Anda di halaman 1dari 25

Semester 1

2012

Hari 1
Hai. Aku Blue. Dari masa sekarang aku menulis ini adalah
semasa merupakan hari pertama aku berada di kampus.
Keadaan bilik memuaskan. Struktur kolej baru. Satu bilik
dua orang. Aku berada di kolej baru. Syukur sebab aku
dapat menetap dekat kolej baru ini. Aku masih tak kenal
siapa roommate aku. Sepenuhnya belum.
Di sebalik ruang petak konkrit ini, aku tidak pasti sejauh
mana akan selamatnya aku daripada semua peristiwa yang
pernah menjadi sejarah silam aku. Cukup dengan hanya
sekadar suatu yang pernah. Takkan ada apa yang buat
semua itu pulang kembali. Kembali memaksa tubuh dibuka.
Sekadar cukup melalut.

Hari 2
Satu persatu hari ini terungkap. Aku mula mengenali siapa
roommate aku. Aku mengenali Nabil, Achik, Anip & Zai. Aku
terlupa siapa nama batchmate aku pagi tadi yang cukup
gaighairah menceritakan segala seribu satu keburukan
roommate aku. Aku dah mula terbayang segala benda yang
dia ceritakan.

Kau kena hatihati sikit dengan dia tu! Silap hari


bulan kau akan rasa apa yang roommate dia pernah
rasa dulu. Hahahahahahahaha
Sumpah aku akan ingat gelak syaitan dia sampai bila-bila
dalam mengingati betapa negatifnya roommate aku ni.
Moga aku tertahankanlah. Kalau tak, ke mana mahu aku
merempat?

10

Hari 6
Minggu orientasi berjalan lancar. Habis sudah beban minggu
ini. Aku tak pasti apakah yang bakal mendatang di hari
kemudian. Aku masih rasa janggal. Seperti tadi, Achik dan
Anip ajak aku makan tengahari. Dari sudut mata dan cara
mereka pandang pada aku seperti ada sesuatu yang ingin
mereka menjadikan aku sebagai topik perbualan di bilik
mereka nanti.
Achik dan Anip merupakan roommate. Manakala Nabil dan
Zai juga roommate. Sepanjang minggu orientasi berlangsung,
aku rapat dengan mereka ini. Dan seorang ahli baru, Haiqal.
Tapi untuk seketika sahaja. Haiqal kemudiannya sudah
ada kumpulan sendiri. Mungkin rasa tak serasi dengan
beberapa orang daripada kami. Atau dia lebih selesa
dengan kawan satu course dengan dia. Entahlah. Malas
aku nak mengamenghadam.
Aku cukup gembira selama hari keenam ini masih belum
ada apa apa yang menyesak pandangan aku. Nabil dan Zai
melayan aku baik. Tak pernah kisah macam mana buruk
rupa aku. Betapa pelik perangai aku. Hanya seperti aku. Aku
jadi aku. Tak lebih. Tak kurang.

11

Hari 7
Esok aku akan ke class. Ini adalah class aku yang pertama
dekat kampus ini. Aku tak tahu apa akan jadi hidup aku
bermula esok.

12

Hari 20
Untuk beberapa minggu ini aku terasa sangat sesak. Semua
perlukan duit. Aku tak tahu mahu letak mana muka untuk
cari duit. Ayah dan abang ngah bergilir-gilir masukkan
duit seminggu atau dua minggu sekali RM50. Sumpah.
Langsung tak tercukupkan untuk aku berbelanja dekat sini.
Sementara aku menunggu duit PTPTN masuk yang entah
bila akan dapat.
Hidup yang penuh dan teramat mencabar. Tuhan tolong aku.

13

Hari 53
Semalam aku telaterlanggar locker dalam gelap kira-kira
3 atau 4 pagi. Aku langsung tak perasan. Aku cuma terkejut
dan mahu lari ke bilik Zai. Ada mata di sudut bilik 231.

14

Hari 57
Beberapa hari aku tumpang dan bermalam di bilik Zai dan
Nabil. Walaupun aku agak menyemakkan pandangan mereka
setiap malam, tapi mereka tak pernah kisah (mungkinlah)
dengan aku. Tambahan selepas daripada hari aku
terlanggar locker hari itu, aku jarang tidur bilik sendiri.
Tempat berteduh aku bertukar kepada bilik 214. Rasanya
lebih selesa. Selain dengan roommate aku yang

15

Hari 71
Aku tertinggal bas. Raya yang amat malang.
Bermula dengan kisah tiket raya daripada Pasir Mas ke
Hentian Putra habis. Ayah dan mak tiri aku membebel
cakap aku lambatlah apa lah. Semua atas salah aku. Aku
hanya manmampu berdiam dan menadah telinga.

