. Muka pun
tegang. Tak puas hati, tapi tak boleh nak lepas. Comel!

“Good.” Aku puas hati.

138
Obey.tube
Kini aku beralih kepada Lucca. Nampak Lucca sedang berpeluk tubuh. Nampak
seronok betul dia tonton drama swasta aku dan Dheo. Kalau ada popcorn, pasti lengkap!
Tiap kali aku dan Dheo berbalas kata, satu popcorn masuk mulut.

“Pastikan dia tak pergi kerja.”

“Si, capa!” Lucca tabik hormat. Mulut tahan senyum.

Aku ingin berlalu keluar. Nak bersiap pergi kerja. Hari ni kerja syif pagi. Berat
hati nak tinggalkan Dheo. Risau kalau dia ada apa-apa berlaku. Mesti kepalaku asyik
teringatkan dia aje nanti.

“Where do you think you are going, tesoro?” Dheo berbunyi.

Aku berhenti. Pusing balik menghadap dia.

“Bersiap. Nak pergi kerja.”

“Wow... Awak boleh pergi kerja tapi saya terkurung dalam rumah ni?” Dheo
mengungkit.

“Well... Saya tak ada kelas hari ni, jadi saya kena pergi kerja.”

“That’s what you are wrong, dolce cuore. If I absent, so are you.”

“Eh, kenapa pula?”

Tak puas hati. Yang sakit dia, kenapa aku yang kena ponteng kerja.

“Since I’m under your roof, so I’m your responsibility. And as your boss and the
owner of the house, I command you to stay. You have to take care of me.” Dheo guna
kuasa veto dia. Mengarah. Suaranya tiada kompromi.

Giliran aku pula ternganga. Macam Dheo tadi. Nak bersuara, tapi tak terkeluar.
Sudahnya aku diam. Pertama, dia betul. Kedua, jauh dalam sudut hatiku, aku memang
mahu jaga Dheo. Tapi gara-gara aku sedar status diriku dan aku punya komitmen lain,
perasaan itu harus ditolak ke tepi.

Sebab aku bukan siapa-siapa pada Dheo.

“Understood?”

“Understood.” Aku masih menjawab.

“Good.” Dheo senyum sinis. Macam pulangkan paku buah keras.

139
Obey.tube
Aku mengetap gigi. Geram! Kami tak lepas dari berpandangan. Seakan-akan
sedang saling mencabar. Tapi aku tak tahu tentang apa. Yang pasti aku tak nak kalah.
Dan Dheo pun sama.

Dan tak lama lepas tu, kedengaran Lucca ketawa kuat. Terus kami berdua
pandang Lucca. Dah kenapa dia ni tiba-tiba ketawa? Sepanjang perbualan aku dan
Dheo, aku rasa tiada sepatah pun yang lawak.

Kami berdua tak lepas pandang Lucca. Tunggu dia habis ketawa. Tak lama lepas
tu, ketawa mula reda. Lucca lap hujung mata. Tiap kali dia ketawa, mesti sampai berair
mata. Tanpa aku tahu apakah yang lawaknya? Terhibur sungguh!

Tak faham!

“Oh, my God! I miss this.”

Miss this? Miss apa? Aku blur. Tak faham kuasa dua.

Bila aku pandang Dheo balik, Dheo palingkan wajahnya ke arah lain. Nampak dia
tarik nafas dalam-dalam. Tapi, sempat aku nampak mata Dheo yang sarat dengan
perasaan walaupun sekilas.

SEKALI lagi aku mengatur langkah ke bilik Dheo. Kali ini bersama satu dulang yang
berisi sarapan khas untuk Dheo. Dheo perlu bersarapan sebelum makan ubat tahan sakit.

Ketika aku tiba, Lucca dah tiada. Hanya Dheo yang sedang duduk berlunjur di
atas katil. Bila aku cakap dia tak dibenarkan untuk jejak kaki turun dari katil, tak sangka
pula dia dengar cakap. Bagus!

Gara-gara bunyi yang terhasil, perhatian Dheo teralih kepadaku. Aku senyum
segaris bila mata kami bersabung. Reaksi wajahnya selamba sambil memandang apa
yang berada di tanganku.

Aku berjalan ke tepi katil. Letak dulang di atas meja kecil di sebelah katil. Lalu
aku labuhkan punggung di atas kerusi di situ.

“Saya bawakan breakfast untuk encik,” kataku walaupun aku dah tahu dia
nampak.

Aku nampak dia tenung mangkuk bubur itu. Diam.

“Encik nak saya suapkan ke?” soalku.


140
Obey.tube
Wajahnya nampak sedikit terkejut.

Erk... Kenapa aku rasa macam tak kena aje dengan soalanku itu? Rasa macam aku
pula yang terhegeh-hegeh. Serius aku cuma nak tolong dia. Atas dasar kemanusiaan.
Tak ada niat lain. Sebab kami kini berdua. Kalau bukan aku yang tolong, siapa lagi?

“Errr... Maksud saya, saya tahu tangan encik masih okey. Tapi kalau encik rasa
susah nak makan, saya boleh tolong suapkan untuk encik. Errr... Macam nurse. Tolong
pesakit. Profesional,” kataku sebelum dia salah faham.

Yang ni pun kiranya termasuk skop yang dia cakap you have to take care of me la,
kan? Serius tak rasa nak acah-acah perempuan Melayu terakhir, nak pikat atau goda dia.

Dia hanya diam. Tenung aku lagi.

“Lucca mana?” Itu yang ditanyanya.

“Oh, encik nak saya panggilkan Lucca ke?”

“No, just asking!” Cepat dia jawab sebelum aku berdiri.

“Saya pun tak pasti. Mungkin dia bersihkan diri,” jawabku.

Dia cuma angguk faham. Kemudian dia pandang lagi sekali bubur itu.

“Encik nak saya suapkan?” soalku lagi.

Sekali lagi dia hanya angguk.

Kerusi ditarik rapat sikit ke arah Dheo. Senang sikit nak suap dia. Aku mengambil
mangkuk berisi bubur itu. Dah kurang panas. Memang aku dah pastikan bubur tak panas
sangat sebelum aku masukkan ke dalam mangkuk. Supaya Dheo senang makan.

Aku ingatkan senang nak tolong suap orang sakit makan. Tapi, bila tanganku yang
sedang memegang sudu itu naik ke mulut Dheo, nampak sedikit menggigil. Tangan
menggigil, dada berdebar. Tak tahu kenapa!

Dheo sendiri dapat melihat tanganku yang dah macam kena mild parkinson tu.
Tapi dia hanya biarkan. Tak berkata apa-apa. Buatkan aku sedikit lega. Mulutnya hanya
ternganga sedikit untuk menerima sudu berisi bubur itu.

Satu suap masuk mulut Dheo. Sekali kunyah, dia berhenti. Pegun.

“Kenapa, encik? Tak sedap ke?” Laju aku bertanya. Buatnya dia muntah hijau
gara-gara masakanku, apa aku nak jawab kat ahli lembaga pengarah syarikat dia?

141
Obey.tube
“No. Sedap,” katanya perlahan.

Teragak-agak aku nak terima kata-katanya itu. Takut itu cuma ayat penyedap hati.

“It’s just... It reminds me of something.”

Aku terdiam. Aku harap bukan sesuatu yang buruk atau sesuatu yang dia mahu
lupakan.

“Hopefully something good.”

“The best,” katanya.

Aku sempat tangkap sesuatu di matanya sebelumnya semuanya hilang. Wajahnya


berubah menjadi dingin. Stoic. Macam biasa.

Ini bukan kali pertama matanya seperti itu. Di balik wajah sejuk bekunya itu, aku
tahu dia punya perasaan. Perasaan yang cuba dilindungi daripada mata umum. Sesuatu
atau seseorang yang mampu membuatkan hati Dheo Han yang dingin itu hangat dengan
perasaan.

Dan aku cemburu. Tapi pada masa yang sama aku sedih. Sedih sebab Dheo jadi
dingin. Sesuatu mesti telah terjadi pada masa lalunya. Kenapa? Adakah dia pernah
terluka? Atau pernah kehilangan seseorang yang dia sayang?

If only he could open up!

Aku sambung balik menyuapnya. Kami lebih banyak diam. Tapi diam yang
selesa. Hanya tanganku yang bergerak. Dan Dheo pula sesekali aku melihat dia berfikir
jauh. Beberapa minit kemudian, licin mangkuk itu. Puas hati bila Dheo berjaya habiskan
makanan tipikal orang sakit itu.

Aku letak mangkuk kosong di atas meja kecil itu. Air masak pula diambil dan
diberikan kepada Dheo. Dihirupnya dengan perlahan. Dan lepas tu, aku bagi dia makan
dua biji ubat tahan sakit.

Aku kemas-kemas sikit sebelum bangun.

Membiarkan Dheo berehat.

“Saya keluar dulu, encik. Ada apa-apa nanti, encik boleh panggil saya.”

Aku berjalan keluar bersama bekas kotor di tangan.

“Rose,” panggilnya. Kakiku terhenti seketika. Berpusing menghadapnya.

142
Obey.tube
“No one must know about this.” Suaranya cuma biasa, tapi aku dapat rasakan
amaran terselit.

Aku angguk. Lagipun bukan jenis aku yang suka jaja cerita pada orang. Bergosip
bukan minatku. Nak dengar, tumpang gelak untuk hilangkan bosan tu bolehlah.

“Ada apa-apa lagi ke, encik?” soalku lagi. Sebab aku nampak bibirnya bagaikan
ingin berkata sesuatu.

Aku menunggu.

“Nothing.” Akhirnya dia geleng kepala.

Aku kembali pusing. Sambung berjalan. Beberapa langkah menghampiri pintu,


aku mendengar Dheo berkata sesuatu. Sangat perlahan. Dan aku tak pasti betulkah yang
aku dengar.

“Thank you, mia bella.”

Tapi... Macam aku cakap tadi, aku tak pasti adakah itu yang aku dengar?

143
Obey.tube
Bab 16

“H AI, Rissa!” Arin menegurku. Arin dah siap beruniform.

Aku senyum dulu.

“Hai, Arin!” tegurku balik.

“Rissa nanti jangan lupa, ya?” katanya tiba-tiba.

“Lupa? Lupa apa? Ada apa-apa yang jadi ke hari ni?” soalku blur.

“Eh, Rissa tak tahu ke?” Arin sedikit terkejut.

Tak suka betul aku kalau dia tanya macam tu. Sebab nampak sangatlah aku ni tak
tahu apa-apa.

Arin tepuk dahi.

“Allah... Lupa! Rissa tak datang semalam. Patutlah tak tahu. Nasib baik Arin
cakap.”

“Ada apa? Ada event penting lagi ke?” tanyaku lagi.

“Eh, tak adalah! Hari ni ada makan-makan sikit. Hari jadi Ahmad. Kak Fizah
masak. Kita kat sini memang selalu macam ni. Kalau ada hari jadi staf, biasanya kita
buat makan-makan. Tapi biasanya antara kita-kita aje.”

“Hari ni hari jadi Ahmad?”

Aku sedikit terkejut. Kalau aku tahu, aku belikan sesuatu untuk dia. Paling tak pun
turut menyumbang dalam siapkan makanan.

“Haah... Hari jadi dia. Kita kat sini dah biasa dah dengan tradisi macam ni. Buat
makan-makan pun dah dikira sedekah. Lepas tu dapat eratkan silaturahim.”

Aku jadi kagum. Bagus betul. Tak kedekut untuk gembirakan hati staf lain.
Patutlah semua staf di sini punya hubungan baik. Suasana sihat untuk elakkan stres di
tempat kerja. Bagus.

144
Obey.tube
“Hari jadi Rissa pula bila? Nanti bolehlah kita sambut Rissa punya pula.”

“11 Mei,” jawabku.

“Mei? Ada beberapa bulan lagi.”

Kemudian matanya meluas. Terkejut.

“Hari jadi Rissa sama dengan Encik Han.”

Kali ini aku pula yang kaget. Susah nak percaya. Serius aku tak pernah tahu. Kami
kongsi tarikh lahir yang sama? Tak tahu aku nak rasa apa.

“Wah... Kebetulan sungguh! Nanti boleh sambut sama-sama,” kata Arin dengan
penuh rasa teruja.

Aku dan Dheo nak sambut sama-sama? Haha. Lawak kurun ke berapa ni? Dalam
mimpi, boleh la. Aku dan dia sekarang ni dari dua dunia yang berbeza. Kalau pun dia
sambut, mesti dalam kalangan elit. Majlis besar. Kek setinggi KLCC agaknya. Mungkin
juga beberapa orang wartawan dijemput.

Aku? Aku tak tahu la kalau sebelum aku hilang ingatan tu macam mana, tapi
seingat aku, sambutan hari jadiku cuma biasa-biasa. Hanya dalam kalangan kawan-
kawan atau warga I’s Café. Itu pun kalau ada yang ingat hari jadi aku.

Arin petik jari. Seolah-olah ada idea bernas yang baru muncul. Senyum lebar dia
pandang aku.

“Oh, ya! Bila Rissa pergi kemas rumah Encik Han, kalau terserempak dengan dia
nanti ajaklah dia sekali. Manalah tahu Encik Han boleh datang.”

Dengar aje nama Dheo, terus tajam pandanganku.

“Encik Han datang kerja ke?” soalku.

Semalam, aku tak tahu bila semua menyelinap keluar dari rumahku. Tiba-tiba
rumah dah kosong. Masa tu, hanya nota kecil ditinggalkan menyatakan mereka
berterima kasih atas hospitaliti yang aku berikan.

Dan yang anehnya, aku tak rasa pelik pun bila semua ni jadi. Tak rasa kecil hati.
Tak rasa marah juga. Tapi seakan-akan faham dengan mereka. Yang aku terkilan, tak
sempat aku bertukar nombor telefon dengan Nafisha. Nasib baiklah ada Nafisha. Kalau
tak, tak boleh bayangkan aku duduk serumah dengan ramai lelaki. Tak manis.

Walaupun cuma sehari mengenali Nafisha semalam, aku rasa gadis itu seorang
yang kelakar. Nampak pendiam pada mulanya. Tapi kalau dah berbunyi, mak ai...
145
Obey.tube
Murai pun boleh tabik. Apatah lagi kalau dia dah mula bertekak dengan Arrayan. Aku
rasa macam hidup dengan pasangan yang dah kahwin sepuluh tahun. Aku harap aku
dapat jumpa Nafisha lagi.

“Datang. Tadi Arin terserempak dengan dia sebelum dia naik lif.”

“Dia pakai baju kerja?” Aku meminta kepastian. Manalah tahu dia datang sini
untuk berehat di penthousenya.

“Yalah... Dah nak pergi kerja, mestilah pakai baju kerja. Apalah Rissa ni.” Arin
ketawa.

Tapi aku ketap gigi. Tahan rasa. Nak marah sebab Dheo dah datang kerja. Tak
sampai dua hari kut dia kena tembak. Kena tembak! Dengan pistol betul bukannya
pistol air. Tapi dia dah datang kerja?

Aku risau. Marah dan risau.

“Nanti ajak Encik Han tau, Rissa. Kalau sempat jumpa dia.” Arin mengingatkan
lagi.

“Eh, mesti sempat jumpa dia! Gerenti punya,” jawabku sambil ketap gigi. Mulut
cuba senyum.

Kalau tak sempat jumpa dia, jangan risau memang aku yang pergi cari dia. Nak
marah dia!

“Wah... Baguslah! Manalah tahu Encik Han nak join.”

Suara Arin teruja. Langsung tak perasan dengan lava gunung berapi dalam jiwa
aku ni. Pencetus gunung berapinya cuma satu. Dheo Han. Tunggu jumpa dia, gerenti
meledak.

“Dia selalu join ke?” Aku nak tahu.

“Tak selalu. Kalau dia ada masa, dia join la. Tapi.. dah lama dah dia tak join.
Sebab... Sebelum ni dia tinggal di Itali. Setahun sekali dia akan balik Malaysia.
Biasanya dia hantarkan Cik Nancy. Tapi kalau Cik Nancy datang, lecehlah sikit. Tu tak
makan, ini tak makan. Jadi, pesan kat Encik Han nanti, kalau dia tak boleh datang, tak
payahlah suruh PA dia tu datang, ya?”

Kata-kata Arin itu buatkan aku tergelak.

146
Obey.tube
SAMPAI di depan penthouse milik Dheo, aku terus memasukkan passwords dan kunci
elektronik rumah Dheo. Walaupun firasat aku kuat mengatakan yang Dheo ada di
dalam, tapi aku tak ketuk pintu dulu. Bila kunci dah terbuka, terus aku melolos masuk.

Betul sangkaanku. Masuk aje rumah Dheo, susuk tubuh dia la yang pertama aku
nampak. Sedang duduk di atas sofa ruang tamu sambil tangan pegang satu tablet. Gaya
duduk macam bos. Oh, lupa! Dia memang bos.

Lantas kaki merapatinya. Aku tahu dia sedar dengan kedatanganku, tapi langsung
perhatiannya tak beralih dari tablet di tangannya itu. Tengok apalah sampai khusyuk
macam tu? Aku haraplah bukan mengusyar model-model cantik berkaki panjang!

“Encik buat apa kat sini?” soalku.

Dia angkat muka sekali. Kemudian kembali pandang tabletnya.

“My home. Pelik ke?” Mudah jawapannya.

“Maksud saya, apa yang encik lakukan sekarang ni? Kenapa Encik duduk di sini?
Sepatutnya sekarang ni encik kena duduk sana,” kataku sambil menunjukkan ke arah
bilik tidurnya.

“Berehat,” sambungku.

“I’m not crippled, tesoro.”

“Memanglah tak crippled. Tapi awak baru kena tembak. Kena rehat dulu beberapa
hari. Bed rest.” Aku marah dia.

Dia diam dulu. Kemudian tablet di tangan diletakkan di atas meja di depannya.
Duduknya dibetulkan sedikit sebelum dia bangun.

Bila tengok dia bergerak, kening aku pula yang berkerut. Risau. Sebab aku
bayangkan macam mana rasanya luka di tepi perutnya kalau dia bergerak. Dia tak sakit
ke? Macam mana kalau luka kembali terbuka?

“I’m fine, Rose. This is nothing new to me.” Dia berkata selamba.

Wajahnya dipandang. Sama macam sebelum ni. Sedingin ais. Kalau aku tak tahu
apa yang dah jadi, memang aku takkan syak dia kena tembak. Aku takkan tahu di
sebalik baju kemeja biru cair dan kot hitamnya itu, ada satu balutan besar di bahagian
perutnya.

Tapi aku tahu! Aku tahu dan aku risau. Apatah lagi kalau aku sendiri yang jadi
saksi nyawa Dheo diselamatkan. Tak sampai dua hari kut. Memang masih segarlah
dalam kepala aku.

147
Obey.tube
“Bagi tahu saya. Awak risaukan saya?”

Dheo seakan-akan mencabar.

Aku telan liur. Lidah rasa lumpuh seketika.

“Tell me!”

Aku angguk. Jujur.

“Kenapa?”

Telan liur lagi. Kepala cari alasan.

“Why? Have you developed feelings for me?”

Nak tercekik. Amboi, soalan dia! Tak ada tol, tak ada roadblock, terus straight to
the point.

“You can’t have things for me. I’m out of your league.” Suaranya berbaur amaran.
Menggigil tubuhku mendengarnya.

Tapi aku tayang muka berani. Mungkin dah banyak kali menghadap Dheo versi
ni, aku tak rasa takut. Auranya mampu membuatkan orang sekelilingnya tegang bulu
roma, tapi anehnya aku tak rasa gerun. Sebab aku tahu, seganas-ganas Dheo, dia tak
pernah cederakan aku.

Secebis hatiku, aku rasa sedikit terluka dengan kata-katanya. Dia tegaskan yang
kami berdua dari dua dunia yang berbeza. Aku dah tahu kenyataan tu, tapi
tetap auch juga rasanya bila dia cakap macam tu.

Tolak ke tepi semua perasaan itu.

“Siapa cakap saya ada perasaan pada encik? Jangan nak perasan sangat, ya!”
bidasku berani.

Calm Nurissa got fangs!

Wajah Dheo nampak terkejut. Bukan terkejut sebab aku cakap aku tak ada
perasaan dengannya. Tapi dia bagaikan tersedar sesuatu. Kalau tak, masakan senyuman
yakin terukir di bibirnya.

“Saya cuma risau sebab encik tu bos saya. Kalau jadi apa-apa kat encik, siapa nak
bayar gaji saya? Saya tak kerja percuma. Zaman milenium ni, harga nak masuk tandas

148
Obey.tube
pun dah naik so tiada kerja yang free melainkan amal kebajikan. Itupun hati kena
ikhlas,” sambungku lagi.

“Good to know. Don’t fell for my charms. Once you fell...”

“What? Once I fell, only you can pull me up? As if,” potongku sebelum mencebik.

Tak sedar manusia di depanku itu dah terkaku.

“Macam mana awak tahu apa yang saya nak cakap?”

Kelip-kelip mata pandang dia. Tak tahu nak jawab apa. Ayat keluar spontan.
Macam pernah dengar. Malah, hati terasa bagaikan pernah melalui situasi seakan-akan
seperti ini.

Bayangan masa silam?

“Rasa macam pernah dengar. Maksudnya, ayat awak tu, lame.” Aku menjawab.
Sempat sindir sedas.

Macam tak percaya, hampir sebulan yang lepas, lutut macam hidup segan mati
lebih baik bila berdiri depan dia dan sekarang aku berani bertikam lidah dengannya.
Pertikaikan setiap bait katanya.

“Whatever floats your boat, Rose.”

Sekali lagi aku senyum sinis.

“Tu pun lame. Selalu dengar.”

Dia jeling tajam ke arahku. Cuma sekejap sebelum pandangannya berubah lebih
lembut. Bukan romantik, tapi hanya sekadar perasaan senang.

Dheo senyum manis. Terpana aku melihatnya.

Wow... Wow... Wow... Dheo senyum weh! Manaih leting! Cair patella!

“Okey.”

Okey? Hanya okey?

Dheo pandang jam di pergelangan kirinya.

“Saya ada meeting. Don’t worry about me, tesoro. A bullet cannot do harm to me.
I had worse.” Dheo berkata. Sekelip mata, matanya berubah dingin.

149
Obey.tube
Kata-katanya cuma selamba tapi aku rasa sakit. Sakit sebab dia dah alami sesuatu
yang lebih teruk. Nak aje aku tanya dia, encik tak sayang nyawa encik ke? Tapi... Aku
tahan.

Dia mula melangkah. Tiba-tiba teringat pesanan Arin.

“Errr... Encik.” Terus aku panggil dia.

Dia berhenti sebelum berpaling.

“Pukul 12 nanti ada buat makan-makan sikit untuk birthday Ahmad. Kalau encik
ada masa, encik datanglah, ya?”

“Awak nak saya datang ke?”

Itu soalan atau jerat?

Tapi aku tetap angguk. Jujur. Kalau dia datang, pasti rasa istimewa sikit.
Maklumlah... Dia bos paling besar di sini. Staf-staf pasti gembira kalau dia sudi datang.

“Tengoklah.”

“Hmmm... Lepas tu, kalau encik tak dapat datang, ada orang suruh pesan supaya
jangan hantar Cik Nancy pula.”

“Kenapa?” Keningnya berkerut sedikit. Ingin tahu.

Sebab Si Nancy tu spesies chopstick bergerak. Diet habis sebab nak jaga makan.
Semua benda tak makan melainkan salad. Maklumlah, kembar lembu. Herbivor.

“Nanti susahkan Cik Nancy aje. Kalau dia turun pun, selalunya dia tak makan.
Kesian dia nanti. Buat penat turun aje. Insya-Allah semua takkan terasa hati kalau encik
tak datang,” jawabku. Versi sopan sikit.

Bibir Dheo naik sikit. Tahan lucu.

“Okey... Tengok la macam mana.”

150
Obey.tube
Bab 17

G ARA-GARA tugasku yang habis sedikit lambat hari ni, aku terpaksa turun
lambat. Tergesa-gesa aku melangkah ke Pantri 3. Nasib baiklah masih belum pukul dua
belas. Aku rasa majlis pun belum bermula lagi.

Tepat sangkaanku. Ketika aku tiba, masih ada yang belum turun lagi. Mungkin
semua dah boleh agak. Majlis akan bermula lambat sikit.

“Rissa, ajak tak Encik Han?” Itu soalan pertama yang Arin tanya sebaik sahaja dia
nampak muka aku.

Soalan itu menarik minat semua staf di situ. Semua macam ternanti-nanti
jawapanku.

“Dah ajak. Tapi... Tak tahulah dia datang ke tak. Kenalah faham, dia sibuk,”
jawabku jujur. Tak nak bagi harapan tinggi sangat. Karang mengharap lebih, kecewa
pula kalau tiba-tiba yang turun si chopstickbergerak. Tapi... Aku dah bagi tahu Dheo
supaya jangan hantar PA dia kalau rasa dia tak nak datang.

As if he listens to you, Nurissa! Suara hati menyindir. Betul juga. Siapalah aku nak
dia dengar cakap aku? Aku cakap suruh rehat pun dia degil. Mana ada nak ikut!

Mengingatkan hal itu, hati kembali gundah. Risaukan Dheo walaupun dia tiada di
depan mata. Macam mana agaknya luka dia? Dah makan ubat tahan sakit ke? Aku harap
dia jaga diri.

Majlis dah bermula. Bila tengok jam dah lepas 12.15 tengah hari, aku putuskan
yang Dheo tak datang. Tak apalah... Mungkin dia sibuk. Lagipun dia tak janji dia nak
datang.

Tapi entah kenapa hati rasa sedih juga. Rasa macam ditolak. Sebab yang
mengajaknya aku.

Macam-macam makanan yang dibawa masing-masing. Masakan Kak Fizah


memang tip top. Aku rasa dia salah pilih profesion ni. Patutnya dia ni kena hantar
masuk dapur hotel. Jadi cef. Bukannya jadi housekeeper.

Aku suka tengok suasana macam ni. Damai. Harmoni. Eratkan ukhwah. Barulah
gembira nak datang kerja. Birthday boy pun aku nampak gembira. Suka bila dapat

151
Obey.tube
hadiah. Nantilah... Ada masa, aku cari hadiah untuk dia. Sebab dia baik. Selalu juga beri
tunjuk ajar untukku. Jadi, tak salah kalau aku hadiahkan dia sesuatu.

Semua bersembang. Macam-macam cerita keluar. Aku pula hanya selesa


mendengar. Biasalah aku. Bab gosip hanya mampu tutup telinga. Sesekali ketawa bila
ada cerita yang menggeletek hati.

Tiba-tiba suasana bising itu berubah sepi. Mengalahkan malaikat lalu. Macam
tanah perkuburan. Apatah lagi sepi yang secara mendadak. Pelik.

Kepala mencari-mencari. Nak tahu punca. Baru tahu kenapa bila Dheo tiba-tiba
buat grand entrancenya tengah-tengah majlis. Ada Lucca di belakangnya. Mana tak
terkejut semua orang? Semua pasti tak sangka yang Dheo turun padang.

Jangankan mereka. Aku sendiri pun terkejut. Hanya tengok dia menapak dengan
yakinnya mendekati kami semua. Aura Dheo Han. Tak pelik kalau semua rasa gerun.

“Kenapa semua macam tengok hantu? Saya tak dialu-alukan ke? Atau saya dah
terlambat?”

Dheo membuka bicara. Nada suaranya lantang, melontarkan keyakinan dirinya.

Semua bagaikan tersedar dari rasa pegun.

“Eh, mana ada, Encik Han! Kami cuma terkejut. Itu saja. Dah lama Encik Han
tak join kita orang.” Puan Rasyidah mewakili kami semua.

“Saya datang sebab ada orang tu nak saya datang,” kata Dheo selamba.

Bagaikan tahu-tahu, semua kepala menoleh ke arahku. Semua! Terus aku rasa
macam nak lari, lompat kijang masuk peti ais. Malu. Tak tahu kenapa rasa malu.
Padahal kalau ikutkan tiada apa-apa yang perlu dimalukan. Dheo pun tak ada sebut
nama aku pun walaupun semua dah boleh agak.

Bila semua pandang aku, baru Dheo pandang aku. Bila mata kami berpandangan,
nampak dia senyum seulas. Hanya untuk 0.5 saat sebelum wajah kembali seperti asal.
Tapi tu dah cukup buat jantung dup dap dup dap dua kali ganda. Cair!

“Siapa birthday boy?” soal Dheo.

Aku lega sebab dia dah berjaya mengalihkan pandangan semua orang daripadaku.

“Saya.” Teragak-agak Ahmad mengaku.

“Happy birthday. Ni hadiah, ikhlas dari saya,” kata Dheo. Hadiah besar yang
berada di tangan Lucca diambil. Lalu diserahkan kepada Ahmad.
152
Obey.tube
Nampak dia angkat hadiah besar itu, keningku terus berkerut risau. Dia tu cedera!
Angkat barang memang cari nahas. Tak kiralah muka dan gaya tu tak macam orang
cedera, tapi kenyataannya di sebelah perutnya itu ada luka tembakan.

Bibir laju nak marah dia, tapi aku tahan. Nasib baiklah hadiah dah disambut
Ahmad. Ahmad pula aku tengok muka dia macam tak percaya. Mungkin tak sangka
dapat hadiah daripada bos besar hotel ini.

“Terima kasih, encik.”

Dheo angguk sekali.

“Sama-sama.”

“Encik Han makanlah. Ada kek. Fizah pun ada masak sikit-sikit, ada yang beli.
Encik Han makanlah. Lucca pun, sila makan sekali.” Aku tak pasti siapa yang
mempelawa.

Sekali lagi Dheo cuma angguk. Kemudian berlalu ke meja yang terisi makanan
itu. Ambil sepotong kek. Itu pun dibahagi dua dengan Lucca. Mungkin Dheo hanya
mahu berbahasa. Sekadar menjamah makanan yang ada. Nak jaga hati tuan punya
majlis.

Buatkan aku kagum dengan Dheo. Dia nampak biasa dengan anak-anak buahnya.
Tak kekok. Tak berlagak. Apa yang aku putuskan, Dheo seorang ketua yang baik dan
disenangi semua staf. Bangga Dheo bukan seorang bos yang bongkak dan meninggi
diri. Merasakan bergaul dengan staf itu adalah satu penghinaan.

“Kami betul-betul tak sangka encik datang. Kami ingat nanti, Cik Nancy yang
datang. Kita orang dah prepare salad.” Seseorang berkata.

Jurang yang luas tadi rasa dah makin sempit. Semua mula selesa dengan Dheo.
Dheo yang tak sombong juga memudahkan keadaan.

“Ada orang tu cakap, kalau saya tak nak datang, tak payah ganti dengan Nancy.
Baik jangan hantar Nancy terus.”

Nak tercekik aku dengar. Tapi Arin yang dengar terus tersedak. Sebab tahu itu
ayat dia sebelum digubah olehku pula. Terbatuk-batuk Arin. Dia pandang aku seolah-
olah tak percaya aku cakap pada Dheo.

Kenapa? Bukan dia sendiri yang cakap ke? Lagipun, aku cakap secara baik kepada
Dheo. Bukannya mengadu yang bukan-bukan tentang Nancy. Kutuk Nancy pun tak ada.

Kedengaran Kak Fizah ketawa. Tapi jelas kedengaran ketawa yang dibuat-buat.

153
Obey.tube
“Pandai betul orang tu bergurau, ya? Eh, makanlah. Jangan malu-malu,” kata Kak
Fizah.

Kemudian kami sambung makan. Berbual-bual macam tadi. Sesekali mata gatal
menjeling ke arah Dheo. Sikit-sikit jeling. Sikit-sikit tengok. Serius rasa macam nak
tengok dia aje. Rasa macam ada magnet. Nasib baik tak ada orang perasan.

“Rissa, cubalah ni. Resepi baru Kak Fizah. Nanti komenlah, sedap ke tak.” Kak
Fizah mempelawa.

Aku pandang makanan yang diletakkan di atas pingganku itu. Nak kata cekodok,
bukan cekodok. Nak kata kuih, bukan kuih. Berwarna kuning keemasan.

“Cubalah, Rissa. Sedap,” puji Arin. Nampak dia masukkan satu ke dalam mulut.

Aku turut potong dengan sudu plastik sikit lalu disumbatkan ke dalam mulut.
Kunyah perlahan-lahan. Sedap. Apa bahan-bahannya, ya?

Baru aje nak bertanya resepi makanan itu, tiba-tiba aku rasa tekakku macam gatal.
Sebelum tiba-tiba rasa macam sempit. Lalu aku terbatuk-batuk kuat. Kulit tangan mula
rasa tebal. Pinggan yang dipegangku jatuh. Tangan memegang leher yang aku rasa
makin sempit.

“Rissa, kenapa ni?” Suara Arin cemas.

Aku tak dapat menjawabnya gara-gara batuk yang berterusan. Disebabkan itu, aku
mula menjadi tumpuan semua orang. Ramai yang mengerumuniku.

“Lucca, get the doctor! She’s having anaphylaxis.”

Entah bila Dheo muncul di sebelahku. Wajahnya serius.

Lucca patuh.

“Dia alergi dengan udang. Kenapa bagi dia makan benda yang ada udang?” Aku
dengar suara Dheo marah. Entah kepada siapa. Semua terdiam.

“Sa... Saya tak tahu dia alergi udang, Encik Han.” Aku dengar suara Kak Fizah
dah macam nak menangis.

Kesian dia aku tengok. Bukan salah dia. Salah aku sendiri yang cuai. Aku patut
tanya isi kandungannya dulu sebelum makan.

154
Obey.tube
TAK pasal-pasal aku ditahan di bilik infirmary La Prince untuk pantauan dua puluh
empat jam. Tak pasal-pasal juga aku kena menginap di sini malam ni. Sebaik sahaja
doktor tiba tadi, aku terus dibawa ke bilik infirmary.

Aku pandang sekeliling bilik itu. Kalau tak sakit, aku takkan tahu kewujudan bilik
itu. Tak besar sangat. Maklumlah, bukan setiap hari orang akan sakit. Tapi bilik ni tak
adalah kecil sangat. Ada dua katil pesakit. Selesa.

Bunyi pintu terbuka buatkan perhatianku teralih ke arah pintu. Dheo yang hanya
berkemeja seperti pagi tadi. Bezanya, kot dan tali lehernya dah dicampak entah ke
mana. Lengan kedua-duanya juga dilipat ke siku. Gaya santai.

Dheo melangkah ke arahku.

“Are you okay?” Kalau telinga tak salah dengar, bersama soalannya yang dingin
itu, ada terselit rasa risau.

Dheo risaukan aku?

“Alhamdulillah, okey. Terima kasih, encik,” ucapku.

Tanpa dia yang bertindak cepat, nyawaku mungkin melayang tadi. Bila doktor tiba
tadi, dia bertindak sangat pantas. Datang-datang aje, aku terus dicucuk. Doktor itu
bagaikan dah tahu dengan keadaanku. Pasti Dheo sudah menceritakan semua.

Buatkan aku tertanya-tanya.

“Macam mana encik tahu saya alergi dengan udang?” soalku.

Tubuhnya sedikit mengeras sebelum kembali relaks. Wajahnya tak bereaksi. Mata
juga terpancar keyakinan.

“I could taste shrimp in that food. What else people might have allergies to?”
jawabnya.

Pendek kata, dia sebenarnya teka aku alergi dengan udang disebabkan oleh
kepakaran lidahnya yang tajam mengalahkan cef dunia? Tapi... Boleh jadi aku alergi
dengan tepung? Gula? Telur?

Separuh hatiku tak percaya dengan kata-katanya itu. Tapi tak pula aku
pertikaikannya. Boleh jadi dia dah siasat latar belakangku. Bak kata Lucca, he’s Dheo
Han. Everything is on his fingertips.

155
Obey.tube
“You were having anaphylaxis. Tahu tak severity anaphylasis ni boleh bawa
maut? Macam mana kalau allergic reaction awak teruk tadi?” Dia marah aku pula.

Nampak rahangnya diketap kuat. Aku dijeling tajam. Telan liur juga aku
dibuatnya.

“Sorry... Saya tak tahu pun makanan tu ada udang.” Aku pun tak tahu kenapa aku
minta maaf.

“Tapi encik tak payahlah marahkan Kak Fizah. Dia tak salah. Dia tak tahu pun
yang saya alergi udang. Saya yang cuai,” sambungku lagi. Aku tahu Kak Fizah rasa
bersalah. Aku lagilah rasa bersalah. Gara-gara aku, rosak majlis hari ni.

Dheo diam.

“Awak perlu rehat sekarang ni.”

“Bukan saya aje, encik. Encik tu pun perlukan rehat.” Aku ingatkan dia balik.
Pandang pada tubuhnya.

Dia cuma angguk. Lebih kepada nak sedapkan hatiku. Aku tak percaya pun dia
akan rehat. Tapi aku cuma diam.

“Rehatlah. Jangan risaukan benda lain. I’ll be sending someone to accompany


you. Nanti dia akan bawakan segala keperluan yang awak perlukan. Bila ada room
service, make sure makan. Doktor akan periksa awak sekali lagi sebelum dia balik
nanti.”

Suara Dheo berubah lembut. Terharu aku dengan layanannya. Dheo sangat baik.

Dheo mula melangkah pergi. Entah kenapa, rasa berat hati. Gila ke aku cakap
kalau aku nak dia temankan aku malam ni? Memang gila pun, Nurissa! Kau dengan dia
tu bukan mahram. Lagi teruk, dia tu bukan Islam. Ada jurang sangat besar.

Aku pun tak tahu kenapa boleh fikir macam tu. Sudahnya, aku hanya mampu
melihat Dheo berlalu. Tapi aku tetap tak faham kenapa aku dilayan sebegini.
Pantauannya macam aku ni kena sakit jantung, bukannya sebab anaphylaxis.

As if he’s protective over me!

“Kenapa encik lakukan semua ni?” Laju lidahku bertanya. Tika itu, kakinya betul-
betul berada di depan pintu. Tangan pun dah pegang tombol pintu.

Nampak dia kaku. Tapi badan masih menghadap pintu.

Diam.
156
Obey.tube
“Because I’m worried of you.” Perlahan jawapannya sebelum aku mendengar
pintu terkatup.

Hilang sudah susuk Dheo. Tapi aku masih terpegun di tengah-tengah katil. Tak
sangka jawapan jujurnya itu.

Pegang dada sendiri. Dup dap dup dap!

Oh, hati! Janganlah teruja sangat!

AKU mendengar pintu diketuk sebelum dibuka dari luar. Arin. Tengah senyum lebar,
berjalan ke arahku. Pakaiannya dah bertukar. Jam di dinding dikerling. Dah pukul 5.00
petang. Maksudnya, syif Arin dah habis. Patutlah.

Aku senyum ke arah Arin. Dia pula ambil tempat di atas kerusi sebelah katilku.

“Rissa dah okey?” soalnya.

“Alhamdulillah dah okey. Cuma kulit gatal sikit,” jawabku. Beberapa tempat di
badanku masih ada kesan-kesan merah.

“Lega sikit Arin dengar. Kita orang risaukan Rissa tadi. Nasib baik Rissa okey.”
Rasa bersalah.

“Sorry... Sebab Rissa, majlis dah terganggu. Mesti semua marahkan Rissa, kan?”

“Mana ada. Semua orang risaukan Rissa. Jangan risaulah.” Arin cuba tenangkan
aku.

Kemudian nampak dia macam baru teringat sesuatu.

“Oh, ya! Ni... Barang-barang keperluan yang Rissa perlukan. Encik Han suruh
bagi.” Dia serahkan satu beg kertas yang agak besar kepadaku.

Aku belek isinya. Lengkap untuk keperluan diri. Keperluan untuk mandi,
keperluan untuk pakaian. Semuanya masih bau kedai. Maksudnya, dia baru beli. Bila
aku cakap isinya lengkap, maksudnya memang lengkap habis. Siap dengan pakaian
dalam. Belek saiz, memang betul. Macam mana dia tahu saiz aku?

157
Obey.tube
Merah mukaku, entah kenapa. Aku haraplah dia suruh perempuan yang belikan.
Aku rasa Dheo tak serajin itu nak pergi beli. Kerja dia, petik jari. Lepas tu, orang lain
yang uruskan. Aku rasa mesti Cik Nancy yang tolong belikan.

Lega sikit bila fikir macam tu.

“Terima kasih,” ucapku.

Note kepada diri sendiri. Lepas ni, jumpa Dheo, ucap terima kasih!

“Arin dah nak balik ke?” soalku. Pasti dia singgah kejap sebelum balik.

“Arin teman Rissa malam ni.”

Oh... Seseorang yang dimaksudkan Dheo tadi adalah Arin.

“Tak menyusahkan Arin ke?” soalku. Serba salah juga. Aku tak suka susahkan
orang.

“Eh, tak adalah! Arin lagi suka boleh tolong Rissa. Lagipun, bila lagi nak
rasmi infirmary ni? Dah lama kerja pun, tak pernah jejak masuk,” kata Arin berbaur
gurauan.

Kemudian pandang sekeliling.

“Selesa juga bilik ni. Ada TV lagi. Nanti dapat makanan percuma. Memang dah
macam duduk kat hotel. Rasa untung kerja kat hotel ni.”

Aku ketawa mendengarnya. Dalam hati, mengeyakan. Hotel ini sangat menjaga
kebajikan pekerja dan tetamunya. Doktor pelawat dari klinik berdekatan bertugas on
call dua puluh empat jam untuk hotel ni. Bilik infirmary pun lengkap dengan semua
keperluan sebagai persediaan untuk apa-apa kecemasan. Bukan sekadar first aid kit.

“Rissa pun tak tahulah kenapa kena stay kat sini. Bukan teruk pun. Boleh aje
kalau Rissa balik rumah.”

Aku mengeluh. Pasal tu aku masih lagi tak faham. Aku alergi aje, bukan sakit
jantung, bukan juga strok!

Arin diam. Aku ingat dia tak dengar. Tapi bila aku pandang dia, dia dah pandang
aku. Macam cari apa cacat-cela kat muka aku ni.

“Rissa dengan Encik Han ada apa-apa ke?”

158
Obey.tube
Nasib baik aku tak minum air. Kalau tak, gerenti tersembur. Kenapa Arin boleh
tanya macam tu?

“Eh, mana ada apa-apa! Kenapa tanya macam tu?” Aku ingin tahu.

“Encik Han peduli pasal Rissa. Tadi nampak dia betul-betul marah bila Rissa jadi
macam tu. Nampak dia cemas.”

Because I’m worried of you.

Masa ni la nak terngiang-ngiang balik apa yang Dheo cakap tadi. Eh, dia risau
sebagai seorang bos kepada stafnya.

“Sayakan staf dia. Mestilah dia risau. Kalau jadi kat orang lain pun, dia mesti buat
benda sama.” Aku menepis andaian Arin.

Dheo risaukan aku sebagai bos risaukan stafnya.

“Ya ke? Sebenarnya, dah lama Arin perasan dan perhatikan. Encik Han nampak
lain bila dengan Rissa. Bukan Arin aje perasan. Orang lain pun perasan. Mula-mula
sebab dia ada personal housekeeper. Kemudian boleh dikatakan hari-hari dia duduk di
penthouse dia.” Arin berkata. Sambil mengurut dagunya. Sambil tenung aku.

Aku telan liur.

“Lepas tu, hari ni, sekali aje Rissa ajak dia datang majlis, terus dia datang. Apakah
maksudnya? Sebab tu semua syak Encik Han dan Rissa ada apa-apa,” telah Arin lagi.

Aku kering liur dah. Tak tahu nak cakap apa.

“Entah-entah, Encik Han suka Rissa tak?”

“Hesy... Takkanlah! Mana ada.” Aku menafi lagi.

Arin tepuk tangan. Buatkan aku terkejut.

“Arin suka. Arin suka.” Lebar dia sengih.

“Sebab Rissa dengan Encik Han memang sangat sesuai. Dia nampak macam
batu. Handsome tapi serius. Like a beast. Rissa pula lembut. Cantik dan innocent. Like
an angel. Memang complement to each other.”

“Boleh jadi fairytales. Bagi tajuk, The Beast And The Angel. Tak pun, The Angel’s
Beast,” kata Arin lagi. Tayang muka dreamy siap.

159
Obey.tube
Aku cuma diam, tak kata apa-apa. Seronok dengar dia reka cerita. Nak tergelak
pun ada.

Kemudian nampak wajah Arin macam tersedar sesuatu. Lepas tu dia senyum
misteri. Seram pula aku tengok dia senyum macam tu.

“Maksudnya, Encik Han tak gay! Yay!”

Kali ni aku serius tergelak.

Arin... Arin...

160
Obey.tube
Bab 18

“B YE, Rissa! Good luck exam.”

“Bye, Rissa! Nanti exam jawab betul-betul.”

Seorang demi seorang berlalu, memberikan kata-kata semangat untukku


menjawab peperiksaan nanti. Rasanya, satu department dah tahu hari ni merupakan hari
terakhir aku bekerja sebelum aku bercuti untuk peperiksaan.

Jadualku dah terbiasa dengan pergi belajar dan pergi kerja. Hotel ini bagaikan
separuh kehidupanku. Bila aku dah cuti nanti, mesti aku akan rasa rindu. Tapi... Itu tak
bermakna aku tak boleh datang melawat mereka, kan?

Aku thumb print dulu sebelum tukar pakaian. Menandakan tamat sudah syif aku
untuk hari ni. Aku periksa locker sekali lagi. Nak pastikan tiada apa-apa yang tertinggal.
Maklumlah... Nak cuti lama.

Lepas dah yakin tiada apa yang tertinggal, aku berjalan keluar dari bilik rehat staf
itu. Sesekali terserempak dengan staf lain, tiap kali itulah ada yang mengucapkan
selamat berjaya untukku.

Amin. Aku harap dengan doa setiap orang, Allah permudahkan aku untuk
menjawab kertas peperiksaan. Walaupun hanya dua. Aku juga berharap aku mendapat
dekan untuk semester ini.

Berat hati nak tinggalkan hotel ni, entah kenapa? Cuma satu aje dalam kepalaku.
Bila lama aku bercuti, maka lamalah juga aku tak dapat tatap mata sejuk beku Dheo
Han itu.

PAGI-PAGI lagi aku dah bangun awal. Bersiap. Nak exam? Bukan... Belum masanya
lagi! Masih ada seminggu lagi. Aku bersiap awal-awal sebab nak pergi ke kubur arwah
ayah dan ibu. Biasanya aku hanya berkesempatan untuk pergi bila aku cuti.

161
Obey.tube
Lepas sarapan, aku kenakan tudung. Sarapan cuma biasa-biasa. Hanya roti bakar
bersalut kaya dan secawan coklat panas. Tanpa kenakan secalit mekap pun, aku keluar
rumah. Kunci segala pintu sebelum menghala ke pintu pagar rumah.

Aku bercadang untuk berjalan ke tanah perkuburan. Kalau diikutkan, lebih kurang
lima ke sepuluh minit berjalan. Sebab itulah aku pakai sandal yang selesa. Jadi, tak
adalah kaki macam nak patah dua lepas ni. Tiada tas tangan dibawa. Maklumlah, nak
pergi kubur, bukannya pusat beli belah.

Hanya bawa telefon dan kad pengenalan. Adalah duit sikit untuk digunakan
sebagai kecemasan. Sekaki payung turut dibawa sekali. Bersiap sedia kalau panas bila
nak balik nanti. Kegunaan kedua, self-defence. Kutlah tiba-tiba jumpa perogol tengah-
tengah jalan. Bolehlah perogol tu rasa macam mana kena rogol dengan payung!

Siap mangga pintu pagar rumah, tiba-tiba ada satu kereta putih berhenti betul-
betul depan aku.

Déjà vu!

Bezanya aku tak kena hon. Dan kali ini kereta berbeza. Audi. Bila tuan kereta
keluar, keningku berkerut sedikit. Cuba mengecam.

Pakai Ray-Ban macam Lucca. Tinggi. Tapi tak setinggi Lucca. Tiada five o clock
shadow macam Lucca. Takkan salah rumah kut? Tapi... Macam pernah kenal. Bila dah
tiba di depanku, cermin mata hitamnya itu dibuka.

“Arrayan?”

Pelik yang amat.

“Nurissa.” Dia tundukkan kepalanya sikit ketika menyapaku.

Dah kenapa layan macam aku ni Dheo? Tunduk hormat bagai.

Aku angguk sekali. Dan dah kenapa pula aku ni gaya dah macam Dheo? Angguk
sekali bila disapa.

“Ada apa awak ke sini?” soalku. Sedikit canggung. Maklumlah... Aku tak berapa
kenal dia. Jumpa pun sekali. Cakap pun jarang-jarang.

“Saya ganti Lucca,” jawabnya. Muka macam tak ada perasaan.

“Ganti Lucca?” Tak faham. Ganti Lucca sebagai apa?

Dia angguk.

162
Obey.tube
“Ganti Lucca jadi driver Nurissa. Sedia berkhidmat untuk Nurissa,” jawabnya
lagi.

“Lucca pergi mana?” Aku tertanya-tanya.

“Dia ikut Dheo. Balik Sicily.”

Terdiam. Hati rasa sesuatu. Kecewa. Juga sedih. Dan rasa nak merajuk juga.
Mereka pergi tanpa memberitahuku pun. Aku tahu aku takkan jumpa mereka untuk
jangka masa yang agak lama sebab bercuti. Tapi bila tahu mereka dah pergi jauh, apatah
lagi luar Malaysia, hati rasa sedih juga.

“Kenapa?”

Dia diam. Okey... Itu tandanya dia takkan jawab soalanku. Atau Dheo dah arahkan
dia supaya jangan beritahu aku. Sebagai anak buah yang setia, aku ugut nak minum
peluntur Clorox pun, kalau dah Dheo kata jangan cakap, maka dia takkan cakap. Pasti!

“Berapa lama?” Aku tukar soalan.

“Dua minggu.” Kali ini dia jawab.

Mak ai... Lamanya? Tertanya-tanya, ada urusan apa? Kalau Arrayan tak nak
jawab, maksudnya bukan atas urusan kerja. Paling tidak, bukan urusan La Prince.
Adakah ini ada kaitan dengan urusan sulit Dheo?

“Arahan Encik Han?” soalku lagi. Aku yakin mesti ada.

“Protect you. Be your shadow.”

Aku mengeluh. Tak pelik kalau arahan tu keluar dari mulut Dheo. Dheo tak ada
pun, mata-matanya tetap ada. Tapi anehnya aku dah macam biasa. Dah reda.

“Awak nak pergi mana?” tanya Arrayan. Aku diteliti dari atas sampai bawah.
Maklumlah... Pakai baju kurung.

“Nak pergi kubur ayah dan ibu saya. Rindu nak ziarah mereka,” jawabku jujur.

Dia terdiam sekejap.

“Kalau macam tu, jomlah saya hantarkan,” pelawanya.

Aku cuma angguk. Dia bukakan pintu kereta untukku. Nasib baik bukan pintu
belakang tapi sebelah pemandu. Macam Lucca. Gentleman. Muka tak ada perasaan pun
masih tetap gentleman.

163
Obey.tube
CANGGUNG. Arrayan di sebelah tenang memandu. Hanya lagu di radio yang
kedengaran. Itupun tak berapa sedap. Tapi, aku layankan aje la!

Dia ni pendiam agaknya. Itu tekaanku. Tapi, kenapa dengan Nafisha asyik nak
bertekak dua puluh empat jam? Mungkin Nafisha tu catalystyang boleh didihkan darah
Arrayan. Mungkin juga Arrayan ni masih tak biasa denganku.

“Dah lama kerja dengan Dheo?” korekku. Suka menyiasat insan-insan yang dekat
dengan Dheo. Orang kepercayaan Dheo.

“Hampir tiga tahun,” jawabnya.

Tak adalah selama Lucca kenal Dheo.

“Macam mana boleh kenal Dheo?”

“Dia kawan abang saya, Arrazi. Dipendekkan cerita, saya kerja di bawah Dheo.”

Aku angguk. Dalam nak berceritanya, rahsia tetap tersimpan rapi. Cerita mudah
lagi ringkas.

“Confidential?”

“Very.”

Dia bagaikan tahu-tahu aje walaupun soalanku itu sangat umum.

Aku senyum sikit. I like him!

“No wonderlah Fisha cakap awak ketua kongsi gelap.”

Aku nampak tubuhnya sedikit mengeras. Kemudian mata berubah sedikit marah.

“Perempuan tu memang nak kena cekik la!” Perlahan bebelannya tapi telinga aku
sempat tangkap.

Entah kenapa, aku rasa kelakar. Arrayan selalu cakap kasar dengan Nafisha. Aku
pun pernah dengar. Tapi sekali pun aku tengok Arrayan tak pernah berkasar secara
fizikal dengan Nafisha. Kalau pernah, masakan Nafisha sikit pun tak rasa gerun. Malah
makin seronok mengapi-apikan keadaan.

164
Obey.tube
“So, I take it as no?”

“Of course no! If anything, it’s not something illegal. Breaking the laws are our
things but we never do something illegal.”

“Breaking the laws?” Aku telan liur.

“It’s just, when laws do us no justice, we seek it our ways. Nothing bad.”

Aku tak bertanya lagi. Diam.

HAMPIR dua jam juga aku duduk di sebelah pusara arwah ayah dan ibu. Melepaskan
rindu. Lakukan apa-apa yang perlu. Bacakan surah Yasin. Baca doa untuk kedua-
duanya. Rumput-rumput yang mula panjang aku cabut. Bila dah nak balik, hati berat
juga nak tinggal. Tapi aku tahu tak mungkin aku berkampung sampai malam di sini.

Arrayan pun turut berada di sisiku. Dua jam aku di situ, dua jam jugalah dia setia
bersamaku. Kesian juga dia. Tapi bila aku suruh dia balik dulu, dia hanya geleng
kepala. Sudahnya, dia turut membacakan Yasin untuk mereka.

Ada hikmah juga Arrayan yang datang hari ni. Kalau Lucca, mesti dia kena
tunggu di dalam kereta. Maklumlah, dia bukan Islam. Aku rasa, mesti dia pun segan nak
berada di tanah perkuburan Islam.

Aku dan Arrayan kembali ke kereta. Arrayan bertanyakan aku tentang destinasiku
setelah ini. Aku cuma jawab rumah. Tak rasa nak keluar ke mana-mana hari ini.
Arrayan hanya mengikut kataku. Betul-betul jadi driver aku.

“Ayah awak baru dua bulan lebih meninggal dunia.” Arrayan tiba-tiba
memecahkan sunyi antara kami.

Aku diam dulu. Tak pula aku tanya macam mana dia tahu. Mesti dia dah nampak
pada batu nisan.

“Haah... Ada komplikasi jantung.” Aku senyum hambar.

“Mak awak?”

“Kanser rahim. Dah lama dah.”

“You look strong for someone who has no one.”

165
Obey.tube
Suaranya seakan-akan kagum denganku.

“Sebab saya tak ada sesiapa la, saya kena kuat. No one to rely. If I dwell in my
sorrow, what would I get? Depression? Semua dah jadi. Qada dan qadar Allah. Hidup
mesti diteruskan. Sedih memanglah sedih. But I have to move on,” jawabku. Sebak
dalam hati cuba ditahan. Masih sensitif. Tapi bukan tahap aku menangis meraung bila
orang bertanya.

“Kuasa Allah tak terjangkau. Saya pernah accident teruk. Koma setahun. Doktor
pernah cakap harapan saya untuk hidup tipis. Look at now, I’m breathing. Healthy. Dan
arwah ayah yang selalu nampak sihat, tiba-tiba boleh pergi dulu.”

“In the life and death situation, Allah chosed me to live. Nyawa saya
dipanjangkan. I think it’s an insult to Allah kalau saya sia-siakan hidup saya. I have to
appreciate life and move on.”

Terdiam Arrayan seketika.

“Kedua-dua orang tua saya pun dah meninggal dunia. Serentak. Dalam kebakaran
lima belas tahun lepas. I was just twelve.” Dia buka cerita. Jelas kedengaran keperitan
dalam suaranya meskipun peristiwa itu dah lama berlaku.

Hati rasa sesuatu. Dia masih kecil masa tu. Tak terlalu kecil untuk tidak
mengingati peristiwa itu. Dan tak juga terlalu besar untuk hidup berdikari setelah itu.
Impaknya pasti terasa. Hilang dua-dua orang tua pula tu.

“Fortunately, ada abang masa tu. He took care of me. Still take care actually,”
sambungnya lagi. Cerita yang ringkas, tapi aku tahu ada kisah di sebaliknya. Bukan
urusan aku untuk bertanya.

KERETA berhenti betul-betul di depan pintu pagar rumah. Aku capai tempat duduk
belakang. Ambil payung. Kemudian pandang ke arah Arrayan.

“Terima kasih sebab dah jadi ‘driver’ saya hari ni.” Aku berkata
sambil quote perkataan driver itu dengan jari.

Arrayan senyum segaris.

“My pleasure.”

Kemudian nampak dia keluarkan iPhone X dia.

166
Obey.tube
“Saya nak nombor telefon awak. Ada apa-apa nanti, senang,” katanya.

Aku hanya memberitahunya tanpa ragu. Sebab tahu dia cuma jalankan tugasnya.
Atas arahan Dheo Han.

Bila fikir balik, kenapalah Dheo buat macam ni? Macam aku ni perlukan
perlindungan dua puluh empat jam.

Oh, lupa! Aku dah tahu dia siapa. Aku pernah nampak dia siapa. Sebab itulah
bermula dari saat itu, aku di bawah perhatiannya. Bak kata Dheo, I have eyes on you.

“Okey... Saya masuk dulu. Nanti kirim salam dekat Fisha,” kataku pula. Aku tahu
Nafisha masih tinggal dengannya. Atas sebab apa, aku masih tak tahu.

Dengar aje nama Fisha, terus mendengus Arrayan. Geleng kepala aku melihatnya.

“Yalah. Nanti saya sampaikan.” Tapi tetap menjawab.

“Awak pun, kalau nak pergi mana-mana tolong beritahu saya,” sambungnya lagi.

Tak tahu nak angguk ke nak geleng? Tapi apa-apa jawapanku tak penting. Sebab
tengok aje la hari ni. Tak cakap apa-apa pun, muncul juga dia depan rumah. Aku tak
tahu la kepakaran apa anak-anak buah Dheo ni ada. Macam tahu-tahu aje aku nak keluar
rumah.

Like boss, like staffs!

Aku buka pintu kereta. Ingin melangkah keluar.

“Kenapalah semua nak kena ikut aku?” Aku membebel perlahan. Tak sangka pula
Arrayan dengar.

Nampak bibirnya tersungging satu senyum yakin.

“Easy. Because you’re Dheo’s.”

Arrayan hon sekali sebelum aku melihat dia memecut keretanya laju.

I’m Dheo’s? Dheo’s what?

Aku berjalan ke arah pintu pagar rumah. Ketika aku ingin melalui pintu pagar
kecil yang khas untuk pejalan kaki, mataku terpaku pada kotak peti surat. Bagaikan ada
sesuatu. Lalu aku mengambilnya.

167
Obey.tube
Kotak. Bersaiz sederhana besar. Di atasnya ada sekuntum bunga ros putih. Dada
berdebar melihatnya. Dalam kepala cuma satu.

Encik Duri.

Aku mengambilnya sebelum membawanya masuk ke dalam rumah. Aku duduk di


atas sofa sebelum membuka kotak itu. Tertanya-tanya isinya.

Di dalamnya ada beberapa keping poskad. Ada juga beberapa gambar polaroid.
Kesemuanya adalah gambar aku. Ada juga set untuk melukis. Seolah-olah memoriku
dulu.

Hati rasa sesuatu. Entah kenapa. Ketika melihatnya, rasa macam sesuatu yang
hilang. Aku capai poskad-poskad itu. Belek-belek belakangnya.

University Of Nottingham

Venice

Paris

Itu yang tertulis di setiap poskad itu. Aku menunggu sesuatu untuk muncul dalam
fikiranku apa-apa memori. Sayangnya, hampa. Aku tak dapat ingat apa-apa, macam
mana aku dapat poskad-poskad itu?

Aku letak balik poskad-poskad itu di tepi. Capai pula berberapa keping gambar
polaroid. Satu per satu aku belek dan tatap. Melihat gambar-gambar itu, aku tersenyum
sendiri. Betapa gembiranya aku dalam gambar-gambar itu. Senyum lebar. Nampak
betul-betul bahagia.

Kesemua gambar itu menampakkan aku satu badan. Bergaya bebas. Carefree.
Periang. Buatkan aku tertanya-tanya, siapakah yang menangkap gambarku itu? Pasti
seseorang yang dekat denganku. Encik Duri?

Aku senyum lagi. Betapa aku mahu kembali ke masa lalu. Tapi senyumanku tiba-
tiba mati. Kemudian dahi berkerut. Kalau betul Encik Duri yang hantar, kenapa dia tak
muncul-muncul sampai sekarang? Kenapa hanya kirimkan semua ni? Kenapa dia
sendiri tak muncul dan serahkan semuanya kepadaku. Siapa dia padaku?

Keliru.

168
Obey.tube
Aku letak gambar-gambar tersebut di atas poskad-poskad tadi. Isi kotak itu dilihat
lagi. Set alat melukis. Buku lukisan. Pensel. Berus cat. Set water color. Nampak agak
lama. Mungkin dah beberapa tahun.

Buku lukisanku dicapai. Helaian demi helaian aku selak. Macam-macam


lukisanku dulu. Aku tiada memori tentangnya. Tapi aku rasa kagum. Dia tiap hujung
lukisan itu, pasti ada tandatanganku.

Rose

Ada satu lukisan yang menarik minatku. Wajahku juga bertukar serius. Lama aku
tenung lukisan itu. Itu cumalah satu ilustrasi. Seorang perempuan sedang merenung ke
arah bulan. Bagaikan sedang menunggu. Hatiku dipagut rasa sesuatu. Sedih.

The Juliet.

Itu nama lukisan itu. Tiada tertulis di situ, tapi aku tahu. Sebab aku tahu aku yang
melukisnya. Dan tiba-tiba bayangan aku sedang melukis lukisan itu menjelma. Sarat
dengan emosi ketika itu. Hanya itu sahaja yang aku ingat.

Tiba-tiba air mataku jatuh. Aku tak faham kenapa air mataku keluar? Yang aku
pasti, lukisan ini pasti punya ceritanya sendiri. Pasti sesuatu telah terjadi padaku dulu.
Kenapa? Aku pernah putus cinta ke? Patah hati? Cinta bertepuk sebelah tangan? Atau
cinta tak kesampaian?

Banyak persoalan, tapi satu pun aku tak punya jawapan. Tapi bersyukur.
Sekurang-kurangnya ada juga perkara yang mampu membuatkan aku ingat walaupun
cuma sekali imbas.

169
Obey.tube
Bab 19

D UA hari aku berlalu, aku hanya duduk di rumah. Belajar apa-apa yang patut.
Dan bila bosan, maraton movie. Tapi bosan juga bila asyik terperuk di dalam rumah.
Dan bila Fahim ajak aku keluar, terus aku setuju.

Aku dan Fahim hanya keluar berdua. Fahim mengajakku untuk menonton
wayang. Biasalah mamat tu, pantang ada cerita aksi baru nak keluar, mesti dialah orang
pertama yang beratur. Dan selalunya akulah orang yang dia cari untuk dijadikan teman.
Kali ini, dia ajak aku untuk menonton cerita Maze Runner: The Death Cure. Siri
terakhir untuk Maze Runner.

Aku hanya memakai seluar jean hitam dan blaus ungu. Selendang ungu muda
dililitkan ke kepala. Kalau janji Fahim bukan janji Melayu, mungkin pukul sepuluh pagi
dia dah siap menunggu di depan rumahku.

Betul-betul pukul sepuluh pagi, Fahim WhatsApp aku. Menyatakan yang dia dah
tiba. Nasib baiklah aku dah siap. Fahim kalau dah berjanji memang tepat. Itu yang aku
kagum dengannya.

“Hai, Bunga! Lama tak nampak kau. Rindu,” tegur Fahim sebaik sahaja aku
masuk ke dalam kereta.

Aku sekadar membalas hai balik. Malas nak layan dia. Fahim segak dengan seluar
jean dan baju T Polo berwarna hitam. Dia ni, kalau diam mesti nampak maco. Apatah
lagi dengan tubuhnya yang lean muscular. Tapi, sekali mulut dia berbunyi, terus lari
semua awek mengusyar. Belum lagi tengok tangan menyotong.

Tapi aku tetap terima dia seadanya. Selesa dengannya. Kalau orang yang lari
daripadanya hanya kerana sifat dia yang macam tu, orang tu yang rugi. Sebab Fahim
seorang kawan yang sangat baik. Dari semester satu sampailah sekarang, tak pernah dia
tak tolong aku bila aku dalam kesusahan. Kebaikan dia mengalahkan kawan-kawan
perempuan lain. Sebab tu aku selesa dengannya.

“Kita nak pergi mana?” soalku. Tali pinggang keledar dipakai.

“Mid Valley.”

170
Obey.tube
“Kau ni... Pergilah tempat lain. Pergi kuliah lalu situ. Balik kuliah nampak itu.
Bertahun-tahun, situlah tempat permainan budak-budak UM. Pergilah tempat lain,”
bebelku tak puas hati.

Bosanlah asyik pergi Mid Valley. Tiga tahun aku belajar, mahu beratus kali aku
pergi situ. Peta pun aku dah hafal dalam kepala. Entah-entah guard situ pun dah kenal
aku.

“Ya, Tuan Puteri. Kalau macam tu Tuan Puteri nak pergi mana?” soal Fahim.
Sempat sindir aku sedas.

Aku berfikir sejenak.

“Haaa... Kita pergi OU nak? Lepas tu, boleh singgah IKEA. Dapat juga merasa
makan meatball.”

Aku memberi cadangan. Bayangkan rupa meatball IKEA pun dah kecur liur.
Sedapnya!

“Sure ke tak alergi meatball? Aku tak nak kena sula dengan Dheo Han.” Sekali
lagi Fahim menyindir.

Aku mencebik. Menyesal aku cerita kat dia dulu. Tak pasal-pasal dia marah aku
sebab cuai. Kesian aku kena marah dengan Fahim hari tu. Nasib baik dia minta maaf
balik. Sayang juga dia kat aku, ya? Haha.

“Yalah... Aku alergi udang aje.” Juling mata ke atas. Aku dah tahu macam mana
tindak balas alergiku dengan udang. Takkanlah aku bodoh nak makan udang lagi?

“Okey... Apa-apa demimu, bos. Saya yang menurut perintah. Jom kita ke OU.”
Dia tabik hormat. Sindir aku lagi.

Kemudian gear ditukar. Memulakan perjalanan.

“SEDIHLAH... Kenapa Newt mati?” Dari dalam panggung sampailah dah jalan keluar,
itulah yang tak habis-habis Fahim bebelkan.

Aku geleng kepala. Ni yang aku malas keluar tengok wayang


dengan mamat ni. Review lepas tengok wayang dia tu, berjela-jela. Komen
mengalahkan dia pengarah cerita tu.

171
Obey.tube
“Biasalah... Dalam hidup ni, tak semua akan ada happy ending. Newt made a
sacrifice. Kematian dia bukan sia-sia,” komenku.

Kalau ikutkan hati, tersentuh juga hatiku dengan persahabatan Thomas dan Newt
dalam cerita itu. Dari mula mereka kenal sehinggalah ke hujung nyawanya, Newt selalu
percayakan Thomas. Aku dapat rasakan nilai persahabatan yang diterapkan. Kira
sampailah kepada penonton. Kalau tak, masakan aku dengar ada penonton teresak-esak
menangis.

“Tapi aku kagum dengan persahabatan mereka. Kira okeylah, hero tak mati.” Aku
ketawa bila melihat jelingan tajam Fahim.

“Betul... Aku kagum dengan persahabatan mereka. Dan aku kagum dengan
kesetiaan Newt ikut Thomas sampai dia mati. Berkorban demi sahabat.” Fahim juga
berfikir benda yang sama.

“Kalau kau kat tempat Newt, kau sanggup tak berkorban untuk aku?” soalku
berbaur gurauan.

“Mestilah sanggup. Kaukan kawan kesayangan aku.”

“Eleh... Ya la tu! Entah-entah lepas dah habis belajar ni, ingat aku pun tak.” Aku
tak percaya. Cebik bibir siap.

“Betullah... Tak percaya, tengok la nanti. Nanti kalau aku jadi macam Newt, kau
jangan menangis pula.”

“Haish... Jangan cakap macam tu! Aku tak suka la kau cakap macam tu.” Suaraku
bertukar serius. Tak suka!

“Relaks la, Bunga! Gurau aje la. Jangan risau. Apa yang nak jadi kat kita sampai
kita nak macam tu?” jawab Fahim.

Betul juga kata-kata dia.

“Pastu aku pula? Apa aje yang aku boleh buat?” Fahim mencebik pada diri
sendiri.

“Eh, kau banyak guna, Fahim! Kau boleh hiburkan aku. Besar peranan kau tu
buatkan aku gembira,” gurauku.

Fahim cuma ketawa mendengarnya.

“Dahagalah... Jom beli air!” ajakku bila lalu satu kiosk minuman. Kering pula rasa
tekak.

172
Obey.tube
Kami berdua berjalan ke kiosk yang menjual beberapa jenis minuman itu. Mata
melihat menu. Nak tengok apa yang sedap untuk hilangkan dahaga tekak. Fahim pula
berada semeter di belakangku. Tengah tengok telefon dia. Katanya, dia tak nak.
Maklumlah... Dah kenyang makan popcorn, minum Pepsi masa wayang tadi.

“Hai, selamat datang, cik adik manis! Nak oder apa?” soal pelayan lelaki itu
kepadaku.

“Hmmm... Bagi saya chocolate ice blended satu.”

Aku buat bayaran sebelum menunggu minumanku disiapkan. Beberapa soalan


ditanyakan kepadaku sementara menunggu. Ada yang aku jawab sekadar berbahasa.
Dan bila rasa soalan yang agak peribadi, aku hanya senyum. Contohnya macam, awak
dah ada boyfriend?

Beberapa minit kemudian, satu cawan plastik sederhana besar dihulurkan


kepadaku.

“Tahu tak apa beza awak dengan chocolate ice blended ni?”

Oh, jangan cakap dia nak bagi pick-up line kat aku pula!

“Errr... Tak tahu?” Aku masih menjawab.

“Bezanya... Manis-manis chocolate ice blended ni, manis lagi senyuman awak.”

Krik... Krik... Krikk...

Okey... Dia memang bagi pick-up line. Dan sekarang ni, apa aku nak jawab?
Terima kasih? Senyum aje?

Pap!

Tak sempat bibir nak senyum, ada tangan menghentak kuat di atas kaunter di
sebelahku. Terkejut sampai terangkat kedua-dua bahuku. Aku toleh sebelah. Fahim.
Sebelah tangan atas kaunter, sebelah lagi pegang cermin mata besarnya itu. Mata
mencerun ke arah lelaki itu. Garang.

“Kau tahu apa beza kau dengan kipas?” soal Fahim. Gaya macam gangster.

“Tak... Tak tahu, bang.” Kira menjadi la gayanya sebab budak lelaki tu tergagap.

“Bezanya... Laju-laju kipas berpusing, laju lagi kepala kau berpusing aku
lempang. Nak mengurat pun pandanglah kiri kanan.”

173
Obey.tube
Muka budak tu macam dah hilang darah. Silap-silap kalau toreh, mahu orang ingat
keturunan Mahsuri. Darah putih.

“Sor... Sorry... Bang. Tak tahu!” Lelaki itu aku nampak macam dah nak
terkencing dalam seluar.

“Errr... Sorry, ya. Dia memang macam ni. Fahim, dahlah. Jom!” Aku heret baju
Fahim.

Aku sempat dengar kawan-kawan lelaki itu gelak dan mengatakan itulah
balasannya kalau dah mengurat kekasih orang. Salah orang nak bagi pick-up line.

“Kau ni kenapa? Nak terkencing budak tu aku tengok.” Aku marah Fahim bila
kami dah jauh.

Fahim jongket sebelah bahu. Kembali kenakan cermin matanya. Fahim kalau dah
buka cermin mata dia tu, memang nampak matang.

“Saja nak ajar budak tu. Dah tahu perempuan keluar dengan lelaki, janganlah
berani nak ayat. Ni kalau pakwe orang lain ni, mesti dah bagi sebiji. Kira okeylah aku
bagi pick-up line kat dia.” Fahim berkata. Sempat senyum sinis di hujungnya.

“Tengok... Aku pun ada aura jantan sebenarnya.” Fahim ketawa. Angkat kening
beberapa kali ke arahku. Dah kembali ke Fahim yang aku kenal.

“Kau tu memang dah jantan, Fahim.” Juling mata ke atas.

Aku geleng kepala. Faham maksud Fahim sebenarnya.

“Lepas ni nak pergi mana?” soal Fahim.

“Aku nak pergi Popular. Nak cari buku la.”

“Jom... Aku pun nak cari komik! Tengah stres nak exam ni, baik baca komik
sekali-sekala,” jawab Fahim dengan riangnya. Dah kembali ke gaya asal.

MASUK aje kedai buku Popular, terus aku melangkah ke arah buku kategori English
Fiction A-Z. Nak cari buku untuk bahan bacaan terbaru. Dah lama aku tak beli novel.
Sekarang rasa macam nak membaca. Mungkin macam yang Fahim cakap, tengah stres
nak exam, baik membaca sesuatu untuk hilangkan stres.

174
Obey.tube
Cakap pasal Fahim, dia pun turut menghilang ke bahagian komik. Aku dah tahu
dah komik apa yang bakal diambil Fahim nanti. Mesti Lawak Kampus. Fahim tu
pengikut tetap siri komik Lawak Kampus itu. Kalau bukan Lawak Kampus, mesti
komik lawak yang lain, yang boleh dibuat gelak bila baca. Kadang-kadang aku suka
juga pinjam daripada dia.

Aku nak beli buku apa, ya? Jodi Picoult ada keluarkan novel baru rasanya? Lantas
aku mencari novel keluaran penulis Jodi Picoult itu. Baca buku dia kadang-kadang
tangkap leleh. Dah lama aku tak baca buku yang sarat dengan emosi.

Mata khusyuk dilarikan dari satu buku ke satu buku. Melihat tajuknya. Gara-gara
terlalu khusyuk, aku tak sedar yang bahuku terlanggar orang.

“Auch... Sorry!” kataku laju. Takut juga kena maki sebab memang dah salah aku.

Aku angkat kepala. Tak hairanlah kalau aku yang langgar tapi aku yang nak
terbalik. Sebab yang aku langgar tu lelaki. Berkerut dahinya bila kena langgar.

Hanya seketika. Sebelum matanya membulat garagara terkejut. Bukan sikit.


Sampaikan aku rasa macam dia kena sumpah. Wajahnya sarat dengan emosi.

“Nurissa?”

Aku terkaku. Dia sebut nama aku!

Lama aku pandang wajahnya. Cuba mengecam siapa. Tapi, tiada nama yang
terlintas. Tapi... Wajahnya... Susuknya... Bagaikan pernah dilihat.

“Oh my God! It’s really you!” Dia masih tak percaya. Aku ditenung dari atas
sampai bawah.

“Kita... Kenal ke?” Aku ragu-ragu bertanya.

“Of course. I’m Shahril. Kita sama-sama belajar di London dulu. Awak dah
lupakan saya?”

Dia tetap menjawabnya walaupun dengan dahi yang berkerut. Pasti pelik.

Nafas rasa tersekat tiba-tiba. Selama tiga tahun selepas aku sedar dari koma,
hubunganku dengan London terputus terus. Aku tak pernah jumpa sesiapa yang kenal
aku di London dulu. Seolah-olah kehidupan di London dulu bukan sebahagian daripada
sejarah hidupku.

“Sorry... Saya tak ingat apa-apa. Saya hilang ingatan lepas kemalangan.”

Wajahnya nampak terkejut.


175
Obey.tube
“Awak tak ingat apa-apa yang jadi di London? Apa yang awak tahu ketika awak
di London?

Aku geleng. Kosong.

“Nothing at all?” Dia meminta kepastian.

Aku angguk. Dia terdiam. Cuba menghadam maklumat itu agaknya.

“I see. Patutlah awak menghilang. Rupa-rupanya awak kemalangan. Glad you are
okay now.”

“Apa hubungan kita dulu?” Aku ingin tahu.

“We used to be lovers.”

Meluas mataku mendengarnya. Terkejut.

“Macam mana saya tahu awak tak menipu?” Tiba-tiba aku jadi ragu dengannya.

Aku nampak dia capai dompetnya lalu dibukanya. Kemudian dia menyerahkan
satu kad namanya kepadaku.

“Take it. Di situ ada nombor telefon saya. I have to go now. But I’m really glad to
see you, Nurissa. Bila awak rasa awak yakin, awak boleh hubungi saya melalui nombor
itu. We can see each other again. For old time’s sake.”

Teragak-agak aku mengambilnya. Gayanya macam betul-betul tergesa-gesa.


Sebaik sahaja tangan menyambut kad namanya itu, dia senyum segaris.

“I really hope you will contact me in future, Nurissa. And for you to know, I miss
you. And I still love you,” katanya sebelum dia berlalu.

Aku terkedu bila dia cakap macam tu. Terutama sekali bila bahagian I still love
you itu. Melihat dia dengan selamba berkata sebegitu, dia mungkin seseorang yang
penting dalam hidupku dulu. Adakah dia Encik Duri?

Kad nama di tangan ditenung. Shahril Azmir. Salah seorang staf di Kenyalang
Enterprise. Ada nombor telefon disertakan. Seseorang dari masa silamku telah muncul.
Semua ni pasti dah tersurat. Pasti ada hikmahnya.

“Siapa dia tu?” Suara Fahim buatkan aku tersedar ke alam nyata.

176
Obey.tube
Fahim dah muncul di sebelahku. Langsung aku tak perasan. Di tangannya ada tiga
buah komik yang dah dipilih. Wajahnya serius. Pasti dia nampak pertemuan aku
dan Shahril itu.

“Aku tak kenal dia.”

“Habis tu, kenapa dia datang dekat kau? Aku patut cepat tadi. Mamat tu pun patut
merasa pick-up line aku!”

“Dia kata dia kenal aku. Kami kenal masa di London,” ceritaku. Tolak bahagian
yang kami pernah bercinta.

“Kau percaya?”

Aku diam. Aku pun tak tahu. Hati antara dua.

“I don’t trust him, Nurissa. He’s a bad news,” kata Fahim. Serius! Jarang dia
panggil aku Nurissa.

“Macam mana kalau dia betul? Kalau dia kenal aku dulu? Inilah peluang aku
untuk korek macam mana kehidupan aku dulu. Mana tahu aku dapat ingat?”

“No, Nurissa! Aku tak rasa kau patut percayakan dia. You’re naive and innocent.
Kita tak tahu kalau dia sebenarnya menipu kau.” Bersungguh-sungguh Fahim
membangkang.

Aku terdiam. Ragu-ragu aku itu memang dah lama wujud.

“Aku tahu. Aku pun tak adalah percayakan dia seratus peratus,” jawabku.

Sebab aku juga masih ingat kata-kata Dheo dulu.

“Suatu hari nanti, tak mustahil ada orang muncul dalam hidup awak, berkata dia
adalah kawan awak. Padahal sebenarnya dia adalah musuh awak.”

Adakah masanya dah tiba? Adakah aku sedang melalui fasa itu? Kalau betul, aku
harus ingat pesanan Dheo yang seterusnya.

“Selagi awak tak ingat, selagi itulah awak kena ragu-ragu dengan setiap status
yang keluar dari mulut orang yang nyatakan dia kenal awak sebelum ni.”

Dan sebab itulah aku memilih untuk meraguinya sampailah aku betul-betul yakin.

I might be looking innocent but I’m not stupid.

177
Obey.tube
Bab 20

S ETELAH itu, tiada lagi Shahril. Bagaikan lelaki bernama Shahril itu tak pernah
wujud. Dan lagi tragis, kad nama lelaki itu hilang entah ke mana. Tercicir entah bila.
Tak perasan. Aku rasa aku dah simpan dalam dompetku. Entahlah... Ilusi aku kut! Tak
pun tercicir ketika aku buka tutup dompetku.

Tiada rezeki. Terkilan juga kad nama itu hilang. Walaupun aku tahu belum tentu
aku hubungi dia sekalipun aku ada kad itu. Tapi, manalah tahu kalau-kalau aku berubah
fikiran? Teringin juga aku nak tahu kehidupanku ketika di London dulu. Kalau dia tak
reka cerita la.

Hari-hari berlalu seperti biasa. Fokus untuk peperiksaan. Kadang-kadang belajar


di rumah. Kadang-kadang Fahim ajak aku belajar bersama kawan-kawan lain di
perpustakaan universiti.

Hari berganti hari, sedar tak sedar berlalu juga peperiksaanku. Dengan itu, secara
rasminya lunturlah gelaran pelajarku. Macam tak percaya aku dah habis belajar. Rasa
macam kejap aje tiga tahun aku belajar.

Gara-gara kemalanganku, aku terpaksa mula dari bawah. Bermula dari semester
satu balik. Sebab itulah aku habis belajar lambat sikit. Ketika usiaku dua puluh empat
tahun. Orang lain yang sebaya aku mungkin dah lama kerja.

Dan bila dah habis urusan peperiksaanku, tibalah masanya untuk aku kembali
berkhidmat di Hotel La Prince. Hampir tiga minggu aku tak bertemu dengan semua staf,
serius aku rindu.

Rindu dengan staf ke, rindu dengan bos? Suara hati berbisik.

Okey... Jujurlah! Bos dia pun aku rindu juga. Malah boleh dikatakan tiap-tiap hari
aku asyik teringat. Nasib baik tak masuk ke dalam mimpi. Bila cakap pasal Dheo, bibir
tibatiba menguntum senyuman.

Aku masih ingat lagi hari pertama kertas peperiksaanku. Hati rasa macam nak
meletup. Gundah aku nak jawab kertas peperiksaan. Maklumlah... Nak duduki
peperiksaan, manusia normal mesti rasa gugup, kan?

Lima belas minit sebelum dipanggil masuk ke dalam dewan peperiksaan, hanya
doa yang mampu dibaca. Nota dah tolak ke tepi. Hanya kepala cuba mengingat apa-apa

178
Obey.tube
yang perlu. Sekarang ni memang kena banyak berdoa. Kalau ada orang bagi kata-kata
semangat lagi bagus.

Dan tiba-tiba telefonku bergetar. Biasalah, nak masuk dewan peperiksaan, telefon
kena tutup atau senyap. Ada notifikasi baru masuk. Memandangkan masih sempat, hati
terlintas untuk membukanya. Notifikasi untuk WhatsApp.

Dheo Han. Lagi berdebar jantung nak buka. Macam tak percaya, dia boleh
muncul. Dia nak apa? Bukan dia masih berada di Sicily ke? Laju tangan tekan Open.

Best of luck for today. Be calm and don’t be nervous.

Dia bagi kata-kata semangat. Dheo bagi kata-kata semangat untuk aku! Rasa nak
berjoget aje kat situ. Dia macam tahu-tahu aje aku dah rasa nak terkucil dah sekarang ni.
Padahal sebelah kaki pun belum jejak dewan peperiksaan.

Anehnya... Kurang sikit rasa gundahku setelah membaca kata-kata semangatnya


itu. Hati sedikit tenang. Aura Dheo Han ke? Dia tak ada depan mata pun, tapi aku tetap
rasa macam kata-kata itu diungkapkan sendiri olehnya. Dah boleh bayang wajah dia,
mata dinginnya bila sedang bercakap.

Kena betul masanya. Tak awal sangat, tak lambat sangat. Macam tahu-tahu aku
akan memeriksa telefonku. Macam mana dia boleh tahu peperiksaan aku hari tu? Dan
lebih spesifik lagi, macam mana dia tahu pukul berapa?

Aku dah berhenti bertanya soalan itu pada diri sendiri. Sebab aku dah tak pelik
bila dia tahu.

Well... Let’s just say... He’s Dheo Han!

PAGI-PAGI lagi aku keluar rumah. Bersemangat untuk masuk kerja. Maklumlah...
Dah rehat panjang. Jadi, rasa teruja nak bekerja tu lain macam sikitlah. Apatah lagi
boleh tatap muka Encik Bos hari ni. Haha!

Baru aje nak kunci pagar, aku dah nampak dah Audi putih Arrayan. Dia siap
berdiri dan bersandar pada depan keretanya itu. Siap senyum segaris kepadaku. Nak
seram ke nak apa ni kalau Arrayan senyum?

179
Obey.tube
“Hai, Nurissa! Long time no see.”

Agak lama jugalah tak jumpa dia. Sebab kebiasaannya masaku dihabiskan dengan
Fahim.

Aku senyum kepadanya. Berjalan merapatinya.

“Driver saya?” soalku.

Dia angguk dua kali.

“Mana Lucca?” soalku. Berkerut sedikit keningku. Pelik. Bukankah dia dah balik
dari Sicily ke?

“Auch... I’m hurt, Nurissa. Rasa macam kehadiranku tak diperlukan di sini.” Dia
pegang jantungnya.

Aku ketawa mendengarnya. Sejak bila jadi dramatis ni?

“Saya tanya aje. Biasanya dia yang selalu ambil saya.”

“Dia jadi driver Dheo hari ni. Dheo kena pergi tempat lain dulu. Sebab tu saya
ambil awak hari ni,” jelas Arrayan.

“Sepatutnya tak payah pun tak apa. Saya boleh pergi sendiri,” kataku balik. Aku
tak suka betul susahkan orang.

“It’s okay. Dheo’s command.”

Bercakap tentang kesetian! Huh! Setia betul dia dengan Dheo.

“Let’s go. Nanti jam,” ajak Arrayan.

Aku angguk. Nak cakap apa lagi kalau dah si driver terpacak di depan rumah dari
awal lagi?

“RISSA... Lamanya tak jumpa. Rindu!” Arin memelukku kuat-kuat bila kami berjumpa.
Sekali tengok macam aku baru balik dari planet Marikh. Macam berkurun lamanya tak
jumpa.

180
Obey.tube
“Bagilah budak tu bernafas. Nak putus nyawa dah budak tu aku tengok.” Kak
Fizah yang turut berada di situ menegur.

Terbantut seketika sesi jejak kasih kami. Aku dan Arin renggangkan pelukan.
Baru perasan bilik itu ada orang lain juga.

“Rissa pun rindukan semua,” akuiku jujur.

“Rindu semua ke rindu Encik Han?” Arin mengusik. Siap cucuk-cucuk


pinggangku.

Berbahang wajahku tiba-tiba.

“Eh, mestilah semua! Apa kaitannya dengan Encik Han?” Kalau pun aku rindu
Dheo, gila aku nak mengaku?

“Eleh... Ya la tu! Mengaku aje la. Kita orang okey aje,” kata Arin lagi.

Aku pandang muka-muka yang ada di situ. Semua senyum simpul. Kenapa semua
macam tak kesah? Semua ingat aku dan Dheo ada apa-apa ke?

“Eh, memang betullah! Rissa rindu semua orang.”

Bersungguh-sungguh aku yakinkan mereka. Memang betul pun. Aku rindukan


semua orang. Dan semua orang tu termasuk Dheo.

Semua orang gelak lepas tu.

“Rissa ni comellah.” Kak Fizah geleng kepala.

“Dah... Jangan kacau dia. Kesian dia. Bagilah dia tukar uniform dulu,” sambung
Kak Fizah lagi.

Lega bila lepas tu semua orang diam. Walaupun masih ada yang senyum simpul.
Aku juga turut berlalu ke lockerku. Pintu locker dibuka lalu kuambil uniform coklat
keperangan itu. Dah lama tak pakai.

Lepas tukar uniform, aku keluar. Arin tengah bersembang dengan Ainul. Kak
Fizah tengah tengok telefon dia. Entah apa yang dia tengok. Mesej daripada suami
agaknya. Itu yang senyum simpul.

Aku berjalan ke arah Arin dan Ainul yang sedang duduk di atas kerusi panjang itu.
Mati sekejap perbualan mereka bila nampak aku. Aku melabuhkan punggungku di atas
kerusi berdekatan. Masih ada beberapa minit lagi sebelum syif bermula.

181
Obey.tube
“Seronok cuti lama, Rissa?” Ainul bertanya kepadaku.

“Biasa-biasa aje. Bukannya cuti pun. Otak penat berfikir. So, tak rasa cuti.”

Aku mengeluh. Ni kesan terlebih kafein masih terasa. Bahananya kalau dah tiap
hari teguk Nescafe.

“Tak apalah... Semua dah lepas. Boleh jawab exam tak?” tanya Arin pula.

Aku sengih.

“Jawabnya boleh. Betul ke tak tu, tak tahu la.”

“Mesti boleh punya. Rissa bijak. Untung Rissa boleh belajar tinggi-tinggi. Kita-
kita semua ni, semua tak pandai. Belajar takat SPM aje.” Kak Fizah yang tiba-tiba
muncul menyampuk.

“Jangan cakap macam tu, kak. Rezeki masing-masing. Yang belajar tinggi pun
belum tentu dapat kerja. Allah tak bagi pandai, Allah bagi benda lain. Rissa pun
bukannya pandai,” balasku.

“Ni semasa Rissa cuti, ada apa-apa yang menarik terjadi ke?”

Aku kembali bertanya. Teringin juga nak tahu berita terkini tentang hotel ini.

“Tak ada apa-apa pun. Sebab Encik Han pun pergi Itali. Oh, ya! Lepas dia balik
dari Itali. Dia ada datang sini. Dia bagi oleh-oleh kat kami semua. Semua staf dapat.”

“Semua?” soalku. Inginkan kepastian. Baru nak puji Dheo sebab ingat semua
pekerja.

Tapi lain pula yang Arin faham. Wajahnya seakan-akan baru teringatkan sesuatu.

“Haahlah... Hari tu bagi ngam-ngam untuk staf yang ada. Lupa pula pasal Rissa.”
Nampak Arin macam cuba perah ingatan.

“Ainul, hari tu ada orang simpankan oleh-oleh Encik Han untuk Rissa tak?” Arin
tanya Ainul.

“Tak pasti la pula aku. Muka semua masa tu happy sebab dapat oleh-oleh.
Maklumlah... Bukan selalu dapat barang dari luar negara. Tapi rasa macam cukup-
cukup untuk yang ada di situ,” jawab Arin.

Wajahku sedikit muram. Bukan sebab sedih tak dapat oleh-oleh dari Itali. Tapi
sebab Dheo Han lupa aku. Rasa sedikit kecewa dan kecil hati dengannya.

182
Obey.tube
“Jangan sedih pula, Rissa. Entah-entah Encik Han nak bagi sendiri pada Rissa.”
Suara Arin seakan-akan memujuk. Suaranya bersalut simpati. Dia simpati denganku.
Lagilah aku rasa menangis dengannya.

Ya la tu Dheo nak bagi sendiri cenderamata tu kepadaku. Apa istimewanya aku?


Dia memang dah lupakan aku kut. Aku pun bukannya penting sangat. Kalau aku dah tak
kerja kat hotel ni pun, tak jadi kudis pun. Entah-entah orang pun tak ingat kat aku.

“Tak apalah. Mungkin sebab Rissa bukan staf tetap sini. So, buat apa dia nak
membazir duit belikan untuk Rissa, kan?” kataku. Dah kenapa rasa suara macam orang
merajuk?

Tak apalah kalau aku bukan sesiapa di sini. Tak apa juga kalau tak dapat oleh-oleh
itu. Yang penting Dheo pergi dan balik dengan selamat. Itu pun aku dah bersyukur.

