Anda di halaman 1dari 88

Coklat yang dimakan begitu sahaja tanpa apa-apa perisa

tambahan boleh jadi satu afrodasiak kepada mereka yang


menginginkan aksi paling menawan samada di gelanggang
pertarungan atau di ranjang.

Hakcipta terpelihara @ ZineSatuMalam


Hakcipta karya secara individu adalah hakmilik penulisnya. Zine ini
dibenarkan untuk dimuaturun dan dicetak secara massa diletakkan di masjidmasjid dan majlis-majlis amal. Manakala jika dijual segala isi-isinya mengikut
falsafah kapitalis, setiap hasil jualannya akan diberi kepada penganut-penganut
agama yang mengagungkan tahi daripada manusia.

Intro Zine Satu Malam


Kami bukan siapa siapa, bukan satu label zine tempatan semata
mata, atau sebuah pertubuhan kelab menulis alam maya. Kami
adalah satu bulatan kecil yang mengalu alukan sesiapa sahaja
menyertai kami dalam bulatan ini dengan nawaitu ikhlas.
Fungsinya kami ini selain daripada menyediakan bahan bacaan
percuma, adalah sebagai satu tapak yang kami cuba bangunkan demi
memberi ruang kepada penggiat seni dan budaya kecil seperti kami
ini untuk berkarya.
Kalau kalian punya karya, tapi tidak punya tempat yang baik untuk
berkongsi, punya idea, tapi tidak punya tempat yang bagus untuk
diskusi, punya semangat, tapi tidak punya sokongan untuk jadi kuat,
kami ada di sini.
Jangan risau, walaupun wajah kami serius belaka semuanya, tapi
kami mesra gila.
Mesra.
Gila.
- Zoul Yazix

70%
Belgian chocolate is rich
70% cocoa 30% extra love
bittersweet and smooth
get her a bar for her blues
get her for Valentines
get her to make up or make out
get her in mood
best serve with a kiss
let them melt and coat the tongue
share the sweetness with you lover
Chocolate sauce is kinky
let it drip let it flow
then lick them til last drop
glaze them over the body
let the thunder lips rolling
then lick them til last drop
End the morning with
a mug of mocha
or maybe
a mug of hot chocolate
goes well with marshmallow
mellow down in the night
warm up in cold weather
Chocolate never fail

- Abu Abbas

Ada Apa Dengan Coklat?


Menurut kajian, makan coklat ni boleh menghilangkan stress.
Terdapat juga kajian tentang coklat yang boleh melegakan batuk. Itu
sumber yang aku baru aku peroleh dari tivi. Lantas aku menekan
butang switch off pada alat kawalan jauh astro. Dua pengacara wanita
dengan tudung warna-warni itu buat aku tak selesa ditambah pula
fesyen tudung mereka yang entah apa-apa. Tak faham. Pakai tudung
macam Wardina pun dah cukup elok. Cantik. Tak perlu nak lilit
sana lilit sini.
Aku duduk kebosanan atas sofa coklat ini. Melihat dinding
yang dicat coklat cair lagi membuatkan jiwa aku bertambah sesak.
Ini bukan pilihan aku. Teman serumah akuTini sangat obses pada
color malap ini. Aku terpaksa melayan karenah dia sebab aku hanya
menumpang. Walau ditanya kau suka tak color ni?, aku gagal
menjawab tidak. Aku akur dengan kehendak nalurinya yang
cintakan coklat pada tahap yang aku rasa melampau juga.
Vroooommmm.. Vroooommmmmm.. Itu pencemaran
bunyi yang aku terpaksa lalui juga tanpa rela. Duduk bersebelahan
dengan lelaki bujang yang berbinikan satria neo yang baru
dinikahinya dua bulan lalu. Normal. Lelaki akan buat apa sahaja
untuk menampakkan keretanya lawa atas niat untuk tarik perhatian
perempuan. Tapi bukan aku. Sebab kenderaan empat tayar dia
berwarna coklat. Aku takut kalau-kalau aku tak dapat menerima
pelawaannya untuk keluar dating.
Apa yang kau benci sangat dengan warna coklat..
Aku tak bolehlah.. Aku tak tahu apa penyakit keturunan aku
ni.. Please Siti, tolong aku.
Entah syaitan mana yang rasuk aku malam tu. Aku mengemas
barang dan berpindah tanpa pengetahuan Tini. Sesampainya aku di
bilik loteng kecil itu, aku senyum sendirian. Mungkin inilah rasa
banduan yang lepas dari penjara. Puas. Aku mencapai telefon bimbit
aku lantas mendail nombor Tini. Kemudian, serta-merta tangan aku
menekan butang end. Aku masih tiada jawapan untuk persoalan
mengapa aku lari dari rumahnya. Aku pejam mata merehatkan
badan.