16

DAN nasib baik masa itu, tiket tambahan dikeluarkan. 830


malam di depan stadium. Okay set. Tetapi apa yang terjadi
adalah bila sesampai sahaja aku dekat stadium dalam 810
malam, aku terus ke kaunter tiket.

Kak, bas tambahan yang mana eh saya akan naik?


Haa yang tu dik sambil menunjuk ke arah sebuah
bas yang baru sahaja meluncur seluncur luncurnya
memmeninggalkan aku.
Kau rasa apa reaksi aku? Mahu aku rasa nak meronta
berpusing depan kaunter tu? Kakak yang berada di
kaunter itu dengan peraasaan yang tidak bersalah terus
menyambung kerja.
Sekali lagi bernasib baik seorang pakcik yang berada di situ
memberitahu hal yang sebenar.

Dik, naik je bas yang mana-mana. Semua harini bas


tambahan
Aku rasa macam nak ke kaunter pergi tampar laju laju
kakak tu. Tapi aku batalkan niat dan terus berlari dengan
beg sebesar gajah di pikul naik ke dalam bas.
Sementara sebelum bas bergerak, aku check semua
keperluan, barang dan beberapa aksesori penting. Tidak
lama selepas itu, satu kelibat manusia yang aku rasa
pernah datang dalam hidup aku menuju ke arah tempat
duduk aku. And I know who is that person!

17

Blue, nak ke mana?


Eh Yatul. Balik Melaka. Kau?
Shah alam.
Perbualan dimatikan. Suasana menghening. Burung camar
betberterbangan. Gagak indah mengakk akk. Air bergelora
membelah samudera.
Setiba di Merapuh, bas berhenti dan membenarkan semua
penumpang keluar. Ada yang nak makan. Ada yang nak ke
tandas. Dan aku pilih untuk kekal berada di dalam bas.
Satu hajat pun aku tak terlintas nak buat. Entah macam
mana secara tiba tiba aku terasa nak tebterbuang air
kecil. Lalu aku terus ke hadapan dan memberitahu driver
bas.

Pakcik, saya nak ke tandas sekejap.


Okay, cepat sikit. Kalau terdengar bunyi hon, cepat
naik bas.
Okay
Aku dengan sepantas kilat ke arah tandas. Dan dalam
pada masa yang sama sewaktu aku menuju ke tandas, aku
terlihat kelibat Hayatul beberapa langkah belakang dari
aku; pun sama menuju ke tandas.
5 minit selepas aku ke tandas, aku terus ke bas dan
tekalah apa yang terjadi? Bas yang sepatutnya aku naik
tadi dah pun jalan tinggalkan aku.

18

Dengan peraasaan yang bersalah pada diri sendiri,


peraaperasaan nak mengamuk, perasaan yang menujah
nujah buak amukan babi aku macam nak menangis sambil
melaung BODOHNYAAAAAAA dalam khaykhalayak ramai.
Puas jugak aku fikir. Dan aku dah malas nak fikir malu ke
apa. Satu sahaja tumpang bas lain.
Aku dengan perasaan yang paling tak malu; beritahu
perkara yang sebenar kepada driver bas yang aku perhati
dalam jangka masa beberapa minit sahaja dari sekarang
akan bergerak menuju ke Hentian Putra. Aku terpaksa
tahankan telinga; pekakapekakkan diri sekejap. Dan nasib
baiklah pemandu bas yang kedua tarik aku ke belakang
cepat cepat dan terus menuju ke tempat duduk kosong yang
ada satu sahaja. Aku memang cukup bernasib baik.
Sepanjang perjalanan itu, aku mengesali setiap detik aku
turun keluar dari bas asal aku tadi. Aku cuba cari nombor
telefon kawan aku Hayatul. Puas aku call kesemua nombor
dia yang dulu. Tapi satu pun tak didaftarkan dalam sistem
dan sudah dimatikan mahupun sebagainya. Aku cuba pula
call kawan kawan aku yang dulu atau menitipkan pesanan
ringkas. Tapi haram seorang pun tak balas.
Manakan tidaknya, jam masa itu pukul 330 pagi. Kau rasa?
Manusia manusia yang lain masih hidup ke?
Dalam 2 jam berikutnya aku tiba di Hentian Putra. Aku
segera turun daripada bas tersebut tanpa sedikit pun