“Jangan cakap macam tu, Rissa. Semua staf sini sama aje. Tetap ke tak tetap ke,
tetap bagi sumbangan untuk hotel ni. Encik Han mungkin terlepas pandang kut.
Maklumlah... Rissa, kan tak ada hari tu. Dia pula beli untuk beratus-ratus staf dia. Jadi,
mungkin ada tercicir di mana-mana,” celah Kak Fizah. Suara mak-mak yang macam
bagi nasihat. Lembut dan memujuk.

“Betul tu, Rissa. Hari ni tak dapat. Mungkin esok lusa, Encik Han bagi benda lagi
istimewa untuk Rissa? Rissa kan personal housekeeperdia. So, mungkin lagi special.”
Kini Ainul pula yang berkata. Cuba terapkan unsur positif dalam kepala aku.

Dah kenapa semua macam nak pujuk aku ni? Nampak aku merajuk ke? Serius aku
dah tak rasa apa-apa dah walaupun tak dapat oleh-oleh dari Itali. Macam yang aku
cakap tadi, Dheo dah pergi dan balik dengan selamat pun, aku dah bersyukur.

AKU berjalan menuju ke penthouse Dheo. Lama tak menapak ke sini, semuanya masih
sama. Masih sunyi mengalahkan tanah perkuburan malam Jumaat. Sunyi lagi sepi.
Maklumlah... Kawasan persendirian Dheo, semua orang dilarang masuk kecuali tetamu
yang berdaftar.

Lama tak jumpa Dheo, dada rasa berdebar. Tak tahu kenapa. Malah aku masih tak
faham kenapa jantung aku ni macam nak kena sawan tiap kali berdepan dengan Dheo.
Belum lagi mata bertentang mata, jantung rasa nak berhenti terus.

Serius... Ini kali pertama impak lelaki sehebat itu untuk diriku. Sedangkan aku
sebelum ini tak pernah rasa tertarik dengan lelaki. Bila lelaki datang dekat, aku rasa
bagaikan tiada chemistry. Sudahnya, kalau tak kena soalan maut dengan ayah, mesti lari
sebab Fahim. Patutlah Fahim dah arwah ayah dulu boleh geng.

183
Obey.tube
Tiada siapa yang berjaya buatkan hati aku rasa aneh. Sehingalah aku jumpa Dheo!

Kaki berhenti betul-betul di depan pintu kayu itu. Dada pula makin laju berdebar.
Aku tenung pintu kayu itu macam nak kasi tembus. D.T.H. Dheo Tyler Han. Aku baru
tahu sekarang. Agak-agak, Dheo ada ke tak kat dalam? Aku naik lambat sikit hari ni.
Kalau ikutkan, waktu pejabat dah bermula. Lagi pun, setahu aku dia tidur di banglonya
semalam.

Nafas dalam-dalam ditarik untuk menenangkan diri. Passwordsditekan dan kunci


elektronik dimasukkan. Setelah isyarat pintu dibuka kunci kedengaran, baru aku tarik
tombol pintunya untuk masuk ke dalam rumah.

Rumah sunyi. Betullah dia dah pergi kerja. Hela nafas panjang-panjang. Nak rasa
lega atau kecewa sekarang ni?

Aku memerhatikan sekeliling rumahnya itu. Walaupun dah lama aku bercuti,
susun atur perabotnya masih sama. Nampak bersih juga. Terfikir. Sepanjang aku
bercuti, siapa yang datang kemaskan rumahnya?

Aku berlalu ke bilik tidurnya. Nak tukarkan cadar dan sarung bantal. Memang
tiap-tiap minggu dia akan suruh aku tukarkan cadar dan sarung bantalnya. Sebaik sahaja
kaki melangkah masuk ke dalam biliknya, mataku tertumpu pada satu beg kertas
sederhana besar yang terletak betul-betul di tengah katilnya.

Geleng kepala. Nak cepat sangat agaknya sampai-sampai tak sempat nak simpan
barangnya itu. Aku berjalan ke arah katil. Mahu menyimpan barang itu di tempat
sepatutnya. Mana-manalah, janji bukan atas katil.

Bila kaki dah dekat, baru perasan sesuatu. Ada sesuatu tertampal pada beg kertas
itu. Macam kad.

Nurissa Rose

Nama aku? Barang ni untuk aku? Dada tiba-tiba berdebar laju.

Tak semestinya, Nurissa! Entah-entah dalam ni ada baju dia atau seluar dia. Pastu
siap dengan nota, tolong basuh. Handle with care, please! Tak pun tulis, tolong bawa
pergi taylor. Siapa tahu, kan? Maklumlah... Aku kan budak suruhan dia.

Lepas rasa harapan menggunung tadi dah sedikit menurun, aku buka isi beg kertas
itu. Tiada baju. Tiada seluar. Yang ada hanyalah satu bebola kristal. Di dalamnya ada

184
Obey.tube
sekuntum bunga ros berwarna emas. Bila bebola kristal digoncangkan, nampak serbuk
berwarna keemasan di dalamnya.

Cantiknya! Aku ni dahlah pantang nampak benda-benda cantik. Ni untuk aku ke?
Hati antara dua. Tak tahu nak percaya atau tak. Aku ambil kad lantas membukanya.
Tulisan tangan Dheo.

Don’t worry, I don’t forget you.

Rose is for Rose.

D.H.

Sengih. Itu reaksiku sebaik sahaja membacanya. Aku tahu ini adalah oleh-olehnya
dari Sicily. Tiba-tiba rasa nak berjoget. Teringat balik apa yang Arin tadi. Tak sangka
pula betul.

Aku tenung balik oleh-oleh itu. Comel sangat. Kena pula isinya adalah ukiran
bunga ros. Pandai dia cari. Aku goncang lagi sekali bebola itu. Nampak kilauan emas
terapung-apung. Senyum lagi.

Kemudian aku simpan balik ke dalam beg kertas itu. Dengan penuh cermat. Oleh-
oleh itu harus ditolak ke tepi. Aku ada tugas untuk disiapkan. Tapi cukup dengan
itu, mood kerja yang merudum jatuh sikit tadi dah kembali.

Dan sepanjang hari, aku bekerja dengan senyuman di bibir.

185
Obey.tube
Bab 21

M EMANDANGKAN aku dah mula menjadi staf tetap Hotel La Prince, syif
kerjaku mula teratur dan aku harus bekerja mengikut syif seperti staf lain. Kali ini,
giliranku untuk bekerja syif petang. Semasa aku belajar dulu, aku pernah merasa kerja
syif petang tapi tak adalah selalu. Hanya bila aku ada kelas pagi.

Gara-gara Ahmad cuti kecemasan, aku terpaksa menggantikannya. Dan


disebabkan itulah aku ditugaskan untuk membersihkan bahagian Deluxe Suite di tingkat
lima puluh satu East Wing. Pada masa yang sama, aku masih bertugas sebagai personal
housekeeper Dheo.

Nasib baik tugas berdua dengan Zalikha. Jadi tak adalah penat sangat. Apatah lagi
kalau nak pergi mengemas bilik yang ada dah ada tetamu. Mesti ada aje yang
nak complaint. Cerewet. Tapi, nasib baiklah pelanggan. Nak tak nak, kena maniskan
muka dan melayan.

Tapi kebiasaannya, staf petang tak banyak kerja sangat. Sebab itulah bilangannya
tak seramai staf pagi. Biasanya staf petang ni berfungsi bila ada permintaan daripada
pelanggan. Contohnya rasa nak kemas bilik lagi sekali. Atau mahukan sesuatu. Atau
untuk tolong carikan sesuatu. Kalau bab membersih, biasanya staf pagi dah lakukan
dulu.

“Rissa, Encik Han cari Rissa.” Arin memberitahuku. Kebetulan pula syif kerja
kami sama.

Dahiku terus berkerut mendengarnya. Gara-gara aku kerja syif petang, jarang aku
berjumpa dengannya. Mula kemas rumahnya lepas aku masuk syif, pukul dua petang ke
atas. Ketika itu dia di pejabatnya. Walaupun kami dalam satu bangunan, tapi tetap tak
bertemu.

Dan bila petang ke malam, kebiasaannya Dheo akan memintaku untuk


menghantarkan makanan kepadanya. Itu pun jarang-jarang. Sebab ada masanya Dheo
akan balik ke banglonya.

“Eh, bukan dia dah balik ke? Cari Rissa buat apa?” soalku. Manalah tahu kut-kut
Arin tahu.

“Dia minta Rissa tolong hantarkan makanan yang dia pesan nanti. Nanti Rissa
pergilah dapur,” kata Arin.

186
Obey.tube
Aku angguk. Pelik juga. Dah pukul sembilan lebih. Lewatnya makan?

“Macam mana Arin tahu?” soalku. Pelik juga berita itu sampai kepadanya dulu
barulah aku.

“Terserempak dengan Encik Han kat lobi tadi. Nampak dia datang dengan seorang
perempuan. Terus naik lif dia. Maksudnya perempuan tu tetamu dia la kut,” cerita Arin.

Hati rasa sesuatu lepas dengar cerita tu. Sedikit pedih. Dheo dengan perempuan
lain? Siapa perempuan tu? Tak pernah-pernah Dheo bawa perempuan lain balik ke
hotel.

Walaupun tertanya-tanya, aku tetap menjalankan tugasku. Aku meminta diri dari
Arin untuk ke dapur hotel. Mungkin pesanan Dheo dah siap. Haruslah cepat siap kalau
dah bos sendiri yang oder.

Tapi... Bila difikirkan balik, kira istimewalah perempuan yang Dheo bawa itu.
Sampai-sampai boleh makan semeja dengan Dheo. Aku dan Dheo pun tak pernah
makan semeja. Perempuan itu mesti cantik.

Cemburunya! Tapi aku sedar. Siapalah aku?

Ketika aku tiba di dapur hotel, Cef Ali sedang menyiapkan menu yang dipesan
Dheo. Senyum bila dia nampak aku. Dia pun dah kenal aku sebagai personal
housekeeper Dheo. Dah tak pelik bila nampak muka aku menunggu di dapur hotel.

Aku hanya melihat Cef Ali meletakkan makanan di atas pinggan putih itu. Aku
haraplah Dheo bukan memesan makanan untuk candle light dinner. Kalau tak, tak
sanggup aku nak jadi pelayannya.

Semua ini buatkan aku sedar sebenarnya aku dah mula sukakan Dheo. Aku tahu
Dheo punya sesuatu yang bagaikan magnet. Menarikku untuk dekat dengannya.
Mungkinkah itu menjadi punca aku suka dia? Hubungan kami tak macam orang lain,
tapi kenapa aku boleh suka dia? Aku pelik. Keliru.

No good, Nurissa! Very bad actually.

Tapi, suka tu normal. Bukan sayang, bukan cinta. It’s just a feeling. Bukannya aku
pasang angan-angan nak jadi isteri dia, nak hidup sampai tua dengan dia, kan? Aku
cuba memujuk diri sendiri.

“Rissa? Amboi, boleh pula dia berangan?”

Suara Cef Ali itu memecahkan lamunanku.

Aku pandang Cef Ali.

187
Obey.tube
“Apa dia, Cef?”

“Cef cakap, dah siap dah, Nurissa! Dah boleh hantar untuk Encik Han,” kata Cef
Ali.

Aku sengih sekali.

“Okey... Terima kasih banyak-banyak, cef,” ucapku.

Kemudian troli yang berisi segala jenis makanan yang dipesan Dheo ditolak
keluar. Tak pasal-pasal aku jadi room service waitress. Akulah housekeeper, akulah
room service waitress. Aku kena claim gaji lebih dengan Dheo Han ni!

AKU berdiri pegun di depan pintu kayu itu. Tarik nafas dalam-dalam sebelum loceng
rumah ditekan. Tak sampai sesaat, Lucca membuka pintu. Dia senyum manis bila
nampak aku.

“Hai, signora.”

“Hai, Lucca.” Aku membalasnya.

Kemudian Lucca melebarkan pintu untuk memberi ruang kepada troli makanan
untuk masuk. Dada berdebar entah kenapa sebaik sahaja kaki melangkah masuk.
Mungkin masih tertanya-tanya siapa perempuan dibawa pulang oleh Dheo.

Rumah itu senyap. Aku hanya nampak ada dua susuk yang sedang duduk di atas
sofa. Dheo. Dan seorang wanita bertudung. Duduk membelakangiku. Jadi aku tak
nampak rupa perempuan itu.

Perlahan-lahan aku tolak troli mendekati mereka. Langkah dijaga. Raut wajah
dineutralkan. Aku tak nak la tiba-tiba ada orang syak ada yang tak kena denganku. Bila
aku dekat, kedua-duanya mengubah tumpuan ke arahku.

Cantik! Itu yang boleh aku putuskan bila aku pandang wajah tetamu Dheo itu.
Tapi cuma sekali aku pandang. Aku tak nak perempuan itu tak selesa kalau aku tenung
dia lama-lama. Mesti dia ingat otak aku ni mesti ada yang tak kena.

Jadi, aku hanya berlagak tenang. Berpaling ke arah Dheo. Perasan ada kesan
lebam di hujung bibirnya. Tiba-tiba hati risau. Apa dah jadi dengan dia?

“Kat mana saya perlu letak makanan-makanan ni, Encik Han?” soalku.
Profesional.
188
Obey.tube
“Here.” Suara garau Dheo menjawab sepatah. Ditunjukkan ke arah meja di
tengah-tengah kawasan itu.

Aku angguk sekali. Kemudian berpusing ke arah troli makanan itu. Mahu
menjalankan tugasku cepat-cepat. Cepat-cepat aku hidang, cepat-cepatlah aku boleh
keluar. Aku bukannya diperlukan di sini. Lagipun syif aku dah nak habis.

Aku angkat pinggan-pinggan besar itu ke atas meja. Disebabkan aku memang tak
ada kepakaran nak menghidang ala-ala waitressrestoran taraf lima bintang, jadi aku
hidang mengikut selera aku.

Sepi. Dheo pandang aku. Perempuan itu pun pandang aku. Dah kenapa semua
tengok aku? Kemudian terasa macam tajamnya pandangan Dheo ke mukaku walaupun
aku tak pandang dia. Sampai meremang bulu romaku. Sampai menggigil sedikit
tanganku. Doa aku ketika itu hanyalah semoga makanan-makanan itu tak ada yang
mendarat di atas lantai.

Bila aku dah siap tuangkan air oren ke dalam gelas-gelas itu, baru rasa lega.
Maksudnya tugas aku dah habis. Bolehlah aku keluar dari sini.

Tapi nampaknya Encik Bos kita punya idea yang lagi bernas.

“Nanti kemas ofis saya,” arah Dheo.

Dan apa lagi yang aku boleh buat selain angguk? Tengok jam pun ada lima belas
minit lagi nak pukul sepuluh malam. Syif aku tamat pada pukul sepuluh malam. Adoi...
Lambatnya masa berdetik!

Tanpa menunggu banyak masa, aku terus berlalu ke bilik pejabatnya. Tapi,
dapatku rasakan mata Dheo masih mengekoriku. Atau itu semua hanya sekadar ilusiku?
Aku pun tak tahu.

Bila dah masuk pejabat dia, baru dapat tarik nafas lega. Baru rasa oksigen tu
wujud rupa-rupanya. Bilik kerja Dheo ini harus dikemas sebelum pukul sepuluh malam.
Sekeliling bilik itu dipandang. Aku tak tahulah kenapa dia nak kemas bilik ni sebab
bilik ni sangat kemas.

Maka... Wujudlah habuk-habuk ilusi seorang Nurissa!

Aku mengemas-ngemas kertas yang berselerakan itu. Tapi kepala masih ingat
mereka yang berada di luar. Kenapa senyap? Dia orang tak bercakap ke? Ke bercakap
dalam kelambu? Sebab aku tak dengar apa-apa. Tiada gelak ketawa. Tiada suara manja.
Mungkin dah mula makan agaknya.

189
Obey.tube
Siapa perempuan itu, ya? Kenapa Dheo tak perkenalkan kepadaku? Kemudian
sedar sesuatu. Kau siapa, Nurissa? Rasa nak gelakkan diri sendiri. Sambung kerja la.
Cepat siap, cepat balik.

Lepas aku rasa semua benda dah teratur, aku melangkah keluar dari bilik itu. Ingin
melapor kepada Dheo. Sebaik sahaja aku mendekati Dheo dan perempuan itu, kedua-
duanya masih diam. Dheo tengah pejam mata. Masih belum perasan dengan
kehadiranku.

“Saya dah siap kemas. Ada apa-apa lagi, Encik Han?” tanyaku lagi. Mana tahu
ada bakti terakhir yang diperlukan sebelum aku habis kerja.

Dheo terus buka mata. Mata dinginnya menusuk anak mataku. Lama. Sebelum dia
kembali bersuara.

“I need you to stay here with me...”

Gulp! Pandangannya ketika mengungkapkannya rasa lain macam. Entahlah... Aku


pun tak tahu nak cakap macam mana.

“Sebab Hazel perlukan teman,” sambung Dheo lagi.

Jadi, itu sebabnya dia berkata macam itu? Rasa kecewa tanpa sengaja. Tapi cepat-
cepat aku hapuskannya. Perempuan bersama Dheo itu aku pandang. Jelas kelihatan
mata cantiknya berwarna hazel.

Patutlah nama dia Hazel! Bila dah berdepan lama-lama macam ni, baru aku dapat
tilik wajah sebenar perempuan itu. Cantik. Walaupun bertubuh kecil molek. Matanya itu
pasti buat jejaka terpukau. Itukah sebabnya Dheo termasuk sekali?

Perlahan-lahan senyuman paksa aku ukir. Dia tak bersalah apa-apa pun denganku,
kenapa aku nak cemburu dengannya? Jahatnya aku rasa!

“Sampai husband saya sampai.” Perempuan itu mencelah. Senyum manis


kepadaku.

Agak terkejut aku mendengarnya. Dia dah kahwin? Dia nampak lagi muda
daripadaku. Tak tahulah kalau sebenarnya dia sebaya denganku atau lebih tua
daripadaku. Sebab perempuan bertubuh kecil ni kebanyakannya awet muda.

Gaya dia cakap macam dia tahu aku siapa. Dia kenal aku ke? Lama-lama aku
tenung dia. Macam biasa, cuba mengharap. Manalah tahu muncul sikit bayangan silam.

Tapi kosong.

“Kita kenal ke?” soalku. Inginkan kepastian.

190
Obey.tube
Dia nampak sedikit terkejut dengan soalanku.

“Errr... Rasanya tak kut. Hai... Saya Hazel,” jawab Hazel.

Dia senyum seraya menghulurkan tangan untuk dijabat.

“Nurissa.” Aku perkenalkan diri. Tangannya dijabat bersama senyum ikhlas.

“Jemputlah makan sekali dengan kami, Nurissa.” Hazel mempelawa.

Bila dia cakap macam tu, baru aku perasan semua makanan masih belum disentuh.
Tapi... Bila nampak makanan sedap macam tu, perut pun mulalah berdangdut semacam.
Lapar juga. Dahla tak sempat nak makan masa rehat tadi.

Tapi... Aku sekarang ni, tetamu diundang ke? Risau pula aku mengacau mereka.
Lalu aku pandang Dheo. Muka tak berperasaan. Sangat tak membantu! Dia bagi izin ke
tak? Karang kalau dia tak bagi izin, mahu esok kena sumpah seranah sebab dah tak tahu
malu makan semeja dengannya.

Aku pandang jam di dinding. Tepat-tepat pukul sepuluh malam. Dengan rasminya,
syif aku dah tamat. Aku dah boleh pulang. Tapi, rasa kesian pula pada Hazel kalau aku
balik. Lagipun Dheo pun suruh aku temankan Hazel.

Akhirnya aku buat keputusan untuk mengikut kata-kata Hazel. Dia yang
mempelawaku. Lalu aku labuhkan punggung untuk duduk di sebelah Hazel. Hazel cuma
senyum. Teruja sebab aku ikut serta. Mungkin dia pun gembira sebab ada perempuan
lain selain dia. Aku faham perasaan tu.

Diam. Semua tak bersuara. Aku pula lagilah tak tahu nak cakap apa. Tiba-tiba rasa
semuanya menjadi janggal.

Errr... Aku buat keputusan salah ke?

Tengah berperang dengan perasaan sendiri, tiba-tiba Hazel berdehem. Tumpuan


aku dan Dheo tertumpu kepadanya.

“Maaflah kalau saya dah susahkan Nurissa untuk temankan saya. Sebab saya tak
selesa tinggal bertiga dengan lelaki.” Hazel memulakan perbualan.

“Tak apa. Saya faham.” Kan betul apa yang aku cakap. Mesti dia tak selesa kalau
tinggal bertiga dengan lelaki. Apatah lagi dengan status isteri orang.

Aku masih pelik kenapa dia bersama Dheo. Baru aku perasan kakinya berbalut.
Dia cedera? Bila dia nampak aku tenung kaki dia, Hazel membuka cerita. Rupa-rupanya
Dheo telah menolong Hazel.

191
Obey.tube
Jadi, tak peliklah bibir Dheo lebam. Inilah puncanya. Dia dah jadi knight in
shining armor Hazel malam ni. Bila fikir-fikir balik, keningku sedikit bertaut. Risau.
Dheo cedera lagi walaupun sikit.

Dan bila dia cedera, hati aku rasa sedih.

BEBERAPA lama selepas itu, kedengaran pintu diketuk, berselang-seli dengan loceng
ditekan. Dan bila aku pandang wajah Hazel di sebelah, nampak dia telan liur. Mungkin
dia dah boleh agak suaminya di balik pintu.

Macam biasa, Lucca berlalu untuk membukakan pintu rumah. Sebaik sahaja pintu
terkuak, ada seorang lelaki kacak meluru masuk. Tak pandang kiri kanan, Hazel
diterpanya.

“Are you okay, Hazel? Where have you been? What happened?” Macam peluru
Hazel digasak dengan pelbagai soalan. Sah suami dia!

“Errr... Hazel okey. Cuma kaki terseliuh sikit. Errr... Tadi terserempak dengan
orang jahat lepas tu Dheo selamatkan Hazel,” cerita Hazel sambil jari ditujukan ke arah
Dheo. Nampak wajah Hazel agak takut-takut. Mungkin takut suaminya marah.

Suami Hazel diam seketika. Muka sedikit tegang. Sah dia marah! Tapi dia
bersikap matang. Bertenang dulu dan bersabar sebelum dia melampiaskan marahnya
kepada Hazel di tempat umum. Kemudian berpusing ke arah Dheo.

“Oh, how rude of me! I’m Hilman. Hazel’s husband. Thanks for saving my wife.”
Lelaki bernama Hilman itu hulurkan tangan kepada Dheo untuk berjabat.

“Dheo. It’s a pleasure. Small matter,” balas Dheo.

“Ni Lucca dan itu Nurissa.” Hazel memperkenalkan aku dan Lucca pula.

Hilman pusing dan berjabat tangan dengan Lucca. Kemudian pandangan ditala ke
arah aku.

“You... I’s Café girl?” Keningnya sedikit berkerut ketika berkata.

Aku tergamam. Dia kenal aku ke? Kalau tak, macam mana dia tahu tentang I’s
Café? Mengingatkan tentang I’s Café, wajahku terus muram. Dah lama aku tak jejak
kaki ke sana. Dengar-dengar, I’s Café sedang dalam proses pengubahsuaian. Aku dah
tiada hak untuk ke sana. Aku bukanlah sesiapa lagi.

192
Obey.tube
Tapi... Macam mana Hilman kenal aku? Pelanggan tetap? Lantas aku pandang
Hilman.

“Kita... Kenal ke?” soalku. Sama macam Hazel tadi, aku cuba mengecamnya pula.

“Tak... Kita tak pernah kenal,” jawab Hilman.

“Habis, macam mana abang boleh cam dia?” Hazel mencelah. Ya... Aku pun nak
tahu.

“Pernah nampak. Masa kita ke sana, dia tengah melukis,” cerita Hilman.

Itu kisah beberapa bulan yang lepas. Kali terakhir aku melukis di I’s Café pasti
sebelum ayah meninggal dunia. Walaupun sedih, tetap aku kagum dengan daya ingatan
lelaki itu. Bukan sembarangan orang boleh ingat wajah orang.

“No. No longer.” Aku menjawab perlahan. Aku bukan lagi gadis I’s Café.

“Suami saya dah sampai. Saya minta diri dulu. Terima kasih atas segala budi
awak, Dheo. Terima kasih juga Lucca dan Nurissa.” Hazel berkata.

Nampak Hilman juga senyum kaku. Setelah dia berterima kasih kepada kami
semua, Hazel dipimpinnya keluar. Dalam hati, aku kagum melihatnya. Melalui gayanya,
aku dapat lihat suaminya itu betul-betul sayangkan Hazel. Marah-marah pun, Hazel
tetap dilayan dengan lembut.

Lucca pula mengikut mereka untuk menunjukkan arah. Dengan itu, aku kini
tinggal berdua dengan Dheo. Lagi.

Awkward...

Aku berdiri di sini, dia berdiri di sana. Aku pandang dia, dia pandang aku. Apa
aku nak buat? Apa lagi? Minta diri, baliklah! Syif kau dah lama habis, Nurissa! Jam pun
dah nak dekat pukul sebelas malam.

Baru aje aku nak buka mulut, Dheo terlebih dulu bersuara.

“Let’s get you home.”

193
Obey.tube
Bab 22

D HEO memberi izin kepadaku untuk keluar dahulu. Arahannya, tukar uniform
dan tunggu di lobi hotel. Aku hanya patuh. Lepas siap thumbprint dan menukar
uniform, aku terus menunggu di lobi hotel. Penyambut tetamu yang kenal aku
memberikan senyuman kepadaku. Aku hanya membalasnya walaupun masih penat.

Aku kerling jam di tangan. Lewat syif aku habis hari ni. Aku haraplah rehat aku
cukup esok. Tidur aku ni dahlah tak macam orang lain. Haraplah tak kacau jadual
kerjaku.

Mana Lucca ni? Lambat pula dia turun. Aku pandang sekeliling lobi hotel itu.
Masih meriah bercahaya. Chandelier besar yang sangat cantik.

“Jom.” Aku terkejut bila dengar suara itu. Lantas aku berpusing ke arah suara itu.

Dheo. Tanpa Lucca. Pakaiannya bergaya kasual. Seluar jean dan baju T hitam.
Kali pertama aku nampak dia tanpa baju kerjanya.

“Tak nak balik ke?” Suara itu kedengaran lagi. Separuh menyindir.

Aku tersedar. Pandang wajah kacak Dheo dulu.

Tanpa menunggu aku, dia mula berjalan dulu. Aku tahu walaupun dia tak pandang
aku, dia tahu aku akan mengikutnya. Dan itulah yang aku lakukan sekarang. Ikut dia.
Tapi, bila keluar dari lobi hotel, ada valetyang menghantar keretanya.

“Mana Lucca?” soalku lepas dia dah ambil kunci keretanya itu.

“Resting.”

“Habis, siapa yang nak hantar saya balik?” soalku.

“You know... I’m a qualified driver too.” Suara Dheo seaakan-akan menahan rasa
annoying.

Oh! Oh, baru aku faham!

“Encik hantar saya?” soalku bodoh.

194
Obey.tube
“Of course. Dah, jom!” ajaknya.

Dia bukakan pintu kereta sebelah penumpang untukku.

Wow... Wow... Wow... Dheo Han bukakan pintu kereta untuk aku? Macam tak
percaya pun ada!

Bila Lucca atau Arrayan tolong bukakan pintu untukku, aku tak rasa macam ni
pun. Tapi bila Dheo yang lakukan benda yang sama, jantung sekarang ni macam
lancarkan mogok untuk keluar dari badan.

“Rose,” seru Dheo. Menyedarkan aku daripada terus kejung di situ. Bila aku
pandang dia, dia pandang aku supaya aku cepat masuk.

Cepat-cepat aku melangkah ke arah Range Rovernya itu. Sebaik sahaja punggung
menghenyak kerusi itu, Dheo terus menutup pintu sebelum dia meluru ke bahagian
pemandu. Dia memulakan perjalanan.

Aku diam di tempat dudukku. Genggam erat-erat tali beg. Rasa janggal la pula. Ini
kali pertama aku duduk berdua dengan dia di dalam kereta. Dan ini juga kali pertama
aku melihat dia memandu sendiri keretanya.

Dan yang aku masih tak faham, kenapa dia yang hantar aku? Perlu ke? Nanti apa
pula yang orang lain akan cakap? Mengingatkan hal itu, baru aku perasan sesuatu.
Semuanya terjadi ketika di lobi hotel. Mungkin ada mata yang memandang.

“Kenapa encik yang hantar saya? Encik tahu kan tadi mesti ada ramai yang tengok
kita.” Aku bersuara.

“So?” jawabnya mudah.

“Nanti semua orang gosip saya bercinta dengan encik.”

“Well... Kita bercinta ke?”

“Memanglah tak. Tapi mesti esok semua akan kecoh. Encik suka ke kena gosip
dengan saya?”

Nampak bibirnya naik sedikit. Sinis.

“At least Dheo Han is no longer a gay.”

Amboi... Jadikan aku kambing hitam? Semata-mata nak jernihkan nama dia?
Habis, aku ni macam mana? Silap-silap ada yang tuduh aku dekat dengan Dheo sebab
rupa dan hartanya.

195
Obey.tube
“Kalau setakat nak macam tu, baik encik pergi cari model-model kaki panjang,
keluar dating. Bawa balik hotel,” kataku dengan nada sedikit tinggi. Semua
kecanggungan tadi dah hilang entah ke mana.

“Bawa balik hotel?”

Aku angguk.

“Well... Do you want me to?” soal Dheo balik.

Itu soalan atau jerat?

“Suka hati encik la. Hidup peribadi encik tiada kena-mengena dengan saya,”
jawabku akhirnya.

“Are you sure?”

Suaranya seakan-akan mahu menguji aku. Apatah lagi ketika dia memandangku,
dapatku rasakan bulu romaku sedikit meremang. Padahal dia hanya kerling sekilas gara-
gara dia tengah memandu.

Aku telan liur. Janganlah dia tahu aku suka dia! Aku kena berlagak tenang.

“Sure.”

“Ya ke? Awak tu personal housekeeper saya. Pagi-pagi dah kena kemaskan bilik
saya. I don’t know what you might be seeing. Especially in the bedroom.”

Okey... Baru faham! Tak perlu cakap apa-apa. Mukaku tiba-tiba rasa berbahang.
Masa ni, sejuk pendingin hawa kereta pun tak terasa. Jauh menyimpang pemikiran dia.

“Bila saya cakap bawa balik hotel, maksud saya adalah lawat kat ofis, makan-
makan. Tayang depan umum. Barulah semua staf nampak. Bukannya saya maksudkan
bawa ke bilik tidur.” Geram ketika berbicara.

Serius aku tak terfikir langsung macam tu. Kenapalah kata-kataku yang keluar
dari mulut aku ni boleh orang salah interpret? Haila!

Dheo ketawa mendengarnya. Terkaku aku mendengarnya. Ini kali pertama Dheo
ketawa. Ketawa dengan ikhlas. Ketawa sebab rasa benda kelakar. Bila tengok wajah
sejuk bekunya itu, pasti semua akan fikir orang macam Dheo itu dah lupa definisi
ketawa.

Tapi ternyata aku salah malam ini. Dia juga mampu ketawa. Malah, wajahnya
nampak bercahaya. Benar-benar gembira.

196
Obey.tube
Well... There’s always first time in everything for someone like
Dheo! Surprisingly, I’m surprised!

Tak lepas aku pandang wajah Dheo itu. Tak nak lepaskan peluang untuk melihat
perkara yang mungkin terjadi sekali seumur hidup. Sebab aku tahu bila-bila masa Dheo
akan kembali seperti asal.

“When you said that, that was what people understood, tesoro.”

Huh, lelaki! Otak berfikir melampau jangkaan. Aku fikir macam ni, dia fikir lagi
dalam. Dahlah sekelumit pun fikiran aku tak ke arah itu. Dan sekarang, dia dah cemari
fikiran aku. Tak sanggup aku nak bayangkan dia dengan perempuan lain.

Hati aku sakit!

“Suka hati enciklah nak buat apa. Tiada orang nak kesah pun. Hak encik,”
jawabku lagi.

Lagipun dia bukan Islam. Gaya hidup kami bagaikan langit dengan bumi.
Bersedudukan, itu perkara biasa bagi orang-orang seperti dia.

Diam setelah itu. Aku pun selesa palingkan wajah ke arah tingkap kereta. Melihat
cahaya-cahaya yang menghiasi bangunan tinggi di kiri dan kanan jalan. Bila la nak
sampai ni?

Tiba-tiba aku rasa kelajuan kereta mula berubah. Bangunan di kiri dan kanan kami
tadi makin lama makin cepat menghilang ke belakang. Maksudnya, kereta makin laju.

Aku pandang Dheo di sebelah. Riak wajahnya selamba. Tenang memandu.


Nampak papan tanda had laju di sebelah. 90km/jam. Jeling pula pada meter kelajuan
kereta. Nak terbuntang mataku bila melihat 140km/jam.

“Encik, lajunya drive!” tegurku. Telan liur.

“Malam. Biasalah. Kereta jarang,” jawabnya mudah.

Tanpa bagi signal, dia mencelah ke tepi. Nampak Dheo jeling cermin pandang
belakang.

Aku ingat bila aku tegur, kutlah dia insaf sikit. Turunkan kelajuan keretanya. Tapi
rasa nak pengsan bila aku nampak meter semakin mendekati angka 160km/jam. Tak
pernah aku naik kereta selaju ini.

Dia ni nak bunuh diri ke apa? Nak bunuh diri pun tak payahlah ajak aku! Geram
rasa dalam hati. Aku pegang tali pinggang keledar yang mengikat tubuhku ke kerusi itu.

197
Obey.tube
Aku pandang ke tepi. Nak marah dia. Bos tak bos, kalau dah macam nak
layangkan nyawa sendiri dan aku, aku peduli apa.

Tapi, bila aku pandang Dheo di sebelah, wajahnya nampak lebih serius. Kemudian
nampak dia makin kerap kali jeling cermin pandang belakang. Dan tiap kali itulah,
pedal minyak ditekan makin rapat.

Dadaku berdebar laju. Melihatkan wajah Dheo, aku tahu sebenarnya ada sesuatu
yang tak kena. Kami diekori ke? Aku pandang ke arah cermin sisi sebelahku. Nampak
sebuah kereta yang tak kurang lajunya.

Dheo ke kiri, dia ke kiri. Dheo ke kanan, dia ke kanan. Sah, kami diekori!
Mengingatkan kenyataan itu, aku telan liur lagi. Lutut rasa menggigil. Takut.

“Encik, ada orang ikut kita ke?”

Lagi aku nak tanya.

Dheo diam dulu.

“Close your eyes and sleep,” kata Dheo tanpa berpaling ke arahku. Tumpuan
sepenuhnya diberikan pada pemanduannya.

Huh... Mudahnya! Macamlah boleh!

Aku diam membatu setelah itu. Tak nak kacau Dheo. Sesekali melihat cermin sisi.
Dalam hati, macam-macam ayat aku baca. Berdoa. Sebagai pelindung. Berharap kami
baik-baik sahaja malam ini. Aku tak nak jadi arwah.

Pandang depan. Tangan pula semakin erat memegang tali pinggang keledar. Kejap
sampai terasa kuku mencengkam pada tapak tangan. Gerun tapi aku cuba
memberanikan diri. Aku hanya mampu percayakan Dheo ketika ini.

Di lebuh raya tiga laluan itu, Dheo menyelinap di semua laluan. Pantang ada
kosong, pasti dia mencelah. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Beberapa kali dihon. Tapi
Dheo masih kekalkan cara pemanduannya. Masih berusaha untuk terlepas daripada
diekori kereta belakang.

Dheo kini berubah ke haluan tengah. Menghimpit laju kereta di hadapannya.


Ketika itu, di sebelah kiri kami lori minyak. Ada sebuah lori minyak lagi di
belakangnya. Dan kereta tadi pula dapat mengejar, kini berada di laluan paling kanan.
Kami terhimpit di tengah-tengah.

Dada berdebar kencang bila Dheo seakan-akan mahu melanggar kereta di


hadapan. Aku menjerit kecil seraya menutup muka. Tiba-tiba terasa kereta dibelok ke

198
Obey.tube
kiri, mencelah betul-betul di hadapan lori minyak itu. Sangat rapat! Sampai dihon oleh
lori itu. Kalau lambat sesaat, aku rasa memang kami dihentam lori itu.

Dan tiba-tiba, Dheo dah susur keluar dari lebuh raya. Selamat! Kereta itu pula aku
tak tahu entah ke mana. Mungkin tak sempat mengekor Dheo gara-gara dua buah lori
panjang itu. Mungkin dia terlepas peluang untuk susur keluar.

Setelah itu, pemanduan Dheo kembali normal. Aku masih kejung di tempat
dudukku. Takut. Seram. Trauma. Kaki rasa menggigil.

“Rose, are you okay?” Suara Dheo berbaur risau.

Tapi aku bagaikan tak dengar semua itu. Sebab sekarang ni sesuatu mula terimbas
di dalam kepalaku.

Peristiwa empat tahun lepas. Kemalangan teruk yang aku alami dulu. Sebaik
sahaja mendengar hon panjang lori tadi, sesuatu bagaikan muncul dalam benakku.
Imbasan-imbasan apa yang terjadi dulu.

Dalam kereta. Aku menjadi penumpang. Kena langgar. Dua kereta menghimpit
kiri dan kanan kereta. Kereta terbalik. Mataku sempat melihat susuk lain yang turut
berada di sebelahku ketika itu. Kepalanya berdarah. Dia tak sedarkan diri. Dan dia
adalah seorang lelaki. Tapi aku tak tahu siapa.

“Rose,” panggil Dheo. Bahuku disentuh lembut. Lalu aku tersedar kembali.

Pandang sekeliling. Dheo dah menghentikan keretanya di tepi jalan. Langsung aku
tak sedar. Wajahnya aku pandang. Berkerut kerisauan. Tenung dia lama-lama.

“Okey tak?” tanyanya lagi. Pandangannya lembut. Prihatin.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba redakan rasa hati. Angguk perlahan-lahan.
Aku okey. Cuma... Tak sangka aku boleh teringat kembali.

“Saya teringat kemalangan saya dulu,” kataku.

Nampak tubuhnya sedikit mengeras.

“Damn... I’m sorry!”

Suara penuh kekesalan.

Aku senyum hambar.

“It’s okay. At least saya boleh ingat sesuatu.” Aku pandang sudut positif.

199
Obey.tube
Jauh aku berfikir. Mengingat kembali.

“Masa saya kemalangan dulu, ada lelaki lain dengan saya,” ceritaku.

Dia pandang aku.

“Tapi saya tak tahu siapa.”

Aku mengeluh. Tertanya-tanya. Kalau aku koma sampai setahun, apa nasib lelaki
itu? Adakah dia selamat sekarang? Atau terkorban? Kenapa tiada orang bercerita
kepadaku? Dan siapa lelaki itu sebenarnya?

Sekali lagi tarik nafas dalam-dalam. Senyum padanya. Aku tak nak tengok riak
simpati pada wajahnya.

Kemudian tersedar sesuatu.

“Kenapa encik berhenti kat sini? Kalau kereta tadi dapat saing kita macam mana?”
soalku sedikit cemas. Dah tak sanggup nak berfast and furious 10 kat tengah-
tengah highway lagi sekali!

Tapi Dheo cuma selamba.

“Don’t worry. They won’t find another exit at least for next 5.5 km.”

Yakin sekali bicaranya.

Aku haraplah betul. Barulah boleh tarik nafas lega sikit.

“Encik tak patut drive macam tadi. Bahaya, tahu? Nak terkencing saya sebab
ngeri. Nasib baik tak ada apa-apa tadi,” marahku. Dah lama simpan.

Dia hanya diam.

“Memang patut pun encik suruh Lucca jadi driver. Selamat sikit,” bebelku lagi.

Kali ini bibirnya naik sedikit. Seksi.

“Oh, trust me, tesoro! He’s worse driver than me,” jawabnya macam tengah tahan
lucu.

Aku juling mata ke atas. Aku tahu dia tak menipu. Kalau dalam situasi yang sama,
aku yakin Lucca pun akan memandu dengan cara macam tu. Dia Dheo Han. Ada sebab
kenapa Lucca jadi driver dia, kan?

200
Obey.tube
“Encik kenal ke siapa yang ikut kita?” soalku tiba-tiba.

Diam.

Aku tahu dia kenal. Tapi lebih baik dia diam daripada menipu ke muka aku.

“Nothing concerns you, tesoro.”

Jawapan dalam skema jawapan Dheo Han.

Siapa pun orangnya malam ni, aku tahu pasti seseorang yang bermusuh dengan
Dheo. Tapi, musuh disebabkan apa aku tak tahulah pula.

Pening aku nak fikir. Makin aku fikir, makin samar-samar aku nampak. Makin
banyak benda aku tak tahu. Bilalah dia nak cerita kepadaku? Sebab selalu jadi macam
ni. Aku akan tahu sesuatu terjadi padanya. Tapi aku tak pernah tahu kenapa.

“Dahlah. Jom balik,” ajak Dheo.

Kembali menukar gear, memulakan perjalanan. Bila aku pandang sekeliling,


semuanya gelap. Entah kampung mana dia redah kali ni. Aku harap dia jumpalah jalan
nak ke rumahku.

201
Obey.tube
Bab 23

K EESOKAN harinya, Dheo tak datang kerja. Lucca pun turut hilang. Sebelum
zohor, Arrayan dah terpacak untuk menjemputku ke tempat kerja. Bila aku bertanya
Lucca di mana, jawapannya mudah.

“Men’s business.”

Dan aku tak lagi bertanya dengan lebih lanjut. Sebab aku tahu hanya kebisuaan
Arrayan yang akan menjadi jawapanku. Daripada kecewa tak bertemu jawapan, baik
aku jangan tanya terus.

Tapi... Entah kenapa aku rasa semua ini ada kena-mengena dengan hal semalam.
Apa yang Dheo buat? Kalau betul kerana hal semalam, aku harap Dheo dan Lucca
dilindungi.

Ketika kaki melangkah masuk ke lobi hotel, beberapa orang memandang ke


arahku. Ni tak lain tak bukan, mesti gosip! Kan aku dah cakap. Gosip di Hotel La Prince
ni, lajunya mengalahkan tersebarnya virus. Dan aku tahu sangat gosip kali ini tentang
apa. Dah pasti tentang Dheo dan Nurissa naik kereta bersama-sama dan berdua-duaan.

“Rissa, Encik Han kenapa tak datang kerja hari ni?” Arin menyoalku.

“Eh, mana Rissa tahu!” Sedikit terkejut. Kenapa harus aku yang ditanya? Dan
kalau aku tahu sebab apa, mana mungkin aku menjawabnya.

“Ada orang nampak Rissa dan Encik Han semalam.” Dia senyum mengusik.

Aku dah agak dah! Tapi reaksiku masih selamba. Tak buat salah, kenapa aku pula
yang nak rasa tertekan?

“Dia tolong hantar Rissa pulang. Katanya balas budi. Sebab gara-gara dia dan
tetamunya semalam, Rissa habis syif lambat lebih sejam,” ceritaku. Tokok tambah sikit
sebab nak sedapkan cerita.

“Oh, macam tu ke?” Arin mula percaya dengan ceritaku itu.

Aku angguk lagi.

“Kenapa tak suruh Lucca?”

202
Obey.tube
“Sebab Lucca tolong tetamu dia yang semalam tu,” jawabku. Kira betullah. Aku
tak tipu.

“Jadi Rissa tak tahulah kenapa Encik Han tak datang hari ni?”

Aku geleng kepala. Rasa nak gelak. Sejak bila pula ketidakhadiran Dheo menjadi
isu di hotel ni? Nak aje aku cakap. Jangan risau, Dheo datang atau tak datang, bumi
masih berputar pada paksinya. Ekonomi Malaysia pun tak terganggu.

“Yang tu, kalau Arin nak tahu sangat-sangat, kena tanya Cik Nancy. Dia mesti
tahu,” cadangku.

Bila dengar nama Cik Nancy, muka Arin terus berubah.

“Tak naklah. Muka dia pagi ni macam mak tiri Cinderella sakit gigi. Ngeri!”

“Dia sakit gigi?” Wajahku sedikit berkerut ketika bertanya. Kalau sakit gigi tak
payahlah datang kerja.

“Bukan, Rissa! Gigi tak sakit. Tapi hati yang sakit. Pujaan hati dah disambar
orang. Penat dia kejar, tengok-tengok kena sailang tengah jalan.
Dengan housekeeper pula tu.”

Berubah riakku selepas Arin berkata. Aku tak dungu untuk tidak menangkap apa
yang dikatakan Arin itu. Tahu dia bercakap tentang aku dan Dheo Han.

Telan liur.

“Tapi kita orang bukannya ada apa-apa,” jelasku.

Dan yang lagi penting, Dheo dan Nancy pun bukannya ada apa-apa! Jadi,
janganlah nak berlagak macam Dheo tu dia punya. Huh... Klise betul! Kenapa PA mesti
ada hati dengan bos? Kalau bos tak layan, faham-fahamlah! Carilah orang lain. Kawan
bos ke, sepupu bos ke.

“Ya ke?”

Arin kurang yakin.

“Betullah. We never involve in something romantic,” tegasku.

Aku memang suka Dheo. Tapi tak bermaksud aku pasang angan-angan nak
jadikan dia suami aku. Kami sangat berbeza. Kenyataan yang selalu aku sedar.

Bak kata Dheo, I’m out of your league.

203
Obey.tube
“We’ll see.” Arin masih tak percaya. Muka dia yakin gila aku dan Dheo akan ada
apa-apa.

Sudahnya, aku cuma mampu geleng kepala.

PUKUL sepuluh pagi, telefonku berdering minta diangkat. Ketika itu aku sedang
mengemas rumah. Maklumlah, cuti! Sehari seminggu. Inilah masa yang sesuai untuk
mengemas rumah. Selalu kemas rumah orang aje. Rumah sendiri?

Sebaik sahaja aku menyambar telefonku, tangan terkaku seketika. Private


number. Tapi tak tahu kenapa, aku tetap tahu si pemanggilnya siapa.

Lalu aku gesek ikon hijau itu. Ditekapkan skrin besar itu ke telinga.

“Helo.”

“Tesoro.” Hanya sepatah katanya. Macam yang aku agak, Dheo!

“Ya, encik?” soalku. Ingin tahu kenapa aku tiba-tiba dihubungi. Janganlah pula
dia nak aku kemas rumah dia. Aku tahu dah dua hari dia tak masuk pejabat, tapi aku
haraplah dia ingat yang hari ni aku cuti.

“Come outside.”

“Hah?”

“I said come outside. Be decent and come outside.” Suaranya mengarah.

“Encik kat luar ke?” soalku sedikit terkejut.

Tanpa menunggu jawapannya, kaki berlari ke tingkap bilik. Langsir diselak. Aku
nampak sebuah kereta hitam berada betul-betul di depan pintu pagar rumah. Tapi bukan
Range Rover. Kali ni nampak macam model Jaguar XJ. Dia ke?

“Ya, Rose. Saya di luar. Come outside, please. We’ll be going out.”

Bagaikan robot, aku terus patuh. Kerja-kerja rumah semua ditinggalkan. Aku
bersiap ala kadar. Hanya berpakaian ringkas. Tak sampai sepuluh minit, aku dah siap.
Cepat-cepat aku keluar rumah selepas memastikan rumah dalam keadaan selamat.

204
Obey.tube
Setelah mengunci pintu pagar, aku berjalan ke arah kereta itu. Canggung. Nak
buat apa ni? Masuk kereta macam tu ke? Tapi tuan kereta tak jemput lagi.

Bagaikan tahu-tahu gundah dalam hatiku, cermin gelap bahagian penumpang


diturunkan. Nampak Dheo yang sedang duduk di kerusi bahagian pemandu. Sedikit
terkejut. Kalau dia memandu, maksudnya tiada Lucca. Hanya kami berdua.

Mengenangkan kami cuma berdua lagi, dada berdebar lagi. Macam orang jakun,
aku berdiri di luar kereta. Tak tahu nak buat apa.

“Masuk, Rose!” arah Dheo.

Automatik aku patuh. Tangan terus membuka pintu keretanya, lalu aku masuk ke
dalam kereta. Sebaik sahaja aku masuk, Dheo terus memulakan perjalanan.

Diam antara kami. Aku pula sesekali mengerling ke arahnya. Dua hari tak jumpa,
tipulah kalau aku tak rindu. Alhamdulillah dia sihat, dia okey. Dan yang paling penting,
tiada luka baru di wajahnya. Aku haraplah badannya juga sama.

“Kita nak pergi mana, encik?” soalku akhirnya. Memecahkan kebisuan.

Pelik. Lagi aneh. Hari ini hari Ahad. Aku cuti. Dia pun cuti. Tapi, kenapa dia cari
aku juga. Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba bawa aku keluar?

“You’ll see,” katanya.

Bila melihat jalan yang dibawanya, aku rasa familiar. Sangat-sangat aku kenal.
Sehinggalah keretanya berhenti betul-betul di depan satu bangunan, telahanku ternyata
betul.

I’s Café. Saat terpandangkan kafe itu, hati rasa sesuatu. Gembira dan sebak
bercampur. Terkaku seketika aku di tempat dudukku. Tenggelam dalam emosi sendiri.
Bila tiba-tiba tingkap sebelahku diketuk, baru aku perasan Dheo kini dah keluar.

Cepat-cepat aku buka pintu kereta. Berdiri di sebelahnya. Kami sama-sama pegun.
Kemudian Dheo memulakan langkah dulu. Menuju ke arah pintu masuk I’s Café.
Kakiku bagaikan robot turut membontotinya.

Dheo menolak pintu masuk kafe itu. Semua pandangan tertumpu ke arah kami.
Aura Dheo Han mampu mematahkan semua bicara. Yang mengenalinya tunduk hormat
kepadanya. Aku pula hanya berdiri di sebelahnya.

Kemudian Kak Tiqah baru perasan dengan kewujudanku. Lebar senyumannya


saat melihatku.

“Cik Rissa!”

205
Obey.tube
Terus dia meluru ke arahku. Tubuhku dipeluk erat. Rasa macam nak putus nyawa.

“Ya Allah, rindunya kat Cik Rissa.” Kak Tiqah mula emosional. Matanya mula
berkaca.

“Rissa pun rindu Kak Tiqah. Rindu semua. Rindu kafe ni,” akuiku jujur.

Sebak saat melihat sekeliling kafe itu. Sejak ayah meninggal, ini kali pertama aku
jejak kaki ke sini. Aku pun tak sangka aku akan jejak kaki ke sini lagi memandangkan
kafe ini sudah berubah tuan.

Mengingatkan hakikat itu, aku tiba-tiba tersedar. Pandang ke sebelahku. Pemilik


baru kafe ini. Dia cuma diam berdiri. Membiarkan aku dan Kak Tiqah habiskan sesi
jejak kasih kami.

“Cik Rissa sihat?” soal Kak Tiqah. Dibeleknya tubuhku dari atas sampai bawah.
Meneliti perubahanku.

Aku senyum.

“Alhamdulillah, sihat.”

Dheo berdehem. Buatkan kami berdua berpaling ke arahnya. Wajah Dheo tak
berekspresi. Tapi faham akan maksudnya. Dah-dah la tu!

“Errr... Kak Tiqah masuk belakang dulu, ya? Nak prepare apa-apa yang patut.
Kejap lagi, majlis nak mula,” kata Kak Tiqah.

“Majlis?” soalku.

Tapi Kak Tiqah tak jawab. Dia terus berlalu.

Aku pandang sekeliling kafe itu lagi. Baru perasan semua orang nampak sibuk.
Dekorasi kafe itu sedikit berubah tapi masih mengekalkan identiti I’s Café yang lama.
Walaupun kini kafe ini dah menjadi dua tingkat. Perubahan yang baru menampakkan
kafe itu lagi luas dan nampak elegen. Punya kelas sendiri.

“Kenapa semua orang nampak sibuk?” soalku kepada Dheo.

“Itu kita tunggu dan lihat. Biarkan mereka dengan kerja mereka.” Hanya itu
jawapan Dheo.

“You come with me,” arahnya.

206
Obey.tube
Aku patuh. Dheo mula berjalan ke arah tangga. Kaki cuma mengikutnya. Sebaik
tiba di tingkat atas, sekeliling dipandang.

Terpaku! Penuh dengan lukisan. Bagaikan galeri persendirian. Walaupun aku


nampak macam separuh siap. Ada lukisan yang masih belum digantung. Hanya dibalut
dengan kain putih.

Mataku terhenti pada satu lukisan. Lukisan yang paling menyerlah di antara
semua lukisan. Laju kaki tinggalkan Dheo untuk berjalan ke arah lukisan itu.

Rose Is She! Dah tentu aku masih ingat lukisan ni. Jari dibawa untuk mengusap
lembut lukisan itu. Kagum.

“Do you like it?”

Kepala menoleh ke kanan. Dheo dah berdiri di sebelahku. Tapi matanya tertancap
ke arah lukisan itu.

Laju-laju aku angguk bila dengar soalannya itu. Dah tentu aku suka. Sebaik sahaja
aku melihat lukisan ni dulu, inilah yang aku bayangkan. Lukisan itu tergantung di
dinding I’s Café. Tak sangka hari ini menjadi nyata.

Senyuman di bibir mula sirna. Tersedar sesuatu. Kafe ini bukan milikku lagi. Jadi
walau segembira mana pun aku, kafe ini tetap kafe orang. Kafe Dheo. Lukisan itu pun
lukisan Dheo. Tapi, sekurang-kurangnya apa yang aku impikan jadi nyata. Walaupun
semuanya milik Dheo.

Tak apalah... Walaupun kafe ini bukan lagi milikku, tapi aku bersyukur kafe ini
tidak dirobohkan. Atau ditukar sepenuhnya menjadi tempat lain. Untuk itu, aku
berterima kasih kepada Dheo.

“Thank you,” ucapku kepada Dheo.

“For?”

“For keeping your promise. Encik jaga kafe ni dengan baik,” kataku.

“I’m a man of my words, tesoro. You can trust me on that.”

Tahu. Sedingin-dingin dia, hati dia baik.

“Kenapa encik bawa saya ke sini?”

Aku pandang sekali lagi sekeliling kawasan itu.

207
Obey.tube
“Hari ni reopening kafe ni. I just think that you should be here.”

Oh, baru aku faham kenapa semua orang tengah sibuk. Berdekorasi macam-
macam untuk cantikkan kafe ini. Ingatkan majlis apa yang akan diadakan. Rupa-
rupanya sempena kafe ini kembali dibuka.

Dheo berjalan sekeliling kawasan itu. Mata memandang ke setiap lukisan yang
tergantung di situ. Jelas kelihatan wajahnya yang kepuasan. Buatkan aku tersenyum
sendiri. Nampak sangat yang Dheo memang sukakan lukisan.

Kaki hanya mengikutnya dari belakang. Memerhatikan belakang dia yang


berjalan. Dari belakang pun dah nampak aura keyakinannya. Mungkin perasan aku
berada di sedikit belakang, Dheo berhenti melangkah. Kepala dipusingkan ke arahku.
Sebelah keningnya diangkat. Seakan-akan sedang menagih penjelasanku.

Alamak... Kantoi! Merah mukaku tiba-tiba. Aku berlagak selamba sebelum kaki
dilajukan untuk berdiri di sebelahnya. Kemudian kami mula jalan beriringan.

“Rose Is She. Kenapa encik letak di kafe ni? Kalau hilang, sayang,” soalku tiba-
tiba.

Lukisan itu dibeli dengan harga ratusan ribu. Ratusan ribu tu! Layak diletak di
galeri persendirian. Ataupun tempat yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi.
Sebab lukisan itu sangat berharga. Aku pun mati-mati ingat lukisan itu bakal diletakkan
di Galeri The Dheo’s nya.

“Because it stays where it belongs.”

Diam lepas tu. Aku tak faham apa yang dimaksudkannya, tapi aku memilih untuk
berdiam. Bukan urusan aku untuk tanya lebih-lebih. Sifat aku ingin tahu. Tapi
bukan busy body.

Dheo melangkah ke tengah-tengah ruang itu. Di situ, terletaknya satu piano besar
berwarna hitam. Ada bangku panjang yang terletak di depannya. Dheo melabuhkan
punggungnya di atas kerusi itu.

“Duduk,” arahnya.

Aku patuh. Duduk di sebelah kirinya. Tapi masih ada ruang yang agak besar di
tengah-tengah kami. Aku hanya memerhatikan gerak-geri Dheo. Jarinya digosok
pada keynote piano yang berwarna hitam dan putih itu. Kemudian jarinya ditekan sekali
untuk setiap not, menghasilkan bunyi seakan-akan Do Re Mi Fa So La Ti Do.

Kepalanya ditalakan ke arahku.

“Pandai main piano?”

208
Obey.tube
Laju-laju aku geleng. Main piano? Kenal pun tak pernah. Jemari aku ni dan piano
memang tak ditakdirkan bersama.

“Are you sure?” Nampak matanya mengecil ke arahku. Seakan-akan musykil


denganku.

“Betul, encik. Saya tak pernah main piano,” akuiku lagi. Betul. Ni bukan ayat nak
rendah diri atau apa. Sebab aku memang tak tahu langsung main piano.

“Then, you should try.”

Dheo kemudiannya menekan-nekan jemari kanannya di atas papan nada piano itu.
Menghasilkan muzik yang rawak. Tapi sedap didengar. Dia pandang aku. Maksudnya,
giliranku.

Aku geleng kepala.

“Kalau sumbang nanti macam mana? Silap-silap lari semua orang.” Aku enggan.

“Judge something when you have already tried. Only cowards do before.”

Pergh... Menusuk kalbu kata-katanya! Tercabar pula aku mendengarnya. Terus


jemari runcing dibawa ke atas papan nada itu. Kemudian pandang dia. Dheo hanya
angguk sekali. Seakan-akan menggalakkan aku untuk terus mencuba.

Aku tekan satu kunci. Dan tiba-tiba, tanganku bagaikan dikawal seseorang.
Menekan satu per satu papan nada itu sehingga terhasilnya melodi. Macam lagu. All Of
Me. Tapi cuma beberapa baris lagu itu.

Bulat mataku setelah itu. Pandang jari sendiri. Ada magik ke apa? Macam mana
aku boleh main piano?

“Awak tahu main.”

Bukan soalan tapi lebih kepada kenyataan.

“Saya tak tahu?” Aku sendiri pun musykil.

Kalau ikutkan, aku tak pernah main piano. Adakah aku pernah belajar sebelum
aku hilang ingatan? Satu lagi benda baru aku tahu hari ini.

“Awak patut habiskan lagu tu,” kata Dheo lagi.

Kelip-kelip aku pandang dia. Kemudian pandang piano pula.

209
Obey.tube
“Itulah masalahnya. Bahagian tu aje saya tahu,” jawabku jujur.

Tadi pun, ketika aku menekan-nekan papan nada itu, semuanya lebih
kepada autopilot. Dan ketika tiba di bahagian akhir, tangan tiba-tiba berhenti.
Maksudnya, sedar atau tak sedar, memang itu aje yang aku tahu.

Mungkin dulu pun aku memang tak pandai main piano. Tapi aku cuba belajar
walaupun sikit. Atau sebenarnya seseorang telah mengajarku untuk bermain piano,
cuma untuk bahagian lagu itu.

Dheo tak menjawab setelah itu. Nampak tubuhnya kembali dipusingkan ke arah
piano. Kedua-dua tangannya dinaikkan ke atas papan nada itu. Jari-jemarinya mula
bergerak. Melodi indah permulaan lagu untuk All Of Me menyentuh halwa telinga.

Aku hanya mendengar. Sedapnya dia main. Sesekali mata melihat jemari kasarnya
yang bergerak itu. Tapi kebanyakannya tumpuanku diberikan kepada wajahnya. Kagum
dan tak sangka. Dheo pandai bermain piano.

Aku dengar suara Dheo mula menyanyi.

“How many times do I have to tell you... Even when you’re crying, you’re
beautiful too... The world is beating you down, I’m around... Through every mood...”

Dheo pandang aku. Sambil tangannya masih bermain di papan piano itu.

“You’re my downfall, you’re my muse... My worst distraction, my rhythm and


blues... I can’t stop singing, it’s ringing in my head for you...”

Dheo diam seketika. Hanya jemarinya terus menekan. Kemudian lagi sekali
pandang aku dan menyambung nyanyiannya.

“Cause all of me... Loves all of you... Love your curves and all your edges... All
your perfect imperfections... Give your all to me, I’ll give my all to you... You’re my end
and my beginning... Even when I lose, I’m winning... Cause I give you all of me... And
you give me all of you...”

Dan apa-apa yang dia nyanyikan setelah itu, satu pun tak masuk kepalaku. Hanya
mataku tertumpu pada anak mata Dheo. Kali ini pandangannya berbeza. Bagaikan
punya emosi yang berselindung di balik anak mata gelap itu. Yang selama ini cuba
diselindungi olehnya.

Sekali lagi, bagaikan aku pernah melihat pandangan matanya itu. Bukan! Apa
yang jadi sekarang bagaikan pernah terjadi dulu. Bagaikan déjà vu! Tiada bayangan
silam yang muncul, tapi hati rasa dekat. Dan aku yakin dengan kata hatiku. Aku pernah
berada dalam situasi yang sama.

210
Obey.tube
Sehinggalah ruang itu kembali sepi. Dheo habis main piano. Tapi kami masih
berpandangan. Masing-masing masih enggan mengalah. Belum puas untuk mencari
rahsia dia balik anak mata.

“Rose.”

Suara romantis itu!

Mataku sedikit meluas selepas mendengarnya. Sekali lagi aku pandang wajah
Dheo. Tapi kali ni wajah Dheo kembali seperti biasa. Tak dingin atau sebeku dulu. Tapi
segala yang tersingkap di wajahnya sekejap tadi hilang sama sekali. Bagaikan tak
pernah wujud.

“Call me again.”

“Rose.”

Tapi suara itu berbeza. Tak sama langsung. Bila aku pandang reaksinya, dia hanya
pandang aku. Tanpa emosi.

Buatkan aku ragu-ragu. Semua tadi, ilusi akukah? Gara-gara tenggelam dalam
emosi sendiri, aku berhalusinasi. Mahukan apa yang aku mahukan jadi nyata?
Mungkinkah?

Tiba-tiba jadi keliru.

“Encik Han, Cik Rissa, majlis dah nak mula.”

Kemunculan Kak Tiqah itu mengurangkan suasana yang sedikit tegang tadi.

Aku dan Dheo, kami sama-sama angguk. Tapi yang pasti, rasa kaku. Aku tahu
Dheo pun sama.

211
Obey.tube
Bab 24

P ERNAH kenal atau tak pernah kenal? Dari semalam lagi, kepala kusut
memikirkannya. Aku tak pasti dengan kemungkinan itu, tapi aku dapat rasakan Dheo
tahu aku siapa dulu. Firasat keperempua518nanku menyatakannya.

“Lucca, Encik Han dulu study kat mana?”

Mod Sherlock Holmes dah on! Lucca di sebelah dipandang. Macam biasa, dia
mengambilku untuk ke tempat kerja.

“University of Nottingham.” Laju Lucca menjawab.

“Branch London?” soalku. Inginkan kepastian. Maklumlah, universiti itu banyak


cawangan.

Lucca angguk.

Jadi, sama universiti dengan aku dulu? Kemungkinan untuk kami kenal itu
memang ada? Tapi terlalu besar. Kalau diikutkan, bukan kami berdua yang belajar di
universiti itu. Punyalah beratus kursus dan beribu pelajar, kemungkinan untuk kami
kenal sangat tipis.

“Umur Encik Han sekarang dah berapa?” soalku lagi. Baru sedar yang aku tak
pernah tahu pun.

“Dua puluh lapan.”

Beza umur kami empat tahun. Agak besar juga. Sebelum aku masuk belajar dulu,
entah-entah dia dah tamat belajar. Tak mustahil kami tak pernah jumpa.

“Kenapa tanya soalan-soalan berkaitan dengan Dheo?” Lucca bertanya kepadaku.

Aku sengih.

“Curious.” Hanya itu yang aku jawab.

Aku mula berfikir lagi. Jari telunjuk dibawa ke dagu. Urut-urut sambil otak ligat
berfungsi.

212
Obey.tube
Kalaulah aku kenal Dheo, persoalan pertama, kenapa dia buat-buat tak kenal aku?
Adakah sebab kami tak berapa rapat dulu? Atau memang dia tak kenal aku?
Maklumlah... Manalah tahu aku dulu minat dia ke? Jadi aku tahu dia tapi dia tak pernah
tahu aku wujud pun. Aku pula manalah tahu, syok sendiri.

Kemudian suara Dheo selepas bermain piano semalam terngiang-ngiang balik.


Rose! Selembut dan seromantis dalam mimpiku dulu. Tapi aku tak tahu memang betul
atau cuma ilusi aku semalam. Kalau betul dia lelaki dalam mimpiku, adakah dia Encik
Duri?

Haish... Tak mungkinlah! Aku geleng kepala beberapa kali. Tulisan mereka tak
sama. Ya... Balik aje dari I’s Café semalam, dengan gigihnya aku terus maraton ke bilik
tidurku. Cari kad yang ditulis Dheo dan Encik Duri. Mahu membandingkan tulisan
mereka. Tapi, agak kecewa juga bila nampak tulisan mereka tak sama langsung.

Sekarang ni, aku kenal ke tak dengan Dheo sebelum ni? Dah pernah tanya Dheo
dulu, tapi jawapannya dia tak kenal aku pun.

Are you sure, Nurissa? Kata hati berbisik.

Aku yakin ke tak? Cuba fikir balik. Cuba ingat balik kali pertama aku jumpa Dheo
dulu. Apa yang aku tanya dia, ya? Aku tanya dia sama ada aku kenal dia atau tak. Tapi
balasannya ketika itu, diajuknya balik kata-kataku tapi berlainan nada.

Do I know you?

Dan itu bukanlah kali pertama aku bertanya kepadanya. Kali kedua pula ketika
kali pertama dia memanggilku Rose. Bila aku bertanya sekali lagi sama ada kami
pernah kenal atau tidak, jawapannya juga sama tapi berlainan versi.

Do I look like I know you before?

Buatkan aku tersedar sesuatu. Dheo tak pernah jawab soalanku. Tidak pernah
keluar dari bibirnya yang menyatakan kami tak pernah kenal. Bila aku tanya macam tu,
tiada jawapan yang diberikan sebenarnya. Dia sering membalasnya dengan soalan. Dia
biarkan aku sendiri yang membuat kesimpulan sendiri.

Licik.

Dan bila fikir balik, dah banyak kali aku rasa aku macam kenal dia. Bukan sekali.
Aku rasa, kali ini aku patut ikut kata hati. Kalau aku tanya dia lagi, adakah dia akan
mengaku? Kalau dia betul-betul kenal, kenapa dia tak mengaku?

Tapi... Kalau Dheo sendiri yang tak nak jawab, biar aku sendiri yang cari,
siapakah dia kepadaku! Dan aku akan pastikan bila aku bertanya soalan yang sama
selepas ini, hanya jawapan yang jujur yang bakal diberikannya.

213
Obey.tube
Kali ini aku angguk kepala pula. Ya... Aku akan pastikan Dheo mengaku sendiri
kalau betul kami kenal! Aku akan cari jawapan sendiri.

“Are you okay, principessa?” Suara Lucca itu membangkitkan aku ke dunia realiti.
Aku pandang sebelah.

“Okey. Kenapa?”

“Kejap geleng. Kejap angguk. Is there something bothering you, signora?”


Suaranya penuh keprihatinan.

Aku pandang wajah Lucca lama-lama. Wajah berkerut risau. Sesuatu yang luhur
dari hati. Bukan dibuat-buat. Macam risaunya seorang abang kepada adik
perempuannya.

Kalau dulu aku kenal Dheo, mungkinkah aku kenal Lucca juga? Selama hidupnya,
dia umpama kembar siam Dheo. Selalu dengan Dheo. Dan bila difikirkan balik, Lucca
juga bagaikan pernah dilihat. Tapi, kalau aku tanya Lucca, agak-agak dia mengaku tak?

Aku jamin dia takkan. Letak pistol di kepala pun, kalau Dheo Han kata jangan,
maka jangan la yang akan dipegang sehingga hujung nyawanya. Dia pun dah
bersumpah kesetiaannya hanya untuk Dheo.

Tak apa... Suatu hari nanti, kalau betul kami pernah kenal, aku akan tahu juga!

“Nothing. I’m absolutely okay. I’m good.” Senyum manis kepada Lucca.

MACAM MANA aku nak cari siapa Dheo sebenarnya? Apa sumber yang patut aku
cari? Rasa macam tiada langsung klu untuk mencari. Hubungan aku dengan London
bagaikan tak pernah wujud. Tiada nombor telefon. Tiada laman sosial. Tiada juga
majalah universiti.

Nak tanya ayah, ayah dah tiada. Perlu ke aku hubungi University of Nottingham tu
sendiri? Tapi... Nak cakap apa? Nak cari apa? Dah bertahun berlalu, entah-entah rekod
pelajar pun dah dihapuskan. Lepas tu, takkanlah mereka nak bagi maklumat sulit
kepada sesiapa macam tu aje?

Huh... Kalaulah ada kawan-kawan yang kenal aku masa aku di London dulu!

Zap! Aku tersedar sesuatu. Shahril! Satu-satunya orang yang pernah menyatakan
yang dia kenal aku ketika aku di London dulu. Mungkin aku boleh tanya dia.

214
Obey.tube
Tapi, Nurissa! Kalau kau ingat Shahril, mesti kau ingat juga yang kau tu dah
hilangkan kad nama dia! Sekarang ni kau nak hubungi dia macam mana? Dalam
mimpi? Pakai burung hantu untuk hantar surat?

Tepuk dahi sendiri. Menyesal gila. Macam mana kad nama dia boleh tercicir?
Cuai lagi! Sepatutnya lepas dapat kad nama dia, terus aku masukkan nombor telefonnya
dalam telefonku. Sekarang ni, apa aku nak buat? Terkilan aku bila satu-satunya medium
untuk aku berhubung dengan masa laluku hilang.

Belum mula lagi dah rasa nak give up. Bukan senang nak cari sesuatu tanpa ada
punca. Kalau aku ni banyak duit, dah lama aku upah penyiasat untuk menyiasat. Gerenti
tak sampai dua hari dah terjawab semuanya.

Apakan daya, tak semua kita nak kita dapat, kan?

Sekarang ni, rasa macam nak tawakal aje la. Doa banyak-banyak, semoga aku
terserempak dengan Shahril lagi sekali walaupun probabilitysangat tipis. Manusia di
atas bumi Malaysia ni bukannya seorang dua.

Tapi, bukan mustahil, kan? Kalau kita berusaha, insya-Allah, Allah akan
permudahkan. Manalah tahu suatu hari nanti syarikat tempat Shahril bekerja
adakan event di hotel besar ni, kan?

Tempat kerja!

Dalam kad nama Shahril tu, walaupun aku tak hafal nombor telefon Shahril, tapi
aku masih ingat nama syarikatnya. Kenyalang Enterprise. Itu nama syarikatnya. Aku
boleh cari di Google tentang nombor telefon pejabatnya!

Terus rasa bersemangat. Alhamdulillah... Nampak juga jalannya. Rasa nak


melompat sebab terlalu gembira.

Jangan gembira sangat, Nurissa! Macam-macam boleh jadi. Ya... Aku tahu!
Harapanku, semoga Shahril masih bekerja di situ. Aku haraplah juga senang untuk aku
hubungi dia sebab sekarang ni aku tak tahu dia bekerja di bahagian mana.

“ASSALAMUALAIKUM, Rissa.” Terasa kerusi bertentangan di depanku ditarik.

Aku panggung kepala. Senyuman dihulurkan dulu sebelum menjawab salam dia.
Mata hanya melihat dia yang melabuhkan punggung di depanku itu.

215
Obey.tube
Shahril. Akhirnya, aku dapat juga berjumpanya. Aku tak tahu sama ada
keputusanku itu betul atau salah. Dan aku tak tahu macam mana sebenarnya sifat lelaki
bernama Shahril itu. Entah baik, entah tidak. Tapi, tak salah mencuba, kan?

“Lama tunggu?” soal Shahril.

“Tak adalah. Baru aje,” jawabku. Sedikit canggung sebenarnya. Tapi segalanya
aku tepis jauh-jauh.

Siapa sangka aku berjaya menghubunginya. Nasib baiklah panggilan yang aku
buat ke pejabatnya itu dapat menghubunginya terus. Proses tak terlalu sulit. Bila
panggilanku berjaya disambungkan kepadanya, terus aku perkenalkan diri. Dan selepas
itu, wujudlah pertemuan ini.

“Saya betul-betul tak sangka yang kita akhirnya berjumpa lagi.”

Aku senyum dulu. Aku pun tak sangka. Kalau bukan sebab aku mahu tahu
sesuatu, aku pun tak rasa akan wujudnya pertemuan ini. Walaupun niatku agak kejam,
aku terpaksa lakukannya.

“I’m curious. Sebab awak satu-satunya kawan dari London yang saya kenal,”
jujurku.

Nampak wajahnya sedikit terkejut. Kemudian bertukar simpati.

“Saya turut bersimpati dengan apa yang jadi kepada awak, Nurissa. Tapi,
alhamdulillah... Sekurang-kurangnya awak masih hidup.”

“Awak memang tak tahu yang saya kemalangan dulu? How come?” Sesi
mengorek rahsia dah bermula.

“Masa tu tengah break. Semua orang bercuti. Biasanya awak suka bercuti ke luar
negara. But that day, you balik Malaysia. Dan bila dah habis break, awak dah tak balik.
Masa tu, khabar angin cakap awak dah drop. Pilih untuk sambung belajar di Malaysia.
Sebab tu tiada yang tahu awak kemalangan teruk,” cerita Shahril.

Peka aku mendengarnya. Oh, begitu ceritanya!

“I see. Awak tahu tentang saya. Nampak kita rapat,” komenku.

Shahril senyum.

“Of course. I told you. We used to be lovers.”

216
Obey.tube
“Used to? Apa jadi lepas tu? Kenapa kita berpisah?” soalku. Entah kenapa bila dia
kata kami pernah bercinta, aku tak rasa apa-apa pun. Hati macam tak boleh nak terima.
Aku rasa mungkin juga sebab aku hilang memori tentang dia.

Wajahnya bertukar muram.

“Misunderstanding. Someone framed me. Buatkan nampak saya curang dengan


awak. Tapi saya sumpah saya tak pernah curang dengan awak,” katanya bersungguh-
sungguh.

Kelip-kelip aku pandang dia. Dia cakap apa pun, aku tak rasa apa. Sebab sekarang
ini aku adalah Nurissa yang lain. Kalau betul apa yang dia cakap, aku turut bersimpati
dengannya.

“Apa saya buat masa tu? Awak tak cuba jelaskan ke?” soalku lagi.

“I tried. But you refused. Tengok muka saya pun awak dah jijik. Awak pernah
cakap awak benci saya dan maki saya. Saya hanya boleh bagi awak masa. Bila awak
balik Malaysia dan tak balik sini lagi, saya putuskan yang awak betul-betul bencikan
saya.”

“Was I that cruel?”

Aku agak terkejut mendengarnya.

Pelik. Entah kenapa rasa tak boleh terima. Perangai aku seteruk itukah? Sangat
berbeza dengan personaliti sekarang. Mencaci-maki orang itu bukan dalam kamus
hidupku. Aku tak suka biadab dengan orang.

Dan aku jenis yang tak suka menuduh secara melulu. Aku biasanya akan bagi
peluang kepada orang untuk memberikan penjelasan dulu. Barulah aku akan
menghukum. Aku takkan percaya pada sesuatu perkara tanpa ada bukti yang kukuh.

Aku... Pendek akal ke dulu? Kalau ikutkan, tak mustahil. Sebab ketika itu umurku
masih remaja. Baru nak tempuhi alam awal kedewasaan.

Listen, but don’t fully trust, Nurissa! Suara hati berbisik. Memujukku supaya
jangan naif sangat. Situasi aku sekarang ini memudahkan orang untuk memanipulasikan
aku.

“Untuk segalanya, saya minta maaf. Tapi... Semua dah lepas. Masa tu pun saya
masih budak-budak. Saya harap awak maafkan saya,” balasku.

Perbualan kami terganggu seketika bila pelayan lelaki itu datang untuk
meletakkan makanan yang kami oder. Aku hanya memesan nasi goreng kampung dan
teh O ais limau. Manakala Shahril pula memesan mi goreng mamak dan air suam.

217
Obey.tube
“Masa di London dulu, saya rapat dengan siapa?” korekku lagi. Manalah tahu, aku
punya kawan-kawan lain yang boleh dihubungi. Dapatlah aku korek cerita lagi.

“Awak rapat dengan Sharifah. Tapi sekarang ni, dia tak ada di Malaysia. Dia
kahwin dengan orang sana. Menetap kat sana selepas tamat belajar.”

“Orang lain?”

“Saya tak berapa pasti. Kalau ada pun, rasanya semua dah loss contact.”

“Dheo Han?”

Pergerakan sudu dan garpunya terbeku di tengah-tengah jalan. Aku cuma


perhatikan gerak-gerinya. Dia kenal Dheo! Itu yang aku pasti.

“Macam mana awak boleh ingat dia?” Suaranya berubah sedikit. Terselit sedikit
kekerasan. Bagaikan meragui status amnesiaku.

Tapi aku cuma tenang. Senyum segaris.

“Saya sekarang kerja di Hotel La Prince. Hotel dia. Saya baru tahu dia pun satu
universiti dengan saya,” ceritaku.

“Awak tak ingat dia?” soal Shahril lagi.

Aku geleng kepala.

“Jadi, saya kenal dia?” tanyaku balik.

Jawapan yang aku cari akhirnya aku jumpa. Bingo! Dheo Han ternyata seseorang
yang pernah wujud dalam kehidupan laluku.

“Apa yang awak ingat tentang Dheo Han?” Tanpa menjawab soalanku, aku
ditanya balik.

Aku diam sekejap. Buat-buat berfikir.

“Hmmm... Nothing. Kenapa? Dia penting ke dalam hidup saya?”

“You don’t remember him? Baguslah.” Suara puas hati dari Shahril.

“Kenapa? Dia siapa?” soalku lagi.

“He’s someone you should hate. He’s a bad boy.”

218
Obey.tube
“Bad boy?” Kenapa aku tak pelik mendengarnya?

“Dia pernah permainkan perasaan awak. Bet dengan kawan-kawan dia yang dia
akan dapat awak. Dan awak pernah tahu. Saya rasa, itu alasan kenapa awak balik
Malaysia masa tu,” cerita Shahril. Jelas kedengaran suara dia yang kesiankan nasib aku.

Aku telan liur. Cuba hadam. Aku dan Dheo pernah punya sejarah? Sejarah buruk
pula tu! Tapi, kenapa? Kenapa dia pandang orang biasa-biasa macam aku?

“Tapi kenapa dia buat-buat tak kenal saya?” Aku blur bila bertanya kepada
Shahril.

“Itu mungkin bukan sebab dia buat-buat. Tapi dia memang tak kenal. Ada orang
kata lepas dia habis break, dia pun accident. Kena langgar lari. Tapi ada orang kata dia
kena bantai sampai lunyai. Mungkin otak dia dah tak betul masa tu. Semua orang dia
tak ingat. Pendek kata, dia pun...”

“Amnesia?” sambungku.

Tak percaya. Dia hilang ingatan juga? Kegilaan apakah ini? Kami berdua sama-
sama hilang ingatan. Macam tak boleh nak percaya aje?

“Balasan Tuhan pada dia. Suka sangat mainkan perasaan orang. Mungkin ni jalan
takdir yang terbaik. Awak tak ingat, dia pun tak ingat. Memang tak
ditakdirkan bersama. No hard feelings.”

Sakit kepala aku nak hadam kata-kata Shahril itu. Separuh hatiku enggan percaya
Dheo seperti itu.

Listen, but don’t fully trust, Nurissa! Be rational!

“Oh, patutlah dia pun tak ingat saya!” Hanya itu yang aku mampu jawab.

Otak ligat berfikir. Susah aku nak hadam yang Dheo turut hilang ingatan. Aku
langsung tak percaya. Teringat balik interaksi kami. Adakah dia sama macam aku?
Keliru dengan perasaan sendiri?

Bila kita rasa kita kenal seseorang di depan mata, tapi kenyataannya kita tak tahu
siapa. Bila kita rasa bagaikan déjà vu, tapi hakikatnya semuanya memang pernah
terjadi. Macam tu ke Dheo rasa bila dengan aku? Adakah sedikit demi sedikit memori
kembali?

219
Obey.tube
Bab 25

M ALAM itu, lama aku berfikir. Fikirkan tentang apa yang dikatakan oleh
Shahril. Aku tak percaya bulat-bulat dengan ceritanya, tapi kalau betul, macam mana?

Kalau betul, memang tak peliklah kalau dia tak pernah jawab bila aku tanya dia
kenal aku atau tidak. Sebab dia pun mungkin keliru dengan perasaan sendiri. Macam
aku, kadang-kadang buat sesuatu tanpa sedar. Subconscious.

Tapi, kalau cerita Shahril tak betul, apa aku nak buat? Pertama sekali, apa motif
dia bercerita macam tu kat aku? Dan yang kedua, kenapa Dheo buat-buat tak kenal aku?
Dia ada sorokkan sesuatu ke?

Atau sebenarnya cerita Shahril itu separuh betul, separuh tidak? Mungkin motif
Dheo buat-buat tak kenal aku sebab nak kurangkan komplikasi. Mungkin rasa semua
benda yang tak matang dah lepas, jadi buat apa nak kenang? Pendek kata, dia kenal aku
atau tak dah tak penting bagi Dheo.

Aduh... Pening... Pening! Nak korek cerita lain, cerita lain yang aku jumpa! Tak
apalah... Sekurang-kurangnya aku dah tahu yang aku dan Dheo pernah kenal dulu. Dan
bila takdir membawa kami bertemu kembali, semuanya hanya kebetulankah?

Tak apa... Tak apa... Cari bukti lagi! Aku tak boleh sepenuhnya berharap dengan
cerita Shahril. Dalam ceritanya itu, aku tak tahulah berapa peratus sebenarnya yang
betul.

DADA berdebar kencang saat melangkah masuk ke dalam penthouse itu. Sebab aku
tahu yang Dheo masih ada di dalam. Dia hanya duduk di atas sofa bersama satu tablet di
tangannya. Wajah serius maut. Buatkan aku telan liur tanpa sengaja.

Aduh... Dah kenapa rasa macam baru lompat kijang masuk ke sarang beruang?
Beruang yang tengah sakit gigi! Sebab aku rasa aura di sekeliling mula menggelap.

Something’s not good!

220
Obey.tube
Dheo panggung kepala. Matanya mengecil. Garang. Belum pun keluar suara dia,
aku dah rasa nak terkucil. Lama dia tenung muka aku.

Kenapa? Aku buat salah apa hari ni?

Gulp!

“You should be cleaning this house now. Kenapa lambat?” Suaranya sedikit tinggi.
Dia marah.

Kelip-kelip mataku pandang dia. Tak percaya. Selama aku bekerja dengannya,
sekali pun tak pernah jadi isu pukul berapa aku naik untuk mengemas rumahnya. Tapi
kenapa hari ni?

Aku mahu menjawab, tapi tiada apa yang keluar. Malah... Aku tak tahu nak balas
apa. Serius terkedu aku dengan amarahnya.

“Maaf, encik.”

Sudahnya, hanya itu aje la yang aku mampu ucapkan. Kenalah faham. Kita babu,
dia bos. Aku tundukkan sedikit pandanganku. Tak nak tengok dia yang marah. Aku tak
suka.

Kedengaran bagaikan nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihela panjang-panjang.


Aku masih tak faham. Kenapa dia bad mood hari ni? Kalau pun bad mood, pergilah
kerja cepat-cepat. Jangan jadikan aku sebagai mangsa untuk dia melampiaskan
amarahnya.

Sedikit sebanyak, kecil hati juga aku dengannya. Tak pernah-pernah kena marah.
Bukan... Dia pernah marah aku. Tapi, bila dia marah kali ini, entah kenapa hati rasa
sensitif. Padahal tiada apa pun perkataannya yang boleh menggoreskan hatiku. Tiada
caci maki pun.

“Saya pergi kerja dulu,” katanya. Suara dah sedikit kendur.

Aku kaku. Tak angguk, tak geleng.

Persoalannya, kenapa dia tak awal-awal lagi pergi kerja? Kenapa perlu tunggu aku
datang dan tinggikan suaranya kepadaku baru dia nak pergi kerja? Nampak aku ni
macam punch bag ke? Atau sebab dia tak suka aku. Jadi dia sengaja mencipta alasan.

Kenapa Dheo nampak macam berubah? Dulu... Sedingin-dingin dia, aku faham
kalau dia tak endahkan orang. Sebab memang kena dengan personalitinya. Sekarang ini
pun sama. Tapi, entahlah! Tak tahu aku nak cakap macam mana.

221
Obey.tube
Rasa suasana agak tegang. Aku nampak dia mengatur langkah ke arah pintu.
Kemudian dia berpusing balik ke arahku.

“Pukul sepuluh pagi tepat-tepat, tunggu saya di lobi. Tukar baju. Ikut saya nanti.”
Suaranya bebaur arahan.

Aku tahu kami bakal keluar lagi. Ke mana? Lidah ingin bertanya. Tapi aku tak
rasa dia akan jawab kalau dah mood monsoon barat daya dia tu belum berlalu lagi.

“Baik, encik,” jawabku.

Tanpa memberikan perhatiannya kepadaku lagi, dia terus berjalan keluar.


Kedengaran bunyi isyarat menandakan pintu telah tertutup kembali. Susuk Dheo hilang
dari pandangan.

SEPERTI yang diarahkan Dheo, sebelum pukul sepuluh pagi lagi aku dah terpacak di
lobi hotel. Biar awal daripada lambat. Biar aku yang jadi penunggu asalkan bukan
menjadi yang ditunggu. Dan bila jarum panjang jam tepat-tepat ke angka dua belas,
kedengaran lif Dheo terbuka.

Dheo dengan penuh keyakinan melangkah keluar. Ada Lucca yang mengekor di
belakangnya. Melihat Nancy tak ikut serta, aku yakin kali ini juga kami bakal keluar
atas urusan bukan kerja. Apatah lagi melihat Dheo cuma berkemeja hitam tanpa kotnya.

Sambil berjalan, nampak dia membuka cuff linknya. Lengan baju dilipat hingga ke
siku. Bila kaki mendekatiku, dia tak berhenti melangkah. Dan aku bagaikan faham,
terus laju membuntutinya.

Lucca menjadi pemandu. Aku dan Dheo duduk di belakang. Semua diam.
Dapatku rasa suasana agak tegang. Dan aku pula lebih selesa berdiam diri. Tak nak
kena marah lagi. Apatah lagi aku nampak riak wajah Dheo serius. Macam ada benda
yang tak kena. Kalau aku bersuara, silap-silap kena panggil Uber, balik hotel. Tak
pasal-pasal kena tendang keluar.

Diam sepanjang perjalanan sehinggalah kereta memasuki satu pintu pagar besar
universiti. Universiti? Dheo buat apa kat sini? Kena bagi talk? Atau jadi tetamu
jemputan? Tapi kalau dah macam tu, dia heret aku buat apa?

Lucca menghentikan kereta di bahu jalan. Meminta kami keluar dulu sementara
dia mencari parking kereta. Aku cuma akur. Hanya ikut Dheo. Sebab aku tak tahu
kawasan ni. Dheo mula berjalan. Sesekali dia menoleh ke belakang. Untuk pastikan aku
ikut dia.

222
Obey.tube
Dheo bertanyakan sesuatu kepada seorang pelajar lelaki. Mungkin bertanyakan
tempat sebab aku nampak budak lelaki itu bagaikan sedang menunjukkan arah
menggunakan tangannya. Dheo pula khusyuk mendengar. Beberapa ketika kemudian,
aku nampak Dheo berkata sesuatu. Mungkin berterima kasih.

Lebih kurang lima minit berjalan, kami tiba di satu kawasan lapang yang dipenuhi
dengan pelbagai khemah. Mungkin festival sedang berlangsung. Lagu dipasang untuk
memeriahkan suasana. Suasana agak hiruk-pikuk dengan suara dari pelbagai punca.

Dheo berhenti berjalan. Aku nampak matanya seakan-akan mencari sesuatu. Bila
sekali lagi Dheo mula melangkah, sekali lagi jugalah aku mengikutnya. Rasa agak
canggung juga. Entah kenapa rasa macam semua pandangan tertumpu ke arah kami.
Atau lebih spesifiknya adalah kepada Dheo.

Sehinggalah kami tiba di hadapan satu booth jualan.

“Dheo!” Bukan main gembira suara itu. Macam pernah dengar.

Aku angkat muka. Hazel? Lebar betul sengih dia bila Dheo di depan mata. Jadi,
ini adalah universiti Hazel.

“Hazel,” tegur Dheo sepatah.

Kemudian pandangan Hazel teralih kepadaku. Sengih lagi lebar.

“Hai, Nurissa,” tegur Hazel.

Aku senyum dulu sebelum membalasnya.

“Hai, Hazel.”

“Ni... Kawan saya, Farhanah. Tapi orang panggil dia Anas.” Hazel
memperkenalkan kawannya yang turut ada di situ.

“Anas, ni Dheo, kawan aku. Dan ni Nurissa, kekasih dia. Eh... Silap, kawan dia.”
Aku rasa nak pengsan dengar kata-kata selamba Hazel itu. Tak sanggup aku nak
pandang wajah Dheo masa ni. Rasa malu.

“Tengoklah apa-apa yang menarik. Awak berdua kena beli. Kalau tak, saya tak
kasi balik!”

Aku cuma angguk. Dheo pula macam batu. Tak ada reaksi. Aku mula berjalan di
kawasan booth itu. Nampak benda-benda comel. Aku ni dahlah pantang tengok benda-
benda comel. Mudah geram dan teruja.

223
Obey.tube
LAMA aku tenggelam dalam dunia sendiri. Setiap hasil seni yang dijual di booth itu
aku belek. Kreatif. Kata Hazel, hasil seni orang tempatan. Aku pasti akan beli sesuatu
nanti. Sebagai sokongan untuk Hazel. Dan dapatlah juga buat kenang-kenangan.

Entah berapa lama aku habiskan masa, tanpa peduli orang sekeliling. Bila aku
tersedar, terus aku pandang kiri dan kanan. Mencari susuk Dheo. Tapi hampa. Tiada
lelaki itu. Dheo pergi mana? Tadi aku rasa dia masih ada dengan Hazel.

Bila aku pandang ke arah kaunter, dapatku lihat Hazel berada di situ. Tanpa Dheo.
Eh, Dheo pergi mana? Lantas aku mengatur langkah ke arah Hazel yang sedang
tersenyum itu. Dia mesti tahu.

“Hazel, Encik Han mana?” soalku kepada Hazel. Kawasan sekeliling dipandang
mencari-cari susuk tegap Dheo. Masih kosong.

“Hmm... Tak tahu,” jawab Hazel.

Hazel pun tak tahu? Habis, Dheo ke mana? Ini bukan tempat dia, takkanlah dia
merayau ke tempat lain? Atau tiba-tiba dia ada urusan lain dan terus berlalu pergi?
Entah-entah, dia dah tinggal aku! Tiba-tiba fikiran itu terlintas.