Hari ini tiada gangguan bunyi yang menghantui. Yang ada


hanyalah suara manusia yang berkejaran untuk ke pejabat. Aku
menanti suasana senyap sebelum turun untuk membersihkan diri.
Aku harus keluar mencari kerja. Duit simpanan aku juga makin
susut buat membeli juadah mengisi perut ini. Aku lantas turun
mengenakan baju kurung pink polka dot. Aku cukup bertuah
kerana LRT yang aku naiki tak penuh jadi aku boleh parking
punggung dengan selesa. Tiba di KL Sentral, aku rasa macam nak
muntah. Pening sangat.
Aku ke satu kedai dan mengambil air kotak hijau dan berlalu
pergi. Aku duduk di bangku dan minum sampai habis. Aku
kehausan lagi. Aku berjalan menuju ke peti ais lalu pantas tanganku
mencapai air kotak kuning lalu menghabiskannya hingga ke titisan
terakhir. Semasa di kaunter bayaran tadi, aku sempat mengambil
sesuatu berbentuk segiempat tepat berwarna merah. Sedap. Aku tak
pernah rasa sebelum ini. Dan setelah aku teliti kotak hijau, kotak
kuning dan bungkusan merah, aku dapati semuanya coklat. Coklat?
Aku terkedu. Menelan air liur yang tetiba pahit rasanya.

- Normutieah Madian

Cinta Kedai Muzik.


Yang Ada Kek Coklat Bersama Kopi.
Cahaya Mentari mula menjengah setiap ruang rumah. Aku
masih tidur. Melayan mimpi. Meninggalkan realiti. Tetapi ada sahaja
yang datang menghalang.
Ktok! Ketuk! Ketak! Pintu diketuk. "Lan! Woi Lan! Bangun
woi. Tidur apa lagi? Matahari dah tinggi ni!" Jeritan itu mengiringi
setiap ketukan-ketukan yang membingitkan telinga itu. Aku hampa.
Segala khayalan tak dapat ku sambung lagi. "Haaa. Kejap kejap."
Balas aku tak bermaya. Aku bangun perlahan dan pergi ke pintu
untuk menjawab segala ketukan tadi. Aku buka.
"Bangun pun lu. Jom keluar. Hari ni cuti kan? Lepak lepak. Nak?"
Sebut Din kawan baikku yang merupakan dalang segala bunyi bising
sebentar tadi. "Lepak? Aaaa. Tak kot. Aku ada hal la. Lain kali ja la
eh? Hehe" Jawab aku.
"Hal apa? Bangun pun lambat. Tak apa la kalau camtu. Aku pi dulu
la. Apa-apa hal call aku." Kata Din sebelum berlalu pergi.
Pintu aku tutup. Kaki mula melangkah longlai ke arah bilik
mandi untuk menyegarkan badan yang sengal-sengal rasanya. Paip
air pancur dibuka. "Ewwwrrr" Aku kesejukan.
Selesai mandi, aku mula bersiap untuk menjelajah jalan yang
sibuk dengan lautan kenderaan ke suatu tempat yang selalu aku tuju.
Enjin motor skuter aku dihidupkan. Mula bergerak. Aku melihat
setiap gelagat orang-orang yang berada disekeliling semasa
menunggang. Semuanya nampak kelakar. Ada yang seperti bergegas
kekalutan ke suatu tempat. Mungkin terlewat kerja. Ada yang
bersama dengan pasangan kekasih. Ada yang seperti tak tahu nak
buat apa. "Haha" Ketawa aku sendirian seperti orang gila sambil
memandu skuterku ke arah sebuah kedai dihujung bandar.

