Anda di halaman 1dari 12

Aku ade satu kisah misteri yang aku pernah

alami, terpulang pada sesiapa yang nak percaya


atau tidak, tapi kebenarannya hanya aku yang
lalui, bukan mimpi tapi realiti.

Nama aku Epol tapi ramai orang panggil aku


“Taukeyz Ikan” panggilan kawan-kawan sejak
bangku sekolah lagi. Dulu aku seorang yang
suka melepak dengan kawan-kawan dan suka
bergurau, sehinggakan hampir semua kawan-
kawan aku ibaratkan saudaraku sendiri, kamai
rapat bagaikan adik beradik . Sehinggakan
setelah tamat Pengajian di IPTA, aku kerap
lepak di rumah rakanku bersama keluarganya.
Keluarga beliau ibarat keluarga kedua bagiku
ketika itu. Rakan aku dari keluarga mewah dan
kaya, malah sosial yang tidak terbatas menjadi
lumrah kehidupan seharian mereka.

Nak dijadikan cerita, pada suatu malam dari


majlis parti meraikan kejayaan adik rakan aku
yang baru tamat sekolah menengah, aku berasa
tidak sedap hati dan resah. Tiba-tiba hati dan
fikrian aku seolah2 “tersedar” bahawa apa yang
aku lakukan ni adalah salah, melepak rumah
rakanku tanpa memikirkan keadaan arwah
emak aku ketika itu keseorangan di rumah.
Tambahan pula ramai tetamu yang hadir pada
majlis parti tersebut, aku tidak selesa dengan
keadaan riuh pada malam itu dan aku berhasrat
ingin pulang.

Aku pun meminta izin pada emak rakan aku


untuk pulang segera, tapi aku di minta tidur
dirumahnya bersama kawan-kawanku yang lain
setelah selesai parti nanti. Aku berkeras ingin
pulang, kerana kurasakan ada sesuatu yang
tidak kena padaku. Fikiran aku serabut, serba
salah dan tubuhku diselimuti peluh keresahan.

Dalam perjalanan pulang, kira2 jam 12 tengah


malam, aku memandu tergesa-gesa untuk
pulang. Di separuh perjalanan aku, hujan mula
turun dan lebat. Ketika aku mencurami jalan
yang berlurah dan licin, aku perlahankan
kenderaan. Laluan perjalanan kawasan tersebut
agak suram, tiang lampu yang berjauhan satu
sama lain tidak menyeluputi jalan sepenuhnya,
maka aku memandu perlahan dan berhati-hati.

Untuk mengelakkan ngantuk, aku nyalakan


sebatang rokok sambil memandu perlahan.
Apabila aku menghampiri simpang empat di
hadapan kira-kira 300 meter lagi, tiba-tiba
kelihatan seseorang melintas dari bahu jalan
sebelah kiriku menuju ke pembahagi tengah
jalan, lalu aku terus membrek kenderaanku
secara tiba-tiba (padangan terbatas kerana
hujan malam), mujur tiada kenderaan di
belakangku. Aku cuba merenung apakah objek
yang sedang melintas tadi, kelihatan seorang
pakcik tua dengan tongkat kayu yang agak utuh
sambil memegang payung berwarna kuning.
Melintas seolah-olah tidak menghiraukan
sesiapa di sisinya.

Alhamdulillah, aku sempat memberhentikan


kereta tanpa melanggar beliau. Pakcik tersebut
kelihatan uzur dan sedikit membongkok. Boleh
dikatakan dalam linkungan 70-80an. Tanpa
berfikir panjang, aku keluar dari kereta dengan
signal berkembar (double signal) untuk pastikan
pemandu lain dapat melihat keretaku berhenti
di tengah jalan. Aku menyapa pakcik tersebut
dengan keluar dari keretaku sambil memakai
payung. “Pakcik nak kemana tu?, Hujan ni
pakcik, nanti lebat lagi bahaya jalan sorang2
macam ni”. Pakcik tersebut tidak berkata apa-
apa, mungkin terlalu sejuk kerana hujan dan
keletihan berjalan kaki. Lalu aku mempelawa
pakcik itu untuk naik kereta aku tadi. “Mari
pakcik, saya hantarkan pakcik ya”. Pakcik
tersebut terus menuju ke kereta aku dan terus
naik bersama tongkatnya yang agak cantik dan
unik.