19

berterima kasih kepada driver bas pertama yang memarahi


aku macam aku langsung tak bermaruah. Boleh dikira
empat lima kali jugalah aku pusing satu Hentian Putra itu.
Aku dengan penuh harapannya cuba mencari bas jahanam
yang tinggalkan aku. Sia-sia.
Aku cuba cari lagi siapa yang ada nombor Hayatul ni. Yalah.
Kali terakhir aku ada nombor telefon dia adalah pada
2007; masa aku tingkatan 1. Sekarang 2012 dan aku dah
lama tinggalkan zaman sekolah menengah rendah aku
waktu sekelas dengan Hayatul.
Dan dalam kekalutan aku pusing satu Hentian Putra itu
bateri phone aku pun habis. HABIS. Waktu-waktu aku sangat
memerlukan segala harapan menjadi kenyataan. Ibarat
mengharapkan duit jatuh berkepuk-kepuk dari langit.
Ataupun ibarat menunggu ayam jantan bertelur. Aku rasa
hidup aku masa itu ditimpa dengan ujian yang berat untuk
aku hadapi seseseorang. At least kalau ada kawan ke apa,
aku boleh mencarut atau sebagainya dekat kawan aku itu.
Yang paling malang pada ketika itu adalah segala hak
milik benda barang milik aku kesemuanya ada di dalam
bas yang tinggalkan aku itu. Laptop, phone charger, wallet
dan beberapa barang seangkatannya yang penting bagi
aku.
Manakala beberapa perkara yang ada pada aku adalah
sebijik phone yang dah kehabisan bateri, kaca mata
berbingkai putih dan wang kertas berjumlah RM20. Aku

20

gigihkan lagi diri berjalan hampir 1 kilometer dari Hentian


Putra menuju ke mana aku tak pasti waktu itu; demi
semata mengharapkan kalau-kalau terjumpa bas celaka
yang meningglkan aku dengan gembiranya itu.
AKHIRNYA, aku terlihat bas bernombor plate Kelantan.
Perasaan aku tak terungkap dan tak terkata. Aku dengan
gembiranya berlari ke arah bas tersebut. Sampai sahaja di
hadapan bas pakcik driver sempat tanya aku.

Cari apa dik?


Saya punya beg tertinggal dalam ni tadi, pakcik
Ohh tadi kawan awak dah bawak keluar Katanya
awak keluar macam tu je tanpa ambil barang awak
Sumpah waktu ini aku cuak dan pelik. Aku keluar macam itu
je dari seat aku? Gila ke apa? Aku ucap terima kasih dan
lari terus ke Hentian Putra kembali. Dengan satu harapan
aku dapat jumpa Hayatul dan cakap terima kasih banyak
banyak dekat dia. Sekali lagi aku pusing satu Hentian Putra
macam orang tak betul. Orang yang ada dekat situ pun
dah mula pandang aku macam sesuatu. Barangkali mat
seret atau mat pet ke atau apa apa lah.
Malang jugak. Tetap tak jumpa Hayatul. Aku betul betul
putus asa. Aku nak balik Melaka. BehaBerhampiran Hentian
Putra ada satu stesen KTM. Aku berjalan ke arah situ.
Dengan perasaan yang paling hampa dan rasa mahu
mulakan hidup dengan pelbagai strategi nak dapatkan duit
untuk cover segala barang aku yang hilang dalam sekelip

21

mata tadi. Dan dengan takdir tuhan yang maha agung


aku testerserempak dengan Hayatul.

Weh Blue! Puas aku cari kau merata tempat! Aku cuba
call and mesej kau tapi semua tak masuk.
Aku pergi tandas lah tadi. Aku nampak kau. Masa kita
nak pergi tandas dekat Merapuh.
Hah? Pergi tandas? Mana ada aku pergi tandas. Lepas
makan, aku terus naik bas. And masa aku naik bas
tadi, aku nampak kau sebelah aku je duduk pekup
muka dengan badan pakai sweater kau. Aku ingat
kau tidur. Then, masa dah sampai tadi kau terus blah
tinggalkan beg macam tu je. Aku bawakkan lah ni haa.
Aku dah tak tahu nak kata macam mana. Memang perkara
yang sebegini sumpah takkan terjadi lagi dan aku akan
pastikan bas merupakan pilihan terakhir aku kalau nak ke
mana mana selepas ini.
Sebaik sahaja aku check barang aku semua ada dan
satu pun tak tercicir atau di ambil orang aku terus balik
Lendu. Lambaian aku kepada Hayatul adalah perjumpaan
seketika setelah 5 tahun tak jumpa.