***

Aku meletak skuterku di seberang jalan. Sudah sampai ke destinasi


iaitu sebuah kedai muzik.
Ktinggg.! Bunyi loceng yang diletakkan di pintu untuk
memberitahu bahawa ada orang yang datang. Ini pertama kali aku
masuk sini. Selalunya aku lepak dekat kedai makan seberang jalan
saja. Aku masuk perlahan-lahan sambil melihat sekeliling. Cantik
kedai itu. Aku membelek segala barang yang aku nampak.
"Hai. Cari gitar ya?" Tegur seseorang dari arah belakang aku. Aku
terkejut. Aku pusing ke belakang dan seorang gadis yang cantik
sedang berdiri disitu. "Eh..? Apa..?" Jawab aku pantas tapi dengan
nada yang perlahan. Gadis itu pun memuncungkan mulutnya
menunjuk ke arah tangan aku. Baru aku tersedar yang aku
memegang sebuah gitar klasik. "Oh! Errr. Yup. Tengah cari gitar.
Hehe." Aku berkata sambil ketawa. Tapi aku tipu. Aku datang
bukan mencari gitar tapi cinta dan gadis yang berada di depan ku ini
lah yang menjadi punca aku selalu lepak dekat kedai seberang jalan.
Aku selalu melihatnya melayan setiap orang yang datang ke kedai
muzik ini. Manis rupanya. Cantik. Aku angau.
"Okay, gitar tu bagus. Pandai encik pilih. Nak yang ni ke?"
balas perempuan itu dengan suaranya yang agak halus. "Ok gak."
Jawab aku yang dungu pasal gitar. "Adess, kenapa la aku jawab
macam tu? Dah la tengah sesak duit ni." Bisik hatiku pula sambil
rasa tak puas hati dengan tindakan bodoh aku tadi. Tapi kerana
gadis itu, aku pun akur. Mahu menyebut yang diri ini buta muzik
dan tak cukup duit rasa malu pula.
Di kaunter, duit aku pun melayang untuk membayar harga gitar tu.
Sebelum aku pergi gadis tu bersuara "Encik ni nampak macam
belum makan je? Nak makan dulu?" Selepas gadis itu berkata-kata
baru aku perasan bahawa dalam kedai tu terdapat sebuah cafe kecil.
Fikiran aku mula mencari fakta tentang bagaimana gadis tersebut
boleh tahu bahawa aku sedang lapar? Terdengar bunyi perut aku
barangkali. Fikir aku. Muka aku merah. Malu.
"Err. Lapar la juga." Aku jawab. "Kalau macam tu, mari saya
belanja encik kali ini lagipun encik baru first time datang sini kan?"
Gadis itu mengajak. Aku mengangguk bahagia.

