Anda di halaman 1dari 4

Andai aku bisa mengubah masa silam, aku ingin kembali menjadi aku.

Aku ingin kembali menjadi diriku yang dulu. Hidup bahagia tanpa kepura-puraan. Hidup dengan hati yang tenang tanpa keraguan. Aku ingin kembali menikmati kehidupan dengan tenang tanpa perlu berselindung di sebalik bayang si dia. Aku hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan terus mengulanginya. Keputusan yang aku ambil tanpa berfikir panjang ahkirnya memakan diri sendiri. Hanya kerana ingin mengejar cita-cita, masa depan aku kini bergolak.

Daun pintu itu aku tolak perlahan. Pasti dia sudah pulang. Kepenatan. Kepulangannya aku sedari cuma agak kekok untuk menyambut. Apatah lagi ini hanya sebagai syarat agar kami boleh tinggal sebumbung. Perlahan aku menghampiri dia yang kelihatan nyenyak di alam mimpi. Tidur tanpa menukar pakaian memang sudah menjadi tabiat jejaka ini. Dengan berhati-hati stoking di kaki aku tanggalkan. Tanpa aku sedari apa yang terjadi, tangan aku ditarik dan badan aku terdorong ke atas. Dan kini, aku di dalam pelukannya. Hangat tapi menakutkan. Ya, aku halal baginya tetapi hanya jasad. Aku dipeluk kemas, tiada peluang untuk melepaskan diri. Aku tersedar keesokkannya kerana cahaya yang mencuri masuk dari celah jendela mengganggu lenaku. Aku masih tidak boleh bergerak. Masih di situ tanpa mampu berbuat apa-apa. Aku amati wajah itu. Tidak kacak tetapi sedap mata memandang. Aku perhati pula aturan nafasnya. Nampak tenang dan mengasyikkan. Sedang bermimpi indah agaknya. Tiba-tiba mata itu terbuka dan bibir itu tersenyum. Satu kucupan lembut singgah di dahi. Aku terkedu seketika. lena tidur? aku tersipu di situ. Pelukan tidak pula dilepas malah makin kejap. Nafasku sudah tidak menentu dan aku tahu dia dapat merasai degup jantungku yang semakin deras. Sekuat hati aku menolak dia agar pelukan terurai. Ternyata dia terkejut dengan reaksi aku yang tidak disangka. Tanpa sepatah bicara, aku melangkah keluar dan terus menuju ke bilik aku yang terletak di belakang. Perlahan aku melabuhkan punggung di atas katil. Air mata yang ditahan sebentar tadi akhirnya mengalir. Pelukan itu hangat. Tidur aku lena. Malah amat selesa di lengannya. Namun, bukan ini yang aku harap terjadi. Mengapa? Mengapa setelah aku tekad menolak dia pula menghampiri? Mengapa setelah hati ini aku buka untuk yang lain, dia pula yang mencuri masuk? Naufal, maafkan aku. Mungkin cinta ini bukan milik kau kerana aku mencintai dia sejak pertama kali bertentang mata.

Pelik. Gadis idaman aku membisu tanpa sebarang kata. Selalunya senyuman indah di bibir tidak pernah lekang tiap kali bersua. Hari ini wajahnya mendung. Kelopak matanya bergenang. Tangannya yang cuba aku capai dilarikan. Mengapa? awak kenapa ni? Ada masalah ke? Awak risau pasal result ya? hanya angin petang yang kedengaran. awakjangan senyap macam ni. Awak menyeksa saya, gadis itu masih juga membisu. hmmsaya dah tak tau nak cakap apa lagi. Sejak tadi, awak Cuma berdiam diri. Awak kata nak jumpa saya. Ada yang nak dibincangkan. Sekarang saya dah ada depan mata awak, awak diam pula. Saya tak tau apa yang tak kena, aku mengalah dari terus memujuk. Hati gadis ini memang keras untuk dipujuk. Mengambil masa untuk pulih. Mungkin aku harus biarkan dia sendirian seketika. Kaki yang terasa berat aku gagahi juga untuk melangkah. saya mintak maaf tapi saya harap agar kita tak berjumpa lagi. Saya tak mampu nak teruskan perhubungan ni. Saya doakan agar awak jumpa gadis yang lebih baik dari saya. Mungkin antara kita tiada jodoh lagi naufal, aku benar-benar terkedu dengan ayat itu. Kaki aku terpaku di situ. Aku hanya mampu melihat dia melangkah pergi. Tiada daya untuk menghalang. Terasa satu kesakitan yang mencengkam dada. Pedih! Sakitnya hanya aku yang merasai. Mengapa? Bertahun lamanya aku mengejar cinta si burung merpati itu. peramah dan mesra. Namun apabila didekati, dia menjauhi. Sesudah aku berjaya meraptkan hubungan kami, dia dengan tiba-tiba pula menarik diri. Mengapa? Apa salahku? Aku bingung dan terus sendirian di taman itu sehingga senja. Balqis. Satu nama yang pada pendapat aku cukup indah. Nyanyian kumpulan nasyid remaja, UNIC mengenai ratu Balqis amat menyentuh perasaan bagiku. Ya, nama itu yang mengubah pendirian aku selama ini. Balqislah yang menghiasi saat-saat indah kehidupanku. Sejak dia hadir, aku menjadi perindu yang setia. Ketiadaannya membuat aku tidak keruan. Keramahannya berbicara bersama rakan-rakannya membuat aku kagum. Penuh nasihat yang tersirat. Kadang-kala turut mendatangkan cemburu apabila ada jejaka lain yang membuat dia tertawa manis. Sejak kehadirannya setahun yang lalu, hidup aku berubah. Lebih teratur dan terjaga. Aku tidak tersilap dalam membuat keputusan. Dalam diam, aku mencintai dia. Hanya masih tidak mempunyai kekuatan untuk melafazkannya. Aku harap aku tidak terlambat. Segalanya bermula dari sebuah pandangan. Pandangan sayu dan ketakutan seorang gadis kampung yang hampir diragut kesuciannya di tengah kota. Walaupun apa yang berlaku adalah tidak dirancang namun aku percaya dengan takdir Allah. Keputusan aku membawa dia pulang ke rumah menjerat hubungan aku dengan dia. Tidak aku sangka ada mata yang memerhati tindak tandukku. Akhirnya, Balqis sah

