Anda di halaman 1dari 3

Angah anak kedua ku, bernama Muhmmad Hafizuddin.

Nama Hafiz diingini oleh arwah neneknya (nenek


sebelah ibunya). Aku dan isteri berbincang untuk menamakan seperti yang diminta oleh neneknya aku
pun mencadangkan nama Muhammad Hafizuddin. Hafiz adalah nama Allah iaitu Maha Penjaga. Aku
memilih nama Muhammad Hafizuddin bermaksud ”Muhammad yang menjaga Agama”. Sungguh indah
nama itu… mudah mudahan anakku kelak akan menjaga dan membela agama. Dia seorang periang dan
agak nakal. Sering melayan adik-adiknya terutama yang bongsu. Anakku yang bongsu, Iman berumur 6
tahun sering di belanjanya dan diberikan mainan oleh Angah. Setiap malam, mereka tidur berdua. Iman
selalu tidur diatas perut Angah… katanya perut Angah lembik.. Kami sering tertawa mendengar
ungkapan Iman itu. Angah juga kerap bangun di tengah malam jika Iman hendak k****g. Angah juga
akan bawa Iman ke tandas walaupun kadang-kadang merungut.

Berita Angah lemas benar-benar mengejutkan kami. Dia pergi seusia 13 tahun ketika itu. Isteriku beria-ia
hendak menghantar angah ke sekolah tahfiz. Ya lah , angah tu agak nakal, mudah-mudahan pengisian
agama akan mengubah sikapnya. Aneh juga, bila kami bercadang menghantarnya ke sekolah tahfiz, dia
tidak bantah. Satu hari di hari Jumaat, aku membeli jubah untuknya hadiah ke sekolah tahfiz. Balik kerja
aku berikan jubah tu, suruh angah cuba… agak malu-malu. Pada hari Ahad, 28 Disember 2014 kami
menghantar Angah ke sekolah tahfiznya. Turut bersama menghantar ialah datuk dan neneknya.
Neneknya sempat berpesan….”nanti jangan lupa ye nama Mak Tok ya”. Kata emakku kepada anaku
dengan bermaksud mendalam

28 Disember 2014 adalah 3 minggu sebelum kejadian. Sebaik saja balik dari menghantar angah
mendaftar ke sekolah. Hatiku menjadi resah dan tidak tenteram. Entah, tidak pernah pula ada
berperasaan sebegini sebelum ini. Kemudian, setiap hari akan ada satu perasaan yang sukar
digambarkan. Rasa seperti yang aku tidak akan berpeluang berjumpa angah lagi. Perasaan begitu kuat.
Aku merasa pelik. Kadang-kadang aku terasa seperti mimpi tapi lain. Anakku yang sulung tinggal
diasrama di Sungai Besar lagi jauh. Sudah 3 tahun dia disana, tidak pula ada perasaan begini. Ku
sangkakan perasaan ini sehari dua sahaja. Tetapi tidak, hampir setiap hari terutamanya ketika aku
memandu pergi dan balik dari kerja, ketika makan dan ketika bersendirian.

Perasaan ini begitu kuat… kenapa aku rasa akan berpisah lama dengan angah? Aku memujuk pada diriku
sendiri. Perasaan aja kot. Bukankah setiap hujung minggu boleh berjumpa? Jarak rumah dan asrama pun
20 ke 25 km je? Perasaan terus bermain-main sehingga kadang-kadang menggangu fokusku. Aku benar-
benar tidak tahan.. lalu satu hari aku pun berdoa ; “ ya Allah, jika inilah jalannya, aku Infaqkan anakku ini
pada jalanMu”. Barulah hatiku menjadi tenteram.

Setelah menerima panggilan talifon, kami sekeluarga pergi ketempat kejadian. Isteri yang sedang
menanggis teresak-esak sempat menelefon abahku dan sanak saudara. Aku juga bimbang
memandangkan isteriku mengidap sakit jantung. Anakku lemas ketika mandi di anak sungai selepas
aktiviti berkebun anjuran sekolah tahfiznya. Tak tahu pula yang di kebun tu ada anak sungai. Sampainya
kami ke tempat kejadian di Kampung B**h, Bukit Beruntung, adikku dan suaminya sudah sampai
terlebih dahulu di lokasi.. Adik Iparku cakap yang arwah Angah sudah dijumpai dahulu. Rupa-rupa ada
dua orang yang lemas, Anakku dan seorang kawannya. Mereka semua ada 4 orang pelajar dan 2 orang
guru.

Aku lihat sebuah Land Rover polis keluar dari tempat kejadian ke Hospital. Apabila Land Rover melepasi
kami, terlihat sepasang kaki terbujur keluar…. “ ya Allah.. kaki anak ku kah itu?”. Kami terus ke hospital
Kuala Kubu. Ketika melangkah masuk ke bilik mayat. Hati ku berdebar-debar. Harap-harap bukanlah
anakku yang lemas. Plastik hitam dibuka………… memang sah anak ku, hampir-hampir aku pitam. Isteriku
tidak mampu lagi berdiri dan berkata; “Angah, kenapa jadi macam ni?” terus mencium dahi angah
menangis teresak-esak. Aku memujuk isteriku… “ … jangan begini, kesian angah tu”.. Aku memapah
isteriku keluar. Terbayang-bayang wajah anakku.. badannya yang besar, berbaju T hijau dan berseluar
trek hitam. Wajah nya yang kebiru-biruan akibat lemas.. hidungya yang berbuih-buih bercampur d***h.
Alangkah sedihnya.

