Anda di halaman 1dari 1

Betul kata orang yang kehidupan ni sbnarnya berwarna warni macam pelangi.

ada bermacam warna yang boleh mencorakkan perjalanan ini dan di tangan kita terletak pilihan utk memilih warna tersebut. Orang kata putih itu melambangkan suci, tulus dan bersih. Manakala yang hitam itu jahat dan jahil. Tapi hakikatnya terpulang kepada kita sendiri untuk menilainya. Hampir tiga minggu cuti semester aku berlalu dan macam-macam yang dah berlaku. Aku semakin belajar apa itu erti pahitnya sebuah kehidupan. Apa erti berdikari itu sendiri. Dan seksanya menanggung rindu terhadap adik kandung yang melebihi rindu aku terhadap tunang sendiri. Hanya Allah sahaja yang tau apa di benak ku kini. Aku semakin selesa berdamping dan bermastautin di kampung ini. aku belajar erti sebenarnya keakraban satu keluarga yang selama ini tidak pernah aku rasakan. Gelaran tunangan kepada salah seorang penduduk di sini membuatkan aku semakin diterima sebagai ahli keluarga. Hubungan semakin rapat walaupun hampir setiap masa aku menjadi baby sitter. Menjaga anak-anak kecil di sini semakin menguatkan memori aku kepada adik kesayangan aku. Apa khabar dia agaknye? Hampir tiga bulan aku menanggung tindu yang maha hebat ini. berkat kata-kata semangat dari abg ramzi buat aku cuba untuk menjadi tabah tapi sesungguhnya gelora di jiwa ni kadang-kadang terasa sukat untuk dikawal. Aku sangatsangat merindui dia. Dan merindui adik-adik ku yang lain. Cuti sekolah akan bermula tapi aku pula akan kembali untuk meneruskan perjuangan dalam membina hidup yang baru.

Anda mungkin juga menyukai