22

Hari 87
Selepas dari peristiwa aku ditinggal bas tersebut banyak
benda baru aku hadapi di kampus. Demi meneruskan
keberakelangsungan duit yang makin lama makin berhabuk
dalam bank mahupun dalam tangan aku sendiri; aku kerja
di kafe berhadapan kolej kediaman aku. Aku sangat
terhutang budi dengan Abang Am dan Kak Watie kerana
sudi terima aku untuk bekerja. Aku dah anggap kedua-dua
pasangan kekasih ini sebagai abang dan kakak aku yang di
mana merekalah tempat aku meluahkan segala perasaan
aku sepanjang berada di sini.
Selain daripada itu juga, aku telah pun berpindah
bilik. Syahiran (senior satu semester daripada aku dan
juga merupakan juara bakat JoHara Radio Era.FM)
menymengajak aku untuk jadi rommate barunya. Roommate
dia yang lama Haiqal lari ke bilik lain kerana tidak suka
satu bilik dengan Syahiran. Katanyalah.
Jadi, aku dengan perasaan yang amat gembira dan
berbesar hati; bersetuju untuk bertukar ke bilik 210.

23

Hari 90
Aku tak pasti sama ada aku masih bermimpi atau
sebaliknya. Aku tak pasti siapa dia. Kenapa dia asyik
menenung aku?

24

Hari 93
Dan hari ini, tenungan dia masih lagi sama seperti semalam
semalam. Aku tak mampu untuk berkata sepatah pun sebab
memang aku dilarang untuk terlalu mengikutkan hati.
Takut takut nanti tematermakan diri.

25

Hari 96
Luar dari beberapa jangkaan aku. Syahiran balik. Aku
beseberseorangan. Dan aku memilih untuk tidur di bawah.
Dengan lantai yang dilitupi dengan karpet koko gebu seperti
toto empuk. Kipas laju seperti air-cond dan tak lupa cahaya
suram malam disebalik langsir oren. Aku sengaja memasang
radio yang berada di meja Syahiran.
Dalam mengharungi kepekatan malam yang aku rasa agak
suram dengan satu level terdapat hanya beberapa orang
sahaja yang tidak pulang ke rumah sempena cuti hujung
minggu, aku mula terfikir bermacam-macam belakbenda.
Paling tak berhenti berkunjung ke dalam fikiran aku waktu
itu adalah renungan yang aku terima sejak berpindah ke
bilik 210 ini.
Ketika asyik melayan perasaan dan fikiran radio
secara tiba-tiba diperlahankan dengan sendiri. Kemudian
dikuatkan pula. Alah ibarat macam deejay atau
penyampai radio itu. Dikuatkan dan diperlahankan volume
suara. Tapi kali ini versi seram sikit. Versi di bilik 210 yang
HANYA ada aku seorang sahaja, dan satu lembaga yang
selalu perhatikan aku dengan renungan tajam di penjuru
tepi tingkap berhadapan kaki katil aku. Okay kiranya,
katil aku di sebelah tingkap yang menghadap hutan dan
di antara tingkap dan dinding kan ada penjuru buju ke
apa itu? Haa dia selalu berada di situ di hujung katil aku.
Dengan perasaan yang tak besabersalah dan dengan
gembiranya berdiri tanpa rasa lenguh saban hari di situ.

26

Tak. Aku tak fikir aku akan bangun atau pergi tutup radio
atau pergi cakap dekat lembaga hitam itu

Weh.. kau kalau ganggu aku pun takde guna. Aku


memang tak ganggu kau dan aku tak pernah kacau
kau pun. Aku rasa lagi elok aku kau pergi main terbang
terbang dekat luar tingkap sana.
Tapi itu kalau aku rasa aku gagahlah nak cakap dengan
benda yang macam itu. Haram memang aku takkan pernah
nak tunjuk berani.