Setelah selesai urusan di rumah mayat. Mujur juga doktor hanya membuat external postmortem, dia di
mandi dan di sembahyangkan oleh kami dan ustaz-ustaz tahfiznya, jenazah perlu dibawa pulang malam
itu juga. Besok hari Ahad jenazah perlu dikebumikan segera. Di rumah, tetamu datang tidak putus-putus.
Kawan-kawan, jiran-jiran, saudara mara ramai yang datang. Keadaan jenazah pula sentiasa berdarah
tidak berhenti. D***h sentiasa keluar dari hidung. Ada ustaz-ustaz yang hadir kata yang arwah anakku
ini syahid (mudah-mudahan).

Subuh itu, semasa solat subuh di surau, perasaan sedih datang teramat sangat. Aku tahu, hari ini adalah
hari pengkebumiannya. Selepas ini aku tidak akan dapat berjumpa dengan angah lagi buat selama-
lamanya. Air mata ku semakin banyak yang gugur, tidak dapat ditahan-tahan. Selepas solat, aku tidak
dapat bertahan lagi. Esakan semakin kuat. Jiran-jiran cuba memujukku dan meminta bersabar. Ketika itu
dan disaat itu barulah aku sedar. Perasaan kasih seorang ibu dan ayahnya kepada anak-anak melebihi
dari kasih seorang anak kepada ibu dan ayahnya sendiri. Pukul 9 hari ahad, jenazah angah dibawah ke
tanah perkuburan. Aku turun ke liang lahat untuk menyambutnya. Air mataku, isteriku, anak-anak ku
berjujuran. Begitu jugalah ibu bapaku yang hadir.
Tentang beberapa ustaz yang datang berziarah… ada yang aku kenal kerana tinggal se-taman. Tapi ada
peristiwa aneh berlaku. Ada seorang ustaz yang tidak ku kenal berjubah dan berserban putih kelabu,
datang “ “menziarah, Dia terus bercakap kepada hadirin: “anak ni syahid”… terus dia berdoa, kemudian
dia pun beredar. Selang 5 minit, datang 2 orang pula ustaz juga tidak ku kenali datang menzirah, salah
seorang dari mereka juga berkata : “anak ni syahid” dan berdoa, setelah beredar, juga lebih kurang 5
minit datang pula 3 orang ustaz, juga tidak ku kenal… juga mengeluarkan ungkapan yang sama” “anak ni
syahid’ dan berdoa. Semasa peristiwa aku berada diluar rumah. Semua kejadian pelik ni tidak aku
hiraukan…kesedihan mengatasi segalanya. Cuma yang anehnya aku tidak dapat melihat kearah mana
kumpulan ustaz-ustaz ni pergi. Apabila kumpulan ustaz-ustaz terakhir ini pulang, aku pandang kearah
lain sebentar. Namun bila ku pandang semula kearah mereka, mereka sudahpun hilang.

Seminggu sebelum kejadian, Sabtu 10hb. Januari 2015, arwah balik kerumah. Kami lihat kelakuannya
banyak berubah. Tidak banyak bercakap dan makan. Selalu bercerita tentang ilmu dan pembelajaran
yang dia dapat disekolah tahfiz. Katanya dalam tempoh 1 minggu 40 ayat sudah berjaya dihafalnya.
Alhamudulillah ada perubahan. Hari Sabtu itu juga, perasaan rindu isteriku datang membuak-buak
apabila melihat Angah. “Mari sini Angah, Ibu rasa rindu sangat-sangat kat Angah nie, mari ibu cium
Angah”. Angah pun malu-malu bila dicium ibunya. Isteriku bertanya “ Angah tak rindu ke kat ibu?”.
“Rindu” jawab angah. “Kalau rindu marilah sini, ibu nak peluk”. Isteriku pun memelukkan anakku
sepuas-sepuas. Rupa-rupanya itulah pelukan terakhir isteriku untuk angah.

Pada malam itu, selepas solat Isyak, angah masih di sejadah. Lama beliau disitu,, rupa-rupanya dia
menangis. Isteriku perasan lalu bertanya. “ Kenapa Angah?”. Angah rasa angah dah banyak buat dosa
terutama dosa dengan ibu” sambil menangis teresak-esak. “Tak pe laa Angah, ibu dah ampunkan segala
dosa-dosa angah dengan ibu” pujuk isteriku. “Macam mana ibu, kalau orang-orang yang semasa
hidupnya sentiasa berbuat baik, kemudian tiba-tiba dia m**i dalam berbuat dosa, adakah Allah akan
terima perbuatan baiknya sebelum ini?”. Tanya Angah. Sungguh pelik tingkah laku angah ketika itu.
Isteriku sempat memberi beberapa nasihat. Malam itu Angah menanggis sehingga tidur. Kami rasa pelik
dan bertuah. Alhamdulillah angah sudah terkesan dan berubah sejak masuk sekolah tahfiz. Rupa-
rupanya itulah tandanya…

Pengalaman ini penuh bermakna dan menyedihkan keluarga kami. Angah semasa kecil aku mandikan.
Kini angah yang pergi dulu. Niat kami hantar ke tahfiz mudah-mudahan an

Anda mungkin juga menyukai