***

Waktu bertukar malam. Gelap. Aku dirumah masih bersama


gitar yang aku beli tadi. Aku mampu melihat saja. Nak main tak
pandai. "Cantik gak gitar ni. Berbaloi aku beli. Dapat sembang
dengan awek tu. Huhu" Kata aku dalam hati sambil melayan jiwang.
Tapi aku bodoh sebab lupa nak bertanyakan nama gadis tu. Gugup
mungkin.
Esoknya aku pergi semula ke kedai muzik tu. Bukan pergi
melihat alatan muzik di kedai itu dan bukan pergi menyuap
makanan di cafenya semata-mata tetapi untuk melihat seorang gadis
impian. Aku pergi. Aku masuk. Aku duduk. Melihat gelagat gadis
manis tersebut yang datang ke arahku. Aku gelisah.
"Ni encik yang datang semalam kan?" Dia berkata dan aku
mengangguk tanpa kata.
"Oh, nak order apa-apa?" Gadis itu tersenyum.
"Ermm.. Kopi satu dan kek coklat macam semalam satu" Aku
tersengih sumbang.
"Okay. Nanti saya bawakan. Encik tunggu ya." Gadis itu berlalu pergi.
Aku duduk. Menunggu sesuatu yang boleh menjadi kunci
untuku berada lama di kedai muzik ini sambil melihat sekeliling.
Dan sampailah apa yang ditunggu-tunggu tadi.
Diletakkan segala yang aku pesan tadi di atas meja. "Okay dah
sampai. Selamat menjamu selera ya." Kata gadis itu mesra tapi aku
hanya tersenyum diam. "Oh yaa.. Macam mana gitar semalam?
Okay tak?" Sebut gadis itu seperti baru teringatkan sesuatu. "Okay
okay" Jawab aku dengan semangat tapi tipu sebab aku tak tahu apaapa pasal gitar. "Bagus lah kalau macam tu" Gadis itu berkata lalu
berlalu pergi meninggalkan aku yang kurang mahir bercakap dengan
perempuan ni. Aku hanya melihat. Memerhati. Memerhati setiap
langkah.
Tiba-tiba, gadis impian aku disapa mesra oleh seorang lelaki.
"Hai Sayang. You busy?" Sebut lelaki asing itu. Aku yang curi-curi
dengar dari jauh mula tersedak semasa menghirup kopi. Semuanya
bagai pudar warnanya. Dunia mula berputar-putar sambil diiringi
dengan lagu-lagu yang jiwang. Kek coklat yang aku rasa manis
sebentar tadi terasa pekat pahitnya.
Jiwa hampa. Hati mula remuk.

Cinta sebuah kedai muzik aku belum pun bermula tetapi telah
berakhir.

- Hafiy Johari.

Cokelat.
Di ambil dari koko, diletak pelbagai rasa, diolah ke pelbagai bentuk,
mempunyai kualiti rendah ke tinggi.
Tak kira bagaimana aku amat bersyukur dengan adanya ciptaan
Allah s.w.t yang amat mahal dari emas.
Memang, aku tak kisah duit habis kerana dia. Sebab hanya dia ada
di saat aku penuh kesuraman.
Sedih, kecewa, luka, hampa, tiada harapan, putus asa, negatif, tiada
motivasi.

Cokelat,
Bila aku mahu makan dia, aku ada ritual. Akan tersenyum
memandangnya selepas membaca doa makan. Aku percaya dia
adalah rasa keriangan yang membangkitkan
Gembira, redha, tidak usah bersedih, Allah s.w.t ada, ramai yang
sayang aku and hargai aku. Tanpa dia aku tak segemuk ini dan
segembira dengan penuh kesyukuran ke hadrat Illah ini.

Cokelat,
Harus ada di mana aku ada, walaupun secebis, secalit, secangkir,
setitik. Sebab tanpa dia, susah untuk aku rasa keriangan.

Terima kasih Cokelat.


Terima kasih Allah s.w.t

- notjulliet

Coklat & Chocolate


Cuba kau jangan diam membatu,
Orang-orang itu perlu pimpinanmu,
Kala mereka melahu dan buntu,
Lewa sahaja kau berlalu,
Andai ditakdir nyawa jadi penentu;
Takkan kau pilih nak mati kutu?
P/S: Malaysia perlukan coklat perisa baru.
Nukilan coklat perisa A.I.

Love is pretty much like chocolate. It is all sweet and bitter. Do not give me craps
on how chocolate taste. You would definitely taste some bitterness out of
chocolate. Now look at chocolate bars; if they are exposed to heat, direct sunlight,
or high humidity, it will start to bloom a process where the heat causes the
chocolate surface to melt and then re-solidify and you will notice white spots on
them. However, it does not mean that they are spoilt. It may look like they are,
but still you can enjoy eating it. Love is like that too. You just cannot expect a
perfect relationship. Shit will happen. One way or another, by hook or by crook.
It depends on how you would handle the shit.
Chica my chica,
Have you ever had this flavor?
Or you swear you would have never,
Chasing onto this fever?
Oh my chica,
Love is everyones telltale of paranoia,
After all, it is indeed a tiring endeavor,
To think that you could live happily ever after;
Endlessly you would be just a dreamer.
P/S: I notice that the cover is pretty much depicting shit. Chocolate = shit? -..From chocolate-produce A.I. flavor