27

Hari 100
Hari ini hari ke seratus aku berada dekat kolej dan kampus.
Makin banyak perkara dan benda lagi baru aku belajar.
Semalam, aku berjalan ke bilik lama dalam sekitar 2 pagi.
Saja-saja nak tengok barang barang aku ada tak yang di
kacau oleh Zul. Bukan boleh kira dengan si Zul itu. Sesuka
hati melepak tak berbaju dekat lantai tanpa ada alas
atau pelapik yakni tikar lah maksud aku. Dengan botol botol
deodoran, bekas wax, tisu merata-rata dan yang paling
pasti bilik yang berkepam hapak. Itu adalah penyebab
utama mengapa aku keluar dari bilik sendiri.
Sesiapa pun tak tahan. Bayangkan aku pernah beli airfreshner 5 serentak letak di segenap tempat di dalam bilik
aku. Tak cukup dengan air-freshner yang gel aku beli
pula yang jenis spray. Dengan harapan dia sedar apa yang
aku lakukan ini adalah salah satu langkah dia berubah.
Tabiat si Zul ini adalah dia suka balik setiap minggu. Jadi,
bilik itu kepunyaan aku sepenuhnya. Aku boleh buka pintu
sebesa seluas-luasnya. Buka tingkap, campak langsir keluar
(metafora) supaya dengan harapan yang paling indah
bergunung segala bau bau yang mencengkam hidup aku
keluar bebas bersama angin-angin bayu sepoi tak berapa
nak bahasa.

28

Sengaja aku biarkan pintu terbuka dan terkuak luas


dengan tujuan semua orang tahu aku bukan macam Zul.
Sangat kontra. Aku sukakan konsep pintu terbuka dan orang
datang berkunjung ke bilik aku lalu boleh beramah mesra
seperti hari-hari hari raya. Begitu dum dum changggg.
Bilik aku akan mewangi seindah kau berada di syurga
bungaan harum (sekali lagi metafora) dengan harapan
segala puji-pujian dapat aku dengar selama dua hari
cukuplah berbanding 5 hari yang lain penuh dengan kutukan
bilik busuk, tak bergaul, tutup pintu dan sebagainya. Tapi
memang sesiapa sahaja yang melintasi bilik aku di 231 akan
memuji;

Wahhh wangi, rapi, kemasnya bilik kau. Mana Zul?


Hahahahahaha (gelak mengalahkan babi tercekik
kepaala ayam)
Dan itulah, bila tiba malam Ahad sebelum masuk Isnin
segala air-freshner satu tan aku letak dekat bilik mula
tak berguna. Bila balik saja si Zul ini, kalah segala wangi
wangian dari sursyurga aku. Sekejap saja. Terus hilang
dimamah bau perfume dari dia. Alangkah berada di
neraka tong sampahnya hidup aku. Cukuplah aku akan
menghadapi segala rintangan yang mendatang selama 5
hari penuh dengan kutukan dan kata kata keji nista caci
maki levelmate.

29

Ohh dan berbalik kepada semalam aku


balik ke bilik aku menjenguk barang-barang
milik aku sekitar 2 pagi. Aku terserempak seorang
anak kecil perempuan dalam tinggi 70 hingga 90
ke 100 cm macam itu lah. Berambut pendek paras
bahu. Berlari riang laju dalam gelap suram suram lampu
kalimantang dekat level 2. Aku buat tak peduli. Sebab dulu
ayah dah pernah pesan dekat aku jangan sesekali menegur
atau terlampau asyik layan perasaan ingat benda benda macam
itu. So, aku pun tak adalah kisah sangat.

30

Dulu sewaktu aku di asrama dan di rumah sudah


telaterlampau terbiasa dengan penampakan lembaga yang
dijadikan tuhan pelbagai rupa dan bentuk serta saiz. Cukup
hanya setakat itu. Pesanan ayah lah yang menjadikan
aku kuat untuk tidak terlalu taksub memujuk perasaan
takutkan benda benda itu. Cukuplah beberapa tahun yang
lalu semasa mak masih ada aku melalui kehidupan yang
tidak tenteram dihantui segala lorong hitam berada dalam
rumah gelap misteri.
Ini bukan pertama kali aku terlihat adik kecil itu berlari.
Sudah berkali-kali semenjak minggu orientasi yang dulu lagi.

31

Anda mungkin juga menyukai