Setelah beliau berada dalam kereta, aku cuba


menoleh wajahnya, kelihatan kabur dan tidak
beberapa jelas kerana beliau memakai topi. Aku
mulakan perbualan dengan terus bertanya
“Pakcik nak kemana? Biar saya hantarkan,
kebetulan dah lewat malam begini, bahaya
pakcik jalan seorang diri”. Pakcik tersebut terus
menjawab soalan aku dengan suara agak serak
basah dan agak uzur “Terima kasih sebab nak
bantu pakcik”. Aku pun berasa gembira dan
terbuka hatiku untuk menolong beliau. “Pakcik
dari Pontian, menuju pulang ke rumah”. Aku
agak terkejut, dari Pontian, kan jauh? Kenapa
tak naik bas atau kereta? Bisik dalam hatiku.
Aku pun mulakan beberapa soalan untuk tahu
lebih lanjut. “Pakcik dari Pontian naik apa, dan
tujuan pakcik ke Pontain untuk apa?. Beliau
menjawab “Pakcik jenguk anak pakcik, dia buat
tahlil arwah utk pakcik” Aku terus terkejut,
fikiranku tersentak seketika. Dari Pontian jalan
kaki? hadir tahlil arwah diri sendiri? Kenapa
anaknya tidak hantar pulang dengan
kenderaan? Aku terdiam kaku dan teruskan
memandu tanpa berkata apa-apa. Jawapan tadi
masih bermain dalam fikiranku

Setelah aku hampir tiba di kawasan rumahku,


beliau menyuruh aku untuk menurunkan beliau
di satu perhentian bas. “Pakcik berhenti di sini
sahaja, nanti pakcik jalan kaki balik ke rumah”.
Tanpa berlengah, aku pun terus memecut
meninggalkan pakcik tersebut tanpa berfikir
panjang.

Tiba sahaja di depan rumah, aku berehat


seketika di dalam kereta dan mula memikirkan,
adakah itu satu jelmaan? Siapakah pakcik itu?.
Dalam keadaan sedikit gentar, tapi aku masih
berfikir positif, ”Ahhh !!!, aku salah dengar ni,
mungkin tahlil arwah isterinya kot, tak kan
jenguk anak sebab tahlil arwah sendiri” berbisik
dalam hatiku. Aku senyum sendirian kerana
memikirkan ianya perkara yang tidak masuk
akal.

Aku mula berfikir tentang keadaan pakcik tadi,


bagaimana pakcik tu nak pulang ke rumah
dengan berjalan kaki? Beliau tinggal di mana?
(Hatiku mula berkata dan serba salah). Aku
batalkan niat untuk terus masuk rumah, sbb
bagiku ketika itu, saat jam 1230 malam masih
“muda” bagiku yang selalu balik ke rumah lewat
malam. Aku hidupkan enjin kereta semula dan
pergi ke perhentian bas tadi untuk memastikan
beliau masih ada atau tidak. Tidak mungkin ada
bas atau teksi di larut malam begini, bisik
hatiku. Jika pakcik tersebut masih disitu, aku
berniat untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Dari jauh dia kelihatan, menunggu di perhentian


bas tersebut dengan perasaan kesal bagiku
kerana meniggalkan orang tua tersebut
bersendirian. Aku terus turun dari kereta dan
hujan mula renyai dari lebat tadi. “Pakcik, saya
yang hantar pakcik ke sini tadi, pakcik tinggal di
mana sebenarnya? Tiada bas atau teksi di sini,
dah pukul 12 lebih dah ni” tanya aku padanya.
Beliau menjawab “Pakcik tinggal di Kebun Teh,
pakcik tahu kamu akan datang semula”. Pelik
aku mendengarnya, bagaimana dia tahu yang
aku akan datang semula?? tapi aku kuatkan
semangat kerana niatku untuk membantu
beliau. “Kebun The tu jauh pakcik, dalam 12km
kalua nak jalan kaki, nak saya hantarkan ke
pakcik” aku bertanya lagi dengan perasaan
berbelah bagi dan aku nyatakan pada beliau
keretaku sudah tamat tempoh cukai jalan dan
insurance. Agak berisiko jika ke kawasan jauh
lagi-lagi di tengah kota. “Tapi tak apalah pakcik,
saya nak tolong pakcik, kalau dah nak kena
saman, terima sahajalah” balas aku dengan
nada pasrah. Tiba-tiba pakcik tadi menjawab
“Tak apa nak, tiada polis atau sesiapa pun yang
akan menahan kamu nanti, anak akan pulang
dengan selamat malam ini”. Aku berasa hairan,
tapi aku yakin dengan kata2 pakcik ni, mungkin
satu doa buatku. Tanpa memikir panjang, aku
terus buka pintu kereta untuk memudahkan
beliau menaiki keretaku dan aku pimpin beliau.

Hatiku mula lega kerana tidak rasa bersalah lagi


kerana meninggalkan beliau seorang diri.