“Jangan-jangan dia dah balik dan tinggalkan saya kat sini.” Memang aku
nangislah kalau betul. Haraplah Dheo tak tinggalkan aku di sini.

“Eh, tak mungkinlah! Mana mungkin dia

tinggalkan awak.”

Malangnya, jawapan Hazel tu tak membantu langsung. Aku tetap risau.

“Relaks la, Nurissa. Saya yakin dia akan datang lepas ni. Sekarang ni, enjoy dulu.
Awak suka tempat ni?” Hazel seakan-akan cuba tenangkan aku.

Mungkin Hazel betul. Kalau Dheo nak balik, mesti dia bagi tahu Hazel dulu, kan?
Dia kan tetamu Hazel di sini. Lega sikit aku rasa kalau betul macam tu.

“Bolehlah. Saya tak pernah datang karnival macam ni.” Aku menjawab juga.
Memang betul pun. Aku tak pernah rasa karnival meriah seperti ini.

“Masa sekolah atau universiti dulu tak ada ke?”

Aku jongket bahu.

224
Obey.tube
“Ada kut. Entah. Tak tahu, tak ingat.” Mudah jawapanku.

“Awak belajar kat mana dulu?”

“Universiti Malaya. Tapi ayah saya kawal ketat. Saya tak boleh keluar sesuka hati.
Sebelum tu saya belajar di University of Nottingham. Agaknya la,” ceritaku. Memang
betul pun.

“Agaknya?”

“Tak ingat,” jawabku.

“Tak ingat? Awak ni ada amnesia ke?” Hazel gelak sesudah berbicara. Mungkin
niat ingin bergurau.

Aku angguk.

“Awak amnesia?”

Suaranya berubah sedikit kuat. Mata hazelnya sedikit terbuntang. Betul-betul tak
percaya.

Angguk lagi.

“Habis, awak kenal Dheo macam mana? Dia kawan lama awak ke?” siasat Hazel
lagi.

Dheo kawan lama aku ke? Entahlah... Buat masa sekarang aku dah tak yakin
dengan kenyataan itu. Kali ini aku geleng kepala.

“Kami ada urusan yang belum diselesaikan. Saya baru aje kenal dia. Tapi dia tak
suka saya.”

Aku berkata. Teringat balik apa yang jadi pagi tadi. Salah satu bukti yang dia tak
sukakan aku. Tak pasal-pasal kena marah tanpa sebab.

“Maaflah kalau saya dah buatkan awak sedih, Nurissa. Tapi saya tak rasa yang
Dheo tak suka awak. Dia kan memang macam tu.”

Dheo memang macam tu? Macam apa? Hot and cold? Memang pun. Aku senyum
tawar.

“Dah... Jangan sedih-sedih lagi. Enjoy your time here. Tengok arnab tu, comel
kan?”

225
Obey.tube
Hazel sekali lagi bagaikan mahu memujukku. Cuba mengalih perhatianku. Jarinya
ditunjukkan ke satu arah.

Kepalaku mengikut arah jarinya. Nampak satu maskot arnab berwarna merah
jambu. Terus lebar aku senyum.

“Comel sangat. Rasa macam nak peluk.” Serius rasa geram. Aku ni memang tak
boleh tengok benda comel. Kang tak pasal-pasal aku betul-betul peluk arnab tu. Dahlah
bulu pun nampak fluffy.

Cuba bayangkan dia jadi bantal peluk. Mesti lena tidur aku, kan? Haha.

“Awak mesti suka benda-benda comel, kan? Kalau macam tu pergilah dekat
dengan dia. Minta belon dengan dia dan ambil gambar dengan dia. Mesti dia bagi,”
cadang Hazel.

Betul juga. Dheo pun tak tahu ke mana. Aku haraplah dia akan muncul nanti.
Sementara itu, tak salah aku bermain-main dengan arnab yang comel tu, kan? Habiskan
masa sementara menunggu. To kill the time.

KESIAN aku tengok arnab tu. Gara-gara dirinya yang comel, semua orang geram. Di
sekelilingnya penuh dengan budak-budak. Ada yang peluk dia, ada yang lompat atas
dia. Bertabahlah aku doakan kepada orang yang jadi arnab itu.

Aku nampak arnab itu melakukan tugasnya. Memberikan belon dan gula-gula
kepada pengunjung. Terutama sekali budak-budak. Sesekali melambai-lambai mesra ke
arah semua pengunjung. Sesekali berposing bila ada pengunjung yang ajak bergambar.

Bila nampak keadaan sedikit reda, aku melangkah ke arah arnab itu.

“Helo, bunny!” tegurku. Aku nampak dia macam sedikit mengeras. Tangannya
yang melambai tadi turut terhenti.

Cuma seketika sebelum dia berpusing ke arahku. Mungkin dia terkejut tadi. Aku
sengih ke arahnya. Comel!

Nampak dia macam pegun di depanku. Seolah-olah merenungku di balik kepala


besarnya. Hanya beberapa detik sebelum dia ambil satu belon berwarna biru dan
diberikan kepadaku.

“For me?” soalku. Sedikit terkejut. Aku ingat belon hanya untuk kanak-kanak.

226
Obey.tube
Dia cuma angguk beberapa kali. Aku senyum gembira ke arahnya. Teruja untuk
dapat belon darinya.

“Blue color? Nice choice,” kataku sebelum menyambut hulurannya. Bunny ni


macam tahu-tahu aku suka biru.

Aku baru teringat sesuatu. Telefon pintarku diraba.

“Nak bergambar, boleh?” Aku minta izin daripadanya.

Dia silang tangan ke dada. Satu jari diletakkan di dagu. Seolah-olah berfikir. Tak
sampai tiga saat, dia angguk beberapa kali. Buatkan aku tergelak dengan kecomelannya.

Mata mula meliar di sekeliling kawasan itu. Mencari-cari orang yang boleh aku
minta tolong untuk tangkapkan gambar dengan si arnab comel itu. Bukannya selalu.
Aku terpandangkan kawan Hazel yang bernama Anas itu. Dia bersetuju untuk
menolong.

Aku berdiri di sebelah arnab besar itu. Bila Anas memberi arahan supaya aku
bergerak, aku hanya mengikut. Senyum seriang kanak-kanak Ribena, sebelum gambar
diambil. Banyak juga. Dengan pelbagai gaya. Lepas selesai, aku ingin pergi ke arah
Anas. Untuk mengambil kembali telefon pintarku seraya berterima kasih kepadanya.

Tiba-tiba, ada budak lelaki yang sedang berlari di depanku. Agak laju sehingga
hampir terlanggar aku. Reaksi spontan, aku cuba untuk mengelak. Dan bila aku
mengundur ke belakang, kakiku bagaikan tersadung sesuatu, buatkan aku hampir
terjatuh.

Aku terjerit kecil. Mati-mati aku ingat aku akan sujud tanah kalau bukan terasa
sesuatu yang lembut berada di belakang tubuhku. Aku pandang ke belakang. Ada si
arnab di belakangku yang menghalangku daripada jatuh. Terasa kedua-dua tangannya
dilingkarkan di tubuhku. Bagaikan cuba melindungiku.

“Awak okey tak?” Suara Anas bertanya.

Terus aku tegakkan tubuhku. Tak tahu nak bagi reaksi apa. Boleh pula kena peluk
dengan arnab? Dahlah entah siapa di balik kostum besar itu. Entah-entah, lelaki. Dahla
dia kenal muka aku tapi aku tak kenal dia. Malunya aku rasa!

“Errr... Saya okey.”

“Budak-budak ni, nakal sangat la...” Entah apa lagi yang dia bebelkan lepas tu,
tiada satu pun masuk telinga dah.

227
Obey.tube
Perlahan-lahan aku pandang arnab itu. Dia dah jalankan tugasnya balik. Bergaya
comel. Aku haraplah aku dah tak jumpa dia lepas ni. Kalau dia jumpa aku pun, aku
haraplah dia tak tegur dan buat-buat tak kenal aku.

ENTAH berapa lama aku menunggu, Dheo tak kunjung tiba. Hilang tanpa jejak. Aku
rasa betullah dia dah tinggalkan aku di sini. Bila aku nak balik, Hazel tegah. Suruh aku
tunggu dulu. Manalah tahu Dheo muncul balik.

“Rose.” Dheo dah muncul! Lega tak terkira.

Tapi bila aku menoleh ke arahnya, senyuman bertukar kerutan. Dheo dari mana?
Muka nampak sedikit merah. Peluh merenek di dahi. Rambut pun nampak berserabai.
Nampak macam dah dirapi dengan tangan, tapi tetap nampak kusut-masai. Juga nampak
dia termengah-mengah. Macam tak cukup oksigen.

“Encik dari mana?” soalku risau. Jangan la cakap dia baru lepas bergusti dengan
entah samseng mana.

Bila aku pandang dia, Dheo mengelak. Bagaikan sengaja melarikan pandangannya
daripadaku. Kemudian dia berdehem.

“Ada hal sikit. Awak okey-okey aje kan kat sini?”

Macam biasa, Dheo enggan menjawab persoalanku. Sebaliknya, aku pula ditanya.

Aku cuma angguk.

“Good.”

Matanya beralih ke arah tangan kananku. Sedang memegang satu batang yang
mempunyai belon biru di atasnya.

“Belon?” soalnya seraya mengangkat sebelah kening.

Merah mukaku tiba-tiba. Mesti dia ingat aku perangai macam budak-budak.

“Bunny bagi, ikhlas dari hati. So, saya ambillah,” jawabku.

Dheo diam. Tapi dari hujung mata, aku dapat melihat hujung bibirnya yang sedikit
naik. Tapi cepat senyuman itu muncul, cepat lagi senyumannya itu hilang.

228
Obey.tube
Bab 26

B ILA kami kembali ke hotel, semua pandangan tertumpu ke arah kami. Aku rasa
semua orang dah terbiasa dengan situasi ini. Aku dan Dheo keluar bersama dan balik
bersama. Dulu ramai yang suka bercerita, tapi lama-kelamaan, dengan sendirinya gosip
itu reda.

Ketika berada di lobi hotel, ramai yang menegur Dheo. Tunjuk hormat. Dheo
hanya angguk kepala sekali tanpa senyuman di wajah. Rasanya semua orang dah tak
pelik. Sebab memang itulah rupa sebenar bos mereka itu.

Sehinggalah kaki Dheo tiba-tiba berhenti. Aku juga turut berhenti. Nasib baik kaki
sempat brek kecemasan. Sebab suku meter lagi hidung nak berlaga dengan tulang
belakang Dheo.

“Mr. Dheo Han.” Aku dengar satu suara garau menegur.

“What a great pleasure to see you here.” Aku dengar suara itu menyambung.

Dari belakang Dheo, aku sempat menjeling sekilas.

Ada seorang lelaki Cina tinggi, bersusuk lebih kurang Dheo. Tapi tak setinggi
Dheo yang berbaka separuh Itali. Tapi aura lelaki itu tetap terserlah. Apatah lagi bila
melihat ada dua jejaka lain yang tak kurang sasanya berdiri di kiri dan kanan lelaki itu.

Dan aku tahu lelaki itu bukan calang-calang orang.

Dheo cuma diam. Mata helangnya hanya menatap beberapa orang lelaki di
depannya itu. Mereka saling bertatapan. Aku yang melihat terus telan liur. Bagaikan
sedang perang alpha male.

“Me too, Mr. Jason King,” sapa Dheo. Tapi aku dapat rasakan itu hanyalah
sekadar sapaan. Bukan ikhlas dari hati.

Tapi mereka tetap berjabat tangan. Sambil mata tak lepas dari berpandangan.

Aku rasa mereka berdua ni bermusuhan. Tapi masih berlagak macam tiada apa-
apa berlaku untuk pandangan umum.

229
Obey.tube
“I’m going to stay here for a few days. You have a great relationship with my
father. So, the best service would be expected, wouldn’t it?” kata lelaki itu. Bagaikan
sedang mencucuk-cucuk Dheo.

Tapi Dheo tenang. Senyum yakin ke arah mereka.

“As long as the best behaviors of yours are guaranteed, yes we would,” balas
Dheo selamba.

Lelaki itu ketawa.

“Of course. This is a great place. Beautiful ladies are everywhere.”

Gatal! Menyampah aku.

Ketika itulah pandangannya terarah kepadaku.

Tiba-tiba dia senyum lebar. Bertukar menggoda. Aku dah macam cacing tengah
berjemur. Tak suka bila dia pandang aku macam tu.

“And who’s this beautiful lady?”

Wajah Dheo sedikit berubah sebelum kembali dingin. Malah lebih dingin.

“None of your concerns. She’s with me.” Beku suara Dheo. Pandangan tajam juga
turut diberikan kepada lelaki di depan itu. Amaran keras!

Mereka saling bertatapan lagi. Satu minit. Dua minit.

Kemudian lelaki itu senyum sekali lagi. Misteri.

“I see.” Hanya itu yang dia cakap.

“Enjoy your stay here.”

Tanpa menunggu balasan lelaki itu, Dheo terus menapak ke lifnya. Dan aku
dengan pantas mengikut Dheo.

KEESOKAN harinya, aku diberitahu yang Dheo telah keluarkan arahan. Bahawa Jason
King itu merupakan salah satu tetamu pentingnya yang berpengaruh. Jadi, selama dia
berada di hotel ini, layanan terbaik haruslah diberikan.

230
Obey.tube
Kalau tak salah, Jason King itu berada di sini untuk menghadiri satu majlis
tertutup. Sedang menginap di salah sebuah prince room untuk beberapa hari. Private
room khas telah ditempahnya. Mungkin ingin berparti. Dan gara-gara itu, beberapa staf
hotel terlibat untuk memastikan kelancaran majlis itu.

Termasuklah aku. Macam mana aku boleh terlibat? Semuanya gara-gara aku yang
bertuah berada di bilik rehat staf. Ketika itu, Cik Diana yang merupakan salah
seorang Event Manager hotel itu sedang mencari-cari tenaga tambahan. Bila dia
mencari staf di bilik rehat staf, maka terpilihlah aku bersama beberapa staf lagi.

Yay... Note my sarcasm!

Private room terletak di tingkat dua puluh satu. Tak pernah aku jejak kaki ke sini.
Ketika aku tiba di bilik itu, semua staf sedang menghias bilik itu. Ruang itu tidaklah
terlalu besar. Tapi tidak juga terlalu kecil. Jadi boleh diagak parti yang bakal diadakan
nanti khas untuk orang-orang tertentu.

Aku malas nak ambil tahu parti apa yang bakal diadakan oleh Jason King itu.
Kalau orang kaya seperti dia, mungkin parti yang agak sosial. Biarlah... Bukan urusan
aku! Hanya bersyukur sekurang-kurangnya aku tidak menjadi pelayan untuk parti itu.

Aku dan beberapa staf lagi sedang menyusun beberapa buah kerusi. Kemudian
sarungkan sarung kerusi supaya nampak mewah. Hanya mengikut arahan yang
diberikan Cik Diana.

Tiba-tiba aku nampak Jason King dan konco-konconya memasuki bilik itu.
Suasana berubah sedikit kendur. Maklumlah... Tetamu penting dah datang. Semestinya
semua kena hormatkan dia. Layanan kepadanya bakal menentukan reputasi hotel ini.

Cik Diana terus merapati Jason King. Layanan kelas satu diberikan. Nampak
mereka berbual. Mungkin bertanya tentang pandangan terhadap dekorasi bilik itu.
Ataupun bertanya tentang apa-apa yang boleh diubah.

Aku menyambung kembali tugasku. Cepat siap, cepatlah aku keluar dari bilik ini.
Sesekali aku berbual dengan Mazni untuk hilangkan bosan. Dia pun senasib denganku.
Tercampak ke sini gara-gara kerja dah habis awal.

Aku ambil bekas bunga untuk diletakkan di tengah-tengah meja. Ada beberapa
kuntum bunga ros merah. Bila aku sentuh kelopaknya, rasa sangat lembut. Bunga asli.
Pasti baunya wangi. Terus aku bawa ke hidung. Bau yang manis itu buatkan aku
tersenyum sendiri.

Tiba-tiba aku rasa diperhatikan. Rasa bulu roma berdiri. Lantas segala
pergerakanku itu terhenti. Aku terus berpusing untuk mencarinya. Sebaik sahaja aku
berpusing, hidung hampir berlanggar dengan dada seseorang. Bekas bunga yang berada
di tanganku berlaga dengan dadanya. Lalu terjatuh.

231
Obey.tube
Terus aku mengundur ke belakang. Tak sempat aku nak minta maaf dengan orang
di depanku itu, kepala hanya ada bunga aje sekarang. Risau kalau kena maki dengan
Cik Diana gara-gara dah rosakkan bunga dia.

Terus aku tunduk untuk mengambilnya. Nasib baik lantai karpet jadi bekas bunga
itu tak pecah. Beberapa kuntum bunga ros merah berselerakan di atas lantai. Cepat-
cepat aku kutip. Nasib baik semua sihat wal afiat, tiada kecacatan kekal.

Terasa ada tangan lain turut membantuku. Automatik aku angkat muka. Jason
King yang sedang duduk mencangkung di depanku. Sedang tersenyum. Tangan yang
sedang mengutip tadi terus membeku. Terkejut!

“Take it, beautiful.” Dia hulurkan satu kuntum bunga ros merah ke arahku.

“Thank you.”

Teragak-agak aku ambil sebelum aku berdiri.

Dia turut berdiri. Aku mengundur ke belakang setapak. Mencipta jarak. Aku tak
boleh biadab dengan dia. Sebab dia tetamu penting Dheo.

“I’m so sorry. Did I stain your shirt? I sincerely apologize for my recklessness”.

Aku minta maaf. Pandang dada dia yang dah bercium dengan bekas bunga tadi.
Nasib baik tiada kesan-kesan kotor melekat. Lega!

Dia cuma senyum.

“It’s okay. I cannot be offended by a beauty.” Itu komennya.

Tak tahu nak balas apa. Agak kurang selesa di situ. Dia pula kenapa datang dekat
dengan aku tadi?

“Do you need any help?” soalku. Manalah tahu, dia nak aku tolong apa-apa, kan?
Sebab itu dia mendekatiku tadi.

“Surely you can help me with a lot of things, beautiful.” Dia senyum misteri.

Aku pandang sekeliling. Cik Diana nampak macam tak selesa tapi hanya diam.
Dua lelaki bersama Jason King itu pun hanya senyum yang serupa dengan dia. Aku tak
faham. Apa maksud dia?

Dia hanya nak minta tolong, kan? Dah tentu aku akan tolong semampu aku. Dia
kan tetamu penting hotel ini.

232
Obey.tube
“She’s not going to help you in anything, King.” Baru aje aku nak menjawab, ada
suara lain yang terlebih dahulu mencelah. Tegas!

Semua pandangan tertumpu ke arahnya. Dheo Han. Wajah serius maut. Lucca
pula mengikut dari belakang. Tak kurang seriusnya. Dengan penuh yakin, Dheo
melangkah ke arah kami.

“Dheo Han.” Jason senyum lagi.

Dheo berdiri di sebelahku. Kemudian berpandangan dengan Jason King. Rasa


macam nak menikus pun ada bila berada di tengah-tengah dua lelaki ini. Pandangan
Dheo terarah kepada Cik Diana. Tajam mengalahkan pedang. Aku nampak tekak Cik
Diana pun bergerak. Telan liur bila kena tenung dengan Dheo.

“What is she doing here, Diana? She’s my personal housekeeper. Exclusively


mine. Next time, if you want to use her, ask my permission first. Understood?”

Suara Dheo cuma perlahan. Tapi terselit amaran keras. Kesannya lagi bahaya
daripada dia menengking aku rasa.

Sekali lagi aku nampak Cik Diana telan liur.

“Understood, Mr. Han.”

Kini, perhatiannya terarah kepadaku. Terasa matanya dikecilkan. Sengaja nak aku
rasa kecil di bawah pandangannya itu.

“And you, your job is to entertain me. Come with me now.”

Kalau tak kenangkan aku tengah menggeletar lutut, mahu sahaja aku menjawab.
Dia ingat aku ni dayang ke? Sejak bila tugas aku hiburkan dia? Mana ada macam tu!
Aku tak pernah sign kontrak macam tu.

Tapi sudahnya aku hanya angguk.

Dheo terus berlalu keluar. Aku terus mengikutnya.

Kami berdiri di depan lif persendirian Dheo. Bila tekan butang buka, pintu lif
terus terkuak besar. Dia menapak masuk tanpa suara. Diikuti oleh Lucca.

Aku? Aku nak buat apa? Kena ikut dia juga ke? Aku ragu-ragu, tak tahu nak buat
apa.

“Tunggu saya dukung dulu ke baru nak masuk?”

233
Obey.tube
Suara penuh sinis itu mengembalikan aku ke alam nyata.

Bila aku pandang depan, Dheo sedang mengangkat sebelah keningnya ke arahku.
Lucca pula sedang menahan pintu lif daripada tertutup.

Terasa muka meruap merah bila ingat balik dia cakap apa tadi. Tanpa membuang
masa, kaki terus menapak mengikut Dheo. Lucca terus menekan butang tutup,
masukkan passwords dan tekan tingkat P.

Terasa lif mula bergerak naik. Dheo diam. Lucca pun diam. Aku tak tahu nak buat
apa sekarang ni. Hanya hujung jari mencorak sesuatu abstrak di hujung bajuku. Bila la
nak sampai ni?

Bagaikan makbul pula. Ting! Terus terbuka pintu lif. Tiba di tingkat lima puluh
lima. Dan bila dah sampai, apa yang aku nak kena buat ni? Keliru. Kaki Dheo mula
melangkah ke pejabatnya. Aku? Takkanlah nak kena kemas rumahnya lagi?

“Saya nak pergi mana, encik?” soalku kepada Dheo.

“Follow me.”

Ikut dia? Ikut dia pergi pejabat? Buat apa?

Tapi kaki tetap mengikut juga. Mungkin dia nak aku kemaskan pejabat dia.
Mungkin cleaner yang bertanggungjawab hari ni cuti. Aku buat andaian sendiri.

Aku hanya mengekor Dheo dari belakang. Sebaik sahaja masuk di kawasan
pejabatnya, semua mata tertumpu ke arah kami. Macam kami tengah berjalan di atas
karpet merah. Bila terpandangkan Kak Tina, dia cuma senyum ke arahku. Walaupun
kaku, aku tetap membalas.

Baru perasan ini kali ketiga aku berada di pejabat Dheo. Biasanya aku hanya akan
ke penthousenya. Bila semua orang pandang kami, rasa canggung juga. Rasa nak lari
pecut aje biar cepat sampai.

“Mr. Han, where have you been? Tan Sri Zaki...”

Kata-kata Nancy mati bila terpandangkan aku yang berada di belakang Dheo.

Terus kecil pandangan mata sepetnya ke arahku. Kalaulah pandangan itu boleh
membunuh, confirm aku dah jadi arwah. Terus aku menapak ke tepi sikit, berselindung
di balik tubuh tinggi Dheo. Selamat sikit.

“Call him again.” Hanya itu arahan Dheo sebelum dia kembali melangkah masuk
ke dalam bilik pejabatnya. Aku pantas mengikutnya sebelum kena sula dengan PAnya
itu.

234
Obey.tube
Bab 27

L IMA BELAS minit berlalu, Dheo hanya bercakap dengan telefonnya. Aku rasa,
mesti dengan Tan Sri Zaki yang Dheo suruh Nancy telefon tadi. Melihat gaya dia
bercakap dengan penuh skema, aku memang yakin sekali.

Dheo matikan talian telefonnya. Akhirnya!

“Encik, saya buat apa kat sini?” soalku.

Sepanjang dia berbual di telefonnya, aku hanya kelip-kelip pandang pejabatnya


yang cantik itu. Baru dapat meneliti setiap inci sudut bilik itu. Curtain warna apa?
Dinding hiasan macam mana? Sampaikan aku dapat kira berapa biji mentol lampu yang
tergantung di siling.

Dheo panggung kepala untuk melihatku. Tapi tiada apa-apa yang keluar dari
mulutnya. Hanya memerhatikan aku. Mungkin dia pun tengah fikir kerja apa yang dia
nak bagi aku.

“How about, nothing? Duduk aje di situ diam-diam,” katanya sambil


menunjukkan ke arah tempat yang aku duduk sekarang. Sofa mahalnya.

“Saya ada kerja, encik,” bangkangku. Apa pula orang akan cakap kalau kami
berdua-duaan di dalam pejabatnya?

“You are doing your job now. My personal housekeeper. Jadi, tugasnya hanya
layan saya. Because you are exclusively mine!”

Kejung lidah lepas dengar dia cakap macam tu. Apatah lagi pandangannya ketika
itu, boleh bikin lutut cair. Ayat akhir tu... Mohon ubah sikit! Karang ada orang dengar,
jadi salah faham. Jangankan orang lain dengar, masuk telinga aku pun aku boleh salah
tafsir.

Apatah lagi kedengaran sedikit possessive di hujung ayatnya itu. Kalau tak salah
dengar, turut terselit macam...

Jealous?

Hai... Takkan nak jealous kut? Dah kenapa kalau nak jealous?

235
Obey.tube
Haraplah tak betul. Sebab kalau tak nanti, syok sendiri aku nanti. Jealous itu
tandanya ada perasaan. Takkanlah dia pun ada perasaan dengan aku? Jadi, untuk
elakkan daripada aku kecewa sendiri, anggaplah semuanya tadi cumalah perasaan aku
aje yang perasan.

“Tapi encik, saya tiada kerja kat sini. Tak tahu nak buat apa.” Acah-acah rajin
pula kan aku hari ni?

“Just duduk situ. Do something,” jawab Dheo malas. Nampak dia belek dokumen.
Sikit pun tak pandang aku.

“Kalau macam tu, baik saya duduk dalam rumah encik. Ada TV. Boleh juga
tengok TV. Ada katil. Boleh juga tidur,” kataku geram.

Tangannya terhenti. Dia nampak berfikir. Ah, sudah! Jangan cakap dia
pertimbangkan idea aku tu.

“Good idea.”

Rasa nak tepuk dahi sendiri!

“It’s what we call sarcasm, Mr. Han.”

Rasa nak juling mata ke atas. Tak fun betul dia ni!

“Dahlah... Saya duduk sini aje la,” sambungku.

Memang tak la aku nak duduk di rumah dia. Bukannya rumah aku. Aku bukannya
serius pun tadi. Dia ni pula, percayakan aje aku untuk tinggal di rumah dia. Kalau aku
mencuri macam mana? Dahlah banyak harta karun dalam rumah dia.

Akhirnya aku duduk di atas sofa itu. Silang tangan di dada. Sekarang ni, apa aku
nak buat di sini?

“CHECK MATE! Yes!” Aku bersorak riang. Tepuk tangan beberapa kali.

“Kalah lagi.” Lucca mengeluh. Tayang muka reda bila knight aku mematikan
segala pergerakan rajanya.

236
Obey.tube
Ya... Gara-gara bosan punya pasal, aku ajak Lucca main catur. Nasib baik ada
Lucca yang boleh hiburkan aku. Nasib baik juga Dheo tak cakap apa bila Lucca bawa
naik satu set permainan catur.

“You’re good, principessa. Dah macam world champion.” Suara Lucca penuh
kekaguman.

Aku juling mata ke atas. Hiperbola melampau.

Juara dunia la sangat.

“Mana ada. Awak tu yang tak reti main,” balasku.

“Auch... I’m hurt.”

Lucca pegang dada kirinya seolah-olah aku telah menikamnya di situ.

Terus aku gelak. Bila aku gelak, Lucca turut gelak.

“Can both of you keep quiet? Mengganggu.” Suara berang dari meja besar itu.

Ketawa kami terus mati. Sama-sama berpaling ke arah Dheo yang masih duduk di
meja kerjanya. Tangan membelek-belek satu dokumen.

Aku dan Lucca saling berpandangan. Kami ketawa perlahan pula. Dah tak makan
saman dengan amaran Dheo. Sebab ini bukan kali pertama. Rasanya dah kali kelima dia
berkata benda yang sama. Kadang-kadang tu, aku buat bising sikit aje, terus dia sound.

Mula-mula aku ikut juga. Tapi lama-lama, aku dah tak peduli. Dia ingat aku
duduk di dalam perpustakaan ke? Nak bercakap macam tengah dating dalam kelambu?
Kalau tak nak rasa aku jadi pengacau, bagi aku sambung buat kerja aku.

Amboi, Nurissa! Berlagak jadi bos nampak? Haha.

“Nak main lagi?” soal Lucca.

Aku geleng kepala.

“Tak naklah. Nanti saya menang lagi.”

Penuh berlagak suara aku. Tapi Lucca cuma ketawa.

Tapi, aku nak buat apa lagi lepas ni? Bosanlah. Kenapa aku terpenjara di sini?
Apa aku dah buat? Apa salah aku?

237
Obey.tube
Aku pandang Lucca. Mengengsot rapat ke arahnya. Nak berbisik.

“Lucca, awak pujuklah bos awak tu. Bagi saya keluar. Saya bosanlah.” Aku
merengek pada Lucca pula. Cakap dekat bos dia, bos dia dah tak layan. Jadi, aku
cubalah Lucca pula.

“I wish I can help you, principessa. But sorry, I can’t. Kalau bab memujuk,
percayalah, you’ll be doing better job than me in that department,” balas Lucca. Mulut
senget menahan lucu.

Aku mengeluh hampa.

“Tapi kenapa saya kat sini? Apa salah saya?”

Aku masih tak faham. Memandangkan aku tak pasti Lucca akan bercerita
kepadaku atau tak, aku tayang muka simpati. Bulatkan mata cantikku ni, supaya Lucca
jatuh simpati.

Lucca pandang aku. Kemudian jeling belakang aku. Tengok bos dia.

“Semuanya sebab dia tak nak awak dekat dengan King. He’s worried of you.
Kalau awak depan mata, baru dia rasa tenang nak buat kerja.”

“Kenapa? Saya bukannya ubat relaxants dia. Kami bukannya ada apa-apa.”

Aku tak faham.

“Sebabnya Dheo tak nak...”

“Rose! Come here.” Panggilan Dheo itu mematikan kata-kata Lucca.

Aku terus berpaling ke arah Dheo. Dia dah seru aku. Terus aku akur. Berdiri dan
menuju ke arahnya.

“Ya, encik?”

“Make me a coffee. Black coffee,” arahnya.

Kopi? Tengah hari macam ni?

“Baik, encik.” Aku patuh.

Aku keluar dari bilik Dheo. Tapi, kat mana tempat buat kopi? Ada coffee
maker atau hanya ada kopi 3 in 1? Huh... Takkanlah lidah sepuluh bintang Dheo nak
telan kopi 3 in 1?

238
Obey.tube
Memandangkan aku tak tahu di mana letaknya pantri, aku berjalan ke arah meja
Nancy sebab dia yang paling dekat denganku sekarang. Niat murni ingin bertanya. Dia
PA Dheo. Mesti dia selalu buatkan kopi untuk Dheo, kan?

“Cik Nancy, pantri kat mana? Encik Han suruh saya buatkan kopi untuk dia,”
tanyaku.

Tapi dibalas pula dengan jelingan maut Nancy. Telan liur juga aku dibuatnya. Aku
tanya baik-baik. Bukannya nak cari gaduh.

“Dia suruh you, bukan I. So, pergi cari sendiri,” jawabnya. Jelas kedengaran nada
cemburu. Kemudian dia bangun. Entah ke mana dia pergi.

Terkujat aku kena marah dengan Nancy. Gara-gara suara kuat Nancy itu, ramai
kepala menoleh ke arahku. Malu juga. Bila berlaga dengan mata orang lain, aku cuma
senyum. Buat-buat tak malu.

Ikutkan hati bengang, berbakul-bakul aku sumpah Si Nancy itu. Tapi, tak apalah...
Aku mahu berfikiran positif. Mungkin simptom awal nak datang bulan. Kesian dia tak
ada orang nak bagi sokongan moral. Sebab itu la jadi macam tu. Tak cukup kasih
sayang.

Aku mulakan misi untuk mencari pantri. Beberapa langkah berjalan, aku
terserempak dengan seorang staf India. Aku tak tahu siapa. Tapi tengok gayanya macam
baik. Berwajah hitam manis dan berambut pendek separas bahu.

“You cari pantri, ya?” Lembut suaranya menegur. Mungkin dia juga saksi Nancy
melalak tadi.

Aku senyum sebelum angguk. Dia tahu nama aku. Tapi aku tak tahu pun nama
dia. Persoalannya, kenapa dia tahu nama aku? Pasti ada cerita tentang aku ni!

“Nanti jalan depan, belok kiri. Lepas tu nampak satu pintu, pintu sebelah kanan.”
Dia memberitahuku.

Aku mengucapkan terima kasih dulu sebelum berlalu. Mengikut arah yang
ditunjukkan perempuan itu tadi. Akhirnya jumpa. Pantri itu agak luas. Tapi kosong.
Mata terus mencari-cari mesin coffee makeryang sederhana besar itu.

Macam mana ya cita rasa Dheo? Baru perasan aku tak pernah buat kopi untuknya
sebelum ni. Biasanya kalau aku pergi kemas rumah dia, sama ada dia sedang bersarapan
ataupun dah habis bersarapan. Aku pun lupa untuk bertanya Dheo.

Ah, taruk aje la! Akhirnya aku hanya mengikut cita rasaku sendiri. Tengok muka
kelat Dheo tu, mungkin dia jenis yang tak sukakan gula. Maka, aku tak letak gula.
Sedap ke, tak sedap ke, kau telan aje la, Dheo! Siapa suruh aku buat?

239
Obey.tube
Aku cuma tenung cawan kecil yang mengandungi kopi hitam pekat itu. Aku
tengok pun rasa macam nak berkerut muka. Mesti pahit. Aku tak rasa aku boleh telan
kopi itu. Sedang aku khusyuk mengacau kopi itu, kedengaran pintu pantri ditolak.

Nancy. Dia berlalu ke arah peti sejuk. Nampak satu botol jus ditarik. Aku buat tak
nampak dia. Kemudian kedengaran bunyi tapak kasut tumit tingginya mendekatiku.
Sedar-sedar dia dah berdiri di sebelahku.

“Your coffee is too dull. Dheo loves black coffee. The blacker, the better,” cebik
Nancy bila nampak kopi air tanganku.

Nak terbuntang mataku mendengarnya. Ni tak cukup hitam? Yang aku rasa warna
dah macam lebih pekat dari warna buntut kuali, dia kata tak cukup hitam?

Pada masa yang sama, aku cemburu dengan Nancy yang tahu cita rasa Dheo. Ni
kalau aku bawa kepada Dheo, silap-silap dia bandingkan kopi aku dengan Nancy! Dah
tentulah Nancy yang akan menang.

Nancy berlalu ke arah singki yang berada di sebelahku. Entah macam mana
terjadi, tiba-tiba aku rasa benda panas yang terkena perutku. Terjerit kecil aku sebab
terkejut. Lagi terkejut bila nampak kopi yang aku buat tadi dah lenyap dari cawan.
Separuh tumpah di atas lantai, separuh lagi dah selamat bercium dengan bajuku. Jelas
kelihatan kesan hitam di bahagian perutku.

“Ops, sorry!”

Aku jeling ke arah Nancy. Bila nampak dia senyum sinis, aku tahu dia memang
sengaja.

Panas terasa telinga. Tapi aku cuba bersabar. Mungkin sebab aku banyak
mengalah dengannya, dia naik kepala. Tapi... Memang silaplah! Aku ni memang
selalunya jenis banyak mengalah. Sebab aku tak nak cari gaduh. Tapi, kalau lebih dari
sekali cari pasal dengan aku, memang tahulah aku nak balas apa.

“Alang-alang nak hantarkan minuman untuk Dheo, tolong hantarkan untuk I


sekali, ya?”

Dia letakkan botol jus orennya di atas kaunter itu. Sempat senyum sinis sebelum
berlalu pergi.

Huh.. Sabar aje la!

Dengan hati separuh sebal, aku buat balik kopi Dheo. Dah jadi satu kerja pula!
Aku siapkan kopi Dheo cepat-cepat sebelum dia datang cari aku dan bertanya sama ada
aku buat kopi atau pergi tanam kopi?

240
Obey.tube
Kemudian aku cari gelas untuk letak jus oren Nancy itu. Menjalankan tugas yang
disuruhnya. Lepas siap, aku letak cawan dan gelas itu di atas satu talam kecil untuk
ditatang keluar. Ketika aku melalui meja Nancy, dia tiada di situ. Baguslah.

Aku bawa masuk minuman Dheo dulu. Dheo masih berada di mejanya. Lucca
pula berada di sebelahnya. Aku dengar mereka berborak dalam bahasa Itali sebelum
terhenti apabila melihatku.

Kenapa nak berhenti? Teruskan aje la! Macam la aku faham bahasa mereka itu.

“Airnya, encik.”

Aku letak satu cawan kecil itu di depan Dheo.

“What happened to your shirt, principessa?” Lucca terus bertanyaku.

Mata Dheo terus tertancap pada perutku. Matanya mengecil. Meminta


penjelasanku.

“Cik Nancy tumpahkan air kopi atas baju saya.”

Ya... Dengar betul-betul ayatku itu! Bukan sengaja aku lupa letak imbuhan ter
sebelum perkataan tumpahkan itu. Sebab memang dia sengaja pun!

“Merda! You might get burnt, Rose. Are you okay?”

Kali ini suara Dheo bertanya. Seakan-akan risau.

“Saya okey. Jangan risau.” Aku senyum untuk meyakinkan mereka.

Nasib baiklah air yang tumpah tadi tak terlalu panas. Mata Lucca teralih kepada
talam di tanganku itu. “Itu air untuk siapa?”

“Cik Nancy,” jawabku jujur.

“Lepas apa yang dia dah buat, awak masih bawakan air untuk dia?” Suara Lucca
masih tak percaya.

Mata Dheo pula berubah tajam. Mencerun ke arahku.

“Grow some claws, Rose. Protect yourself. Jangan polos sangat.” Itu pula kata
Dheo.

Tapi aku tak membalas. Hanya senyum. Apa lagi aku nak cakap? Benda dah jadi.

241
Obey.tube
“Hmmm... Saya pergi hantar air kat Cik Nancy dulu, ya? Nanti dia bising.” Aku
minta diri.

Tanpa mendengar balasan mereka, kaki diatur keluar. Mencari Nancy. Kali ini dia
dah berada di mejanya. Bila dia nampak aku bawakan air untuknya, dia senyum. Sekali
tengok macam jenis villainkartun fairytales senyum.

“You’re doing good job. Patutlah Dheo suka.”

Sindiran dalam pujian diberikan kepadaku.

Aku melangkah ke arahnya. Beberapa langkah nak dekat dengan dia, aku buat-
buat jatuh. Lantas gelas yang berada di tanganku itu melayang. Oh, silap! Gelas masih
kemas dalam genggamanku. Cuma isinya, menggunakan prinsip parabola, cun mendarat
ke dada Nancy.

Jelas kuning kesan jus oren di bajunya yang berwarna putih itu. Dan setelah itu,
satu pejabat bergegar dengan jeritan langsuir Nancy.

“You, stupid!”

Entah nama apa lagi yang dia gunakan untuk memaki aku.

Dan jawapanku cumalah...

“Ops, sorry!”

Dia jeling aku. Faham! Aku pula buat muka tak bersalah. Ini namanya, buat baik
balas baik. Buat jahat, tak ada maknanya aku nak buat baik!

Mungkin suara Nancy dah berjaya gegarkan hotel ini, Encik Bos di dalam pun
turut menjenguk keluar. Pandangan staf-staf lain tak payah cakaplah. Punggung statik di
atas kerusi, tapi leher panjang ke arah kami.

“Why? What happened?” soal Dheo. Nasib baik Dheo muncul. Silap-silap dah biru
aku kena cekik dengan Nancy.

“Dia tumpahkan air atas baju I. Look at my blouse!” adu Nancy dengan muka
merah menyala. Jari telunjuk tak habis-habis ditujukan ke arahku. Cuba kalau aku
dekat? Mahu teleng aku kena tunjal dengan dia.

“Cik Nancy, saya dah cakap tadi. Ops, sorry!” Suara aku macam tak bernada.
Macam baca skrip.

Dheo tengok aku, kemudian Nancy.

242
Obey.tube
“Dia dah minta maaf, Nancy.” Dheo menjadi pendamai.

“No! Dia tak ikhlas. I tahu dia cuma...” Nancy tak habiskan kata-katanya.

Dia pandang aku. Aku pula angkat sebelah kening. Suruh dia sudahkan kata.

“Cuma apa? Macam mana you tahu dia tak ikhlas, Nancy? Why? Did you do
something to her before?” Soalan menjerat daripada Dheo. Matanya turut mengecil ke
arah Nancy.

Nancy telan liur. Haaa... Tahu takut dengan Dheo!

“Urgh... Whatever!”

Nancy berlalu pergi dengan muka berangnya. Pergi tandas agaknya.

Dheo pandang aku. Aku sengih ke arahnya. Muka tak bersalah. Wajah Dheo masa
tu, aku tak tahu nak cakap macam mana. Nampak macam reda pun ada. Nampak macam
bangga dengan aku pun ada.

Aku buat jahat pun nak bangga ke?

“Wow... Signora! You got claws.” Suara kagum dari Lucca.

Aku senyum manis.

“My claws have grown but hidden well, Lucca.”

Aku bukannya buat apa-apa. Bayar hutang aje! Kira baiklah aku tumpahkan jus
oren aje. Kalau kopi panas Dheo? Mahu masak dada dia tu. Haha.

243
Obey.tube
Bab 28

“H ELLO, beautiful! We meet again.” Suara sapaan dari Jason King.

“Mr. King!” Aku tunduk hormat kepadanya.

Aduhai... Kenapa pula boleh terserempak depan lif ni? Masa aku nak guna lif
pengguna ni la, nak bertembung dengan mamat ni, kan? Kalau aku tahu, aku dah guna
lif Dheo awal-awal.

“Call me Jason, beautiful. I don’t get your name.”

Aku senyum. Bibir rasa kejung.

“Nurissa.” Aku terpaksa menjawab. Senyum paksa lagi.

Agak-agak, kalau aku lari ke lif Dheo, dia syak apa-apa tak? Ke kena buat-buat
sakit perut lepas tu acah-acah cari tandas?

Baru aje kepala nak mengatur pelbagai strategi, lif itu terbuka. Jason King
mempelawa aku masuk dahulu. Gentleman kononnya. Separuh hati, aku melangkah
masuk. Diikuti oleh dia dan anak buahnya itu. Kenapa tiada orang lain masuk?

Sebaik sahaja pintu lif tertutup, aku tekan tingkat lima puluh lima. Manakala anak
buah Jason itu tekan tingkat dua puluh lima.

“Tingkat lima puluh lima? You buat apa di situ?” soal Jason. Cari modal nak
berbual dengan aku.

Reti pun cakap Melayu!

“Saya personal housekeeper Encik Han. So, saya kena kemas penthouse dia,”
jelasku.

“Maksudnya you layan dia di penthouse dia?”

Aku angguk.

“You sleep with him?”

244
Obey.tube
Nak rebah aku dengar soalannya itu. Astaghfirullahalazim! Aku lempang juga
Cina ni. Nampak aku ni jenis yang tidur dengan lelaki ke? Tak guna aku pakai tudung
kalau perangai aku mengalahkan syaitonirrojim!

Tapi aku sabar. Mungkin pemikirannya tentang Islam cetek. Mungkin dia rasa
agama kami serupa. Aku tarik nafas panjang-panjang.

“No. Strictly business. I’m out of his league,” jawabku. Tegas.

Kalau Dheo nak tidur dengan siapa, bukan urusan aku. Walaupun hati rasa macam
kena baling ke dinding, tapi tetap aku tiada hak untuk sekat kehidupannya.

“No way. Tak mungkin Dheo boleh tahan dengan you. Especially when only both
of you are in the same room.”

Well... That’s because he’s not a pervert like you!

Nak aje aku bidas macam tu. Tapi aku cuma diam.

Kata-katanya buat aku tak selesa. Lelaki memang pemikirannya kalau tak
menjurus ke arah itu, tak boleh ke? Kata-katanya itu akan buatkan aku rasa canggung
yang amat bila berdua dengan Dheo walaupun hanya dasar kerja.

“I’m a Muslim, Mr. Jason. Sleeping out of wedlock is taboo,” jawabku lagi. Moga-
moga dia faham.

Rasa bersyukur yang amat bila dengar bunyi isyarat lif. Menandakan dah sampai
di tingkat dua puluh lima. Pintu lif terbuka.

“You tahu I ada parti hari ni? Parti tu mula pukul lapan malam nanti. You are
invited, Nurissa!” katanya seraya mengenyit sebelah mata kepadaku.

Macam la aku nak datang! Tapi aku tetap senyum. Hormat.

Dia berlalu keluar. Tarik nafas lega. Baru rasa cukup oksigen balik. Kerap pula
aku terserempak dengan Jason King. Aku harap aku dah tak jumpa dia dah lepas ni.

“RISSA, ada special request daripada tetamu. Dia nak Rissa jadi room attendant dia
untuk hari ni.” Puan Rasyidah berkata ketika dia memanggilku.

245
Obey.tube
Aku sedikit terkejut mendengarnya. Siapa yang tiba-tiba buat permintaan itu?
Macam mana dia kenal aku?

“Kenapa saya?” soalku pelik.

“Well... Dia seorang yang cerewet dan berpengaruh. Dia tanya siapa yang terbaik
untuk layan dia? Dan bila tiada yang menjawab, dia tanya siapa yang bertanggungjawab
untuk melayan Dheo, maka orang itulah yang paling layak untuk layan dia juga,” jelas
Puan Rasyidah.

“Siapa yang request?” Ingin tahu.

“Mr. Jason King.”

Terus aku hela nafas panjang. Apalah nasib aku ni? Kenapa tiba-tiba? Kalau aku
tolak, mesti jadi isu. Mesti dituduh berlagak dan memilih pelanggan. Silap-silap dia
nilai hotel ni sebagai satu bintang. Jatuhlah imej hotel ni.

“Encik Han cakap apa? Kalau dia bagi izin, saya okey aje.”

Aku mejawab separuh hati. Takut jadi macam kes Cik Diana hari tu, naya nanti!

“Encik Han tengah attend meeting luar sekarang ni. Dekat Shah Alam. Jadi tak
tahulah dia kata apa. So, Rissa. Macam mana?”

Aku berfikir sejenak. Layan dia untuk hari ni aje. Lepas habis parti tu nanti,
habislah, kan? Dan Dheo ni pula, masa ni la dia nak keluar mesyuarat jauh, kan?

“Bolehlah.” Aku akhirnya bersetuju. Aku haraplah keputusan aku ni betul.

LOCENG bilik 2501 itu ditekan beberapa kali. Bilik Jason King. Aku diminta untuk
menghantar set kot baru yang baru tiba itu kepadanya. Tak berapa lama kemudian, pintu
dibuka dari dalam. Nampak dia yang baru separuh bersiap.

Lebar-lebar dia sengih bila nampak aku. Kemudian pintu bilik dikuak lagi. Dia
menapak ke tepi.

“Come in, beautiful. Hang it over there,” arahnya lagi.

Teragak-agak aku melangkah masuk ke dalam bilik hotel mewah itu. Lepas aku
masuk, Jason melangkah ke arah katil.

246
Obey.tube
Aku patuh. Hanya menyangkut kot barunya itu di ruangan walk in closetnya. Bila
aku keluar balik, Jason sedang duduk di birai katil sambil bermain dengan telefon
pintarnya. Mungkin sedar dengan kewujudanku, dia angkat kepala. Senyum lebar.

“Thank you,” ucapnya.

“You’re welcome,” balasku.

Jason kembali berdiri. Kemudian berlalu ke arah cermin besar yang berada di
dalam bilik itu. Sambung bersiap.

“My party... Are you sure you are not joining?” Dia bertanya kepadaku. Aku
dikerling di balik cermin besar itu sekali. Menanti reaksiku.

Aku cuma geleng kepala.

“Too bad. A beauty like you should have some fun time. Socialize.”

Dalam mimpi kau la!

“Terima kasih atas jemputan itu. Tapi maaf, saya tak dapat pergi.”

Hanya itu yang aku balas. Masih berbudi.

“Okey. Then tugas you yang terakhir untuk hari ni adalah take care of my
room. Kemaskan sebab pagi besok I dah kena check out,” kata Jason.

Kemas bilik dia lagi? Dalam sehari, berapa kali dia nak bilik dia dikemaskan?

“Oh, jangan risau! Masa you kemas nanti, I takkan ada di sini. You pun mesti tak
selesa kalau I ada, kan?” katanya lagi.

SEDANG aku menyusun pakaian Jason yang berada di walk in closetnya, aku terdengar
bagaikan bunyi pintu bilik ditutup. Tangan yang sedang menggantung kemeja itu terus
terhenti. Peka telinga menangkap bunyi.

Siapa? Takkan Jason? Kalau ikutkan, hanya dialah yang boleh masuk bilik ini.
Tapi, kenapa dia patah balik? Bukan ke setengah jam yang lepas, dia dah berlalu untuk
menyertai parti dia ke?

247
Obey.tube
Entah kenapa, hati mula rasa tak sedap. Mungkin firasat. Aku mula berjaga-jaga.
Tugasku tergendala seketika. Aku mengatur langkah untuk keluar dari walk in closet
itu. Ingin mencari siapa gerangannya.

Sebaik sahaja aku keluar, aku melihat salah seorang anak buah Jason yang sering
bersamanya. Tapi sekali pun kami tak pernah bercakap. Aku pun tak tahu nama dia apa.
Yang aku tahu, wajah dia selalu serius. Kadang-kadang tu, pandang macam nak makan
orang.

“Cari Mr. Jason ke?” soalku. Bernada tenang. Reaksi muka pun aku kawal sehabis
mungkin.

Dia cuma diam. Cuma pandang aku. Aku tak dapat tafsir apa yang dia fikir di
sebalik matanya itu.

“Hmmm... Kalau cari Mr. Jason, dia tak ada kat sini. Dia dah pergi ke parti dia
setengah jam yang lepas,” sambungku lagi.

Sambil mata berjaga-jaga. Pandang sekeliling. Mencari apa-apa yang boleh


dijadikan senjata. Ataupun peluang untuk melepaskan diri. Kita perempuan memang
kena selalu berjaga-jaga! Terutama sekali dengan orang yang kita tak pernah kenal.

“Aku tahu dia tak ada di sini. Sebab tu aku datang. Ni peluang keemasan.” Dia
menjawab. Penuh dingin. Dinginnya berbeza dengan Dheo. Dinginnya ini bikin hati
takut. Dapat aku rasakan dia punya niat yang buruk.

“Awak cakap apa ni?” soalku. Kaki mula melangkah ke tepi.

Dia senyum sinis. Kemudian melangkah ke arahku. Selangkah dia mara,


selangkah aku mundur. Aku rasa bagaikan biri-biri yang terperangkap di dalam sangkar
harimau sekarang ni. Tiba-tiba boleh kena ngap.

Dada berdebar kencang. Hati berdoa semoga Allah lindungi aku. Semoga tiada
apa-apa terjadi hari ini.

“Kau tak boleh nak lari ke mana, beautiful,” sinis suaranya. Apatah lagi bila dia
mengajuk panggilan Jason untukku. Penuh jelik.

“Tak ada orang akan tahu kau di sini. Cuma Jason. Tapi dia pun tengah
berseronok. Entah-entah tengah mabuk sekarang ni. Jalan keluar cuma satu. Tapi aku
akan pastikan kau takkan jejak keluar selagi aku tak dapat apa yang aku nak,”
sambungnya lagi.

Meremang bulu romaku mendengarnya. Jangan nangis, Rissa! Kau belum kalah.

“Awak nak apa?” Meskipun gerun, tapi aku tetap bertanya.

248
Obey.tube
Dia senyum sinis lagi. Kaki makin laju melangkah ke arahku. Bila dapat peluang,
tubuhku ditolak ke katil. Aku cuba meronta. Tapi tanganku terus ditangkap dan ditekap
pada kiri dan kanan kepalaku. Tubuh beratnya menindihku.

“Kau buat apa ni? Lepaslah. Tolong!” Aku mula cemas. Jerit sekuat hati.

“Sound proof wall, beautiful. Jerit sampai tercabut anak tekak pun, tiada siapa
yang akan dengar.” Dia ketawa jahat.

“Lepaslah. Kau nak apa?” Suaraku berubah garang. Masih utuhkan kudrat untuk
menolaknya.

“Aku nak tahu, siapa kau pada Dheo Han?”

Dengar aje nama Dheo, rontaanku terhenti. Pandang tepat pada lelaki di atasku itu.
Mata lelaki itu kini mengandungi api. Seperti dia punya dendam dengan Dheo.

“Aku bukan sesiapa pada Dheo. Kalau kau buat apa-apa kat aku pun, belum tentu
Dheo peduli,” balasku.

Dia ketawa lagi.

“Itu yang kau rasa. Dan aku pun tak tahu. Eksperimen, darling. Kau pun tak nak
uji teori aku ke? Siapa kau pada Dheo?”

Kata-katanya itu buatkan aku terkedu. Kejadah dia nak uji teori tak guna dia tu
kalau nyawa aku yang jadi galang ganti. Tapi... Separuh hatiku ingin tahu, siapakah aku
pada Dheo.

Melihat aku yang diam, dia senyum lebar lagi. Kemudian bersuara.

“Kau pun nak tahu, kan? Here is what I am going to do. Aku akan sentuh kau,
rogol kau, cederakan kau. Dan kita lihat apa reaksi Dheo. Kalau dia peduli, maka kau
seorang yang penting dalam hidup dia. Kalau dia tak peduli, aku pun tak peduli apa.
Sebab aku dah rasa kau.” Sekali lagi dia gelak macam syaitan.

Terbuntang mataku mendengarnya. Tiba-tiba takut. Terus aku meronta kuat, cuba
menolak tubuh besarnya itu. Walaupun aku tahu tiada siapa yang mendengar, aku cuba
menjerit lantang. Amaran keras diberikan kepadaku, mengugutku supaya jangan
menjerit. Dan bila aku abaikan, bahananya pipiku makan penamparnya.

Berpinar-pinar rasa kepala. Tapi itu tak buatkan aku mengalah. Aku akan terus
berjuang. Aku kuat. Aku pejam mata. Sekuat hati aku hantukkan kepalaku ke
kepalanya.

249
Obey.tube
Rasa berdengung. Rasa pening. Tapi kira berbaloi sebab pegangannya rasa sedikit
longgar. Aku bertindak pantas. Celah kelangkangnya terus rasa penangan lututku. Dia
menyeringai kesakitan. Tangan terus menolak tubuhnya sehingga dia jatuh katil.

Aku terus bangun. Pegang kepala sendiri yang rasa mula pening. Lelaki itu aku
tengok dah kembali bangun. Wajah berang. Dia terus menerpa ke arahku. Kali ini
tudungku ditarik. Rasa nak tercekik. Kemudian, kepalaku dihantuk pada kepala katil.
Kuat.

Ketika itulah pintu bilik terbuka luas. Aku lihat satu susuk laju menuju ke arah
kami. Bagaikan pelesit. Tiba-tiba tubuh lelaki itu terpelanting ke dinding. Aku pegang
kepala. Pandangan berbalam-balam.

Dan aku tak tahu apa yang jadi dalam bilik itu. Bermacam-macam bunyi aku
dengar. Lampu dibaling ke dinding. Laci meja terbalik. Carut-mencarut terhambur.
Kemudian nampak lelaki itu berjaya melarikan diri.

Kini aku tinggal berdua dengan penyelamatku. Dia meluru ke arahku. Duduk di
sebelah aku. Aku rasa pening. Ingin tumbang. Tapi tangannya cepat-cepat pegang
bahuku sebagai sokongan.

“Beautiful, are you okay?”

250
Obey.tube
Bab 29

B ELUM sempat aku menjawab, terasa Jason ditarik kasar dari tubuhku sehingga
dia terjelepok jatuh di atas lantai. Gara-gara sokonganku hilang, aku terus rebah di atas
katil. Dan gara-gara berubah posisi sekali lagi, kepalaku rasa berpusing makin hebat.
Aku pegang kepala.

“How dare you touch her?” Bergegar bilik itu dengan suara garang itu.

Dheo! Entah bila pula dia tiba.

Dari atas katil, aku nampak Jason dah terpaku di dinding dengan hidung berdarah.
Bukan sikit penangan Dheo. Sebelah tangannya kini betul-betul di leher Jason. Tangan
Dheo berurat. Maksudnya tekanan pada leher Jason bukan sedikit.

Aku ingin menjelaskan bahawa Jason yang menyelamatkanku. Tapi tiada suara
yang keluar bila aku buka mulut. Malah, aku rasa sangat pening dan sangat lemah untuk
bangun. Tapi aku kena buat sesuatu kalau tak nak Jason terkubur besok.

“When I said she’s with me, I mean she’s mine! And no one lays a finger on what
is mine.” Suara bergetar amaran dari Dheo.

“I don’t...” Suara Jason bagaikan angin keluar. Hanya setakat itu sebelum Dheo
kuatkan lagi cengkamannya di lehernya.

Aku cemas. Kalau Dheo teruskan juga, nyawa Jason mungkin melayang. Dheo
mungkin bergelar pembunuh. Dan aku tak nak Dheo jadi pembunuh. Pada suspek yang
salah pula tu.

Mungkin dah nampak Jason dah mula nyawa-nyawa ikan, Dheo melepaskan
Jason. Jason terus terbatuk-batuk.

Belum sempat Jason hilang batuknya, aku melihat Dheo mencengkam erat kolar
baju kemeja putih Jason. Dan sekuat hati, Jason ditolak ke dinding. Berdentum
bunyinya sampaikan frame gambar yang tergantung terus sembah bumi. Berderai bunyi
kaca.

Aku melihat Dheo meluru ke arah Jason lagi. Muka bengis habis. Aku takut Dheo
mengapa-apakan Jason lagi. Jason tak salah. Lantas aku kumpul kekuatan untuk
bersuara.

251
Obey.tube
“Dheo...” Sangat perlahan suaraku. Seakan-akan berbisik.

Tapi bersyukur bila penumbuknya yang seinci lagi nak singgah ke muka Jason
terhenti. Tubuhnya sedikit mengeras. Bagus. Maksudnya dia dengar. Kemudian Dheo
berpaling ke arahku.

Kami saling berpandangan. Matanya sangat bengis ketika itu. Tapi cuma seketika.
Sebaik sahaja matanya menusuk ke mataku, pandangannya berubah lembut. Bermacam-
macam rasa tersingkap di balik mata hitam itu malam ini.

Dan setelah itu, Jason terus dilepaskan. Kakinya terus menuju ke arahku. Aku
yang masih lemah di atas katil itu dipangku. Dipeluk dan dibawa ke dada. Bagaikan tak
nak lepas.

“Dolce cuore, are you okay?” Suara dia punya pelbagai rasa ketika itu.

Lembut. Prihatin. Dan... Takut.

Aku pandang wajahnya. Tenggelam dalam panahan matanya.

“I’m sorry,” ucapnya penuh kesal.

Aku hanya pandang dia. Tak puas. Dia kenapa malam ni?

“Jason tak salah. He saved me,” kataku perlahan. Dan setelah itu, gelap duniaku.

“ARE you sure she’s okay?” Suara Dheo kedengaran.

“Dia okey, Dheo. Aku dah cuci luka dia. Mungkin dia penat. Kejap lagi dia akan
sedar.” Suara itu menjawab. Suara Doktor Arrazi kalau tak salah.

Aku masih pejam mata. Nak buka. Tapi rasa tersangat berat. Aku rasa bagaikan
berada dalam dimensi sendiri. Tak boleh bergerak, tapi dapat dengar apa yang dicakap.

“Damn... Kalau aku dapat jantan tu, memang aku siat-siat dia! Aku bunuh dia!”
Suara Dheo kuat berbaur dendam.

“Shhh... Perlahan sikit suara kau, Dheo. Kau akan kacau dia rehat!” Suara amaran
dari Doktor Arrazi pula. Lembut tapi tegas.

252
Obey.tube
Dheo aku dengar melepaskan satu keluhan kecil. Kemudian diam seketika. Tiba-
tiba rasa katil di sebelahku baring itu dihenyak seseorang. Terasa ada sesuatu yang
lembut menyentuh tulang pipiku. Sentuhannya penuh kasih sayang. Berbeza dengan
dirinya yang kasar tadi. Buatkan aku terbuai seketika.

“Jangan risau, Dheo. Aku tahu dia kuat. She has gone through something worse
before and she is going to go through this too.” Doktor Arrazi berkata lagi.

Dheo... Risaukan aku?

Kemudian sayup-sayup aku dengar perbualan mereka. Maksudnya, aku mula


tenggelam dalam duniaku sendiri. Sehinggalah hilang terus suara mereka berdua. Aku
disapa lena yang panjang.

Dan bila aku berjaya membuka mata kembali, bilik itu dah disimbahi cahaya
matahari. Pagi. Sekeliling bilik itu diperhati. Yang pasti bukan bilik aku. Di manakah
aku sekarang ni?

Bilik sangat besar. Berkatil king di tengah-tengah. Cadar berwarna kelabu dan
biru. Selimut tebal menutupku hingga paras dada. Sangat lembut buatkan aku rasa
malas nak bangun. Hiasan bilik itu agak klasik tapi mewah. Bilik siapa ni?

Kedengaran pintu bilik dibuka dari luar. Mataku automatik terpaku ke arah itu.
Nampak Lucca menapak masuk. Bila dia nampak aku buka mata, terus dilajukan kaki
ke arah katil.

“Signora, are you okay? Nak muntah? Pening?” Bertalu-talu soalan disembur.
Jelas kerisauan. Tak tahu aku nak jawab apa.

“Saya okey.” Sedikit garau suaraku. Aku terbatuk-batuk. Tekak rasa kering gila.
Macam lepas maraton tengah-tengah padang pasir. Berapa lama aku tidur?

Lucca yang bagaikan tahu terus tuang air masak. Disuakan gelas itu ke arahku.
Aku terus meneguk rakus.

“Terima kasih,” ucapku lepas licin satu gelas tinggi itu. Betul-betul dahaga.

Lucca letak balik gelas itu di atas meja kecil di tepi katil. Aku pula memerhati
sekeliling bilik itu sekali lagi.

“Bilik siapa ni?” soalku kepada Lucca.

“Dheo.”

Anehnya, aku tak pelik. Melihatkan sekeliling bilik yang sangat asing bagiku, aku
tahu ini bukan penthouse Dheo. Mungkin ini adalah banglo Dheo.

253
Obey.tube
“Berapa lama saya tidur, Lucca?” Aku ingin tahu.

“Just one night, signora.”

Sekali lagi pintu bilik dibuka. Pandangan aku dan Lucca menala ke arah itu. Kali
ini, muncul Dheo, Doktor Arrazi dan Arrayan pula. Dalam kumpulan kecil ini, cuma
aku seorang perempuan.

“It’s good to see you awake, Nurissa. You make us worried. I don’t like to see you
fragile on the bed,” kata Arrayan. Wajahnya jelas menunjukkan prihatinnya. Betapa
lega wajahnya bila nampak aku dah buka mata.

Aku hanya senyum kepadanya. Tak tahu nak balas apa. Terima kasih kerana
risaukan saya?

“I’m glad you are okay. Arrazi akan check awak hari ni.” Kali ini Dheo pula
bersuara.

Pandangan automatik terarah kepadanya. Dheo hari ni berbeza dengan semalam.


Wajahnya biasa-biasa. Pandangan yang tiada rasa.

“Macam mana hari ni, Nurissa? Apa yang awak rasa?” Doktor Arrazi bertanya.

“Okey. Cuma rasa dahi berdenyut sikit. Pipi pun macam kembang,” jawabku. Nak
bercakap pun sakit.

Baru perasan dahi rasa berdenyut. Aku tahu ada benjol di situ. Cuma sebesar apa,
aku tak tahulah. Ada sesuatu juga ditampal di hujung bibirku. Dan kedua-dua belah
pipiku rasa pijar. Baru teringat apa yang dah jadi semalam. Aku tak tahulah macam
mana rupa aku sekarang ni. Mahu macam orang lepas kena langgar treler.

“Itu normal. Mungkin sebab effect ubat tahan sakit dah habis. Kalau awak ambil
nanti, insya-Allah rasa sakit tu akan hilang,” jawab Doktor Arrazi.

Kemudian dia memeriksa mataku dengan lampu suluhnya. Dan beberapa


pemeriksaan fizikal yang lain. Aku hanya mengikut. Ada juga beberapa soalan ditanya.
Mungkin mahu memeriksa kadar kecederaan otak yang aku alami. Takut
ada concussion. Sebab penangan lelaki semalam boleh tahan juga. Gegaran otak juga
aku.

“Aku rasa dia okey. Mungkin tak ada concussion. Tapi tengok dalam dua puluh
empat jam ni macam mana. Pantau dia selalu. Kalau ada simptom-simptom concussion,
bagi tahu aku.” Kali ini Doktor Arrazi berkata kepada Dheo.

254
Obey.tube
Kemudian, Doktor Arrazi meminta diri untuk pulang. Ada tugas katanya. Sempat
tinggalkan pesan supaya cepat-cepat menghubunginya kalau aku ada apa-apa
masalah. Aku cuma angguk.

Lucca dan Arrayan juga turut berlalu dari bilik itu. Bagaikan sengaja
meninggalkan aku berdua-duaan dengan Dheo. Bila kami dah tinggal berdua, masing-
masing selesa diam. Serius aku tak tahu nak kata apa kat dia.

Aku juga tak tahu dia rasa macam mana. Sebab wajahnya sekarang tak punya apa-
apa ekspresi. Marahkah dia padaku? Atau dia risaukan aku? Maklumlah... Lepas apa
yang jadi dalam bilik Jason semalam...

Jason!

Dia macam mana? Apa yang jadi dengan dia? Aku rasa aku dah sempat jelaskan
kepada Dheo semalam bahawa Jason selamatkan aku. Tapi masalahnya, Dheo dengar ke
tak? Sebab aku tak tahu dah apa yang jadi setelah itu.

“Jason macam mana, encik?”

“Back to encik, tesoro?” soalnya. Bukannya nak jawab soalan aku.

Soalan dia itu buatkan aku sekali lagi teringat apa yang dah jadi semalam. Aku
panggil dia Dheo, bukan encik atau Encik Han. Alamak... Dia marahkan aku ke?

“Encik marah ke saya panggil nama encik semalam?”

“I like Dheo more.”

Jadi, aku boleh panggil dia Dheo? Mesti pelik rasanya.

“Jason macam mana?” Aku soal dia balik.

“Breathing and living.” Mudah sungguh jawapan dia.

“Saya berhutang budi dengan dia. Dia dah selamatkan saya.”

“Well... Kalau dia tak suruh awak jadi room attendant dia, benda ni takkan
jadi. And I’m going to punish those who were involved in this. You are exclusively
mine. Siapa bagi izin untuk orang lain guna housekeeper saya?” Keras suara Dheo.

Telan liur aku mendengarnya.

“Janganlah salahkan orang lain. Mereka tak salah. Mereka tak tahu pun pasal tu.
Saya yang setuju,” jawabku. Kesian staf lain kalau kena marah.

255
Obey.tube
Dia jeling aku. Marahnya kepadaku tak boleh nak sorok. Malah nampak berganda-
ganda. Marah sebab aku sengaja terjun kawah berapi agaknya.

“Okey... Saya maafkan untuk kali ni. But soon I’m going to announce this strict
order. You are not allowed to attend someone else without my permission.
My housekeeper is exclusively mine. Period.”

Tak tahu nak balas apa. Lepas apa yang jadi semalam, kalaulah semua orang tahu
apa yang jadi, mesti faham kenapa Dheo buat macam tu. Tapi, mustahil orang tak tahu.
Kalau aku pergi kerja dengan muka macam ni, apa alasan aku nak cakap? Aku hampir
dirogol dan dikasari secara fizikal.

Kalau tiada Jason semalam, aku tak tahulah apa jadi. Mungkinkah Dheo akan
datang selamatkan aku? Sebab kalau ikutkan, dia juga muncul semalam. Cuma sedikit
lewat dari Jason. Apa-apa pun Jason dah selamatkan aku. Bukan salah dia kalau salah
seorang orang suruhannya buat perangai.

Kalau aku jumpa Jason nanti, aku mesti berterima kasih kepadanya. Macam tak
sangka pun ada. Dia yang gatal dengan aku pun tak buat apa-apa. Tapi lelaki itu yang
tak pernah bertukar dialog dengan aku pula yang buat macam tu. Dunia ni macam-
macam! Ngeri.

“Lelaki tu macam mana?” Tiba-tiba ingin tahu. Aku haraplah dia masih bernyawa.

Dheo diam dulu.

“Unfortunately, we lost him.”

Tiba-tiba rasa takut. Kalau dia ada di luar sana, apa akan jadi padaku? Entah-
entah, dia akan lakukan benda yang sama macam semalam. Tak sanggup aku nak alami
sekali lagi.

“Don’t worry, tesoro. Before noon. My men will get him. I promise you.”

Bagaikan satu janji yang dia takkan mungkir. Sangat yakin.

“Kalau awak dapat dia, awak nak buat apa?” soalku. Gerun untuk mendengar
jawapannya.

Tapi Dheo lebih selesa diam. Pandangan penuh misteri. Teringat balik
perbualannya dengan Doktor Arrazi semalam.

“Awak nak bunuh dia?”

“Bunuh? Do I look like a serial killer to you?”

256
Obey.tube
Suaranya seakan-akan menahan geram. Juga terselit rasa kecewa gara-gara aku
berfikiran sesempit itu tentangnya.

“Sorry,” ucapku perlahan. Aku tak patut bersangka buruk dengannya. Semalam
mungkin dia bercakap kerana emosi.

Tapi... Aku tak dapat bayangkan apa yang akan jadi kalau lelaki itu jatuh ke
tangan Dheo. Dia mungkin takkan bunuh. Tapi tak bermakna dia takkan belasah lelaki
itu separuh mati. Ngeri aku nak bayangkan. Aku haraplah semuanya hanya imaginasi
aku.

Imaginasi!

Aku terbayang apa yang jadi semalam. Riak rapuh yang terpancar dari wajah
Dheo. Untuk aku. Semua itu memang betul terjadi ataupun cuma kesan setelah kepalaku
mengalami trauma? Mungkin aku cuma berhalusinasi?

Aku pandang Dheo lama-lama.

“Kenapa awak buat semua ni untuk saya? Who am I to you?” soalku.

Tubuhnya sedikit mengeras. Matanya bertaut denganku. Lama kami


berpandangan. Riak wajahnya setenang air di kolam. Tapi aku nampak halkumnya
bergerak sekali. Dia juga sedang mencari jawapan.

“You are my responsibility.”

“I had a dream last night. Mungkin kesan hantukan pada kepala saya, saya ingat
sesuatu. Tapi cuma samar-samar. Last night incident was not the first time. That was not
the first time I was beaten,” ceritaku. Mataku tak lepas dari melihat reaksi Dheo.

Dheo tak beriak. Cuma pandangan matanya kini berubah makin dingin. Bagaikan
sedang mengawal ombak dada yang kini dipenuhi perasaan. Mungkin marah. Mungkin
benci. Mungkin dendam.

Aku pula telan liur. Cuba kumpul kekuatan untuk meneruskan kata. Meskipun
tangan rasa menggigil. Namun aku cuba sorokkan di bawah selimut tebal itu. Wajah
setenang mungkin ditayang.

“Last night... Everything happened was not first time for me. Everything. Situasi
macam déjà vu. Saya juga mimpi yang saya cuba diperkosa. I was beneath a man. I was
crying while being kissed by him.”

Sekali lagi telan liur. Dada menahan jantung yang macam nak meloncat keluar.
Aku tunduk ke bawah. Pejam mata.

257
Obey.tube
“And that man was you, Dheo Han.”

258
Obey.tube
Bab 30

S UNYI. Hanya bunyi jarum jam berdetik kedengaran. Wajah Dheo bagaikan tak
berperasaan. Aku tak dapat baca apa yang bermain dalam kepalanya.

Dheo mula berjalan. Aku pula dalam mod berjaga-jaga. Dan lagi gerun sebab aku
tak tahu apa tindakan Dheo yang seterusnya. Sebab dia seorang yang sukar dijangka.
Entah tiba-tiba dia terkam aku, aku pun tak tahu.

“Betul ke? Awak pernah lakukan benda yang sama pada saya dulu?”

Aku memberanikan diri untuk bertanya. Betapa kebisuan Dheo sekarang ini
sangat menyeksa jiwaku yang inginkan kebenaran.

“I don’t know. Mungkin ya, mungkin tidak.” Dia menjawab selamba. Bagaikan
sedang bermain tarik tali denganku.

“Adakah itu maksudnya yang kita memang pernah kenal sebelum ni?” soalku lagi.

Kali ini Dheo diam. Aku berharap jawapannya bukan macam tadi.

Mungkin ya, mungkin tidak.

Aku penat hidup dalam berteka-teki. Penuh kekeliruan. Aku dah tak pasti dengan
hidupku. Penat bila kita nampak sesuatu, rasa sesuatu dan lalui sesuatu, pemikiran
pertama yang terlintas adalah aku pernah buat ke semua ni? Penat untuk bertanya setiap
orang yang menegurku sama ada aku mengenalinya ataupun tidak.

Jadi... Tolonglah jawab soalanku itu! Soalannya cukup mudah. Susah sangat ke
nak jawab?

Aku pandang mata Dheo. Nampak Dheo telan liur. Pandangannya berubah
lembut. Aku tahu macam mana mata aku sekarang. Merayu.

Diam.

Bibir Dheo mula bergerak. Namun, belum sempat kebenaran terpacul keluar, pintu
bilik ditolak sedikit kasar. Aku dan Dheo sama-sama berpaling ke arah itu.

“Bos!” Lucca!

259
Obey.tube
Dheo tak berkata apa. Mungkin sedang menunggu Lucca menyambung kata.

“We got him.”

Dengan itu, wajah Dheo kembali dingin. Hilang segala emosinya. Kembali kepada
wajah seorang ketua. Tanpa banyak bicara, tubuh Dheo terus berpusing lalu menuju ke
arah pintu bilik.

Talk about timing! Arghhh... Kenapalah masa Dheo nak memberitahuku itulah
semua ni nak jadi?

AKU hanya terbaring di atas katil. Berehat bak kata semua orang. Ke mana semua
orang pergi, aku pun tak tahu. Semua orang tiada. Dheo dan Lucca entah ke mana. Yang
tinggal hanyalah Arrayan. Babysitter baru aku. Ada juga beberapa lelaki tegap lain yang
aku tak pernah nampak.

“Cik Rissa.” Panggilan itu membuatkan aku terus berpaling ke arah pintu bilik.

Kak Tiqah terus meluru ke arahku. Tubuhku dipeluk kemas. Jejak kasih 2.0. Entah
apa yang dia membebel, aku pun tak dapat tangkap. Cakap laju macam kereta api Jepun.
Yang aku sempat tangkap ada perkataan okey, risau dan alhamdulillah.

Pelukan dileraikan. Bila dia tengok wajahku, dia ternganga sedikit. Terus lepas
muka aku. Mungkin takut aku sakit.

“Ya Allah... Apa yang dia dah buat pada Cik Rissa? Tak guna betul!” Suara marah
Kak Tiqah.

Nak tergelak pun ada. Kak Tiqah kalau dah bengis, ngeri juga mukanya. Tapi...
Bila melihat Kak Tiqah di sini, baru perasan sesuatu.

“Kenapa Kak Tiqah datang sini?” soalku pelik.

Bukan tak bersyukur dia datang melawat. Tapi macam mana Kak Tiqah boleh
tahu tentang hal ini? Dia sedang bekerja. Apatah lagi I’s Café kini baru dibuka balik.

“Encik Han suruh Kak Tiqah datang. Dia ceritakan tentang apa yang dah jadi
semalam. Terkejut akak dengar. Dia minta Kak Tiqah tolong jagakan Cik Rissa, teman
Cik Rissa. Cik Rissa kan seorang aje perempuan kat sini,” cerita Kak Tiqah.

“Buat susah-susah aje. Bukannya saya lumpuh, Kak Tiqah.” Segan aku rasa. Aku
dah menyusahkan ramai orang.
260
Obey.tube
“Eh, mana ada, Cik Rissa! Kak Tiqah bangga dapat berbakti pada Encik Han dan
Cik Rissa.”

Bila dengar nama Dheo, terus aku teringat sesuatu.

“Dheo pergi mana, Kak Tiqah?”

“Kak Tiqah tak tahulah, Cik Rissa.”

Tertanya-tanya. Dia terus keluar sebaik sahaja Lucca muncul. Dan sekarang ni,
dengan Lucca sekali dah lesap.

We got him. Aku yakin him yang dimaksudkan Lucca itu adalah lelaki semalam.
Dalam hati aku berdoa semoga lelaki itu tak diapa-apakan. Aku juga berdoa semoga
Dheo juga tak apa-apa. Aku tak mahu lagi melihat luka mencacatkan tubuh dia. Aku tak
suka dia cedera.

Aneh... Walaupun aku dah tahu hakikatnya dia pernah cuba memperkosaku dulu,
aku masih risaukan dia. Bodohkah aku? Gilakah aku?

“Cik Rissa belum makan, kan? Encik Han suruh Kak Tiqah siapkan makan untuk
Cik Rissa.” Suara Kak Tiqah mengembalikan aku ke dunia nyata.

“Tunggu dululah, Kak Tiqah. Rissa nak mandi dulu,” kataku. Rasa jijik gila
dengan diri sendiri. Entah berapa jam aku tak mandi.

Lantas pandangan pada tubuh sendiri diperhatikan. Baru perasan! Uniform


kerjaku dah berganti. Hanya ada baju tidur lelaki berlengan panjang. Yang aku memang
yakin adalah milik tuan bilik ni. Terus tangan yang baru nak selak selimut itu beku.

Siapa yang tukar baju aku semalam? Dahlah aku cuma dengar suara Dheo dan
Doktor Arrazi semalam. Takkanlah Dheo kut? Perit aku nak hadam hakikat itu. Tak
terjangkau dek akal. Tak boleh bayang.

“Oh, jangan risau, Cik Rissa! Yang tukar baju Cik Rissa semalam adalah orang
gaji rumah ni, Mak Cik Kasmah. Hari ni dia dan suami dia kebetulan bercuti seminggu.
Sebab itulah Encik Han panggil Kak Tiqah hari ni.” Kak Tiqah bagaikan tahu-tahu apa
dalam kepalaku.

Terus aku tarik nafas lega. Nasib baik bukan lelaki!

“Cik Rissa mandilah dulu. Kak Tiqah carikan baju yang sesuai untuk Cik Rissa
pakai.”

261
Obey.tube
USAI membersihkan diri, aku mengenakan pakaian yang diberikan oleh Kak Tiqah.
Ngam-ngam dengan aku. Mana dia rembat, aku pun tak tahu. Padahal aku ini kategori
perempuan tinggi dan agak susah untuk mencari pakaian yang sesuai.

Bila aku dah siap berpakaian, Kak Tiqah memaksa aku untuk makan dan ambil
ubat tahan sakit. Kami berbual-bual sementara menunggu aku habis makan. Banyak
cerita yang dia bawa. Cerita tentang staf di sana. Sejak kali terakhir aku jejak kaki ke
sana, aku mula rindu mereka semua.

Kak Tiqah kemudiannya meminta diri. Katanya ada urusan penting yang harus
diselesaikan. Berat hati mahu tinggalkan aku di sini, tapi aku paksa dia balik. Aku boleh
jaga diri. Lagipun, aku memberitahunya yang aku juga mahu tidur dan berehat. Jadi,
kehadiran Kak Tiqah ketika itu tak diperlukan.

Akhirnya Kak Tiqah terpujuk. Selepas bersalam-salaman, berpeluk-pelukan,


akhirnya Kak Tiqah tinggalkan aku sendirian di dalam bilik itu. Itu pun macam-macam
pesanan penaja diturunkan. Nasib baik tak ada kertas dan pen aje. Kalau tak, mahu
sekajang kertas!

Aku hanya berbaring di atas katil besar Dheo itu. Aku masih tak faham kenapa
aku dibawa ke dalam bilik Dheo? Rumah besar Dheo ini pasti punya beberapa buah
bilik tetamu yang lain, kan? Tapi kenapa di sini juga aku dibawa?

Lantas kepala kembali mengingat balik kejadian sebelum Dheo meluru keluar.
Dheo ingin memberikan jawapan kepadaku. Agak-agaknya, apa jawapan Dheo? Aku
masih menanti. Tapi, lepas ni masih ada peluang yang sama ke?

Huh... Mengeluh dulu! Sekeliling bilik yang kemas itu dipandang. Tak tahu aku
nak buat apa. Bilik Dheo.

Bilik Dheo? Ting! Suis Sherlock Holmes dah terbuka. Laju idea datang dalam
kepala. Sedang aku mengatur rancangan dalam kepala, kedengaran pintu bilik diketuk
dari luar. Tergendala seketika. Selepas aku memberi izin, barulah pintu bilik dibuka.

Arrayan. Dia berjalan ke arah katil. Berdiri betul-betul di sebelah katil.

“Awak dah makan?”

“Dah.”

“Dah makan ubat?”

262
Obey.tube
Aku juling mata ke atas. Dia sedang menjalankan tugasnya sebagai babysitterku.
Ni mesti sebab Dheo suruh. Dan mungkin lepas dia jejak keluar, aku gerenti berita
sampai ke tangan Dheo.

“Dah.”

Arrayan angguk beberapa kali. Berpuas hati agaknya.

“Saya penatlah. Nak tidur. Jangan kacau saya,” kataku. Sehabis mungkin berlakon
penat. Aku haraplah rupa aku yang sangat kesian sekarang ni membantu.

Aku buat-buat menguap. Mata pun buat-buat separuh terbuka. Haraplah dia
percaya. Sebab aku ada agenda yang harus dilaksanakan. Aku namakannya, The Truth
Hunter.

“Okey. Berehatlah,” kata Arrayan.

Aku angguk. Kepala direbahkan di atas bantal. Menguap sekali lagi sebelum
pejam mata. Best betul bantal bulu burung ni! Terbuai aku rasa. Boleh tergoda aku
daripada menjalankan misiku.

Telinga peka mendengar derap kaki Arrayan menjauhi katil. Bila dengar pintu
bilik terkatup lembut, terus aku buka mata. Duduk sembilan puluh darjah sebelum selak
selimut.

Ayuh kita jalankan misi The Truth Hunter.

PERLAHAN-LAHAN aku menyelongkar barang-barang Dheo. Di setiap sudut. Dari


dalam bilik air, sehinggalah ke bawah katil, semua aku teroka. Satu demi satu laci aku
raba. Mencari apa-apa bukti. Rasa bersalah juga dah selongkar barang-barang pribadi
Dheo, tapi sekarang ni aku dah tak peduli.

Aku kini sedang meneroka di dalam bilik persalinan Dheo. Tapi yang ada cumalah
pakaian Dheo. Set jam tangan mahalnya. Dan beberapa aksesorinya yang lain.
Langsung tiada apa-apa klu.

Setelah aku yakin setiap sudut aku dah teroka, aku kembali ke katil. Duduk di
birai katil sambil penuhkan paru-paru dengan oksigen. Penat. Tangan dibawa ke dahi.
Berpeluh juga. Aku tahu aku kena berehat sekarang ni tapi aku takkan tenang selagi aku
belum tahu.

263
Obey.tube
Ambil masa untuk berfikir sejenak. Kalau Dheo dah bawa aku masuk bilik ni,
mesti maksudnya bilik ni dah bersih dan tak mencurigakan. Dheo bijak. Dia memang
tahu aku takkan jumpa apa-apa, sama ada sengaja atau pun secara tak sengaja.

Aku mengeluh lagi. Buat penat aku aje la!

Tapi, kalau tiada bukti di dalam bilik ini, aku pasti ada di mana-mana di dalam
rumah ini. Mesti ada punya! Aku kena yakin. Mungkin ada di dalam bilik kerja Dheo.
Kalau di penthouse dia pun ada bilik kerja, mesti dalam rumah ni pun ada bilik kerja.

Aku pandang pintu. Sekarang memikirkan cara macam mana aku nak menyelinap
keluar dari bilik ini. Aku kena hati-hati. Tak boleh tarik perhatian Arrayan atau anak
buah Dheo yang lain.

Tawakal aje la!

Lantas aku membuka pintu bilik perlahan-lahan. Kepala menjenguk keluar kiri
dan kanan bilik. Haraplah tiada orang. Nampaknya nasib menyebelahiku. Kosong.
Tiada langsung bayang manusia. Kemudian aku cepat-cepat keluar sebelum ada orang
nampak.

Tapi, nak pergi mana? Kiri kanan aku pandang. Sunyi. Ikut kata hati. Lantas aku
berjalan ke arah kanan. Bila sampai di hujung ruang, ada satu bilik. Agak-agak ni bilik
kerja dia ke? Sebab nampak bilik ni paling tersorok. Paling privasi kalau nak buat kerja.

Aku pegang tombol pintu. Sambil tarik, sambil doa dalam hati. Haraplah tak
kunci. Harap juga tak ada sebarang alarm atau tanda bahaya. Kutlah aku tarik tombol tu
tiba-tiba kena panah beracun, arwahlah aku!

Tapi, berjaya! Alhamdulillah. Pintu tak kunci. Tak ada juga panah beracun.
Panjang umur aku. Dan bila kaki melangkah masuk ke dalam bilik itu, rasa bersyukur
kuasa dua. Bila nampak meja besar mahogani dan beberapa rak buku tersusun di
belakangnya, aku yakin memang ni bilik kerja Dheo.

Aku memang bernasib baik! Tanpa membuang masa, aku terus selongkar barang-
barang Dheo.

“Sorry, Dheo! Tak ada niat pun nak selongkar barang-barang awak. Sumpah! Tak
ada niat nak curi apa-apa ataupun cubaan untuk menjahanamkan syarikat awak. Tapi
saya cuma nak tahu. Saya haraplah awak faham,” bebelku perlahan sambil mula
mencari. Macamlah dia dengar.

Aku bongkokkan sedikit tubuhku. Ingin melihat laci mejanya pula. Laci pertama
dibuka, cuma ada set alat-alat tulisnya. Laci kedua dibuka, hanya ada beberapa buku.
Aku belek-belek. Ada satu buku lukisan.

264
Obey.tube
Buku lukisan Dheo. Teragak-agak aku mengambilnya. Seringkali aku bayangkan
dia sedang melukis. Seringkali juga aku ingin melihat hasil lukisannya macam mana.
Tangan memegang hujung kulit keras buku lukisan itu.

Dada berdebar. Entah kenapa.

Perlahan-lahan tangan menyelak kulit buku lukisan itu. Ingin melihat helaian
pertama lukisan Dheo. Sebaik sahaja mata tertancap pada lukisannya itu, aku terkedu.
Jantung pun bagai rasa nak berhenti berdegup.

Aku!

Aku tak tahu apa yang patut aku rasakan sekarang ni. Perasaan bercampur-baur.
Tiba-tiba rasa sangat keliru. Aku sendiri tak faham dengan perasaanku. Rasa terharu
melihat lukisan sempurna Dheo. Ya... Sangat sempurna! Dheo sangat berbakat.

Aku gosok-gosok lukisan itu. Ingin tahu apa Dheo rasa yang ketika dia melukis.
Lukisan jiwa pelukis. Tanganku tiba-tiba terhenti pada tulisan kecil di sisi lukisan itu.
J.H! Dheo adalah J.H.

Belum sempat aku mencerna maklumat itu, aku dengar tombol pintu ditarik dari
luar. Aku sedikit panik. Tindakan pantas. Aku terus melompat ke belakang langsir yang
betul-betul berada di sebelahku. Bersandar pada rak buku besar itu. Aku harap aku
terlindung dari mata semua orang.

Tak lama lepas tu, aku dengar derap kaki melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Aku yakin Dheo. Tapi dengan siapa, aku tak tahu. Aku cuma pegun di balik langsir itu.
Buku lukisan kupeluk erat ke dada. Bernafas pun aku cuba kawal. Takut tertangkap.

“Rose macam mana hari ni?” Aku dengar Dheo bertanya. Suara penuh prihatin.

Gila ke kalau aku rasa terharu sekarang ni? Sebab Dheo selalu ingatkan aku?

“Tengah tidur. Berehat katanya,” lapor Arrayan.

“Good.” Suara puas hati Dheo.

Aku haraplah dia tak suruh orang periksa aku macam mana sekarang ni.

“Macam mana, bos?” soal Arrayan.

“Biar polis yang setel.”

“Polis? Polis terlibat?”

265
Obey.tube
Arrayan seakan-akan terkejut.

Mereka sedang berbincang tentang apa?

“Are you sure we are making a right decision? They will know signora.” Lucca
pula bertanya.

Aku sedikit terkejut mendengarnya. Signora? Berkaitan aku? Tentang apa yang
jadi di hotel ke?

Diam.

“Apa yang beza? Sebab mereka tahu tentang Rose maka semua ni terjadi. I can’t
hide her anymore.” Dheo menjawab.

Mereka? Siapa mereka? Kenapa nak sorok aku? Dada berdebar kencang
mendengarnya.

“Kau pun tahu, Lucca. The sole purpose we return to Malaysia.Sebab mereka dah
syak. Sebab mereka tahu, apa yang mereka nak, hanya Rose yang ada.”

Telan liur aku mendengarnya. Apa ni? Aku tak faham langsung apa yang mereka
cakapkan. Apa yang mereka nak yang aku ada? Aku tak ada apa-apa.

Sunyi setelah itu. Beberapa saat kemudian, kedengaran pintu ditutup. Mereka dah
keluar ke? Aku teragak-agak. Nak intai ke tak nak intai.

Baru berura-ura aku nak buat keputusan, terasa langsir yang menutup diriku itu
disingkap.

“Done eavesdropping?”

266
Obey.tube
Bab 31

D HEO HAN tegak berdiri di depanku. Sedang silang tangan di dada. Wajahnya
tak punya apa-apa perasaan. Aku tak tahu dia rasa apa sekarang ni. Marahkah dia sebab
aku dah menceroboh masuk ke dalam bilik kerja dia?

Aku pula tak tahu nak buat apa. Rasa macam pencuri ditangkap mencuri. Telan
liur sekali. Buku lukisan dibawa erat ke dada. Bagaikan perisai yang melindungiku
daripada pandangan tajam Dheo.

“What are you doing here? Awak sepatutnya berehat,” soal Dheo. Suara biasa-
biasa. Tiada marah. Tiada kedinginan juga.

Bila dia bertanya, baru aku ingat balik sebab utama aku berada di dalam bilik ini.
Misi The Truth Hunter baru separuh jalan dilaksanakan. Tapi berjaya bertemu dengan
satu bukti. Lantas aku pandang buku lukisan yang berada di dalam pelukanku itu.

Bila mataku jatuh ke buku itu, pandangan Dheo turut beralih ke situ. Dan ekspresi
wajahnya terus berubah. Sedikit keras. Kemudian matanya dikecilkan ke arahku.
Tajam! Tapi tak pula dia merampas buku itu.

Walaupun rasa macam lutut tengah bergegar sekarang ni, tapi aku kuatkan juga.
Tayang muka biasa. Kononnya tak terkesan dengan mata helang Dheo ketika itu. Dalam
hati, pujuk diri sendiri. Aku yakin Dheo takkan cederakan aku.

Aku terus ambil buku lukisan itu. Ditayangkan apa yang aku jumpa kepadanya.