- Azhar Ibrahim

COKLAT CAIR
Dia sudah cuba. Hitam. Kelabu. Hatta biru sekalipun. Memang
tiada kemistri. Dan juga jelas nyata perbezaan yang ketara apabila dia
bersama dengan mereka. Pandangan yang mereka berikan juga tidak
cukup untuk memberikan ketenangan pada hatinya. Pada jiwanya.
Malah pada seluruh hidupnya. Dia merasakan sesuatu yang tidak
lengkap. Rasa kehilangan. Seperti permainan jigsaw puzzle yang
rongak. Dia tahu, bukan salahnya apabila dia menolak mereka yang
cuba menghimpit dirinya untuk mengisi ruang kosong yang ada. Dia
juga turut mencuba. Tetapi, hatinya kuat menyatakan bahawa bukan
mereka yang dia mahukan. Dia cuma mahukan si pemilik mata
coklat cair yang dikenalinya sejak sebelas tahun yang lepas. Bukan
coklat biasa. Tapi coklat cair. Dia rindukan renungan ajaib dari si
pemilik mata coklat cair tersebut. Dia mahukan pandangan redup si
pemilik mata coklat cair menjadi miliknya. Dan dia masih
menunggu sehingga kini.

- Azura Abu

COKLAT
Ada macam-macam rupa.
Ada macam-macam rasa.
Ada macam-macam warna.
Ada macam-macam harga.
Ada macam-macam jenama.

Ada yang kata coklat lambang cinta.


Ada yang kata coklat penenang jiwa.

Bagi aku, coklat tetap coklat.


Samada dalam bentuk makanan.
Ataupun minuman.

- Azura Abu

Uniknya Coklat
Ada orang bilang, coklat itu unik. Punya bau dan rasa yang
boleh merangsangkan. Ada orang bilang, coklat itu melambangkan
sesuatu. Sesuatu yang membawa maksud yang mendalam. Ada
orang bilang, coklat itu bisa mengungkapkan sesuatu bermulalah
dari ungkapan terima kasih, simpati, prihatin sehinggalah ke sesuatu
yang aku kira agak besar juga maksudnya iaitu cinta. Mahunya tidak,
setiap kali punya majlis sesuatu, coklat sudah menjadi seakan
sesuatu yang rasmi untuk diberikan. Dan sekarang sahaja, aku boleh
lihat betapa ramai manusia yang mencari dan mengaut keuntungan
hanya dengan coklat. Kata mereka, kegemaran manusia. Jadi, amat
rugi jika tidak diambil kesempatan. Ah, persetan dengan apa yang
orang bilang sebab dari kecil hingga besar sekarang pun aku ini
masih tidak sukakan coklat.
Jangan tanya aku kenapa dan mengapa kerana yang pastinya
coklat hanya buat hidup aku jadi gelap dan sasau. Coklat itu
melambangkan cinta? Jadi setiap kali bagi menandakan ketulusan
sebuah cinta maka aku terpaksa menerima coklat dari seseorang?
Dan sekiranya aku tidak menerima maka ditinggalkanlah aku ini?
Persetan! Ah, kalau tiada coklat tidak mampu bahagiakah hidup?
Tanpa adanya coklat, tidak layakkah aku untuk cinta? Kadangkadang sering sahaja aku memujuk hati sendiri. Bertabahlah duhai
hati kerana kau mungkin masih belum ketemu dengan cinta yang
tepat. Cinta yang tidak memandang ketulusan hatimu berdasarkan
coklat.
Dan kadang-kadang ingin sahaja aku membuat revolusi
tentang betapa coklat itu sebenarnya bukanlah satu kepentingan
sekalipun dalam hidup. Tapi, siapalah aku ini jika ingin
dibandingkan dengan coklat bukan? Sekalipun aku melawan, yang
tertindas itu tetap aku juga. Dan yang juara itu tetaplah coklat juga.
Dasar kau COKLAT!