Dalam perjalanan, terlintas di fikiran untuk aku


bertanyakan soalan berkenaan tahlil arwahnya,
tapi aku diam membisu. Tiba-tiba, beliau
menanyakan satu soalan yang tidak diduga
kepadaku. “Anak ini pernah dengar tentang
siksa kubur?” aku menjawab “Ya pakcik, tapi tak
ingat” Aku menggaru kepala sambil tersenyum
sinis. Pakcik tadi mulakan cerita tentang siksa
kubur yang amat dahsyat. Gerun aku
mendengarnya, bulu romaku berdiri remang,
dengan nada suara yang serak basah seolah-
olah aku dapat membayangkan apa yang
disampaikan. Beliau menegaskan akan hadir
dan mendatangi ular berbisa dan besar untuk
menyiksa ahli kubur yang melakukan dosa.
Pelbagai seksaan diceritakan, sungguh dahsyat
seksaan kubur, terasa keinsafan atas khilaf yang
pernah aku lakukan sebelum ini. Saat itu,
kekesalan atas perbuatan dosa sebelum ini
menyelubungiku.

Suasana di dalam kereta ketika itu sunyi tanpa


kupasang siaran radio, telingaku hanya fokus
setiap kata2 pakcik tadi. Setalah beliau tamat
bercerita tentang seksa kubur, aku mencelah
dan bertanyakan sesuatu kepadanya. “Pakcik
kenal Haji Khayat? Dia bekas imam di kebun
teh, dia baru meninggal. Dia kawan baik arwah
bapak saya”. Pakcik tadi itu pun menjawab
“Kenal, sangat kenal. Haji Khayat dan meninggal
ke? Bila beliau meninggal dunia? Pakcik suka
pada arwah tu, dia pandai agama dan banyak
ilmu yang di ajarkan pada orang-orang yang
mencari ilmu agama”. Aku pon menyokong
kenyataan beliau dan kunyatakan sudah 2 bulan
lalu beliau meninggal dan dikebumikan di tanah
Perkuburan Islam Kebuh Teh.

Tiba-tiba, pakcik tadi mengatakan sesuatu yang


tidak terduga “Oh, kalau macam tu, pakcik dah
lama pergi dulu dari arwah Haji Khayat pergi”.
Aku terus tersentak, terkedu dan tubuhku mula
sejuk kerana ketakutan, apakah aku jelas
mendengar yang dikatakan tadi?...aku terus
terdiam, terngiang2 dengan kata-kata pakcik
tadi berkenaan tahlil arwahnya di Pontian!!!..

Aku terus memecut sehingga sampai di taman


Kebun Teh. Tiba sahaja di perkarangan Masjid
(Bersebelahan Tanah Perkuburan Islam), aku
kuatkan diri bertanya kerana mahukan pulang
ke rumah dengan cepat “Pakcik, dah sampai,
rumah pakcik di mana?” Tiba-tiba beliau
menunjukkan ke arah kubur!!!!!! Tanpa kata2…
Tersasul dari mulutku, Istighfar panjang dan
berkali2…teriakku mentakbir Allahuakbar!!!
berulang kali. Pakcik tadi membisu dan terus
turun dari keretaku lalu berkata “Terima kasih
kerana membantu pakcik, semoga kamu hidup
kamu senang di dunia dan akirat”. Kemudian
beliau sapa dengan salam…Aku terdiam, sejuk
tubuhku secara tiba-tiba, tangan dan kakiku
terkaku. Setelah beliau melintasi belakang
keretaku, aku kuatkan semangat untuk toleh
kebelakang, beliau hilang begitu sahaja!!!.

Aku terus memecut tanpa menoleh kiri dan


kanan, sehinggakan aku berhenti seketika di
perhentian stesen minyak yang tidak jauh dari
jalan utama taman tersebut. Alangkah aku
terkejut dan takut, seluruh tubuhku menggigil
sehinggakan aku tidak mampu untuk teruskan
pemanduan. Aku hubungi rakan baik ku dan
beliau bergegas ke tempat aku berhenti tadi.
Alhamdulillah, beliau datang bersama rakan lain
dan membawaku pulang.
Keesokkan harinya, aku terjaga dari tidur dan
memeriksa keretaku. Tiada apa-apa yang
tertinggal, dan tempat duduk itu masih
kering!!!! Sedangkan pakcik semalam dalam
keadaan basah pakaiannya.

Tempat duduk penumpang hadapan, aku


terhidunya bauan wangi yang amat sangat
sehinggakan kekal selama seminggu. Aku
berdoa dan bersyukur kerana Allah berikan aku
hidayah dengan cara ini. Allah Maha berkuasa,
pelbagai cara hidayah dariNya untuk hambaNya.

Persoalanku sehingga kini…siapakah Pakcik


tersebut???? Wallahualam.

Anda mungkin juga menyukai