“Apa ni? Explain,” kataku berani.

Mata Dheo kini berubah ke arah buku lukisan itu. Lebih tepat lagi pada
lukisannya. Lama matanya di situ sebelum beralih ke mukaku.

“Beautiful.”

Terus abnormal jantung aku bila dia komen sepatah. Tak tahulah sama ada dia
puji lukisan dia cantik atau aku yang cantik, tapi hati degil juga nak rasa sesuatu.

“Jangan nak tukar topik pula. Saya tanya ni,” kataku. Sedikit mendesak.

267
Obey.tube
Dheo masih diam. Dia ni memang sengaja nak aku terseksa menanti kejujuran
daripadanya.

“It’s just a drawing. Mungkin saya lukis lepas saya kenal awak.”

“But you said you’ve stopped painting.”

“And I said that perhaps I’ll be painting again one day,” balasnya.

Dan kini aku rasa ragu-ragu sendiri. Kata-katanya itu masuk akal. Teragak-agak
tanganku ditarik balik. Kemudian pandang balik pada lukisan itu. Bila lihat perkataan
J.H, terus sesuatu tercetus dalam benakku.

“You’re J.H! Awak orang yang sama yang lukis gambar Eiffel Tower.
Dan subconsciously, saya ada lukis benda yang sama. Only the difference is mine is
complementary to your drawing. It must meant something,” kataku.

Aku ditenungnya lama.

“You entered the gallery.” Suara bukan menuduh, bukan juga marah.

Alamak... Kantoi! Gulp!

“My... I don’t even surprised anymore,” sambungnya lagi. Nampak dia mengeluh
kecil.

“Saya termasuk sebelum awak bagi arahan. Masa tu saya bukan staf awak lagi dan
saya tak tahu pasal tempat tu. So technically, saya tak salah.” Aku menjawab. Bela diri.

“Awak belajar di University Of Nottingham. Sama macam saya. Too many


coincidences. Mustahil hanya sekadar kebetulan. Awak mesti kenal saya,” kataku lagi.

“Dan tadi. Perbualan awak dengan Lucca dan Arrayan. Awak ada sebut pasal
saya. Maksudnya awak memang kenal saya.” Satu per satu aku kemukakan bukti.

“Yes... I know you, tesoro.”

Walaupun aku dah agak jawapannya itu, tapi bila dia mengaku, rasa macam nak
berhenti juga jantungku. Aku tarik nafas dalam-dalam. Tiba-tiba rasa macam sesak
nafas.

“Why? Kenapa pura-pura tak kenal saya?”

“That’s what you are wrong, tesoro. Never trust a stranger. You should be careful
next time.” Keras suaranya.

268
Obey.tube
Pandangan pun berubah dingin.

“Apa-apa yang saya ceritakan, jangan terus percaya. I warned you before. You
remember nothing. Kalau saya cuba untuk memanipulasi awak, awak takkan tahu. Kita
kenal antara satu sama lain tak menjanjikan apa-apa.”

“Saya kenal awak. Tapi tak bermaksud kita rapat. Mungkin kita kawan. Tapi tak
rapat. Boleh jadi saya cuma pernah nampak awak dulu. Boleh jadi juga kita
bermusuhan. Mungkin juga saya adalah seseorang yang awak benci. After all, you said
you remember my rape attempt on you. Someone close to you won’t try to rape you,
right?”

Dia jongket sebelah bahu. Selamba gila cara dia cakap. Aku pula yang rasa
berdebar bila dengar dia cakap macam tu. Hati gerun, tapi aku terus pasang kekuatan.
Separuh hatiku yakin Dheo takkan lakukan semua tu. Mungkin dulu, tapi bukan
sekarang.

Kemudian dia menapak selangkah ke arahku. Menjadikan jarak kami makin dekat.
Aku dah terperangkap. Belakang bersandar pada rak buku. Sebelah kiri ada jendela
bergerigi dan di depanku pula terpacak tubuh tegapnya. Tiada ruang untuk aku lari lagi.

Telan liur bila rasa hujung jari kaki kami bergesel. Buku lukisan semakin erat
dipeluk ke dada. Seakan-akan menahan jantung daripada berdenyut lebih had. Bau
maskulin yang membuak-buak sikit pun tak membantu keadaanku ketika ini.

Oh, lepas dia cakap cubaan merogol tadi, keadaan sekarang ni sikit pun tak
membantu aku redakan jantung yang macam nak gila ni! Kalaulah jendela sebelah aku
ni terbuka, mahu aku lompat keluar. Betapa rasanya nak jadi kembar beruk sekarang ni,
merangkak naik jendela ni.

“Or...” Dheo buka tangannya. Sebelah tangan terpasak pada rak buku, sebelah lagi
pegang jeriji tingkap. Bersyukur masih ada jarak antara kami. Walaupun aku tak tahulah
berapa inci. Rasa nak tersekat nafas.

“Perhaps we used to be lovers. I love you, you love me. I give my soul to you. And
you give your all to me. I’m your pillar and you’re my rock. When life offers nothing to
me, you offer life to me.”

Suaranya garau ketika berkata. Merenung aku dengan pandangan yang


mengasyikkan. Terpegun aku melihatnya sehingga tenggelam dalam kepekatan anak
matanya.

Hilang gerun. Lenyap takut. Yang ada cumalah perasaan damai dengan tusukan
matanya itu. Melodi jantung berubah indah.

269
Obey.tube
Hanya seketika. Kemudian dia tegakkan tubuhnya balik. Menambah jarak di
antara kami. Tangannya juga ditarik dan sekali lagi disilang di dada bidangnya itu.

“But our story didn’t end well and you ended up hating me with all your heart.
Who knows?” sambungnya sambil angkat sebelah bahu. Dan segala rasa di balik
matanya tadi terus lenyap sama sekali. Wajahnya tak berperasaan.

Aku kembali ke alam nyata. Terdiam sambil memikirkan kata-katanya. Dia betul.
Fikiranku kosong. Hakikatnya aku tak tahu macam mana hubungan kami dulu. Aku tak
boleh percaya bulat-bulat dengan ceritanya. Bukan dia saja. Malah sesiapa yang
mengaku dia kenal aku.

“Yang mana satu awak rasa?” soalnya lagi.

Soalan yang aku terkedu nak jawab. Ragu-ragu. Keliru. Sebab semuanya boleh
jadi kemungkinan.

“Awak pun tak yakin, kan? Kalau saya menipu, awak akan percaya. Kalau saya
cakap benda betul, mungkin awak akan ragu-ragu. Itulah dunia. The only way to
know the truth is, you remember yourself.”

“Tak sesenang itu.”

Perlahan suaraku. Ingat aku tak cuba ke? Tiga tahun aku cuba, tapi tiada hasilnya.

“I can help you. We can act civil.”

“Maksudnya?”

“Tolerate each other. Macam dulu.”

“Macam dulu?” Aku blur.

“Yes. You used to hate me. Sebab toleransi la maka terhasilnya lukisan Eiffel
Tower tu. Profesional demi kerja kursus,” ceritanya.

Lagi confuse aku jadinya!

“Kalau saya nak cerita semua, sampai pagi besok pun belum tentu habis. That’s
why, tesoro. Please try harder to remember,” kata Dheo lagi lepas nampak muka keliru
aku. Satu keluhan kecil dilepaskan.

Satu hari nanti! Aku akan korek cerita daripada Dheo.

“Awak betul boleh tolong saya?” Suaraku penuh berharap.

270
Obey.tube
“Of course. But not for free.” Dia sengih.

Of course! Kita bercakap tentang Dheo Han. Dheo takkan lakukan sesuatu dengan
percuma. Segala keringatnya berbayar. Firasat mengatakan dia tolong aku dengan
mengharapkan balasan. Tengok... Memang betul pun.

“Apa yang awak nak saya lakukan?” soalku balik.

Suara bagaikan pedagang tengah tawar-menawar.

Dia senyum dulu.

“Nothing much. My terms. Only one question per day. So, choose wisely. And for
every question, you have to promise me a meal. That’s the price.”

Ternganga aku mendengarnya. Dahlah satu soalan sehari. Lepas tu kalau nak
tanya soalan, kena keluar makan dengan dia dulu? Betul-betul ambil kesempatan ni.

Aku berfikir dulu. Pros and cons.

“Soalan yang saya tanya tu, awak akan jawab semua? Tak kiralah pasal apa pun?”

Aku ingin tahu. Sebelum letak kepala di mulut jerung, kena pastikan dulu sama
ada semuanya berbaloi atau pun tidak.

“Only when it concerns your life, tesoro. Macam yang saya cakap tadi. I will tell
you the truth. But not all.”

Agak tidak adil di situ. Tapi, sekurang-kurangnya dia janjikan kebenaran.


Mungkin kalau ikutkan deal dia tu, tahun depan pun belum tentu terjawab semua
persoalan kalau dah satu hari satu soalan.

Better something than nothing!

“Memandangkan saya cuma dibenarkan untuk bertanya cuma satu soalan kepada
awak, maka jawapan yang awak berikan haruslah berbaloi. Maksudnya, saya tak nak
jawapan ringkas. Contoh macam yes, no, maybe. I want you to provide me
explanations.”

“You bargain well, tesoro. I’m impressed.” Nampak dia angguk sekali.

Haruslah. Belajar daripada yang pakar!

“Okey... Saya setuju,” putusnya. Bagus!

271
Obey.tube
Dan akhirnya, aku juga terpaksa angguk setuju.

Jangan cakap terpaksa, kalau sebenarnya hati kau suka, Nurissa. Tiap-tiap hari
boleh keluar makan dengan dia. Suara hatiku berbisik.

Telan liur. Sebab aku akui kebenaran suara hatiku itu.

“Deal?”

Aku tersedar bila mendengar suara Dheo. Pandang dia.

“Apa dia?” Aku blur.

“Saya cakap, deal?”

Aku macam blur lagi.

Melihat aku yang macam patung, Dheo terus tarik tangan kananku lalu dijabatnya.
Nak meloncat aku bila kami bersentuhan.

“Apa awak buat ni?” marahku. Tarik cepat-cepat tanganku. Sorok di balik buku.
Takut dia ulang benda yang sama.

Dheo cuma senyum sinis.

“That’s how people seal the deal, tesoro.”

“Kalau ya pun, tak payahlah salam. Awak selalu pegang saya tanpa izin saya!”
marahku lagi. Jeling dia tajam-tajam. Masa ni semua rasa takutku dah terjun tingkap.

“Well... Better handshaking than kissing, right?” soalnya. Hujung bibirnya


terangkat sikit. Mengusik.

Meruap merah mukaku mendengarnya. Beranilah cium aku. Memang buku di


tanganku ni makan tuanlah gamaknya!

“Why? Dulu pun awak macam ni ke? Suka pegang-pegang saya?” soalku dengan
suara yang masih marah.

Dheo gelak kecil.

“Is that a question? And for your information, yes. Saya suka pegang-pegang
awak, usik-usik awak. Awak marah. But I didn’t care.” Dia senyum.

272
Obey.tube
Senyum... Menggoda? Terkedu aku melihatnya. Sangat tak sangka! Sisi Dheo
yang aku tak pernah tahu, tapi sangat menyenangkan.

Tapi... Dulu pun dia suka pegang-pegang aku? Cis! Dan aku dulu semestinya tak
suka dia pegang-pegang aku. Kalau dia pegang aku dulu, mesti aku dah lutut celah
kelangkang dia, kan?

Aduh... Sakit pula kepala aku ni bila cuba mengingat! Lantas tangan picit dahi
yang rasa sedikit berdenyut. Lupa yang aku masih sakit.

“Awak patut pergi berehat, Rose. Awak belum sihat lagi,” kata Dheo lepas tengok
aku urut dahi. Wajahnya kini berkerut kerisauan.

Tiba-tiba teringat sesuatu yang memang aku selalu nak tanya dia.

“Kenapa letak saya di bilik tidur awak?”

Diam. Aku pula kelip-kelip pandang dia. Menanti jawapan.

“Sorry, tesoro. One question per day.” Dia ingatkan aku. Senyum lebar.

Urgggh... Sakit hati aku mendengarnya! Nasib baik boleh tengok dia senyum.

273
Obey.tube
Bab 32

D AH dua hari aku bercuti dan berehat. Lebih tepat lagi dipaksa berehat di bawah
bumbung Dheo Han. Rasa terpenjara. Macam orang nazak pun ada sebab aku dikawal
ketat oleh Dheo dan orang suruhannya. Bila Doktor Arrazi mengatakan aku baik-baik
sahaja, Dheo tetap layan aku macam aku ni nak mati esok lusa.

Huh... Nasib baiklah berlalu sudah semua itu. Aku kini dah okey. Pipi dah okey.
Darah di hujung bibir pun dah kering. Cuma masih ada benjol dan lebam di dahi
sebelah kiriku. Tapi, bila Dheo dah bagi lampu hijau untuk berjalan dengan kaki sendiri,
kira dah okey la tu.

Sebaik sahaja aku tiba di hotel, aku diserbu oleh beberapa staf. Tengok gaya
macam Fattah Amin diserbu peminat, aku agak mesti semua dah tahu apa yang dah jadi
padaku dulu.

“Rissa, Rissa dah okey ke?” Arin bertanya.

“Apa dah jadi, Rissa?” Giliran Mazni pula.

Dan macam-macam soalan lagi ditanya. Tak tahu aku nak jawab apa.

“Sabar... Satu-satu. Rissa dah okey. Alhamdulillah, tak teruk sangat.” Aku jawab
soalan Arin dulu.

“Apa yang kau orang semua dah dengar tentang apa yang dah jadi pada Rissa?”
soalku balik.

Nak juga tahu. Takut nanti aku tercerita benda yang sengaja dirahsiakan. Manalah
tahu sebenarnya Dheo dan Jason dah bersepakat untuk menyembunyikan hal ini.
Mungkin demi reputasi Hotel La Prince. Mungkin juga demi imej businessman Jason.

“Malam parti Jason tu, ada orang cuba nak ambil kesempatan dengan Rissa. Masa
tu Rissa tengah kemas bilik Jason. Lepas tu, ada staf nampak lelaki mencurigakan.
Macam melarikan diri,” cerita Mazni.

“Lepas tu ada dengar yang semua ni dah sampai ke pengetahuan Encik Han. Dia
sendiri yang pergi untuk selesaikan kes ni.” Ada orang menyambung. Semua angguk
setuju.

274
Obey.tube
Dan kemudiannya aku menceritakan kronologi kejadian kepada mereka yang ada
di situ. Apa yang dah dilakukan kepadaku. Cuba untuk tidak memburukkan sesiapa.
Hanya kebenaran. Cuma ceritaku tolak bahagian keganasan yang dilakukan Dheo. Aku
rasa tak penting. Mereka tak perlu tahu bagaimana sisi bos mereka yang ganas itu.

“Tak sangka Jason juga yang datang tolong. Tengok gaya pervertdia, ingatkan dia
yang cuba nak rogol Rissa.”

Aku diam. Jadi, bukan aku aje yang fikir macam tu. Betullah, jangan nilai buku
pada kulitnya.

“Kesian, Rissa. Tak pasal-pasal jadi semua ni. Mesti Rissa trauma, kan?”

Aku senyum tawar. Malang tak berbau.

“Masa Rissa cuti, ada apa-apa jadi ke?” Aku nak tahu.

“Mestilah ada. Jadi isu hangat kut. Reminder untuk semua


staf housekeeping mahupun room attendant, kalau perempuan, kena kerja berdua. Kalau
guest lelaki, hanya lelaki yang attend dan kalau perempuan, hanya perempuan
yang attend.” Ainul bercerita.

“Rissa tahu tak, Encik Han marah gila kat Puan Rasyidah sebab dah suruh
Rissa attend Jason tanpa pengetahuan dia. Dia siap cakap kat semua orang yang walau
sepenting mana pun tetamu lepas ni, jangan bagi Rissa attend lagi sebab Rissa personal
housekeeper dia,” cerita Arin pula.

Jadi, Dheo tak bergurau bila dia cakap dia akan keluarkan arahan tentang perkara
ni. Dan lepas ni aku rasa dah tiada siapa berani nak arahkan aku buat kerja tanpa arahan
bertulis daripada Dheo. Apalah orang cakap nanti?

“Apa dah jadi dengan lelaki tu?”

Aku angkat bahu. Aku pun tak tahu. Mungkin dah diserahkan kepada pihak
berkuasa? Itu yang aku tercuri dengar daripada Dheo. Aku pun kalau ikutkan malas nak
ambil tahu. Bila sebut pasal lelaki itu, terus terbayang apa yang dia dah lakukan
kepadaku. Bukan setakat cubaan merogol, tapi siap kena pukul lagi.

Ngeri!

275
Obey.tube
DEMI keselamatan sendiri, aku menggunakan lif peribadi Dheo untuk melakukan
tugas. Ketika itu, setiap pandangan staf yang pelik tiap kali nampak aku guna lif itu aku
dah tak peduli.

Bila berada di kawasan peribadi Dheo, aku terus tarik nafas lega. Sebab aku tahu
sistem keselamatan kawasan itu adalah yang terbaik. Jadi, bukan senang untuk orang
lepas masuk tanpa izin Dheo.

Aku menjalankan tugasanku seperti biasa. Kemas rumah Dheo. Gara-gara


bermalam di banglo Dheo, aku tahu rumah itu tak berpenghuni. Ketika aku tiba pun,
segala ruang sedikit berhabuk.

Usai melakukan kerjaku, aku kembali turun ke bawah. Tugasanku di rumah itu
dah selesai. Aku mahu ke bilik dobi untuk menghantar segala pakaian kotor Dheo.
Sama macam tadi, aku menggunakan lif Dheo.

Bila tiba di tingkat G, pintu lif terbuka. Baru langkah ingin diorak ke bilik dobi,
ada seseorang memanggil namaku. Datangnya dari kaunter pendaftaran. Dari jauh, aku
dapat melihat ada seorang lelaki sedang berdiri membelakangiku. Susuk macam
kukenal, tapi siapa?

Dan bila dengar namaku diseru, lelaki itu turut sama menoleh ke arahku. Dia ukir
senyuman lebar bila nampak aku. Aku agak terkejut pada mulanya. Kakiku mula
berubah destinasi. Aku berjalan ke arah kaunter pendaftaran.

“Helo, beautiful.” Jason menyapa.

Aku senyum segaris. Tak sangka boleh jumpa dia lagi.

“Hai.”

Senyum lebar dia tadi sedikit sirna bila dia tilik wajahku. Mungkin meneliti hasil
seni yang ditinggalkan oleh anak buahnya untukku.

“I’m sorry.” Suaranya jelas kekesalan. Air mukanya juga sedikit keruh.

Aku senyum tawar. Nak cakap apa? It’s okay? Not your fault?

“What are you doing here? Looking for someone?” soalku.

“Yes. I want to see you. Awak free sekarang?”

276
Obey.tube
DIAM antara kami. Aku pula hanya duduk sopan di atas kerusi bertentangan dengan
Jason. Kami kini berada di Restoran Magari, salah sebuah restoran di dalam Hotel La
Prince. Jason mengajakku untuk temankan dia brunch. Dan aku pula, gara-gara aku
punya hutang budi dengannya, akhirnya aku hanya setuju.

“Awak buat apa kat sini? Ada meeting ke?” soalku. Memecahkan kebisuan antara
kami.

Jason geleng kepala.

“I want to see you. I just think that I need to see you. To make sure you are okay
after what you’ve gone through. Again, I apologize,” jelasnya.

Pahit senyuman aku berikan untuknya.

“Tak apalah. Benda dah nak jadi. Saya yang hutang budi dengan awak. Sebab
awak dah selamatkan saya. Even facing with Dheo’s wrath,” kataku.

Bila dengar nama Dheo, tangannya automatik hidung sendiri. Bila tengok balik,
kesan tumbukan Dheo pada wajahnya masih ada. Tapi itu tak mencacatkan wajah buaya
darat lelaki ni.

“Yeah... I was lucky God blessed me. I might be dead by his hand,” katanya.
Kedengaran agak ngeri.

“Kesian awak. Tak pasal-pasal kena macam tu.” Aku tumpang simpati.

“Kalau I di tempat Dheo pun mungkin I lakukan benda sama. Kita tak sanggup
tengok sesuatu yang buruk berlaku pada perempuan yang kita sayang,” kata Jason.

“Eh, saya tak ada apa-apa dengan Dheo!” Muka rasa berbahang ketika
memperbetulkan persepsinya itu.

Jason senyum manis.

“When he was close enough to be a killer, you must be someone special to him.
His rationality flew out the window for a moment. And it came back because of
you, when you called his name.”

Aku kehilangan kata-kata.

“I tahu apa yang Dheo nampak dalam diri you. You perempuan baik. You look
naïve, innocent but strong. Like an angel. Completely opposite with Dheo,” tambah
Jason lagi. Kenapa dia ingat aku ada apa-apa dengan Dheo?

“You tak nampak ke? You are his sanity. You tame him.”
277
Obey.tube
Kelip-kelip mataku pandang dia. Dia ingat Dheo ni beruang buas ke nak jinak
bagai? Dan ada nampak muka aku ni macam pekerja zoo atau pekerja sarkas ke?

Kemudian wajah Jason bertukar serius.

“Tapi you kena hati-hati lepas ni. To be close with D’Ambrusio, there must be a
price you have to pay.” Perlahan suara Jason. Seakan-akan sedang menceritakan sesuatu
yang sulit.

“D’Ambrusio?” soalku blur. Selalu aku dengar nama tu, tapi aku tak pernah tahu
siapa.

Wajah Jason nampak sedikit terkejut. Tenung wajah aku dalam-dalam.

“You tak tahu?

Aku kena tahu ke?

Dengan polosnya, aku geleng kepala. Nampak Jason tersandar ke belakang


dengan kedua-dua bahunya sedikit jatuh.

“My... I don’t expect this.” Jason mengeluh. Nampak dia macam berfikir seketika.

Aku buat-buat ketawa.

“Kan saya dah kata. Saya bukannya sesiapa pada Dheo. Cuma pekerja dia.
Lagipun kami baru kenal.” Aku meyakinkan dia.

“D’Ambrusio itu adalah nama keluarga Dheo di Itali. Pendek kata, nama itu bukan
sembarangan nama. Hanya itu yang I boleh cerita. Apa yang ada di sebalik nama tu, you
kena tanya Dheo sendiri. It’s not my story to tell.” Walaupun aku dah cakap macam tu,
Jason masih bercerita.

Aku terdiam seketika. D’Ambrusio, ya? Okey... Aku dah ada soalan untuk ditanya
Dheo nanti.

“Dan kaitan awak dengan D’Ambrusio? Macam mana awak kenal mereka?” Aku
ingin tahu.

“We had history. A bad one, actually. King and D’Ambrusio are not in a good
term, but doesn’t mean we are enemy. He’s done something good for our family. We
tolerate and respect each other,” cerita Jason.

Makin aku blur mendengarnya. Kemudian wajah Jason bertukar marah.

278
Obey.tube
“Tapi, apa yang Alec lakukan memang melampau!” Keras suara Jason. Ada api
dalam matanya ketika dia berkata. Dia marah.

“Alec?” Siapa pula dah dia ni?

“He was the one that night.”

Oh, lelaki tak guna malam tu namanya Alec! Aku baru tahu.

“Boleh timbulkan permusuhan antara King dan D’Ambrusio. We Kings don’t


touch D’Ambrusios’ female. Dan sebaliknya. Itu prinsip kami. We respect the vow,”
kata Jason lagi, masih dengan suaranya yang sedikit marah.

Apa. Yang. Dia. Cakap. Ni? Satu pun aku tak faham!

Ya... Confirm soalan untuk Dheo hari ni, siapakah D’Ambrusio?

“Lepas apa yang jadi dulu, I tak pelik kalau Dheo keeps you in the dark. Mungkin
dia tak nak sejarah kembali berulang,” kata Jason lagi.

“Sejarah?”

Jason angguk sekali. Kemudian dia tegakkan kedudukan tubuhnya.

“Dheo fell in love once but she was dead.”

Bulat mataku mendengarnya. Dheo pernah jatuh cinta? Lelaki dingin macam tu
mampu untuk bercinta? Siapakah perempuan bertuah yang berjaya mencairkan hati ais
Dheo itu? Tapi, sayangnya perempuan itu dah tiada.

Dan... Aku cemburu! Pedih rasanya bila tahu hati Dheo terlebih dahulu dicuri
seseorang. Pasti perempuan itu sangat istimewa sehingga dapat membuka hati lelaki
seperti Dheo.

“Tapi Dheo hilang ingatan. The feelings technically disappeared. Therefore, he


felt nothing. Emotionless. Macam orang tak pernah bercinta. Better that way. At least,
he saved himself from dwelling in grief.” Cukup perlahan suara Jason.

Aku terkedu mendengarnya. Hati rasa sesuatu. Rasa kesian. Rasa sedih dengan
kisah Dheo. Seseorang yang penting dalam hidupnya telah ditarik, meninggalkannya
untuk selama-lamanya. Tapi Dheo tak ingat tentang perempuan itu.

Semuanya sebab dia hilang ingatan. Masuk kali ni, dah dua orang kata Dheo
hilang ingatan. Maksudnya memang Dheo hilang ingatan. Tapi, kenapa dia boleh ingat
tentang aku? Takkan dia menipu kut? Mustahillah! Banyak bukti yang menunjukkan dia
tahu siapa aku dulu.
279
Obey.tube
Atau sebenarnya hanya memori tentang perempuan itu yang dilupa Dheo?

Aduh... Aku pula yang pening!

“D’AMBRUSIO. Tell me about it,” kataku kepada Dheo.

Ketika itu, aku berada di pejabatnya. Memandangkan dia dah turunkan titah yang
kerjaku cumalah jadi dayang untuk hiburkan dia, maka aku punya banyak masa untuk
dihabiskan. Dheo ketika itu pun baru lepas balik dari mesyuarat kecil.

Dia panggung kepala lepas dengar soalanku itu. Wajahnya tak menggambarkan
apa-apa. Tapi langsung tak menunjukkan riak terkejut.

“Are you sure that is the question for today?”

“Yes.” Aku angguk yakin.

Banyak sebenarnya soalan yang aku nak tanya. Contohnya macam, siapa
perempuan yang awak jatuh cinta dulu? atau betul ke awak hilang ingatan? Tapi...
memandangkan soalan-soalan macam tu tiada kaitan denganku, itu tak termasuk dalam
persetujuan kami. Kalau aku nak tanya, aku kena bijak putar-belitkan soalan.

“Saya jumpa Jason. Dia ada sebut pasal D’Ambrusio. Dan saya pun beberapa kali
dengar nama yang sama jadi saya rasa mesti ada kaitan dengan saya, kan?” sambungku
lagi.

Dengar aje nama Jason, terus dia dongak kepala. Ada kebekuan di balik matanya
itu. Bukti nyata mereka memang tak sebulu. Bak kata Jason, sekadar toleransi sesama
mereka.

“I see... He spoke a lot today.” Tiada marah dalam suaranya.

Dheo bersandar pada kerusi empuknya.

“I am D’Ambrusio. D’Ambrusio adalah nama keluarga saya di Sicily. My


mother’s maiden surname actually. Nama tu sangat berpengaruh di sana. Let just say,
people don’t mess with D’Ambrusio. D’Ambrusio is a freaking rich family. Multi-
billionnaire. Punya banyak rangkaian business.”

“Macam mana awak boleh terlibat? Bila saya kata businessD’Ambrusio banyak
rangkaian, tak bermaksud semuanya sah di sisi undang-undang. We did ill business too.
It was well hidden from public.Suatu hari, awak telah menyaksikan sesuatu yang awak
280
Obey.tube
tak patut. Awak tahu rahsia keluarga D’Ambrusio tanpa sengaja. You became damsel in
distress. Then, came this handsome knight in shining armor to save you,” cerita Dheo
sambil tunjuk kepada diri sendiri.

“Dan lepas tu, awak terpaksa terikat dengan D’Ambrusio untuk seketika. We used
to be best buddies because of it. I offered you my protection. Pelan asal adalah sampai
awak habis belajar. Tapi, apa boleh buat, awak pun tahu kan apa yang jadi lepas tu?”
sambungnya lagi.

Aku hadam cerita Dheo itu. Angguk-angguk kepala. Puas hati dengan penerangan
Dheo kali ini. Haraplah dia tak menipu! Tapi... Memikirkan keluarga D’Ambrusio buat
business haram, terkesan juga aku. Adakah lelaki di depanku ini juga sama?

“Awak ada ingat apa-apa ke, Rose?” soal Dheo.

Aku senyum hambar. Kemudian, geleng kepala. Tapi, tak apalah... Sekurang-
kurangnya aku tahu sesuatu tentang masa silamku.

“It’s okay, Rose. Baby steps. Manalah tahu esok lusa awak akan ingat?”

Dheo seakan-akan cuba memujuk.

281
Obey.tube
Bab 33

“H APPY BIRTHDAY, Nurissa!” Sebaik sahaja kaki jejak masuk bilik


rehat staf, suara itu menjerit kuat.

Nasib tak kena cardiac arrest sebab terkejut. Kalau tak, cipta drama lagi! Tapi...
Gosok dada juga aku sekejap sebelum kembali ke dunia nyata. Di depan mataku
sekarang ni, ada beberapa staf perempuan yang tengah sengih lebar. Arin pula tengah
pegang satu kek cawan.

Blur.

“Buat apa tercegat kat situ, Rissa. Masuklah. Penat kita orang nak surprisekan
birthday Rissa tau,” kata Ainul pula. Tanganku ditarik masuk.

“Happy birthday, Nurissa.”

Sekali lagi mereka berkata. Kali ini bernada lembut. Tak macam tadi dah.

Aku pandang kek cawan yang berada di tangan Arin itu. Hari lahir aku? Ya
Allah... Baru aku ingat hari ni hari lahir aku!

Rasa nak tepuk dahi sendiri. Rasa tua la pula sebab tak ingat hari jadi sendiri.
Sebab kebiasaannya ayah yang menjadi orang pertama yang mengucapkan selamat hari
lahir kepadaku. Selalu ketuk bilik tidurku dan mencium dahiku selepas memberi kata-
kata hikmatnya.

Mengingatkan arwah ayah, hujung mata terasa berair. Rindu. Tapi aku cepat-cepat
sapu. Aku tak patut sedih. Lantas aku senyum lebar kepada mereka yang berada di
depanku itu. Terharu.

“Untuk Rissa ke? Terima kasih. Rissa terharu,” ucapku ikhlas. Rasa bersyukur
sebab Allah dah hadiahkan aku kawan-kawan yang baik walaupun kami baru kenal.

“Cepatlah, Rissa! Tiup lilin ni.”

Bilik rehat itu sedikit bingit dengan nyanyian mereka semua untuk hari jadiku.
Dan lepas mereka semua tamat menyanyikan lagu, aku terus tiup lilin kecil itu. Mereka
semua tepuk tangan lepas tu.

282
Obey.tube
“Apa lagi? Makanlah, Rissa.”

Arin suapkan kek cawan itu ke mulutku. Bila aku nganga, satu kek tu
disumbatnya. Penuh mulutku. Mereka semua ketawa melihatnya.

“Sorry la, Rissa. Kek kecik aje. Sebab ni saja aje kami nak surprisekan awal-awal
untuk Rissa. Nak kek lebih besar, Rissa tunggu tengah hari ni. Macam biasalah,
kita orang dah pelan nak sambut birthday Rissa.”

Oh, lupa! Budaya di Hotel La Prince.

“Jangan risau, kali ni tak ada udang,” tambah Arin.

Buatkan aku terus teringatkan apa yang jadi sebelum ni. Terus tergelak aku
mendenganya. Perosak majlis betul aku ni! Tak pasal-pasal kena tahan di sini. Tak
pasal-pasal kena marah dengan Dheo juga.

Dheo!

Kalau hari ni hari jadi aku, maksudnya hari ni juga hari jadi Dheo! Aku harus
ucapkan selamat hari lahir untuknya. Macam tak percaya, kami kongsi tarikh lahir yang
sama.

“Jangan lupa tau, Rissa pukul dua belas tengah hari nanti. Jangan lupa ajak Encik
Han sekali.”

PUKUL sembilan pagi, aku menapak masuk ke dalam penthouse Dheo. Bila aku tiba,
Dheo masih belum pergi kerja lagi. Tengah bersarapan sambil membaca surat khabar.
Klasik!

Menyedari kehadiranku, dia angkat wajah. Tiada sapaan, tiada teguran dia hanya
meneruskan pembacaannya. Sesekali hirup kopi hitam kegemarannya. Aku dah biasa
dengannya jadi aku tak berkecil hati pun dia buat tak layan aku. Dah memang macam tu
perangai dia.

Dari tempat aku berdiri, aku menilik wajahnya. Dia tampil segak hari ni.
Wajahnya matang, walaupun bersih tanpa sebarang bulu. Seakan-akan menunjukkan
yang hari ni, genaplah umurnya yang ke dua puluh lapan.

“Dheo, happy birthday,” ucapku tiba-tiba. Tak ada salam, tak ada mukadimah.

283
Obey.tube
Dan dia terus berhenti mengunyah. Nampak dia pegun seketika. Kemudian dia
pandang iPhone di sebelahnya. Mungkin baru perasan sesuatu, matanya sedikit meluas.

Well... Nampaknya bukan aku seorang yang lupa tentang hari jadi sendiri!
Memang sahlah kami dilahirkan pada tarikh yang sama.

“Macam mana awak tahu?” soal Dheo.

“Ada staf bagi tahu. Dia kata kita kongsi tarikh lahir yang sama.”

“Oh, lupa! Happy birthday too, Nurissa,” ucap Dheo.

Aku senyum dulu sebelum menjawabnya, “Terima kasih.”

“Oh, ya! Semua suruh saya jemput awak untuk majlis tengah hari ni. You
know... Tradisi kat sini,” jemputku.

Dada berdebar macam nak ajak dia keluar dating. Macam nak tercabut. Lagi
berdebar untuk mendengar jawapan daripadanya.

Dah kenapa aku nak rasa macam ni? Majlis hari jadi aje kut! Tu pun orang yang
aturkan.

“I’m sorry. I don’t think I can make it. Ada meeting penting,” jawab Dheo.

Kecewa! Berubah sedikit riak wajahku. Tapi cepat-cepat aku kaburkan dengan
senyuman. Itu pun rasa hambar. Haraplah Dheo tak perasan. Nanti dia cakap
aku frust sebab dia tak datang walaupun semuanya memang betul.

Tak apalah, Nurissa! Nak buat macam mana? Dia ada hal lagi penting. Dia sibuk,
bukan macam kau. Tak pergi majlis tu, dia tak hilang apa-apa. Tapi kalau dia tak
pergi meeting tu, silap-silap hilang hotel ni. Aku cuba pujuk diri sendiri.

“Okey... Nanti saya cakap kat mereka yang awak tak dapat datang!” kataku.

“Jangan risau. Kali ni saya takkan hantar Nancy.” Suara Dheo berbaur gurauan.

Nak tergelak juga aku mendengarnya. Tak payah hantar, aku tak rasa Nancy tu
nak datang kalau dah majlis hari jadi aku. Sejak insiden kena mandi oren, jeling aku pun
dari jauh aje.

“Okay... Enjoy the party, birthday girl. And don’t eat shrimps.” Sempat dia
ingatkan aku.

284
Obey.tube
Aku cuma angguk. Agak-agak kalau aku makan udang lagi, adakah dia masih
akan ke meeting dia? Ke dia batalkan sebab risaukan aku?

Jangan nak buat gila, Nurissa! Dan jangan nak perasan penting sangat!

DHEO memang betul-betul tak datang. Aku tahu dia dah cakap dia takkan datang, tapi
secebis hatiku mengharapkan dia muncul. Tak kesahlah lima minit terakhir sebelum
majlis tamat pun.

Tapi bila dah habis majlis pun bayang dia pun aku tak nampak, agak kecewa juga.
Senyuman lebar aku tayang kepada semua orang, tapi sedih dalam hati, aku simpan
jauh-jauh. Rasa macam aku tiada hak untuk rasa seperti itu memandangkan aku
bukannya sesiapa.

Salah sendiri yang menaruh harapan sedangkan dia awal-awal lagi dah beritahu
yang dia takkan datang.

Sehingga habis syif aku, aku rasa aku murung. Hari jadi sendiri bukan ke kita
patut rasa gembira, tapi ni dah terbalik. Rasa macam bini kena tinggal laki pun ada.
Nasib baiklah aku bijak menutupnya. Disembunyikan dengan senyum lebar lagi
bahagia.

Seperti biasa, aku menukar uniform dulu sebelum thumb printkeluar. Penat. Lesu.
Rasa macam katil aje yang aku nak cari sekarang ni. Bila aku keluar dari bilik
persalinan, Lucca dah sedia menungguku. Senyum lebar melihatku.

“Pricipessa. Happy birthday. Hope you have the best birthday today.” Ceria
sungguh dia mengucapkannya.

Ya... The best birthday la sangat! Tapi, memandangkan Lucca seorang yang baik
dan seikhlas hati memberi ucapan, aku tetap ukir senyum manis untuknya.

“Awak lewat la, Lucca. Dah basi dah. Hadiah saya mana?” pintaku. Tadah tangan
macam mengaharapkan kotak iPhone X jatuh ke tapak tangan. Siapa tahu, kan? Haha.

“Alamak... Saya tiada hadiah untuk awak!” Muka serba salah.

Terus aku gelak. Geli hati tengok muka dia.

“Gurau aje la. Anyway, thanks,” kataku balik. Jujur... Aku tak harapkan apa-apa
hadiah pun. Dia ucapkan untuk aku pun dah kira bersyukur.

285
Obey.tube
“Let’s go, principessa,” ajak Lucca.

“Okey. Saya pun penat.”

Aku menggeliat kecil. Meregang otot. Tangan pula urut leher sebelum kami mula
berjalan beriringan.

“I really need Ted now,” sambungku lagi.

“Ted?” Suaranya seakan-akan curiga dan berjaga-jaga. Muka pun berkerut serius.

Aku sengih ke arahnya.

“Haah. Ted. Katil saya.”

“You named your bed?” soalnya macam tengah tahan lucu.

“I named everything. Kereta saya dulu, Taurus. Laptop saya, Iris. Smartphone
saya, Elsa.”

Kali ini Lucca ketawa kecil mendengarnya.

“You never changed, signora.”

Kata-katanya buatkan aku berhenti melangkah. Bila aku berhenti, Lucca yang
berada sedikit hadapan turut berhenti. Dia pusing menghadapku.

“Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke, signora?” soal Lucca.

“I never changed. Awak pun pernah kenal siapa saya dulu, kan?” soalku.

Nampak Lucca telan liur. Kantoi sudah. Lucca tak pernah menipuku sepanjang
kami kenal. Hanya sekadar menyorokkan kebenaran. Lain tu. Jadi, aku akan jadikan itu
sebagai satu bonus untuk aku dapat apa yang aku cari nanti. Kalau tak semua cerita
Dheo, pasti separuh dia tahu.

“Si, signora. Right from the start, I know you. Dheo yang suruh berlagak macam
kita tak kenal. Katanya, belum masanya lagi. But, I’m sorry signora. I cannot tell you
anything. My lips are sealed.”

Kepala rasa tiba-tiba nak hantuk ke dinding. Frust! Inilah masalahnya dengan
Lucca! Dia tak pernah menipu aku tapi dia terlalu setia dengan Dheo. Dengan itu,
bergolek ke longkanglah semua perancanganku tadi. Lucca takkan cakap apa-apa tanpa
izin Dheo.

286
Obey.tube
Aku mengeluh kecil. Kemudian kami kembali sambung berjalan ke kereta.

“PRINCIPESSA, bangun! Principessa.” Sayup-sayup aku dengar suara itu. Terasa


bahuku digoncang perlahan.

Aku buka mata. Rasa penat yang amat. Lalu aku gosok-gosok mataku yang masih
layu itu. Nampak Lucca di depan mataku. Tengah pandang aku.

“Kita dah sampai ke?” Suara pun sedikit serak.

Entah bila aku tertidur. Banyak betul perhentian hari ni. Kejap singgah bank.
Kejap kena jadi budak delivery. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa tak kurang
setengah jam pun dah jadi berjam-jam. Belum lagi campur dengan kesesakan lalu lintas.

Dan tadi, bila Lucca berhenti untuk mengisi minyak, aku turut mengambil peluang
untuk tunaikan solat maghrib. Sebab kalau ikutkan, tak mustahil aku akan terlepas kalau
aku solat di rumah. Atau pun mungkin dah di penghujung waktu. Tak naklah aku
terkejar-kejar atau solat macam ayam patuk dedak.

“Kita kat mana sekarang ni?” soalku lagi.

Sekeliling dipandang. Baru sedar yang kawasan itu agak gelap. Macam kawasan
tempat letak kereta. Tapi seakan-akan familiar. Bila aku usyar lagi sekali, baru nampak
lambang I’s Café.

“Kita nak buat apa kat sini?” soalku lagi bila satu pun persoalanku tak dijawab
Lucca.

Lucca hanya senyum. Enjin kereta dimatikan.

“Come, signora,” ajak Lucca. Dia terlebih dahulu keluar dari kereta.

Melihat dia dah keluar, aku pun turut keluar. Sekali pun masih tak boleh hadam
apa yang nak dilakukan di kafe ini. Nak makan malam dulu ke sebelum balik?

Tanpa menghiraukan persoalan yang berlegar dalam kepala, kaki hanya mengikut
langkah Lucca menuju ke arah pintu masuk. Agak pelik. I’s Café tutup ke? Nampak
gelap semuanya. Kotak parking pelangganpun kosong.

“Kenapa kita datang sini, Lucca? Nak makan dulu ke?” soalku lagi. Ketika itu
kami berdua betul-betul berdiri di depan pintu masuk.

287
Obey.tube
Lucca diam dulu. Kemudian dia tarik pintu kaca besar itu. Di buka luas-luas
sambil mempersilakan aku masuk dulu.

“Si, signora. Signor Han is waiting for you.”

Nak terkeluar biji mataku bila dengar nama Dheo. Dia tunggu aku?

“Dheo?”

Lucca senyum sebelum angguk. Menyatakan yang aku memang tak salah dengar.

“Kenapa? Dia nak suruh saya kemas kafe ni ke? Saya tak larat. Tunggulah besok,”
kataku. Risau aku kalau kena bersihkan tempat besar ni. Manalah tahu petang tadi dia
dah sambut hari jadi dia di sini, lepas tu aku yang kena kemas. Maklumlah... Aku
kan housekeeper dia.

Tapi Lucca ketawa mendengarnya.

“Of course not, signora. Kalau nak tahu, awak kena cari Dheo. He’s waiting for
you upstairs,” kata Lucca. Sambil jari telunjuk tunjuk tangga.

Tanpa menunggu reaksiku, Lucca terlebih dahulu berlalu. Panik juga aku. Nak aje
aku kejar dia supaya jangan tinggalkan aku seorang diri di sini. Tapi, bila dia cakap
Dheo ada di tingkat atas, aku tarik nafas panjang-panjang.

Kumpul kekuatan.

Aku berjalan ke arah tangga. Ruangan I’s Café itu tidak berlampu. Hanya ada
lilin. Cukup untuk menerangi aku ke tingkat atas. Setiap langkah diatur dengan penuh
hati-hati. Karang tersepak lilin, tak pasal-pasal masuk surat khabar esok, ‘Pemilik La
Prince dan HousekeepernyaDitemui Mati Rentung.’

Bila tiba di tingkat atas, aku nampak ada satu meja sederhana besar yang berada di
tengah-tengah ruang. Walaupun dengan cahaya lilin, hiasannya tetap nampak cantik.
Meja bulat itu dihiasi dengan bunga ros merah dan putih. Aroma lilin wangi itu juga
mengeluarkan wangian ros. Di sekeliling meja itu pula ada banyak belon berbentuk hati
terapung. Ada belon yang satu per satu diatur menjadi ‘Happy Birthday’.

Stunning!

“Happy birthday, dolce cuore!” Aku dengar ada suara berbisik betul-betul di
sebelah telinga kananku.

“Astaghfirullahalazim!” Aku terjerit kecil. Pegang dada sendiri sebelum pusing


menghadap Dheo.

288
Obey.tube
“Awak ni, terkejut saya!” marahku. Nasib baik aku tak mati kejung gara-garanya.

Dheo ketawa melihatnya.

“I’m sorry,” katanya. Bibir masih berbaki senyuman.

Melihat dia yang senyum, terus cair hatiku. Nak marah pun tak jadi.

“Apa semua ni?” soalku sambil memerhatikan sekeliling ruang galeri yang dihias
itu.

“Well... It’s our birthday. Let’s celebrate together. Do you like it?” kata Dheo.
Kalau telinga tak salah dengar, ada getaran di hujung ayatnya itu. Seakan-akan
gemuruh. Takut untuk mendengar jawapanku?

Dalam hati, aku tersenyum. Tak sangka orang macam Dheo pun boleh rasa
macam tu. Tiba-tiba rasa bahagia walaupun aku masih tertanya-tanya motif sebenar
Dheo layan aku macam ni.

Aku tak tahulah nak cakap hubungan kami macam mana? Nak cakap kawan, aku
tak tahu apa-apa tentang Dheo. Tapi Dheo tahu bermacam-macam tentang aku. Dia
pula hot and cold. Hari ini kami boleh bergelak-ketawa, rasa dekat. Dan esok dia akan
berubah beku. Muka tak berperasaan. Layan aku acuh tak acuh.

Kadang-kadang aku keliru. Tapi tolak tepi semua tu untuk malam ni, yang penting
hari ni hari jadi kami.

“Suka. Cantik sangat,” jawabku. Puji seikhlas hati.

“Semua ni awak buat ke?” soalku lagi. Ingin tahu.

“Yup. Saya suruh semua staf sediakan semua ni untuk malam ni. I asked them to
decorate this place since afternoon. I want to surprise you,” jawabnya.

Awww... So sweet! Dengan itu, semua rasa sedih dan rajukku pada dia gara-gara
tak datang tengah hari tadi terus lenyap. Berganti dengan perasaan yang amat terharu.
Ini rupa-rupanya meeting penting dia tengah hari tadi.

Wajah kacak Dheo yang dibias oleh cahaya lilin itu dipandang. Aku nampak
wajahnya seolah-olah malu. Seolah-olah melakukan semua ini adalah perkara yang
boleh menjatuhkan ego lelakinya, tetapi dia tetap memilih untuk melakukannya.

“Terima kasih, Dheo. Saya suka,” kataku sekali lagi.

289
Obey.tube
Dheo berdehem bila perasan dengan pandanganku. Dia mengalihkan
pandangannya ke tepi. Sah, dia malu! Kalau ada cahaya, mahu aku dapat lihat wajahnya
yang berona merah. Nak tergelak aku melihatnya.

Sempurna. Dia berjaya membuatkan kejutan untukku. Malah, untuk makan malam
bersamanya di malam hari jadi kami tak pernah terlintas dalam kepalaku. Semuanya
yang diaturkannya sempurna. Cuma...

Bagaikan baru teringatkan sesuatu, tubuhku sendiri dipandang. Baju pagi tadi.
Seluar jean lusuh dan baju T besar. Beralih pula pada Dheo, dia segak dengan pakaian
formalnya. Siap bersut bagai. Pakaian kami bagai langit dengan bumi.

Telan liur sendiri. Rasa kelat.

“Sei propria bella, dolce cuore.” Dheo bagaikan tahu apa yang sedang bermain
dalam fikiranku.

Terus kepala diangkat untuk memandangnya. Walaupun aku tak pernah dengar
kata-katanya itu, anehnya aku tahu maksudnya. Dia memujiku cantik. Wajah terus
meruap merah. Kini aku pula yang malu.

Masih tak percaya. Dheo puji aku?

290
Obey.tube
Bab 34

“C
ke meja makan.
OME, my lady.” Dheo dengan lagak paling gentlemanmengajakku untuk

Aku cuma angguk. Langkah diatur ke arah meja bulat yang terhias cantik itu. Bila
makin dekat kaki menghampiri, makin jelas dekorasi sekelilingnya. Mata memang tak
salah nilai. Memang cantik.

Siapa punya kerja ya agaknya? Siapakah yang sangat kreatif mendekorasi semua
ini? Aku patut berterima kasih kepadanya nanti.

Dheo menarik kerusi untukku duduk. Teragak-agak aku nak duduk. Sebab masih
tak percaya Dheo malam ni layan aku macam tuan puteri. Mungkin ini agaknya yang
orang panggil...

The perks of being the birthday girl!

Tapi... Hari ni pun hari jadi dia. Kenapa pula macam aku pula yang melebih?

Setelah Dheo menarik kerusi untukku, dia berjalan ke arah bertentangan


denganku. Kerusinya juga ditarik sebelum dia melabuhkan punggungnya. Kedengaran
alunan muzik dipasang.

Sama-sama bisu. Tolonglah jangan awkward! Tolonglah jangan awkward! Aku


berdoa dalam hati. Maklumlah... Kali pertama duduk berdua dengannya macam ni.

Sekeliling kawasan itu aku pandang lagi. Kiri aku teliti. Kanan aku nilai.
Kemudian angkat kepala. Dheo dah bersedia untuk menerima pandangan mataku. Di
balik cahaya lilin terang, mata gelapnya itu ada bayang lilin yang meliuk-lintuk. Tapi itu
tak dapat menyembunyikan pandangan dalamnya itu.

Dan jantungku mulalah melakukan senaman. Untuk seketika, kami hanya


bertentang mata. Bagaikan sedang mengupas isi hati masing-masing di balik
pandangan. Untuk seketika, aku tenggelam dalam panahan anak mata itu.

Ti prendera il cuore...

291
Obey.tube
Ti vincera...

Lei sara la tua strada...

Che non puoi lasciare mai...

A lei...

Ti legherai finche vivrai, a lei...

Aku dengar lagu itu. Dalam bahasa Itali. Tak dapat dinafikan memang sepatah
haram pun aku tak faham. Tapi yang anehnya, aku dapat rasakan keindahan bait katanya
itu. Seakan-akan aku pernah mendengarnya.

Sekeliling aku dipandang lagi. Malah, semuanya bagaikan aku pernah alami dulu.
Makan malam berdua begini. Hiasan meja seperti ini. Semuanya bagaikan satu imbas
kembali.

“Do you know this song?” soal Dheo. Memecahkan keheningan antara kami.

“Nel cuore lei. In her heart.”

“Awak ingat tentang lagu ni?” Nampak dia sedikit terkejut.

Aku jongket sebelah bahu. Jawapanku spontan.

“Macam pernah dengar. Mungkin dulu saya pernah dengar,” balasku.

“Memang awak pernah dengar pun. Sengaja saya pasang malam ni. Siapa tahu
boleh trigger memori awak,” jelas Dheo.

Aku angguk-angguk. Faham motif Dheo yang memasang lagu ini. Dia memang
berpegang pada janjinya untuk membantu aku memulihkan ingatanku.

Seketika kemudian, muncul seorang pelayan meletakkan


hidangan appetizers dan main course. Melihat hidangan itu, kecur liur aku dibuatnya.
Dan perutku seakan-akan bersetuju denganku, lalu mengeluarkan bunyi yang
memalukan tuannya.

“It looks like someone is hungry.” Dheo ketawa kecil mendengarnya. Berbahang
rasa muka. Rasanya mahu sama panas dengan lilin merah yang berada di sisi kami itu.

292
Obey.tube
Gila kau tak lapar? Dah beberapa jam berlalu selepas majlis tengah hari tadi. Dan
itulah kali terakhir aku makan. Dan sekarang haruslah perut aku mengganas untuk minta
diisi.

“Apa ni?” soalku sambil mata melihat hidangan di depan mata. Manalah tahu
boleh belajar nanti.

Nampak mengiurkan. Belum lagi sedut bau. Kalau dah sedut mahu, mahu dengan
pinggan-pinggan aku sedut bau.

“Cheezy crostini with roasted grapes is our appertizer. And for main course, let’s
just say, beef tenderloin steak.” Dheo menunjukkan menu di depan mata.

“Awak patut cuba. Saya yakin mesti sedap,” tambah Dheo lagi.

Aku angguk. Cuba crostini itu dulu. Digigit sedikit, kemudian mengamati rasanya.

“Sedap,” pujiku ikhlas.

Wajah Dheo berpuas hati ketika aku memujinya. Lepas melihat aku mula makan,
Dheo turut makan.

“Tell me about the story behind this song,” kataku. Mencari modal untuk terus
berbual dengannya.

“Is that a question, tesoro?”

Aku juling mata ke atas. Masa-masa macam ni sempat aje kan? Kasi la can dekat
aku!

Dia yang melihatnya terus ketawa kecil. Malam ni aje, Dheo murah dengan
ketawanya. Wajahnya nampak bercahaya. Dan aku suka. Hati aku rasa senang melihat
wajahnya yang ceria itu. Nampak tenang dari segala masalah.

“Disebabkan hari ni hari special awak, I let you off the crook this time. You still
have one chance for next question,” katanya dulu.

Kemudian nampak dia berhenti makan seketika. Kedua-dua siku diletak di atas
meja dengan jari-jemarinya bercantum. Nampak dia berfikir seketika.

“Masa tu kita tengah makan bersama. Lebih kurang macam ni la. Tapi
bukan candle light dinner. Actually masa tu di Sicily. They played this song.” Dheo
mula bercerita. Bibirnya menguntum senyuman. Seakan-akan sedang menggamit
memori silam.

“Saya pernah pergi Sicily?”


293
Obey.tube
Aku sendiri terkejut. Aku pernah mengembara sejauh itukah? Aku ingatkan hanya
London atau mungkin Paris yang mungkin aku pernah pergi.

Wow... Kehidupanku dulu sangat berbeza dengan sekarang! Dulu aku macam
bebas. Bebas maksudku adalah aku boleh melakukan sesuka hatiku, membuat
keputusan sendiri. Berdikari. Tanpa dipantau ayah. Ayah mempercayaiku seratus
peratus ketika berada di negara orang.

Dheo angguk.

“Yup. Twice actually. Pertama kali, ketika awak sedang travel. Itu kali pertama
kita bercakap secara formal. Dan kali kedua, awak terpaksa ikut saya.”

Aku diam. Menanti kalau-kalau ada memori lama terimbas kembali. Macam biasa,
tiada.

“Back to the song, awak dengar lagu ni. Awak tanya saya tentang tajuk lagu ni dan
apa maksudnya. I told you the answer. Tapi bila awak tanya saya lagu ni tentang apa, I
told you that I wasn’t paid to be your Google translator. Saya suruh awak cari sendiri.”

“When I get my answer Dheo Han, I dare you to sing the song in public!”

Aku tergamam bila suara sendiri terngiang dalam kepala. Tiba-tiba rasa berdenyut
tapi aku cuba bertenang. Gelas berisi air putih dicapai dan diteguk.

Aku... Ingat sesuatu?

“Awak sangat marah masa tu. Rasa tercabar. Kemudian awak cabar saya kalau
awak tahu maksud lagu tu, saya kena nyanyikan lagu tu depan public.” Dheo yang
masih belum perasan dengan perubahanku masih bercerita.

Dia tergelak kecil. Aku turut senyum mendengarnya. Lega bila sakit kepalaku
beransur hilang. Walaupun sakit, aku gembira. Aku dapat ingat sesuatu. Mungkin tak
lama lagi ingatanku akan beransur pulih. Aku teruja.

“You, Nurissa Rose. Of course you won. Awak dapat tahu tentang lirik lagu tu.
Dan saya terpaksa menyanyi di depan public.” Suaranya kelat ketika bercerita. Mungkin
dia dah lakukan sesuatu yang menjatuhkan egonya.

Aku ketawa mendengarnya. Entah kenapa aku rasa terhibur. Terus aku bayangkan
reaksi Dheo masa tu. Muka kelat dan terpaksa. Tapi, biasalah! Lelaki sejati harus
tunaikan janji. Bagaimana dia sahut cabaran aku. Melangkah dengan yakinnya di depan
khalayak. Ada satu kolam air pancut besar dan dia memanjat tepinya. Kemudian dalam
bahasa Itali, dia dengan tak tahu malunya menarik perhatian umum.

294
Obey.tube
Aku pula ketika itu hanya berada beberapa meter di depannya. Rasa nak
menyorok. Nak buat-buat tak kenal, tapi aku tetap nak tengok. Seketika kemudian, aku
nampak beberapa kepala berpaling ke arah aku gara-gara Dheo tunjuk ke arahku. Dan
lepas tu semua tepuk tangan. Tak nyanyi lagi dah tepuk tangan?

Dalam hatiku menggumam geram. Rasa nak cekik Dheo sebab dah buat aku jadi
tumpuan. Aku terpaksa senyum terpaksa. Bila orang tengok aku, semua senyum-
senyum. Aku yakin Dheo pasti berkata sesuatu dalam bahasa Itali. Entah-entah kutuk
aku. Cis!

“Tahu tak macam mana awak dapat tahu tentang lirik lagu tu?”

Soalan Dheo itu buatkan aku kembali ke alam nyata.

Aku tergamam lagi sekali. Bukan sebab soalan Dheo. Tapi sebab bayanganku tadi.
Sebab aku rasa semuanya itu bukan sekadar bayangan. Semuanya adalah reaksi otakku
untuk mengimaginasikan sesuatu yang pernah terjadi dulu.

“Bila saya tanya macam mana awak dapat, awak kata daripada waiter diner tu.
Awak suruh dia tuliskan nama tajuk lagu tu. But the truth was that was bullshit.
Because suddenly I remembered that all the staffs didn’t speak English. And the truth
was, you asked Lucca actually. That traitor.”

“LUCCA, please! Bagi tahulah saya. Awak tak kesiankan saya ke? Saya merayu ni.”

“Sorry, principessa. I can’t. Signor Han is going to kill me.”

“Alaaa... Please la! At least tolong ejakan untuk saya. Lepas tu saya Google la
sendiri. Tak teringin ke tengok Dheo nyanyi tengah-tengah alam?”

“But...”

“Pleaseee!”

And that was the very first time Lucca betrayed Dheo!

Tersenyum aku bila memori itu datang balik. Walaupun samar-samar, tapi aku
boleh dapat gambarannya. Aku dan Lucca dulu juga rapat. Kalau bab-bab macam tu,
bolehlah Lucca belot pada Dheo. Tapi kalau hal yang serius, aku rasa letak pedang di
kepala pun kesetiaannya masih pada Dheo.

295
Obey.tube
“Do you remember something, Rose?” soal Dheo lepas dia habis bercerita. Dia
pandang aku. Pandangannya penuh berharap.

Aku diam.

Siapa Dheo padaku? Kami rapat dulu. Tapi tak mustahil kami juga bermusuhan.
Apa yang aku ingat itu adalah memori yang indah. Memori buruk tentang dia? Belum
masanya lagi. Boleh jadi ada, boleh jadi tak ada. Untuk itu, aku harus bijak membuat
keputusan.

Aku geleng kepala. Aku pun tak tahu kenapa aku pilih untuk sorokkan kebenaran
daripadanya. Mungkin itu yang lebih baik. Kalau sebenarnya dia pun punya motif lain
macam mana? Macam mana kalau sebenarnya dia menunggu aku untuk ingat balik
sebab dia tahu aku ada sesuatu rahsia yang aku tahu dan dia mahu tahu rahsia itu.

Tapi... Bila melihat wajah Dheo berubah kecewa lepas aku geleng kepala, terus
terbang semua andaianku itu. Tiba-tiba ada sesuatu mencengkam dalam hatiku. Sakit.
Aku tak suka melihat reaksi Dheo seperti itu.

Tapi aku tetap memilih untuk berdiam diri. Walaupun hujung lidah rasa gatal
mahu berterus-terang dengannya.

Aku berdehem. Cuba mengubah mood kami yang tiba-tiba merudum suram tadi.
Lantas pisau dan garpu dicapai. Aku mula makan stik yang terhidang itu pula.

“Ni pun sedap. Tender,” pujiku. Rasa juicy! Puas hati sebab saiz stik pun boleh
tahan besar. Gerenti tersandar kenyang aku lepas ni.

“Of course. Tenderloin is the best part of the cow,” jawab Dheo pula. Dia turut
makan.

Untuk seketika kami makan dengan senyap. Kemudian sesekali berbual kosong.
Aku bercerita tentang apa yang jadi pada majlis hari jadi tengah hari tadi. Dan terima
kasih kepada orang di depanku ini, aku dapat merasakan hari jadi disambut dua kali
sehari.

“Awak selalu sambut hari jadi kat tempat-tempat macam ni ke?” soalku. Entah
kenapa, rasa cemburu. Tahun ni, keluar dinner dengan aku. Tahun-tahun sebelum ni?
Dengan perempuan lain? Atau sebenarnya Dheo menyambut majlis hari jadinya secara
terbuka dan menjemput segala tetamu VVIP?

Aku lihat Dheo yang sedang memotong stiknya itu terhenti seketika.

“I stopped celebrating my birthday since four years ago,” jawabnya.

296
Obey.tube
Kenapa? Agak pelik juga. Tapi aku tidak lagi bertanya. Bukan urusan aku. Dia
pasti punya alasan kenapa dia berhenti menyambut hari jadinya.

Tiba-tiba teringat cerita Jason dulu. Dheo pernah jatuh cinta dan cinta hatinya
meninggal. Adakah itu penyebab dia dah tak sambut hari jadi dia? Tapi, Jason kata
Dheo tak ingat apa-apa. Aku jadi keliru balik. Sebab kalau ikutkan, ingatan Dheo
tentang apa yang dia ceritakan tentang lagu nel cuore lei dengan baik sekali.

Yes... Aku masih punya soalan untuk ditanyakan kepada Dheo. Dan aku patut
guna peluang ini untuk bertanya sementara aku masih ingat. Tapi, nak tanya apa? Had
you fallen in love before? Tapi tak ada kaitan dengan aku pun. Dia ada hak untuk tak
jawab.

Atau aku patut cakap yang Jason ada cerita tentang perempuan yang dia cinta dulu
dah meninggal dunia. Mungkin aku patut tanya, awak pun hilang ingatan macam saya
juga ke? Atau aku nak tanya macam ni? Adakah saya kenal perempuan yang awak cinta
yang meninggal dah meninggal dunia?

Aduh... Nak bina soalan pun berbelit-belit! Semuanya gara-gara deal dengan Dheo
yang hanya membenarkan aku bertanya satu soalan sehari dan soalannya itu haruslah
ada kena mengena dengan kehidupan lampauku. Kalau tak, dia ada hak untuk tidak
bercerita.

“Oh, saya ada hadiah untuk awak!” Sedang aku berura-ura mencipta soalan
kompleks untuk ditanya kepada Dheo, dia bersuara. Tumpuanku kini kembali beralih
kepada lelaki di depanku itu.

“Hadiah?”

Dheo memberi isyarat kepada pelayan kami. Kini dia berjalan ke arah kami
dengan satu kotak sederhana kecil. Sebaik sahaja dia serahkan kepada Dheo, pelayan itu
kembali meninggalkan kami berdua.

Kemudian Dheo menyerahkan kotak cantik itu kepadaku. Teragak-agak aku


mengambilnya. Serba-salah. Sebab hari ni pun hari jadi dia dan aku tak punya hadiah
untuknya.

“Saya tak ada hadiah untuk awak,” kataku perlahan.

Dheo cuma senyum.

“Tak apa. Your existence is the best gift.”

“Hah?”

297
Obey.tube
“I mean, awak muncul kat sini pun dah okey. Ada juga teman untuk
sambut birthday sama-sama,” jelas Dheo balik. Perhatian kembali ditumpukan pada
hadiah yang sudah beralih tangan.

“Bukalah.”

Aku membuka kotak itu. Sementara Dheo pula meneruskan makan sambil
matanya sesekali memandangku. Dada kembali berdebar kencang. Sebaik sahaja aku
buka kotak itu, ada satu gelang cantik yang berkilauan di dalamnya.

Hampir tak bernafas aku bila memegangnya. Cantik! Macam pernah nampak, tapi
pada masa yang sama macam tak pernah nampak. Keningku tiba-tiba berkerut.
Kemudian rasa nak tepuk dahi sendiri.

“Ni adalah gelang yang ada pada tangan dalam gambar Eiffel Toweryang saya
lukis. Tapi macam lain.” Aku jadi keliru. Sama tapi tak serupa.

“Sebab ni adalah gelang baru. Gelang dulu dah rosak. I remake it,” terang Dheo.

“Untuk saya? Tapi saya tak boleh terima. Mesti mahal.” Aku serba-salah. Rasa tak
layak. Dahlah aku dan Dheo tak punya apa-apa hubungan.

“It’s already yours. Gelang arwah ibu awak. I just repair it.”

Aku pandang gelang itu. Bila sebut pasal arwah ibu, terasa dekat dalam hati.

“Thank you,” ucapku kepada Dheo. Terharu lagi.

“Tapi saya harus beri sesuatu kepada awak juga,” kataku.

Aku terpandangkan kertas keras yang menjadi pengalas kotak itu. Bersaiz poskad.
Dan terus idea bernas muncul dalam kepalaku. Aku keluarkan pen daripada beg aku.
Nasib baik ada sesat satu.

Aku mula melukis di atas kad putih itu. Hanya sesuatu yang ringkas. Tak pernah
dibuat orang keluar makan malam, lepas tu melukis atas meja. Aku dah pecah rekod.
Kemudian aku tulis ucapan selamat hari jadi untuk Dheo. Aku tahu hadiah ni tak
seberapa tapi sekurang-kurangnya untuk malam ni, aku dapat berikannya sesuatu.

Usai menyiapkan lukisanku yang hanya memerlukan beberapa minit, aku beri kad
itu kepada Dheo. Khas untuk dia. Dheo menerimanya dengan sebelah tangan. Tangan
kirinya menyuap stik yang dah dihiris masuk mulut.

Dheo tersenyum bila membaca tiap bait kata yang aku tuliskan itu. Padahal kalau
ikutkan tiada satu pun yang kelakar.

298
Obey.tube
“Tahu tak awak pernah tulis benda yang sama dulu? Sebijik. Guess you wrote it
subconsciously,” komen Dheo.

“Cuma bezanya, dulu awak ada tulis ayat macam ni.”

Lantas dia ambil pen aku lalu dia mula menulisnya. Lepas siap tulis, kad itu
kembali disuakan balik kepadaku. Suruh aku baca.

Aku masih tak berkelip pandang dia. Sehingga dia sekali lagi menyuruhku
membacanya. Lambat-lambat perhatianku beralih pada kad itu. Fikiran masih diganggu
sesuatu yang baru aku saksikan tadi.

Gara-gara dia masih memegang garpu dengan tangan kiri, Dheo menulis dengan
tangan kanan. Laju. Tak kekok langsung. Sedangkan selama ini Dheo yang aku tahu
adalah seorang yang kidal. Aku pernah tengok dia menulis dengan tangan kiri.

Mata kini tertancap balik pada kad ucapan itu.

P/s: As your age increases, lower your arrogance, please!

Dada terus berdebar kencang. Bukan ayat itu penyebabnya tapi tulisannya. Dan
aku tahu apa soalan yang bakal ditanya kepada Dheo untuk malam ini.

“Are you Encik Duri?”

299
Obey.tube
Bab 35

D IAM tak berkutik. Dheo juga seakan-akan tergamam mendengarnya. Pasti


semuanya tanpa sengaja. Kalau bukan Dheo tengah pegang garpu tadi, mungkin dia
takkan tulis dengan tangan kanan. Dan aku takkan tahu tulisan itu sama seperti setiap
kad yang diberikan oleh Encik Duri.

Aku tarik nafas perlahan-lahan. Cuba bertenang. Aku dapat tahu sesuatu hari ni.
Dheo adalah Encik Duri. Lelaki dalam mimpiku mungkin Dheo. Malah, aku yakin
sekali adalah Dheo. Kalau betul dia, memang aku yakin kami punya sejarah dulu.

Atau sememangnya betul apa yang pernah Shahril ceritakan dulu? Aku dan Dheo
punya sejarah buruk. Kami mungkin pernah ada hubungan, tapi semuanya tak berakhir
dengan baik. Sebab pernah aku bermimpi tentang sesuatu yang berbeza dari
kebiasaannya.

“I love you but I can’t be with you. It’s the best for us to part our ways.”

Tak salah aku lebih kurang macam itulah ayatnya. Aku buka mata sesudah ayat
itu. Dan anehnya hati rasa sakit sangat dan ada sisa air mata di hujung mata. Aku
menangis dalam tidur. Tapi memandangkan cuma sekali aku bermimpi, aku hanya
anggap itu adalah mainan tidur. Sebab normal kadang-kadang kita dapat mimpi yang
sedih sampai kita menangis dalam tidur, kan?

Aku kena berjaga-jaga. Tahap ingatanku sangat terhad. Aku kena selalu ingatkan
diri sendiri. Yang aku dapat ingat hari ni cumalah yang baik-baik. Yang buruk mungkin
akan muncul nanti. Tak boleh percaya Dheo seratus peratus.

“That’s the question for today. Are you Encik Duri?”

Dheo diam dulu. Aku pula sabar menanti. Suasana tiba-tiba rasa jadi sangat
tegang gara-gara soalan itu. Aku cuma berharap Dheo akan menjawab soalanku itu. Dia
pun aku nampak macam sedang berfikir. Mungkin tengah cuba mencari ayat yang
sesuai untuk digunakan. Supaya dia cerita sesuatu yang tak terlalu lebih, tak terlalu
kurang.

“Ya. Saya Encik Duri.” Dia akhirnya mengaku. Walaupun aku dah tahu memang
dia, nafas tetap rasa tersekat lepas dia cakap macam tu.

Aku menanti lagi. Jawapan itu tak cukup.

300
Obey.tube
“Kalau awak ros, saya durinya,” katanya. Aku pernah dengar ayat itu dulu.

“Itulah kisah macam mana saya mendapat nama itu. Ketika itu hubungan kita
masih rapat. We had history. A tragic one. Kalau saya ceritakan, tak tahulah awak akan
percaya atau tak. Lebih baik kalau semuanya awak sendiri yang ingat,” cerita Dheo.
Pandangan matanya bertukar kosong. Kusam.

“We used to be lovers. But our story didn’t end well. Agaknya itulah kesannya bila
kita sangat berbeza masa tu. Awak Islam, pakai tudung pula tu. My family was catholic,
but I didn’t have faith in God. Atheist.Awak baik, saya jahat. Awak lembut, saya
kasar. You were an angel. I was a devil. Yang sama antara kita adalah, tarikh hari lahir.”

“Nama awak Nurissa Rose. Semua akan panggil awak Nurissa or Rissa. Awak
marah saya bila saya panggil awak Rose. But I loved to annoy you so, I called you
Rose. Awak tak suka nama tu sebab awak benci bunga ros. Tapi biasalah, saya suka
lakukan sesuatu untuk mengusik awak, bunga ros yang saya selalu beri pada
awak. Especially white roses.”

“White rose is the emblem of innocence and purity. Saya selalu cakap ros putih
sesuai untuk awak yang nampak innocent. Saya tahu awak tak suka saya panggil awak
macam tu. I liked to see your annoyed face. Cute and feisty. Lama-kelamaan awak
terbiasa.”

Aku sedikit terkejut mendengar cerita Dheo itu. Aku tak suka bunga ros dulu?
Macam tak percaya. Sebab sekarang ni, bunga ros itulah bunga kegemaranku. Mengikut
ceritanya, kami nampak sangat rapat. Aku boleh putuskan yang kami adalah love-hate
couple. Mula-mula musuh, lepas tu bercinta.

Tapi... Kalau kami nampak bahagia, apa yang menyebabkan kami berpisah? Ada
kena-mengena dengan kemalangan aku dulu ke? Dan siapa pula perempuan yang Jason
pernah cerita dulu? Wujud sebelum aku atau selepas aku? Dan betul ke Dheo hilang
ingatan?

Argh... Betapa banyaknya soalan yang aku nak tanya Dheo malam ni!

“Saya tahu awak kemalangan teruk dulu. Dan saya juga tahu bila awak dah sedar
dari koma. I sent you a white rose. Itu cuma petanda yang saya nak awak tahu saya
wujud. Supaya saya tak menjadi sebahagian memori lama awak yang mungkin akan
terhapus selamanya.”

“Saya nak tolong awak pulihkan ingatan awak. So, I gave you some things I kept
for myself. We had great memories. Jadi, tak mustahil awak akan ingat. Saya tak nak
ada orang memanipulasikan keadaan awak sekarang untuk kepentingan sendiri. Awak
tak ingat orang, tapi orang ingat awak. Your enemy can be friend and your friend can be
enemy.”

301
Obey.tube
“Yang paling penting, awak kenal saya. Orang tahu awak kenal saya. Dan saya
ramai musuh. Jadi, tak mustahil orang akan memperalatkan awak. Sebab itu saya nak
awak hati-hati. Dan awak kena ingat balik semuanya.”

“Is that enough for today’s explanation?” soal Dheo selepas panjang lebar dia
bercerita.

Aku angguk kepala. Cukup untuk hari ini walaupun sebenarnya banyak lagi yang
aku nak tahu. Masih banyak persoalan yang tak terjawab. Cerita yang aku rasa ada yang
tak sama. Masih banyak lompong-lompong cerita yang belum terisi. Tapi... Cukup
untuk hari ni!

Kepala aku pun dah mula rasa berdenyut. Segala maklumat baru yang masuk
tengah tunggu masa untuk dihadam. Habis berhubung sel-sel otak aku. Tapi... Kira
berbaloi la aku menanggung kesakitan kalau aku dapat ingat balik semuanya.

Namun, jauh dalam dasar hati, aku sendiri tak pasti dengan kata hati sendiri. Aku
rasa gentar untuk tahu kebenaran. Macam mana kalau sebenarnya hilang ingatan adalah
jalan terbaik untukku. Mungkin apa yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin Allah tarik
ingatanku sebab tak nak aku ingat benda buruk itu.

Pendek kata, aku takut ingin tahu kebenaran. Tapi pada masa yang sama, aku
mahu mencabar diriku untuk bertemu dengan kebenaran. Kalau sebenarnya mengetahui
kebenaran itu adalah sesuatu yang bakal menghantui sepanjang hidupku, sanggupkah
aku?

Entah kenapa, aku gerun!

SEMALAMAN aku berfikir. Macam-macam. Kemudian aku membayangkan tentang


bagaimana kalau...

Bagaimana kalau sebenarnya cerita itu tipu semata?

Bagaimana kalau ingatanku tak pulih?

Bagaimana kalau aku tak kemalangan dulu?

Bagaimana kalau aku dan Dheo tak putus dulu?

Bagaimana kalau Dheo betul dan ramai orang mencariku gara-gara Dheo?

302
Obey.tube
Terlalu banyak bagaimana kalau yang aku fikirkan. Sampaikan dah pukul tiga
pagi pun mata aku masih luas tercelik. Pusing kanan, pusing kiri, lena tak juga
menjemputku. Aku sendiri pun tak tahu pukul berapa aku terlelap semalam.

Sedar-sedar, azan subuh berkumandang. Dan aku bangun untuk menunaikan


kewajipan Allah itu dan perlu bersiap untuk ke tempat kerja. Bahana tak cukup tidur,
aku dapat melihat mataku lesu ketika aku melihat pantulan diriku di balik cermin.

“Buongiorno, signora.” Ceria suara Lucca menyapa bila aku keluar di balik pintu
pagar besar itu.

Aku cuma senyum hambar kepadanya.

“Apa jadi? You look like crap,” komen Lucca bila dah nampak muka aku.

“Semalam susah nak tidur. Tak tahu kenapa,” jawabku.

Aku masuk ke dalam kereta. Sandar kepala pada tempat rehat kepala dan tidur.
Sedar-sedar bahu dah kena goncang. Betul-betul di depan hotel.

Selepas berterima kasih kepada Lucca, aku berlalu ke bilik rehat staf. Nak tukar
uniform. Kalau sempat, nak landing kejap sementara nak masuk kerja. Lucca pun bagi
pesanan yang sama. Siap bagi idea bernas lagi. Dia suruh aku tumpang tidur rumah
Dheo lepas aku dah habis kemas. Katanya, Dheo tak kesah. Lagipun rumah itu kosong.

Menarik juga idea itu, tapi memang taklah aku nak ikut. Aku tak nak dituduh
mengambil kesempatan pula. Buatnya kantoi macam mana? Tak pasal-pasal kena tuduh
ponteng kerja.

USAI aku mengemas penthouse Dheo, aku turun balik ke bilik janitor. Ingin mengemas
barang-barang keperluan di situ.

Sebulan sekali, ada seorang staf yang mengambil giliran untuk memeriksanya.
Kali ini giliran aku. Kena pastikan segala jenis pencuci diperbaharui balik dan segala
alatan masih elok. Kena pastikan segala alatan dan perkakas yang digunakan masih
elok. Kena senaraikan juga barang apa yang perlu dibuang.

Aku menguap sekali. Sambil tangan meletakkan tanda ‘√’ pada setiap barang yang
aku dah periksa. Aku penat tapi masih boleh bertahan. Kebiasaannya nanti, bila badan
dah biasa, okeylah. Haraplah malam ni aku boleh tidur dengan nyenyaknya.

303
Obey.tube
Nampaknya segala jenis alat pencuci masih banyak. Cuma pencuci kaca aku rasa
perlu ditambah stok. Segala alat dan perkakas yang digunakan pun masih elok. Ada lagi
yang sedang digunakan staf dan masih belum aku periksa, tapi aku anggap semuanya
okey. Kalau ada masalah, mesti mereka akan complain.

Setelah berpuas hati dengan hasil kerjaku, aku akhirnya keluar dari bilik janitor
besar itu. Segala laporan yang aku buat harus dilaporkan kepada Encik Fakri yang
merupakan salah seorang Maintainance Supervisor.

“Rissa!” Langkah kakiku mati bila mendengar suara itu. Pegun seketika sehingga
dia berdiri betul-betul di depanku.

“Shahril?” Agak terkejut aku melihatnya di sini. Dah lama aku tak jumpa dia.
Sekadar berbalas WhatsApp. Itupun jarang.

Shahril senyum dulu.

“Awak buat apa kat sini?” soalku ingin tahu. Pakaiannya segak. Dan ini pula
hotel. Mungkin dia ada mesyuarat di sini.

“Saya kena hadir conference di sini. Dari syarikat di LA. Mereka pilih hotel ini
untuk anjurkannya.”

Ya... Aku ingat. Memang ada satu syarikat besar yang adakan
satu conference di Banquet Hall di tingkat dua puluh satu. Tak sangka berjodoh pula
aku jumpa dia di sini.

“Tapi... Saya memang ada niat nak jumpa Rissa,” katanya lagi. Sememangnya dia
tahu aku bekerja di hotel ini sebagai housekeeper. Tapi aku rahsiakan yang
aku personal housekeeper Dheo.

Sebab aku tahu dia tak suka Dheo. Kalau aku cerita, mesti dia akan curiga
denganku. Mungkin dia ingat aku dan Dheo ada sesuatu. Lagipun aku tak pasti siapa
Shahril padaku dulu.

“Awak nak jumpa saya? Kenapa?” soalku. Masih bermanis muka.

“Sebab saya nak bagi ni.” Dia keluarkan satu kotak kecil dari beg bimbitnya.
Sesuatu yang berbalut cantik. Macam hadiah.

Aku pandang dia yang tengah hulurkan hadiah itu kepadaku. Teragak-agak aku
ambil.

“Apa ni?”

304
Obey.tube
“Semalam hari jadi awak. Saya ingat lagi. Jadi, alang-alang saya pun dah kat sini,
saya bagi awak hadiah.”

“Awak ingat?”

Aku agak terkejut. Terharu pun ada.

Shahril hanya senyum.

“Mestilah saya ingat. Kita akan ingat segala maklumat orang yang kita sayang
walaupun dah bertahun berlalu,” tambahnya lagi.

Aku tak tahu nak balas apa. Rasa sedikit canggung tapi sebab aku mahu berbahasa
dengannya, aku hanya senyum. Entah kenapa, aku rasa macam kami tiada chemistry.
Aku mungkin rasa macam ni sebab dia tiba-tiba muncul dalam hidupku.

“Terima kasih. Buat susah-susah aje,” balasku.

“Rissa, saya ada benda nak bagi tahu awak.”

Wajah Shahril bertukar serius. Gerun juga aku mendengarnya.

“Apa dia?”

“Kita duduk dulu,” kata Shahril sambil menujukkan bangku berdekatan. Aku
cuma patuh.

“Awak nak bagi tahu apa?” soalku sebaik sahaja kami mengambil tempat duduk.

“Pasal Dheo.”

Jantungku terus berdetak kencang sebaik sahaja mendengar sebaris nama itu.

“Kenapa dengan dia?” soalku. Bernada biasa.

“Awak dah lama kerja dengan dia, awak tak ingat apa-apa tentang dia?” soal
Shahril.

Aku geleng kepala. Wajah juga cuba dikawal sebaik mungkin. Aku tak nak dia
syak apa-apa.

“Saya jumpa sesuatu yang saya rasa awak patut tahu. Pasal ayah awak dan Dheo.”

305
Obey.tube
“Dheo ada pernah cerita. Dia kata ayah saya punya hutang dengan dia. Sebab ayah
dah meninggal, sayalah yang bertanggungjawab. Itu salah satu sebab kenapa saya kena
kerja sini,” ceritaku.

Mendengar jawapanku, bibir Shahril senget menyinis.

“Still manipulative as ever. Yakin ke dia cerita semua? Saya tak rasa dia akan
cerita semuanya pada awak. Kalau dia cerita, saya tak rasa awak boleh duduk kat
sini. Entah-entah, tengok muka dia pun rasa nak ludah.”

“Apa maksud awak?”

Dada berdebar kencang mendengarnya. Suspens.

“Dheo yang bunuh ayah awak.”

Tak bernafas aku untuk beberapa saat. Mata membulat sebab tak percaya. Tak...
tak mungkin!

“Awak cakap apa ni? Besar tahu tuduhan membunuh. Jangan sembarangan cakap
kalau awak tiada bukti,” tegas suaraku.

“Saya ada bukti, Rissa. Sebab tu saya berani bagi tahu awak,” kata Shahril. Yakin.

“Tapi... Ayah meninggal sebab masalah jantung. Doktor pun dah sahkan macam
tu. Tiada unsur-unsur jenayah. Doktor pun cakap jantung ayah sebenarnya dah lemah.
Dan gara-gara penat bekerja dan kurang rehat, itu menjadi salah satu penyumbang
kepada kematian ayah,” jawabku. Suara mula bergetar.

Aku kembali terbayang ketika aku jumpa keadaan ayah dulu. Terbaring di atas
lantai. Aku menyaksikan ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku ada ketika
itu. Kesedihan yang selama ini aku pendam kini kembali menjelma. Tapi aku kuatkan
hati. Aku tak nak menangis.

“Ya... Memang! Tapi sebelum muncul, Dheo terlebih dahulu jumpa ayah awak.
Saya ada bukti dan saya akan tunjukkan pada awak. Tapi bukan hari ni.”

Kepalaku tiba-tiba rasa berdenyut. Lantas jari-jemari kanan dibawa ke dahi. This
is too much! Aku tak boleh terima kenyataan itu. Tak mungkin Dheo bunuh ayah! Tak
mungkin!

“Kenapa, Rissa?” soal Shahril berbaur kerisauan.

“Sakit kepala. Mungkin terkejut. Lagipun semalam tidur saya tak cukup,”
ceritaku.

306
Obey.tube
“Sorry... Saya tak ada niat nak buat awak rasa macam ni.”

Aku senyum tawar.

“It’s okay. Awak hanya cakap benda yang sepatutnya. Saya patut berterima kasih
kepada awak,” balasku balik. Kalau aku nak bukti yang dikatakan Shahril itu, aku kena
percayakan dia. Paling tidak pun dia nampak aku percayakan dia.

Mengingatkan tentang Dheo, tiba-tiba hati jadi pedih. Tak boleh nak terima.
Separuh hatiku masih tak percaya. Separuh hatiku masih mahu melihat bukti kukuh.
Sebab aku bukanlah jenis yang mudah menghakimi orang selagi aku belum nampak
dengan mata sendiri.

Tapi... Kalau Shahril betul macam mana? Aku dapat bayangkan betapa hancurnya
hatiku. Macam kaca dihempas ke lantai. Kemudian digilis-gilis sampai kaca hanya
tinggal serbuk. Macam itu la hati aku.

Memikirkan hal itu, kepala kembali sakit. Kali ini berserta dengan hati. Sedih.

“Tapi, kenapa Dheo buat macam tu?” soalku. Suara lemah. Aku kini rapuh.

“Tak ada apa yang pelik. Itu memang dirinya. Because he’s ruthless. Dia mana
tahu erti menyesal. Tak dapat cara elok, guna cara kotor. Yang penting, what Dheo
wants, Dheo gets. Dia licik, Rissa. Dia tahu apa yang dia buat. Dan dia akan pastikan
semuanya berjalan lancar tanpa ada kelemahan sikit pun,” cerita Shahril. Suara penuh
dendam. Aku tak tahulah apa masalah mereka berdua dulu.

“Saya bukan nak burukkan dia. Saya nak awak tahu siapa dia sebenarnya. Saya
tak nak awak sekali lagi jatuh ke perangkap Dheo. Hati awak pernah sayangkan dia.
Dan sekarang awak dekat dengan dia. Dulu dia boleh buat, sekarang pasti tiada
masalah. Saya tak nak Dheo ambil kesempatan atas status amnesia awak tu.”

Aku terdiam. Dia fikir macam Dheo. Kedua-duanya tak nak aku diambil
kesempatan atas status amnesia aku. Kedua-duanya tak nak aku diperbodohkan demi
kepentingan orang lain.

Tapi... Persoalannya, siapa yang sedang mengambil kesempatan atas diriku? Dan
siapa yang sedang memperbodohkan aku sekarang ni?

307
Obey.tube
Bab 36

S EPERTI yang dijanjikan, Shahril berjanji untuk menunjukkan bukti yang dia
ada kepadaku. Aku mencadangkan I’s Café. Memandangkan aku pun dah lama tak ke
sana dan itu juga salah satu cara untuk berjaga-jaga. Aku tak nak Dheo syak apa-apa.

Sengaja aku pilih I’s Café. Kalau Dheo pasang orang untuk perhatikan gerak-
geriku, berada di I’s Café boleh mengurangkan syak. Aku tak melencong ke tempat
lain. Dheo memang dah tahu tempat kegemaranku untuk melepak adalah I’s Café.
Pelanggan keluar masuk. Jadi, kehadiran Shahril nanti mungkin takkan ada yang
perasan. Lagipun I’s Café paling selamat. Semua staf dah kenal aku.

Memandangkan hari Ahad aku bercuti, aku menyuruh Fahim untuk menemaniku
ke I’s Café. Walaupun pada mulanya dia enggan kerana ada urusan penting, tapi lepas
aku ceritakan alasan kenapa aku suruh dia temankan aku akhirnya dia setuju. Jauh
dalam sudut hatiku, aku takut aku tak kuat untuk terima kebenaran.

Aku duduk di satu sudut. Meja kegemaranku untuk melukis. Bezanya kali ini, aku
tak melukis. Kedudukan tempat itu yang agak privasi buatkan tempat itu sangat sesuai.
Hati tengah walang menanti kehadiran Shahril. Nasib baik ada Fahim yang boleh diajak
berborak. Kesengalannya berjaya juga buat aku lupa tentang gundah dalam hati
walaupun sekejap.

Sehinggalah Shahril muncul di dalam kafe itu dan menuju ke arah mejaku dan
tarik kerusi yang bertentangan denganku. Entah kenapa, aku rasa ketegangan mula
menular di udara. Seakan-akan rasa diperhatikan, aku pandang sekeliling. Nampak
ramai staf yang pandang aku. Mungkin sebab aku tak pernah jumpa orang di sini.

Bila perasan aku pandang mereka, semua mula sambung buat kerja masing-
masing. Mungkin sebab mereka tak pernah nampak aku jumpa sesiapa di sini melainkan
Fahim, mesti mereka pelik dan tertanya-tanya.

“Sorry, saya lambat sikit,” kata Shahril.

Aku senyum.

“It’s okay.” Bila nampak mata Shahril beralih pada Fahim, aku kembali bersuara.

“Dia kawan seuniversiti saya, Fahim. Fahim, ni Shahril.” Aku memperkenalkan


mereka.

308
Obey.tube
Shahril hanya angguk sekali dan Fahim pula berkerut keningnya merenung
Shahril. Ini kali kedua mereka berjumpa dan kali pertama baru betul-betul bersua muka.
Dulu, Fahim menyatakan terang-terangan yang dia rasa tak sedap hati dengan Shahril.

Aku berdehem dulu untuk mengganggu mereka yang sedang saling tenung-
menenung itu. Mahu kurangkan sikit segala kecanggungan, ketegangan tadi.

“Mana benda yang nak tunjukkan tu, Shahril?”

Tanpa bermadah pujangga, aku terus bertanya. Dah beberapa malam aku tak dapat
tidur lena gara-gara memikirkan bukti itu. Sampaikan hubungan aku dan Dheo sedikit
terjejas.

Aku sengaja mengelakkan diri daripada Dheo. Entahlah... Aku rasa aku tak dapat
bersemuka dengannya selepas apa yang diceritakan Shahril. Bukan bererti aku percaya
cerita Shahril, tapi mungkin sebab aku takut hatiku kecewa kalau semua yang dikata
Shahril itu betul. Aku ingin selamatkan hatiku yang mula rasa sesuatu yang dalam
terhadap Dheo.

Kali ini Shahril pula berdehem. Kemudian matanya meleret ke arah Fahim yang
hanya menjadi pendengar daripada tadi. Dia tak selesa dengan Fahim? Atau sebab
benda ni sangat sulit untuk ditunjukkan?

“Fahim... Kau pergilah duduk meja lain kejap. Aku dan Shahril nak
bincang something,” kataku kepada Fahim. Aku doa semoga hari ni Fahim jadi budak
baik, dengar cakap. Kalau tak, penat aku nak berdebat dengan dia. Mahu sejam lagi
baru dia angkat punggung setuju.

Yang anehnya, Fahim angguk setuju. Terus tanpa suara dia berdiri dan
meninggalkan aku dan Shahril berdua. Aku yang tengok pula sedikit terkejut. Hanya
mata mengikut susuk Fahim yang sedang berjalan agak jauh dari kami dan duduk di
salah sebuah kerusi di situ.

Mungkin Fahim pun tak nak kusutkan kepala aku. Sebab sebaik sahaja aku masuk
ke dalam keretanya tadi, terus dia komen muka aku cantik sikit daripada mayat hidup.
Suaranya risau ketika bertanyakan apa yang tak kena. Tapi aku hanya geleng kepala.

Entah kenapa aku tak boleh bercerita kepada Fahim sedangkan dia adalah kawan
baikku. Boleh dikatakan semua perkara yang terjadi aku akan ceritakan kepada Fahim.
Tentang apa yang jadi pada malam makan malam aku dan Dheo juga aku ceritakan
kepada Fahim. Aku jujur yang aku dapat ingat sesetengah situasi yang diceritakan oleh
Dheo. Boleh dikatakan aku sangat percayakan Fahim.

Melihat Fahim dah tinggalkan kami berdua, akhirnya pandanganku teralih kepada
lelaki di depan mataku itu.

309
Obey.tube
“So, mana buktinya?” soalku lagi.

Kali ini Shahril diam dulu. Kemudian dia keluarkan satu pendrivekecil berwarna
hitam. Diletak atas meja lalu ditolakkan ke arahku. Aku hanya melihatnya sebelum
perlahan-lahan tangan mengambilnya.