- Lady Ami (http://theempirestateofai-mie.blogspot.com)

Dia atau Dark?


Baik kau pilih sekarang, kau nak Dark atau aku?? Kau buat pilihan
sekarang jugak! Tolong jangan buang masa aku, kau dan dia!

Amboi, menyergah pula dia ni. Susah betul nak buat pilihan. Duadua aku suka. Mana boleh pilih salah satu! Dua-dua buat aku
bernafsu. Tapi, tapi aku nak kata

Aku pilih Dark. Aku balas.

Dark, yang berkelas tinggi, berpakaian jenama antarabangsa


tersenyum ke aku. Dia tak perlu jerit-jerit begitu untuk tarik
perhatian aku. Pada aku, diamnya lebih seksi.

Pandai kau main-mainkan perasaan aku kan! Dulu kau asyik


dengan aku. Kau tak pandang pun Dark. Sekarang kenapa?
Kenapaaaaaa???

Tanpa ragu-ragu aku jawab Sebab aku tengah diet sekarang.

Lalu coklat susu yang menjerit-jerit tadi terdiam. Tahulah dia dengan
aku sekarang dah putus. Aku berlalu dengan sebungkus coklat gelap
di tangan, yang diimport dari Swiss.

- Martini Muaz

Spa Coklat
Selalu ada bau masam dari salon Dira. Tiap kali ditanya, pemilik
tempat kecantikan kecil itu hanya akan tersenyum menggelenggeleng. Kemudian pergi.
Pengunjung tempat itu tidak pernah komplen. Mereka bahkan setia
mengunjungi, dan memuji-muji kepakaran Dira memberi perawatan.
Kata perempuan-perempuan sosialita itu, kulit-kulit mereka tambah
mulus dengan setiap treatment. Semakin banyak agen-agen majalah
high-end menyapa mereka, meminta mereka jadi model, atau
berpose di red carpet acara-acara eksklusif yang mereka adakan.
Spa coklat, itu rahsianya kenapa pelanggan Dira tak pernah
berkurang. Tapi ada rahsia lain, kenapa yang datang tak pernah
bertambah.
Tentang teknik, Dira memang hebat. Jari-jarinya pandai mencari
titik-titik sensasi di seluruh tubuh. Membuat pelangannya menggeliat
sedap.
"Makcik, saya memang tak akan pindah salon lain dah!," kata gadis
dengan tahi lalat di atas bibir berbentuk busur panah Cupid itu. Jarijari kakinya menari-nari di dalam cecair pekat melekit itu.
Hangatnya cocok. Rasanya selesa, mungkin mirip dengan keadaan
seorang bayi yang masih terapung di dalam rahim ibunya. Dia
mengeluarkan suara desahan kecil.
Dira mengurut leher gadis itu yang terjulur keluar dari bathtub.
Kulitnya halus dan ada ikal-ikal rambut menuruni leher jinjang itu.
Rambut pirangnya tersanggul tak kemas dengan getah supaya tak
basah. Jari-jari Dira pandai mencari titik mati di seluruh tubuh.
Dalam sekejap waktu gadis itu sudah melonglai layu. Kepalanya
perlahan-lahan menggelongsor masuk ke dalam bancuhan coklat
cair, kemudian hilang tak nampak.