menjadi isteri aku tetapi hanya dari zahir. Benar, aku sayangkan dia tetapi aku tidak yakin yang dia juga menyayangi aku. Reaksi demi reaksinya cuba aku fahami. Jawapannya masih samar. Malam itu, mataku tidak mahu lelap. Tekanan di tempat kerja menyulitkan lagi fikiran yang sudah bercelaru. Aku melangkah ke bilik Balqis. Mencari bayangnya agar aku lebih tenang. Dari celah pintu, aku lihat dia sedang khusyuk berdoa. Apa agaknya intisari doa itu? aku harap dia berdoa agar hubungan ini akan berjaya diteruskan dan berkekalan. Usai doa berdoa, aku mendekatinya. Dia menoleh dan kelihatan matanya yang bengkak. Tanpa berlengah, aku bawa dia ke rangkulanku. kenapa ni? Bengkak mata. Awak ok tak? Ada masalah di u?bertalu soalan aku ajukan tetapi hanya dijawab dengan juraian air mata. Aku pandang wajah itu dan aku sapu mutiara jernih yang mengalir deras. Dahinya aku kucup perlahan. Lantas aku bawa dia duduk di birai katil. Dia merebahkan kepalanya di ribaan aku. Aku usap rambutnya yang licin sehingga dia terlena. Masih aku dengar sedu itu. teruk benar dia menangis. Mengapa agaknya? Jarang aku lihat dia bersedih. Gadis ini cukup tabah walau apa jua situasinya. Malam ini dia kelihatan sangat lemah. Sangat memerlukan seseorang seperti aku yang memerlukannya. Alangkah bagusnya kalau makna cinta itu boleh ditafsir dan diluahkan secara lisan. Malangya, cinta itu sesuatu yang subjektif bagi sesiapa sahaja. Dan kita takkan pernah mendengar cinta diberi definisi yang sama dari dua orang yang berbeza. Manakala aku masih di awang-awangan memikirkan makna sebenar cinta bagi aku. Positif atau negative. Baik atau buruk. Aku terperangkap dalam episode cinta tiga segi. Dicintai tetapi diri mencintai orang lain. Kejamkah aku kerana memberi peluang pada naufal untuk mencintai tetapi mengecewakan dia pada akhirnya? Berdosakah aku kerana menduakan suami aku yang tidak pernah melayanku? Layanannya dingin bak salju. Mendesak aku untuk selingkuh. Menduga kesabaran aku dalam mencari erti sebenar kebahagiaan. Naufal. Jejaka yang cuba mendekati aku seawal hari kuliah yang pertama. Aku tidak tahu apa yang menariknya untuk terus berkenalan dengan aku. Sikapnnya yang tidak pernah lokek dari berkongsi ilmu menawan hati aku. Seringkali mengulangkaji subjek bersama membuatkan pintu hati aku perlahan-lahan dibuka. Aku bahagia bersama dia tetapi tetap juga terasa kosong. Hubungan kami aku minta dirahsiakan agar tidak terpecah pada sang suami. Hakikatnya, jodoh itu bukan milik kami dan aku kecewakan dia di pengakhiran kisah kami. Akmal. Seorang lelaki berkerjaya yang secara kebetulan menjadi suami aku. Katanya, kami terperangkap dek hati hitam bekas kekasihnya. Malangnya, aku yang tidak punya kaitan turut terjebak dalam episode balas dendam itu. mungkin ada hikmah di sebaliknya. Kalau tidak pasti aku sudah menjadi mangsa kerakusan lelaki jahanam di kota

metropolitan ini. masakan tidak, aku yang baru tiba, ditarik masuk ke sebuah lorong gelap. Dan ketika maruahku hampir diragut, dia datang menyelamatkan. Kalau dulu mungkin layanan akmal terasa hambar.namun terlihat perubahan mendadak segak akhir-akhir ini.seolah-olah telah terbuka pintu hati dia untuk menerima aku. Tapi aku? Mampukah?

Anda mungkin juga menyukai