“Dalam tu, ada footage apa yang jadi dalam rumah awak dulu. Saya letak
dalam pendrive so, awak boleh tengok bila-bila masa awak bersedia,” kata Shahril lagi.

Aku tenung pendrive itu lagi. Dada berdebar lagi. Bukti dah di depan mata, tapi
aku masih tak tahu. Segala rasa ini buatkan aku makin tak tenang. Aku akan terus rasa
macam ni selagi aku tak tahu apa yang ada di dalam pendrive itu.

“Saya nak tengok sekarang,” putusku.

It’s now or never!

Sementara aku masih punya keberanian. Sementara hati masih nekad. Sebelum
aku berubah fikiran.

“Awak pasti ke?” Serius suara Shahril bertanyaku.

Aku angguk. Pasti.

“Kat sini?” Dia pandang sekeliling.

Aku angguk lagi. Nekad.

“Saya temankan awak. Awak tahu mana-mana bilik yang ada komputer?”

“Tahu. Awak ikut saya.”

Kemudian kami sama-sama bangun. Aku cari Kak Tiqah dulu. Meminta izinnya
untuk menggunakan bilik managernya. Kak Tiqah tanpa banyak soal terus bersetuju.
Siap memberitahu passwords untuk log masuk komputer itu.

Aku angguk dan berterima kasih kepada Kak Tiqah sebelum mengajak Shahril
untuk ke bilik manager. Sebaik sahaja kami melangkah masuk, terus aku cari komputer.
Masukkan passwords yang diberitahu Kak Tiqah dan muncul lambang I’s Café yang
menjadi wallpaper.

Shahril tanpa suara terus mencari tempat cucuk USB. Sebaik sahaja dia mencucuk
USB itu, aku terus serahkan tetikus kepadanya. Dari tempatku berdiri, aku hanya
melihat Shahril membuat kerjanya. Aku pula hanya tenangkan hati. Banyakkan berdoa
semoga aku dapat terima walau apa pun kebenarannya.

310
Obey.tube
“Awak dah bersedia?” Soalan Shahril menyedarkan aku.

Aku hanya angguk. Tak mampu untuk bersuara kerana aku dapat rasakan suaraku
akan bergetar nanti.

Shahril pusingkan sedikit monitor PC itu ke arahku agar aku dapat melihatnya
dengan lebih jelas. Mataku tertancap pada pemain video yang masih kosong itu. Dan tak
lama kemudian, butang Play ditekan. Video mula ditayang.

Aku sangat kenal dengan tempat di dalam video itu. Bilik kerja ayah. Ketika itu
ayah sedang duduk di atas kerusi empuknya. Walaupun resolusi tak berapa cantik, tapi
aku dapat tengok dengan jelas. Melihat wajah ayah ketika dia bernyawa, rasa sebak
juga. Apatah lagi aku tahu beberapa saat kemudiannya, ayah bakal meninggal dunia.

Aku kuatkan hati. Aku tak boleh ikutkan emosi kalau aku nak tahu apa yang jadi.
Hanya mata tak lepas melihat skrin. Dalam video itu, aku dapat lihat riak wajah ayah
agak sedih. Ayah nampak sangat penat.

Aku nampak ayah capai satu frame gambar kecil yang selalu menjadi perhiasan
mejanya. Aku tahu gambar apa. Gambar kami bertiga. Aku, ayah dan arwah ibu.
Walaupun aku tak ingat, tapi aku tahu gambar itu sangat istimewa.

Lama mata ayah tertancap disitu. Bening matanya nampak sedih. Seakan-akan
tahu dia akan pergi. Dan hampir menitis air mataku bila aku nampak ayah cium gambar
itu lama-lama. Ayah rindukan arwah ibu. Seperti apa yang dikatakan dulu.

Seketika kemudian, ayah letak balik gambar itu. Melihat ayah angkat kepala ke
arah pintu, aku tahu ada orang lain di situ. Mungkin baru sampai. Beberapa saat selepas
itu, nampak susuk tinggi menapak masuk mendekati ayah.

Nafas rasa macam nak tersekat bila aku tahu pemilik susuk tubuh itu. Dheo Han!
Ternyata Shahril tak salah. Sebelum ayah meninggal dunia, Dheo ada jumpa ayah. Ayah
aku lihat berdiri dari duduknya untuk menyapa Dheo.

Aku nampak mereka bertukar dialog. Agak frust aku bila aku tak dapat dengar apa
yang mereka bincangkan. Video itu memang tak bersuara. Jadi aku hanya mampu
melihat sahaja mereka berinteraksi.

Ayah katakan sesuatu. Dheo balas balik. Kemudian ayah balas balik sambil
serahkan satu sampul surat kepada Dheo. Muka Dheo nampak marah. Aku nampak dia
campak kertas ke atas lantai. Dan aku tahu itulah kertas-kertas yang aku jumpa dulu.

Aku nampak mereka macam bertikam lidah lagi. Dheo katakan sesuatu.
Kemudian aku nampak tiba-tiba ayah pegang dada. Semuanya bagaikan berlaku dalam
sekelip mata. Ayah rebah di kaki Dheo. Dheo pula aku nampak dia tunduk untuk
melihat keadaan ayah.

311
Obey.tube
Beberapa kali bahu ayah digoncangkan. Kemudian aku nampak Dheo berpaling ke
arah pintu sebelum dia bangun. Aku nampak dia berlalu dan hilang bayangnya dari
rakaman itu. Setelah itu, aku nampak aku menapak masuk ke dalam bilik itu.

Dan selepas itu, apa yang jadi hanya aku yang tahu. Tapi, melihat bagaikan
tayangan kembali detik-detik itu, aku kalah juga. Air mata mengalir tanpa sedar.
Kesakitan ketika ayah menghembuskan nafas terakirnya masih berbekas di hati.

“No... Kenapa?” lirih suaraku.

Tak dapat terima kenyataan. Ternyata Shahril benar. Dheo ada ketika ayah
meninggal. Dia juga menjadi saksi. Terkilan dan sedih.

“Awak sabar la, Rissa. Saya faham perasaan awak. Awak percayakan Dheo dan
mesti tak sangka semua ni,” pujuk Shahril.

Shahril salah. Bukan sebab itu aku rasa terkilan. Bukan sebab aku tuduh Dheo jadi
pembunuh ayah. Tapi sebab Dheo tak selamatkan ayah. Dia orang pertama yang jumpa
ayah. Kalau dia cepat bertindak, mungkin ayah masih hidup sampai sekarang.

Tapi aku hanya diam. Shahril telah membongkarkan kebenaran kepadaku. Aku
selayaknya membenci Dheo. Tapi kenapa aku tak boleh? Bila sekali lagi aku kembali
memainkan video itu, aku hanya pandang tanpa emosi. Tapi satu persoalan yang
bermain dalam mindaku.

“Macam mana awak boleh dapat video ni sedangkan ini berlaku dalam rumah
saya? Sedangkan awak cakap sebelum ni awak tak tahu saya berada di mana. Tapi hari
ni, awak tunjukkan apa yang jadi dalam rumah saya,” tanyaku.

Pandang Shahril. Nampak dia sedikit terkedu dengan soalanku itu. Kenapa? Bila
aku tenggelam dalam emosi, aku tak dapat berfikir dengan rasional ke? Aku masih
menanti jawapannya.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka luas. Aku dan Shahril, kedua-duanya berpusing ke
arah itu. Dheo dan Lucca. Pandangan Dheo hanya tertumpu kepadaku. Dan aku
memandangnya. Bila melihat aku masih menangis, aku nampak matanya berubah redup.
Seakan-akan tak suka melihat aku menangis.

Kemudian matanya berubah ke arah skrin PC. Wajahnya berubah dan tubuhnya
mengeras. Bila pandangannya beralih pada Shahril, mata Dheo bertukar garang. Wajah
Dheo juga bertukar bengis. Macam nak dibunuhnya Shahril.

“You want her? Over my dead body.” Keras suara Dheo.

“Soon you’ll be dead, D’Ambrusio. She hates you,” sinis suara Shahril.

312
Obey.tube
Dheo pandang aku. Kini tak lagi bersuara. Meskipun wajahnya masih garang, dia
mampu mengawal penumbuknya dari singgah ke muka Shahril. Dheo kini berdiri di
sebelahku. Tanganku terus disambar dan ditariknya keluar.

Aku pula bagaikan patung. Hanya mengikut.

“WHY?” Perlahan suaraku bertanya Dheo. Baru ada kekuatan untuk bersuara.
Sepanjang perjalanan balik ke rumah Dheo, hanya sunyi menyapa. Aku pun tak sedar
bila dia heret aku masuk ke dalam banglonya. Mungkin mahu berbincang.

Dheo diam.

“Shahril cakap awak bunuh ayah saya.” Mendengar nama Shahril meniti di
bibirku, wajah Dheo sekali lagi bertukar tegang.

“Awak ada di tempat tu, kenapa awak tak selamatkan ayah saya? Kenapa? Kalau
awak bertindak cepat, mesti ayah selamat sekarang ni.” Aku mula teresak. Perasaan
bercampur baur. Sedih. Marah. Terkilan.

Dheo diam lagi.

“Saya dah tahu yang mana betul, yang mana salah. Saya nak percaya awak, tapi
cerita Shahril lagi convincing. Dia siap ada bukti. Tapi awak? Awak sengaja rahsiakan
banyak benda kepada saya. Cerita yang awak cerita, entah-entah semuanya hanya
rekaan semata-mata. Saya dah mula tak percayakan awak, Dheo,” kataku.

Aku tak tahu sama ada cuma bayanganku atau tak, tapi ada bias sedih dan kecewa
dalam matanya selepas aku berkata seperti itu. Tapi... Melihat hanya kedinginan yang
menghiasi matanya kini, aku putuskan yang semua itu cuma ilusi aku. Aku dah malas
berharap.

“I don’t care what you are thinking right now, tesoro. Not when the past cannot be
changed. Saya tak cakap saya baik. Kalau awak rasa saya pembunuh ayah, teruskanlah.
Dan selalu saya pesan kepada awak. Trust no one!” Kedinginan suara Dheo ketika itu
buatkan aku rasa ingin menggigil. Sangat beku!

“Awak nak apa lagi dari saya? Lepas apa yang dah jadi, saya dah tak sanggup nak
tengok muka awak. Dulu saya terikat sebab awak cakap ayah ada hutang dengan awak.
Tapi lepas tahu apa yang awak dah buat, saya rasa hutang kita dah selesai. Awak hutang
nyawa dengan ayah yang mungkin awak takkan mampu nak bayar.” Aku mula
beremosi.

313
Obey.tube
Kemudian aku istighfar banyak-banyak dalam hati. Tarik nafas untuk tenangkan
diri. Kemudian pandang Dheo dengan pandangan kosong.

“I quit. I don’t care anymore.”

“No!” Kuat suara Dheo. Mahu bergegar isi alam.

Pandangan Dheo berubah tajam. Setapak demi setapak dia mendekatiku. Riak
wajahnya tak dapat ditafsirkan. Walaupun aku sedang beremosi, aku tahu jangan
dicucuk harimau yang tengah tidur.

Setapak Dheo melangkah, setapak aku berundur. Sehinggalah belakangku berlaga


dengan dinding, sekali lagi aku terperangkap. Tapi aku tayang muka berani.

“Why? Belum puas lagi? What do you want from me?” cabarku.

“I want something that you can’t give me, mia bella.”

“What?”

“You!”

Dan sejurus selepas itu, terasa tubuhku ditolak rapat ke dinding dan bibir Dheo
mendarat di bibirku. Hampir terbeliak keluar anak mataku dengan tindakan Dheo itu.
Dalam banyak-banyak perkara, menciumku adalah perkara yang tak pernah terlintas
dalam kepalaku.

Kucupan Dheo garang. Aku ditekan erat ke dinding. Bagaikan sedang


menghukumku. Menunjukkan yang aku adalah hak dia. Possessive. Bila aku cuba untuk
memalingkan kepalaku, sebelah tangannya diangkat untuk memegang rahangku. Kasar
tapi lembut. Mengunci pergerakanku.

“God... I want you so much!” Aku sempat dengar suara garau Dheo sebelum
sekali lagi dia menciumku.

Aku tak tahu berapa lama kami sebegitu. Sehinggalah aku kembali meronta dan
Dheo terus meleraikannya. Nafas tercungap-cungap. Sebaik sahaja wajah kami berjarak,
aku terus tolak Dheo kuat-kuat. Kemudian tanganku ringan diangkat ke pipi kiri Dheo.

Kuat bunyi yang terhasil. Kebas rasa tapak tangan. Aku pasti kuat penanganku
sehingga kepala Dheo turut tertoleh ke arah kanan. Tapi sikit pun dia tak berkutik
setelah ditampar aku. Bagaikan tamparanku tak punya kesan padanya.

“I hate you!” jeritku kuat.

314
Obey.tube
“You are too much. Awak mungkin tak ada agama. Tapi saya ni Islam. Jangan
ingat saya macam awak. Jangan sesuka hati nak buat saya macam tu!” marahku lagi.
Naik turun dadaku menahan nafas kencang. Kemudian aku berpusing
membelakanginya. Enggan melihatnya lagi.

Diam.

Aku pun tak tahu kenapa aku masih mampu berdiri di bawah satu bumbung
dengannya. Aku patut gerun dengan tindakan gila Dheo. Aku patut lari keluar.

Tapi kaki tetap degil untuk terpasak di situ.

“You are too much. Kenapa buat saya macam ni? Who am I to you?” Perlahan
suaraku. Penuh rasa kecewa.

Dia dah lakukan sesuatu yang telah mencemari imejku sebagai seorang
perempuan Muslim. Aku tak tahu mampukah aku menghadap Dheo selepas ini. Aku
rasa jijik dengan diri sendiri.

Sekarang aku tahu kenapa kami berpisah haluan dulu. Mungkin atas alasan yang
sama dulu. Macam yang Dheo cakap, kami sangat berbeza. Gaya hidup kami bagaikan
langit dengan bumi. Jurang terlalu besar.

Kami... Memang tak ditakdirkan bersama!

Aku mula melangkah. Berlalu bersama sekeping hati yang berkecai. Segala
perasaan yang aku punya untuknya habis layu. Rasa dikhianati.

Ketika kaki mendekati pintu rumah, aku mendengar suaranya perlahan.

“Sei tutto per me.” Suara Dheo kedengaran rapuh.

Tapi aku enggan berpaling menghadapnya. Aku tak nak melihat reaksinya ketika
itu. Aku tak mahu lembut hati andai riak kekesalan terbias di balik matanya.

Because... What’s done is done!

Akhirnya... Aku tetap meneruskan langkah tanpa berpaling lagi.

315
Obey.tube
Bab 37

T IGA hari aku bermuram durja. Terperuk di dalam rumah sendiri tanpa hirup
udara luar. Aku ingin mengasingkan diri dari dunia luar. Sejak beberapa hari ni,
hidupku terumbang-ambing. Dengan bermacam-macam benda yang baru tahu, aku
perlukan masa untuk terima semuanya.

Kali terakhir aku berinteraksi dengan manusia adalah pagi tadi. Fahim
menelefonku untuk bertanya khabar. Dia mengajakku untuk ke universiti. Katanya
mahu menyelesaikan urusan transkrip keputusan belajar dan juga surat tamat belajar.
Tapi, aku menolaknya. Masih belum rasa nak keluar.

Banyak benda yang aku fikir bila duduk bersendirian. Cuba merasionalkan diri
dan cuba menolak segala pemikiran negatif. Aku fikir tentang nasib diri. Muhasabah
diri. Allah uji aku macam ni sebab aku mampu. Aku tak patut cepat melatah.

Dan aku juga fikirkan Dheo. Sepanjang kami punya krisis, sekali pun dia tak
menelefonku. Sama ada dia memang tak peduli ataupun dia memberikan masa untuk
aku bersendirian. Dia tak juga mencariku memandangkan aku bercuti tanpa
memberitahu sesiapa. Main lari aje.

Walaupun Dheo dah buat aku macam tu, aku tetap rasa bersalah dengannya. Aku
menuduhnya sebagai pembunuh ayah. Walaupun bukan secara terang-terangan tapi
secara tersirat. Sedangkan apa yang jadi adalah qada dan qadar Allah. Bukan salah
Dheo. Bukan salah sesiapa.

Aku juga bagaikan menghukum Dheo tanpa sebab sah. Kalau Shahril yang dapat
rakaman CCTV di rumahku secara mencurigakan itu pun aku izinkan dia untuk
memberi penjelasan, kenapa Dheo aku tak lakukan benda yang sama? Aku sepatutnya
mendengar dulu penjelasan Dheo. Apa yang aku nampak, tak semestinya itu yang jadi.
Walaupun aku tahu ada kemungkinan untuk dia menipuku dan mereka hikayat, tapi
biarlah aku sendiri yang menghakiminya nanti.

Tapi pada masa yang sama, aku masih tak dapat lupakan apa yang Dheo dah
lakukan malam tu. Pejam mata, mesti adegan itu yang menjelma. Aku tak boleh buang
bayangan itu. Bagaikan sesuatu yang terpahat kekal dalam kepalaku.

Aku rasa jijik. Aku rasa berdosa. Lagi jijik dan berdosa ketika aku turut hanyut
ketika itu walaupun hanya untuk beberapa saat. Untuk beberapa saat aku mengalah dan
cuma membiarkan perilaku Dheo itu sebelum aku kembali ke alam nyata. Mungkin

316
Obey.tube
hasutan syaitan. Mungkin juga aku lalai dan terikutkan nafsu. Sebab aku punya
perasaan pada Dheo. Perasaan makin lama aku rasa makin kuat.

Untuk beberapa saat aku lalai. Teruknya aku, Ya Allah! Ampunkanlah aku! Aku
sungguh-sungguh rasa menyesal. Walaupun semuanya terjadi tanpa kerelaanku, tapi aku
rasa jijik dengan diri sendiri. Aku tak patut sukakan maksiat. Sesungguhnya iman
manusia senipis kulit bawang.

Astaghfirullahalazim! Saban hari aku berdoa semoga Allah ampunkan aku.


Lakukan solat sunat taubat atas kealpaan diri sendiri. Aku berdoa semoga lain kali aku
dilindungi daripada perkara-perkara seperti itu.

Kalau ayah dan ibu tahu aku macam tu, mesti mereka sedih. Mengingatkan hal itu,
aku rasa kembali sebak. Aku dah kecewakan mereka.

Ya Allah... Tiba-tiba rasa rindu sangat pada mereka!

PINTU bilik aku tolak perlahan. Bila kaki cecah masuk, dapat kurasakan betapa
suramnya bilik itu. Bilik kerja ayah. Bilik itu dah tiada seri lagi. Semuanya kerana
pemiliknya dah meninggal dunia. Dan tiap kali masuk bilik itu, perasaanku juga tetap
sama. Sebak.

Sekeliling dipandang. Masih sama macam dulu. Segala susun atur perabotnya
masih tak berubah. Malah aku akan pastikan semuanya kekal begitu. Sekurang-
kurangnya aku dapat rasakan masih ada sentuhan ayah. Sebab semuanya disusun
mengikut citarasa ayah.

Baru sebentar tadi aku masuk ke dalam bilik tidur ayah. Ingin melepas rindu
kepada arwah ayah dan ibu. Peluk pakaian mereka sambil berbaring di atas katil
mereka. Bilik itu juga suram. Serinya takkan sama lagi. Dan lepas puas melepas rindu di
bilik tidur ayah dan ibu, aku turun ke bawah. Ingin melihat bilik kedua kegemaran ayah
pula.

Kaki diatur ke rak buku ayah. Seumur hidupku, aku tak pernah ambil tahu tentang
kerja ayah atau buku apa yang dibaca ayah. Sebab aku tahu kebanyakannya pasti
berkaitan dengan dunia perniagaan. Ataupun tentang sukan golf sebab ayah memang
suka main golf juga. Aku tahu ada juga buku tentang agama sebab ayah selalu
menyuruh aku membacanya.

Satu buku dicapai. Tengok tajuknya. No god but God. Aku pernah baca buku ni.
Letak balik. Kemudian aku berjalan sepanjang rak buku itu. Bila tiba di penghujung,
ada satu laci terletak di bawahnya. Aku tak tahu apa isinya sebab tempat itu sentiasa

317
Obey.tube
berkunci. Yang aku tahu, di situ ayah simpan segala jenis dokumen sulit dan aku tak
pernah ambil tahu. Aku tak pernah usik sebab aku tahu ayah tak suka.

Tapi kali ini, tiba-tiba hati terlintas mahu tahu apa isinya. Ayah dah tiada. Jadi,
apa yang menjadi rahsia mungkin tiada rahsia lagi. Aku duduk bercangkung di depan
laci itu. Bila tarik, macam yang aku agak. Kunci.

Kembali berdiri. Kuncinya pasti ada di mana-mana. Mungkin dalam bilik itu juga.
Lantas aku memulakan misi untuk mencari kunci laci itu. Aku berlalu ke meja kerja
ayah. Segala bekas kecil yang berada di atas meja itu aku korek, tapi tiada kunci. Dan
bila jumpa kunci, kuncinya pula tak sama.

Kemudian aku berlalu ke laci di sebelah meja kerja ayah. Laci paling atas dibuka.
Ada beberapa bekas kecil. Satu per satu aku teroka. Hanya ada klip kertas, dawai kokot
stapler dan beberapa pin kertas. Aku belek-belek lagi. Jumpa satu sampul surat kecil.

Tidak bernama. Sekali pandang, takkan syak apa-apa. Tapi bila aku nampak
macam bentuk kunci di dalamnya, terus aku mengambilnya. Mata mengintai isinya.
Betul tekaanku. Memang nampak satu kunci. Mungkin ini kuncinya.

Tanpa membuang masa, aku ambil kunci itu dan berlalu ke arah laci itu. Aku
duduk bersila di depan laci itu. Menyelesakan diri. Dengan bacaan bismillah, aku
masukkan kunci itu ke lubang kunci itu. Masuk. Dan bila aku pusingkan, bunyi klik
yang terhasil buatkan aku rasa nak berjoget. Akhirnya!

Aku tarik laci sederhana besar itu. Macam yang aku cakap tadi, ada dokumen-
dokumen penting dan sulit. Ada segala jenis geran. Surat beranak. Sijil kematian ibu
pun ada. Pendek kata, ini adalah tempat simpanan peribadi ayah.

Ada banyak jenis sampul surat. Kuning dan putih. Aku yakin isinya mungkin
tentang segala jenis polisi insurans atau hal-hal berkaitan dengan syarikatnya.
Sehinggalah mata teralih pada satu sampul surat kuning yang agak tebal. Bukan
ketebalannya yang berjaya menarik minatku. Tapi apa yang tertulis di depan sampul itu.

Nurissa Rose

Nama aku? Kenapa nama aku ada di sampul surat itu? Ada maklumat tentang
akukah? Hati tertanya-tanya. Rasa berdebar. Kemudian takut. Seakan-akan fobia kerana
takutkan kebenaran. Aku takut aku akan tahu sesuatu yang bakal mengubah hidupku
lagi. Cukuplah pasal Dheo dulu!

318
Obey.tube
Tapi, hati tetap degil mahu mengetahuinya. Pasti sesuatu yang amat penting di
dalamnya. Kalau tak, kenapa ayah sealed sampul surat itu. Maksudnya bukan
sembarangan boleh melihat isinya. Ada nama aku tertulis, mungkin ayah punya niat
untuk memberinya kepadaku. Mungkin tunggu masa yang sesuai. Atau ayah sebenarnya
mahu aku menjumpainya?

Lama sampul itu berada dalam genggamanku. Entah berapa minit aku hanya
tenung sampul kuning itu. Masih mengumpul kekuatan untuk melihat isinya. Macam
yang sebelum ni, aku fikir pelbagai kemungkinan. Macam mana penerimaan aku kalau
sesuatu yang tak terjangka lagi? Sanggupkah aku kecewa lagi? Entahlah... Tapi kalau
aku tak buka, selagi itulah aku akan rasa tak tenang.

Aku pejam mata dulu. Tarik nafas dalam-dalam. Hembus panjang-panjang. Buka
mata balik. Dengan bacaan bismillah, aku membuka sampul surat itu. Atas sampul surat
itu aku koyak dengan penuh hati-hati.

Bila dah terbuka, aku seluk tangan ke dalamnya. Keluarkan isinya. Yang tebal-
tebal tadi adalah beberapa keping gambar yang diikat kemas. Pelik juga aku. Ketika
zaman dah maju, aku masih memilih untuk mencucinya? Mungkin aku mahu abadikan
dalam album. Kadang-kadang, klasik itu unik. Klasik itu nostalgia.

Aku melihatnya. Banyak gambar aku ketika di London. Ada gambar aku pergi
mengembara. Ada gambar bersama kawan-kawan sekelas. Termasuklah gambar aku
dan Dheo.

Ayah pun tahu tentang sejarah aku dan Dheo, tapi kenapa ayah tak beritahu aku?
Rasa dikhianati tapi aku tak mahu berburuk sangka dengan ayah sendiri. Ayah mungkin
ada sebab. Aku tak nak menghukum tanpa bukti yang kukuh.

Melihat gambarku dan Dheo, hatiku kembali rasa sedih. Aku... Rindukan dia!
Melihat gambar-gambar itu, terubat sikit rinduku padaku. Lepas dia buat aku macam tu,
gilakah aku sebab masih menyimpan perasaan padanya?

Sangkaku dulu, lepas dia buat aku macam tu, aku akan benci dia. Segala
perasaanku padanya lenyap. Tapi aku salah. Apa yang rasa dulu cumalah perasaan
kecewa dan rasa dikhianati. Mungkin sebab aku tak sangka dia sanggup mengambil
kesempatan denganku. Berjauhan dengannya buatkan aku sedar sesuatu. Perasaanku
padanya bukan hanya sekadar suka. Malah lebih dalam.

Bodohkah aku sebab masih simpan perasaan ini padanya? Aku tak mampu nak
kawal perasaan aku. Ada kalanya aku menangis. Dan tiap kali itulah aku rasa bagaikan
segalanya pernah terjadi dulu.

“I love you but I can’t be with you. It’s the best for us to part our ways.”

Mungkinkah dulu situasi kami juga sama? Aku pun tak tahu.

319
Obey.tube
Aku tenung sekali lagi gambar-gambar itu. Gambar mungkin enam tahun yang
lepas. Dheo dalam gambar itu sangat berbeza dengan sekarang. Dia sedikit kurus dulu
tapi masih kacak dan mengancam. Wajah mudanya ceria. Berbeza dengan sekarang
yang jauh lebih matang dan berkarisma.

Dalam semua gambar tu, Dheo sangat berbeza. Tak senyum, mesti ketawa. Gigi
lawanya cantik tersusun. Mata bahagia dan bercahaya. Wajahnya nampak penyayang.
Tiada langsung riak dinginnya. Gaya Dheo bagaikan seorang yang selalu mencairkan
hati perempuan.

Seratus lapan puluh darjah dengan sekarang. Bagaikan tak percaya, Dheo dahulu
adalah sebegini. Kenapa Dheo berubah jadi sekarang? Dia juga pasti mengalami sesuatu
yang dah mengubah hidupnya. Yang buatkan dia rasa, kejamnya dunia ni. Dan
terhasillah Dheo Han yang berwajah dingin dan digeruni segala musuhnya.

Dalam setiap gambar itu, aku dan Dheo sama-sama gembira. Nampak bahagia.
Dheo sangat menjaga perilakunya. Semua gambar mempunyai jarak antara kami. Tiada
satu pun gambar yang Dheo pegang aku atau nampak cuba untuk memegangku. Seakan-
akan menghormatiku.

Tapi, kenapa hari tu? Kenapa dia hilang kawalan? Adakah tuntutan nafsu semata-
mata? Adakah dia tertewas dengan keinginannya sendiri? Betapa aku harapkan segala
yang jadi hari tu cumalah mimpi ngeri. Betapa aku berdoa semoga ada keajaiban yang
bakal mengubah segalanya.

Namun semuanya hanyalah keinginan semata. Apa yang dah berlaku telah pun
berlaku. Kita tak boleh ubah masa lalu. Ambil masa untuk move on.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Gambar-gambar itu aku letak di tepiku. Dah puas
tenung. Kini aku intai pula isi sampul surat itu. Apa lagi yang ada? Nampak ada macam
kertas. Beberapa helai. Tangan diseluk untuk mengambilnya.

Surat Perakuan Nikah

Rasa nak terputus nafas saat aku membaca tajuk surat itu. Itu adalah satu sijil
nikah. Apatah lagi bila melihat nama pengantin lelaki dan pengantin perempuannya.
Muhammad Fateh @ Dheo Han bin Abdullah dan Nurissa Rose binti Noriman.

Dada rasa macam nak pecah. Tak percaya! Dheo dan aku? Kami dah nikah.
Tarikhnya merupakan empat tahun yang lepas.

“Mi vuoi sposare? Will you marry me?”

320
Obey.tube
Suara garau Dheo yang tiba-tiba terngiang buatkan aku terus pegang kepala. Rasa
mencucuk yang kuat sehinggakan aku menjerit kecil. Dan pelbagai imbas kembali
kembali muncul dalam kepalaku. Samar-samar proses Dheo melamarku. Aku setuju.
Dan kami nikah.

Tarik nafas dalam-dalam untuk bertenang. Selepas sakit kepala sedikit mereda,
aku kembali tunduk memandang dokumen di tanganku. Tangan menggigil ketika
mencapai kad perakuan nikah yang dikepilkan bersama. Sah gambar aku dah Dheo.
Aku lihat tarikhnya, 10 Oktober 2013.

101013. Segala passwords Dheo terdiri daripada nombor itu. Sekarang aku tahu
sempena apa. Itu merupakan tarikh kami disatukan. Aku masih tak percaya. Ya Allah...
Betul ke aku dan Dheo dah kahwin?

Lantas aku belek lagi dokumen-dokumen itu. Mahu mencari bukti lagi. Semuanya
mengandungi isi yang sama. Pendek kata, ada sijil nikah ketika kami di London. Ada
juga surat-surat lain yang berkaitan dengannya yang digunakan untuk prosedur
pendaftaran nikah di Malaysia. Termasuklah sijil pengislaman Dheo.

Masih berkahwinkah kami selepas apa yang dah jadi? Kami dah lama berpisah.
Malah aku langsung tak tahu akan kewujudannya. Empat tahun lamanya. Apa status
hubungan kami? Masih rasa tak percaya. Aku dah kahwin? Dengan Dheo pula tu. Dan...
Ternyata, Dheo selama ini adalah seorang Islam?

Apa pula status agama Dheo ketika ini? Ketika dia memeluk agama Islam dulu,
semuanya hanya disebabkan mahu berkahwin denganku atau memang betul dia jatuh
cinta dengan cahaya Islam? Dan kalaulah hanya kerana perkahwinan, bagaimanakah
dia? Masih Islam? Atau kembali kepada agama asalnya.

Sebab... Boleh dikatakan ramai yang memeluk Islam kerana perkahwinan


kecundang di tengah jalan. Bila hati lebih cintakan perempuan daripada agama, maka
musnahlah agamanya bila hilang cintanya kepada perempuan itu. Dan Dheo, macam
manakah dia? Entah kenapa, aku rungsing. Aku akan sangat sedih kalau dia balik
kepada agama asalnya.

Aku raup muka. Ini betul-betul tamparan hebat. Aku tak tahu perasaanku
sekarang. Gembira? Lega? Atau marah? Atau rasa ditipu? Aku meraba-raba lagi isi
sampul itu. Mana tahu sebenarnya aku juga sudah bercerai dengan Dheo. Sebab itulah
Dheo tinggalkan aku. Dia dah tak punya tanggungjawab kepadaku lagi.

Memikirkannya, hati aku pedih. Aku tak tahu kenapa aku rasa sedih kalau aku dan
Dheo telah bercerai. Separuh hatiku mendoakan tiada penceraian berlaku. Separuh
hatiku ingin kekal menjadi isterinya. Tapi, kalau betul dia murtad, perkahwinan kami
akan secara automatik terbatal.

321
Obey.tube
Tiada dokumen tentang penceraian yang aku jumpa. Yang ada cumalah satu lagi
sampul surat kecil dan panjang. Aku terus membacanya. Ada kertas dilipat rapi. Bila
aku keluarkannya, aku terus membacanya.

Kepada: Nurissa, anak ayah.

Surat untukku. Daripada ayah. Melihat kertas itu yang agak lama, aku kira surat
itu dah lama ditulis.

Saat Rissa membaca surat ini, kemungkinan cuma dua. Ayah telah pergi untuk selama-
lamanya dan Rissa sudah mengetahui kebenaran daripada Dheo. Kerana hanya Dheo
yang mengetahui kewujudan surat-surat ini. Dan hanya dia yang tahu di mana ia
tersimpan.

Pembacaanku terhenti seketika. Surat ini ayah tulis khas untuk aku selepas aku
tahu segala kebenaran. Setelah aku tahu siapa Dheo padaku. Tapi, sangkaan ayah
meleset. Sebenarnya, ayahlah yang memberitahu kebenarannya.

Saat ayah menulis surat ini, ayah tahu hayat ayah tak panjang. Mungkin esok ayah
akan meninggal. Mungkin juga tahun hadapan. Tapi, kematian itu pasti. Dan ayah
berdoa biar ayah pergi dulu sebelum Rissa. Ayah nak Rissa tahu, ayah sangat
sayangkan Rissa.

Ayah minta maaf kerana telah merahsiakan segalanya daripada Rissa. Ayah terpaksa
lakukan semuanya demi masa depan Rissa dan juga atas permintaan Dheo. Mungkin
Dheo dah jelaskan alasannya kenapa dan ayah sangat bersyukur Rissa kembali
bersama Dheo.

Terima kasih kerana telah menerima Dheo kembali. Ayah tahu Dheo lelaki paling
sesuai untuk Rissa. Ayah selalu berseloroh ingin menjodohkan Rissa dengan anak
angkat ayah, Fateh. Ya... Dheo merupakan Fateh, anak angkat ayah yang selalu ayah
ceritakan. Cuma bezanya, ayah betul-betul serius walaupun Rissa tak tahu.

Ayah bersyukur semua menjadi nyata.

322
Obey.tube
Bait kata ayah itu buatkan aku tersedar sesuatu. Gara-gara terkejut yang amat, aku
lupa yang ayah punya anak angkat bernama Fateh dan nama Islam Dheo juga Fateh.

Lega! Segala kerisauanku tadi kini berterbangan. Aku bersyukur yang amat
sangat. Sebab sepanjang hayat ayah, nama Fateh tak lekang di bibir ayah. Cerita ayah
tentang Fateh semua yang baik-baik dan cenderung kepada keagamaan. Hatiku tiba-tiba
rasa bangga dengan Dheo. Allah telah memelihara akidahnya.

Kini Rissa pun tahu kenapa ayah selalu melarang ketat Rissa berhubungan dengan
lelaki lain. Ayah mahu pelihara Rissa yang memegang status isteri orang. Ayah tak
mahu Rissa menanggung dosa tanpa sedar. Meskipun Rissa sendiri tak tahu tentang
status itu, Dheo selalu memberitahu ayah yang dia selalu ampunkan Rissa dan doanya
akan selalu bersama Rissa.

Jadi isteri solehah, anakku. Bahagiakan Dheo. Dheo dah terlalu banyak berkorban
untuk Rissa. Masa depannya sendiri dikorbankan demi keselamatan dan kebahagiaan
Rissa. Ketika Rissa sedang berbahagia di sini, ketahuilah setiap detik yang Dheo lalui
itu adalah satu seksaan. Ketahuilah yang hidup bersendirian dengan status isteri
meninggal itu lebih senang daripada hidup bersendirian dengan mengetahui isterinya
masih hidup, tetapi tak mampu dicapainya. Dia setia dengan Rissa walaupun dia tahu
hati Rissa mungkin berubah selepas Rissa hilang ingatan. Jangan sia-siakan lelaki
sebaik dia.

Tapi, andai kata hati Rissa bukan lagi untuknya, ayah mohon berpisahlah cara baik.
Dheo juga layak untuk mencari kebahagiaannya sendiri. Jodoh itu di tangan Allah.
Mungkin inilah yang terbaik. Walaupun ayah agak terkilan, namun ayah tetap akan
sokong apa jua keputusan Rissa. Ayah juga akan doakan yang terbaik untuk Dheo.
Kedua-duanya tetap ayah sayang.

Ayah doakan Rissa dan Dheo bertemu kebahagiaan. Doakan ayah juga ditempatkan
dalam kalangan orang-orang beriman. Doakan ayah dan ibu bersatu di syurga kelak.
Percayalah, doa kami selalu ada untuk Rissa. Semoga Allah memberkati kita semua.

Dalam kenangan,

323
Obey.tube
Ayah.

Air mata berjuraian keluar sebaik sahaja aku habis membacanya. Aku rasa sangat
dekat dengan ayah. Setiap bait kata ayah tersemat dalam mindaku. Semuanya ayah
lakukan bersebab. Ayah lakukan sesuatu demi kebahagiaan aku.

Ayah juga akan selalu doakan aku. Tak kiralah apa jua keputusan aku, ayah tetap
akan sokong. Ayah mahu aku bahagia. Tak kiralah bersama Dheo ataupun tidak. Kalau
aku minta cerai daripada Dheo, ayah terkilan tapi tetap mahukan yang terbaik untukku.

Aku tahu apa yang aku lakukan sekarang ni!

324
Obey.tube
Bab 38

A KU melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Rumah itu sunyi walaupun
dikawal oleh beberapa orang di luar rumah. Saat melihatku melangkah masuk,
semuanya tunduk hormat. Kini aku tahu kenapa.

Kerana mungkin mereka tahu siapa aku pada Dheo. Kalau pun tak tahu aku isteri
Dheo, mereka dapat rasakan aku adalah seseorang yang penting dalam hidup Dheo.
Kesetiaan mereka adalah untuk Dheo. Kalau mereka hormatkan Dheo, mereka akan
hormatkan aku.

Tiada bayangan manusia lain ketika aku tiba di ruang tamu. Semua perabot
tersusun seperti kali terakhir aku ke sini. Walaupun sunyi, aku tahu Dheo ada di dalam.
Sekeliling dipandang. Sebelum aku hilang ingatan, adakah ini juga rumahku? Tertanya-
tanya.

“Signora.” Aku dengar namaku dipanggil.

Aku berpaling ke arah Lucca. Dia baru muncul dari tangga. Sebaik sahaja dia
nampak aku, kakinya dilajukan untuk mendekatiku. Berdiri di depanku.

“Apa yang awak buat di sini?” soal Lucca. Mungkin pelik. Selepas kali terakhir
dia melihat aku keluar rumah bersama juraian air mata, pasti dia tidak menyangka aku
akan jejak kaki ke sini lagi.

Aku senyum hambar. Wajah Lucca dipandang. Nampak sedikit keruh. Ada luka di
celah bibir kanannya. Bahagian tulang pipinya juga nampak agak lebam.

“Awak kenapa?” soalku risau.

“Nothing serious, signora.” Lucca senyum nipis. Tapi tak sampai ke mata. Pasti
ada sesuatu yang mengganggunya.

Aku pandang muka dia. Tak berapa nak percaya. Tapi enggan bertanya lebih
lanjut. Sebab aku tahu jawapannya tetap sama tapi berlainan versi. Mungkin baru lepas
bergaduh dengan orang. Aku dah nampak yang lebih teruk, apa sangatlah kecederaan
macam tu?

Kemudian tersedar sesuatu. Kalau Lucca cedera macam ni, adakah Dheo juga
sama? Atau lebih teruk? Dadaku berdebar laju. Risaukan Dheo.

325
Obey.tube
“Awak buat apa kat sini?”

Lucca bertanya lagi. Baru perasan aku masih belum jawab. Soalannya itu buatkan
aku teringat kembali niat asalku ke sini.

“Saya nak jumpa Dheo. Saya nak bincangkan sesuatu. Dia ada kat sini, kan?”

Mendengar nama Dheo, wajah Lucca bertukar sedih. Kenapa? Apa jadi?

“Dheo ada di biliknya. Awak boleh cari kat situ,” kata Lucca.

Aku angguk. Ingin berlalu ke arah tangga. Belum sempat aku berpusing, Lucca
memanggilku balik.

“Please be kind to him, signora. He’s gone through enough.” Suara Lucca seakan-
akan merayu denganku. Seakan-akan tahu aku punya kuasa untuk memusnahkan
seorang Dheo Han.

Hati aku tersentuh mendengar permintaan ikhlas Lucca itu. Aku cuma
mengangguk. Perlahan-lahan aku berpusing membelakanginya. Langkah diatur ke arah
tangga. Makin kaki mendekati bilik tidur Dheo, makin rasa macam jantung nak keluar.
Tapi aku tetap cuba bertenang.

Sehinggalah aku tiba di depan bilik tidur Dheo, terus tombol pintunya aku tarik.
Tanpa salam. Tanpa ketuk pintu dulu. Bila aku masuk ke dalam bilik itu, Dheo sedang
berdiri di tepi tingkap. Bagaikan sedang memikirkan sesuatu.

Bila mendengar pintu dikuak, kepala Dheo terus menoleh ke arahku. Riak
wajahnya garang seperti mahu memarahi orang yang dah berani ganggu dia tanpa izin.
Tapi, sebaik sahaja melihat aku, wajahnya berubah lembut. Cuma sekejap sebelum dia
kembali menayangkan reaksi batunya.

Aku hanya merenungnya dari jauh. Dia nampak penat. Wajahnya berserabut.
Pakaiannya juga nampak agak tak kemas tapi masih terurus. Mataku juga tak terlepas
daripada melihat lebam di tepi bibir kirinya. Ada juga luka kecil yang hanya ditampal
dengan plaster di dahinya. Hatiku rasa sakit melihat kecederaan yang dialaminya itu.

Kenapa dia suka menyakiti diri sendiri? Kali ini kenapa pula?

Tanpa membuang masa, aku terus meluru ke arahnya. Berdiri tak sampai semeter
di depannya. Kami saling berpandangan untuk seketika.

“Ni... Apa ni?” soalku sebelum menunjukkan apa yang aku jumpa.

Mata Dheo terbuntang bila melihatnya. Dia pun tak menduga aku boleh
menjumpainya. Dheo pandang mukaku. Ekspresi wajahku ketika itu hanyalah biasa-

326
Obey.tube
biasa. Aku mahu pastikan dia tidak dapat membaca air mukaku kali ini. Kali ini, giliran
aku untuk membacanya.

Dheo diam dulu. Nampak liurnya ditelan. Mungkin kelat. Dia tahu aku dah tahu.
Tapi aku tetap menunggu dia menjelaskan kepadaku.

“That’s our marriage certificate.”

“Ya... Maksudnya kita dah kahwin. After all this time, you knew yet chosed to lie
to me!”

“I can explain, Rose.”

“No! Kalau saya tak jumpa benda ni, sampai ke sudah awak tipu saya, kan?
Sedangkan awak punya pelbagai cara untuk memberitahu saya. Dah beberapa bulan kita
kenal, tapi sekali pun awak tak pernah cakap. Jangankan beritahu hal sebenar, nak dekat
dengan saya pun tak,” kataku.

“No... You’re wrong. Abang tak ada niat pun nak tipu Rose.”

“Abang? Wow... Now you’re ‘abang’?” sinis suaraku tanpa menghiraukan reaksi
Dheo.

Jauh dalam sudut hatiku, terasa lembut mendengar gelarannya untukku.


Kedengaran dia amat menyayangiku. Aku tahu dulu kami pasangan yang bahagia. Tapi
persoalannya, betulkah?

“Yes... Abang. That was what you insisted back then despite how much I hated
that word. But of course, I love you enough to let you call me that. Dan lama kelamaan,
abang dah terbiasa. Malah, abang sangat sukakannya.”

Cair hatiku mendengarnya. Apatah lagi mendengar ungkapan cinta keluar dari
mulutnya. Dada rasa berdebar. Tapi aku cuma diam. Masih tak tunjukkan minat dengan
ceritanya.

“It’s no use. I don’t remember anything,” dingin suaraku.

Wajah Dheo ketika itu buatkan aku hampir menangis. Terluka. Itu yang jelas
terpancar dari wajahnya. Matanya tak bercahaya. Kali ini Dheo tidak menyorokkan
langsung isi hatinya. Dia sengaja mahu aku melihat kesan ketajaman kata-kataku itu
dalam hatinya.

Aku rasa bersalah juga. Tapi apa yang aku cakap itu memang betul pun. Aku tak
ingat satu pun.

327
Obey.tube
“Hari ni Allah gerakkan hati saya untuk ke bilik kerja ayah, mencari apa yang
ayah sorokkan selama ini. Kalau tak, sampai sekarang saya bermuram durja, mencaci-
maki diri sendiri sebab dah bagi awak cium saya. Padahal sebenarnya kita adalah suami
isteri. No wonder awak berani buat saya macam tu.”

“Tapi, tak tahulah saya kalau memang habit awak suka cium perempuan. After
all, saya cuma isteri atas kertas. Empat tahun hidup tanpa saya, saya tak tahu apa awak
buat,” ujiku.

Kali ini wajah Dheo bertukar garang. Aku dijeling tajam.

“I’m a Muslim, Rose. I never forget my religion. When I chosed to embrace Islam,
I was ready to commit to every laws of Islam. Mungkin semua orang ingat abang bukan
Islam, tapi abang tahu batas abang.”

“Dan untuk pengetahuan Rose, sepanjang empat tahun abang berpisah dengan
Rose, abang tak pernah bersama perempuan lain atau sentuh perempuan lain. Only you,
Rose. Because I am your husband and I am faithful to you. Dan sebab abang tahu Rose
isteri abanglah abang berani sentuh Rose,” kata Dheo. Suaranya cuma perlahan, tapi
sangat tegas.

Dalam hati, aku kagum dengan Dheo. Melihatkan reaksi seriusnya itu, aku tahu
Dheo tak menipu. Makin cair aku dengannya. Empat tahun itu jarak masa yang sangat
lama. Bagaimana dia boleh setia tanpa aku tahu dia siapa? Kalaulah lelaki lain, aku tak
tahulah macam mana. Entah-entah dah pasang yang lain. Apatah lagi lelaki boleh
berkahwin empat.

“Empat tahun kita berpisah, yakin ke awak yang saya masih isteri awak?”

“Abang yakin. Abang selalu pastikan yang hubungan kita tak putus. Segala
perbelanjaan Rose sepanjang empat tahun adalah dari duit abang. Abang masih jalankan
tugas abang sebagai suami,” jelasnya yakin.

“Do you love me?” soalku. Tenung matanya tepat-tepat. Aku mahu tahu
jawapannya. Walaupun sekarang ini jantungku macam dah mogok nak melompat
keluar.

Dheo juga tenung aku tepat-tepat. Dia juga mahu aku tahu yang dia tak menipu.

“Unconditionally.”

“How much?”

“With all my heart. I’m going to do everything to make you happy. I will sacrifice
everything.”

328
Obey.tube
“Everything? Are you sure?” dugaku.

Dia angguk pasti.

“Then, ceraikan saya!”

Dheo tergamam. Dia bagaikan kena sumpah. Dada tak berombak. Bagaikan tak
bernafas. Betul-betul terpaku dengan kata-kataku.

Tapi aku masih serius.

“What?” Sangat perlahan suara Dheo. Bagaikan hanya angin.

“Awak dengar tadi. Kalau awak sanggup lakukan apa sahaja untuk saya, maka
ceraikan saya!” ulangku lagi.

“No!” tempik Dheo kuat. Bersama dengan itu, tangannya dibawa untuk
menumbuk jeriji besi yang menjadi penghadang jendela biliknya itu.

Aku agak terkejut melihatnya. Tak menjangka itu tindakan Dheo. Hatiku rasa
carik bila melihat dia sanggup mencederakan dirinya sendiri. Tapi, dalam hati aku tetap
bersyukur. Nasib baik jeriji besi. Kalau cermin jendelanya? Silap-silap berkecai kaca.
Mesti tangan Dheo berdarah.

“Everything but that! No... I can’t lose you.”

Suara rapuh dari Dheo. Tapi aku masih cuba keraskan hati.

“Kenapa? Apa guna diteruskan lagi perkahwinan ini kalau awak sendiri yang
memilih untuk terus merahsiakannya? Maksudnya, awak memang tak nak orang tahu
yang kita dah kahwin. Pendek kata, awak tak mahu saya jadi isteri awak,” kataku lagi.

“Abang akan ceritakan hal sebenar cuma belum masanya. I told you that! Rose
sengaja nak hukum abang.”

“Empat tahun awak boleh hidup tanpa saya. Dan saya pula empat tahun tak pernah
tahu awak wujud. Awak ingat bila saya tahu hati saya akan terus sayang pada awak
ke?”

“That was the reason I never told you before. Abang nak mula dari awal. Abang
mahu Rose kenal abang siapa. Berada dekat dengan abang. I’m not going to go to you
and tell, Rose, actually, I’m your husband. Are you going to believe that?”

Terdiam aku seketika. Dia ada betulnya. Kalau aku mahu jatuh cinta dengannya,
dia mahu semuanya terjadi sendiri secara semula jadi. Bukan sebab dia suami aku.

329
Obey.tube
“Tapi, semua boleh berubah. Kalau saya dah tiada perasaan pada awak, awak tak
boleh paksa saya. Awak kena lepaskan saya. Kalau betul awak sanggup lakukan apa
saja untuk saya, ceraikan saya.”

Diam. Sangat lama. Tapi aku sabar menanti. Kemudian nampak Dheo hela nafas
panjang-panjang. Wajahnya diraup dengan tangan. Kepalanya dipalingkan pada jendela.
Entah apa yang direnung di luar jendela itu.

“Rose betul-betul mahukan perpisahan?” soal Dheo.

“Mungkin itu yang terbaik,” jawabku.

Dheo angguk-angguk. Dia diam lagi. Berfikir jauh mungkin.

“Perkara terbaik yang pernah terjadi pada abang adalah Nurissa Rose. Abang tak
pernah menyesal setiap detik yang berlalu untuk Rose. Abang janji untuk tunggu Rose
balik pada abang. Tapi seandainya hati Rose berubah, abang dah janji dengan Allah
yang abang akan ikut keinginan Rose.” Dia kembali bersuara.

“Sebab apa? Sebab abang cintakan Rose. But I guess, love alone is not enough.
Mungkin kita memang tak ditakdirkan bersama. Abang patut fikir empat tahun yang
lepas lagi. Mungkin sebenarnya semua yang jadi ini adalah petunjuk yang sedalam
manapun kasih dan cinta kita kepada seseorang, kita mungkin bukan yang terbaik untuk
dia.”

Diam. Aku nampak Dheo telan liurnya. Kepalanya kembali ditolehkan ke arahku.
Hampir tergamam aku melihat ada air jernih yang mengalir keluar dari tubir matanya.
Matanya sangat sedih ketika itu. Bagaikan ingin menyatakan itulah kali terakhir dia
melihat aku.

“I love you, Rose. I love you very very much. Love can’t exist without fear. If the
thought of losing someone you love doesn’t scare you, then it’s not love. I’m scared of
losing you, Rose. Damn much. I want to be selfish. I want you for myself. But no.
Because true love is the condition in which the happiness of another person is more
essential than your own. I’ll set you free if that makes you happy.”

Aku nampak Dheo pejam mata erat-erat. Aku tahu apa yang bakal diucapkannya
nanti.

“Jadi, Nurissa Rose binti Noriman, aku...”

Terus aku melompat ke arah Dheo. Mematikan kata-katanya. Leher Dheo terus
aku peluk sekuat hati. Air mata yang ditahan tadi terus mengalir laju.

“Thank you,” ucapku perlahan.

330
Obey.tube
Kemudian rasa Dheo menjarakkan kami. Bukan niat menolak, tapi mahu melihat
wajahku. Bila aku dongak kepala memandangnya, wajah Dheo jelas kebingungan.

“Thank you sebab buktikan tahap cinta abang pada Rose,” ucapku ikhlas.

Aku sengaja menguji Dheo. Jika perpisahan yang aku mahukan, adakah dia akan
mengikut kemahuanku? Ayah pernah cakap yang Dheo terlalu banyak berkorban
untukku dan aku mahu lihat sejauh manakah pengorbanan yang dia sanggup lakukan
untukku.

Dan ternyata ayah betul. Cinta Dheo untukku terlalu besar. Aku dapat melihatnya
tadi. Walaupun dia tahu dia bakal terluka dengan tindakannya, tapi dia sanggup juga
lakukan hanya kerana ingin melihat aku bahagia.

“Apa yang Rose cakap ni?” Dheo nampak masih bingung.

Aku ketawa walaupun masih ada sisa air mata. Rasa macam orang mereng pula.
Wajah Dheo ditatap sayang. Suamiku. Ya Allah... Suamiku!

“I love you too, abang.” Lain pula yang aku jawab.

Mata Dheo sedikit meluas mendengarnya. Aku dipandang dengan wajah tak
percaya. Seluruh wajah ditilik. Macam tengah tunggu andai kata aku hanya bergurau
dengannya.

Aku cuma senyum manis. Tangan kanan diangkat untuk memegang pipinya. Rasa
berdebar. Tangan pun menggigil sebab aku tak pernah pegang lelaki.

Amboi, kau pergi peluk Dheo tak apa pula?

“Rose. Cintakan. Abang. Juga,” kataku sepatah-sepatah.

“Ya Allah, am I dreaming?” Dheo masih tak percaya.

Rasa nak gelak. Baru mampu nak gelak.

Kali ini aku pegang pula wajah Dheo dengan kedua-dua tangan. Dah dapat
keyakinan. Entah kenapa aku rasa macam dah biasa. Aku jengketkan kaki sedikit. Pipi
Dheo dicium sekali. Betul-betul di sebelah hujung bibirnya.

“I’m your reality.”

Bagaikan baru tersedar, Dheo tarik aku kembali dalam pelukannya. Aku didakap
kemas. Macam rasa nak terputus nyawa. Bermacam-macam rasa syukur diluahkan dan
aku hanya selesa diam di balik dada bidangnya itu. Rasa selamat.

331
Obey.tube
Bab 39

S ELEPAS aku tahu kebenaran, Dheo tak melepaskanku pulang malam itu. Dia
pula bagaikan enggan berpisah denganku. Sudahnya, aku hanya mengikut katanya.
Setuju untuk tidur di rumah itu.

Dan bila kami berbaring sekatil, sangkaku aku akan rasa sangat janggal.
Maklumlah... Semuanya bagaikan kali pertama untukku. Dan aku pula baru tahu
kenyataan. Sepatutnya aku perlukan masa untuk menerima hakikat.

Tapi, ternyata aku salah. Aku tak rasa janggal. Malah hatiku rasa seakan-
akan familiar. Berbaring di sebelah Dheo buatkan aku rasa sesuatu. Aku dapat rasakan
hati aku dekat dengannya.

Kami berbaring mengiring. Saling menghadap. Diam antara kami. Tapi diam yang
sangat selesa. Kedua-duanya saling menatap insan di depan mata.

“God, I miss you so much!” ucap Dheo perlahan. Tunduk sikit untuk mencium
dahiku.

Aku senyum manis.

“Me too.”

Dheo letak tangan di atas pipiku. Rasa tangan kasarnya mengelus lembut.

“Abang masih tak percaya semua ni terjadi. Abang takut untuk pejam mata. Takut
bila abang tersedar nanti, semuanya hanyalah mimpi.”

“No, abang! Semuanya bukan mimpi,” balasku.

Abang! Bila aku menyebutnya, aku fikir aku akan berbelit lidah. Atau rasa
janggal. Tapi ternyata tidak. Mungkin sebab aku dah pernah sebut dulu, semuanya
menjadi satu kebiasaannya walaupun aku hilang ingatan.

“Tapi abang kena janji untuk beritahu Rose segala-galanya. Tentang apa yang jadi
empat tahun lepas,” tambahku lagi.

332
Obey.tube
Nampak dia telan liur. Aku tahu sesuatu yang buruk dah berlaku dulu. Yang
mungkin membawa kepada perpisahan kami. Dan aku punya banyak soalan untuk
ditanya.

“Rose yakin ke dapat terima semua kebenaran nanti? I’m not a good person.”
Dalam suaranya, terselit rasa takut. Insecure. Mungkin dia takut aku lari lagi.

Giliran aku pula usap pipi Dheo.

“Love is putting someone first, knowing their flaws but loving them anyway,”
ucapku. Ingat dia aje reti bermadah? Aku pun reti la!

Dan bibir merah Dheo terus menguntum senyuman. Manis.

“Abang akan cerita. Tapi bukan hari ni. Abang janji esok abang cerita. Tapi
malam ni, izinkan abang untuk lepaskan rindu pada isteri abang dulu. Okey, sayang?”
jawab Dheo. Masih senyum. Hidungku dicuit manja.

“Rose suka tengok abang macam ni. Carefree. Senyum. Berbeza dengan Encik
Han yang Rose kenal dulu. Cold. Stoic,” komenku selamba.

“Hidup ini mengajar kita untuk selalu berhati-hati. If you want to keep your enemy
at bay, show them your poker face.”

“But I love to see you smile. Senyuman abang manis.”

Kali ini Dheo ketawa ikhlas. Kalau senyumannya indah, ketawanya berjuta kali
lebih indah.

“Jangan risau. Untuk Rose, senyum dari pagi sampai malam pun abang sanggup.”

Aku turut senyum mendengarnya. Pick-up line ke tu?

“What happened to your face?” soalku. Kening berkerut risau. Baru teringat nak
tanya dia.

“Nothing serious, Rose.”

Automatik aku juling mata ke atas bila mendengar jawapannya.

“Sama aje macam Lucca. Nothing serious. Tak serius ke kalau dah dua-dua lebam
macam tu? Kali ini abang bergaduh dengan siapa pula?” Aku sedikit marah.

“Jangan marah, Rose sayang. No... Abang tak ada bertumbuk dengan sesiapa. Kali
ni hanya abang dan Lucca.”

333
Obey.tube
“Abang bergaduh dengan Lucca?” Terkejut!

“Bukan. It’s kind of realeasing my anger and frustration. Abang ajak


Lucca sparring. You know... Friendly sparring.”

“Friendly sparring,” ajukku sinis. Friendly sparring dia macam ni. Kalau
tak friendly? Mahu salah seorang jadi arwah.

“Kami dah biasa. Ini hanyalah satu latihan. We’ve been worse.” Suara Dheo tak
bernada.

Aku hanya pandang wajahnya. Mata teralih pada dahi kirinya. Gara-gara kami
berbaring mengiring, aku dapat melihat parutnya dengan lebih jelas.

“Like how you got this scar?” soalku. Tangan ringan diangkat untuk mengusap
parutnya itu. Dapatku rasakan tubuh Dheo sedikit mengeras. Tapi tak pula dia tolak aku.

“Tidur, sayang. Esok kita solat subuh sama-sama. Then, abang akan ceritakan hal
sebenar.”

DHEO menarikku ke bilik kerjanya. Seperti yang dijanjikan Dheo, hari ini dia akan
menceritakan aku tentang segala-galanya. Aku haraplah otak aku mampu hadam. Dan
aku haraplah sedikit sebanyak aku dapat mengingat juga.

“Duduk, Rose!” Dheo mempelawaku duduk di atas sofa terlebih dahulu.

Aku hanya patuh. Dheo pula aku nampak berlalu ke belakangku. Entah apa yang
dia buat, aku pun tak tahu. Kedengaran laci dibuka dan ditutup beberapa kali. Mencari
sesuatu agaknya.

Setelah jumpa apa yang dicari, Dheo kembali ke arahku. Duduk betul-betul di
sebelahku. Di tangannya ada satu album agak besar. Diletakkan di atas pahaku dulu.

“Banyak sangat cerita kalau ikutkan. I don’t even know where to begin. Rose
tanya dan abang akan cuba jawab,” katanya.

“Apa ni?” soalku sambil melihat album di tanganku. Kulit keras itu diselak. Mahu
melihat isinya.

“Itu adalah album abang. My photos since baby until now. Macam mana abang
dulu. Siapa ahli keluarga abang, semua ada di situ. Including our memories. Our nikah

334
Obey.tube
day and our honeymoon. Tapi tak banyak, sebab tak sampai tiga bulan, we got into
accident.”

“Kita sama-sama kemalangan?” soalku.

Mata tetap pada isi album itu. Mahu melihat kisah hidup Dheo.

“Ya. Ingat tak bila Rose ingat lelaki yang kemalangan bersama Rose dulu? Lelaki
itu adalah abang. I was the driver.”

Aku terkejut mendengarnya. Pandang wajahnya.

“Abang okey lepas tu?” soalku risau. Pelik. Aku yang setahun koma risaukan dia.

Dia senyum pahit.

“I was okay. Abang tak teruk sangat. Sepatutnya abang yang berada di tempat
Rose masa tu. But it left something to remind me about the accident. This!” kata Dheo
sambil menunjukkan parut di dahinya.

“Bila abang tengok cermin dan nampak parut ni, tiap kali itulah abang jadi marah
dengan diri sendiri. Parut ni menunjukkan yang abang dah gagal lindungi Rose.”

“No... Your scar is beautiful. It shows how strong you are, abang. Abang survive.
Rose survive,” kataku. Memujuk.

“Kenapa kita boleh kemalangan dulu?”

Dheo diam dulu.

“Yang tu, nanti abang cerita. Sebab kalau ikutkan, nanti berbelit-belit jadinya.
Rose takkan faham,” balas Dheo.

“Abang mulakan dengan siapa abang sebenarnya. Nama abang Dheo


Han a.k.a Han Jin Hai. Ayah abang berbangsa Cina dan ibu abang pula orang Itali.
Keluarga abang tak macam orang lain. Abang berasal dari keluarga yang
sangat complicated.” Dheo mula bercerita.

“Abang ceritakan dulu siapa ayah abang. Ayah abang berasal dari keluarga yang
berada. Tapi tak sekaya ibu abang. Bila dia belajar di Milan, dia bertemu dengan ibu
abang. Ibu abang, Alessandra D’Ambrusio pula bukan calang-calang orang. Abang dah
pernah ceritakan serba ringkas siapa D’Ambrusio di mata masyarakat. Tapi abang tak
pernah cerita pada Rissa semuanya.”

Aku nampak Dheo tarik nafas panjang dulu. Ambil kekuatan untuk meneruskan
cerita.
335
Obey.tube
“The truth is, D’Ambrusio is a mafia family. Sebab itu semua orang gentar
dengannya. We have huge empire, so people just close their eyes about our dark history.
Fights, guns, you name it, semua kami dah hadap. Abang sendiri dibesarkan dengan
gaya hidup macam tu. Sebab itu abang kata abang jahat, Rose.” Suaranya penuh
sesalan.

Telan liur juga aku mendengarnya. Sebab aku tak sukakan keganasan.

“Abang masih terlibat dengan semua tu?” soalku perlahan. Kalau dia angguk, apa
aku nak buat?

“Lepas abang kenal Rissa, abang mula berubah. And totally left everything when I
convert to Islam. Tapi, yang tu abang cerita lepas ni.”

Lega aku mendengarnya. Aku diam. Mengizinkannya untuk terus bercerita.

“Bila hidup kerana kuasa, kami ramai musuh. Mafia is all about power. Kau kuat,
kau berpengaruh maka kaulah layak untuk dihormati orang lain. Of course, banyak
kumpulan mafia di Sicily. But D’Ambrusio is the most influential. Kuasa besar. Sebab
kami multi-billionnaire dan status itu juga yang tutup kehidupan mafia kami di mata
umum.”

“Tapi bukan hanya D’Ambrusio berkuasa besar. Ada satu lagi keluarga mafia
yang hebat. Russo. D’Ambrusio dan Russo tak pernah berbaik. Pertumpahan darah tak
usah cakaplah. Memang musuh ketat.”

“Remember Jason?”

Aku angguk.

“Ayah dia salah seorang Russo. Tapi berjaya keluar tanpa ada pertumpahan
darah. I helped him betrayed his group. You know why?”

Geleng kepala pula.

“Sebab dia kata dia tak mahu anak-anaknya hidup dalam ketakutan dan membesar
menjadi sepertinya. Dan abang memalsukan kematiannya dan menukarkannya kepada
identiti yang baru. Abang suruh dia balik Malaysia. Dan di situ dia bina King Empire.”

“Back to kisah D’Ambrusio dan Russo yang selalu bergaduh. Datuk abang
memberi cadangan. Mengajak wakil Russo untuk berbincang. Ajak untuk berdamai
kerana terlalu lama keluarga kami bermusuh. Daripada bergaduh dan berlaku
pertumpahan darah, kenapa tidak bergabung untuk menghasilkan satu kuasa yang lebih
besar?”

336
Obey.tube
“Cadangan itu ternyata menarik minat Russo. Lalu mereka bersetuju. Tahu apa
cara digunakan? Perkahwinan. Ibu akan dijodohkan dengan anak lelaki ketua Russo
ketika itu. My mother... I see her in you.Ibu abang macam Rose. Ibu abang sangat baik.
Dia sangat bencikan keganasan. Sebab itulah dia sambung belajar di Milan.”

“Ayah dan ibu bertemu, fell in love. Fast forward story, cinta mereka tak direstui
tapi mereka kahwin lari. Bila datuk dapat tahu, datuk sangat marah. Abang adalah hasil
perkahwinan mereka. Ibu tak nak abang membesar dalam keluarga D’Ambrusio.
Akhirnya ibu terpaksa tinggalkan abang dengan ayah. Ibu paksa ayah balik Malaysia.
Sebab itu jalan paling selamat.”

“Di Malaysia, abang dibesarkan oleh ibu saudara abang. Segala makan minum dan
makan pakai abang diuruskan oleh dia. Sehinggalah umur abang lima tahun, mereka
dapat jejaki ayah. Long story short,abang dipaksa balik ke Itali dan dibesarkan sebagai
D’Ambrusio. Abang dapat ibu abang, tapi abang hilang ayah.”

Suara Dheo bertukar sedih di hujungnya.

“Ibu selalu cerita tentang ayah. Tentang budaya ayah. Beritahu yang satu hari
nanti, abang kena cari ayah balik. Dia tahu ayah selalu ada dalam hati kami. Abang tahu
ibu rindukan ayah. Ibu hidup bagaikan patung. Dia dilayan macam banduan oleh
ayahnya sendiri. Mungkin sebab hukuman kepada ibu. Abang tahu ibu cuma tahan
semuanya kerana abang.”

“I was trained to be a D’Ambrusio. Dari seawal umur tujuh tahun lagi, abang dah
belajar macam mana untuk berlawan. Bruises and my body were good friends. Pendek
kata, abang terpaksa dilatih untuk mencapai ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.”

Aku tarik nafas singkat lepas mendengarnya. Terkejut. Usia tujuh tahun itu sangat
muda. Dheo sepatutnya mencipta zaman kanak-kanak yang indah. Habiskan masa
dengan kawan sebaya. Main pondok-pondok.

Agaknya inilah yang dikatakan Lucca dulu. Tak semua zaman kanak-kanak itu
indah. Dan Dheo telah banyak menderita zahir dan batin.

“I hated myself as a D’Ambrusio. Rose tahu apa yang abang fikir bila abang dah
makin besar? Abang mahu jadi kuat. Abang mahu kalahkan datuk abang sendiri. Abang
mahu ketuai kumpulan D’Ambrusio. Abang nak bunuh datuk abang sendiri.”

Dheo ketawa hambar.

“Can you see how heartless was I back then? Abang nak bunuh datuk sendiri.
Abang tak rasa bersalah fikir semua tu sebab itu memang cara abang dibesarkan. To be
cruel and heartless. Tahu apa abang nak buat lepas abang dapat jadi ketua
D’Ambrusio? Abang nak jatuhkannya. Abang nak runtuhkannya. Tak kesahlah
kumpulan Mafia mahupun syarikat. Because I hate it.”

337
Obey.tube
“Then abang belajar di London. Abang sengaja sambung belajar jauh-jauh. Dan
tak sangka di situ abang jumpa seorang bidadari yang sangat cantik. Abang jatuh cinta
dengannya.” Dheo pandang aku. Pandangan penuh rasa cinta. Tersenyum aku
melihatnya.

“Macam mana kali pertama kita bertemu? I rather kept it myself, Tesoro. Sorry...
Not going to tell you. Trust me... It was not a good one and I don’t want to
remember. Kalau nak tahu, Rose ingat sendiri la, ya?” Dheo sengih.

“Kenapa? Abang dengan perempuan lain ke?” tuduhku. Mencerun mataku


melihatnya. Pasti sesuatu yang aku tak suka.

Dan bila lihat Dheo telan liur, aku rasa tekaanku hampir tepat. Tapi dia cuma
diam. Aku pula enggan bertanya lagi. Cemburu kalau dia betul dengan perempuan lain.
Sekali pun ketika itu kami tak kenal. Tak apa... Tak apa... Aku akan lupakan dulu.
Tertanya-tanya juga, macam mana kali pertama kami bertemu.

Dheo berdehem dulu sebelum kembali bercerita.

“Apa yang abang pernah cerita dulu masa malam hari jadi kita, semuanya betul.
Dipendekkan cerita, kita jatuh cinta. Tapi bila Rose tahu kenyataan tentang abang, Rose
tak dapat terima abang. Kita putus untuk seketika. Abang tahu hati kita sama-sama tak
rela ketika itu, tapi abang rasa itulah jalan terbaik. Abang hilangkan diri. Sehinggalah
abang muncul kembali sebagai Fateh.”

Bila dia bercerita, entah kenapa hati rasa pedih. Sakit sebuah perpisahan. Aku
dapat bayangkannya. Mungkin usia masih mentah, hatiku mudah sayangkan dia. Bila
dah sayang, jatuh sayang yang teramat sangat. Aku patah hati. Kadang-kadang
menangis. Dan aku dapat bayangan macam mana lukisan The Juliet yang terhasil.

Aku dah tahu kenapa aku memilih nama itu. Bukan sebab aku peminat kisah
Romeo and Juliet. Bukan juga aku mengagungkan kisah mereka yang tragis itu. Tapi
kerana kisah cinta kami yang serupa. Yang punya banyak halangan. Dan aku pula
bagaikan Juliet yang sedang menunggu Romeonya.

Tanpa sedar, aku rasa air mataku mengalir.

338
Obey.tube
Bab 40

“R OSE, kenapa nangis, mia bella?” soal Dheo.

Terbantut seketika penceritaannya. Tangan kasar diangkat ke wajahku. Diusap


sisa air mataku.

“Rose ingat kali pertama kita berpisah dulu. It hurt so much,” kataku. Aku pegang
dada sendiri. Aku dapat rasakan betapa pentingnya Dheo ketika itu. Tapi gara-gara
perbezaan yang ketara, aku reda. Kadang-kadang kita tak dapat apa yang kita mahu.

Dheo mengengsot rapat ke arahku. Tubuhku kini ditarik dekat dengannya. Lembut
ayatnya memujukku supaya jangan menangis lagi.

“Allah brought us together again, dolce cuore. Perpisahan itu ada kebaikannya.
Abang dapat tahu hati abang sebenarnya. Mengenali Rose, abang juga kenal Tuhan. I
told you I was an Atheist before. Dan bila jumpa Rose, abang nampak indahnya ada
agama. Tak kiralah apa-apa agama. Sebab segala agama percayakan Tuhan. Semuanya
buatkan abang rasa kecilnya abang. I chosed Islam finally.”

“Abang ajak Rose kahwin. Kita kahwin walaupun abang tahu keluarga abang akan
perang besar nanti. Especially when they know you are a Muslim. Tapi abang tetap
mahu jadikan Rose sebagai isteri abang yang sah. Dan abang memang betul. We created
a very big chaos.”

“Kisah D’Ambrusio dan Russo tak habis di situ. Lepas ibu gagalkan rancangan
mereka, mereka masih teruskan lagi agenda mereka. Bezanya kali ini, sebagai cucu
sulung, abang dan cucu keluarga Russo pula yang menjadi galang-gantinya. Dan bila
abang pula yang gagalkan rancangan itu, dah tentu keluarga Russo amat marah.”

“Being rejected once was okay. But twice? Memang mencalar maruah mereka.
Abang dituduh sengaja nak malukan mereka. Apatah lagi bila Jessica Russo, perempuan
yang dijodohkan dengan abang tu lari rumah. Kononnya kecewa sebab dimalukan
abang.”

“Abang balik ke rumah D’Ambrusio. Abang cakap pada datuk yang abang dah tak
nak jadi sebahagian daripada mereka dan abang mahu mulakan hidup baru. Bila datuk
dapat tahu abang dah kahwin dengan perempuan Islam, datuk sangat marah. Datuk
mengatakan yang abang bukan lagi sebahagian daripada D’Ambrusio dan bukan lagi di
bawah perlindungan D’Ambrusio. Apa-apa yang jadi pada abang, bukan lagi hal datuk.”

339
Obey.tube
“Bila datuk cakap macam tu, abang tahu datuk takkan lepaskan abang macam tu
aje. Abang risaukan Rose ketika itu. Abang takut Rose apa-apa. Dan memang betul pun.
Rose hampir dilanggar satu hari. Abang tahu itu cuma amaran dari datuk.”

“Abang lupa yang bukan datuk sahaja yang marah pada abang. Musuh abang juga
sama. My old life... I had a lot of enemies. Terutama sekali Russo. Mereka jumpa
kelemahan abang. Rose kelemahan abang dan mereka mahu gunakan kelemahan abang
untuk jatuhkan abang. Abang dah sebabkan nyawa Rose dalam bahaya. Abang nekad
mahu pulang ke Malaysia. Balik ke rumah ayah abang. Abang rasa itu jalan paling
selamat.”

“Tapi abang silap. Kalau dulu datuk boleh cari abang, kenapa tidak masa tu? Tapi
bezanya kali ni bukan datuk. Tapi orang-orang Russo. Mereka jumpa Rose. Mereka
culik dan seksa Rose. Bila kita lari, ketika itulah kita kemalangan,” cerita Dheo panjang
lebar.

Dan aku tahu apa yang jadi seterusnya.

“Abang rasa sangat bersalah bila tengok keadaan Rose. Bila doktor kata Rose
koma, hanya Allah aje yang tahu perasaan abang masa tu. Abang sangat takut untuk
kehilangan Rose. Kerana abang sayangkan Rose, abang rela biarkan Rose di sini. Rose
selamat tanpa abang.”

“Bila abang sedar daripada kemalangan, abang dah punya rancangan sendiri. I
faked my memory loss. Abang buat-buat tak ingat segalanya. Bila datuk tahu, datuk
gunakan peluang tu sebaik mungkin untuk tarik abang. Seolah-olah, apa yang kami
gaduhkan itu tak pernah berlaku. Dan demi Rose, abang play along.”

“Datuk ceritakan tentang Rose. Tapi abang maintain expressionless.Bila datuk


cakap Rose dah meninggal, reaksi abang juga sama. I returned to the old Dheo Han.
Cold and stoic. Abang cakap abang tak peduli sebab bukannya abang ingat pun. Dan
lepas tu, abang jalani hidup abang sebagai Dheo tanpa orang syak.”

Terasa pelukannya dieratkan sedikit.

“It was not easy. Four years, Rose. Abang terpaksa hidup tanpa Rose selama
empat tahun. Ingat senang ke? Tiada satu hari pun abang tak ingat pada Rose. Abang
fikir bila Rose akan bangun, abang tak mampu jaga Rose dan abang hanya mampu jaga
Rose dari jauh. Kalaulah Rose pergi tinggalkan abang, abang tak sanggup bayangkan
macam mana?” Rapuh suara Dheo. Takut kehilanganku. Malah dia hampir hilang aku
dulu.

“Sebab tak nak semua orang syak, abang belajar tutup perasaan abang. Abang jadi
dingin tak berperasaan. Datuk abang lagi suka melihatnya. Sebab itu adalah kunci
seorang ketua yang berjaya. Biar orang gerun dengan kita. It’s how we earn respects.”

340
Obey.tube
“Dah banyak abang lalui. Rose tak dapat bayangkan kalau Rose berada di tempat
abang,” celahku.

“Betul. Rose beruntung sebab Rose tak ingat abang. Rose tak tahu kewujudan
abang. Sakit sangat bila kita kena berjauhan dengan orang yang kita sayang. Abang
selalu contact in secret dengan ayah Rose. Masa tu, yang tahu perkara sebenar hanya
beberapa orang. Ayah, Lucca, Arrazi dan Nickolai, sepupu abang. Arrazi antara yang
tolong abang memalsukan rekod perubatan abang. Dan Nicko pula yang selalu back
upabang. Semuanya orang-orang yang abang percaya.”

“Tahu tak apa reaksi abang bila ayah cakap Rose dah sedar? Abang bersyukur dan
takut. Sepanjang Rose koma, hari-hari abang fikir. Apa akan jadi kalau Rose dah sedar
nanti? Macam mana kalau Rose cari abang? Membayangkan Rose menangis pun abang
dah rasa sedih. Rose mesti kecewa kalau tahu abang tinggalkan Rose. Abang tak nak
Rose fikir macam tu tapi kalau itu yang terbaik, abang rela. Dan bila ayah cakap Rose
hilang ingatan, abang tak tahu nak rasa macam mana.”

“Abang berfikir seketika. Macam tak sangka pun ada. I faked my own my memory
loss when in reality, my wife had lost her memories too.Mungkin Allah dengar doa
abang. Abang selalu doa segala urusan Rose dipermudahkan. Allah nak kurangkan
beban Rose. Allah selamatkan Rose daripada bersedih.”

“Bila abang fikir balik, better that way. Rose tak ingat abang. Rose lupa perkara
buruk yang dah jadi sebelum tu. Rose boleh mulakan hidup baru. Walaupun tanpa
abang. Abang cuma mahu Rose bahagia. Tapi abang janji bila keadaan dah terkawal,
abang akan cari Rose balik.”

“Macam mana kalau Rose jatuh cinta dengan orang lain lepas tu?” Terasa
tangannya yang berada di bahuku dicengkam sedikit tanpa sedar.

Dheo diam dulu.

“Then I’ll let you go. You deserve better. I’m happy if you’re happy.” Kelat
suaranya. Tapi kedengaran ikhlas.

Aku senyum. Wajah Dheo dipandang sayang.

“Abang jangan risau. Sebab selama tiga tahun ni, hanya abang yang berjaya ketuk
hati Rose. Guess old memories bring us back subconsciously. Ayah dah lakukan tugas
dia dengan baik. Kalau bukan sikap ustaz komander dia, mesti ramai lelaki dah berani
dekat dengan Rose. Semuanya takut kena mengaji tiga juz depan ayah tanpa tersekat-
sekat,” kataku berbaur gurauan.

Dheo ketawa sekejap. Gembira aku melihat dia ketawa. Aku turut senyum.

341
Obey.tube
“Ya... Abang sangat bersyukur. Sepanjang keislaman abang, ayahlah yang
menjadi guru. Abang terpaksa jumpa dia senyap-senyap. Di Sicily, rasa macam hidup
masa zaman awal kemunculan Islam. Abang terpaksa rahsiakan agama abang dari
semua orang kecuali Lucca dan Nicko. Kalau semua tahu abang Islam, mereka akan
tahu yang abang ingat semuanya. Rose akan berada dalam bahaya.”

“Sangat susah ketika itu. Nak solat kena sembunyi-sembunyi. Puasa lagilah.
Abang tak pernah puasa. Tak ambil breakfast pun rasa macam nak separuh mati, inikan
pula sampai matahari terbenam. Tahun pertama abang puasa, abang hanya puasa
separuh bulan. Alhamdulillah, tahun kedua dan seterusnya, abang puasa penuh.” Dheo
mengeluh.

“Belum lagi bab pemakanan. Abang tinggal di rumah sendiri. Bagi alasan abang
nak commit sepenuhnya pada D’Ambrusio Group, jadi datuk tak syak. Di rumah,
biasanya Lucca yang uruskan bab makanan. Dia respect abang sebagai Muslim. Tukang
masak dari Pakistan. Terima kasih pada Arrazi, dia keluarkan rekod yang mengatakan
selepas abang kemalangan dan gara-gara pengambilan ubat-ubatan, badan
abang develop alergi kepada red meat. Then I told people that I was a vegetarian.”

“Bila pergi majlis, orang akan serve alkohol. Sebab tak nak orang syak apa-apa,
abang cuma ambil gelas. Mostly pretend to take a sip. I cannot give the reason that I’m
driving because people know I’m the boss. Sekali dua bolehlah bagi alasan tu. Tapi
kalau selalu, orang akan syak. Selalunya Lucca yang jadi penyelamat abang. Dia yang
tolong habiskan. Kalau tak pun abang ambil peluang untuk tuang keluar,” cerita Dheo
lagi.

Kagum aku mendengar cerita Dheo itu. Kegigihan dia untuk menjaga segala-
galanya demi agamanya. Sedangkan dia saudara baru. Itu dugaan yang berat aku rasa
untuk seseorang yang baru memeluk Islam macam Dheo. Tapi, kalau Allah uji Dheo,
maksudnya memang Dheo seorang yang kuat.

Buatkan aku lagi kagum. Lagi sayangkan dia. Kemudian teringatkan sesuatu.

“Perempuan? Mesti abang selalu dekat dengan perempuan, kan?” soalku. Suara
berbaur cemburu. Aku tidak boleh menolak hakikat yang suamiku itu magnet
perempuan.

Aku tahu Dheo Islam, tapi semua orang tak tahu. Semua ingat dia cuma Dheo
D’Ambrusio, ketua D’Ambrusio Group. Apatah lagi Dheo seorang yang kacak. Alpha
male. Punya aura yang mampu menarik segala jenis perempuan. Dengan reputasinya,
mustahil tiada perempuan yang dekat. Mustahil tiada yang menggodanya dan
menawarkan seks kepadanya. Tiada mustahil kalau di negara barat.

Bila nampak Dheo teguk liur, aku tahu apa yang aku fikir mungkin betul. Dheo
mengeluh dulu.

342
Obey.tube
“Kalau abang cakap tiada perempuan dekat dengan abang, memang abang
bohonglah. Yes... Ramai cuba dekat dengan abang. Cuba goda abang. Tapi abang tolak.
Ada yang pernah cuba cium abang dan abang tepis dan bagi amaran. Accident
happened, she tripped and fell down the stairs. Dan lepas tu, abang suruh Lucca
sebarkan khabar angin yang abang suka belasah perempuan. Tiada perempuan berani
dekat dengan abang lepas tu. What would they expect? I’m D’Ambrusio. Ruthlessness
was part of me. Tiada yang pelik dan abang tak pernah betulkan khabar angin tu,”
ceritanya.

Cemburu juga aku dengar. Geram sebab ada yang cuba goda Dheo. Tapi, apa
boleh buat? Dheo bukan sembarangan orang. Aku sangat takut kalau ada yang jauh
lebih cantik, lebih seksi daripadaku yang menggodanya dan Dheo tertewas akhirnya.
Yalah.. Dia lelaki. Perempuan pula senjata terhebat untuk melemahkan
lelaki. Mengingatkannya, aku rasa sedih dan takut.

Tiba-tiba rasa tanganku digenggam. Lantas, apa yang mengganggu fikiranku tadi
hilang. Aku menoleh ke arah Dheo.

“Trust me. No one but you, dolce cuore. Untuk empat tahun lebih, fikiran dan hati
abang hanya ada Nurissa Rose seorang. Cinta abang pada Rose terlalu kuat. Seratus
perempuan yang jauh lebih cantik atau lebih hebat takkan mampu mengubahnya. Hanya
Allah yang mampu dan abang selalu doa semoga jodoh kita dipelihara.” Dheo bagaikan
tahu apa yang difikirkanku itu berkata. Nak sedapkan hatiku.

“Tiap kali ada perempuan dekat dengan abang, abang akan selalu ingat Rose. Dan
itu dah cukup untuk abang tepis semuanya. My feelings were numb. I felt nothing for
other women. Macam tengok mannequin. No one can turn me on like you do, Rose. No
wonder people called me gay.”

Meruap wajahku mendengar kata-katanya itu. Apatah lagi dengan renungan Dheo
yang penuh kasih sayang itu. Buatkan aku kini tersipu-sipu malu.

“Rose percayakan abang. Terima kasih sebab terus setia dengan Rose,” ujarku
walaupun masih malu.

Dheo cuma senyum.

“Tapi, kenapa baru sekarang abang balik Malaysia? Kenapa selepas empat
tahun?” Aku ingin tahu.

Sekali lagi Dheo mengeluh dulu. Pelukan kami direnggangkan sedikit. Dheo
nampak berfikir jauh lagi. Hati susah.

“Bila abang buat keputusan untuk tinggalkan Rose dengan ayah, itu bukan pilihan
yang senang. Abang ada misi abang sendiri. Kalau abang mahu hidup gembira dengan
Rose, abang kena lupakan segalanya. Abang mahu cari cara untuk hentikan semuanya.

343
Obey.tube
Abang mahu hidup gembira. Bina keluarga sendiri. Is it my fault to be born from
D’Ambrusio’s blood?”

Suaranya kedengaran rapuh di hujungnya. Alasan kenapa dia memilih untuk


mengekalkan nama keluarga ayahnya ‘Han’.

Aku letak tanganku di atas tangan Dheo. Menggenggamnya erat. Beri semangat.

“Never your fault. You deserve better too.”

Dia diam.

“Abang nak cari siapa yang bertanggungjawab atas kemalangan kita dulu. I was
going to make sure they pay back. Abang tak nak cerita apa yang abang dah buat, tapi
apa yang abang boleh katakan abang tak bunuh mereka yang terlibat. I give them to
Nicko. Dan apa yang Nicko buat lepas tu bukan urusan abang lagi.”

“I don’t care if I start a big war between two families sebab Russo yang mulakan
dulu. Tapi Russo tak boleh cakap apa. Nak tahu kenapa? Ingat Jessica yang nak
dijodohkan dengan abang? Orang-orang Russo dah jumpa dia. And guess what? Dia lari
rumah bukan sebab abang dah malukan dia. Tapi sebab dia ikut teman lelaki dia. Dan
bila Russo tahu, mereka memang malu. Dalam keluarga mafia, menipu itu dianggap
satu dosa yang sangat besar. Sebab dari menipu itu akan wujudnya khianat. Sedangkan
dalam keluarga mafia, kesetiaan itulah yang paling penting.”

“Since Jessica ternyata menipu mereka dan mereka dah sebabkan abang
kemalangan teruk dan bunuh perempuan kesayangan abang, jadi semuanya
dianggap fair and square. Abang dah tak peduli pasal Russo. Dan tahun lepas, datuk
meninggal dunia. Dan sebagai cucu sulung, semuanya jatuh pada tangan abang.
Bohonglah kalau abang cakap abang tak gembira. Sebab itulah yang abang tunggu.”

“Dan ketua Russo juga jatuh sakit. Ketua mereka juga berubah. Luckily ketuanya
sekarang jenis yang bertoleransi. Kami berdua bersepakat untuk berdamai, tanpa ada
perjanjian apa-apa. Let’s just say, we tolerate each other. Kami setuju yang tiada
pergaduhan atau penggunaan senjata melainkan diprovok. But the one who starts will be
punished severely by both groups.”

“Tak semua setuju dengan keputusan kami. Ramai juga yang protes dan
tinggalkan kumpulan. Sepanjang empat tahun abang di sana, abang tak pernah terlibat
dengan kegiatan mafia. Abang tahu halal dan haram. Tapi abang tetap terikat dan
kadang terpaksa mengikut. You name it. Sex slavery, drugs trafficking and weapons,
semuanya ada.”

Telan liur aku mendengarnya. Kalau dah kumpulan mafia, apa nak pelik? Aku
tunggu Dheo sambung cerita.

344
Obey.tube
“Nickolai dan abang punya satu persamaan. We both fell in love and we both
wanted to change for better. Patutlah orang kata cinta itu punya kuasa untuk mengubah
sesuatu. Nicko faham apa yang abang rasa. Sepanjang empat tahun abang di sana, tahu
apa yang kami buat? Kami dah khianati datuk. Setiap urusan tanpa lesen yang
dilakukan, kami menjadi spy kepada pihak polis.”

“We’re good at hiding it. Sehinggalah datuk meninggal, abang hentikan segala
urusan yang melanggar undang-undang dan abang serahkan kumpulan itu kepada
Nicko. I just want La Prince only. Orang-orang bawahan abang ramai yang kurang
setuju tapi kalau kesetiaan diletakkan paling atas untuk ketua mereka, mereka akhirnya
setuju. Kerana bagi mereka, walau apa pun terjadi, nama D’Ambrusio tetap gah di
Sicily.”

“Dan suatu hari, abang dapat gambar Rose. Motifnya cuma satu. Mereka tahu
Rose masih hidup dan mereka mungkin tahu abang ingat tentang Rose. Abang masih
mencari-cari siapa dalang di sebaliknya tapi masih belum betul-betul jumpa. Yang
abang tahu, orang-orang Russo yang masih berdendam dengan abang. Dan sebab itulah
abang buat keputusan untuk balik Malaysia. Dah tiba masanya untuk abang balik pada
Rose. Abang fikir, tiada guna abang sorokkan lagi kalau orang dah tahu. This time, I
have to face it bravely.”

“Jadi, ini ke sebabnya kita diekori dulu?” soalku. Dheo angguk.

“Ini juga sebab abang kena tembak dulu?”

Mengingatkan nyawa dia hampir hilang dulu, hatiku sakit balik. Perit.

Dheo angguk lagi.

“Their target was Lucca but I tried to save him.”

Mudah jawapan dia. Siap angkat sebelah bahu. Tak kesah.

“Yang malam di hotel dulu kenapa pula? Yang kali pertama Rose nampak abang
siapa,” soalku lagi. Teringat malam bersejarah itu. Betapa aku rasa lutut longgar tahap
hilang skru.

“Dia salah seorang yang nampak Rose dalam event hari tu. Dia salah seorang yang
terlibat empat tahun yang lepas tapi abang lepaskan dia sebab dia yang tolong
Rose lepaskan diri dulu. Dia tolong sebab...”

Dheo berhenti. Aku dongak kepala pandang Dheo.

“Sebab apa, bang?”

Dheo geleng kepala. Ada senyuman kecil terukir di bibirnya. Nampak perit.

345
Obey.tube
“Nothing important. Jadi sebab abang dah lepaskan dia, dia hutang nyawa dengan
abang. Dia datang kat abang untuk bagi amaran pada abang. Dia cakap dia nampak
Rose. Kalau dia nampak, semua orang boleh nampak. Dia suruh abang hati-hati. Tapi
dia janji dia akan rahsiakan selagi nyawa dia tak terancam.”

“Sebab tu abang tak nak Rose ada dalam event tu. My family members were there.
D’Ambrosio members pun ada. Masa tu abang tak tahu lagi siapa yang ugut abang tu
jadi abang kena syak dengan semua orang,” ceritanya lagi.

Kemudian Dheo pandang aku. Tangannya kepit hidung aku.

“Sebab tu, tesoro, when I give you a command, comply it. And stop being
curious.”

Aku ketawa kecil mendengarnya. Insya-Allah aku dengar cakap dia lepas ni.
Haha.

“Sekarang, abang dah tahu ke siapa?” soalku pula.

Wajah Dheo bertukar serius. Angguk.

“Malam Rose kena serang dengan Alec, abang dah tahu siapa. Memang orang-
orang Russo yang tak puas hati dengan abang. Mereka nak uji sama ada abang ingat
Rose atau tak. They had doubt but never confirmed the truth until that night. Kalau
abang tak ingat Rose, sia-sialah kalau mereka apa-apakan Rose.”

“But the incident was the biggest strike to me. Abang tak boleh fikir panjang.
Abang marah kalau ada yang berani apa-apakan Rose. Not when you were under my
eyes.” Suara Dheo sedikit tinggi. Mungkin sebab teringat balik apa yang dah jadi dulu.