Dira membuka sebuat botol putih yang ada di almari stok sabun dan
menambahkan dua liter formula pelembut organ tubuh. Baunya
menyengat, tetapi sebentar saja sebelum bercampur dengan
manisnya bau coklat.
Bel tamu di ruangan depan berbunyi. Salon kecil itu mempunyai
dua bilik spa, dan biasanya Dira akan berulang-alik di antara dua
bilik kalau ada tamu lebih dari seorang. Maknanya hari ini kerjanya
akan lebih sedikit santai.
Dira bangun dan menutup pintu bilik yang sudah menjadi saksi
kematian. Mengelap peluh imajiner dari dahinya yang bebas kedut
itu dan meninggalkan segaris coklat.
Pelanggan yang datang kira-kira berumur 30an akhir. Mukanya
nampak menanggung penat pekerjaan pejabat dan tuntutan
patriarkis suami. "Kak, saya dengar pasal tempat ni dari kawan saya.
Saya google dan cari di Yellow Pages tak jumpa. Jadi saya datang
langsung, tak buat appointment. Maaf ya."
Dira tersenyum, membuka buku tamu di meja resepsionis yang
berbentuk bulan sabit. "Kebetulan saya ada kosong hari ini. Silakan
dik, ganti baju di bilik hujung sana, belok kanan."
Sambil menemani pelanggan barunya ke bilik yang diarahkan, Dira
melihat comot coklat yang menghias dahinya secara tak sengaja di
dinding kaca. Dira bangga dengan keremajaan yang tergambar di
dirinya. Perempuan berumur tujuh puluh itu mengambil tuala Good
Morning dari rak di bilik hujung dan mengelap wajahnya.
"Sini kak?"
"Iya dik, ganti pakai kemban yang ini, kemudian tunggu saya datang
lagi di atas katil itu. Relax-relax saja," kata Dira sambil berundur
keluar.
Takpelah dipanggil kakak, pujuk hati Dira, itu kan tanda wibawa.
Tapi yang panggil aku makcik tak boleh dimaafkan!
Dira memastikan bilik spa satunya lagi terkunci rapat. Dalam sehari,
kulit
gadis
itu
akan
melebur.
Dalam
dua
hari,
jantunghatilidahmatalimpa gadis itu akan sama-sama menjadi cecair

coklat. Tulang akan ambil masa lebih lama. semuanya akan jadi stok
baru untuk rawatan pelanggan-pelanggan baru.

- Nabila Najwa

Coklat Saya
Jika Cadbury itu manis, awak penyebab kerosakan gigi.
Jika Godiva itu mahal, awak lebih berharga lagi.
Jika Koko Black itu unik, awak lebih tersendiri.

Dan seperti coklat yang selalu lekat di gigi


Awak sering melekat di hati

- Martini Muaz

Aku-Hani & Coklat Bukan Dari Amareka


Aku punya sa-keping coklat.
Keemasan balutannya.
Seakan dinar Arabia.
Murah.
Tak seperti kepunyaan anak anak keluarga lainnya.
Jenama pun bunyi Amareka.
Aku tetap senyum.
Coklat yang sa-keping itu aku masukkan ke dalam kocek kemeja.
Agar rapat dengan dada.
Aku berjalan terasa tak injak ke tanah.
Kilas Hani kelihatan di arah kiri pandangan mata.
Cepat-cepat aku aturkan langkah.
Di depan Hani, coklat aku keluarkan lantas aku suakan.
Cair sedikit, kesan radiasi jantung aku yang menggila.
Hani hanya pejamkan mata sambil membuka mulutnya..
Perlahan jari manis aku yang bersalutkan coklat pergi ke mulut dia.
Tercantumnya dua anggota, terus!
Menerawang kedua jiwanya.
Bersulamkan senyum tawa gembira.
Tertari keduanya bahagia.
Tenggelam dalam kekabut sorga dunia.

