Anda di halaman 1dari 7

Pramugari Koma di tanah suci... MESTI BACA!!

Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan
jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.
Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya
lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku
pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya
20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik
ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung
Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja
tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji
Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung
dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang
Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama
mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.
Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah,
semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba
kepada giliran wa nita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita
itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus
jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya
pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi
cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
 

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia
kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan
membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang
lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha
dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa
nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya
terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan
menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa
nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih
juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya
berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya
gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan
rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding
hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.
Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul
Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun,
katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk
menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang
terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita
tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya
terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat
dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat,
betul-betul taubat."
 

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu
terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia
bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya
perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga,
kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan
keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am
alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-
pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami
semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar,
MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar
pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah
beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka.
Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan
bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak
minta ampun minta maaf kepada Allah."
 

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada
bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak
rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan
tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain
dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi
peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu
dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu
meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api,
sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak
terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak
diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-
betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah
kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak
main judidan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu
kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan
duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan
saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia
menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk
kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan
bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa
seperti terbakar hangus.

 
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan
kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan
puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum
sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah
kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa
diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah
kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata
kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak
akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan
semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan
mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha
Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka
baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di
akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak
bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak
taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi
jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi
ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang
subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri
kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar."
menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan
semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
 

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan
melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia
akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga
mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa,
Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak
betul- betul bertaubat."

Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang
tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak
seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau

wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang
Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada
orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki
bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut
kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana?
Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni???
Allah..."

"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami
akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana
kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa
dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang
bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut.
Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah
diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia
bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
 

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh
Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu
memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan
pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita
sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul
katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU


SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP
SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Anda mungkin juga menyukai