“The big battle has already over but we are facing with the consequences. Abang
janji, abang akan lindungi Rose. Abang janji abang akan dapatkan siapa yang terlibat.
Dan lepas tu kita akan hidup bahagia.” Nekad suara Dheo.

“Kalau Rose tak jumpa sijil nikah kita, bila abang akan bagi tahu hal sebenar?”

Aku tiba-tiba nak tahu.

“Malam abang cium Rose, abang nak beritahu lepas tu. But you were too hurt to
listen to me. Just you know, I never regret.”

Mengingatkan perkara itu, wajah tiba-tiba berbahang. Masih dapat terbayang lagi.
Memang la dia tak menyesal sebab dia tahu aku isteri dia. Tapi aku ni? Berhari-hari
fikir sebab rasa berdosa yang amat walaupun bukan aku sendiri yang rela.

346
Obey.tube
“Rose benci diri sendiri lepas abang buat macam tu. Sehinggalah Rose tahu kita
suami isteri, barulah hati Rose lega. Abang patut cakap awal-awal,” kataku. Geram
masih terasa.

“Lega? Is that mean you want to be kissed again?”

Dheo mengusik.

Sekali lagi muka aku macam tomato. Bila nampak acah-acah tunduk nak cium
aku, terus aku menggelabah. Bila nampak aku dah macam nak buka bunga-bunga silat,
Dheo terus ketawa.

Geram!

“Kalau Rose bukan isteri abang masa tu, abang takkan buat macam tu. My respect
for you is high enough. Masa kita kenal pun abang tak pernah pegang tangan Rose.”

Kemudian nampak bibirnya senget sedikit.

Bagaikan teringat sesuatu yang lucu.

“Actually ada. Tapi rasanya itu tak termasuk kut. Not when I got a bump on my
forehead. Rose ketuk pakai buku setebal kamus Oxford,” ceritanya.

“Well... Padan muka. Yang pergi cium tangan orang ala-ala mat romeo dah
kenapa? Ingat Rose ni Claudia ke masa tu?”

Aku nampak mata Dheo meluas. Tapi aku tak sempat nak ambil tahu kenapa.
Sebab aku tiba-tiba teringat sesuatu. Tangan dibawa ke mulut.

“You were kissing Claudia. Itu kali pertama macam mana kita jumpa.”

“You remember?”

Aku terdiam. Haahlah... Aku ingat! Angguk sekali.

“Abang cium dia depan-depan pintu masuk lecture hall Rose. Macam tak nak
lepas! Lepas tu bila orang tegur, boleh pula dia cakap kat kita kalau nak cium dia, kena
ikut turn. Banyak cantik,” balasku. Agak marah.

“Oh, please don’t remind me!” Dheo raup muka. Nak tergelak tengok muka jering
dia.

“Nak buat macam mana? Masa tu abang jahat lagi. I’m sorry,” katanya. Minta
maaf dengan ikhlas.

347
Obey.tube
Aku terdiam sejenak. Aku tak boleh menghukumnya dan mengira dosanya
sebelum dia Islam. Apatah lagi sebelum dia kenal aku.

“It’s okay. Tapi sekarang ni tak boleh ikut turn. Because I’m not going to share
you,” jawabku. Akhirnya aku senyum.

348
Obey.tube
Bab 41

U SAI merungkai kebenaran, masa tu la perutku pilih masa nak berdangdut.


Memang kena sangat. Aku dan Dheo saling berpandangan sebelum gelak kami pecah.
Serius lawak. Tapi... Memang aku lapar pun. Perut aku kalau dah lapar memang tak
pernah ada kompromi.

“Let’s feed the angry tummy,” ajak Dheo.

Dia bangun dulu. Tangannya dihulurkan kepadaku. Tanpa ragu, aku


menyambutnya. Dheo tarik aku berdiri dulu sebelum kami berpimpin tangan untuk
keluar dari bilik.

Kaki hanya mengekor Dheo dari belakang. Dalam kepala fikir nak makan apa hari
ni? Aku lapar gila ni! Sejak krisis aku dan Dheo, nafsu makan pun merudum jatuh.
Tengok makanan pun kadang-kadang kena paksa telan.

Mungkin sekarang hati lega, minda pun dah lapang, terus terbentang luas nafsu
makanku. Ubatnya cuma satu. Hanya Dheo. Dan sekarang, aku rasa macam nak makan
semuanya! Terbayang makanan dalam kepala pun rasa nak meleleh air liur.

Tengah kepala syok membayangkan apa yang bakal dingap perutku, kedengaran
bagai besi bertemu lantai. Berdenting kuat sampai terperanjat aku. Sampai terbang
segala jenis burger, spaghetti dan seangkatan dengannya. Terus kembali ke alam nyata.

Mungkin Dheo turut terkejut mendengarnya, maka langkahnya terus pegun. Bila
dia berhenti tanpa signal, dan kepala aku pula memang seronok berangan, bahananya
aku hampir bercium dengan belakang Dheo.

Aku angkat kepala. Ingin melihat apa yang terjadi. Beberapa meter di depan kami
ini cumalah Lucca. Apa yang menyebabkan bunyi tadi adalah gara-gara dulang yang
dibawanya dah sembah bumi. Aku tengok isinya. Pinggan dan isinya dah bercerai.
Cawannya juga turut cium lantai. Dah bermacam warna menghiasi lantai.

Sayangnya! Lucca sedang membawa makanan. Aku kira untuk Dheo. Tapi
nampaknya Lucca dah tak peduli apa yang dah jadi dengan makanannya. Wajahnya
jelas-jelas terkejut. Mulut terlopong. Bila melihat matanya menala ke arah tangan aku
dan Dheo yang bersatu, terus rasa wajahku merah.

349
Obey.tube
Reaksi spontan, aku cuba merungkainya. Tapi Dheo sengaja mengeratkan lagi.
Tak sakit. Tapi cukup untuk menghentikan pergerakanku. Akhirnya aku hanya biarkan
Dheo memegang tanganku.

Kembali kepada Lucca yang macam lepas tengok hantu.

“Jangan cakap saya tengah mimpi sekarang ni.”

Suara Lucca tak percaya. Aku dan Dheo kini dipandang silih berganti.

“Saya pernah tengok awak berdua berpegangan tangan. Selalunya mesti Dheo
yang paksa. Not like this. Not when both of you are smiling affectionately to each other.
He doesn’t know what is the meaning of smiling. And you, you never smile if Dheo
touches you. Don’t tell me...”

“She knew, Lucca. Don’t need to exaggerate!” Dheo macam tahan rasa annoying.

Lebar terus senyum Lucca.

“Oh, God! Really? Thanks God. Then, I don’t have to face your sulky face
anymore.”

“I’m not sulking!”

Mereka berdua bergaduh macam aku tiada di tengah-tengah ni. Tapi kata-kata
Lucca itu buatkan aku automatik dongak sebelah, pandang Dheo. Bila nampak telinga
dia bertukar merah, aku tahu Lucca mungkin betul.

Aku terus ketawa. Sehingga tumpuan mereka berdua kini terarah kepadaku.
Semua macam musykil kenapa aku tiba-tiba ketawa.

“Abang merajuk ke?” soalku. Kelip-kelip mata pandang dia. Tagih jawapan.

Aku sempat nampak mata Dheo jeling tajam pada Lucca sedas sebelum dia
berpaling ke arahku. Bezanya, pandangan matanya kini lembut.

Dheo senyum tipis.

“Mana ada.” Mungkin kerana ego tinggi, Dheo tak mengaku.

Dan Lucca berbunyi lagi.

“Don’t trust him, principessa. Lepas apa yang jadi dulu, dia jarang keluar bilik.
Tak pergi hotel juga. Apa lagi yang dia buat kalau bukan merajuk? Because after what
he’s done, he thought he would lose you. Again.”

350
Obey.tube
Awww... Cair hatiku rasa! Tak tahu kenapa, tapi aku rasa terharu mendengarnya.
Apa yang dia lakukan hari itu, dia tak menyesal. Tapi dia takut hilang aku.

“Awak jangan risau, Lucca. I love him. Saya takkan tinggalkan dia lagi.” Kali ini
aku dan Lucca pula bercakap macam Dheo tak ada di situ.

Bunyi Dheo berdehem buatkan kami berpaling ke arahnya. Telinga dia makin
merah. Dia gosok-gosok lehernya. Walaupun mukanya masih maintain selamba.

Terus aku senyum. Aku ingat gesture itu. Itu tandanya Dheo tengah nervous atau
malu. Tapi tak pula aku bersuara.

“Awak buat apa sebelum tu, Lucca?” soalku.

Bila aku tanya, baru dia ingat makanan dan minuman dia yang dah sujud ke tanah
itu. Lantas dia tunduk untuk mengutipnya.

“Saya nampak meja makan kosong. Makanan tak bersentuh. Itu tandanya encik
bos kita ni masih belum makan. Saya tak nak dia mogok lapar sebab patah hati kerana
itulah saya bawakan breakfast untuk dia,” kata Lucca sambil mengutip pinggan dan
cawan itu.

“Dan sekarang, saya dah tak risau dah. Nampak macam selera dia dah datang
balik. Mungkin berganda-ganda,” tambah Lucca lagi.

Aku hanya ketawa mendengarnya. Dalam hati tersentuh dengan keprihatinan


Lucca terhadap Dheo. Aku tahu hubungan mereka sangat rapat. Lucca sanggup berbuat
apa sahaja demi Dheo dan Dheo tak kurang juga. Kalau tak, mana mungkin dia guna
badan sendiri untuk menahan tembakan yang dituju kepada Lucca, kan?

“APA kita nak buat hari ni?” soalku selepas bersarapan.

Dheo menyatakan yang dia malas nak pergi kerja hari ni dan dia pun dah halang
aku sekali. Nasib baik dia bos, jadi arahan dia aku terpaksa terima. Mengingatkan
tentang kerja, baru teringat yang aku dah lama tak pergi kerja. Mogok punya pasal.
Apalah yang orang kata nanti?

“Nothing. Abang nak tengok isteri abang puas-puas,” kata Dheo. Macam yang
dikata Dheo, dia tenung aku dalam-dalam. Naik segan aku dibuatnya. Bukannya cantik
pun. Tak tahu ke sekarang ni ada jerawat sebiji kat dahi aku? Jerawat stres.

351
Obey.tube
Bila rasa muka dah bertukar suhu bila ditenungnya, aku mahu mengalihkan wajah.
Tapi terbantut bila sebelah tangan Dheo memegang daguku. Tak kuat tapi cukup untuk
menghalangku daripada melarikan wajahku daripada pandangannya.

“Jangan sorok daripada abang. Empat tahun abang rindu wajah ni. Dan bila abang
ada peluang, izinkan abang untuk melepas rindu abang puas-puas,” katanya lembut.

Sebak aku mendengar kata-kata ikhlasnya itu. Dapatku rasa dia betul-betul
maksudkannya. Dan akhirnya aku cuma membiarkannya. Ada jerawat pun ada jerawat
la.

“Abang rindu Rose sangat-sangat. Rasa tak puas.”

“Rose pun rindu pada abang,” balasku. Mungkin tak sehebat rindunya padaku.
Tapi aku tak bohong.

“Tapi, hari ni memang kita duduk rumah aje ke?” soalku lagi.

Sekadar bertanya. Berada di mana-mana asalkan dengan dia, aku tak kesah.
Lagipun, aku masih punya banyak soalan untuk ditanya kepadanya. Rasa macam
banyak sangat benda yang aku nak tahu.

“Kita tak boleh bebas keluar buat masa sekarang, Rose.”

“Abang masih nak rahsiakan yang Rose isteri abang?” soalku. Tak kecil hati pun.
Saja nak tahu.

Dheo nampak berfikir sebentar.

“Kalau announce pada umum yang kita suami isteri, abang akan tarik perhatian
semua orang. Especially my enemy. I will put you into danger again. Abang tak nak
bahayakan nyawa Rose,” katanya. Rambutku dielus lembut. Dalam suaranya itu,
terbiasnya rasa takut yang cuba diselindunginya.

“What’s the difference? They already know me,” balasku.

Dheo diam lagi. Mungkin memikirkan kebenaran kata-kataku. Kemudian kedua-


dua tangannya dibawa ke muka. Diraup sekali sebelum satu keluhan panjang
dilepaskan.

“I’m so selfish. Rose dalam bahaya sebab abang. Tapi abang tak sanggup lepaskan
Rose.”

“Then, don’t! Kalau nak lepas, masa Rose tak ingat abang. Tapi bukan sekarang.
Kalau abang lepaskan sekarang, Rose tak tahu apa yang akan jadi nanti,” kataku
perlahan.

352
Obey.tube
Membayangkan hidup tanpa Dheo sekarang ni, aku rasa takut. Tak sanggup untuk
berduka kerana sebuah perpisahan. Aku dah pernah rasa dulu. Dan aku tak nak
ulanginya lagi.

Pelik tapi benar. Baru sehari aku dapat tahu dia adalah suamiku tapi perasaanku
terus mekar untuknya. Tiada ragu. Aku jatuh sedalam-dalamnya. Aku sepatutnya masih
malu-malu dengan Dheo. Sepatutnya berjaga-jaga dengan sentuhan Dheo. Sepatutnya
juga fikirkan kemungkinan semuanya adalah tipu semata-mata.

Tapi ternyata sebaliknya. Aku rasa sangat selesa dengan Dheo. Segala perilaku dia
padaku sangat familiar dan segala reaksiku padanya juga bagaikan semula jadi. Tak
dibuat-buat dan tak dipaksa. Aku percaya padanya seratus peratus. Malah sekarang ni,
keterlaluankah kalau aku cakap yang aku tak nak berenggang dengannya?

“Then, I will be selfish.”

Dheo senyum ke arahku.

“Rose nak abang perkenalkan Rose pada umum?”

Soalannya itu buatkan aku agak tergamam.

Mahukah aku? Bersediakah aku? Semalam baru aku tahu aku isterinya. Rasanya
tak terlalu cepat ke kalau nak beritahu semua orang?

“Maksud abang, bukannya abang nak announce besar-besaran yang kita suami
isteri. Just macam, kalau ada orang tanya apa hubungan kita, you’re free to tell them I’m
your husband.”

“Really?”

Dheo angguk.

Macam segan aje. Maksud aku, semua orang tahu aku dan Dheo bukannya ada
apa-apa. Tiba-tiba cakap jadi suami isteri. Tak ke pelik semua orang? Mesti ada yang
tanya, bila kahwinnya? Kenapa cepat sangat? Dan mentaliti orang Malaysia kalau
kahwin cepat dan sembunyi ni mestilah sebab ingat aku dan Dheo dah terlanjur dan
sekarang tengah mengandung.

“We’re moving too fast. Apa kata kalau kita just act naturally. Then
gradually macam kita bercinta dan lama-lama bila masa sesuai, kita cakaplah yang kita
suami isteri,” cadangku. Dalam pada yang sama, bolehlah aku bersweet-sweet
dengannya.

Tapi... Dia sweet ke?

353
Obey.tube
Dheo ketawa mendengar cadanganku itu.

“Anything pleases you, mia bella. Your wish is my command, my queen.”

Aku senyum seraya melihat wajah kacaknya itu. Tiada kedinginan langsung.
Hanya kebahagiaan terpancar. Inilah rupa sebenar Dheo Han di sebalik topengnya. Dan
mungkin hanya aku yang tahu.

Makin aku tengok wajah suamiku itu, makin aku jatuh cinta. Aku tak tahu macam
mana aku jatuh cinta dengannya dulu tapi aku yakin bukan kerana rupa semata-mata.
Pasti keperibadiannya yang memikatku.

Dheo banyak berkorban untukku. Terlalu banyak. Kalaulah lelaki lain berada di
tempat dia, aku tak tahulah macam mana. Tapi Dheo, kerana memilih aku, dia
tinggalkan keluarga dia. Dia kahwin dengan aku dan dia pilih Islam.

Dan lepas kemalangan, dia sanggup hidup menderita kerana mahu melindungiku.
Masa depannya diperdagangkan, kebahagiaannya diperjudikan. Hanya kerana aku juga.
Empat tahun bukan masa yang singkat. Ketika dia boleh pilih untuk tinggalkan aku
terus, tapi dia memilih untuk terus setia denganku.

Ketika aku di depan matanya pula, aku tak dapat bayangkan apa yang dia rasa.
Orang yang dicintai berada di depan mata. Tapi kerana terpaksa, dia harus menahannya.
Dekat tapi jauh. Kini aku faham apa yang Dheo pernah katakan dulu. Berada di depan
mata, tapi jauhnya tak terjangkau.

Dan aku... Aku akan jaga lelaki sebaik itu dengan sebaik mungkin! Bila Allah
bagi peluang kedua untuk aku hidup, aku yakin salah satu sebabnya adalah kerana aku
adalah hadiah untuk lelaki hebat seperti Dheo.

Kerana aku kunci kegembiraan Dheo!

354
Obey.tube
Bab 42

P AGI itu, macam biasa Lucca menghantarku ke tempat kerja. Bezanya kali ini,
ada Dheo bersama. Kami makan bersama-sama dulu sebelum bertolak. Bila rasa kereta
yang dipandu Lucca itu berhenti, aku jeling luar tingkap gelap itu. Macam yang
disangka, kami dah sampai.

“Rose betul ke masih nak kerja di sini? Abang tak nak susahkan Rose lagi dah.”
Masuk kali ni, aku rasa dah tiga kali Dheo ulang ayat yang sama.

Bukan main dia pujuk aku supaya berhenti. Katanya, bila kebenaran dah muncul,
tiada guna lagi aku bekerja dengannya. Tujuannya dulu mengikatku kerja dengannya
adalah cuma mahu aku kenal dia siapa. Supaya aku berinteraksi dengannya. Supaya aku
ada di depan matanya.

“Betul, abang! Kalau tak kerja nanti, Rose akan rasa bosan.” Dan kali ketiga juga
aku sabar menjawabnya. Pendirianku tetap sama.

“Rose patut apply position lain. Macam yang Rose pernah kata sebelum ni. Kalau
sesuai dengan qualification, Rose nak apply positionkalau ada vacancy di hotel. And for
you, vacancy is anytime.”

Aku berfikir sejenak. Menarik juga tawaran itu. Apatah lagi keputusan
peperiksaan dah lama keluar. Memang layaknya aku mencari kerja yang sesuai dengan
kelulusanku.

“Buat masa sekarang, Rose tak minat. Rose suka kerja Rose sekarang ni. Boleh
jaga abang,” kataku jujur. Tersenyum Dheo mendengarnya. Muka puas hati.

Kerjaku sebagai personal housekeeper Dheo buatkan kerja aku tak banyak sangat.
Hanya perlu mengikut kehendak Dheo sahaja dan kadang-kadang menolong staf yang
lain. Tapi biasanya tugasku memang seratus-peratus pada Dheo. Terutama sekali lepas
kes aku diserang dulu, semua dah tak berani nak suruh aku buat macam-macam. Gerun
kalau kena berhadapan dengan Dheo.

“Kalau macam tu, abang no complain dah,” jawab Dheo pula.

Aku ingin turun dulu. Tak nak nanti orang nampak aku turun serentak dengan
Dheo. Aku pandang tangan Dheo. Perlu ke salam? Tak sampai sejam, jumpa lagi.

355
Obey.tube
“Hmmm... Rose pergi dulu, abang.”

Aku minta izin. Hulur tangan untuk salam. Aku pilih untuk menyalaminya.
Manalah tahu kalau-kalau aku pendek umur nanti, sekurang-kurangnya Dheo dah
memberkati langkahku untuk ke tempat kerja.

“Yalah... See you later.” Dheo tak banyak complain. Dia siap tunduk untuk cium
dahiku.

Bila teringat kami bukan berdua, muka rasa meruap merah. Apatah lagi bila aku
jeling bahagian depan, Lucca buat-buat main telefon dia. Acah-acah tak nampak.

“Don’t worry, signora. I used to it before and I’m going to get used to it now.
Nothing I didn’t see before,” kata Lucca selamba. Makin berbahang rasa muka.

Agaknya dulu, apalah yang aku dan Dheo dah buat depan Lucca? Memang kami
selalu mesra di depan orang ke? Tertanya-tanya. Betapa aku harap, aku dapat ingat
semuanya balik.

Tanpa membalas kata-kata Lucca, pintu kereta dibuka perlahan. Mula menapak ke
lobi hotel. Walaupun dah beberapa hari aku tak datang kerja, semuanya masih sama.
Ada staf yang kenal denganku senyum menyapaku. Aku hanya membalasnya.

Langkah kaki diatur ke bilik rehat staf. Dalam hati berdebar juga. Tengah fikir
hikayat apa aku nak bentang kalau ada yang tanya kenapa aku tak datang. Dahlah aku
tak cakap kat siapa-siapa. Puan Rasyidah sendiri pun tak tahu. Sebab memang niat
asalku nak ponteng kerja.

“Rissa!” Suara yang agak kuat memanggilku itu buatkan kaki berhenti melangkah.
Kenal sangat dengan suara Arin.

Aku pusing ke arahnya. Nampak dia berlari-lari anak ke arahku. Tubuhku terus
dipeluk.

“Rindunya kat Rissa. Rissa dah sihat?”

Berkerut dahiku. Sihat? Aku harap Arin menyambungnya sebab aku masih tak
tahu nak balas apa.

“Mana Arin tahu Rissa tak sihat?” umpanku.

“Puan Rasyidah cakap Rissa sakit. Encik Han yang cakap kat dia.”

“Oh...” Hanya itu yang mampu aku cakap. Kira okeylah Dheo cakap macam tu
daripada cakap aku ponteng, kan?

356
Obey.tube
Aku senyum dulu.

“Alhamdulillah, dah sihat!” jawabku. Kira tak menipulah. Memanglah aku sakit
sebelum ni. Bukan fizikal. Tapi sakit hati. Dan sekarang ni, semuanya dah okey. Hati
aku pun dah sihat. Malah bertambah tenaga.

Terutama sekali bila nampak pembekal tenaga aku tu tengah buat grand
entrancenya. Memang aura semula jadi dia kut. Nampak aje dia, semua tumpuan beralih
kepadanya. Termasuklah Arin. Aku tak payah cakaplah. Tak lepas sepanjang dia
berjalan. Kalau orang tengok, mesti orang ingat aku crushkan dia.

Dheo melangkah dengan yakinnya ke arah lif peribadinya. Penuh karisma. Tak
pandang kiri kanan. Wajahnya masih sama macam dulu. Dingin. Tapi entah kenapa
nampak segar.

Sebaik sahaja Dheo dah hilang di balik lif peribadinya itu, pandanganku teralih
kepada perempuan di depanku itu. Masih tak lepas dari pintu lif Dheo. Hai... Takkan
dah jatuh hati dengan suamiku kut?

Bila perempuan lain tengok suami kita, rasa cemburu juga. Sekarang aku tahu
kenapa tanpa sedar aku rasa cemburu bila tengok Dheo dengan perempuan lain. Hati
macam dicarik-carik memikirkan dia bersama perempuan lain.

“Kenapa, Arin?” soalku.

Arin pandang aku. Dahinya sedikit berkerut. Apalah yang dia nampak kat Dheo
tadi?

“Encik Han nampak segak hari ni,” puji Arin.

Ya... Memang betul pun. Tapi, cemburu tetap terasa.

“Maksud Arin, Encik Han nampak lain. Dia memang dah handsome. Tapi hari ni
nampak lain. Entahlah... Nampak macam bahagia aje,” komen Arin sambil mengurut
dagunya beberapa kali.

Okey... Mood nujum pak belalang Arin dah on! Dan tak sangka dia nampak yang
aku nampak. Dheo nampak sama, tapi agak berbeza.

Arin pandang aku. Aku cuma kelip-kelip pandang dia.

“Rissa cuti, Encik Han pun cuti. Rissa masuk kerja, Encik Han pun masuk kerja.
Dan ini bukan kali pertama.” Dia kemukakan teorinya.

Okey... Ni bukan nujum pak belalang. Ni Detective Conan!

357
Obey.tube
Aku telan liur. Nasib baik tutup dengan tudung. Jadi Arin tak nampak yang aku
sedang jiwa kacau sekarang ni. Haraplah Arin tak fikir pelik-pelik.

“Rissa keluar dating dengan Encik Han, ya?” siasat Arin berserta usikan.

“Eh, mana ada!” nafiku.

“Eleh... Cakap aje la. Apa nak malu? Bukannya jenayah besar pun kalau jatuh
cinta dengan bos sendiri. Terutama sekali kalau berbalas.”

“Eh, Rissa tak cakap macam tu pun, Arin!” balasku balik.

Kena macam ni pun aku dah rasa gelabah. Macam manalah kalau semua tahu aku
isteri Dheo? Mahu pengsan dulu.

“Mengaku aje la kau orang ada apa-apa. Arin bukannya ada hati dengan Encik
Han pun. Jangan risau.” Arin senyum mengusik.

“Kalau kami ada apa-apa, nampak pelik tak?” soalku ingin tahu. Kutlah jadi kisah
antara dua darjat. Drama Ibu Mertuaku 2.0.

Bersinar terus mata Arin mendengar soalanku itu.

“Wah... Adakah itu bermakna kau orang ada apa-apa?” Penuh keterujaan suara
dia.

“Kalau, Arin! Kalau,” ulangku.

Arin berfikir sejenak.

“Hmmm... Apa yang nak pelik? Macam Arin cakap dulu, Rissa dan Encik Han
nampak saling melengkapi. Tiada orang akan pelik kalau lelaki jatuh cinta dengan
Rissa,” ujar Arin.

“Kenapa pula? Rissa cuma biasa-biasa aje,” kataku.

“Are you kidding me? Rissa tu dah macam bidadari jatuh dari langit, tahu? Kalau
tak, takkan ramai lelaki dari macam-macam department nak mengurat Rissa. Rissa aje
tak layan.”

“Bila masa dia orang mengurat?” soalku dengan kerutan di dahi. Perah akal untuk
ingat kembali.

Arin tepuk dahi sendiri. Kemudian juling mata ke atas. Tanganku ditarik untuk
kembali berjalan. Gosip-gosip juga. Tapi thumbprint tak tunggu gosip habis.

358
Obey.tube
“Rissa, mengurat la namanya bila ada orang ajak keluar makan, tegur Rissa cantik,
senyum maco semua,” kata Arin.

“Ya ke? Bukan macam tu macam friendly ke?” soalku balik. Aku rasa tiada
masalah kalau buat semua tu.

“Rissa ni buat-buat tak faham agaknya. Friendly takkan ajak keluar makan
berdua.”

“Rissa selalu ajak Arin, kan?” soalku. Bila ada staf lelaki ajak makan tengah hari,
mesti aku tarik Arin juga. Pergi makan pun dekat-dekat. Tak pun rembat makanan dapur
aje.

Arin gelak.

“Sebab tu taktik tak menjadi. Niat nak mengurat Rissa. Tapi Arin kacau daun.
Kesian lelaki-lelaki tu.”

Aku geleng kepala. Setakat ajak makan tu aku tak rasa itu mengurat. Kalau ajak
keluar dari waktu kerja, ya... Itu mengurat.

“Apa boleh buat. Taste dia bukan orang friendly. Sebab tu tak layan. Taste dia
jenis yang sejuk beku, muka ketat, payah nak senyum,” tambah Arin lagi.

Hai... Lain macam aje? Macam tahu aje siapa?

Bila aku jeling Arin, nampak dia senyum mengusik. Sah, dia sengaja! Aku tahu
dia maksudkan Dheo Han.

“Ada-ada aje la, Arin ni!” marahku. Rasa nak cubit-cubit aje lengan dia tu.

Arin cuma ketawa.

359
Obey.tube
Bab 43

“S IGNORA!”

Bila pusingkan kepala, nampak Lucca sedang berlari-lari anak ke arahku. Tapi
bila dia berhenti di depanku, tercungap-cungapnya macam baru lepas merentas desa. Di
tangannya ada satu fail kelabu.

Lucca penuhkan paru-paru dengan bekalan oksigen dulu sebelum dia buka mulut.

“Boleh tolong saya? I got a very urgent thing to do.”

“Tolong apa?”

Dia hulurkan fail di tangannya itu kepadaku.

“Tolong bagi pada Signor Han. Dia tertinggal fail ni di rumah. Dia suruh saya
ambil tadi. Tapi saya ada hal yang perlu diselesaikan sekarang. Can you help me?”

Aku cuma angguk. Tangan capai fail itu. Walaupun aku tak tahu apa-apa, aku
tetap setuju untuk menolong Lucca.

“Thank you.”

Belum sempat aku nak tanya urusan apa yang mahu diselesaikannya itu, Lucca
dah buka langkah. Laju berlari balik ke arah pintu keluar hotel.

Fail di tangan ditenung. Baru teringat aku punya tugasan untuk diselesaikan.
Kalau Lucca sampai semput semata-mata nak pergi ambil dan hantar fail ini, aku tahu
fail ini bukan sembarangan fail. Mesti sangat penting.

Tanpa membuang masa, aku terus berjalan ke arah lif Dheo. Sebaik sahaja masuk,
terus punat P ditekan. Sebaik sahaja aku menapak masuk ke ruangan pejabat, Kak Tina
terlebih dahulu perasan denganku. Mesra dia memanggilku. Gaya macam sepuluh tahun
tak jumpa.

“Dah lama tak nampak Rissa ke sini. Nak jumpa Encik Han, ya?”

Aku hanya senyum padanya. Kepala dianggukkan sekali.

360
Obey.tube
“Nak hantarkan fail ni. Lucca yang suruh tadi,” jawabku. Fail di tangan ditayang.
Tunjuk bukti. Biar orang tahu, bukan saja-saja housekeeper tak dijemput ni masuk bilik
besar bos. Kedatanganku bersebab.

Kak Tina angguk mengerti. Muka dia bertukar sedikit serius.

“Good luck, Rissa. Hari ni dia dah bertukar serigala jadian.”

“Hah?” Tak faham.

“Mood Encik Han teruk hari ni. Habis semua staf kena marah hari ni.”

“Kenapa? Apa dah jadi?” Sibuk aje aku nak tahu.

“Tadi ada meeting. Ada la tu staf tak buat kerja betul-betul. Sampai-sampai
ada customer complain. Memang mengamuk la Encik Han,” cerita Kak Tina.

“Ya ke? Macam teruk aje?”

Aku pernah nampak Dheo marah. Dan aku boleh bayangkan muka semua orang
yang menikus ketakutan.

Kak Tina angguk-angguk kepalanya. Masih serius.

“Sebab tu kalau boleh masa ni semua orang takkan nak jejak masuk bilik dia.
Kalau kena seru tu, mahu ada ulang alik pergi tandas dulu. Kencing dua tiga kali
sebelum masuk menghadap.”

Kak Tina bagaikan tersedar sesuatu.

“Eh, Kak Tina tak patut kacau Rissa sekarang ni! Rissa nak hantar fail kat Encik
Han, kan? Habislah... Lambat nanti, makin mendidih pula suhu Encik Bos kita tu. Kalau
dia tahu Kak Tina dah kacau Rissa, mesti dia marah nanti. Rissa pergilah hantar cepat-
cepat.” Kak Tina dah macam lipas kudung berlalu ke mejanya.

Aku krik-krik di situ. Kemudian kembali mengatur langkah ke arah bilik Dheo.
Kiri kanan aku pandang. Serius! Melainkan bunyi mesin fotostat, telefon pejabat atau
faksimili, ruangan itu sunyi-sepi.

Tiada orang lalu-lalang. Tiada kawan melepak di meja kawan. Tiada kumpulan
kecil berkumpul. Tiada ilai tawa. Sekarang ni, semua tempat duduk berpenghuni.
Semua tunduk buat kerja. Tumpuan seratus-peratus. Dah macam tengah lalu dalam
perpustakaan, masa tengah musim nak exam. Sampaikan aku rasa nak berjalan atas
lantai berkarpet pejabat itu pun rasa macam kuat sangat bunyinya.

361
Obey.tube
Ini kali pertama aku tengok semua berdedikasi buat kerja. Kalau tercalon dalam
Anugerah Pekerja Cemerlang Tahunan, aku rasa mahu berpeluh dahi Dheo nak pilih
kalau macam ni. Kalau aku ambil video dan tularkan, mahu Malaysia dapat
pengiktirafan pekerja-pekerja paling berdedikasi di dunia.

Wow... Aku tak sangka sebegini besar penangan seorang Dheo Han bila dia
mengamuk!

Kakiku tiba di depan Nancy. Nancy pun tengah khusyuk buat kerja. Bila rasa aku
berdiri di depan mejanya, dia angkat kepala. Sebaik sahaja nampak muka aku, terus
berkerut mukanya. Macam kena sembelit.

“Hai, Cik Nancy!” Aku menegurnya.

“You nak apa?” Kasar suaranya.

“Lucca suruh saya hantarkan fail ni kat Encik Han. Saya tinggal sini, ya?” kataku.
Yalah... Memandangkan dia pun personal assistantDheo, jadi tiada salahnya.

“Eh... Eh... Apa you cakap?” Suaranya itu buatkan aku tak jadi nak letak fail itu di
atas mejanya.

“You nak I bagi fail ni kat Dheo? Lucca suruh you, bukan I. Jadi you yang patut
hantar kat dia, bukan I,” kata Nancy lagi. Kedengaran sedikit sombong.

Tapi aku tenung dia lama-lama. Hai... Jangan cakap dia pun gerun nak hadap
Dheo sekarang ni? Sebab itulah dia suruh aku sendiri sampaikan kepada Dheo. Supaya
yang kena makinya aku. Pandai dia!

“Tapi Cik Nancy kan PA dia. Tugas Cik Nancy la bagi fail ni kat dia.
Saya personal housekeeper dia. Tak ada kena-mengena dengan tugas pejabat dia,”
balasku.

Kemudian aku senyum.

“Ke Cik Nancy macam orang lain juga? Takut kena marah dengan Encik Han?
Dengar-dengar dia tengah bad mood sekarang. Sebab tu Cik Nancy tak nak, kan?”
tuduhku.

Merah mukanya. Sama ada kata-kataku mengena. Atau pun dia malu.

“Hantar fail aje pun. Takkanlah dia nak marah? Bukannya buat salah besar pun.
Lepas hantar, keluar,” kataku lagi. Betul apa?

“Kalau you dah pandai sangat, you la pergi hantar. You tak kenal dia, jangan nak
sembang lebih. Kalau you masuk tak keluar-keluar, you tahulah kenapa!” sinis Nancy.

362
Obey.tube
“Dah... Pergi hantar fail ni. I nak buat kerja.” Dengan biadabnya dia halau aku.

Aku berjalan ke arah bilik Dheo. Tiga kali aku ketuk, tapi aku tak dengar suara
dari dalam memberi izin masuk. Ketuk lagi sekali.

“Just get in, Nancy!” Lantang suara dari dalam.

Okey... Petanda tak baik ni! Aku pandang ke arah meja Nancy. Ternyata dia pun
dengar. Sebab meja dia sangat dekat dengan pintu bilik Dheo. Malah, tempatnya itu
boleh dikatakan sebilik dengan dia, cuma berpisah dengan dinding. Dia tengah senyum
sinis ke arahku.

Terus telan liur. Hadap aje la! Perlahan-lahan aku buka pintu bilik pejabatnya.
Bila dah masuk ke dalam, Dheo tertumpu penuh pada kertas di atas mejanya. Tapi
wajahnya sangat serius. Nampak dia menulis. Itu pun macam nak bertumbuk. Aku
masih pelik bila pen di tangannya tu masih belum patah.

Aku berjalan mendekatinya. Masih belum peduli dengan kehadiranku. Mungkin


dia rasa aku Nancy, sikit pun dia tak angkat kepalanya.

“Ini failnya,” kataku perlahan.

Bila dengar suaraku, pen di tangan kirinya terus terhenti. Terus dongak kepala
pandang aku.

“Rose.” Suaranya tak marah, tak juga lembut. Hanya biasa-biasa.

Aku senyum dulu.

“Lucca suruh Rose hantarkan fail ni untuk abang,” kataku sebelum dia bertanya
macam mana yang disuruh ambil failnya Lucca, tapi yang munculnya Luccalina.

“Thank you,” ucap Dheo. Lembut. Aku tak nampak pun ciri-ciri serigala jadian
yang Kak Tina cakap tadi. Adakah bulan mengambang penuh dah berlalu, jadi Dheo
dah kembali seperti asal?

Aku tarik kerusi di depan Dheo. Duduk di situ. Wajah suamiku itu ditenung.
Nampak sedikit kepenatan. He’s having hard time!

“Rose dengar abang mengamuk kat staf tadi. Abang okey sekarang ni?” soalku
prihatin. Aku tak suka tengok Dheo marah.

“Biasalah. Abang bos. Kena tegas dengan semua orang. Kalau tak nanti semua
naik lemak, pijak kepala,” kata Dheo lagi.

363
Obey.tube
“Tapi, kalau dah lepaskan, tak payahlah bad mood lagi. Rose tak suka tengok
abang marah,” kataku.

Dheo mengeluh lemah. Pen terus diletakkan di atas mejanya. Aku hanya
memerhati tindak-tanduknya. Betapa aku harapkan aku dapat lakukan sesuatu untuk
hiburkan hati dia. Supaya mood dia kembali normal.

“Dulu, kalau abang marah atau bad mood, apa yang Rose akan buat? What would
I do to lift up your mood?” soalku ingin tahu.

“Oh, you did nothing! Because your existence alone was more than enough.”

Aku tayang muka menyampah. Ayat bukan main!

“Masa di London dulu abang ada ambil subjek tambahan literatureke? Atau pun
drama?”

Kata-kataku itu buatkan Dheo terus ketawa kecil. Hatiku lega melihatnya.

“No, mia bella. Only arts.” Dheo tetap menjawab.

Kemudian dia pandang aku.

“Rose betul nak tahu apa yang Rose buat bila abang marah atau bad mood?” Aku
angguk.

Dheo senyum lagi. Misteri. Kemudian kerusi empuknya ditolak sedikit supaya ada
jarak di antaranya dan meja.

“Come here,” gamitnya.

Aku akur. Bangun dari kerusiku dan berjalan ke arahnya. Mungkin dia nak aku
urut bahu dia? Maklumlah... Orang tension ni biasanya bahu dia mesti keras dan
lenguh-lenguh.

Bila aku berdiri di sebelahnya, terus direntapnya tanganku. Aku yang terkejut
terjerit kecil sebelum mendarat betul-betul di atas pahanya. Kedua-dua tangannya terus
melingkar di pinggangku.

“This, dolce cuore. This was what I was going to do when I was angry and
frustrated,” kata Dheo.

Aku telan liur bila rasa tangan Dheo bergerak-gerak di sekitar pinggangku. Dada
berdebar hebat. Sebab aku masih baru dengan posisi ini. Aku tak pernah serapat ini
dengan Dheo.

364
Obey.tube
Tapi tak pula aku menolak Dheo. Teragak-agak tangan diangkat dan diletakkan di
atas dadanya. Aku ingat aku seorang. Tapi Dheo juga sama macam aku. Tangan kanan
yang mendarat di bahagian jantungnya dapat rasa betapa lajunya denyutannya.

Kami saling berpandangan. Tak pernah aku tak jatuh hati bila tatap mata gelapnya
itu. Bezanya sekarang ini, matanya terbias segala rasa sayang dan cintanya buat aku.
Tulus. Aku dapat rasakan dia dapat melihat benda yang sama dari mataku juga.

Aku kumpul keberanian. Telan liur satu round. Kemudian perlahan-lahan aku
rapatkan jarak wajah kami. Dheo pula hanya menunggu. Lembut bibirku mendarat pada
tulang pipi kirinya.

“Would a kiss make you better?” soalku bila aku jarakkan balik wajah kami.

Bibir Dheo terus menguntum senyuman seksi. Hilang segala riak serius pada
wajahnya tadi.

“Actually, more than one kiss would make it better,” balas Dheo.

Giliran aku pula yang senyum. Tunduk cium pipi kanannya pula.

“Enough?”

Dheo nampak acah-acah berfikir.

“I think the more, the better,” kata Dheo bersama senyuman nakal.

“Wah, itu namanya bagi betis, nak bulu betis!”

Dan ketawa Dheo terus pecah mendengarnya. Tanganku yang berada di dadanya
itu terasa getarannya.

“Abang cuma nak bagi pahala lebih kat isteri abang. Besar tahu pahala isteri bila
senangkan hati suaminya. Isteri abang tak nak ke?” umpannya.

“Mestilah nak. That’s what I’m doing right now.”

“Are you sure you are not seducing me?”

Giliran aku senyum nakal. Bibirku di dekatkan ke telinga kanannya.

“Bukan ke itu lagi besar pahalanya?” bisikku.

365
Obey.tube
Tubuh Dheo sedikit menggigil dan jelas kelihatan goosebumps pada kulitnya.
Terasa tangan yang berada di pinggangku dieratkan sedikit. Halkumnya pula bergerak.
Nampak macam dia tengah tahan diri.

Dalam hati rasa nak gelak. Seronok usik suami aku ni! Sekurang-
kurangnya mood serigala jadian dia dah tak ada dah.

“Nakal isteri abang ni, ya? Sejak bila dah reti goda abang ni?” Buat-buat jeling
marah padaku. Padahal suka.

Aku ketawa mendengarnya. Entahlah... Aku pun tak tahu macam mana aku
dengan tiada rasa kekoknya lakukan semua itu. Mungkin sebab rasa semuanya spontan
dan semula jadi? Atau sebenarnya aku selalu buat dulu?

“Mana ada goda. Tolong ubah mood orang tu aje. Jangan cakap orang tu tak suka
pula.”

“Kalau macam tu la gayanya, rasa macam hari-hari nak bad mood.” Kata-kata
Dheo berbaur gurauan.

Aku gelak lagi. Kalau macam tu, memang hadaplah semua stafnya. Tak kuasa aku
hari-hari nak jadi kipas tolong tukarkan arah anginnya.

Kemudian jeling jam di tanganku. 12.57 tengah hari.

“Dah nak dekat lunch hour la, bang. Jom, makan. Rose laparlah,” ajakku manja.
Sejak kami bersama, boleh dikatakan hari-hari kami makan tengah hari bersama.
Kebiasaannya cuma di penthousenya. Sesekali keluar. Tak nak orang lain nampak.

Dheo turut melihat jam pada iPhonenya.

“Yalah... Abang pun lapar. Jomlah. Rose keluar dulu. Abang kemas meja dulu,”
kata Dheo. Rasa tangannya di pinggangku dilonggarkan.

Aku terus bangun. Macam yang diarahnya, aku terus menapak keluar. Tunggu dia
di luar. Sebaik sahaja bunyi pintu terkatup, aku nampak semua panjang leher ke arahku.
Kenapa? Aku ada buat salah ke? Ke pintu aku tutup kuat sangat?

Masih terpinga-pinga, kemudian aku dengar sekali lagi pintu tertutup. Kalau tadi
semua panjang leher melihatku, sekarang ni semua pendekkan balik. Pandang meja
masing-masing. Itu tandanya sebab nampak Encik Bos menapak keluar. Dheo berdiri di
sebelahku.

“Kenapa semua tak keluar lunch lagi?” Dheo bersuara.

366
Obey.tube
Aku pun pelik. Semua meja penuh. Kalau kebiasaannya, waktu-waktu macam ni,
mahu kosong dah semua meja.

“Kerja-kerja juga. Tapi bila waktu makan, kena makan. Kang tak pasang-pasal
orang cakap saya dera pekerja pula. Dah, pergi makan semua!” arah Dheo. Suara tak
marah. Siap dengan senyuman lagi.

Kemudian dia pandang aku. Senyum makin lebar.

“Jom! Let’s feed our angry tummies,” ajaknya. Siap bergurau denganku.

Sekali lagi semua pandang aku. Teragak-agak aku angguk. Segan. Kenapa asyik
aku aje yang jadi tumpuan semua? Dan Dheo pula selamba macam tiada apa-apa. Bila
Dheo mula jalan, aku turut jalan.

Tapi, sepanjang-panjang nak keluar itu, aku nampak semua dah macam ternganga.
Agaknya semua pelik bila nampak bos mereka yang berubah serigala jadian tadi kini
berjalan keluar dengan muka senyum lagi ceria?

Entahlah!

367
Obey.tube
Bab 44

D HEO membuat keputusan untuk menginap di penthousenya. Sejak kami


bersama, itu kali pertama Dheo mahu bermalam di situ. Katanya dia punya tiga
mesyuarat penting keesokan harinya dan dia harus siapkan slide presentation. Menginap
di hotel maksudnya boleh jimat masa dan memudahkan semua perkara.

Bila Dheo membuat keputusan untuk bermalam di penthousenya, secara


automatiknya aku turut sama bermalam di situ. Agak berat hati juga. Sebab takut orang
syak yang pelik-pelik. Takut ada yang perasan aku naik lif tak turun-turun. Haru
jadinya.

Silap-silap, polis datang cari. Kalau polis, boleh tahan lagi. Kalau pencegah
maksiat? Lagilah haru kuasa dua. Tak pasal-pasal heboh aku ditangkap khalwat dengan
suami sendiri. Eh, kalau dah suami isteri kira tangkap khalwat lagi ke?

“Rissa belum balik lagi?” Ramah pula Arin bertanya. Aku senyum dulu.

Ketika itu jam menunjukkan pukul 5.15 petang. Kebiasaannya


lepas thumbprint aku akan terus balik. Lucca pasti sedia terpacak menungguku. Kalau
dia tak lambat la. Kalau tak, mesti aku diberitahu dulu.

“Baru aje nak balik. Arin belum balik lagi?” soalku dulu.

“Tunggu Ainul. Dia turun lambat sikit. Ada guest minta tolong carikan barang
yang hilang. Itu yang dia lambat sikit,” kata Arin pula.

Aku hanya mendengarnya. Lupa pula mereka akan datang bersama kalau syif
sama. Memandangkan mereka duduk di kawasan hostel staf, mereka datang dan balik
dengan perkhidmatan van yang disediakan.

Kalau kes aku tak istimewa, mesti aku juga tergolong sama. Tinggal menyewa
dengan staf-staf yang lain. Pergi dan balik kerja dengan van pekerja. Kira okeylah hotel
ini menyediakan tempat tinggal dan pengangkutan untuk pekerjanya yang di bawah
kemampuan.

Aku simpan balik uniformku di dalam lockerku itu. Beg sandangku dicapai.
Pintu locker ditutup kembali sebelum dikunci.

“Arin, Rissa balik dulu. Jumpa esok, ya?” Aku minta diri.

368
Obey.tube
“Yalah. Hati-hati, Rissa. Bye.” Rissa melambai-lambai ke arahku.

Sebaik keluar dari bilik rehat staf itu, langkahku terus diatur ke bahagian lif. Aku
doa tiada sesiapa yang perasan aku. Lebih parah lagi kalau ada yang terlebih peramah
menegurku dan bertanya aku ingin ke mana. Sebab melainkan aku rajin maraton
beratus-ratus anak tangga untuk ke tingkat lima puluh lima, jalan lain cuma naik lif.

Lega juga bila lobi agak kosong. Ada staf yang bekerja di kaunter depan. Tapi
sedang bercakap-cakap sesama mereka. Bagus... Cakap lagi! Jadi, tak adalah nampak
aku nak menyelusup masuk ke dalam lif.

Aku tak tahu nak naik lif yang mana satu. Kalau aku guna lif Dheo, memang
automatik akan sampai ke tingkat lima puluh lima. Tapi staf lain mungkin akan perasan
sebab lif itu sangat jarang digunakan dan kalau yang gunanya memang Dheo.

Untuk mengurangkan syak, aku sepatutnya guna lif pengguna. Tapi risiko lif
pengguna ni pula akan ada banyak transit. Nasib baik, aku sampai ke tingkat lima puluh
lima tanpa gangguan. Nasib tak baik, berhenti di beberapa aras. Kalau jumpa tetamu
hotel tak apalah juga. Buatnya staf terutama sekali staf housekeeper, aku nak cakap apa?

Jadi aku buat keputusan untuk guna lif Dheo. Tapi, aku kena bergerak sepantas
mungkin. Masuk lif sebelum orang nampak siapa. Nekad! Guna lif Dheo lebih selamat.
Aku jeling ke arah kaunter depan. Sepantas kilat aku berdiri di depan lif dan tekan
butang lif.

Nasib baik terus buka. Dan bila terbuka, terus menyelinap masuk dan tekan
butang tutup. Muka menghadap dinding lif. Bila pintu lif dah tertutup baru boleh tarik
nafas lega. Rasa berpeluh dahi. Macam baru lepas buat kerja jahat.

Lantas aku masukkan passwords lif sebelum lif mula bergerak.

Huh... Nak balik rumah suami sendiri pun susah!

MALAM itu, kami cuma memesan room service untuk makan malam. Dheo oderkan
masakan Cina. Kami cuma berdua malam itu. Lucca seperti biasa, memberikan privasi
kepada kami sehinggalah Dheo memerlukan khidmatnya.

Usai makan malam, Dheo menyiapkan slide presentationnya. Hanya berada di


meja makan, bukan di bilik kerjanya. Aku pula duduk di atas sofa di ruang tamu.
Menekan-nekan alat kawalan jauh TV itu. Mencari-cari siaran apa yang seronok untuk
ditonton malam ni.

369
Obey.tube
Bosan. Tiada cerita yang menarik. Sudahnya aku tutup terus TV itu. Tak tahu nak
buat apa. Dheo tengah buat kerja. Mata aku pun tak ngantuk lagi. Rumah ini pun tiap-
tiap pagi aku hadap.

Nak buat apa ni?

Akhirnya aku bangun dari tempat dudukku. Berlalu ke arah pintu luncur yang
memisahkan ruang dalam dan luar rumah. Aku tak pernah lagi melihat suasana malam
di luar rumah Dheo. Di luarnya ada kolam renang sederhana besar. Kolam persendirian
Dheo. Dan di hujung sana, ada ruang balkoni. Dapat melihat keindahan ibu kota dari
tingkat lima puluh lima ini.

Aku berjalan sekeliling kolam itu. Pantulan biru jelas kelihatan di ruangan agak
tertutup itu. Macam yang aku cakap tadi, ini kolam peribadi. Kedudukannya agak
terlindung dari mata orang lain.

Cantik! Kalau tak kenangkan dah malam, memang aku dah kuak lentang dalam tu.
Tapi kalau terjun sekarang ni, aku rasa mahu rasa sejuk sampai ke tulang hitam. Seriau!

Bosan tenung air kolam yang macam menggamit aku untuk berkuak lentang itu,
aku berjalan ke arah balkoni besar itu. Penghadang besi itu dipegang dan aku jeling ke
bawah. Seram! Hanya nampak titik-titik cahaya. Mungkin kereta. Membayangkan
betapa tingginya kedudukan kami sekarang ni.

Fuh... Kalau jatuh ni, confirm arwah! Seram aku nak bayangkan. Sembilan puluh
darjah segala bulu roma. Gayat!

“Argh!” Aku terjerit kecil bila rasa pinggangku tiba-tiba dipeluk dari belakang.
Terus penghadang besi itu dipegang erat. Jantung pun rasa macam nak pecah. Takut!

Kedengaran ketawa pecah di belakangku. Sangat kenal milik siapa! Boleh tahan
kuat juga sampai terasa getaran di belakangku yang bersandar pada dadanya itu.

“Hesy... Abang ni! Takut tahu tak?” marahku geram. Tangannya yang berada di
pinggangku terus kena sepit ketamku.

Dheo mengaduh kesakitan tapi masih ketawa. Masih juga utuh tangannya
mendarat di pinggangku.

“Tahu takut. Sama aje macam dulu,” ejeknya sesudah ketawa reda.

Aku tolehkan sikit kepala ke belakang.

“Macam dulu?” soalku balik.

370
Obey.tube
“Kita pernah pergi Eiffel Tower bersama. Remember the drawing? Sebenarnya itu
adalah projek kerja kursus kita. Kena buat dalam berkumpulan. Abang yang bagi
cadangan macam tu. Kalau orang tengok lukisan tu, orang akan tahu lukisan itu dilukis
oleh dua orang yang berbeza. Tapi masih bekerjasama sebab bila lukisan itu
digabungkan, akan nampak macam satu lukisan yang sama. Dan kita dapat tempat
pertama.”

“Kita sama-sama pergi Eiffel Tower. Rose ajak abang naik, tapi Rose takut. Abang
cuma ikut. Sepanjang-panjang dalam lif tu, Rose pegang aje jaket abang. Badan pun
keras semacam. Muka pun pucat. Nasib tak pengsan. Risau juga abang. Abang pun tak
faham kenapa. Kalau dah takut, kenapa nak naik juga? Abang putuskan Rose ni dalam
penakut dia, ada beraninya. Abang pun tak tahu nak kategorikan Rose ni penakut atau
berani.”

“Makin tinggi lif naik, makin kuatlah Rose tarik jaket abang. Abang tahu Rose tak
perasan masa tu sebab tengah takut. Tapi abang ni dah berpeluh dahi bila dah makin
dekat dengan Rose. Dahlah semua orang masa tu jeling semacam kat abang. Abang rasa
semua mesti ingat Rose tak nak naik, tapi abang yang paksa. Tak pun anggap abang
lelaki tak guna sebab tak buat apa-apa bila nampak Rose takut macam tu. Hai... Mereka
tak tahu. Kalaulah halal masa tu, memang abang dah peluk kuat-kuat,” cerita Dheo.

Aku senyum mendengarnya. Boleh bayangkan situasi macam tu. Tapi masih tak
dapat gambaran Eiffel Tower yang kami pernah naik itu. Tapi aku tahu. Mesti cantik
pandangan sekeliling bangunan itu.

“Kan best kalau Rose dapat ingat,” kataku perlahan. Merenung pekatnya malam di
depan mata. Membayangkan indahnya memori semalam. Boleh ingat balik segala
kenangan manis bersama Dheo.

“Satu hari nanti, abang yakin Rose akan ingat.”

“Entahlah, bang. Rose rasa macam nak give up aje. Dah tak yakin dah.” Aku
mengeluh kecil. Mengalah.

“Yakin itu penting. Kena percayakan kerja Allah. Kalau tak percaya, macam mana
Allah nak tolong? Tiada istilah mengalah dalam letak kepercayaan pada Allah.
Sedangkan rukun iman yang pertama tu sendiri, percaya kepada Allah.”

Buk! Rasa muka kena tumbuk. Sentap dengan tarbiah suami sendiri.

“Kalau kita percayakan Allah, yang mustahil akan jadi tak mustahil. Sedangkan
jantung yang berhenti pun boleh berdegup kembali. Semuanya kena disertakan dengan
doa dan usaha.”

Terasa Dheo pusingkan tubuhku untuk menghadapnya. Kepala didongakkan


sedikit untuk melihat wajah sang suami.

371
Obey.tube
“Dulu masa doktor kata peluang untuk Rose hidup itu tipis, abang terus berdoa.
Selagi Rose masih bernyawa, abang tak rasa semuanya mustahil. Tiap-tiap hari berdoa.
Dan tengoklah sekarang.”

Tangan dibawa untuk mengusap pipiku.

“You’re breathing. Staring at me with your gorgeous eyes.”

Terus aku senyum mendengarnya. Apatah lagi aku ditenung dengan mata yang
penuh rasa cinta dan bersyukur.

“Smiling at me with your beautiful lips.” Ibu jarinya mengusap bawah bibirku.

“Dan yang paling penting, standing in my embrace. The presence once I craved
the most. Yang dulunya hanya abang mampu capai bila hanya abang pejam mata. Tapi
tengok sekarang, Allah jadikan semuanya nyata.” Suaranya tahan sebak dan rasa
bersyukur.

“Jadi, sayang! Terus berdoa dan jangan sesekali give up, okey?” katanya lembut.

Betapa sayangnya aku rasa pada Dheo sekarang ni. Terus aku peluk tubuhnya
erat-erat.

“I’m sorry,” ucapku perlahan.

“Tapi Rose, bila ingatan Rose dah pulih balik, Rose kena ingat sesuatu. Memori
yang Rose ada, tak semuanya indah. You have to be ready to face it.”

Aku tahu. Kalau ingatanku kembali, bukan hanya yang manis-manis yang muncul.
Entah-entah yang perit lagi banyak. Untuk itu, aku perlu selalu ingatkan diri.

LEPAS beberapa minit berada di luar rumah, Dheo menarik aku masuk ke dalam
rumah. Katanya dah malam. Kena angin sejuk, nanti sakit. Aku hanya mengikutnya.

“Abang dah habis buat kerja ke?”

“Belum. Ada sikit aje lagi. Rehat kejap. Nanti tak pasal-pasal jammed otak.”

Dheo tarik aku untuk duduk di atas sofa, di sebelahnya. Sekeliling rumah itu aku
pandang.

372
Obey.tube
“Abang tak bosan duduk di rumah ni seorang-seorang?” tanyaku.

Dheo hanya senyum.

“I used to it. Biasanya mesti ada Lucca. Orang macam abang memang kena
macam ni. The lesser people know you, the better. Abang ramai anak buah, tapi tak
ramai kawan. Sebab orang macam abang ni ramai musuh. Orang-orang terdekat dengan
abang akan berada dalam bahaya. Itu salah satu sebab abang kurangkan contact dengan
dunia luar. Dengan keluarga abang di Malaysia pun abang jarang jumpa.”

“Hmmm... Ayah dan mak abang masih hidup?” Serba-salah aku bertanya. Aku tak
pernah tahu apa yang dah jadi pada orang tuanya di balik kemelut keluarga rumitnya.

Dheo senyum hambar. Geleng kepala.

“Mummy meninggal masa abang umur lima belas tahun. Sebab depression. Guess
she had gone through enough. Dia tinggalkan surat kepada abang. Dia minta maaf
sebab dah tak dapat temankan abang lagi dan dia dah cuba untuk bertahan, tapi dia tak
kuat lagi dan terpaksa mengalah. Daddy pula meninggal setahun selepas itu. Accident.
Yang sedihnya abang tahu tentang kematian ayah selepas tiga tahun bila abang buat
keputusan untuk balik Malaysia.” Jelas kelihatan Dheo cuba menahan sebaknya.

“Itu kali pertama abang balik Malaysia selepas bertahun-tahun. Tak sangka pula
dapat berita mengejutkan. Tapi bila difikirkan balik, ada hikmahnya juga. They were
both gone and perhaps they were hoping to be together somewhere else. Aunt Fei bagi
abang surat yang menyatakan segala aset daddy diberikan kepada abang. Dia tunjukkan
barang-barang kesayangan daddy. Ada baju abang masa baby. Ada rantai mummy. Ada
lukisan tentang kami. Dan semuanya tentang kami.”

“Abang tahu daddy rindu kami. Mummy juga sama. Tapi dah tersurat mereka tak
ditakdirkan untuk bersama hingga ke akhir hayat. Kebahagian mereka hanya untuk
sementara. Mereka berhak untuk mencari yang lain. Move on. Tapi mungkin itulah
kuasa cinta. Sakit tapi memilih untuk merasainya. Tragis, kan kisah cinta mereka?”

Tanpa sedar air mataku mengalir mendengar cerita Dheo itu. Sedih. Salah satu
kisah yang menunjukkan cinta tak kenal jarak. Cinta tak semestinya bersatu. Mungkin
kesetiaan mereka itulah diwarisi oleh Dheo. Setia pada yang satu.

“Tahu tak kenapa abang atheist dulu? Sebab abang rasa Tuhan tu tak adil.
Kalau mummy dan daddy saling mencintai, kenapa tak satukan mereka? Kalau Tuhan
itu ada, kenapa tak jadikan orang baik-baik aje? Kenapa orang jahat macam kami ni
kena ada? Kenapa tak hukum orang-orang jahat? Abang dah ada kuasa, jadi abang tak
rasa Tuhan itu perlu.”

“Abang pernah berjanji takkan jatuh cinta. Sakit. Apa


yang mummydan daddy lalui, abang tak nak lalui. Abang tak nak sakit. Abang tak nak

373
Obey.tube
patah hati. Tapi hati kita, kita tak boleh halang. Yang kita tak nak itulah yang kita akan
dapat. Cukuplah jeling bidadari di sebelah abang ni, tiada yang mustahil untuk abang.”

“Abang tahu apa yang orang tua abang lalui. Like the ray of light, you’ve
brightened my life. Orang macam abang pun dapat merasa jatuh cinta. I fell in love and I
fell hard. Masa Rose tahu apa yang abang dah buat dan Rose tak boleh terima abang,
hati abang tak pernah sehancur itu. That was the day I lost hope and I found new light.”

“Sedikit demi sedikit, Rose buatkan abang percayakan Tuhan. Rose pernah cakap,
kalau Tuhan tu tak wujud, Rose takkan berada di depan abang. Rose buatkan abang
terfikir. Dan sebelum Rose berpisah, Rose ada cakap I love you but I can’t be with you.
It’s the best for us to part our ways. Kalau ada jodoh kita, adalah. Berdoalah yang
terbaik untuk kita. Sesungguhnya hanya Tuhan yang mampu mengubah segalanya. Hati
abang hancur masa tu. Tapi abang dapat nampak Rose juga terluka dengan pilihan Rose
itu. Abang fikir, if only I were like her, everything would be fine.”

“Rose nak berpisah dengan abang, tapi pada masa yang sama Rose mengharapkan
kita dijodohkan bersama. That was the very first time I made doa. Abang berdoa
semoga Tuhan bukakan hati abang untuk percayakan Dia. Tapi abang tak sedar. Ketika
abang mula berdoa, ketika itulah tandanya abang percayakan Tuhan. Long story short,
abang masuk Islam, jumpa ayah Rose dan kita kahwin.”

Aku hanya mendengar ceritanya. Setiap kali cerita tentang dirinya keluar, tiap kali
itulah aku menjadi makin kagum dengannya. Mungkin pada awalnya dia memeluk
Islam kerana cinta dan mahu berkahwin denganku. Tapi, bila dia tetap mempertahankan
agamanya selepas itu, itu tandanya Islam diterimanya dengan seikhlas hati. Betullah
hidayah itu tak mengira sesiapa.

“Abang rapat dengan ayah?” soalku selepas mendengar nama ayah disebut.

Aku selalu mendengar ayah bercerita tentang Fateh. Segala-galanya yang baik.
Kenapalah dulu aku tak terbuka hati untuk kenal dengan Fateh? Aku tahu kenapa.
Sebab aku tahu niat ayah nak jodohkan kami, sebab itulah sengaja aku lari. Kalau Fateh
nak jumpa aku ketika itu, dia sendiri yang boleh memunculkan diri. Jadi aku kira Fateh
pun tak nak jumpa aku sebenarnya.

“Rapat. Dia macam ayah kandung abang. Segala progression Rose abang tahu
melalui ayah. Ayah sangat baik. Selalu bantu abang dalami Islam. Rose untung dapat
ayah macam tu. Abang ingatkan lepas dia tahu apa yang jadi pada Rose, dia akan
salahkan abang. Tapi abang silap. Dia langsung tak salahkan abang. Semuanya qada dan
qadar Allah. Ayah siap bagi kata-kata semangat pada abang. Langsung tiada dendam
sebab dah sebabkan anak tunggalnya jadi macam tu. Kenapa abang rasa tak pelik bila
ayah terima abang macam tu? Sebab abang tahu anaknya warisi perangai baik itu dari
siapa.”

374
Obey.tube
Aku senyum kecil mendengarnya. Aku memang tahu ayah sangat baik. Tegas tapi
penyayang. Tiba-tiba rasa rindu pada arwah ayah. Mengingatkan arwah ayah, aku mahu
bertanya sesuatu kepada Dheo. Tentang apa yang jadi pada hari pemergian ayah.

Aku telan liur dulu.

“Hari ayah meninggal, kenapa abang jumpa ayah?” soalku.

Aku pandang wajah Dheo di sebelah. Dada berdebar menunggu jawapannya.


Kami masih belum selesaikan hal ini. Aku tak tahu apa jadi hari itu. Dan aku juga dah
buat keputusan untuk mendengar dulu penjelasan Dheo. Tak mungkin Dheo sanggup
buat apa yang macam dikata Shahril dulu, kan?

Dheo diam dulu. Wajahnya berubah sedih.

“Macam yang Rose tahu, abang jumpa ayah. Ayah yang nak jumpa. Katanya
penting. Ayah punya hutang dengan bank. Abang tolong langsaikan semuanya
walaupun ayah tak minta. Hari tu, ayah bagi tahu abang yang dia dah serahkan semua
aset dia pada abang. Abang marah sebab semuanya tu patut diberi pada Rose, bukan
abang.”

“Lepas tu dia kata, abang selayaknya pegang semuanya sebelum bagi balik pada
Rose. Ayah kata, dah tiba masanya Rose tahu abang siapa. Dia minta abang jagakan
Rose bila dia dah tiada nanti. Ayah macam tahu-tahu. Tak lama lepas tu,
dia collapse depan abang.”

“Kalau abang tak bertikam lidah dengan ayah, mesti ayah takkan jadi macam tu,
kan? Abang dah buat ayah bertambah stres. Dan lepas tu abang dengar Rose datang.
Rose tak boleh nampak abang, sebab tu abang menyorok.”

“Tapi, sumpah! Abang dah tolong ayah semampu abang. Lepas ayah jatuh, abang
bagi dia makan ubat dia. Abang nak bawa ayah pergi hospital, tapi ayah tak nak. Dia
cakap masa dia dah tiba. Sudahnya, abang hanya panggil ambulans.” Dheo bercerita.
Jelas kedengaran suara seraknya yang cuba menahan emosi.

Patutlah ambulans datang tak sampai lima minit lepas aku telefon. Rupa-rupanya
Dheo dah telefon dulu. Tapi ajal terlebih dahulu menjemput ayah ketika itu. Tiada apa
yang boleh dilakukan. Bukan salah Dheo.

“Abang nampak semuanya. Abang dengar segalanya. Abang nampak Rose


menangis. Abang juga menyaksikan ayah pergi untuk selama-lamanya. I’m sorry. I did
nothing. Kalaulah abang mampu buat sesuatu masa tu. Macam yang Rose cakap,
kalaulah abang buat sesuatu, mesti ayah ada dengan kita sekarang ni.” Jelas kekesalan
dalam suaranya.

375
Obey.tube
Dheo mula menangis. Aku yang melihatnya rasa sebak. Diri sendiri cuba menahan
diri daripada teresak. Melihat Dheo yang menangis bagaikan anak kecil, aku terus tarik
dia ke dadaku. Hilang segala imej kasar Dheo. Yang ada sekarang cuma Dheo yang dah
lalui banyak perkara. Rapuh.

“Shhh... Bukan salah abang, bukan salah sesiapa. Rose tak salahkan abang,”
pujukku. Belakangnya digosok-gosok lembut.

Betul. Lepas dengar cerita sebenar, langsung aku tak menuding jari pada Dheo.
Dia dah buat yang terbaik. Tiada apa yang boleh kami lakukan ketika itu. Kalau dia ada
di depanku sekali pun, kami berdua hanya mampu menyaksikan ayah menghembuskan
nafasnya yang terakhir.

Tanpa sedar, Dheo ada denganku. Dheo juga merasakan satu kehilangan ketika
itu. Bezanya, gara-gara identitinya, dia tak dapat berdepan dengan ayah. Tak dapat
melihat jenazah ayah buat kali terakhir. Tak dapat merasa untuk turunkan jenazah ayah
ke liang lahad. Agak terkilan.

“I’m sorry. I’m sorry,” tangis Dheo tak habis-habis.

Dan aku pula masih terus memujuknya tanpa lelah.

376
Obey.tube
Bab 45

A KU meminta izin Dheo untuk melepak di I’s Café bersama dengan Fahim. Dah
lama tak lepak dengannya. Sejak habis belajar, dah jarang jumpa. Aku tak tahulah apa
yang mamat tu buat sekarang ni. Bila dah WhatsApp tu, susah betul nak balasnya.

“Weh, rindulah kat kau, Bunga. Kau tak rindu aku ke?” kata Fahim. Kedua-dua
tangan menongkat dagu, mata kelip-kelip pandang aku. Muka nak minta kena lempang.

Tapi... Jujur aku rindu dia. Maklumlah... Sejak aku masuk belajar hinggalah
sekarang, dia setia menjadi kawan baikku. Aku rapat dengannya melebihi kawan-kawan
perempuanku yang lain.

Teringat kali pertama aku dan Fahim menjadi kawan. Kami rapat sebab kami
berdua terlebih usia daripada pelajar lain. Gara-gara keadaanku, aku terpaksa mendaftar
lambat. Aku ingat aku paling lambat. Rupa-rupanya ada lagi. Seminggu lepas aku
masuk belajar, Fahim pula masuk.

Fahim lagilah. Lebih tua dua tahun daripadaku. Aku tak tahulah kenapa dia lambat
masuk belajar dulu. Mungkin ada masalah yang tak dapat dielakkan. Ataupun mungkin
dia bertukar kursus. Macam aku juga.

“Orang cakap orang rindu dia, dia boleh berkhayal pula. Helo!”

Aku dengar Fahim membebel. Kemudian nampak dia lambaikan tangan di depan
mukaku.

Aku pandang Fahim.

“Mimpi apa siang-siang macam ni?” soal Fahim dengan kening sedikit berkerut.
Tangan capai satu french fries, cecah dengan sos cili lalu disuap ke mulut.

“Mana ada mimpi. Aku fikir balik saat-saat kita kenal dulu. Tak sangka, dah habis
belajar, kan?” kataku.

Kunyahan Fahim terhenti. Kemudian sengih mengusik.

“Kut ya pun rindu aku, cakap aje la. Tak payahlah bermadah bagai.”

Aku julingkan mata ke atas.

377
Obey.tube
“Kau buat apa sekarang ni, Fahim? Susah betul nak contact kau. Jaga sempadan
Malaysia ke apa?” tanyaku.

Mula makan. Macam Fahim, culik french fries dia, masuk mulutku. Hmmm...
Sedapnya! Makanan I’s Café tak pernah tak sedap!

“Aku kerja la. Kan dah habis belajar.”

“Kau kerja apa?” Aku ingin tahu.

“Yang penting bukan housekeeper.” Dia sengih.

Aku jeling tajam.

“Hina sangat ke housekeeper tu?” soalku.

“Aku tak cakap hina. Kerja yang bagus. Yang penting halal. Cuma, kalau kita
mampu dapat kerja yang bayar kita lebih, mestilah kita terima, kan?” Kata-kata Fahim
ada benarnya.

“Kerja apa?” Itu tak menjawab soalan aku yang satu itu.

“Kerja biasa-biasa aje. Despatch.”

“Eleh... Apa bezanya dengan housekeeper kalau macam tu? Aku ingatkan
eksekutif mana-mana syarikat!” sindirku.

Fahim gelak.

“Sebab tu aku cakap tadi, yang penting bukan housekeeper. Salah ke? Mana ada
aku hina apa-apa. Kau tu skeptikal sangat. Tengok... Kerja mulia aku ni pula yang kena
sindir.”

Giliran aku pula gelak. Dalam hati mengeyakan.

“Yalah. Sorry.” Aku minta maaf.

“Kau bila nak cari kerja baru? Takkan selamanya kau nak jadi housekeeper kut.
Penat tersengguk dalam kelas Prof Allawi, kena baling marker dengan Dr. Osman
kalau setakat nak jadi housekeeper.”

Aku ketawa mendengarnya. Kenapalah dua nama pensyarah aku itu juga yang
disebutnya?

378
Obey.tube
“Yang kena baling marker tu kau, bukan aku!” bidasku balik. Nak tergelak aku
bila ingat balik.

Itu cerita semester tiga. Bahana tidur dalam kelas, tak pasal-pasal kepala bercium
dengan marker. Habis satu kelas gelak lepas Fahim berkungfu lepas kena baling.
Mengigau agaknya. Aku masa tu rasa macam nak menyorok bawah meja. Tak nak
mengaku kawan sebab malu.

“Tunggulah. Kau kan tahu aku dan Dheo macam mana,” jawabku ringkas.

Aku pun tak tahu sama ada nak cerita atau tak yang Dheo itu suami aku. Kalau
aku cerita, mesti kena serangan jantung kawanku ni. Kalau ikutkan memang satu
kegilaan. Beberapa bulan lepas dah macam musuh. Tup-tup jadi suami? Bila
kahwinnya. Empat tahun lepas. Malah dah hampir lima tahun. Tak ke ternganga mamat
tu?

Tunggulah... Bila aku dah bersedia, gerenti aku cerita kepada Fahim.

“Maksud kau macam...” Fahim rapatkan kedua-dua jari telunjukknya bersama.


Senyum mengusik.

Juling mata ke atas lagi. Tangan capai lagi fries. Sumbat mulut cepat-cepat
sebelum aku ubah fikiran nak sumbat masuk hidung orang!

“Kenapa kau selalu cakap aku dan Dheo macam ada apa-apa?” soalku kepada
Fahim. Nak tahu pendapatnya. Dia selalu usik aku dan Dheo ada apa-apa.

“Kau kut! Mestilah dia jatuh cinta kalau dengan kau. Tatap pula hari-hari,
memang siang malam terbayang-bayang, termimpi-mimpi la jadinya. Kalau dia
bukan gay, aku gerenti dia akan rasa tertarik dengan kau.” Yakin sekali teori Fahim.

“Bukan ke hari tu aku cakap orang ingat dia gay ke?” Aku ingatkan balik.

“Kata kuncinya adalah, orang ingat. Belum tentu betul ke tak, kan? Entah-entah
dia selurus pembaris,” bangkang Fahim balik.

“Tapi aku tak cantik. Tak hebat macam dia. Cuma biasa-biasa. Dia layak dapat
model taraf antarabangsa. Barulah sepadan dengannya,” kataku. Acah-acah tak
kesah. Cuba kalau Dheo buat macam tu, memang aku siat-siat perempuan yang berani
kacau laki orang tu!

Wow... Possessive huh, Nurissa?

“Lelaki rabun mana cakap kau tak cantik? Kalau ada pun mesti laki orang
yang compare kau dengan bini dia. Yalah... Takkanlah nak puji kau cantik depan bini
dia, kan? Mahu kena tendang keluar.” Fahim tergelak dengan teori sendiri.

379
Obey.tube
“Mungkin Dheo pun dah ada perempuan yang dia sayang, sebab tu tak nampak
aku cantik, kan?”

“Penting sangat ke cantik tu? Yang penting hati. Kau tu untung. Dah Allah bagi
cantik luar, dalaman pun cantik juga,” puji Fahim.

“Melambung-lambung kau puji aku ni dah kenapa? Jatuh cinta dengan aku dah
ke?” tembakku.

Terus tersedak member. Tangan terus capai air lemon madu. Sedut sampai
separuh gelas. Kemudian batuk-batuk. Kuatnya sampai semua kepala tertoleh ke sini.
Kelakar. Tapi tak sampai hati nak gelak. Sudahnya aku hanya menunggu batuk Fahim
reda.

“Kau okey ke tak ni? Hai, takkan sebut pasal cinta, terus tersedak? Ke makwe
sebut nama?”

“Kau la. Cakap aku jatuh cinta dengan kau. Kalau staf lain dengar, macam mana?
Silap-silap kena tembak dengan senapang gajah Dheo.” Muka Fahim kelat.
Membayangkannya agaknya.

Aku ketawa. Takkanlah aku biarkan suamiku berbuat macam tu pada kawan
baikku kut?

“Joke la. Kelakar, kan? Aku rasa kelakar.”

Aku gelak lagi. Fahim jeling tajam. Capai airnya, sedut lagi.

“RISSA!” Panggilan itu buatkan aku berpaling. Hilang sekejap tawaku.

Sebaik sahaja aku berpaling, wajahku terus bertukar ceria. Senyum lebar melihat
dia yang berjalan mendekati mejaku.

“Hazel!” tegurku.

Kami bersalaman dan berpelukan. Lamanya tak jumpa. Tak sangka jumpa dia di
sini. Sejak beberapa kali bertemu, aku dan Hazel makin rapat. Selalu dia ajak aku keluar
melepak dengannya, tapi gara-gara kesibukan memanjang, aku terpaksa tolak.

“Hazel buat apa kat sini?” soalku. Pandang belakang dia. Nampak Hilman. Dia
cuma senyum melihatku. Hanya membiarkan kami berdua berbual. Aku turut membalas
senyumannya.
380
Obey.tube
“Well... Kalau dah masuk kafe ni, macam Rissa juga la. Kita basuh kereta.”

Aku ketawa mendengarnya. Hazel kalau bab meloyar buruk memang nombor
satu. Terhibur aku dengannya. Kata-katanya itu bukan sahaja berjaya menggeletek
hatiku, tapi juga Fahim yang hanya duduk. Duduk-duduk pun pasang telinga!

Gara-gara ketawa Fahim, kami berdua berpaling ke arahnya. Fahim terus buat-
buat minum air. Bila dia nampak aku pandang dia, dia sengih. Dan bila dia nampak
Hazel, wajahnya biasa-biasa. Sehinggalah tiba-tiba matanya sedikit meluas, air yang
diminum terus tersembur keluar.

“Kau kenapa, Fahim?” soalku risau. Kutlah air dia rasa pelik ke?

Fahim cuma geleng kepala. Dia betulkan cermin matanya. Rambutnya dipenyet-
penyetkan. Dah kenapa gaya macam baru tengok crush ni?

Dia bangun.

“Errr... Aku nak pergi tandas kejaplah, Rissa!” kata Fahim. Nak tersedak aku
dengar suara kepitnya itu. Dah kenapa suara dah macam Sajat ni?

Cepat-cepat Fahim berlalu. Betul-betul tak tahan nak pergi tandas agaknya.
Sudahnya aku hanya melihat susuk Fahim menghilang di balik dinding. Bila aku
pandang Hazel, matanya masih tak lepas daripada tempat Fahim berlalu tadi. Dahi
nampak berkerut.

“Kenapa, Hazel?” soalku.

“Kawan Rissa tu, rasa macam Hazel pernah nampaklah,” kata Hazel.

Kemudian nampak dia kerutkan dahi lagi. Masih berfikir.

“Hazel kenal dia ke?” soalku.

“Entahlah. Macam ingat-ingat lupa. Macam pernah tengok, tapi kat mana, ya?”

Dia berfikir lagi.

“Tak ingatlah. Mungkin tak kenal kut. Mungkin terserempak tepi jalan agaknya,”
kata Hazel bila dah mengalah. Kemudian pandang aku balik.

“Dheo mana?”

Aku dah agak dah! Nama Dheo mesti akan keluar.

381
Obey.tube
“Kerja la agaknya. Mana Rissa tahu?” jawabku.

“Hari tu jumpa dia, Rissa tak ada. Ni jumpa Rissa, dia tak ada. Kau orang tak
gaduh, kan?”

Aku senyum. Geleng kepala.

“Lain kali kalau Dheo datang cari Hilman, ikut tau. Bosan jadi bunga sekuntum.
Dia orang tu bukannya nak layan Hazel pun.” Hazel mengeluh.

Dheo cari Hilman? Atas urusan apa? Ah, bukan hal aku nak ambil tahu!

“Insya-Allah,” jawabku. Kalau Dheo ajak.

“Seronok jumpa Rissa kat sini. Nanti ada masa, jomlah kita keluar sama-sama.
Nak dating berdua dengan Hazel pun boleh, nak dating dengan Dheo pun boleh. Double
date.” Hazel ketawa sesudah itu.

Aku turut ketawa mendengar. Keluar dating dengan Dheo? Double date pula tu.
Nak ke dia? Ingat zaman sekolah ke? Memang tak la.

“Insya-Allah. Kalau Rissa ada masa, kita keluar. Maklumlah, kerja. Susah sikit
nak keluar. Hujung minggu macam ni aje la,” kataku.

“Faham. Faham. Hazel sekarang pun tengah intern. Busy juga. Hujung minggu aje
boleh keluar,” cerita Hazel.

“Eh, Hazel pergi dulu, Rissa! Gembira jumpa Rissa kat sini,” sambung Hazel.
Kemudian pandang belakang ke arah suaminya yang sedang setia menunggu.

Usai bersalam dan berpelukan sekali lagi, Hazel meminta diri. Aku pula kembali
duduk. Sendirian. Sebab Fahim tak balik-balik lagi dari tandas.

Aku hanya duduk di meja itu. Sesekali makan. Sesekali tenung telefon. Manalah
tahu kalau-kalau suamiku itu meninggalkan mesej. Tapi kosong. Betul-betul sibuk
nampaknya. Aku mengeluh kecil. Agak kecewa. Sebab kalau ikutkan, dah dua hari aku
tak jumpa dia. Selalu berhubungan melalui telefon tapi tak bersua muka. Katanya ada
urusan ingin diselesaikan.

Aku tak tahulah urusan apa, tapi aku dapat rasakan bukan berkaitan dengan urusan
hotelnya. Terutama sekali kalau dengan Lucca sekali lenyap. Meninggalkan aku di
bawah babysitter Arrayan. Nasib baik ada Fahim yang boleh hiburkan aku.

Beberapa minit kemudian, tempat duduk bertentangan denganku kembali


berpenghuni. Sengih lebar Si Fahim melihatku.

382
Obey.tube
“Lama betul kau. Buat apa?” soalku.

Dia sengih lagi.

“Sorry wei. Membuang. Toilet orang, nikmatnya lain macam. Maklumlah,


air free,” kata Fahim.

“Sengal kau ni!” Aku tetap ketawa mendengarnya.

Fahim pandang sekeliling.

“Kawan kau tadi mana?” soalnya.

“Dah balik.”

“Ala... Baru nak mengurat dia. Dahlah cantik. Comel aje orangnya.”

“Nak rasa pakai cermin mata tak ada cermin, silakan. Hazel tu dah kahwin la. Dia
datang dengan suami dia tadi,” ceritaku.

Mata Fahim meluas tak percaya.

“Serius?”

Aku angguk.

Fahim mengeluh.

“Kenapalah orang cantik-cantik ni semua dah kahwin? Kalau tak kahwin, mesti
dah berpunya,” rungutnya.

Buatkan aku terus ketawa.

“Aku bercinta dengan kau la senang. Kau cantik. Tak kahwin lagi. Boyfriend pun
tak ada. Betul tak, Bunga?” Dia angkat kening beberapa kali. Mengharapkan aku
pertimbangkan idea tak bernas dia tu.

Sudahnya, aku hanya geleng kepala. Tadi tersedak bila sebut pasal cinta. Sekarang
ni ajak aku bercinta pula. Malas nak layan!

383
Obey.tube
Bab 46

H ARI Isnin, hari permulaan kerja setiap minggu. Baru semalam bercuti, rasa
tak puas la pula. Tak ada mood! Nak siap pergi kerja tadi pun rasa malas. Lagi tak
ada mood sebab Dheo masih hilang tak berjejak.

Berbezanya dulu dan kini. Aku rasa kini aku mula bergantung hidup dengan
Dheo. Tiada dia, suram dunia aku. Kadang-kadang aku rasa takut juga. Takut kalau-
kalau aku terlalu bergantung pada Dheo.

“Monday blues, Rissa?” tegur Arin pagi itu. Bertembung di beberapa meter dari
bilik rehat staf. Minggu ini Arin syif pagi. Minggu lepas dia syif petang, jadi kami
jarang bertemu.

Aku senyum dulu. Angguk sekali.

“Biasalah tu, Rissa. Semua orang tak suka Isnin.” Arin menyokongku.

Kami berjalan beriringan ke bilik rehat staf. Ada beberapa staf dah datang. Ada
juga yang siap tukar uniform dan sedang sedap bersarapan. Sebaik sahaja aku masuk,
semua kepala menoleh ke arahku.

Hanya senyum kepada semua orang, langkah longlai diatur ke arah lockerku.
Kenapa aku rasa macam ada yang memerhatikanku? Lantas aku toleh ke belakang.
Boleh dikatakan mereka semua sedang melihatku.

Kenapa? Hai... Ni yang rasa tak sedap hati ni!

Tanpa mempedulikan semua orang, aku kembali berjalan ke arah lockerku. Ketika
ingin membuka pintu locker, tangan terus terpegun tengah-tengah jalan. Ada sekuntum
bunga ros putih bersama kad kecil tertampal pada pintu loker.

Siapa punya kerja ni? Aku pandang sekeliling. Semua mata masih tepat padaku.
Sekarang aku dah tahu kenapa. Semua tunggu aku tengok siapa pengirimnya. Semuanya
tertanya-tanya. Tapi masih belum ada yang menggesaku. Hanya sabar menanti di
tempat mereka.

Dadaku terus berdebar kencang. Tak pernah-pernah aku dapat bunga macam ni.
Tangan terus mengambilnya. Lantas kad kecil itu dibuka dan dibaca.

384
Obey.tube
Miss you!

Hanya dua patah, tapi aku rasa berada di awang-awangan. Sebab aku sangat kenal
itu tulisan siapa. Tapi semaksima mungkin bibirku tahan daripada tersenyum. Tak nak
orang lain syak.

“Daripada siapa, Rissa?” Sibuk Arin bertanya. Leher memanjang ke arahku. Turut
membacanya. Kemudian wajahnya macam lepas kena suluh spotlight.

“Wah... Rissa ada secret admirer!” jerit Arin kuat. Teruja.

“Siapa, Rissa?”

“Handsome tak?”

“Encik Han ke? Atau Encik Fuad bahagian event management?”

Dan... Mulalah soalan-soalan dari semua paparazzi La Prince.

Aku cuma geleng kepala. Muka aku tahan supaya jangan gatal nak senyum, nak
muka miang ataupun macam tengah jatuh cinta.

“Rissa tak tahulah. Salah hantar kut,” jawabku mudah. Nasib baiklah Dheo tak
letak nama dia. Kalau tak, haru satu hotel ni!

“Hmmm... Rissa tukar uniform dulu, ya?”

Aku minta diri. Letak bunga elok-elok dalam locker kemudian ambil uniform
sebelum berlalu ke bilik persalinan.

Masuk aje bilik persalinan, terus aku sengih macam orang baru terlepas dari
Tanjung Rambutan. Berbunga-bunga. Kemudian geleng-geleng kepala. Dheo ni tahu aje
cara nak kembalikan mood Isnin aku.

Kemudian teringat sesuatu. Kalau dia hantar bunga tu, mungkinkah dia ada di
sini? Tak sabar-sabar aku nak naik ke penthousenya. Haraplah dia ada di situ.

385
Obey.tube
SEBAIK sahaja aku membuka pintu rumah, mata terus meliar di sekeliling ruang tamu
rumah itu. Bila jumpa apa yang aku cari, terus aku senyum lebar. Kaki terus berlari ke
arahnya. Dheo pula bagai tahu-tahu, terus mendepakan kedua-dua tangannya.

“Abang!”

Aku melompat ke dalam pelukannya. Tubuh Dheo dipeluk erat-erat. Nasib baik
kakinya kuat untuk terus terpasak di atas karpet itu. Kalau tak, mahu kami berdua jatuh
sebab boleh tahan juga aku terjah ke arahnya.

Dheo hanya ketawa sekejap sebelum turut membalas pelukannya.

“I miss you,” luahku manja. Gembira dia dah di depan mata. Tapi rinduku masih
belum terlerai untuknya.

“I miss you too, mia bella.” Suara garau betul-betul di sebelah telinga kananku.

Untuk seketika, kami cuma berpelukan. Selesa diam. Baru beberapa hari aku tak
jumpa dia, dah rindu menggunung macam ni. Macam mana dia boleh bertahan selama
lebih empat tahun?

Lantas aku renggangkan pelukan kami. Kepala dongak pandang Dheo.


Menganalisa. Risau ada kecederaan pada wajah kacaknya. Nasib baik tiada. Boleh tarik
nafas lega.

“Hal abang dah selesai?” soalku. Langsung aku tak tanya apakah urusannya itu
sebab aku tahu dia takkan memberitahuku. Melainkan kalau dia mahu aku tahu, aku
tahu dia akan memaklumkan kepadaku.

Dheo senyum dulu.

“Dah. Buat masa sekarang.”

Agak susah hati aku mendengarnya. Sebab itu tandanya dia mungkin akan lesap
tak berjejak lagi. Tinggalkan aku di bawah jagaan babysitter lagi. Tapi... Apalah hak
aku untuk merungut? Aku terima Dheo seadanya.

“Terima kasih untuk bunga tu. Rose suka,” kataku.

Dheo senyum lagi lepas aku cakap macam tu.

“Itu tandanya abang selalu ingatkan Rose. Dan itu juga sebagai tanda kemaafan
sebab dah abaikan isteri abang untuk beberapa hari.”

386
Obey.tube
“Nasib baik dapat bunga daripada abang. Terus ada mood nak kerja. Kalau tak,
seharian la Monday blues. Tak sukanya hari Isnin. Abang tak Monday blues ke?”
keluhku.

“Kenapa abang nak Monday blues kalau hari Isnin itu hari Rasulullah S.A.W
dilahirkan ke dunia? Lahirnya penghulu Islam. Tanpa Rasulullah, tiadalah Islam. Bagi
tahu abang. Kenapa abang harus membenci hari Isnin?”

Buk! Rasa macam kena tumbuk sebijik. Lemah-lembut tutur bicaranya, tapi
sentap sampai ke penghulu hati. Dia tak menyindir, dia tak marah. Tapi aku yang rasa
malu sendiri. Rasa nak menyorok sebab malu dengan Dheo. Kejang terus lidah.

“Sorry. Rose pun tak patut benci hari Isnin,” balasku akhirnya. Hilang terus
segala Monday blues aku tadi. Memikirkan kata-kata Dheo, insaf sekejap.

“Abang dah makan?” soalku.

“Belum. Abang dah suruh Lucca oderkan room service. Nanti temankan abang
makan, ya?”

Aku hanya angguk.

TEMAN aku tu habis juga dua keping roti bakar. Mengalahkan orang yang oder. Nasib
baik Dheo tak banyak complain. Hanya reda bila lihat segala makanan dikuasai aku. Dia
pun aku tengok hanya makan sekeping roti bakar dan minum air kopi hitamnya.
Buatkan aku musykil. Dia oder banyak-banyak sebab sengaja nak aku habiskan
sebenarnya, kan?

Selesai makan, aku mengemas meja makan. Nanti aku sendiri pergi turun
hantarkan pinggan-pinggan dan sisa makanan ke dapur. Macam biasa. Dheo kulihat
entah ke mana. Mungkin dah pergi kerja. Maklumlah, dah lebih sembilan pagi.

Selepas mengemas meja makan dan membasuh muk Dheo, aku keluar dari ruang
dapur itu. Bila terpandangkan ruang tamu yang kosong itu, mungkin Dheo dah betul-
betul pergi kerja. Aku pun nampaknya kena selesaikan kerjaku juga.

Aku mahu berlalu ke bilik kerja Dheo dulu. Ketika melalui di depan sebuah bilik,
tiba-tiba pintu bilik itu terbuka. Terus istighfar aku sebab terkejut. Pegang dada sambil
melihat Dheo yang baru keluar dari bilik itu. Aku mati-mati ingat dia dah pergi kerja.

“Abang ni, terkejut Rose tahu tak?” Aku sedikit marah kepada Dheo. Padahal
bukan salah dia. Bukannya dia sengaja nak buat aku terkejut.

387
Obey.tube
Melihat Dheo yang baru keluar dari bilik itu, dahiku terus berkerut. Tertanya-
tanya. Selama aku bekerja dengannya, segala pelosok penthousenya itu aku dah hafal.
Aku dah tahu setiap inci rumah itu.

Kecuali bilik itu! White room.

Bilik yang diharamkan untuk sesiapa masuk sebelum ini. Dan memang bilik itu
selama ini terkunci rapat. Tak pernah ada yang tahu tentang bilik itu. Sepanjang aku
bekerja, bohonglah kalau aku cakap aku tak rasa nak tahu. Tapi, memandangkan aku
hormatkan arahannya dan aku pun dah serik kena macam-macam, aku hanya akur
dengan arahan Dheo.

Dan sekarang ini, perasaan ingin tahuku makin membuak-buak. Apakah yang
berada di dalam white room itu? Pasti sangat sulit. Adakah bilik itu ada kaitan dengan
rahsia keluarga D’Ambrusio?

Tertanya-tanya.

“Abang belum pergi kerja lagi? Rose ingat abang dah pergi kerja tadi.”

“Mana boleh pergi kerja kalau belum cium isteri sendiri.”

Tersenyum aku mendengarnya. Siapa sangka Dheo juga seorang yang sweet?

“Abang buat apa dalam bilik tu?” Aku ingin tahu. Mana tahu dapat klu.

“Abang berkemas sikit. Dah lama tak kemas.”

Berkemas? Agak pelik.

“Bilik yang abang baru lepas keluar tu, bilik apa, bang? Kenapa semua orang
diharamkan masuk ke dalam bilik tu?” soalku bila rasa ingin tahuku tak juga hilang-
hilang. Kalau Dheo nak jawab, jawablah. Kalau tak, nak buat macam mana? Memang
akan rasa kecewa, tapi apa boleh buat, hak Dheo.

Dheo diam dulu.

“Rose nak tahu?” soalnya balik.

Tanpa ragu aku angguk kepala. Adakah itu maksudnya dia akan memberitahuku?
Tinggi menggunung segala harapan.

Dheo capai tanganku. Ditarik supaya mengikutinya. Kaki kembali dipusingkan ke


arah bilik itu. Dheo buka lampu bilik. Bilik yang agak gelap tadi kini terang.

388
Obey.tube
Mata melilau ke sekeliling bilik itu. Ruang yang kecil. Ada sejadah dan kain
pelikat berlipat. Ada telekung tersangkut. Telekung yang pernah aku guna, tapi aku tak
pernah terlintas dari mana Dheo mendapatkannya. Ada songkok hitam diletakkan di
atas rak kecil. Ada tasbih dan juga al-Quran serta beberapa buku agama tersusun di rak
kecil itu.

Pendek kata, bilik solat Dheo. Dan aku tak pelik kenapa bilik itu diharamkan
untuk semua orang. Untuk memastikan rahsianya kekal rahsia.

Sampai bila agaknya Dheo mahu merahsiakan tentang agamanya, aku pun tak
tahu. Yang pasti, bila semua orang tahu aku isteri Dheo, semua automatik akan tahu
yang Dheo dah memeluk agama Islam.

“Abang solat dalam bilik ni?” soalku lagi. Walaupun kecil, tapi kemas.

Dheo angguk.

“Bukan ni aje sebab abang rahsiakan. Ada sebab lain juga,” kata Dheo lagi.

“Sebab apa?”

Sekali lagi Dheo tarik tangan aku. Kali ini kami menghala ke arah satu pintu putih
yang berada di bahagian bertentangan dengan pintu masuk tadi. Tapi pintu
menghubungkan ke mana, tak tahulah aku.

Dheo buka pintu bilik. Dan juga lampu. Segala isi bilik itu jelas terpampang di
mataku. Tapi aku terkaku di depan muka pintu. Terpegun. Terpaku.

Mata memandang sekeliling bilik luas itu. Kalau aku rasa lukisan Dheo tentang
aku dulu aku rasa dah sempuna, tapi persepsiku berubah sama sekali apabila melihat
semua ini.

Kiri. Kanan. Segenap ruang. Pelbagai saiz. Pelbagai gaya. Semuanya lukisan
Dheo tentang aku. Wajah aku menghiasi segenap ruang bilik itu. Perlahan-lahan aku
menapak masuk ke dalam bilik itu. Tak tahu apa yang patut aku rasa sekarang ni.
Seram? Gembira? Terharu?

Kaki mendekati satu kanvas lukisan yang masih terletak di atas easel stand kayu.
Wajahku sedang tersenyum manis. Aku rasa aku bagaikan sedang menghadap
kembarku sendiri. Begitu hebat dan terperincinya sentuhan Dheo.

Tangan dilarikan di atas kanvas itu. Mengusap lembut. Supaya aku dapat rasa jiwa
sang pelukisnya. Jatuh hati berkali-kali aku dengan lukisan Dheo.

Aku berpusing ke arah Dheo. Dia masih bersandar pada muka pintu. Hanya
melihat gelagatku. Sebelah tangannya berada di dalam kocek seluarnya.

389
Obey.tube
“Semua abang lukis?” Suara masih tak percaya.

Dheo tegakkan tubuhnya kembali. Mula berjalan ke arahku. Berdiri betul-betul di


sebelahku. Dia angguk. Tapi matanya tepat tertancap pada lukisan di depan kami itu.
Turut mengelus lembut lukisan itu, macam yang aku lakukan tadi.

“Ya Allah... Cantiknya! You’re so talented!” pujiku kagum. Lukisan Dheo taraf
pelukis dunia. Bakat yang aku sendiri kagum dengannya. Aku sendiri mengaku yang
aku tak mampu melukis sehebat dia.

Sempurna! Segalanya sempurna. Struktur wajah, bentuk mata, hidung dan


senyuman saling tak tumpah macam aku. Sekali lihat macam gambar, bukannya
lukisan. Begitu hebat sentuhannya.

Dheo cuma senyum mendengar komenku. Hanya diam.

Kakiku pula tak duduk diam. Berjalan pula ke arah kiri dan kanan bilik itu. Tilik
setiap inci lukisan itu. Tak puas. Bukan nak cakap aku tak puas tilik diri sendiri dalam
lukisan Dheo, tapi masih mengagumi hasil seni Dheo.

“These were the only things I brought from Sicily.”

“Bila abang lukis semua ni? Macam mana abang lukis semua ni?” soalku.

“Bila abang rindu Rose. Apa lagi yang abang boleh lakukan melainkan
membayangkan Rose ada di depan abang? Ni salah satu cara abang hilangkan rindu
abang pada Rose. Abang tiada gambar Rose. Inilah caranya abang mengimaginasikan
Rose,” ceritanya.

Awww... Terharu aku mendengarnya! Tapi aku juga sebak mendengarnya.


Kemudian kagum. Lukisan sempurna ini terhasil hanya dengan daya imaginasinya.
Tanpa meniru sebarang gambar.

“Tapi abang cakap abang dah berhenti melukis.”

“Betul. Dah dua tahun abang tak melukis. Itu lukisan terakhir abang.” Dheo tunjuk
lukisan yang berada di atas kekuda kayu tadi.

“Tapi kenapa?” soalku. Terkilan dia dah sia-siakan bakatnya.

Dheo jongket sebelah bahu. Memilih untuk tidak menjawabnya.

“Kalau orang tengok ni, mesti cakap abang obsess dengan Rose. Cakap
abang stalker,” komenku. Patutlah bilik ini diharamkan oleh semua orang.

Dheo senyum.
390
Obey.tube
“Memang betul apa? You’re my obsession. Apa salahnya obsessdengan isteri
sendiri? Tiada apa-apa yang haram.”

“Kenapa J.H?” soalku sambil mengusap nama itu pada lukisan di depanku itu.
Setiap lukisan pasti ada nama itu.

“Just honor my Chinese name. It’s talent from paternal side. Ayah abang pandai
melukis.”

“Abang tak rindu melukis? Sayangnya kalau abang berhenti terus.”

Dheo diam. Aku tahu dia rindu untuk melukis.

“Abang tak tahulah. Abang berhenti dah dua tahun lebih. Abang rasa bakat abang
mungkin dah hilang.”

“Sesuatu bakat itu takkan hilang semudah itu. Mungkin sedikit tumpul, tapi
semuanya boleh diasah.” Aku kurang setuju.

Dheo cuma senyum.

“Abang sibuk. Dah tak ada masa nak melukis. Lepas kemalangan dulu pun, abang
hanya lukis Rose. Itu pun orang tak tahu. Buat apa abang nak bayangkan Rose, kalau
yang asli dah berada di depan mata sekarang ni?”

Dheo peluk aku.

“Siap boleh peluk, boleh cium lagi.” Dia cium pula hidungku sekali.

“Tapi Rose teringin nak tengok abang melukis.”

Dheo hanya senyum.

391
Obey.tube
Bab 47

D ARI pagi lagi, rumah besar itu agak sunyi. Aku hanya tinggal berdua di dalam
rumah. Manakala anak-anak buah Dheo pula mengawal di luar rumah. Gara-gara aku
bertudung dan kami mahukan privasi, Dheo telah mengeluarkan arahan tentang
larangan masuk ke dalam rumah kecuali diberitahu ataupun kecemasan.

Aku tak tahu ke mana suamiku menghilang. Lepas sarapan, Dheo terus hilang.
Mungkin dia punya kerja yang ingin diselesaikan. Mungkin sangat penting sampaikan
hari Ahad pun tak dapat bercuti dengan tenang.

Nota kepada diri sendiri. Ingatkan Dheo supaya jangan workaholicsangat.

Aku pula tak tahu nak buat apa hujung minggu macam ni. Kawan-kawan
universiti yang rapat denganku semuanya tinggal jauh. Fahim pula aku tak tahu ke mana
menghilang. Sibuk bekerja agaknya. Janji nak keluar dengan Hazel pula adalah pada
minggu depan. Jadi aku tiada aktiviti untuk dilakukan di rumah. Mungkin berehat aje la.

Bosan tiada apa yang ingin dilakukan, aku capai selendang hitam. Dililit ala kadar
atas kepala. Janji tak nampak rambut, tak nampak leher okeylah. Aku nak turun ke
taman bunga. Bosan.

Ketika aku melangkah keluar rumah, terserempak dengan dua orang anak buah
Dheo. Mereka hanya tunduk hormat dan senyum kepadaku. Aku hanya membalas
senyuman mereka sebelum sambung berjalan. Bila nampak taman beberapa meter
dariku, terus aku senyum lebar.

Tak pernah aku tak jatuh cinta bila ke taman ini. Kali pertama Dheo membawaku
ke sini, aku menjerit kecil sebab terlalu suka. Taman itu sangat kemas dan rapi. Dijaga
elok oleh Pak Cik Samad, tukang kebun yang merupakan suami kepada Mak Cik
Kasmah.

Aku melabuhkan punggung di atas satu kerusi batu marmar. Cuaca yang agak
redup dengan angin sepoi-sepoi bahasa buatkan hari ini nampak indah. Rasa udara
masih segar. Bila tarik nafas, terasa bau wangi udara oleh haruman pelbagai ros asli.

Taman itu penuh dengan pokok bunga ros. Daripada pelbagai warna. Sekarang ni
semuanya kembang mekar. Sangat cantik! Tak puas mata memandang.

392
Obey.tube
“Principessa, awak selalu senyum bila tengok taman ni.” Suara itu buatkan aku
agak terkejut. Automatik kepala menoleh ke kanan. Senyum bila nampak Lucca
mendekatiku.

Lucca duduk di sebelahku.

“Sebab cantik dan saya suka. Rasa tenang,” jawabku.

Lucca betul. Tiap kali aku ke taman ini, aku mesti tersenyum. Hati rasa berbunga-
bunga. Mungkin itulah kuasa alam semula jadi.

“Awak tahu, kan Dheo bina taman ni khas untuk awak?”

Aku senyum nipis. Tahu. Apa aje yang dia lakukan bukan untuk aku? Buatkan aku
rasa bersalah juga. Rasa macam tak layak untuk mendapat lelaki sehebat Dheo.

“Sebab saya suka bunga ros, kan?”

Dia angguk.

“Sebab dia rindu awak juga. Sebab dia tahu satu hari nanti awak akan balik ke
rumah ni. Awak pernah menyatakan yang impian awak untuk punya taman bunga
sendiri.”

Tersenyum aku mendengarnya. Dheo selalu menjadikan impianku menjadi nyata.

“Lucca, terima kasih sebab dah tolong jagakan suami saya sepanjang saya tiada,”
ucapku ikhlas kepada Lucca.

Aku tahu Lucca juga turut berkorban dalam hal ini. Kesetiaan yang ditunjukkan
pada Dheo bukan sedikit. Dia selalu mengikut Dheo ke mana-mana sahaja. Tanpa
mempertikaikan sedikit pun.

“It’s my responsibility, signora. That was what I signed up for,” jawab Lucca.

“Hmmm... Awak ada kekasih, Lucca?” Aku ingin tahu. Nampak tubuh Lucca
sedikit mengeras mendengar soalan tak terdugaku itu.

“No, signora. I have no one.”

“Awak patut cari seorang, Lucca. Bina keluarga sendiri. Awak tak teringin ke nak
punya keluarga sendiri? Tak selamanya awak akan hidup dengan Dheo.”

Lucca senyum nipis.

393
Obey.tube
“Masih belum terlintas lagi untuk bercinta. Apatah lagi untuk berkahwin. I have to
fully commit to my job. Lagipun, saya dah terbiasa hidup macam ni.”

“Jatuh cinta itu indah, Lucca. Kita tak tahu bila kita akan jatuh cinta pada
seseorang. Mungkin the one awak itu belum muncul lagi.”

“I know the power of love, signora. I witnessed everything. Love is strong. Love is
beautiful. Orang macam Dheo pun boleh berubah kerana cinta. Jadi tiada apa yang
mustahil,” kata Lucca.

Dia tarik nafas sekali. Pandangan dilontarkan kepada pokok-pokok bunga di


hadapan kami.

“It’s just, I’m afraid, signora.”

“Takut kenapa?”

Berkerut sedikit dahiku ketika bertanya.

“Awak pun tahu kehidupan saya macam mana. My life isn’t normal. Danger is my
shadow. Apa yang awak tahu tentang kami mungkin hanya satu per sepuluh. Saya tak
nak jadi macam Dheo. Saya tengok macam mana kehidupan Dheo tanpa awak. Dheo is
strong but I don’t think I can be as strong as him,” cerita Lucca.

Terdiam aku mendengarnya. Memikirkannya juga. Lucca betul. Satu risiko besar
harus diambil. Kalau jadi macam aku, macam mana? Aku dikira beruntung sebab Allah
panjangkan umur aku. Kalau mati, macam mana?

“Jadi, saya tak rasa bercinta dan berkahwin itu adalah satu keperluan untuk
sekarang ni. Saya okey dengannya. When I chose this life, I knew how would my destiny
be,” sambung Lucca lagi.

Aku faham bila dia berkata seperti itu. Itu pilihannya. Tapi aku tetap doakan satu
hari nanti Lucca akan jumpa perempuan yang boleh berikan kebahagiaan kepadanya.
Yang faham tentang hidupnya.

Bila teringat Lucca berada di sisiku, baru aku perasan sesuatu.

“Eh, awak tak bersama Dheo ke?” soalku.

Kebiasaannya kalau Dheo lesap, Lucca turut lesap sekali.

“No. Kenapa saya perlu ada dengan dia? Dia ada panggil saya ke?” Aku pula yang
ditanyanya.

394
Obey.tube
“Tak adalah. Sebab Dheo senyap dari tadi. Saya ingat dia buat kerja. Sebab tu
saya tak kacau dia.”

“Hari ni hari Ahad, signora. Unless it is something important, he will never


choose his work over you. Setahu saya, Dheo tak ada apa-apa kerja penting sekarang
ni.” Wajah Lucca seakan-akan cuba mengingat sesuatu.

Bila Lucca cakap macam tu, aku pula yang rasa musykil. Dheo buat apa?

“Ya ke? Saya ingatkan dia ada kerja. Sebab lepas breakfastsampailah sekarang,
saya dah tak nampak dia. Terkurung dalam bilik,” kataku. Aku tahu Dheo masih berada
di dalam rumah walaupun aku tak nampak dia.

Lucca cuma diam berfikir. Kemudian wajahnya macam baru tersedar sesuatu.

“Don’t tell me...”

“Kenapa?” soalku cepat. Lucca buatkan aku berdebar-debar.

“The last time he isolated himself was two years ago.”

“Kenapa? Dia buat apa sampai-sampai menyendiri?” tanyaku lagi. Risau. Buatnya
Dheo buat bukan-bukan, macam mana? Aku tak tahu apa yang pernah jadi dulu. Haaa...
Mulalah aku fikir bukan-bukan!

“Relaks, principessa. Nothing bad actually. Jangan risau. Satu-satunya masa dia
terkurung di dalam bilik adalah ketika dia melukis. I think he starts painting
again.” Kata-kata Lucca itu terus mematikan segala prasangka burukku tadi.

Ternganga.

“Si, principessa. Kalau dia bukan buat kerja, itu maksudnya dia sedang melukis.
Awak pun tahu kan macam mana kalau dah mula melukis?” Lucca berkata dalam
senyuman.

Aku masih tak percaya. Dheo mula melukis balik?

“Kalau awak tak percaya, you can go and check yourself.”

AKU ketuk pintu bilik besar itu dulu. Dua kali ketuk, tiada suara dari dalam memberi
izin. Tapi aku tetap tarik juga tombol pintu tembaga itu. Daun pintu ditolak perlahan.

395
Obey.tube
Macam yang aku sangka, bilik kerja Dheo itu kosong. Malah tak nampak pun Dheo
masuk ke dalam bilik itu.

Maksudnya Dheo bukan membuat kerjanya. Dan mungkin juga Lucca betul. Dheo
dah mula melukis balik. Entah kenapa aku teruja. Lantas langkah diatur ke arah satu
pintu. Bilik yang dah lama tak bersentuh, bak kata Dheo.

Studio lukisan Dheo.

Beberapa hari yang lepas aku melihatnya kemaskan bilik itu. Katanya bilik itu dah
lama tak berkemas dan pasti banyak habuk. Kemudian mengubahsuai apa-apa yang
patut. Kononnya mahu memberi nafas yang baru. Katanya nanti, aku boleh gunakan
bilik itu kalau aku mahu melukis nanti.

Tak sangka pula dia maksudkan untuk diri sendiri juga!

Sebaik sahaja kaki berdiri di depan pintu kayu besar itu, pintu itu terbuka sedikit.
Tanpa mengetuk terlebih dahulu, aku menolak daun pintu perlahan-lahan. Sehingga
cukup luas untuk melihat apa yang ada di dalam.

Kaki terpasak di muka pintu. Masih belum mahu berganjak daripada melihat
keindahan di depan mata. Masih belum puas cuci mata. Mahu mengabadikan dalam
fikiranku. Wow... Aku patut ambil gambar. Bila lagi mahu melihat suamiku seseksi ini?

Dheo sedang berdiri di depan satu kanvas putih yang besar yang berada di atas
satu easel stand besi. Cuma berseluar jean lusuh tanpa berbaju. Mata ralit melihat
gerak-geri tubuhnya. Melihat bicepsnyabergerak tiap kali tangannya lincah di atas
kanvas putih itu. Macam mana aku nak lepaskan keindahan di depan mata?

Dan imbasan semalam kembali muncul. Sememangnya Dheo selalu melukis tanpa
berbaju. Itu memang perangainya. Aku juga pernah melihat Dheo melukis. Bagaimana
masa kami dihabiskan bersama di dalam studio lukisan kami ketika di London dulu.
Stres belajar, ajak melukis. Otak jammed, ajak melukis.

Yang pasti kami bukan hanya sekadar melukis. Banyak kenangan manis tercipta.
Calit-mencalit cat tak payah cakaplah. Dah macam rutin. Kadang-kadang sampai
berguling-guling di atas lantai sebab nak balas dendam.

Tanpa sedar, aku senyum. Indahnya dulu dan betapa aku mahu kembali ke
London!

“Are you just going to stand, tesoro?” Suara Dheo membuatkan segala memori
semalam berterbangan.

396
Obey.tube
Bila aku angkat muka, Dheo memalingkan kepalanya ke arahku. Satu senyuman
seksi dihadiahkan kepadaku sebelum dia kembali menumpukan perhatian kepada
kanvasnya.

Tahu aje dia aku muncul. Padahal bukan main senyap aku tolak pintu. Kalau aku
la, mahu tak sedar dunia sekeliling. Pencuri masuk pun belum tentu perasan sebab aku
kalau dah melukis memang tak pandang kiri kanan.

Senyum dulu seulas. Kaki melangkah masuk mendekati Dheo. Mata memandang
sekeliling. Ada beberapa tiub cat minyak pelbagai warna. Pelbagai jenis berus cat.
Beberapa botol pelarut dan pencuci berus cat. Ada juga palet kaca yang besar di sebelah
Dheo. Dheo dah gunakan sebagai medium untuk menghasilkan tona warna yang
diinginkannya. Macam-macam warna di atas palet itu.

Terasa bagaikan menapak masuk ke dalam studio kami dulu. Bezanya, studio
kami dulu lebih kecil daripada bilik ini. Kaki berdiri di sebelah Dheo. Ingin melihat apa
yang dilukisnya. Hanya latar belakang yang siap, dan aku masih tak tahu apa yang ingin
dilukis Dheo.

“You start painting.” Aku menyatakan sesuatu yang jelas.

“I miss it. Rose betul. Abang tak patut sia-siakan bakat abang,” jawab Dheo.
Tangannya masih ligat berlari di atas kanvas besar itu.

“Rose lega mendengarnya.”

Dheo berhenti seketika. Dia pandang aku sekilas.

“Abang juga melukis balik sebab ada orang tu cakap dia rindu nak tengok abang
yang seksi ni melukis.”

Aku ketawa mendengarnya. Dalam hati memang mengeyakan.

“Abang lukis apa?” soalku. Masih belum dapat tangkap apa yang ingin dilukisnya.

“Abang lukis kita.”

Terus mata bersinar mendengarnya.

“Kita?”

Dheo hanya angguk kali ini. Kembali meneruskan lukisannya.

Aku pula tak sabar untuk melihat hasilnya. Hasilnya pasti bombastik sebab
lukisan Dheo memang hebat. Melihat Dheo melukis, tiba-tiba rasa gian nak melukis
juga. Aku pun dah lama tak melukis.
397
Obey.tube
“Rose pun patut melukis juga. Rose pun mesti rindu melukis,” kata Dheo lagi.

Aku angguk laju-laju. Aku dah punya aktiviti apa yang harus dilakukan untuk
memenuhi cuti hujung minggu kali ini.

SESI lukis-melukis membawa kepada malam. Beberapa kali juga terpaksa berhenti.
Contohnya untuk memasak dan juga solat. Aku selalu keluar dan masuk studio itu. Tapi
Dheo, selain makan dan solat, masanya sepenuhnya dihabiskan untuk melukis. Betul-
betul mahu siapkan lukisannya hari ini. Mungkin dia tahu, susah untuk dia mencari
masa lain untuk melukis.

Aku pula melukis hanya ala kadar. Berbeza dengan Dheo, aku lebih suka melukis
menggunakan cat air. Duduk di satu sudut bertentangan, tenggelam dalam dunia sendiri.
Lukis apa yang ada dalam kepalaku. Tapi tak adalah seserius Dheo.

“Abang, belum siap lagi ke?” soalku. Kembali menapak ke dalam studio itu.
Selepas makan malam, Dheo kembali berkurung di dalam studionya.

Dan kini aku pula menyusulnya. Mahu melihat perkembangan terbaru lukisannya.
Sebaik sahaja aku mendekatinya, bibirku terus menguntum senyuman.

Kaki berdiri di depan kanvas itu. Lukisan itu dah siap sepenuhnya. Jelas di
depanku apa yang telah dilukis oleh Dheo. Kami berdua. Lukisan kami berdua sedang
saling berhadapan. Hidung kami berlaga. Saling merenung dengan penuh romantis.
Kebahagiaan jelas terpancar pada wajah masing-masing.

“Ya Allah... Cantiknya!” pujiku. Mata meluas sebab teruja.

Aku tahu hasil lukisan Dheo sangat cantik. Tapi bila dah jadi nyata, aku tak
terlepas daripada perasaan teruja. Aku tetap kagum dengannya. Serius aku dengki
dengan bakat yang dia ada. Aku juga seorang pelukis. Tapi aku tahu aku tak mampu
untuk melukis sehebat dia.

Dua tahun lebih dia berhenti melukis, tapi sikit pun tak mencacatkan lukisannya
hari ini. Tetap sempurna. Kalau dah berbakat tu, berbakat juga. Aku bersyukur Dheo
mula melukis hari ini. Sebab sangat sayang kalau semuanya dipersiakan.

“Mula-mula nak start melukis, agak lembab juga. Tapi lama-kelamaan, abang
makin biasa,” kata Dheo. Sikit pun tak kembang hidung dengan pujianku. Masih
mengemas segala alatan yang digunakan tadi.

398
Obey.tube
“Biasalah tu. Alah bisa, tegal biasa. Yang ni pun Rose tengok dah terlajak
sempurna. Kenapalah Rose tak melukis macam abang. Jealousnya!” kataku. Bibir
dicebikkan sebagai tanda protes. Bukan tak bersyukur dengan bakat yang ada, tapi kalau
ada yang lebih daripada kita, agak cemburu juga.

Dheo ketawa mendengarnya. Dia berdiri di sebelahku.

“Mana ada. Rose lukis pun cantik juga. Kalau tak, dulu kita tak menang kerja
kursus kita.”

“Yalah tu. Entah-entah juri markah kat kita pun sebab lukisan abang. Tapi
sebab partner dengan Rose, Rose tumpang sekali. Apa orang kata? Lembu punya susu,
sapi dapat nama.”

“Memandai aje. Abang tahu Rose pun hebat melukis juga.”

“Tapi tak sehebat abang.”

“Kalaulah bakat abang ni boleh pindah pada Rose, dah lama abang
pindahkan, mia bella. Abang tak kesah, janji isteri abang gembira,” katanya.

Cair aku mendengarnya. Aku senyum.

“Rose bersyukur dengan bakat Rose, abang. Dan Rose juga bersyukur dengan
bakat abang,” kataku.

“Rose dah tengok lukisan abang. Bila abang boleh tengok lukisan Rose pula?”
soal Dheo.

Aku senyum dulu. Berlalu ke arah satu sudut yang menjadi kawasan aku melukis
tadi. Kertas lukisan bersaiz A3 tadi dicari. Jumpa. Aku bawa kepada Dheo. Dheo
menyambut huluranku.

Giliran dia pula melihat apa yang dilukisku tadi. Wajahnya serius ketika
menyambutnya. Dan sebaik sahaja mata dilarikan di atas kertas lukisan itu, wajahnya
berubah lembut. Hilang segala garis serius pada wajahnya. Dan akhirnya bibir
merahnya mengukir satu senyuman menawan.

“Wow, I got a stalker!”

Terus aku juling mata ke atas. Dan ketawa Dheo pecah. Bergema satu studio itu.

Aku pula mencebik. Aku tahu kenapa dia cakap macam tu. Sebab aku lukis dia
yang sedang melukis. Ketika dia khusyuk melukis, aku pula khusyuk jadikan dia
sebagai model lukisanku. Jadi, tak peliklah kalau aku sengaja memilih sudut sedikit
belakang daripadanya.

399
Obey.tube
“I feel sexy in your drawing.” Masih sibuk dia menjadi pengulas tak bertauliahku.

Tak payah rasa, memang dah seksi pun.

Sunyi! Bila aku pandang Dheo, dia juga pandang aku. Dan bila aku nampak
bibirnya senget ingin menyinis, aku tahu apa yang aku fikir tadi dah selamat dizahirkan
dengan jayanya. Mulut dah derhaka dengan tuan sendiri!

Terus aku tutup mulutku. Dan sekali lagi Dheo berdekah ketawa. Buatkan
wajahku rasa berbahang. Tapi aku hanya berlagak selamba. Apa nak malu? Dheo,
suamiku juga!

Dheo meletakkan lukisan yang dilukisku tadi di sebelah lukisannya. Dikepilkan


pada satu papan melukis yang masih kosong. Melihat lukisan kami berdua di dalam
bilik itu, hati rasa sesuatu. Rasa kembang. Rasa rindu. Rasa dekat sangat-sangat.

Tangan kiri Dheo mengambil satu berus kecil. Dicalitkan pada cat warna hitam
yang berada di atas palet lukisannya. Dia menapak selangkah untuk mendekati
lukisannya itu. Tangannya diangkat ke penjuru lukisan itu. Macam biasa...

J.H. 2018

Penyudah untuk lukisannya. Tapi kali ini berserta tahunnya. Dheo senyum puas
hati sebelum meletakkan balik berus catnya. Melihat dia senyum, aku turut senyum.
Gembira melihat Dheo gembira. Aku tahu diri sebenar Dheo terserlah ketika dia
melukis.

“I miss this. Menggamit kenangan lama,” luah Dheo. Sekeliling dipandang.

Aku tahu dia maksudkan studio kami di London. Bibir menguntum senyuman
lagi.

“Agreed. I miss it too.” Kata-kataku itu buatkan Dheo sepantas kilat menoleh
kepala ke arahku. Wajah sedikit terkejut.

“You remember?” Dan bercahaya.

Aku senyum seraya mengangguk.

“Tak semua. Tapi Rose ingat kita dulu punya studio sendiri di London. Abang
yang renovate loteng rumah kita jadi studio lukisan. Ada juga Rose ingat sesi kita sama-
sama melukis,” ceritaku.
400
Obey.tube
Dheo spontan tersenyum mendengar ceritaku. Wajahnya jelas kegembiraan bila
dapat tahu aku dapat ingat sesuatu.

“Tak sia-sia abang melukis hari ni kalau dapat kembalikan ingatan Rose. Kalau
abang tahu, dah lama abang mula melukis.”

Aku berjalan ke sisi Dheo. Palet cat Dheo masih belum kering. Tangan mencalit
sedikit cat berwarna putih susu tanpa pengetahuan Dheo. Senyum jahat. Aku berpusing
ke arah Dheo.

“Dan Rose ingat juga yang dulu Rose selalu suka buat macam ni kat abang.”
Terus tanganku mencalit warna itu pada pipi bawah kiri Dheo. Kemudian ketawa.

Matanya sedikit meluas. Tak menduga dengan tindakanku itu. Aku pula, selepas
menconteng muka Dheo dengan cat minyak itu, terus berlari keluar dari bilik itu. Kita
takkan duduk di tempat yang sama lepas kita buat jenayah, kan?

“Rose, abang baru aje mandi!” Aku dengar suara Dheo bergema kuat. Tahan
geram mungkin.

Dan aku hanya ketawa.

401
Obey.tube
Bab 48

A KU berlari tanpa berpaling lagi. Tahu Dheo akan mengejarku. Apatah lagi bila
aku dengar bunyi tapak kakinya di belakangku. Jadi sebelum dia dapat menyaingi aku,
aku harus laksanakan misi selamatkan diri dulu. Kaki berlari sekuat hati. Sebaik sahaja
masuk ke dalam bilik tidur, terus pintu ditutup.

Tapi tindakanku sedikit terlambat. Beberapa inci lagi pintu nak tertutup rapat, ada
tangan menahannya. Untuk seketika, kami saling tolak-menolak daun pintu. Mungkin
sebab ukur lilit biceps Dheo berganda daripadaku, nasib nampaknya menyebelahinya.
Dia akhirnya berjaya meloloskan diri ke dalam bilik tidur.

Cis!

Destinasi seterusnya, bilik air! Apatah lagi melihat pintu kaca itu terbuka luas,
memang sengaja menggamit aku masuk. Terus kaki mengubah destinasi. Tapi Dheo
bagaikan tahu apa yang berada dalam kepalaku. Terus dia halang aku.

Bila aku mahu melepasinya, terasa dia menangkap tubuhku dan menolakku jatuh.
Aku terjerit kecil. Mata dipejam gara-gara takut. Bersedia untuk menerima impak
belakangku yang mungkin bercium dengan lantai karpet gebu itu.

Tapi bila terasa belakangku sedikit tenggelam sebaik sahaja jatuh, aku terus buka
mata. Bukan lantai, tapi tilam empuk menyambutku. Dengan Dheo yang berada di
atasku, menindihku.

Gulp!

Dheo senyum jahat. Tangan kirinya dibawa mendekati wajahku. Baru aku nampak
sedikit warna merah jelas kelihatan pada hujung jari telunjuknya itu. Bila dibawa ke
mukaku, kedua-dua tanganku menangkap tangan Dheo. Menjauhkannya daripada
terkena mukaku.

“No! Sorry, Rose minta maaf,” kataku. Sambil wajah dipalingkan kiri dan kanan.
Mengelak. Tak rela kena conteng muka.

Tapi Dheo buat tak dengar. Masih memaksa tangannya untuk mendekati wajahku.
Ternyata kudrat Dheo terlalu kuat. Dua tanganku pun tak mampu menghalangnya.
Sudahnya, cat merah itu dicalit pada hujung hidungku.

402
Obey.tube
“Abang!” Terus aku menjerit. Geram. Masam mukaku. Aku dapat melihat ada
warna merah di hujung hidungku. Entah-entah dah jadi macam badut sekarang ni.
Haraplah tak macam Pennywise!

Dheo hanya ketawa. Geram aku melihat dia yang masih galak ketawa itu.

“Abang jahat!” marahku. Dadanya dipukul sekali.

Tapi macam ketuk batu kerikil. Dia pun nampak sikit pun tak heran. Macam tak
sakit langsung. Hanya seronok menghamburkan ketawanya. Gembira sangat dia dapat
balas dendam padaku.

“Rose yang mulakan dulu. Jangan salahkan abang pula.” Dia salahkan aku.

Aku mecebik. Memang betul pun aku yang mulakan dulu. Hai... Apa boleh buat?
Terima aje la balasannya. Macam tak biasa pula. Bukan kali pertama aku buat macam tu
pada Dheo. Lagi teruk pun pernah. Aku ingat yang kami pernah perang cat. Sudahnya
hampir satu badan bermandi cat.

Tersenyum aku bila teringat kembali. Kami dulu mengalahkan budak-budak baru
reti mewarna. Pantang jumpa cat, mesti perang. Biasanya aku yang mulakan dulu. Suka
sangat calit warna cat pada tubuh Dheo. Dan balasannya, macam ni la. Dia mesti kejar
aku balik untuk balas dendam.

Dan aku juga ingat yang kami selalu berakhir dengan posisi sekarang. Semuanya
gara-gara aku yang licik, punya pelbagai cara untuk lari darinya. Ini salah satu cara
yang mudah untuk dia calit cat ke mukaku. Tengok macam tadi la!

Kebiasaannya kami sama-sama gelak. Ada kalanya berakhir dengan bibir Dheo
mendarat di pipiku. Mengingatkannya, pipi tiba-tiba merona merah. Aku rasa panas
sebab malu.

“Rose, why are you blushing?” Soalan Dheo itu buatkan bayangan lepas lenyap
semuanya. Berganti dengan wajah Dheo yang betul-betul bertentangan denganku
sekarang ni. Dahinya sedikit berkerut. Hilang sudah ketawanya. Mataku kini ditenung
dalam-dalam. Merungkai sebuah jawapan.

Lagilah aku rasa nak menyorok bila nampak Dheo macam tu. Rasa nak tolak aje
dia, nak pergi menyorok di dalam bath tub. Malu! Tapi semuanya terbatal bila rasa
tubuhnya makin berat menindihku. Dheo selalu tahu apa yang aku ingin lakukan.

Terasa tangan Dheo memegang daguku. Lembut tapi erat. Aku dipaksa bertentang
mata dengannya.

“Perhaps you remember us like this too?” Suara Dheo berubah garau. Matanya
juga sedikit gelap memandangku.

403
Obey.tube
Lagilah telan liur aku mendengarnya. Perlahan-lahan aku angguk.

“Abang rindukan saat kita macam ni dulu,” luahnya.

Dadaku mula berubah rentak. Makin laju dan laju. Kami saling berpandangan lagi.
Apa yang aku lihat di balik anak mata Dheo itu buatkan lututku menggeletar dan
seluruh tubuhku menggigil. Aku tahu apa yang diinginkan Dheo. Tapi dia masih
mengawalnya. Mungkin kerana hormatkan aku.

Sepanjang kami bersama, aku tak pernah menjalankan tanggungjawabku sebagai


isterinya yang sebenar-benarnya. Dan dia pula tak pernah menuntut haknya sebagai
suami. Aku tak pernah pertikaikannya sehinggalah sekarang. Aku tahu Dheo mengawal
dirinya kerana aku. Dan untuk itu, aku mahu mengubahnya malam ini. Aku tak mahu
lagi Dheo dinafikan haknya.

Aku telan liur dulu. Mengumpul keberanian. Kemudian perlahan-lahan tangan


dibawa untuk mengusap dada bidangnya. Menggeletar. Tapi aku cuba menahannya.
Aku haraplah tanganku tak terlalu sejuk sekarang ni. Aku sedikit gabra kerana
semuanya bagaikan kali pertama buatku.

Badan Dheo sedikit mengeras saat merasa sentuhanku. Bila aku rasa Dheo mahu
bangun, automatik kedua-dua tangan melingkar pada lehernya. Erat-erat. Terus mati
segala usaha Dheo. Dia dongak kepala. Sekali lagi mata kami berlaga.

“If you don’t want me to lose myself, don’t do that, Rose!” Suaranya garau
memberi amaran. Aku nampak halkumnya bergerak, menandakan yang dia masih cuba
mengawal diri.

Tapi aku cuma diam. Tangan juga masih utuh bersatu di lehernya. Malah makin
erat. Makin menarik Dheo supaya mendekatiku. Tapi tangannya pula terpasak pada kiri
dan kanan tubuhku, menahan dirinya dari terus ditarik.

Kuat betul iman dia ni!

“Rose rindukan abang juga,” ucapku. Sebelah tangan diturunkan balik untuk
mengusap dada kirinya. Lembut. Dapatku rasakan jantungnya yang bagaikan nak gila
sekarang ini.

“Are you seducing me, Rose?” soalnya. Matanya dipejam erat.

“Kalau ya?” cabarku balik.

Dheo kembali buka mata. Dan kini matanya jelas menunjukkan keinginannya.
Cinta dan nafsu datang seiring. Buatkan tubuhku sedikit menggigil. Segala kerinduan
yang ditahannya selama empat tahun untukku jelas terpancar malam ni.

404
Obey.tube
“Dammi un bacio.”

Aku tak tahu apa maksudnya, tapi terasa Dheo menundukkan wajahnya dan
menciumku. Terkedu sesaat aku dibuatnya. Tapi sudahnya aku hanya membiarkan
tindakan Dheo itu. Membiarkan Dheo mendominasi.

“Ti amo, mia bella. Ti amero’ per tutta la mia vita. I love you, my beautiful. I will
love you my whole life,” ungkap Dheo berselang-seli dengan kucupannya. Syahdu.

Tanpa dipinta, air mataku menitis. Tersentuh dengan keikhlasan ungkapannya.


Sangat kuat terasa perasaan Dheo untukku.

Tiba-tiba bayangan lepas muncul lagi. Kami berada dalam posisi yang sama, juga
lakukan benda yang sama. Dheo menciumku dengan penuh rasa cinta. Aku tahu bila
semuanya pernah terjadi. Malam pertama kami.

Dan aku pernah juga mimpikan benda yang sama selepas peristiwa aku diserang
di hotel dulu. Aku baru faham kenapa aku menangis ketika dicium Dheo. Aku menangis
kerana gembira. Bukan kerana cubaan Dheo untuk memperkosaku. Gara-gara tuduhan
meluluku terhadap Dheo, aku terlupa satu fakta penting dalam mimpi itu.

Aku tak berusaha pun untuk melepaskan diri. Aku tak bergelut pun untuk lari dari
Dheo.

Dheo kembali menjarakkan wajahnya. Bila dia melihat air mataku, wajah Dheo
terus berubah. Takut dan menyesal.

“Kenapa Rose nangis? Damn... I should control myself. Abang minta maaf,
abang...” Terus jari telunjuk diletakkan pada bibirnya. Mendiamkan dia daripada terus
menyalahkan diri sendiri.

“Abang tak salah apa-apa pun,” kataku. Mata tepat ke dalam anak mata gelapnya.
Biar dia tahu aku tak menipu sekarang ni.

Dheo diam dulu. Untuk seketika, dia hanya merenungku. Sekeliling wajahku
ditatapnya. Kemudian tangannya diangkat untuk mengusap sisa air mataku.

“Habis, kenapa isteri abang menangis?” soal Dheo lembut.

“I’m happy,” jujurku. Senyum untuk meyakinkan dia.

“Rose ingat malam pertama kita,” kataku lagi.

Aku hanya memerhatikan wajah Dheo. Dia cuma tenang. Menanti aku
menyambung kata.

405
Obey.tube
“Dan Rose juga pernah mimpi semua tu dulu lepas peristiwa Rose kena serang di
hotel. Rose tuduh abang cuba rogol Rose.” Kelat terasa anak tekak. Rasa bersalah
kerana menuduh Dheo yang bukan-bukan.

“Rose minta maaf sebab dah tuduh abang yang bukan-bukan,” kataku lagi. Baru
faham kenapa dia hanya selamba dituduhku dulu. Tak mengeyakan. Tak juga
menafikannya. Macam biasa, dia biarkan aku membuat konklusi sendiri.

“It’s okay. Abang faham.”

“Abang patut bela diri abang dan terangkan hal sebenar.”

Dheo senyum manis. Tangannya dibawa ke pipiku. Mengelus lembut.

“What should I say, dolce cuore? That you liked that kiss? Or we did that as we
were about to make love?” Mendengar kata-katanya itu, wajahku meruap panas.
Dapatku rasakan kulit muka dah bertukar warna.

Dheo ketawa perlahan melihat wajah malu-maluku. Bila aku mahu mengalih
pandangan, daguku digenggam kemas. Dia suka buat macam ni!

“Abang suka tengok Rose blushing. It reminds me how you used to be innocent
back then. Rose selalu malu-malu dengan abang.” Dheo buka cerita.

Ya Allah... Malunya! Lagilah aku rasa nak sorok mukaku sekarang ni. Walaupun
aku tak ingat pun semua tu. Sebab tak ingatlah aku rasa muka makin panas.
Letak thermometer kat pipi, mahu bacaan cecah seratus darjah celcius. Kalau aku ingat,
aku rasa aku dah biasa dengan semua ni.

“Unfortunately, I don’t remember that much, abang.”

Mendengar jawapanku, Dheo hanya senyum tawar. Wajah sedikit keruh.

Aku cepat bertindak sebelum semua mood rosak. Tangan dilingkarkan sekali lagi
pada leher Dheo. Menariknya rapat ke arahku. Bezanya kali ini Dheo cuma mengikut.
Tidak lagi menahan dirinya.

Hidung kami berlaga.

“Why don’t you show me again?” Aku cuba menggodanya.

Dheo terus mencari mataku lepas aku berkata seperti itu. Tak percaya agaknya.
Mungkin ingat aku bergurau. Tapi aku tayang muka yakin. Tiada keraguan terpancar di
balik anak mataku.

“Are you sure?” Suara garau Dheo meminta kepastian.


406
Obey.tube
Dan tanpa ragu aku mengangguk.

“Empat tahun abang tak sentuh Rose. Abang tak tahu sama ada abang mampu
tahan diri abang lepas ni atau tak.”

“Don’t hold yourself anymore. I’m yours,” bisikku lembut ke telinganya.

SESUATU sedang bermain di kepalaku yang membuatkan aku tersedar dari lena.
Lantas perlahan-lahan mata dibuka. Jelas wajah Dheo beberapa inci daripadaku.
Tangannya sedang mengelus lembut rerambutku. Dan bila dia perasan aku dah buka
mata, senyuman versi pencair hati diberikan kepadaku.

“Morning, mia bella.”

Aku hanya senyum mendengar sapaannya itu.

“Awalnya abang bangun,” tegurku.

Indahnya kalau pagi-pagi macam ni. Buka mata aje dah disapa dengan wajah
kacak sang suami.

“Abang tengok wajah isteri kesayangan abang. Tak puas,” katanya. Usap pula pipi
mulusku.

“Abang rasa macam mimpi. Thank you, sayang!” sambungnya lagi. Kata-katanya
buatkan aku teringat apa yang jadi semalam.

Terasa panas muka. Tahu kulit wajahku mula brubah tona. Bila tengok Dheo
ketawa, aku tahu memang sah muka aku merah sekarang ini. Dia memang suka tengok
aku malu-malu macam ni!

“Dah subuh, sayang. Jom, bangun. Mandi. Lepas tu kita solat sama-sama,”
ajaknya. Bibir masih senyum. Gembira betul dia hari ni.

Aku menggeliat kecil.

“Malasnya nak pergi kerja,” rungutku. Penat rasa badan. Tidur pun rasa tak cukup.

“Jangan malas-malas. Jom!” Dheo tarik tangan aku.

407
Obey.tube
Malas-malas aku bangun. Mandi, solat dan bersiap untuk ke tempat kerja. Aku
punyalah lesu tapi aku hairan melihat Dheo yang bukan main bersemangat. Dia tak
penat ke? Muka pun aku tengok bercahaya aje.

Apa yang jadi semalam betul-betul mengubah mood Dheo. Masuk hotel, senyum
lebar. Nampak orang, senyum lebar. Sampaikan semua orang tak pecaya melihatnya.
Semua orang tertanya-tanya apa dah jadi dengan bos mereka?

Let’s just say... He’s smiling the whole day!

408
Obey.tube
Bab 49

S EPERTI yang dijanjikan dengan Hazel, hari Ahad itu kami keluar bersama.
Awalnya hanya berdua. Gara-gara Dheo tak mahu kami keluar berdua, dia menyuruhku
mengajak kawan lelakiku sebagai teman. Katanya, kalau jadi apa-apa, sekurang-
kurangnya ada lelaki. Bila aku mencadangkan nama Fahim, Dheo hanya setuju.
Katanya, kalau ayah percayakan Fahim, dia juga akan percayakan Fahim.

Nasib baik bila aku ajak Fahim, dia hanya bersetuju. Kebetulan dia sedang
berehat, tiada apa yang nak dibuat. Katanya memang macam bulan jatuh ke riba sebaik
sahaja mendengar ajakanku.

Pukul sepuluh pagi, Fahim datang menjemputku di hadapan rumahku. Sejak


tinggal bersama Dheo, aku hanya singgah beberapa kali ke rumahku. Biasanya untuk
berkemas. Tak nak rumah itu bersawang.

Kedengaran bunyi hon ditekan. Maksudnya Fahim dah sampai. Sebaik sahaja dia
berhenti di depan rumahku, aku terus masuk ke dalam keretanya. Dah lama tak jumpa
Fahim. Gembira dapat keluar dengan Hazel dan pada masa yang sama, dapat habiskan
masa dengan sahabatku yang seorang ini.

“Fahim, kau ni mandi ke tak?” soalku sebaik sahaja melihatnya.

Rambut tak berminyak macam selalu. Berserabai bermacam arah. Baju pun tak
bergosok. Pendek kata, selekeh.

“Apa ni? No I miss you, Fahim?” jawab Fahim balik. Mula menukar gear kereta
untuk memulakan perjalanan.

Aku julingkan mata ke atas.

“Seriuslah weh. Kau mandi ke tak? Kita nak jumpa orang lain juga, tahu tak?”
tegurku lagi.

Kalau kami keluar berdua, serius aku tak kesah. Tapi kami keluar dengan Hazel
nanti. Bakal bertemu dengan Hazel di Sunway Piramid. Gara-gara bertentangan arah,
kami setuju untuk pergi sendiri. Tak nak susahkan sesiapa. Tapi aku terpaksalah
susahkan Fahim gara-gara arahan Dheo.

409
Obey.tube
Apalah Hazel cakap nanti? Aku rasa mesti benda yang sama. Budak ni mandi ke
tak sebenarnya?

Rasa nak tepuk dahi sendiri!

“Mandilah. Tapi tak ada mood la nak pakai smart-smart hari ni. Tak apalah... Aku
tak peduli apa yang kawan kau tu cakap. Dia dah kahwin, kan? Kalau bujang lagi, tak
apalah juga pakai smart. Mana tahu sangkut.” Itu pula jawapannya.

Sudahnya aku hanya geleng kepala. Lupa kita sedang bercakap tentang Fahim.
Mana pernah dia kesah tentang apa yang orang lain cakap?

Dan yang penting, bila masa Fahim tahu malu?

“HAZEL!” panggilku saat melihat susuk kecil moleknya yang sedang berdiri itu.

Hazel berpaling ke arah kami. Sebaik sahaja melihatku, terus lebar senyumannya.
Dia melangkah mendekati kami.

“Hai, lama tak jumpa!” Kami bersalaman dan berpelukan.

“Hazel datang seorang aje ke?” soalku.

“Hilman hantarkan. Dia baru aje balik tadi. Dia ada kerja,” kata Hazel. Matanya
beralih pada Fahim. Buatkan aku teringat yang kami tak berdua.

“Oh, ya! Ni Fahim, kawan Rissa. Fahim, ni Hazel.” Aku memperkenalkan mereka
secara rasmi.

Mereka hanya berbalas senyuman.

“Rissa harap Hazel tak kesah Rissa bawa kawan.”

“Eh, tak kesah pun! Faham. Perempuan tak elok keluar seorang-seorang. Belajar
dari kesilapan sendiri.” Hazel sengih sesudah berbicara.

Aku ketawa kecil mendengarnya. Teringat balik peristiwa dia diserang dulu.
Semuanya gara-gara dia keluar bersendirian. Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius
berlaku. Aku rasa sebab itulah hari ni suaminya sendiri menghantar dan mengambil
Hazel.

410
Obey.tube
“Kaki Hazel dah okey ke?” Aku tahu walaupun peristiwa itu dah lama berlalu,
tapi tak salah kalau aku ambil berat, kan?

“Dah. Dah boleh lari dah. Nasib baik ada Dheo selamatkan Hazel dulu,” jawab
Hazel dengan gembira.

Perbualan kami terhenti seketika bila Fahim berdehem. Aku dan Hazel berpaling
ke arahnya.

“Errr... Nak pergi tandas kejap la,” kata Fahim. Belum sempat nak angguk, dia
dah buka langkah.

Menghilang di celah orang ramai.

“Hmmm... Muka Hazel ni ada macam e-coli ke? Tiap kali nampak Hazel, mesti
cari tandas.” Kata-kata Hazel itu buatkan aku tergelak.

“Mana adalah. Kebetulan agaknya. Lagipun memang dari dalam kereta lagi dia
cari tandas,” kataku. Memang betul pun. Fahim memang dari dalam kereta lagi tak
sabar-sabar nak bermaraton ke tandas. Katanya tak tahan nak terkucil.

“Manalah tahu. Dia malu dengan Hazel ke?”

Aku ketawa mendengarnya. Fahim pemalu? Beruk pun boleh gelak kalau dengar.

“Jangan risau. Hazel akan suka dengan Fahim lepas ni. Dia jenis yang masuk air.
Percayalah.”

MEMANG betul pun. Sebaik sahaja kami mula makan bersama, Hazel dan Fahim
macam dah kenal lama. Kedua-duanya suka loyar buruk, memang menjadilah dua orang
tu. Tak kering gusi dibuatnya.

Hazel dan Fahim juga punya perangai yang sama. Kaki wayang. Bila kami
bercadang untuk menonton wayang bersama, boleh dikatakan semua cerita mereka
berdua dah tonton. Hazel dah tengok semua cerita, aku tak pelik. Tapi bila Fahim cakap
macam tu, jeling juga kat dia sedas.

Bila masa dia ada masa untuk menonton wayang? Kata selalu sibuk. Bagaikan
faham dengan jelinganku, dia cuma sengih. Menyatakan selalu dia menonton midnight
movie untuk hilangkan stres kerja.

411
Obey.tube
Aku hanya diam bila mereka berdua berdebat. Membiarkan mereka berdua
memutuskan untuk menonton cerita apa. Aku hanya mengikut. Janji bukan
dokumentari, insya-Allah aku layan sampai habis wayang. Aku tahu cita rasa Fahim.
Dia punya mestilah filem aksi. Tapi aku tak tahulah Hazel pula. Haraplah mereka
sefahaman.

Usai menonton wayang, kami pergi main boling pula. Kali ini Fahim yang belanja
kami semua. Saja bermain untuk hilangkan stres. Bab main boling, Fahim memang
hebat. Setiap game dia dapat strike. Tak pernah tak strike! Coordination terbaik. Jeling
juga aku dan Hazel kepadanya. Dengki.

Macam mana dia hebat sangat? Sampaikan dua gadis di lanesebelah kami pun tak
selindung tayang muka kagum dengan Fahim. Fahim masa tu muka berlagak tak payah
nak cakap la. Rasa nak aje bagi makan bola boling.

JAM di tangan kini menunjukkan pukul lima petang. Kami semua pergi solat dulu
sebelum balik. Aku dan Fahim balik dulu. Tapi Hazel katanya mahu menunggu
suaminya. Katanya nak teman Hilman makan dan kemudiannya Hilman mahu mencari
barang. Hazel bergurau mengatakan mahu keluar dating dengan Hilman pula.

Aku hanya tersenyum mendengarnya. Dalam hati, sedikit rasa cemburu. Terus
kepala melayang kepada Dheo. Bila agaknya aku dan Dheo boleh keluar di depan
umum macam tu? Keluar sambil berpegang tangan tanpa risaukan orang sekeliling.

Mengeluh! Aku harus ingat kisah kami tak sama dengan orang lain. Mungkin satu
hari nanti akan tiba juga masanya, tapi yang pasti bukan sekarang.

Tak apalah... Kemunculan Dheo dalam hidupku dah lebih daripada cukup. Aku
bersyukur dan aku tak mengharapkan lebih. Tak nak tamak sebab takut Allah tarik.
Kalau tiba-tiba Allah tarik Dheo, macam mana?

Tak sanggup nak bayang. Sebab sayangku padanya bukan sikit. Kalau tiba-tiba
benda yang sama berulang, bezanya aku dan Dheo bertukar tempat, aku tak tahulah
macam mana penerimaanku. Mungkin aku tak sekuat Dheo.

“Suami Hazel dah sampai dah.”

Kata-kata Hazel itu buatkan aku kembali ke alam nyata. Dia menunjukkan ke arah
seorang lelaki yang sedang berjalan ke arah kami.

412
Obey.tube
Aku hanya senyum. Orang tu dah tak sabar-sabar nak sambung dating dengan
suaminya pula, takkanlah kita nak halang, kan? Aku pun tak sabar-sabar nak balik.
Rindu dengan Dheo juga.

“Fahim mana? Tak balik lagi ke?” soal Hazel lagi.

Geleng dan senyum lagi. Ya... Fahim pergi tandas lagi! Aku tak tahulah dalam
sehari, berapa kali dia nak pergi tandas. Pundi kencing aktif betul!

“Thank you, Rissa. Enjoy keluar hari ni.”

“Rissa pun enjoy. Thanks pada Hazel yang ajak Rissa,” balasku balik.

“Ada masa, kita keluar lagi. Boleh ajak Fahim sekali. Dia fun.”

Wajah Hazel sedikit berkerut. Nampak macam berfikir.

“Tapi, kan! Hazel still rasa yang Hazel pernah nampak muka dia. Tapi kat mana,
ya?” Sejak pertemuan di kafe sampailah hari ni, dia masih ulang benda yang sama.

“Pelanduk dua serupa kut?”

“Haaa... Hazel dah ingat dah! Lelaki nombor dua.” Bercahaya betul wajahnya
lepas apa yang dicarinya jumpa.

“Lelaki nombor dua?” Blur aku bertanya.

“Betullah. Lelaki nombor dua. Nama dia Fahim juga. Masa Dheo selamatkan
Hazel, dia pun ada sama.”

Sekali lagi dahi licinnya nampak berkerut.

“Tapi masa tu dia handsome. Tak pakai spec pun. Rambut pun pacak. Dia ada
kembar ke?” Hazel seakan-akan bertanya kepada diri sendiri.

Aku pula yang mendengarnya sedikit terkedu. Fahim dan Dheo? Eh, tak
mungkinlah!

“Eh, panjang pula kita berbual! Hazel minta diri dululah. Abang Man dah lama
tunggu. Ada jodoh, kita jumpa lagi, ya? Nanti kirim salam dekat Fahim juga.” Hazel
pamitan. Kami bersalam dan berpeluk dulu sebelum dia berjalan ke arah suaminya.

Dan aku masih lagi memikirkan kemungkinan itu. Fahim dan Dheo?

413
Obey.tube
AKU hanya berdiam diri di dalam kereta. Fahim pula tenang memandu. Mungkin agak
penat, dia pun lebih selesa tutup mulut.

Aku pandang dia. Teringat balik apa yang dikata Hazel. Hazel pernah bertemu
dengan Fahim sebelum ini. Dan Fahim bersama Dheo. Tak mungkin semuanya
kebetulan, kan? Tak mungkin juga dua Fahim yang berbeza.

Lidah ingin bertanya. Tapi aku tak tahu nak tanya apa. Sebab itulah aku lebih
selesa berdiam diri. Merangka soalan. Tunggulah bila masa yang sesuai, baru aku
bertanya. Sekarang ini dia tengah memandu. Buatnya dia terkejut, tak pasal-pasal cium
pembahagi jalan pula Suzuki Swift kesayangan dia ni.

Tapi... Fahim dan Dheo? Masih cuba merungkai apa-apa kemungkinan. Fahim ni,
pandu kereta pun macam baru dapat lesen, takkanlah boleh terlibat dengan Dheo. Kalau
dah kenal Dheo, mesti kenal Dheo siapa. Secara teknikalnya orang-orang sekeliling
Dheo boleh dikatakan lasak. Kalau dia kenal Dheo, kenapa dia buat-buat tak kenal di
depanku? Dia pun orang suruhan Dheo ke?

Tapi Fahim lembut. Kadang-kadang macam perempuan. Tak dinafikan ada


masanya perangai jantannya terserlah. Tapi jarang sangat. Contohnya macam nak halau
lelaki yang menguratku. Tak pun bila dia dah hilang sabar sangat. Selebihnya, Fahim
cumalah Fahim.

Terasa kereta tiba-tiba brek mengejut. Sampai terpelanting ke depan aku


dibuatnya. Kepala dahlah tengah berkhayal. Mana tak terkejut? Nasib baik tali pinggang
keledar terpasang. Kalau tak, sah kepala cium cermin depan tak pun dashboard.

Baru aje nak tanya kenapa, aku nampak kereta Fahim dan dipotong oleh sebuah
kereta Ford Ranger. Bila nampak dua lelaki bertubuh sasa melangkah keluar, aku telan
liur. Tak sedap hati. Dada mula berdebar kencang.

Mereka berlari ke arah kereta kami. Pintu sebelahku dibuka. Tapi nasib baik
terkunci. Tapi itu tak menghalang lelaki itu daripada memecahkan tingkap kereta
Fahim. Aku menjerit bila nampak lelaki itu menyiku tingkap kereta sebelahku.

Segalanya terjadi terlalu cepat. Sebaik sahaja cermin tingkap berjaya dipecahkan,
pintu terus dibuka dari dalam dan aku terus ditarik keluar. Aku menjerit lagi.

“Nurissa!” Suara kuat Fahim memanggilku saat melihat tubuhku diheret. Fahim
sendiri kulihat sedang bergelut dengan seorang lelaki lagi.

“Fahim! Tolong aku.”

414
Obey.tube
Aku menjerit minta tolong. Meronta untuk melepaskan diri dari genggaman erat
lelaki itu. Kaki dan tangan, semuanya begerak. Bila dapat peluang, aku gigit kuat-kuat
lengan lelaki yang memegangku itu. Kalau hilang dagingnya pun aku peduli apa.

Dia menyeringai kesakitan sebelum aku dilepaskan. Kaki terus berlari ke arah
Fahim. Lelaki bersama Fahim itu, sebaik sahaja melihatku terus melepaskan Fahim.
Kini aku pula ditangkapnya.

“Lepaslah!” jeritku kuat. Menendang ke pelbagai arah supaya dia melepaskanku.

“Shut up!” Tak pasal-pasal pipi aku ditampar sedas. Berpinar-pinar rasa mata
gara-gara penangannya.

Fahim terus berdiri. Cermin matanya dibuang. Wajah bertukar garang. Berlari ke
arah kami dan kepala lelaki yang sedang memegangku itu disiku kuat.

“Kau jangan sentuh dia!” Garang suara Fahim.

Aku ditarik Fahim supaya berdiri di belakangnya. Kami berdua berjalan


mengundur ke belakang.

“Bagi dia kepada kami kalau kau nak hidup, budak.” Lelaki berbaju biru itu
bersuara. Pistol dikeluarkan dan dihalakan ke arah kami. Nak pengsan aku melihatnya.
Tubuh menggigil ketakutan.

“Over my dead body,” balas Fahim serius.

“Gladly!” Satu das tembakan kedengaran dan aku lihat lengan baju Fahim tiba-
tiba bertukar merah.

Aku menjerit kuat bila melihat Fahim ditembak. Terasa tubuhku ditarik kuat. Aku
terlepas daripada pegangan Fahim. Aku nampak wajah Fahim berkerut menahan
kesakitan. Sebelah tangannya memegang tempat yang ditembak itu.

“Fahim!”

Aku mahu berlari ke arah Fahim. Tapi tiba-tiba tubuhku lagi sekali ditangkap oleh
lelaki berbaju biru itu. Sekali lagi aku diseret ke arah keretanya.

Melihat aku diheret sekali lagi, aku nampak Fahim mengetap gigi. Mungkin
kerana terlalu marah dan juga menahan sakit. Fahim keluarkan sesuatu daripada
belakang seluarnya. Pistol!

Dan dia berlari laju ke arah kami. Sambil mengelak daripada ditembak oleh lelaki
berbaju hitam. Pada masa yang sama, Fahim juga melepaskan tembakan bertalu-talu ke
arah lelaki berbaju hitam itu untuk mempertahankan diri.

415
Obey.tube
Apabila kedengaran sekali lagi tembakan mengena dan bunyi orang mengerang
kesakitan, kepala sepantas kilat menoleh ke arah itu. Dada berdebar-debar. Takut Fahim
sekali lagi kena tembak.

Tapi sangkaanku meleset. Yang rebah itu adalah lelaki berbaju hitam itu. Sedikit
lega melihat Fahim tiada apa-apa. Aku nampak kepala lutut sebelah kanan lelaki itu
berdarah. Fahim pula cepat bertindak. Pistol yang terlepas dari genggaman lelaki itu
terus disepak entah ke mana.

Untuk seketika, aku nampak mereka bergelut. Pistol Fahim juga terlepas dari
tangan dan mereka mula tumbuk-menumbuk. Lelaki yang sedang memegangku itu pula
menghalakan muncung pistolnya ke arah mereka berdua. Teragak-agak untuk
menembak, tapi aku tahu sasarannya adalah Fahim.

Aku harus berbuat sesuatu! Aku kena lakukan sesuatu supaya dapat mengalih
perhatian pistol lelaki itu. Fahim tak mungkin dapat melawan dua orang. Dan untuk itu
aku harus cuba menolongnya semampu aku.

Lantas aku pijak kaki lelaki itu sekuat hati. Dia mengerang kesakitan. Tapi belum
cukup untuk membuatkan dia melepaskanku. Cukup untuk dia mengalihkan perhatian
daripada mereka. Aku dipandang garang.

Pang! Pipiku makan tangan besarnya lagi. Untuk kali yang ke berapa, aku pun tak
tahu. Tapi yang pasti, dalam mulutku mula rasa macam besi. Darah!

Kepala Fahim laju menoleh ke arahku sebaik sahaja mendengarnya. Matanya


mencerlung garang tiba-tiba dan lelaki di depannya dibelasah sampai lembik.

Fahim kini berlari laju ke arah aku pula. Aku masih cuba melepaskan diri. Tak
peduli walau dah berapa kali menerima tamparan jantan lelaki berbaju biru itu. Selagi
aku masih kuat, kudrat digunakan untuk melawan! Aku harus mencuri masa daripada
terus diseret lelaki itu. Aku tak boleh lemah!

Beberapa meter jarak kami, Fahim mengubah rentak langkahnya. Menapak


perlahan-lahan dan penuh berjaga-jaga. Tangan kanannya memegang utuh pistolnya.
Matanya dingin merenung ke arah lelaki di belakangku.

“Kalau kau dekat, aku bunuh perempuan ni.” Lelaki di belakangku mengugut.

Bibir Fahim senget menyinis.

“Your boss wants her alive. Kau takkan berani.”

Lelaki itu diam. Tapi perlahan-lahan kami menapak ke arah keretanya. Yang pasti,
kalau dia mahu menculikku, dia takkan sempat. Fahim pasti akan dapatkannya dulu.
Jadi aku tak tahu apa yang dia mahu lakukan sekarang ini.

416
Obey.tube
“Kau nak ke mana? Orang-orang Dheo bila-bila masa boleh muncul.” Dingin
suara Fahim. Ini bukan Fahim yang aku kenal. Ini Fahim versi menyeramkan. Ini Fahim
yang berselindung di balik cermin mata besar dan gaya sotongnya.

Aku dapat rasakan lelaki di belakangku telan liur.

Bagaikan menjadi nyata pula kata-kata Fahim itu. Beberapa saat kemudian,
kedengaran dua buah kereta dibrek secara mengejut. Lelaki di belakangku pula sepantas
kilat bertindak. Tubuhku ditolak sekuat hatinya. Aku terjerit kecil saat terasa tubuh
terpelanting ke tepi.

Dush! Belakang kepalaku terhantuk batu besar. Aku menjerit kesakitan sebelum
rasa ada tompok-tompok hitam mula menghiasi pandangan. Mata mula memberat. Tapi
aku sempat melihat beberapa susuk tubuh mendekatiku. Juga mendengar kereta lelaki
itu memecut pergi.

Aku dapat dengar panggilan Fahim. Sayup-sayup suaranya memintaku untuk terus
membuka mata. Tapi malangnya aku tak dapat mengikutnya. Mata rasa terlalu berat.
Sudahnya, gelap duniaku.

417
Obey.tube
Bab 50

P ERLAHAN-LAHAN mata dibuka. Pandangan ditala ke arah sekeliling bilik


itu. Pandangan kosong. Hanya kedengaran bunyi-bunyi mesin yang disambungkan ke
tubuhku. Ada juga IV dripbersambung dengan tangan kananku. Walaupun hiasan bilik
ini bagaikan bilik hotel, tapi aku tahu aku berada di hospital sekarang ni.

Menggamit memori lama. Kali terakhir aku sebegini adalah ketika kali pertama
aku sedar dari koma. Siapa sangka sekali lagi aku berada dalam situasi yang sama.
Bezanya kali ini, ketika aku sedar, bukan ayah di sisiku. Tapi Dheo.

Dheo duduk di sebelahku. Tangan kiriku berada dalam tangannya dan kepalanya
dilentokkan di atas katil di tempatku berbaring. Hatiku tersentuh melihat Dheo seperti
itu. Kenapa dia menyeksa tubuhnya sedangkan bilik itu punya sofa yang selesa?

Aku menggerakkan jari-jemariku. Dan kepala Dheo terus tegak. Apa yang aku
lihat buatkan aku hampir terkejut. Wajahnya jelas kepenatan. Dengan lingkaran gelap di
bawah matanya dan matanya juga agak merah. Kurang rehat. Kurang tidur.

“Mia bella, you’re awake!”

“Air...” Serak suaraku. Tapi Dheo dapat menangkapnya. Segelas air diberikan
kepadaku dan aku dengan rakus meneguknya sampai habis. Rasa macam sangat
dehidrasi.

Aku nampak Dheo menekan sesuatu di kepala katilku. Mungkin untuk memanggil
doktor. Tepat sangkaanku, beberapa saat kemudian ada seorang doktor dan seorang
jururawat datang memasuki bilikku ini.

Untuk seketika, doktor itu memeriksaku. Soalansoalan yang sama ditanya. Macam
dulu juga, doktor itu mahu memeriksa kadar kecederaan otakku.

“Isteri I macam mana, doktor?” Dheo bertanya. Meskipun dengan keadaan yang
jelas kepenatan, suaranya masih punya authority.

“Dia okey. CT Scan pun tiada menunjukkan apa-apa kecederaan teruk pada
otaknya. Dia kena banyak berehat. Tapi you pernah cakap yang wife you ada amnesia.
Tengok dalam beberapa hari ini. Hopefully, the incidence won’t worsen her amnesiac
status. Dan kita akan lakukan pemeriksaan otak sekali lagi. Buat masa sekarang,

418
Obey.tube
your wife hanya perlu banyak berehat dan elakkan stres.” Panjang lebar doktor itu
menerangkan kepada kami.

Entah apa lagi soalan yang ditanya Dheo, aku hanya diam. Tak dapat tumpukan
perhatian. Sedar-sedar, kami kini kembali tinggal berdua. Dheo kembali duduk di
tepiku.

“Berapa lama Rose pengsan, bang?” soalku. Melihat keadaan Dheo, aku tak rasa
aku cuma pengsan beberapa jam.

“Three days, Rose. These three days were hell and I can’t imagine if you sleep
longer,” luah Dheo. Tanganku kembali digenggam dan dibawa lama ke bibirnya.

“Abang minta maaf. Sebab abang, Rose macam ni,” katanya lagi. Penuh kesal.

Kata-katanya itu buatkan aku kembali teringat apa yang jadi sebelum ni. Penyebab
aku terlantar di atas katil ini. Mengingatkannya, tubuhku sedikit menggigil. Mungkin
kesan trauma.

“Benda dah nak jadi. Bukan salah abang,” kataku perlahan.

Kemudian teringatkan Fahim. Banyak sangat persoalan aku nak tanya, tapi buat
masa sekarang aku tak larat. Penat sangat.

“Fahim macam mana, bang?” soalku risau. Kali terakhir aku ingat dia ditembak.
Apa jadi lepas tu, aku tak tahu.

Dheo diam dulu. Mengeluh lemah.

“Dia selamat. Minor injury. Tiada apa-apa yang teruk pun,” jawab Dheo.

Lega aku mendengarnya. Kawan aku baik-baik sahaja.

Kawan? Dia kawan aku lagi ke? Walaupun dia dah selamatkan aku, tapi aku tetap
rasa ditipu. Kejadian itu membuktikan yang Fahim bukan Fahim yang aku kenal.
Segala-galanya tentang Fahim adalah cuma satu penipuan. Aku rasa tertipu dengannya.
Aku rasa persahabatan kami sebelum ini hanyalah palsu.

Aku dengar Dheo berdehem.

“Fahim...”

Aku geleng kepala kepadanya. Aku tak nak dengar apa-apa buat masa sekarang.

“Not now. I’m tired,” kataku lemah.

419
Obey.tube
Dheo angguk perlahan.

“I’m sorry.” Rapuh suaranya. Bagaikan tahu hancurnya hatiku sekarang ini.

Diam.

Wajah Dheo dipandang sekilas. Aku tahu aku juga patut marah dengannya. Sebab
dia pun dua kali lima Fahim. Bersubahat. Malah, dialah dalangnya. Tapi, melihat wajah
lesunya, aku tak sampai hati untuk memarahinya.

Jemari lemah diangkat untuk mengusap pipinya. Rindu dengannya. Marah-marah


pun masih rindu dan sayangkannya.

“Abang nampak teruk. Abang tak tidur ke?” soalku lagi. Risau melihat
keadaannya.

Dheo geleng kepala.

“Macam mana abang nak tidur kalau isteri abang macam ni? Abang takut sejarah
kembali berulang. Abang tak sanggup,” katanya. Tersentuh aku mendengarnya.

“Rose dah bangun. Abang tak perlu takut lagi.

Abang juga perlukan rehat.”

“Tapi...”

“Meh sini,” ajakku. Sambil tepuk katil sebelahku yang kosong.

Bilik kelas VIP, katilnya bersaiz king. Sangat selesa dengannya. Jadi, tak salah
aku mengajak Dheo untuk baring bersamaku.

Nampak wajah Dheo macam teragak-agak.

“Abang, baringlah sini. Rose rindukan abang!” kataku lagi. Merayu.

Dheo terus patuh. Bangun dari duduknya dan berlalu ke sebelahku yang kosong.
Perlahan-lahan dia memanjat katil dan berbaring di sebelahku. Mengiring
menghadapku.

“Apa yang abang takutkan? Rose cuma cedera kepala aje. Yang lain masih okey,”
tegurku.

Dheo mengengsot mendekatiku. Tapi masih berjarak.

420
Obey.tube
“Rose tahu abang penat. Jadi, abang tidurlah. Abang dah teman Rose tidur dan
sekarang ni Rose temankan abang tidur pula.”

Tangan perlahan-lahan mencari tangan besarnya. Aku masukkan jari-jemariku di


celah-celah jari kasarnya. Genggam erat.

“Kalau abang takut Rose hilang, Rose pegang tangan abang. Rose selalu ada
dengan abang, okey?” kataku lagi.

Dheo hanya melihat tangan kami yang bersatu itu sebelum wajahku dipandang.
Aku senyum kepadanya. Perlahan-lahan aku melihat matanya mula melayu sebelum
tertutup rapat. Jelas kepenatan.

Seketika kemudian, aku melihat dada Dheo berombak lembut dan dia setenang
bayi telah dijemput lena. Aku mengambil peluang untuk menatap wajah Dheo sepuas
hati.

Tanpa sedar, air mata yang kutahan tadi akhirnya tumpah jua.

DAH dua hari aku dibenarkan pulang. Tapi aku memilih untuk berkurung di dalam
bilik. Makan dan minum pun dijemput. Sebab aku memang tak berapa selera.
Bermacam-macam bermain dalam fikiranku buatkan aku beremosi.

Ada ketika aku sedih. Kadang-kadang sampai mengalir air mata. Ada masanya
aku rasa marah. Sampai rasa nak baling barang. Entahlah... Lepas kemalangan, emosi
aku terganggu. Aku tahu sebabnya tapi aku memilih untuk memendamnya dulu. Belum
masanya lagi aku menceritakan kepada sesiapa. Tunggulah.

“Rose!”

Cepat-cepat aku lap air mata sebelum pusing ke arah Dheo. Senyuman plastik
dihulurkan. Tapi Dheo terlalu bijak untuk membaca air mukaku. Wajahnya berkerut
memandangku. Dia tahu aku baru lepas menangis.

“Rose, kalau Rose ada masalah, cakap kat abang. Abang tak suka tengok Rose
macam ni.”

Seringkali Dheo merayu benda yang sama, tapi aku hanya diam. Tapi aku lega
Dheo tak pernah memaksaku untuk bercerita.

Aku hanya geleng kepala. Macam biasa.

421
Obey.tube
Dheo mengeluh. Langkahnya diatur ke arahku. Tubuhku didakap kemas. Tapi aku
rasa tak selesa. Aku tak tahu kenapa aku tak boleh dekat dengannya. Rasa bersalah.
Rasa sedih. Lantas aku merungkai pelukan kami.

Wajah Dheo jelas terluka bila aku menolaknya. Segala usahanya untuk
menyentuhku, aku selalu tepis. Aku rasa bersalah tapi aku tetap lakukan juga. Selagi
aku dibelenggu masalah, selagi itulah aku rasa bersalah disentuhnya. Apatah lagi Dheo
menipuku.

“Rose selalu mengelak dari abang. Abang ada buat salah ke? Atau mungkin sebab
Fahim?”

Mendengar nama Fahim, segala persoalan masih belum berjawab. Dan tiba-tiba
aku rasa marah.

“Memang pun. Semuanya penipu!” tuduhku. Dada naik turun menahan marah
yang tiba-tiba muncul.

Dheo terdiam.

“I just want to protect you, Rose. Sebab tu abang suruh Fahim


jadi bodyguard Rose.”

“Tiga tahun. Tiga tahun Rose ditipu. Rose rasa semuanya palsu. Seolah-olah
Fahim sendiri terpaksa menjadi kawan Rose sebab abang.”

“No. Fahim ikhlas jadi kawan Rose. Dia memang orang suruhan abang, tapi dia
juga kawan Rose. Rose sendiri boleh rasakan bagaimana persahabatan Rose dan dia.”
Dheo bagaikan memujukku.

Aku terdiam. Aku tahu Dheo lakukan semuanya untukku, tapi aku masih rasa
kecil hati. Mungkin sebab rasa dikhianati.

“Rose jauh dari abang. Apa lagi yang abang mampu lakukan untuk lindungi Rose?
Rose mungkin dalam bahaya, sebab itulah abang akan pastikan Rose selalu di bawah
pantauan orang-orang abang.”

Aku tak pelik bila Dheo buat macam tu. Aku marah. Tapi aku juga faham. Sebab
keselamatanku terletak yang paling atas.

“Why did you think I let you to walk alone, to stay in your house alone? Sebabnya
abang tahu Rose selamat. Abang nak jaga Rose tapi pada masa yang sama, abang tak
nak rampas kebebasan Rose. Abang nak Rose rasa hidup macam orang normal.”

422
Obey.tube
Aku diam lagi. Sekarang ini baru rasa semuanya masuk akal. Dia betul. Dia tak
pernah sekat kebebasanku. Sekali pun aku tak pernah rasa terkongkong. Walaupun
sepatutnya aku rasa seram. Hidupku selama lebih tiga tahun ini diperhatikan orang.

“Tell me, siapa lagi orang-orang abang yang Rose kenal?” soalku. Dapatku
rasakan bukan Fahim seorang. Entah-entah semua kawanku adalah orang-orang Dheo.

“Fahim, Tiqah dan Azrul.”

Aku angguk lagi. Tak pelik. Semuanya orang-orang yang dekat denganku.
Patutlah sikap mereka kepadaku agak lain macam. Terlebih protective bila perlu.
Semuanya adalah kerana amanah Dheo.

Itu yang aku kenal. Yang aku tak kenal?

“Trust me, Rose. They all love you. Bukan sebab abang yang suruh. Mereka semua
ikhlas dengan Rose. Malah, abang rasa semua anak buah abang sayangkan Rose dan
hormatkan Rose.”

Dalam hati mengeyakan. Tahu. Aku dapat rasakan semua yang ditunjukkan
mereka memang ikhlas. Bukan ditunjuk-tunjuk. Ketika ayah meninggal, Kak Tiqah
beria-ia menangis untukku. Azrul memberi kata-kata semangat padaku.

Bila di universiti pula, Fahim selalu menemaniku. Tak kiralah ke mana. Tak
kiralah hari apa, sedang buat apa atau pukul berapa, bila aku meminta tolong atau
mahukan sesuatu, dia takkan pernah menolaknya.

“Rose tahu,” jawabku perlahan.

“Tapi bukan itu masalahnya,” sambungku lagi.

Air mata kembali bertakung. Tapi cepat-cepat aku pandang ke tempat lain.
Berharap Dheo terlepas pandang.

Dheo menghampiriku. Bila dia tegak berdiri di depanku, kedua-dua bahuku


dipegang lembut. Aku ditarik rapat ke arahnya. Kali ini aku tidak menolak sentuhannya.

“Then tell me, Rose. Apa yang mengganggu fikiran Rose?” Suara merayu daripada
Dheo. Buatkan hatiku rasa dicengkam. Sebak.

Aku dongak kepala pandang dia. Sebaik sahaja melihat wajah kacak Dheo, air
mataku terus mengalir. Teresak-esak aku menangis tanpa ditahan. Aku sedih yang
teramat.

Dheo tarik aku ke dalam pelukannya. Mengusap-usap rerambutku. Mengelak


daripada tempat yang masih bertampal plaster.

423
Obey.tube
“Rose buat abang risau. Abang ada buat salah dengan Rose ke?” soal Dheo. Pada
masa yang sama aku tahu dia takut kalau semuanya betul.

Aku hanya diam. Terus teresak di dada bidangnya.

“Bagi tahu abang. Biar abang tolong Rose,” pujuknya lagi.

Untuk seketika aku hanya menghamburkan air mataku di dadanya. Kemudian aku
menjarakkan tubuhku. Wajah Dheo dipandang dengan mata yang masih bersisa air
mata.

“Apa lagi yang abang sorokkan daripada Rose?” soalku perlahan.

“Apa lagi yang abang rahsiakan tanpa pengetahuan Rose? Bagi tahu Rose, abang.
Abang ada sorokkan sesuatu daripada Rose ke?” tambahku lagi. Matanya ditentang
lama. Mencabarnya untuk menipuku.

Dheo telan liur. Tergamam. Terasa tangannya yang mendarat di pinggangku


dicengkam sedikit tanpa sedar.

“Tell me, abang. Because I remember everything now!”

424
Obey.tube
Bab 51

D IAM. Sunyi. Tak berkutik seisi alam. Kalau ada pin yang jatuh sekali pun,
semestinya bunyi yang terhasil pasti sangat lantang. Untuk seketika hanya diam
memenuhi bilik itu. Dapatku rasakan juga ketegangan mula menular di udara.

Wajah Dheo masih terkedu mendengar pengakuanku itu. Tangannya terasa sedikit
longgar tapi masih lagi di pinggangku. Dheo merenungku. Mencari kebenaran. Aku
pula tayang muka serius. Tak main-main.

Sekali lagi Dheo telan liur bila melihat keseriusan wajahku.

“Bila Rose ingat semuanya?” soal Dheo. Penuh hati-hati.

“Lepas sedar dari pengsan di hospital. Rose dah ingat semuanya. Semasa Rose tak
sedar, semuanya bagai ulang tayang. Dari permulaan kita kenal, sehinggalah kejadian
hari tu. Rose ingat semuanya, bang. Ingatan Rose dah pulih sepenuhnya,” kataku. Air
mata mengalir lagi. Yang pasti bukan air mata gembira.

Sepatutnya berita ini disambut dengan penuh kegembiraan. Aku dah ingat
semuanya. Aku ingat segala memori indah dengan Dheo. Aku ingat kenangan dengan
arwah ibu. Aku ingat aku yang dulu.

Tapi tidak. Aku gembira. Sebab aku juga teringat sesuatu yang aku sendiri tak
pasti. Jawapannya hanya boleh disahkan oleh Dheo. Hanya Dheo yang tahu. Dan aku
rasa aku tahu jawapannya. Tapi aku tetap takut untuk menerimanya.

Dalam-dalam nafas ditarik. Sekali lagi wajah suamiku ditayang. Tak dapat
dinafikan, insan di depanku sekarang ini adalah insan yang paling aku sayang.
Bermacam-macam aku lakukan dulu semata-mata untuk berdiri di sebelahnya. Tak
senang untuk aku menjadi isteri seorang Dheo Han.

“Bagi tahu Rose, abang. Dalam banyak-banyak cerita abang, apa yang abang tak
pernah cerita pada Rose? Atau sebenarnya cerita yang sengaja abang sorok daripada
Rose?” soalku lagi. Aku mahu mendengar kejujuran daripada mulut Dheo. Aku nak dia
sendiri yang mengaku.

Aku nampak mata Dheo berair. Jelas kekesalan. Berat hati ingin menyatakan
kebenaran kepadaku, tapi dia tahu dia perlu memberitahuku. Terutama sekali bila aku
yang merayu. Bila aku mahu dia sendiri jujur denganku.

425
Obey.tube
“I’m sorry,” ucap Dheo.

Dan aku lihat air jernih keluar dari matanya. Laju seperti aku sekarang ini.

“I’m sorry, Rose. I’m sorry.” Tubuhku kini didakap erat. Bagaikan aku tak mahu
dilepasnya. Bagaikan tahu andai dia jujur denganku, aku akan marah dia dan dia
mungkin akan hilang aku.

Terenjut-enjut bahunya kerana menangis. Hati tersentuh melihat tangisannya. Tapi


aku tetap mahu mendengar semuanya.

“Tell me, abang!” paksaku. Dheo tak habis-habis meminta maaf daripadaku.
Bukan minta maaf dia yang aku nak dengar sekarang ni.

Kini Dheo pula jarakkan tubuh kami. Wajahku dipandang sayu. Kemudian dia
cuba menenangkan diri. Pejam mata. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum matanya
kembali dibuka. Jelas terbias perasaan sedih dan kesal.

Buatkan aku sekali lagi mahu menangis!

Aku sabar menunggu dia berkata.

“Rose gugur. Kita dah hilang anak kita. Our child could not make it.”

Dan air mata yang masih belum kering kembali lebat. Longlai tubuhku saat
mendengar berita itu. Tapi Dheo terus menangkapku. Dia membawaku duduk di atas
katil.

“Anak kita, bang! Anak kita.” Lemah suaraku. Kembali teresak di dadanya. Erat-
erat aku peluk Dheo untuk meminta kekuatan.

Aku dah dapat agak jawapan Dheo. Malah aku tahu sebenarnya. Tapi bila Dheo
mengesahkannya, impaknya terasa sama. Beberapa hari aku kebalkan hati, ambil masa
untuk aku bertanya Dheo. Supaya hatiku kuat ketika menerimanya.

Tapi... Aku lemah. Menerima kebenaran itu perit meskipun aku dah tahu. Inilah
yang selalu Dheo pesan dulu. Bila ingatanku kembali, bukan hanya memori yang
manis-manis aku dapat ingat. Aku akan ingat kembali juga memori sedih ini. Dia dah
lama tahu tapi dia sengaja biarkan aku untuk tahu sendiri.

Aku masih ingat ketika kali pertama aku mendapat berita gembira itu. Bagaimana
aku lakukan kejutan untuk memberitahu Dheo berita gembira itu. Sediakan makan
malam romantik sambil meletak Sonogram pertamaku di bawah pinggan Dheo. Bila
Dheo mendapat tahu, aku terus dipeluk erat-erat. Wajahnya bercahaya. Kami sama-
sama teruja untuk menerima cahaya mata yang pertama. Sampaikan
tahap overprotectiveDheo naik setingkat.

426
Obey.tube
Anak itu terhasil ketika malam pertama kami. Dan ketika kemalangan berlaku,
usia kandunganku ketika itu lebih kurang tiga bulan. Apa yang jadi pada kandunganku
ketika itu? Aku juga ingat ketika kemalangan, aku sempat melihat darah pekat mengalir
keluar daripada celah kelangkangku.

“Rose gugur dalam kemalangan itu ke?” Aku ingin tahu. Walaupun aku dah ingat
semuanya, tapi aku tak tahu apa yang dah jadi ketika fasa aku koma.

“Anak kita selamat lepas kemalangan tu. Anak kita meninggal dalam perut ketika
usia kandungan dua puluh satu minggu. Sifatnya sempurna. Anak kita lelaki.
Muhammad namanya,” cerita Dheo. Suaranya jelas menahan sebak.

Dan sekarang aku tak pelik kenapa wujudnya parut pembedahan di bahagian
perutku. Sangkaku dulu parut itu kesan daripada kemalanganku. Tak pernah sekali pun
aku mempertikaikannya. Siapa sangka ada janin yang pernah menumpang di dalam
rahimku?

“Kalau Rose sedar, mesti anak kita dah survive, kan? Semua ni salah Rose. Rose
yang lemah.” Aku tetap terkilan. Sedikit-sebanyak aku salahkan diri sendiri.

Dheo terus tolak sedikit tubuhku bila aku cakap macam tu. Daguku dipegang dan
ditolak supaya memandangnya. Wajahnya serius.

“Jangan salahkan diri sendiri, Rose. Rose tak pernah salah. Semuanya qada dan
qadar Allah, sayang. Semua yang berlaku pasti bersebab,” kata Dheo tegas.

“Rose kena kuat. Abang faham perasaan Rose. Rose sedih sebab hilang anak kita.
Tapi abang dulu lagi sedih. Abang hilang isteri abang dan anak kita,” luahnya.

Kata-katanya itu buatkan mataku terbuka. Aku nampak sesuatu. Dheo betul.
Dugaan kepadaku hanyalah picisan kalau dibandingkan apa yang dia dah pernah lalui.
Aku tak lalui semuanya. Aku tak ada ketika menerima berita kematian anak kami.

Tapi Dheo rasa semua tu. Aku tak dapat bayangkan macam mana perasaannya
ketika itu. Isterinya sedang berperang dengan maut. Dan tiba-tiba anak yang sempurna
sifatnya meninggal di dalam perut. Dia merasa pengurusan jenazah anak kami. Pasti tak
mudah untuk Dheo ketika itu.

“Rose minta maaf,” ucapku. Sedar dengan kealpaan diri. Bila dia salahkan dirinya,
aku juga akan cakap benda yang sama. Itulah manusia. Kita alpa. Kita juga saling
mengingati.

Sedikit sebanyak Dheo betul. Aku tahu sesuatu yang terjadi mesti ada sebabnya.
Mungkin Allah tarik anak kami sebab belum masanya untuk kami menjadi ibu dan
ayah. Mungkin kalau anak kami hidup, hidupnya dalam bahaya. Mungkin Allah tarik
anakku sebab Dia tahu aku akan hilang ingatan selepas itu.

427
Obey.tube
Hanya Allah yang tahu!

“Rose jangan sedih. Muhammad tunggu kita di syurga kelak,” kata Dheo lagi.
Memujuk.

Aku patut gembira. Kami dah punya syafaat yang bakal memudahkan kami untuk
ke syurga nanti. Di syurga nanti, kami pasti bertemu. Insya-Allah.

“Muhammad comel tak?” soalku.

Dheo senyum.

“Bayi paling comel yang pernah abang tengok. Dia putih merah macam Rose.
Sekali tengok macam Cina,” cerita Dheo.

Aku pula senyum. Cuba membayangkan. Jauh-jauh aku buang perasaan sedih.
Aku sepatutnya merelakan segalanya. Aku kena ingat. Aku hilang anakku. Tapi aku
masih punya Dheo.

“Walaupun kita hilang anak kita, tapi abang tetap gembira sebab abang masih ada
Rose.”

Dheo berfikir sama macam aku.

“Rose pun.”

“It’s okay, sayang. Kita ikhlaskan semuanya. Kalau Rose nak anak, bila-bila masa
kita boleh cuba. Abang sentiasa bersedia,” kata Dheo berbaur gurauan.

Bahananya, penumbukku singgah sebiji di dadanya. Cuma lembut. Pukul-pukul


manja gitu. Geram sebab Dheo masih sempat bergurau.

Dheo ketawa. Melihat Dheo ketawa, hatiku jadi senang. Aku turut senyum. Dialah
akar kepada semangatku.

Sekali lagi aku peluk tubuh Dheo erat-erat. Wajah disembamkan ke dadanya.
Mendengar rentak jantung Dheo ketika itu.

“Thanks, abang. Rose sayang abang sangat-sangat,” ungkapku ikhlas.

Dadaku jadi lapang. Fikiran juga tenang. Segala rasa sebu dalam dadaku hilang
sama sekali. Aku rasa bagaikan punya semangat baru. Masih bersedih, tapi tetap harus
melangkah. Harus move on.

428
Obey.tube
Aku rasa bibir Dheo menyentuh rerambutku. Dapatku rasakan bibirnya turut
mengukir senyuman.

“I love you too. Sei tutto per me. You’re my everything.”

PAGI itu, aku turun sarapan macam biasa. Gara-gara insiden itu, aku tak dibenarkan
lagi untuk keluar rumah tanpa pengawasan sesiapa. Aku juga terpaksa berhenti kerja.
Pergerakanku terpaksa dikawal sehinggalah semuanya kembali kepada normal. Yang
aku tak tahulah bila!

Dari tangga lagi aku dah dengar suara lantang Dheo menjerkah orang. Dalam
bahasa Itali. Sepatah haram aku tak faham. Tapi kalau dengar daripada kelantangan
suara, budak tadika pun tahu yang Dheo tengah mengamuk.

Dalam hati, aku tumpang simpati kepada penerima panggilan itu. Tapi bila
difikirkan balik, mungkin orang tu dah biasa. Aku rasa mungkin salah seorang anak
buah Dheo. Jadi mungkin dah faham fiil bos mereka itu.

Sebaik sahaja kaki melangkah ke arah meja makan, Dheo angkat kepalanya. Bila
dia nampak aku, nada suaranya berubah perlahan. Entah apa yang dicakapnya, tak
sampai beberapa saat kemudian, panggilan diputuskan.

“Rose.” Senyum Colgate dia berikan kepadaku.

Macam tak percaya. Sekejap tadi berkerepot segala urat muka dan sekarang
semuanya bertukar seratus lapan puluh darjah.

Aku membalas senyumannya. Kerusi kayu di sebelahnya ditarik. Mata melihat


makanan yang terhidang. Gara-gara masih sakit, Dheo melarangku melakukan kerja
rumah. Bukan setakat dia, Mak Cik Kasmah pun sama.

“Hari ni Mak Cik Kasmah masak apa?” soalku kepada Dheo.

“Nasi goreng kampung. Hari ni sarapan agak berat sikit.”

Nampak dia sendukkan nasi goreng kampung ke atas pingganku. Dah macam
terbalik pula tugas kami. Sepatutnya aku yang melayannya, bukan sebaliknya. Tapi
biasalah jawapan Dheo kalau aku berbunyi. Mesti dah dapat diagak. Pasti status
kesihatanku juga disalahkan nanti.

“Thank you,” ucapku bila dia siap meletakkan sudu dan garpu di atas pingganku.

429
Obey.tube
Aku mula membaca doa makan sebelum menyuap sesudu nasi. Masakan Mak Cik
Kasmah memang sedap. Buatkan aku rindu masakan arwah ibu.

“Abang bercakap dengan siapa tadi?” soalku. Ingin tahu.

“No one concerns you, tesoro.”

“Abang tahu kan yang Rose dah ingat semua. I know you. Dulu pun Rose selalu
tahu apa yang abang buat, kan?”

Dheo mengeluh.

“I was talking to my man. Ingat lelaki yang cedera ditembak Fahim?”

Aku angguk.

“Abang tahan dia. Tanya dia. It took days for him to confess.”

“Dia confess apa, bang?” soalku.

Hanya itu yang aku ingin tahu. Aku tak mahu tahu apa cara yang digunakan
orang-orang Dheo sehinggakan lelaki itu sanggup mengaku sesuatu. Pastinya sesuatu
yang aku tak nak tahu.

“Abang tak tahu abang patut cakap pada Rose atau tak.” Dia serba-salah.
Wajahnya diraup.

“Why? Abang tak percayakan Rose?” Aku berjauh hati andai kata dia mengeyakan
ataupun sedikit keraguan yang ditunjuknya oleh riak mukanya.

“No. Rose orang yang paling abang percaya.” Yakin suaranya.

“Habis tu?”

Diam. Nampak dia macam berfikir.

“Someone has betrayed me. Ada orang abang yang beri maklumat kepada
mereka.” Perlahan suara Dheo. Tapi cukup untuk bikin bulu romaku berdiri.

“Mereka? Russo?”

Dheo angguk.

Aku pula telan liur. Gerun! Aku ingat semuanya dan aku tahu apa yang dah jadi
dulu. Aku pernah diculik gara-gara permusuhan dua keluarga itu. Lelaki yang Dheo

430
Obey.tube
bebaskan dulu, aku tahu kenapa. Sebab lelaki itu yang menolongku untuk melepaskan
diri. Setelah dia tahu aku mengandung. Dia tak sampai hati untuk melihat aku didera
oleh kawan-kawannya yang lain.

Oleh itu, dia belot pada kawan-kawannya sendiri. Aku dilepaskan untuk melarikan
diri. Kebetulan Dheo berada berdekatan denganku. Hampir sahaja lelaki itu ditembak
Dheo kalau bukan aku yang menghalangnya. Dheo lepaskan lelaki itu kerana aku. Itulah
yang jadi sebelum kami kembali dikejar dan kemalangan.

Mengingatkan apa yang aku lalui ketika aku diculik dulu, menggigil juga. Sesuatu
yang aku tak mahu ingat. Dan tak mungkin juga aku mahu ulang sekali lagi. Ngeri!
Mereka tiada belas kasihan. Apatah lagi aku adalah satu-satunya senjata untuk
menjatuhkan Dheo.

Sebab aku adalah kelemahan Dheo! Dan sebab itulah semua menjadikan aku
sebagai target.

“Abang tahu siapa?” soalku.

Dheo geleng kepala.

“Abang masih tak tahu. Susah untuk diduga. Sehingga abang dan Lucca cari siapa,
abang tak nak Rose berada sendirian di rumah ni. Abang nak Rose selalu berteman
walau ke mana sahaja.”

Aku hanya diam. Tak pelik bila arahan itu dikeluarkan. Dheo hampir kehilangan
aku, dan dia takkan ambil risiko lagi sekali. Sah-sah mereka dah tahu aku siapa dan sah-
sah aku menjadi target mereka.

Sekali lagi!

Aku tahu mereka takkan diam sampailah mereka dapat apa yang mereka
mahukan. Dan bila mereka menyerang kembali, mereka akan lebih bersedia. Itu aku
pasti.

Takut? Bohonglah kalau aku rasa tak takut. Tapi aku juga harus berani dan kuat.
Dheo suami aku dan aku tak boleh mengharapkannya seratus peratus. Aku tak mahu
Dheo risaukanku. Dan untuk itu, aku terpaksa mengikut semua arahan Dheo. Untuk
sekarang!

“Abang akan letakkan orang-orang yang paling abang percaya untuk dekat dengan
Rose. Abang akan suruh Arrayan dan Fahim jadi bodyguard Rose.”

Fahim! Sejak kejadian itu, aku masih belum bertemu dengannya. Aku tahu, satu
hari nanti aku akan bersemuka dengannya. Tunggulah, Fahim! Siap kau dengan aku
nanti.

431
Obey.tube
Bab 52

A KU hanya diam. Berpeluk tubuh sambil mata tak lepas daripada


memandangnya. Muka serius. Maklumlah... Isteri bos! Bila dia mula menapak,
mencerun mataku memandangnya.

Terus dia telan liur. Tapi masih berani menapak mendekatiku. Sekali tengok
macam gaya nak bagi mak rimau makan.

“Hai, Nurissa!” Fahim menegurku. Sengih.

Aku masih serius. Fahim pula dah macam cacing kena Clorox di bawah tusukan
mataku. Biarkan dia!

“Aku ada bawakan cup cake untuk kau. Kaukan suka makan cup cake.” Takut-
takut dia bersuara. Sambil tayang kotak sederhana besar di hadapanku.

Dia tahu dia bakal melangkah ke dalam kandang harimau tapi tetap juga dia
berani. Memang sengaja jayakan misi bunuh diri.

Tapi... Sedikit sebanyak hatiku lembut juga. Fahim selalu ingat kegemaranku.
Boleh dikatakan setiap tahun dia beri aku kek cawan sempena hari jadiku. Cuma tahun
ini saja tiada. Sebab dia tahu aku sambut hari jadiku dengan bos dia.

Buatkan darah kembali menggelegak bila ingatkan balik kenyataan itu.

“Kau nak rasuah aku ke, Fahim?” soalku sambil angkat sebelah kening. Buat-buat
marah.

Wajah Fahim dipandang lagi. Kali ini wajah sebenarnya. Tiada cermin mata besar.
Tiada rambut sikat tepinya. Tiada juga gaya sotongnya.

“Mana ada rasuah. Aku bagi ikhlas. Dari lubuk hati yang dalam dan lebih dalam.
Hari ni kan Hari Sahabat Sedunia,” katanya lagi.

Dalam hati tahan gelak. Walaupun segalanya berubah, tapi perangai gila-gila
Fahim ni tetap sama. Banyaklah dia Hari Sahabat Sedunia dia tu!

“Kau tu sahabat aku ke?” bidasku.

432
Obey.tube
Berubah sedikit riak wajah Fahim.

“Kau dah tak nak kawan dengan aku ke?”

Aku diam.

“Argh... Semua ni salah Dheo! Dia yang suruh. Aku ikut aje. Janganlah macam ni,
Bunga. Kau aje la kawan normal aku. Selebihnya macam dia ni. Tak berapa normal
sangat.”

“Eh, aku pula yang kena!” Arrayan yang sedari tadi seronok tengok drama kami
bersuara. Muka macam nak cekik Si Fahim.

“Kawan takkan tipu kawan. Tiga tahun. Dah nak masuk empat tahun dah,” kataku
berjauh hati.

“Sorry, Nurissa! Patik minta ampun, Tuan Puteri. Sepanjang kita berkawan, patik
betul-betul ikhlas. Patik terpaksa menyamar macam tu sebab tak nak orang lain syak.
Tapi persahabatan yang patik tawarkan, semuanya ikhlas. Percayalah.” Fahim mula
berdrama.

Sah, perangai dia sama macam dulu! Sotong tak sotong, Fahim memang macam
ni.

“Dahlah, Fahim. Geli aku dengar!” Aku tahan gelak. Tak jadi aku nak marah
dengan mamat ni.

“Cakaplah kau maafkan aku dan kau nak kawan dengan aku lagi.”

“Sebelum tu aku nak tanya. Kau betul-betul ikhlas kawan dengan aku? Bukan
hanya sebab Dheo yang suruh?” korekku.

“Sumpah aku ikhlas. Kalau tak percaya, operatelah dada. X-raylah hati!” katanya.
Drama lagi.

Ya... Memang hati kau tu daripada tulang! Mata juling ke atas.

“Sumpah, Nurissa! Tiga tahun lebih aku kenal kau. Kadang-kadang aku lupa yang
aku dekat dengan kau sebab Dheo yang suruh. Aku memang ikhlas kawan dengan kau.
Kau kawan kesayangan aku.” Suaranya bertukar serius.

“Kalau macam tu, aku maafkan kau.”

“Kawan aku? Kau nak berkawan dengan aku lagi, kan?”

433
Obey.tube
“Ya... Aku nak berkawan dengan kau lagi.”

“Yay!” Terus ceria wajah Fahim.

“Macam budak-budak. Sedarlah diri tu dah tua bangka,” komen Arrayan.

Mengundang jelingan maut Fahim. Tapi sikit pun Arrayan tak heran.

“Biarlah. Dengki. Padahal jealous Rissa rapat dengan aku daripada kau.”

Arrayan buat muka menyampah. Fahim yang tengok macam nak cekik Arrayan.

Aku yang melihatnya rasa nak tepuk dahi. Nampak gaya macam dua orang ni
macam anjing dan kucing. Kenapalah Dheo letak mereka bersama? Aku pula yang
pening kepala nanti. Aku haraplah mereka berdamai nanti.

“Kau dah tak marahkan aku kan, Bunga?” Fahim minta kepastian.

Aku senyum. Setakat manalah marahku? Cepat marah, cepatlah sejuk. Itulah
perangai aku. Marahku jarang berpanjangan. Aku biasa mudah memaafkan. Bukan nak
berlagak baik, tapi itulah perangaiku.

“Penatlah nak marah kau ni. Kalau aku marah kau, siapa lagi nak hiburkan aku?
Siapa lagi nak belikan aku cup cake?” jawabku.

Fahim ketawa mendengarnya.

“Tapi, kalau ada lagi kau tipu aku, siap!” ugutku serius. Telan liur juga Fahim
dibuanya.

“Selagi bukan amanah Dheo, aku janji aku takkan tipu kau. Sumpah, ni aje
perkara terbesar yang pernah aku sorokkan daripada kau. Semuanya demi keselamatan
kau,” cerita Fahim.

Aku tahu. Dheo dah pernah cerita. Apa yang Fahim lakukan itu
namanya undercover. Dia perlu menjadi seperti itu sebab tak mahu orang syak dia
orang suruhan Dheo. Tengok macam peristiwa aku hampir diculik dulu. Kata Dheo,
mereka semua tak tahu siapa Fahim. Sebab itulah aku diserang ketika bersama Fahim.
Tapi ternyata mereka salah langkah. Fahim merupakan salah seorang yang paling hebat
dan berpengalaman di bawah Dheo. Sebab itulah dia terpilih untuk
menjadi bodyguard tanpaku sedar.

Gila tak hebat! Tiga tahun lebih aku tak pernah perasan dia siapa. Kira semuanya
menjadi la. Gaya skema menjadi. Menyotong pun menjadi. Bila tengok yang
menyotong tiba-tiba jadi lelaki sejati, mesti semua orang tak sangka dan terkejut.
Hakikatnya kedua-duanya itu saling bertentangan.

434
Obey.tube
“Good. Kalau aku tahu kau tipu aku, jangan ingat senang-senang aku nak lepaskan
kau nanti!” Aku memberi amaran.

“Tahulah isteri Dheo. Tak payahlah jadi macam dia. Cukuplah dia seorang,” kata
Fahim lagi. Mengundang gelakku.

Tahu takut!

“Dahlah... Bagi cup cakes tu!” pintaku. Lapar!

“DAH lama ke kau kenal Dheo?” Aku mula mengorek rahsia daripada Fahim dulu.
Pantang anak buah Dheo dekat denganku, memang itulah soalan rasmi aku. Kini aku
mahu tahu macam mana Fahim boleh terlibat dengan Dheo.

“Empat tahun lepas. Ketika dia mencari orang baru untuk menjadi bodyguard
undercover, aku terpilih. Arrayan ketua aku. Tapi sebenarnya dia musuh aku.”

Pap! Aku dengar kepala Fahim kena ketuk sebelum dia menyeringai kesakitan.
Itulah padahnya kalau mengumpat depan-depan. Bos sendiri pula tu!

Arrayan selamba sambung makan kek cawannya. Macam bukan dia yang baru
ketuk kepala kawanku itu.

“Arrayan perkenalkan aku kepada Dheo. Dheo ceritakan semuanya dan


aku respect dengannya. Dia sanggup bayar mahal untuk jaga kau, Bunga. Mula-mula
aku tertarik sebab dia bayar mahal. Tapi lama-lama, memang aku ikhlas nak berkawan
dengan kau. Sebab kau fun. Innocent. Baik. Lama-lama kenal, aku dapat nampak apa
yang Dheo nampak pada kau,” cerita Fahim.

Sekarang ni semuanya masuk dek logik akal. Kenapa Fahim sekepala dengan
ayah. Kenapa semua lelaki yang dekat denganku ditepis macam lalat. Sampaikan ada
kawan perempuan aku cakap yang Fahim sebenarnya sukakan aku. Padahal aku rasa
gaya Fahim itu kadang-kadang macam seorang abang melindungi adiknya.

Dan tak peliklah kalau dia sibuk menjodohkan aku dan Dheo. Sebab dia memang
dah tahu. Tapi buat-buat tak tahu. Teringat balik segala cerita yang aku ceritakan
kepada Fahim dulu tentang Dheo. Rasa malu la pula! Itu juga menjadi salah satu sebab
aku rasa dikhianati oleh Fahim. Sebab aku sangat percayakan Fahim.

Tapi bila difikirkan balik, aku tak boleh salahkan Fahim pun. Dia hanya
menjalankan tugasnya. Melindungiku. Atas arahan Dheo. Kalau Dheo aku boleh
maafkan, kenapa aku nak bermusuh dengan Fahim? Aku tak nak hilang kawan baik

435
Obey.tube
macam Fahim. Dan aku terhutang budi dengan Fahim. Nyawanya hampir melayang
disebabkan aku.

Aku baru teringat Fahim pernah ditembak! Macam manalah aku boleh terlupa
maklumat penting itu?

“Fahim, kau okey tak lepas kena tembak?” soalku. Macam mana aku nak perasan.
Sebab muka Fahim macam tiada apa-apa berlaku.

Lengan kirinya yang menjadi mangsa tembakan itu aku pandang. Terlindung di
balik baju T lengan panjang yang dipakainya.

“Aku okey. It hurts like hell but it’s okay,” jawabnya mudah.

“Aku terhutang budi dengan kau. Terima kasih, Fahim.”

HAMPIR seminggu aku terkurung di dalam rumah, rasa sangat bosan. Bagaikan
burung terperangkap di dalam sangkar emas, itulah yang aku rasa sekarang ini. Aku tak
dibenarkan untuk ke mana-mana. Paling jauh aku pernah pergi adalah taman rumah.
Hanya itu.

Bohonglah kalau aku cakap aku tak rindukan kebebasanku. Aku rindu nak
berjalan di luar rumah. Aku rindu untuk hidup bebas macam dulu. Tapi selepas apa
yang dah jadi, aku tahu memang mustahil. Dheo takkan benarkan aku. Itulah harga yang
patut aku bayar setelah bergelar isteri Dheo Han.

Menyesal? Tidak sama sekali. Hanya rasa rimas sebab tak dapat udara segar.
Dheo tak mengizinkan aku keluar sehinggalah semuanya selesai. Tapi persoalannya,
bilakah semuanya akan selesai?

“Fahim, Ryan, bosanlah!” aduku. Dua orang itulah teman untuk dibuat bercakap.
Nasib baiklah ada dua orang tu. Kalau tak, bercakap dengan tanggalah aku!

“Awak nak buat apa, Rissa? Nak tengok movie?” soal Arrayan.

Aku geleng kepala. Dah berdozen cerita aku layan. Daripada anime, kartun
sehinggalah life action. Melayu, Inggeris, Cina, Hindustan, semua aku layan.

“Habis tu? Kita main Uno, nak?” cadang Arrayan lagi.

Geleng lagi. Aku rasa macam dia tengah layan budak sekarang ni.

436
Obey.tube
“Habis tu, awak nak buat apa, Rissa?” soal Arrayan lagi. Mengalah agaknya
dengan semua gelenganku.

“Saya nak keluar.”

Dua lelaki di depanku itu mengeluarkan bunyi. Nak protes la tu!

“Kau tahu, kan kita tak boleh keluar sekarang ni? Tak selamat.” Fahim akhirnya
bersuara selepas berdiam diri.

Masam mukaku mendengarnya. Aku tahu tapi aku nak keluar juga.

“Aku bosanlah duduk kat rumah ni, tahu tak? Aku nak rasa hidup luar. Nak juga
tengok KLCC, KL Tower.” Aku marah. Masa ni la nak rasa semua bangunan tu indah.

“Relaks la, Nurissa. Janganlah nak emo.” Suara Arrayan memujuk.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Agaknya inilah kesan tak berinteraksi dengan dunia
luar. Tekanan jiwa! Mudah marah.

“Saya rindu Dheo,” luahku perlahan.

Bila teringat Dheo, rasa nak menangis. Aku rasa kami dah mula jauh. Dheo selalu
sibuk. Pagi sibuk dengan kerja pejabatnya. Malam sibuk mencari dalang kejadian yang
menimpa aku itu. Akibatnya, keluar awal pagi. Balik tengah malam. Aku dah tak
nampak batang hidung mancung suami sendiri.

Aku rindu!

Fahim dan Arrayan saling berpandangan. Diam. Aku nampak Arrayan bangun dan
berlalu meninggalkanku. Dah malas nak layan aku la tu! Hanya Fahim yang tinggal
denganku sekarang.

“Kau kenapa, Bunga? Kau nampak stres.” Lembut suara Fahim bertanya.

Soalan Fahim itu buatkan aku rasa nak marah. Juga sedih. Sudahnya aku tak dapat
kawal air mata yang tiba-tiba mengalir keluar.

“Weh... Kenapa pula kau nangis? Hey, Nurissa! Janganlah nangis!” Fahim mula
panik. Dia tak pernah kena layan aku menangis. Kali terakhir aku menangis di depannya
pun ketika ayah meninggal dunia.

“Adoi... Aku lemah betul tengok air mata kaum Hawa ni! Kau jangan macam ni,
Rissa! Kalau Dheo nampak, mahu kena pancung aku!”

437
Obey.tube
Mendengar nama Dheo, lagi lebat air mataku. Biar Dheo tahu aku tengah sedih
sekarang ni. Kalau dia balik lagi bagus. Biar dia tahu aku tengah rindu dia sekarang ni!

Sudahnya Fahim hanya membiarkan aku menangis. Belajar dari kesalahan diri
sendiri. Kalau dia berbunyi, makin lebat air mataku. Jadi dia memilih untuk berdiam
diri. Biar aku tenang dulu.

“Aku... Aku tak nak duduk dalam rumah ni!” kataku selepas habis menangis.

“Kau stres sangat ni!”

Memang pun. Tapi aku tetap tahu tiada apa yang boleh dilakukannya. Sudahnya
aku tetap terkurung di dalam rumah ni. Tiba-tiba rasa macam letih sangat. Nak bangun.
Nak pergi masuk tidur.

Baru berura-ura nak minta diri, nampak Arrayan kembali mendekati kami. Dia
pandang aku.

“Kau buat apa dengan dia, Fahim?” Suara Arrayan menuduh Fahim bila nampak
mataku masih basah dengan air mata.

“Eh, aku tak bersalah! Dia yang tiba-tiba menangis. Aku rasa dia stres sangatlah.
Aku rasa kena bawa dia kenal dunia luar ni. Bagi dia sedut asap ekzos kereta.” Mereka
bercakap macam aku tiada di situ.

Arrayan pandang aku.

“Awak nak keluar?”

Aku diam. Muka masih muram. Kalau angguk, macamlah boleh!

“Kalau nak, kita keluar. Awak kata awak rindu Dheo jadi saya dah minta izin
Dheo untuk bawa awak pergi hotel. Dan dia dah setuju.”

Berbahang rasa muka bila Arrayan cakap macam tu. Memang betul kenyataan tu,
tapi muka tetap rasa kembang. Malu!

Ooo... Menangis tadi tak malu pula! Seronok suara hati mengejek.

“Betul ni?” Muka aku terus bercahaya lepas mendengarnya.

Arrayan senyum seraya angguk.

“Okey... Saya pergi bersiap dulu.”

438
Obey.tube
Tanpa membuang masa, terus aku bangun dan berlari ke arah bilik tidurku.
Segala mood burukku dah terbang keluar. Sekarang dah tak sabar-sabar nak
keluar. Apatah lagi dapat jumpa Dheo.

439
Obey.tube
Bab 53

S EWAKTU tiba di lobi hotel, aku rasa semua pandangan dihalakan ke arahku.
Mana taknya. Pertama, ramai staf dah kenal aku dan pasti pelik bila aku muncul
kembali selepas berhenti kerja. Kedua, ada dua lelaki yang mengiring di belakangku,
ala-ala puteri raja diiring pengawal.

Tiada orang menegurku. Hanya memandangku dengan wajah sedikit pelik. Aku
pula hanya senyum kepada mereka. Langkah terus diatur ke arah lif peribadi Dheo.
Mahu terus ke pejabat Dheo.

Sebaik sahaja tiba di hotel, rasa sangat rindu dengan suasana kerja dulu. Segala-
galanya tentang hotel ini rasa rindu. Padahal baru seminggu lebih aku berhenti kerja.
Dipaksa berhenti kerja.

Ting! Isyarat lif menandakan kami dah tiba di tingkat lima puluh lima. Aku
bersama dua lelaki itu keluar dari perut lif. Kaki diayun ke arah ruangan pejabat. Meja
Kak Tina kosong. Mungkin dia pergi ke tandas.

Terus aku ke meja Nancy. Pandangan semua staf di situ langsung tak diendahkan.
Tak pernah tak tengok aku macam aku ni tengah catwalkdi atas karpet merah tiap kali
aku naik ke sini. Pelik sangat agaknya housekeeper macam aku ni cari big boss mereka.

“Dheo ada?” soalku kepada Nancy. Walaupun Dheo dah tahu dengan
kedatanganku, tapi aku takut sekarang ni dia tengah berurusan. Aku tak nak kacau dia.
Aku akan tunggu sampai urusannya habis.

“Kenapa you nak jumpa dia? You dah tak jadi housekeeper dia, kan? So, you tak
boleh jumpa dia sesuka hati kalau tak ada appointment.” Penuh berlagak suara Nancy.

Baru sahaja aku mahu menjawab, pintu bilik Dheo terbuka luas. Muncul Lucca.
Bila nampak aku, lebar senyumannya.

“Signora!”

“Lucca!” Aku turut senyum lebar bila melihat Lucca. Kalau perempuan, dah lama
aku peluk sebab rindu.

440
Obey.tube
Rasa lama gila tak jumpa dia, tak dengar dia panggil aku signoraatau principessa.
Sebab dia selalu dengan Dheo. Orang paling kuat Dheo. Dan bila aku jarang jumpa
Dheo, maksudnya aku juga jarang jumpa dia.

“Come, signora! He’s waiting for you,” ajak Lucca.

Tanpa mempedulikan Nancy, aku hanya patuh. Mengikut Lucca untuk masuk ke
dalam bilik Dheo.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk, dapatku lihat Dheo yang sedang duduk di
tempat biasanya. Wajah sedikit penat, tapi masih nampak segar. Bila dia panggung
kepala dan nampak aku, lebar senyumannya. Dia berdiri.

“Abang!” Terus aku melompat ke dalam pelukannya. Peluk dia kuat-kuat macam
tak jumpa setahun.

Kedengaran pintu bilik terkatup. Dan aku tahu kami kini tinggal hanya berdua.
Mereka memberikan privasi kepada kami.

“I miss you!” luahku perlahan. Tapi kedengaran sedikit sengau gara-gara wajahku
masih tenggelam di dada Dheo.

“I miss you too, mia bella. Tiada hari-hari abang yang tak rindukan Rose,” luah
Dheo pula. Kepalaku yang bertudung itu dikucup sekali.

“Rose jarang jumpa abang dah.”

“I’m sorry for that, tesoro.” Jelas kesal suaranya. Sesuatu yang tak dapat
dielakkan.

Aku renggangkan pelukan kami. Hilang sekejap kehangatan tubuhnya. Tapi


tangannya kini dijatuhkan untuk bersatu di sekeliling pinggangku.

“Rose happy sebab boleh keluar rumah.” Sekali pun hanya datang ke hotel.

Dheo cuma senyum.

“I’m sorry fot that too, tesoro. Abang lupa yang isteri abang ni bukannya burung
dalam sangkar emas. Abang tak nak isteri abang rasa terkongkong.”

“Rose pun minta maaf sebab dah kacau kerja abang hari ni.”

“Small matter. Kerja boleh tunggu. Abang tak nak isteri abang sedih.”

441
Obey.tube
“Bila semuanya nak berakhir, bang?” soalku. Soalan yang Dheo sendiri tak punya
jawapan.

“Soon. Abang janji.”

Aku masih tak faham kenapa ahli-ahli Russo masih berdendam dengan Dheo.
Bukankah mereka dah jumpa kata sepakat? Sekali pun punya dendam dengan Dheo,
sanggup ikut Dheo sampai ke Malaysia? Itu memang dendam kesumat.

Kata Dheo, kes penculikan aku lebih empat tahun yang lepas telah pun selesai.
Kesemua yang terlibat pun dah dapat balasannya. Hidup atau mati, aku tak pernah ambil
tahu. Dan Dheo pun mungkin sama. Katanya diserahkan sepenuhnya kepada sepupunya
di Sicily.

Seseorang yang berdendam dengan Dheo sekarang ini mempunyai motif lain. Aku
dapat rasakan sebenarnya masih ada kaitan dengan apa yang jadi empat tahun yang
lepas. Tapi, siapa dan kenapa? Tak faham.

Malas aku nak ingat. Nanti aku jadi stres. Emosi aku dahlah kurang stabil
sekarang ni. Silap sikit, silap-silap kena maki. Salah sikit, tengok-tengok mata dah
basah. Aku cepat sensitif walaupun dengan benda kecil.

“Tak payahlah ingat. Rose nak spend masa dengan abang,” kataku. Fikirkan benda
tu memang takkan habis. Untuk sehari, aku mahu hidup normal dengan Dheo.

“Kadang-kadang Rose nak rasa macam orang lain. Keluar berdua dengan abang,
biar orang tahu kita suami isteri. Kadang-kadang Rose rasa Rose macam perempuan
simpanan abang,” luahku tiba-tiba.

Dheo terdiam seketika.

“Abang minta maaf kalau Rose rasa macam tu. Abang tak pernah berniat untuk
buat Rose rasa macam tu. Abang tak nak Rose fikir yang abang malu Rose isteri
abang.”

Aku senyum kepadanya. Aku tahu niatnya. Dia mahu melindungiku. Kalau dia
umumkan kepada umum yang kami suami isteri, banyak risikonya. Aku akan rasa
terkongkong. Aku akan menjadi target semua orang. Pendek kata, Dheo buat semuanya
sebab tak nak sekat kebebasanku.

Tapi, apa bezanya dengan sekarang? Segala-galanya dah pun jadi. Tengok sajalah.
Nak berjalan pun kena pakai bodyguard. Dua orang pula tu! Harga yang aku patut bayar
setelah bergelar isteri Dheo Han.

“Rose faham apa yang abang buat. Tapi banyak benda yang dah jadi. Ada yang
dah tahu Rose isteri abang,” kataku.

442
Obey.tube
Sekali lagi Dheo terdiam. Memikirkan kebenarannya agaknya.

“Rose nak semua orang tahu Rose isteri abang?” Sedikit terkejut aku dengan
soalannya itu.

“Abang macam mana?” soalku. Aku tak nak aku aje yang terhegeh-hegeh mahu
diperkenalkan sebagai isterinya tapi Dheo sebaliknya.

Dheo senyum manis.

“I’m more than happy to let people know about my beautiful wife.”

Wajahnya bertukar serius.

“Tapi Rose pun tahu, kan? For being my wife, there’s price you have to pay.”

“Tahu. Hidup Rose mungkin tak normal macam dulu. Rose mungkin dah tak
bebas. Apa perbezaannya sekarang ni? Rose tetap kena jalan dengan Fahim dan
Arrayan,” kataku.

Wajah Dheo terpancar riak kekesalan. Sebab dia tahu aku macam tu gara-gara dia.
Tapi, aku tak pernah salahkan Dheo. Ketika aku setuju menjadi miliknya, aku dah fikir
segala risikonya. Dia dah banyak berkorban untukku, jadi kenapa aku tak boleh buat
benda yang sama?

“Bukan salah abang. Semuanya pilihan Rose sendiri.” Aku usap wajahnya. Nak
hilangkan segala kedutan risau yang ditunjukkannya.

“Tapi sebab abang selfish.”

“Rose pun selfish juga. Rose tahu abang siapa, tapi Rose tetap nak abang. So, kita
sama-sama selfish. According to math theory, same numerator and denominator can
cancel each other. So as a result, no more selfish.” Memandai aje aku keluarkan teori.

Dheo ketawa mendengarnya. Melihat dia ketawa, aku turut senyum.

“Abang tu, dah sedia ke nak bagi tahu semua orang tentang diri abang? Bila
semua dah tahu kita suami isteri, semua akan tahu yang abang Islam. Ahli keluarga
abang akan tahu nanti.” Aku pula bertanya dia.

Dheo cuma senyum.

“They already know. Mereka tahu yang abang dah kahwin dengan Rose jadi
mereka awal-awal lagi dah tahu agama abang apa. Tapi semua ingat abang hilang
ingatan jadi mereka ingat abang dah kembali kepada agama lama abang. Mungkin a bit
chaos lepas mereka tahu, but nothing I cannot handle. Lagipun, abang tak terlibat dah
443
Obey.tube
dengan aktiviti D’Ambrusio. Jangan risaukan abang.” Dheo senyum untuk
meyakinkanku.

Aku terasa Dheo kembali eratkan pelukannya.

“Kita tak payah fikirkan tentang apa yang orang fikir. Sekarang ni, isteri abang
nak buat apa? Apa yang abang boleh lakukan untuk tebus kesalahan abang? Sebab
abang dengar orang tu menangis tadi.”

Merah mukaku. Terus aku cubit lengannya. Dia mengaduh kesakitan sebelum
ketawa.

“Hesy... Arrayan ni!” marahku. Ada depan mata, memang kena cekik dengan aku
la! Pergi mengadu kat Dheo kenapa?

“Fahim.”

“Fahim?” Aku tak faham.

“Fahim yang cakap. Bukan Ryan.”

Tukar target! Aku nak cekik Fahim sekarang ni. Kesian Arrayan. Tak pasal-pasal
jadi mangsa fitnah aku.

“Dah... Jangan marah dia orang berdua. Dia orang hanya lakukan tugas dia orang.
Semua tak sanggup nak tengok Rose sedih.” Suara memujuk.

Aku tersenyum mendengarnya. Walaupun kebebasanku sedikit tersekat, tapi aku


dikelilingi oleh orang-orang yang sayangkan aku. Betullah orang kata. Baik kawan sikit
tapi semuanya ada ketika kita jatuh daripada berkawan ramai, tapi semuanya hilang bila
kita susah.

“Isteri abang nak buat apa hari ni?” tanya Dheo lagi.

Aku berfikir seketika. Tiba-tiba kepala melayang kepada aiskrim bertingkat yang
terkenal di hotel ini. The Layers. Signature Cef Raz. Ketua cef bahagian dessert. Pernah
rasa sekali, memang terangkat. Terbayangkannya pun dah rasa meleleh liur. Sedapnya!

“Aiskrim The Layers sedap juga. Rose laparlah,” aduku manja. Gosok perut
sendiri.

Sebelum keluar rumah tadi, aku cuma makan sikit. Maklumlah, tak ada selera.
Keluar aje dari rumah, terus lapar. Betullah orang kata, persekitaran itu memainkan
peranan juga. Mood pun sama. Bila hati gembira, mesti perut pun senang.

Dheo ketawa mendengar kata-kataku itu.


444
Obey.tube
“Datang hotel abang ni sebab nak makan aiskrim aje?” Dia macam tak percaya.

“Aiskrim tu sedap.”

Dia geleng kepala. Diam sekejap sebelum dia menanggalkan kot hitam yang
tersarung pada tubuh tegapnya itu. Disangkutkan pada kerusinya. Kini dia tanggalkan
pula tali leher dan cuff linksnya. Lengan baju pula dilipat hingga ke siku.

Aku tahu gaya ni. Gaya nak keluar!

“Jom,” ajaknya. Terus lebar sengih aku. Lagi rasa jahat sebab aku tak rasa
bersalah pun sebab dah kacau kerja dia.

Aku mengikutnya ke arah pintu. Pintu kayu dibuka lebar sebelum dia
mempersilakan aku untuk keluar dahulu. Gentleman.

Sebaik sahaja keluar dari biliknya, Dheo berhenti dulu. Pandang aku sebelum
tangan kanan dihulurkan kepadaku.

Aku tenung tangan dia. Kemudian naik ke wajahnya. Tak faham. Sekali lagi dia
tunjukkan ke arah tangannya. Minta aku menyambutnya.

“Orang tu pernah cakap. Kalau nak buktikan yang Dheo Han bukan gay, dia kena
bawa balik perempuan ke hotel. Lawat ofis, makan-makan, tayang depan umum.
Rasanya boleh pakai untuk nak buktikan isteri sendiri kan?” kata Dheo perlahan.

Spontan aku tersenyum mendengarnya. Perlahanlahan tangan kecilku diangkat


untuk bersatu dengannya. Sebaik sahaja tanganku tenggelam di balik tangan besarnya,
senyuman Dheo makin lebar.

“Jom,” ajak Dheo lagi sekali. Kali ini aku hanya angguk.

Aku nampak mata Nancy terbuntang bila tengok tangan kami bersatu. Mulut pun
ternganga. Kalau lalat buat sarang pun dia tak perasan agaknya.

Tapi aku tak peduli. Hanya mengikut langkah Dheo untuk keluar. Sepanjang kami
lalu di depan semua orang, aku tahu semua orang tak percaya bila nampak kami
berpegangan tangan. Tak kurang juga reaksi yang sama macam Nancy.

Aku tak tahulah apa akan jadi nanti sebaik sahaja kami berdua keluar. Gerenti jadi
gosip hebat. Tapi kali ini, aku dah tak peduli.

Sebab aku adalah isteri Dheo Han!

Because I’m Dheo’s!

445
Obey.tube
DHEO menunaikan janjinya untuk hari ini. Dia temankan aku untuk makan aiskrim.
Bukan di penthouse tapi di dalam Restoran La Favorita. Restoran terbuka yang menjadi
tatapan semua orang.

Ramai yang memandang. Malah setiap yang melintas, pasti akan menoleh dua
kali. Untuk memastikan dengan mata sendiri apa yang dilihat mereka. Pada mulanya
agak janggal juga. Rasa macam binatang dalam zoo pula. Tapi lama-kelamaan, aku dah
biasa.

Apatah lagi bila melihat Dheo cuma selamba. Macam tiada apa-apa berlaku. Bila
ditanya, jawapannya cuma satu.

“Ignorance!”

Sudahnya aku turut mengikutnya. Buat macam tak nampak pandangan semua
orang. Anggap saja aku dan Dheo di situ. Memang menjadi pun. Sebab akhirnya aku
dan Dheo macam biasa. Kami mampu bergelak ketawa dan bertukar jenaka.

Secara keseluruhannya, aku gembira. Rasa berbaloi datang ke hotelnya dan


mengacaunya. Sumpah aku takkan buat dah lepas ni! Kali ni aje.

Selepas habis menghabiskan masa dengan Dheo, akhirnya aku terpaksa pulang ke
rumah. Kembali ke sangkar emasku. Tapi kira okeylah sebab hari ini aku dapat keluar.
Bila nak berpisah dengan Dheo, terasa sangat berat hati. Entah kenapa.

Serius aku menangis bila nak berpisah dengan Dheo. Sampai Dheo pun tak tahu
nak buat apa. Juga pelik dengan perangaiku. Seolah-olah aku nak pergi jauh. Padahal
cuma nak balik rumah.

Berpeluh jugalah dahi Dheo nak pujuk aku. Sampailah dia janji dia akan balik
awal dan teman aku makan malam nanti, terus aku setuju untuk balik. Aku pun tak tahu
kenapa aku mula emosional hari ni. Rasa tak sedap hati.

446
Obey.tube
Bab 54

S EPANJANG perjalanan, aku hanya diam. Kereta hanya dipenuhi dengan


perbualan di antara Fahim dan Arrayan. Aku macam batu. Berkali-kali juga Fahim buat
lawak, tapi sikit pun aku tak gelak. Lawak tak sampai ke hati.

Sehinggalah tiba di pekarangan rumah banglo Dheo, aku masih bisu. Saat aku
mahu membuka pintu kereta, Arrayan menghalangku.

Kenapa?

“Something is wrong!” Wajah Arrayan bertukar serius. Fahim juga sama.

Aku telan liur mendengarnya.

“Fahim, kau duduk dalam ni dengan Nurissa. Biar aku pergi tengok. Anything
happens, take her away.” Arrayan memberi arahan.

Fahim pula hanya mengangguk. Serius di tempat duduknya di bahagian pemandu.


Bersedia dengan apa-apa kemungkinan.

Aku nampak Arrayan capai sesuatu dari dalam dashboard. Pistol! Nak terkeluar
biji mataku melihatnya. Aku rasa aku kena mula biasakan diri. Mereka semua ni bawa
pistol macam bawa pistol mainan.

Arrayan kemudiannya keluar dari perut kereta. Perlahan-lahan menghampiri


rumah. Dengan penuh berjaga-jaga.

“Fahim, kenapa? Apa dah jadi?” soalku.

Aku nampak semuanya normal. Rumah normal. Tiada apa-apa pun yang
mencurigakan.

“Aku tak tahu, Nurissa. Arrayan betul. Something is wrong. Kau tengok, tempat
pengawal dah kosong.”

“Mungkin mereka pergi makan. Atau tandas.”

447
Obey.tube
“Arahan Dheo, Rissa. Never leave the house unguarded. Tiada siapa yang berani
ingkar arahan Dheo. Not at something that concerns you,” kata Fahim serius.

“Kau tengok taman ros. Nampak lain. Agak trashy. Ada orang baru lepas
menyorok di situ.”

Aku pandang ke arah taman ros pula. Tiada apa-apa perubahan. Aku tak tahu apa
yang dilihat oleh mata cekap Fahim. Agaknya itulah bezanya orang macam aku dan
orang macam dia.

Fahim pandang sekeliling.

“Arah semua CCTV tak menghala ke arah rumah. Seseorang dah mengubahnya.
Betullah Dheo cakap. Mungkin ada orang dalam terlibat.” Fahim menganalisis lagi.

“Aku rasa kita kena keluar dari sini.”

Tiba-tiba telefonku berdering. Agak terkejut juga aku. Terus aku pegang dada
sebelum tangan meraba-raba tas tangan untuk mencari telefon pintarku.

Jumpa. Nama Dheo jelas terpampang di skrin besar itu. Tanpa membuang masa,
ikon hijau terus digesek dan telefon ditekapkan di telinga.

“Don’t go home, Rose. Go somewhere else.” Tanpa salam, tanpa apa aku
mendengar suara Dheo serius keluarkan arahan. Kedengaran nafasnya tercungap-
cungap. Macam sedang berlari!

Belum sempat aku mahu membalas kata-katanya, kedengaran satu das tembakan
dilepaskan. Sekali lagi aku pegang dada sebab terkejut.

Apa dah jadi? Aku mula takut.

Fahim pula lebih pantas. Gear kereta terus ditukar dan dia terus pusingkan stereng
kereta untuk mengubah arah. Mahu keluar dari kawasan rumah itu. Kemudian pedal
minyak ditekan sekuat hati. Aku terdorong ke belakang dengan pemanduan Fahim. Tapi
sekarang bukan masanya untuk marah dia.

Beberapa meter kereta bergerak, tiba-tiba brek kereta ditekan mengejut. Kini aku
terpelanting ke depan pula. Apa dah jadi?

Sebaik sahaja aku angkat muka, kelihatan ada dua buah kereta besar menghalang
laluan Fahim. Seketika kemudian, beberapa orang lelaki bergaya samseng keluar
daripada perut kereta.

448
Obey.tube
Semuanya terjadi dalam sekelip mata. Cermin kereta ditembak. Fahim tarik
kepalaku untuk tunduk mengelak. Aku menjerit bila kedengaran mereka menembak.
Telinga ditutup dengan tapak tangan. Tubuh mula menggigil.

Fahim meraba sesuatu dalam kocek seluarnya. Satu alat kecil dikeluarkan. Lantas
diberikan kepadaku.

“Ambil ni. Jangan tunjuk pada sesiapa. Sorok dalam badan kau.”

Fahim letakkan dalam genggamanku.

“Aku minta maaf. Aku tak dapat selamatkan kau kali ni. Tapi aku janji, aku akan
cari kau. Dheo akan cari kau.” Jelas keperitan ketika Fahim mengungkapkannya.
Bagaikan tahu bila-bila masa aku bakal dibawa mereka.

Tak lama kemudian, pintu kereta dibuka kasar. Aku menjerit bila terasa tubuhku
ditarik seseorang. Baru sahaja ingin melawan, terasa ada kain menutup hidung dan
mulutku. Sebaik sahaja aku menghidu baunya, sistem badan bagaikan mati. Perlahan-
lahan aku rasa mata mula melayu, dan tubuhku mula memberat.

Perkara terakhir yang aku sempat lihat, Fahim dipukul di belakang lehernya
sehingga pengsan. Aku bersyukur. Sekurang-kurangnya dia tidak ditembak.

PERLAHAN-LAHAN mataku dibuka. Mata terus meliar ke sekeliling yang sangat


asing bagiku. Bagaikan déjà vu! Apa yang jadi lebih kurang empat tahun lepas kembali
terjadi. Aku diculik lagi dan terikat di atas lantai.

Aku cuba bertenang. Keberanian dikumpul. Ini bukan kali pertama. Kalau dulu
aku kuat untuk hadapinya, aku yakin kali ini juga sama. Aku sendirian di sini dan aku
tak boleh lemah.

Aku cuba duduk. Posisi mengiring seperti sekarang sangat menyakitkan tubuhku.
Apatah lagi dengan kaki dan tangan yang terikat. Aku pun tak tahu berapa lama aku
terbaring di sini. Bila berjaya duduk, belakang tubuh kusandarkan pada dinding.

Sekeliling dipandang lagi. Aku di mana sekarang ni? Melihatkan keadaan tak
terurus tempat ni, aku yakin ini adalah gudang ataupun bangunan terbengkalai. Yang
mungkin jauh daripada manusia lain. Melihatkan mulut tidak ditampal, aku yakin
tempat ini tempat terpencil. Sebab mereka tahu kalau aku jerit pun, memang tiada orang
yang dengar.

449
Obey.tube
Abang! Aku terus teringatkan Dheo. Aku yakin Dheo sedang mencariku sekarang
ini. Dan aku pasti dia akan selamatkan aku sekali lagi. Kalau dulu dia jumpa aku, aku
tahu dia akan jumpa aku lagi.

Lantas aku teringat kepada alat kecil yang diberi oleh Fahim. Aku sempat selitkan
di dalam serkup tudungku sebaik sahaja Fahim memberikan kepadaku. Tempat yang
paling selamat. Aku tak tahu dia beri apa, tapi aku pasti itu adalah alat untuk
memudahkan Dheo mencariku.

Kedengaran pintu usang dibuka. Agak menyeramkan kalau dengar dalam cerita
seram. Tapi apa yang aku lalui sekarang ini lebih daripada seram. Kenyataan. Antara
hidup dan matiku. Aku hanya menanti manusia yang muncul di balik pintu itu. Wajah
berani ditayang. Aku takkan tunjuk yang aku takut dengan mereka.

“Sleeping beauty dah bangun. Welcome to our cruel life, sweetheart.” Suara yang
pernah kudengar.

Shahril!

Nak kata aku terkejut, aku tak terkejut. Nak kata aku tak terkejut pun tak juga.
Sebab aku tahu dunia ini penuh dengan kekejaman, muslihat dan tipu helah.

Don’t trust a stranger!

Itulah prinsip yang ditanam oleh Dheo sejak kali pertama aku bertemunya. Kerana
orang asing itu mempunyai pelbagai ragam. Apa yang ditunjuk, belum tentu betul. Apa
yang jadi, belum tentu jadi.

Hidup aku ni penuh dengan kejutan. Terlalu banyak kejutan demi kejutan,
sehingga aku dah rasa biasa. Aku dah banyak terima kejutan yang lagi dahsyat. Setakat
benda macam ni tak cukup untuk buatkan aku rasa terkejut.

“You don’t even look surprise, Nurissa. You bruise my ego.” Dia letak tangan di
dada sendiri. Pura-pura sakit hati.

Aku senyum sinis.

“Nothing new for me. Orang yang paling aku gerun pun boleh bertukar menjadi
orang yang paling aku sayang. Apa sangatlah seseorang yang macam kau ni bertukar
menjadi orang yang paling jahat? Kan, Shahril? Or should I call you Shark?” kataku.

Berubah riak Shahril mendengarnya.

“Ingatan kau dah pulih.”

Aku hanya senyum sinis tanpa menjawab apa-apa.

450
Obey.tube
“Kenapa kau buat semua ni, Shahril?” Aku mahu tahu.

“Dendam tentunya. Dheo dah rampas kau daripada aku.”

“Kau jangan nak sembanglah, Shahril. Oh, aku tak pernah ceritakan kenapa aku
tinggalkan kau dulu! Kau tuduh aku curang dengan Dheo. Aku eyakan aje. Sebab, why
not. Dheo pun handsome. Daripada putus sebab dicurangi, baik putus sebab aku curang,
kan? Aku tak peduli apa orang kata. Yang penting, aku takkan bagi kepuasan pada kau
sebab dah buat aku nampak perempuan paling bodoh.”

“Aku nampak kau tidur dengan perempuan lainlah, Shahril. Or should I say
Jessica Russo?” kataku.

Jelas terkejut riak wajahnya. Cerita yang aku tak pernah cerita kepadanya. Cerita
hanya aku yang tahu. Aku pun lupa tentang cerita itu. Sehinggalah aku nampak muka
dia kembali, terus kenangan pahit menjelma balik.

Aku pun tak tahu siapa Jessica Russo itu sehinggalah suatu hari Dheo
menunjukkan gambarnya kepadaku. Dan wajahnya sama dengan perempuan yang aku
pernah lihat bersama Shahril. Tapi malangnya aku tak berapa pasti sehinggalah hari ini.

Tapi aku tak pernah terlintas Shahril sanggup bertindak sejauh ini. Kalau dia
berdendam, kenapa harus tunggu empat tahun?

“Kau jangan sebut nama dia. Sebab Dheo, dia mati!” tengking Shahril.

Terkejut juga aku mendengarnya. Dheo tak pernah cerita yang Jessica dah mati.
Dia hanya cakap Jessica lari bersama teman lelakinya.

“Dia mati sebab aku bunuh dia. Kau tahu kenapa aku bunuh dia?” Suara Shahril
berubah seram.

Telan liur juga aku mendengarnya.

“Sebab dia nak balik pada Dheo. Bila dia nampak balik Dheo yang jauh lebih
segak, lebih maco dan yang penting lebih kuasa daripada dulu, dia memilih untuk
mengikut perancangan keluarga dia. Kahwin dengan Dheo. Begitu senang hati dia
berubah.”

“Dia kata dulu dia budak-budak. Sebab itulah dia pilih aku. Dan bila dia dah puas
dengan aku, dia cari Dheo. Ingat senang-senang ke aku nak lepas dia? Sebab tu aku
guna nama Dheo untuk ajak dia makan. Aku bunuh dia. Aku buat macam dia bunuh
diri.”

“Aku buat macam akulah orang pertama yang jumpa mayat dia. Orang-orang
Russo yang tahu kisah aku dan dia terus setia pada aku lepas dia mati. Sebab mereka

451
Obey.tube
tahu kami bercinta. Jadi, kesetiaan pada Jessica berpindah kepada aku bila dia dah tak
ada.”

“Aku tuduh Dheo. Semua orang tak percaya. Dan ada yang percaya. Semuanya
adalah orang-orang yang membantah hubungan baik D’Ambrusio dan Russo. Semua
ikut aku untuk membalas dendam pada Dheo. Kau tahu aku nak buat apa?”

“Aku nak bunuh Dheo!”

Tubuhku sedikit menggigil mendengar kata-katanya itu. Tapi aku masih cuba
memberanikan diri. Aku tak nak dia tahu aku takut.

“Tak sesenang itu kau nak bunuh Dheo, Shahril. He’s Dheo Han.” Aku bagaikan
cuba mengapi-apikan dia.

Dheo bukan sembarangan orang. Aku tahu Dheo siapa. Dheo takkan mudah jatuh.
Aku percayakan Dheo. Malah Dheo jauh lebih terlatih daripada Shahril. Dia dah pernah
hadapi musuh yang jauh lebih ganas daripada Shahril. Aku pasti Shahril itu bukan
lawan Dheo. Paling tidak pun kalau satu lawan satu.

Shahril senyum sinis. Agak seram! Dia mula merapatiku. Aku telan liur bila dia
duduk mencangkung di sebelahku. Daguku dicengkam kuat. Dan didongak kasar ke
arahnya.

“Aku tahu dia Dheo Han. Aku tahu aku takkan kalahkan dia macam tu aje. Sebab
tu kau wujud. Kau kunci kejayaan aku.” Dia senyum sinis.

“Aku tak nafikan, Dheo hebat sorok kau. Mati-mati semua orang ingat kau dah
mati. Semua orang ingat dia kembali kepada Dheo yang lama bila dia cakap dia hilang
ingatan. Aku akui, semua orang tertipu dengan lakonannya.”

“Aku ambil masa empat tahun untuk tahu kau wujud, Nurissa. Memang satu
bonus bila tahu kau pun hilang ingatan. Tapi Dheo memang lagi bijak. Merata-rata
dia pasang orang untuk dekat dengan kau.”

“Tapi hari ni aku berjaya! Aku nak Dheo tahu yang aku boleh culik isteri dia di
bawah jagaan dia sendiri. Dari dalam rumahnya. Biar padan muka dia. Biar dia fikir
macam-macam, apa yang aku akan buat pada isteri dia yang cantik ni.”

Sehabis dia berkata, tubuhku rasa seram-sejuk. Jujur aku takut kalau dia berani
buat macam-macam denganku. Dengan kudrat perempuanku, aku tak mampu melawan.
Aku hanya untuk Dheo dan hanya Dheo yang layak menyentuhku. Aku hanya mampu
berdoa semoga Allah melindungiku.

“Dheo akan jumpa aku, Shahril. Itu yang pasti!” Aku berkata yakin.

452
Obey.tube
“Mungkin. Tapi bila dia dah jumpa, mungkin dia sempat nampak aku tengah belai
bini dia.” Shahril ketawa jahat.

Meremang bulu romaku mendengarnya. Sebelum jadi nyata, aku haraplah Dheo
terlebih dahulu jumpa aku.

Aku mengengsot ke tepi. Mahu jauh daripada tangan jijiknya itu. Walaupun
usahaku mungkin sia-sia, tapi aku tetap berusaha untuk berada jauh darinya. Pada masa
yang sama, aku cuba merungkai ikatan tangan yang diikat di belakang tubuhku. Dah
mula rasa pedih akibat tali itu bergesel dengan tanganku.

“Aku memang tunggu dia jumpa aku, Rissa. Aku nak dia merayu kat aku supaya
jangan apa-apakan isteri kesayangan dia. Mungkin sanggup lakukan apa sahaja. Kalau
aku minta ganti dengan nyawa dia pun aku rasa dia sanggup. Itulah besarnya nilai kau,
Nurissa. Kau kelemahan Dheo. Dheo boleh jatuh sebab kau. Sebab tu kau akan jadi
target semua orang.”

Aku pula senyum sinis.

“Langkah mayat aku dulu la. Aku akan pastikan Dheo terus teguh. Sebab aku
bukan kelemahan dia. Aku adalah kekuatan dia.”

Dan Dheo kekuatan aku. Kalau Dheo sanggup berkorban untukku, aku juga sama.
Jangan ingat aku hanya akan melihat bila ada pistol dihala ke kepalanya. Aku takkan
berdiam diri. Kalau betul Dheo lemah sebab aku, dan ketika dia dipaksa untuk memilih
nyawa sendiri atau aku, aku akan pastikan dia tiada pilihan.

Sebab aku akan mati untuknya! Dia harus pilih nyawa sendiri. Kalau ternyata
ajalku kerana dibunuh, aku reda. Ajal maut semuanya di tangan Tuhan.

“Feisty! Tak sangka orang macam kau ni pun berani juga. Aku ingatkan kau akan
menangis-nangis takut. Like a damsel in distress.” Aku senyum yakin.

“Love happened and people changed! Damsel in distress also can be a hero in her
own story. Lagipun, aku yakin yang Dheo akan datang nanti. Aku tak takut dengan
kau.”

Mata Shahril ditentang berani.

“I’m Dheo’s. And I’m not afraid of falling off the cliff. Because I know I would
end in his arms before I ever step off the cliff.” Aku berkata yakin.

“Dan sekalipun aku jatuh, aku tahu dia akan hulurkan tangannya untuk
menyambut aku. Tak lambat sesaat. Dulu dia sempat, aku yakin kali ini pun sama!”

453
Obey.tube
AKU ditinggalkan bersendirian lagi. Ada anak buah Shahril datang ke arah kami dan
memanggil Shahril. Lega aku bila dia tinggalkan aku. Aku bersandar di dinding.
Pinggang dah lenguh, tapi aku apa pilihan yang aku ada?

“Bunga!” Aku tegakkan kepala. Suara itu amat perlahan. Sekeliling dipandang.

Bila aku dongak ke atas, aku nampak Fahim muncul entah dari mana. Dia
menyelinap di balik siling bilik itu. Bila aku mahu bersuara, Fahim meletakkan jari
telunjuknya pada bibir. Memberi isyarat supaya aku jangan bising.

Aku angguk kepala. Pandang balik pada pintu bilik yang masih tertutup rapat.
Haraplah Shahril tak balik ke sini. Aku pandang pula ke atas. Fahim sedang berusaha
untuk turun dari tempatnya. Dengan penuh hati-hati. Tanpa mengeluarkan sebarang
bunyi.

Lega rasanya bila dia selamat mendarat. Dia berjalan ke arahku. Ikatan tangan dan
kakiku terus dibuka.

“Kau okey tak, Bunga?” bisik Fahim. Suara bersalut kerisauan.

Aku angguk laju. Selain pergelangan tangan yang rasa berbirat, semuanya okey.

Wajah Fahim dipandang. Ada kesan luka kering di hujung dahinya. Melekat
hingga ke hujung rambut hitam pekatnya. Betapa leganya aku bila Fahim ada
bersamaku. Fahim dah muncul, aku yakin Dheo bakal muncul tak lama lagi.

“Kau okey tak?” soalku balik.

“Well... Sekurang-kurangnya aku tak kena bunuh.” Sempat lagi dia nak bergurau.

“Arrayan?” Aku risau. Sebab aku masih ingat bunyi tembakan sebelum aku
dibawa lari tadi.

“Selamat. Bukan dia yang kena tembak tadi.” Lega aku dengar.

“Dheo mana?” soalku lagi.

Wajah Fahim bertukar serius.

“Dia akan datang nanti. But when he comes, he means war.”

“Shahril yang culik aku.”

454
Obey.tube
“Aku tahu. Dheo pun dah tahu. Dah jumpa pembelotnya. Vince,” cerita Fahim
perlahan. Sesekali jeling ke arah pintu. Bila-bila masa boleh terbuka.

Vince. Aku kenal siapa. Lelaki itu memang pendiam. Aku tak berapa ramah
dengannya. Dia pun hanya senyum bila jumpa aku.

“Apa yang Dheo dah buat kat dia?”

Fahim diam dulu.

“Dheo tak bunuh dia. Dia takkan bunuh sesiapa.” Jawapan paling selamat dia bagi
aku.

“Macam mana kau datang sini?” soalku lagi.

“Aku ikut location alat yang aku bagi kau tu. Aku dah bagi tahu Dheo.”

“Sekarang kita nak buat apa?”

“Kita tengok dulu. Kalau tak, kita tunggu sampai Dheo datang. Kalau kita serang
sekarang, kita tak cukup orang. Bunuh diri namanya. Aku dah tengok orang-orang
Shahril. Ada lapan orang semuanya.”

“Tapi, kalau pintu tu terbukak, memang no choice, kita terpaksa serang. Pistol aku
hanya ada enam peluru. Memang kena guna betul-betul. Kau doalah semoga tak ada
orang buka pintu tu.”

AKU dan Fahim bersandar pada dinding. Sama-sama memandang siling kapur yang tak
terurus itu. Dengan adanya Fahim, aku rasa sedikit lega. Sekurang-kurangnya aku tahu
yang aku tak sendirian.

“Aku tepati janji aku. Aku datang cari kau,” kata Fahim tiba-tiba.

“Aku tahu kau akan cari aku, Fahim. Kaukan kawan sejati aku,” balasku pula.

“Aku lega tengok kau okey. Nasib baik kau tak kena pukul. Kalau tak, memang
tahulah macam mana aku nak ajar nanti!”

Aku senyum mendengarnya. Dia kadang-kadang macam Dheo. Mengingatkan


Dheo, rasa rindu aku dengannya.

455
Obey.tube
“Dia culik aku sebab dendam dengan Dheo. Sama macam empat tahun lepas.”
Aku mengeluh.

“Kau bahagia dengan Dheo?” Tiba-tiba Fahim bertanya.

Aku angguk.

“Aku dah tiada sesiapa. Aku cuma ada Dheo. Ada orang-orang Dheo. Hanya
mereka keluarga aku sekarang ni,” jawabku.

Nampak Fahim pula angguk-angguk.

“Baguslah. Tak sia-sia aku kerja dengan Dheo. Jadi kawan kau. Lindungi kau.
Kau memang layak hidup bahagia.”

“Kau tahu tak sepanjang aku jadi kawan kau, tiap-tiap hari aku akan repot pada
Dheo. Kau buat apa? Kau makan apa? Kau sihat ke tak? Siapa kawan kau? Kau gembira
ke tak? Aku tahu dia rindu kau, tapi dia terpaksa pendam. Kalau akulah, empat tahun
lebih berpisah dengan isteri sendiri, aku tak tahulah macam mana.” Fahim bercerita.

“Aku ingat lagi tiap kali birthday kau. Dheo akan kirimkan cup cakes untuk aku
bagi kau. Dia tahu kau suka cup cakes. Kadang-kadang apa yang aku buat tu,
kebanyakannya sebab Dheo yang suruh. Itu cara dia lepaskan rindu dia pada kau.”

Tersenyum aku mendengarnya. Patutlah segala usaha Fahim itu kadang-kadang


dekat dengan hati. Nasib baiklah aku tak jatuh hati dengan Fahim. Kalau tak,
melepaslah Dheo. Haha.

“Dheo bos yang baik. Kau pun baik. Kau dengan dia memang ditakdirkan
bersama. Lepas apa yang jadi, aku harap kau dan Dheo akan terus bahagia.”

“Kenapa tiba-tiba kau cakap macam ni?” Aku pelik.

Fahim hanya senyum.

“Sebab lepas ni, aku tak tahu aku akan hidup lagi ke tak. I don’t know if I can even
make it after this war.”

“Kau jangan cakap macam tu, Fahim. Aku tak suka!”

“Aku hanya cakap apa yang aku nak cakap, Rissa. Sementara ada peluang. Kita
tak tahu apa yang bakal jadi lepas ni.” Fahim berkata sesuatu yang betul.

Dia betul. Kalau bukan dia, mungkin aku. Aku juga mungkin akan mati malam ni.
Ajal maut dah ditentukan.

456
Obey.tube
“WOI! Kau buat apa!” Aku mendengar suara jeritan kuat itu sebaik sahaja pintu bilik
dibuka.

Fahim lagi cekap. Sebaik sahaja dia melihat lelaki itu masuk, Fahim terus bangun.
Kepala lelaki itu dihantuk kuat ke dinding dan belakang lehernya dipukul Fahim.
Terjelopok jatuh dia di kaki Fahim.

Ternganga aku melihat tindakan Fahim itu. Aku masih tak dapat terima Fahim
yang menyotong itu mampu bertukar seganas ini.

“That’s mean, Fahim!” Aku marah dia.

“Don’t worry. Dia cuma pengsan. Aku takkan bunuh orang kalau bukan terpaksa.”
Dia bela diri.

“At least, jimat satu peluru pistol aku.” Sempat lagi dia berlawak. Sengih.

Kemudian wajah bertukar serius. Tanganku ditarik untuk keluar dari bilik itu.
Sebab jeritan lelaki tadi kuat. Aku yakin ada yang mendengarnya. Dan bila-bila masa
orang Shahril akan datang.

Kawasan agak lapang. Aku tak tahu ke mana menghilangnya semua orang Shahril.
Bila tiba di satu sudut, kedengaran suara Shahril bergema.

“Kau nak pergi mana?”

Dan aku dengar bunyi pistol digerakkan. Telan liur bila angkat muka, Shahril dan
beberapa orang anak buahnya menghalakan pistol ke arah kami.

Busted!

457
Obey.tube
Bab 55

“W ELL... Kenapa diam?” sinis suara Shahril.

Dia menapak ke arah kami. Aku dan Fahim masih terkaku. Fahim pula menolak
tubuhku supaya berselindung di belakangnya. Matanya tajam menganalisa keadaan
sekeliling.

“Give her to me!” arah Shahril dingin. Mata Fahim ditentang berani.

“Over my dead body!”

“No!” Cepat aku bangkang sebelum orang-orang Shahril melepaskan tembakan.

Bagaikan déjà vu. Fahim pernah ditembak setelah berkata sebegitu dan aku tak
mahu ulang benda yang sama. Aku takkan biarkan Fahim cedera lagi sebab aku.

Perlahan-lahan aku menapak keluar daripada belakang Fahim. Serah diri. Aku tak
tahu tindakan aku ni betul atau tidak, tapi aku tak nak Fahim kena apa-apa.

“Kau gila ke, Nurissa!” marah Fahim. Tapi aku tetap berdegil.

“Clever girl. Come to me, darling.”

Aku jeling Shahril. Benci.

Shahril memang suka melihat kebencianku padanya. Lagi dia sengaja mengapi-
apikan keadaan. Dia ingin pegang tanganku. Tapi aku tepis. Bila dia cuba pegang lagi,
aku rasa nak bagi kaki.

“Don’t touch her!” Suara penuh authority itu kuat bergema.

Tumpuan kami semua tertumpu kepadanya. Dheo melangkah dengan yakinnya ke


arah kami. Wajah dingin. Itu rupa kali pertama aku melihatnya di Hotel La Prince.
Malah, versi lebih menyeramkan.

Sebaik sahaja perhatian semua orang teralih, Shahril menarikku rapat dengan
tubuhnya. Aku menjerit kecil bila terasa lengannya disilang pada lehernya. Sempat
dirampas pistol anak buahnya lalu dihalakan kepada kepalaku.

458
Obey.tube
“No!”

“Rissa!”

Suara panik Dheo dan Fahim kedengaran.

Tubuhku mengeras. Semua pegun di tempat masing-masing.

“Dheo D’Ambrusio. At last!” Suara Shahril penuh ejekan.

“Aku yang kau nak? Lepaskan Rose!” Dingin suara Dheo. Tapi tetap terselit rasa
gerun. Dia takut Shahril apa-apakan aku.

“Of course. Hero idaman Malaya. Hero idaman Catania,” sinis Shahril. Makin
dieratkan pegangan pada leherku.

Aku hanya berdiam diri. Takut. Kalau aku buat apa-apa, tak mustahil Shahril
menembakku. Mahu otak berkecai bahana pelurunya. Aku tak mahu ambil apa-apa
risiko sekarang ini.

“Apa kau nak daripada aku, Shark?” soal Dheo lagi.

“Aku nak kau mati. Sebab kau, semuanya musnah. Sebab kau, Jessica mati.”

“Kau kekasih Jessica.” Dheo macam baru tahu. Mungkin Dheo tak pernah ambil
tahu tentang Jessica selepas putusnya perjanjian antara dua keluarga itu.

“Patutlah orang Russo tunduk dengan kau. Aku ingat kau muncul balik sebab kau
nak Rose balik.”

“Nak Rose balik?” Shahril tunduk pandang aku. Senyum misteri. Buatkan aku
rasa seram melihatnya. Aku tahu bukan sesuatu yang elok.

“Tak mustahil. Tapi lepas kau mampus la. Sebab aku tengok dia makin cantik. Dia
pun dah kahwin dengan kau. Definitely great in bed. Kan?”

Telan liur aku mendengar kata-katanya itu.

“Kau jangan nak kurang ajar dengan isteri aku!” Garang suara Dheo.

“You’re in no position of giving me orders, Han!” Suara Shahril tak kurang


garangnya. Muncung pistol kembali dirapat ke kepalaku. Memberi amaran.

Aku nampak mata Dheo terbias rasa takut. Tapi dia cuma diam. Nampak dia tarik
nafas dalam-dalam untuk tenangkan diri.

459
Obey.tube
“Bukan aku yang bunuh Jessica. Aku balik Malaysia masa tu,” terang Dheo.

“Tak bermakna kau tak upah orang untuk bunuh Jessica. Mereka semua marah
sebab pewaris Russo dah mati.”

Mendengar kata-kata Shahril itu, hati rasa menggelegak.

“Kau cakap yang bunuh Jessica, Shahril. Kau mengaku depan aku tadi,” kataku.

Sebaik sahaja aku habis berkata, aku dapat melihat beberapa tubuh anak buah
Shahril mengeras. Ada juga yang faham bahasa Melayu.

“Kau diamlah!” Shahril memberi amaran. Tangan yang memegang pistol itu
dihantuk ke kepalaku.

Aku menjerit. Sakit! Sehingga terasa ada cecair keluar.

Melihat tindakan Shahril itu, Dheo hilang kawalan. Wajahnya bertukar garang dan
dia menghala ke arah kami. Bila Shahril sedar Dheo datang, pistol dihalakan ke arah
Dheo.

Bang!

“No!” jeritku kuat. Pejam mata. Aku takut untuk melihatnya.

Tapi bila mendengar suara Shahril mengerang kesakitan dan pegangannya


dilepaskan, aku terus buka mata. Aku nampak Dheo bergelut dengan Shahril. Dan aku
melihat punca tembakan itu.

Fahim! Fahim menembak tepat pada tangan Shahril saat dia menghalakan pistol
ke arah Dheo. Aku tarik nafas lega. Nasib baik Fahim cepat.

“Take her, Fahim!” arah Dheo.

Fahim angguk. Terus ditarik tanganku untuk keluar.

“No!” Aku enggan. Aku tak nak tinggalkan Dheo sendirian. Rasa macam Dheo
akan tinggalkan aku selamanya. Aku takut bila aku datang balik, hanya mayat Dheo
yang aku jumpa.

“Rissa! Kau jangan degil. Kau kena selamat. Dheo nak kau selamat!” Fahim
marah dengan kedegilanku.

“Tapi Dheo seorang-seorang. Ada lapan orang dalam tu.”

460
Obey.tube
Aku mula menangis.

“He’s Dheo Han, Rissa! Trust him. He’s going to make it. Dheo juga punya orang-
orang dia. Kau tu yang kena selamat,” kata Fahim.

Dan bila sekali lagi dia mengheret tanganku, kali ini aku hanya mengikut. Berat
hati, tapi aku tetap mengikut langkah Fahim. Aku kena percaya pada Dheo.

Kaki berlari mengikut Fahim tapi aku tetap pandang Dheo. Sehinggalah Fahim
menarikku keluar dari tempat itu. Perkara terakhir yang aku nampak, Dheo merampas
pistol entah siapa lalu aku mendengar satu tembakan.

Aku harap dia tak bunuh sesiapa. Dan aku harap Allah lindungi suamiku itu.

“KAU nak pergi mana?” Aku tak tahu macam mana Shahril boleh tiba-tiba muncul di
depan kami. Ketika itu, kami beberapa meter daripada kereta. Kami terus berhenti
berlari.

Aku terkejut melihat keadaan Shahril. Darah memenuhi baju putihnya itu. Tangan
kanannya juga penuh dengan darah. Dia kini sedang menghalakan pistol ke arah aku
dan Fahim.

Fahim terus menarik aku supaya bersembunyi di belakangnya. Bila Shahril


nampak Fahim mahu lakukan sesuatu, terus ditembaknya Fahim. Tepat mengenai perut
Fahim, lalu Fahim tersungkur jatuh.

“Fahim!”

Belum sempat aku mahu melihat keadaan Fahim, tanganku direntap kasar oleh
Shahril. Aku ditariknya lalu ditolaknya aku menjauhi Fahim.

Muncung pistol kembali dihalakan ke arahku. Aku gerun melihat Shahril sekarang
ini. Matanya penuh dengan dendam.

“Dheo memang tak guna. Dia dah rampas segalanya daripada aku dan sekarang ni
dia buat anak-anak buah aku belot dengan aku. Kau patut tutup mulut tadi, perempuan
tak guna. Semua ni salah kau!” tengking Shahril.

“Kau memang patut mati. Baru Dheo tahu macam mana rasa kalau orang yang dia
paling sayang mampus. Biar dia menderita. Padan muka. Aku akan seksa kau perlahan-
lahan. Supaya Dheo ingat segala raungan kau. Biar dia bersalah seumur hidup.” Wajah
Shahril jelas menunjukkan kekejaman yang dia mahu lakukan.

461
Obey.tube
“Aku bunuh kau lepas tu. Dulu kau mungkin terlepas. Tapi kali ni aku akan
pastikan kau mati. Aku...”

Belum sempat Shahril habis berkata, aku nampak Dheo menolaknya kuat. Mereka
berdua jatuh ke tanah. Mula bergelut. Dheo berada di atas tubuh Shahril.

“Before anything happens to her, over my dead body. I’ll give my life before
hers.” Aku dengar Dheo berkata.

Aku nampak Dheo berubah ganas. Bagaikan raksasa, dia mengganas. Mereka
mula berbalas tumbukan. Tubuhku menggigil melihat keganasan di depan mata.
Peristiwa empat tahun lepas kembali terbayang. Keadaannya lebih kurang sekarang ini.

Aku melihat Dheo menarik tubuh Shahril supaya berdiri. Wajah Dheo berdarah.
Tapi tak seteruk Shahril yang aku rasa macam bermandi darah. Kelihatan nyawa-nyawa
ikan.

“How dare you touch my wife! I should make you suffer, slice you into pieces and
prolong your death. Make sure you feel every pain you deserve. I’ll make sure you
suffer to the point you’ll be begging me to kill you already!” Penuh kesumat suara
Dheo.

Aku yang mendengarnya rasa menggeletar. Dheo tak main-main. Itu Dheo Han
semasa dia masih di bawah D’Ambrusio. Dheo D’Ambrusio cucu kepada The Great
Giovanni D’Ambrusio.

Tubuh Shahril ditolak kasar ke tanah. Aku lihat dia mengambil pistol yang
dipegang Shahril tadi. Berdiri penuh gah di depan Shahril yang dah lembik sambil
menghala muncung pistol ke arah lelaki itu.

Aku panik. Dheo mungkin dikuasai amarah. Darah D’Ambrusionya menggelegak


bila tiba masanya. Hari ini Shahril berjaya membuatkan Dheo marah. Mengingatkan
balik Dheo tentang siapa dia sebelum ini. Aku tak nak Dheo hilang kawalan. Aku tak
nak dia bunuh orang malam ni.

“Abang!” jeritku. Mahu dia kembali rasional.

Dheo terus berpaling ke arahku.

“Abang, please! Don’t kill him. Itu bukan diri abang. Ingat Allah, bang,” kataku.
Memintanya juga untuk beristighfar.

Dheo masih diam. Tapi aku tahu dia sedar dan mampu untuk berfikir secara
rasional. Aku nampak Dheo mengetap bibirnya sebelum pistol di tangan dibuang ke
tepi. Dia terus melangkah ke arahku.

462
Obey.tube
“Rose, I’m sorry!” Terus dia cium dahiku. Peluk aku erat-erat.

Aku senyum kepadanya. Wajahnya yang masih basah dek peluh dan darah aku
usap. Dheo masih okey.

Hati terlintas untuk memandang belakang Dheo. Mungkin Allah gerakkan hatiku.
Aku melihat Shahril kembali bangun dan menghalakan pistol ke arah Dheo. Tindakan
spontanku, aku terus memusingkan tubuh kami yang masih berpelukan itu untuk
menyelamatkan Dheo.

Pejam mata!

Bang!

“Rose!” Muka Dheo dah pucat saat mendengar tembakan itu.

Aku buka mata. Tiada rasa sakit di tubuhku. Dheo juga memeriksa kecederaanku.
Tapi tiada kecederaan. Lantas Dheo angkat mukanya.

Wajah Dheo jelas terkejut melihatnya. Aku tak tahu apa yang Dheo lihat di
belakangku. Yang aku dengar, ada bunyi bagaikan orang tersungkur ke tanah. Sepantas
kilat aku menoleh ke belakang.

Apa yang aku lihat buatkan jantungku hampir berdenyut!

“Fahim!” jeritku kuat.

Dheo berlari ke arah Shahril. Kakiku pula laju mencari Fahim. Fahim dah rebah.
Kali kedua dia ditembak kali ini. Kali ini tepat di bahagian dadanya. Bajunya dah
bermandi darah.

“Fahim,” panggilku. Aku mula menangis.

“Nur... Rissa,” panggil Fahim perit. Wajahnya berkerut menahan kesakitan.

“Aku rasa... Sejuk. Macam nak mati,” kata Fahim lagi.

Aku geleng kepala beberapa kali.

“Shhh... Jangan cakap macam tu!”

“Kau... Jangan nangis, Rissa. Nanti... Tak cantik.” Dengan penuh susah-payah,
Fahim berkata. Senyum perit.

463
Obey.tube
“Jadi isteri yang baik, Rissa. Aku sayang kau sangat-sangat. Lebih daripada
seorang kawan.”

Aku terkejut mendengar pengakuan Fahim.

“Tapi aku tahu kau isteri orang. Kau Dheo’s. Forever Dheo’s. Aku tahu aku hanya
mampu jadi kawan baik kau. Tapi aku dah bersyukur.”

“Kau jangan cakap lagi, Fahim. Kau kena simpan tenaga. Kau akan selamat!” Aku
meyakinkannya.

Fahim terbatuk sehingga keluar darah. Makin laju air mataku mendengarnya. Dia
geleng kepala.

“Aku tahu... Masa aku dah sampai, Rissa. Aku akan mati. Kau ingat masa kita
tengok wayang dulu? Aku dah cakap. Aku sanggup berkorban untuk kau sebab kau
kawan kesayangan aku, Rissa.”

“Jadi isteri yang baik. Bahagiakan Dheo. Nanti buat anak yang comel-comel. Aku
yakin kau mampu jadi ibu yang baik, Rissa. Aku akan doakan kau bahagia nanti.”

“Kalau aku pergi nanti, jangan salahkan diri sendiri. Ini pilihan aku. Bukan salah
sesiapa. Aku tak menyesal pun. Sebab aku tahu, Dheo kebahagiaan kau. Aku tak mahu
kebahagian kau dirampas. Kau pun layak hidup bahagia,” kata Fahim lagi.

“Janji dengan aku kau takkan salahkan diri sendiri. Janji, Rissa!”

“Aku janji!” jawabku dengan tangisan.

Fahim senyum. Aku dengar mulutnya terkumat-kamit menyebut sesuatu.


Wajahnya masih berkerut kesakitan. Tiba-tiba aku nampak mata Fahim tertutup rapat.
Dadanya berhenti berombak.

“Fahim! Fahim!” Aku goncang tubuh Fahim.

Kaku.

“Fahim!” Suara berubah perlahan.

“Rose.” Aku dengar namaku dipanggil lembut sebelum aku dipeluk.

“Abang, Fahim!”

Aku menangis di dada Dheo. Dheo cuba menenangkanku. Tapi aku tahu dia
dengar semua yang dikata Fahim dan aku tahu dia sendiri turut menahan sebaknya.

464
Obey.tube
Aku terus menangis dan menangis. Sehinggalah Dheo menarikku untuk berdiri.
Aku hanya mengikut. Sehinggalah satu ketika, terasa bahagian perutku sedikit sakit.
Aku pandang ke bawah. Seluar yang aku pakai mula bertukar merah.

Mata meluas sebab tak percaya!

Aku... Mengandung?

“Abang, sakit!” rintihku perlahan.

“Ya Allah!” Wajah Dheo terus bertukar cemas. Terus tubuhku dicempung. Aku
hanya mampu menahan rasa. Hanya membiarkan Dheo berlari membawaku. Dalam
hatiku berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja.

Anakku... Kuatlah! Tolong kuat untuk mama dan papa.

Ya Allah... Kau selamatkanlah anakku! Aku tak nak pisang berbuah dua kali.
Dulu kau dah tarik anakku, janganlah kau tarik anakku lagi. Berilah peluang kepada
kami untuk menjadi ibu bapa. Aku mohon, Ya Allah!

Dalam hati tak putus-putus aku berdoa.

465
Obey.tube
Epilog

P ENGORBANAN! Pengorbanan membawa erti yang sangat besar. Seawal


kelahiran lagi, seorang ibu sanggup berkorban demi anaknya. Hidup ini selalu
memerlukan pengorbanan. Sama ada yang berkorban ataupun menjadi korban.

Hidupku dikelilingi dengan orang-orang seperti itu. Saling berkorban antara satu
sama lain. Menunjukkan dalam dunia ini, tak semua orang pentingkan diri sendiri.
Masih ada yang setia sehingga ke hujung nyawa dan berkorban demi orang lain.

Dheo telah korbankan agamanya, keluarganya dan status hidupnya semata-mata


memilihku untuk menjadi isterinya.

Aku sendiri korbankan kebebasanku, sanggup merisikokan keselamatan diri


sendiri hanya kerana mahu menjadi isteri Dheo.

Lucca korbankan kehidupannya hanya untuk berbakti kepada Dheo. Sehingga


sanggup bersumpah untuk setia dengan Dheo sehingga ke hujung nyawanya.

Fahim juga berkorban nyawa sendiri untuk menyelamatkan Dheo daripada


ditembak. Hanya kerana Dheo yang mampu menggembirakan aku dan dia tak sanggup
melihat aku bersedih lagi.

Cinta juga menuntut pengorbanan. Dalam hidupku, terdapat dua insan yang ikhlas
mencintaiku sepenuh hati dan kedua-duanya dah berkorban demiku. Dheo dan Fahim.

Dheo berkorban masa empat tahun berjauhan denganku demi keselamatanku.


Fahim pula korbankan perasaan sendiri hanya kerana tahu aku milik orang lain. Menjadi
sahabat terbaik sehingga ke hujung nyawanya. Begitu bijak dia melindunginya sehingga
aku pun dapat tahu ketika hujung nyawanya.

Air mata selalu bercucuran tiap kali aku teringatkan Fahim. Aku sedih. Tapi aku
tetap reda melepaskannya. Sebab aku dah janji dengan Fahim untuk hidup bahagia.

Sampai mati aku akan ingat nama Fahim. Sahabat terbaik yang pernah aku ada.
Aku sayang dia. Walaupun tak sehebat sayangku pada Dheo.

“Tesoro.”

466
Obey.tube
Lantas aku lap sisa air mataku. Bukan niatku untuk menangis, tapi tiap kali aku
teringatkan Fahim, air mata akan automatik mengalir. Mungkin sebab luka masih baru.

Aku pusing pandang Dheo. Senyuman semanis mungkin cuba diukir. Aku tahu dia
tahu aku menangis, tapi dia tidak berkata apa. Sebab dia faham. Dia tahu aku
kehilangan seorang sahabat. Dan dia juga kehilangan orang yang setia dengannya.

“Are you ready?” soal Dheo.

Dia lap sisa air mataku walaupun dah kering. Tengok... Dia memang akan tahu
aku menangis.

Sekali lagi aku senyum. Angguk.

Dheo juga turut senyum. Sedikit hambar. Wajahnya sedikit berkerut. Sebab aku
tahu dia tak suka aku menangis.

“Rose rasa tak sedap,” akuiku.

Macam-macam rasa. Nak muntah, nak pitam. Semua ada.

Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang kelima. Hari di mana
Dheo bakal memperkenalkan aku secara rasmi pada khalayak. Hari ini juga majlis doa
selamat diadakan untuk arwah Fahim. Khas untuk memperingatinya.

“Why? Is that baby?” soal Dheo cepat. Mula masuk mood protectivenya. Perutku
yang masih kempis digosok perlahan.

Alhamdulillah... Anakku kuat! Doaku dimakbulkan. Allah masih memberi


peluang kepadaku untuk terus mengandung.

Usia kandunganku mencecah dua bulan. Tapi aku masih takut. Sebab sepanjang
kandungan, apa-apa boleh jadi. Macam dulu, Muhammad meninggal dalam perut ketika
usianya dua puluh satu minggu. Ketika dia dah sempurna sifatnya. Aku takut benda
yang sama berulang.

Tapi Dheo selalu mengajarku untuk selalu berserah kepada Allah. Kalau kita
yakin Allah jaga kita, insya-Allah kita selamat. Sebab itu kita kena selalu berdoa.

“No. Baby okey. Cuma Rose rasa berdebar,” jujurku lagi. Mungkin hormon.

“Tiada apa-apa yang perlu Rose risaukan. Insya-Allah semuanya berjalan dengan
lancar. Baca doa banyak-banyak. Lagipun bukannya ramai orang pun.”

Dheo memujukku.

467
Obey.tube
Aku tahu. Ini adalah majlis tertutup. Hanya ahli keluarga dan kawan-kawan
dijemput. Juga staf-staf hotel yang memang ada di situ. Dheo juga menjemput anak-
anak yatim. Bersedekah katanya. Besar pahala memberi makan kepada mereka.

“Majlis dah nak mula ke?” soalku setelah sedikit tenang.

Dheo hanya angguk.

“Kalau macam tu, jomlah kita pergi,” ajakku pula. Tak nak majlis tergendala
sebab aku.

Aku tarik lengan Dheo. Tapi bila dia masih tak berganjak, aku turut berhenti.
Pandang dia balik.

“Sebelum kita pergi, abang nak bagi sesuatu pada Rose.”

Aku menantinya. Nampak dia seluk poket seluarnya. Ada satu kotak berwarna
hitam. Perlahan-lahan dia membuka untuk mendedahkan isinya. Ada dua bentuk cincin
di dalamnya. Terus aku bawa tangan ke mulut. Terkejut.

“Cincin kahwin kita,” kataku.

Aku masih ingat lagi. Aku tak pernah tanya Dheo ke mana menghilangnya cincin
kami. Aku putuskan yang semuanya mungkin hilang ketika kami kemalangan dulu.

Dheo cuma senyum seraya mengangguk. Kemudian nampak dia keluarkan satu
cincin. Diambil tanganku lalu disarungkan pada jari manisku. Dheo membawa jari-
jemariku ke bibirnya lalu diciumnya lama sambil bertentangan mata. Tersentuh!

Aku pula mengikut jejaknya. Sarungkan cincin ke jari manisnya. Perasaan tak
dapat diungkapkan bila melihat cincin di jari masing-masing. Tanda yang menunjukkan
kami saling memiliki.

Cincin bukan sekadar cincin. Tapi bersamanya, termeterai satu janji untuk sehidup
semati.

“Happy fifth anniversary, mia bella,” ucap Dheo syahdu. Tunduk cium dahiku
lama.

“Happy fifth anniversary too, abang,” balasku.

Lima tahun! Sedar tak sedar kami dah lima tahun bergelar suami isteri. Hanya tiga
bulan pertama sempat merasa kehidupan bahagia suami isteri.

Empat tahun lebih terpisah dan baru sekarang kami dapat bersatu balik. Aku
berdoa jodoh kami panjang untuk menikmati hari tua bersama.
468
Obey.tube
Aku mengharapkan hidup yang normal dengan Dheo. Punya keluarga sendiri.
Didik anak-anak sendiri. Mungkin kehidupan kami tak senormal orang lain, tapi kami
cuba. Untuk sekarang, kami masih selamat tapi pada masa depan, siapa tahu?

Dheo sendiri pernah mengatakan benda yang sama. Kes hari itu dah selesai, tapi
dia tak dapat janji benda yang sama tidak akan berulang. Tapi dia sebagai suami akan
selalu mencuba yang terbaik untuk melindungi keluarganya dan aku percayakannya.

Sebaik sahaja Dheo mengangkat bibirnya daripada dahiku, terus aku dongak
kepala pandang dia.

“I love you so much. Terima kasih sebab sudi terima abang balik,” ucap Dheo.
Jelas terpancar kebahagiaan pada wajahnya. Juga rasa bersyukur.

“I love you too. Terima kasih sebab tak pernah give up dengan Rose,” kataku pula.

Aku bersyukur dia masih memilihku walaupun dia punya pilihan lain. Walaupun
aku hilang ingatan, tapi itu tak menghalang Dheo tetap berjuang untukku. Sebab dia
tahu sebaik sahaja ingatanku pulih, perasaan cintaku untuknya akan kembali kuat
seperti dulu.

Malah lebih kuat! Itu yang aku rasakan sekarang ini. Tiap hari makin bercambah.
Sayangku padanya hari ini lebih daripada semalam.

“Because you’re worth fighting for. Always,” kata Dheo sambil mencuit daguku.

“Jom, sayang! Kita dah lambat ni. Lambat kita muncul, lambatlah majlis bermula.
Kesian semua orang nanti,” ajak Dheo lagi.

Tangan kanan dihulurkan kepadaku. Tanpa ragu, aku menyambutnya. Sebaik


sahaja tangan kami bersatu, aku rasa segala rasa tidak tenteramku tadi terbang entah ke
mana. Berganti dengan semangat baru. Bagaikan kekuatan Dheo turut mengalir
kepadaku.

“Are you ready?”

Aku tarik nafas sekali sebelum angguk.

Dheo senyum dulu. Kemudian wajahnya berubah serius. Riak wajah profesional
seorang Dheo Han.

Sambil berpegangan tangan, kami melangkah keluar daripada bilik itu untuk
menuju ke arah Grand Ball Room itu.

469
Obey.tube
Setiap langkah diayun, dadaku kembali berdebar. Tapi Dheo bagaikan tahu, tetap
utuh pegangannya. Malah ada ketika rasa dia mengusapnya. Bagaikan cuba
menenangkanku.

Aku kumpul keberanian. Tiada berpatah kembali. Beberapa minit lagi, aku bakal
diperkenalkan secara rasmi sebagai isteri kepada Dheo Han. Mungkin Dheo akan
menjelaskan serba-sedikit macam mana kami menjadi suami isteri. Mungkin bukan
semua.

Tragedi berdarah itu menjadi sejarah terburuk. Sehingga masuk berita. Sekurang-
kurangnya orang-orang Dheo selamat. Mereka tidak bersalah.

Tindakan yang diambil Dheo betul. Hanya beberapa orang suruhannya yang
datang bersama Dheo ketika itu. Dan semuanya mempunyai lesen memiliki senjata api.

Tiada pembunuhan terjadi dan senjata digunakan untuk mempertahankan diri.


Sememangnya Dheo bijak mengatur sebelum membuat keputusan untuk bersemuka
dengan Shahril dulu.

Aku lega semuanya berakhir. Semua yang bersalah bakal dihadapkan ke muka
pengadilan.

Sedikit sebanyak tragedi berdarah itu menggemparkan semua orang. Dan daripada
situlah keluarnya ura-ura siapa wanita yang diculik kerana Dheo Han. Walaupun
dirahsiakan nama dan wajah, Dheo menyatakan yang aku adalah isterinya.

Dan aku? Bersediakah aku untuk menjalani isteri Dheo Han yang sebenarnya?
Jawapannya ya. Lima tahun lepas lagi aku dah memutuskan untuk hidup bersamanya.
Dan sekarang jawapannya tetap sama. Malah takkan berubah pun.

Kerana apa?

Kerana Dheo ditakdirkan untuk menjadi imamku.

Kerana aku ditakdirkan untuk menjadi makmumnya.

Because he’s mine and I’m his.

Because I’m Dheo’s right from the beginning!

TAMAT

470
Obey.tube
Biodata
Hanya mahu dikenali dengan nama Anjell dalam dunia penulisan. Karya ini
merupakan karya keenam beliau setelah Eksperimen Cinta (2013), Suamiku Paling
Sweet (2014), Tundukkan Playboy Itu (2015), Hero Seorang Cinderella (2016) dan Dr.
Alpha Male (2017). Selain itu, beliau juga suka menulis di blog dan novel ini juga
adalah salah satu kesudahan kisah dari blog beliau: www.anjellayan. blogspot.com.

471
Obey.tube
Segmen Ilmu
KEUTAMAAN MENDAHULUKAN SEBELAH KANAN DALAM SETIAP
PERKARA

Daripada ‘Aisyah RA, berkata: Nabi SAW menyukai melakukan sesuatu daripada
sebelah kanan ketika mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam setiap
amalan yang dilakukannya.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 168).

Pengajaran Hadith :

1. Rasulullah SAW memiliki keperibadian unggul yang menjadi contoh teladan


dan pedoman kepada umat Baginda dalam setiap amalan sama ada yang
melibatkan ibadah mahupun amalan harian.
2. Keutamaan mendahulukan sebelah kanan dalam setiap perbuatan menjadi
amalan yang sangat disukai oleh Nabi SAW terutama dalam amalan yang
melibatkan ibadah seperti tertib wudhu’, mandi dan lain-lain. Ia juga
disunatkan dalam perkara yang melibatkan kemuliaan dan keelokan seperti
adab makan, minum, berpakaian, menaiki kenderaan, memakai sandal,
menyisir rambut, bersuci, memasuki masjid dan lain-lain.
3. Manakala dalam melakukan amalan yang berlawanan dengannya seperti yang
melibatkan sesuatu yang tidak elok seperti memasuki tandas, keluar daripada
masjid dan sebagainya, maka hendaklah mendahulukan sebelah kiri. Itulah
petunjuk sunnah Nabi SAW yang mendahulukan sebelah kanan kerana yang
kanan itu lebih mulia daripada yang kiri.

Sumber rujukan :

1. - Sahih al-Bukhari
2. - Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Lil Ibn Hajar al-Asqolani
3. - Kitab Riyaadus Solihin Lil an-Nawawi

472
Obey.tube
473
Obey.tube

Anda mungkin juga menyukai