- Comek

Coklat Abang Eddy


Mama, Papa, Abang Eddy, Bibik, suka marah Aiman kalau makan
coklat. Mama kata tak baik untuk gigi. Nanti gigi hilang atau jadi
hitam, tak cantik. Papa kata kalau makan banyak coklat nanti jadi
gemuk. Gemuk macam Syafik anak Aunty Amy kat belakang rumah
tu. Naik basikal tayapawau pon boleh pancit.
Hari tu Abang Eddy ada beli satu balang coklat letak kat dalam peti
ais. Balang tu siap ade tali reben warna merah jambu. Ada ramarama, ada bentuk love. Ade tulisan huruf B, E, M, Y, V, A, L, , N,
T, I. Cantik. Masa Aiman tinggal dengan Bibik je, Aiman ambil
sepuluh coklat kecik-kecik tu. Makan dalam bilik senyap senyap.
Kalau Bibik nampak mesti Bibik kata, aduh Aiman. Kok makan
cokelat aja kerjanya. Nanti badan gendut tahu. Penyakitan lagi. Ngak
ganteng kayak Papa dehh.
Malam tu Abang Eddy bersiap pakai baju cantik. Habis baju Abang
Eddy berbau. Sakit hidung Aiman. Bau coklat lagi manis dari bau
badan abang. Aiman tutup hidung sambil main PSP abang sebab tak
nak kasi Aiman bagitahu Mama abang keluar lewat malam.
Aiman ! Kau makan coklat ni ea? Bodoh la kau! Kan aku kata
jangan makan! Tiba-tiba suara Abang Eddy masuk dari pintu.
Aiman buat bodoh je. Aiman main lagi PSP abang. Ala, dah makan.
Nak buat macam mana.
Aiman, aku cakap ngan kau ni. Eaaaii, pukul kau karang ! Abang
Eddy da mula naik angin. Aiman pandang muka abang.
Nak Aiman ganti ke?
Eleh, macam ade duit nak ganti. Abang sindir Aiman.
Nak ke taknak. Kalau nak Aiman kasi.
Mane. Cepat sikit. Orang da lambat da ni.
Aiman suruh Abang Eddy tunggu. Sepuluh minit kemudian Aiman
datang bawak satu coklat besar.
Nah! Aiman ganti yang lagi besar

Aiman ! Mana kau dapat ni? Suke hati je kasi produk istinjak ni kat
abang ! Orang nak dating la !!
Tadi kate nak sangat Aiman ganti coklat. Aiman ambil la kat Aunty
Jenny. Hari tu Aiman nampak Aunty Jenny kasi coklat ni kat Uncle
David sebelum uncle masuk hospital.
Aiman !!!!!!
Sebulan Abang Eddy kene kurung dengan Papa dan Mama lepas
dipaksa basuh satu rumah ari tu. Aiman pelik tengok abang basuh
rumah dengan air tanah. Habis dengan Aiman pon kene mandi
dengan air tanah. Ape la Abang ni. Pengotor !

- Khairun Liyana

COKLAT AT AT
Bila kisahkan perihal coklat, banyak kenangan yang melekat. Ada
yang manis, ada yang lemak, ada juga yang masih berputar ligat
meski hati berkeras tidak mahu lagi diingat-ingat.
Cinta pertama, warna kulitnya amat coklat tapi tak cukup pekat.
Kalau nak tahu, bibir kami sentiasa terkunci rapat bila kami samasama berada di satu tempat tanpa janji tepat. Mata bundarnya akan
pandang ke arah mata nakal saya tepat-tepat. Waktu itu rasa hati
bagai dipanah-panah petir dan kilat. Jiwa melompat-lompat,
terloncat-loncat. Mujur kaki tak tergeliat. Kami akan sama-sama
senyum kelat. Kemudian alihkan pandangan cepat-cepat. Aduhai,
agaknya inilah yang namanya nikmat. Hilang malu yang elok berurat,
berselirat. Iman tergugat, nafsu pun goyah meski sabar sudah terbina
bertingkat-tingkat. Sayang, jodoh kami singkat. Tapi kami masih
rapat. Ya, rapat.
Cinta kedua, suka benar hadiahkan coklat. Kalau pulang dari
belayar akan diberikannya pelbagai jenama, berbeza pembalut dan
pelekat. Dia akan letakkan dalam kotak berkilat yang diikat ketat
dengan renda warna merah pekat. Kalau nak tahu, kami sama-sama
amat gemar akan minuman coklat hangat. Konon-konon buat
penguat semangat kala jiwa dan tekad tak melekat. Juga, sebagai
mangkin atau pencepat hubungan kami yang renggang biar menjadi
lebih erat. Maklumlah, seorang di timur, seorang di barat. Namun
akhirnya, kami nekad supaya hikayat kami diberikan penamat. Jauh
sangat, penat.
Cinta ketiga, keningnya lebat. Selalu pakai sepatu coklat ke pejabat.
Kaca matanya bila bawah matahari tepat mesti bertukar warna jadi
hitam likat. Nampak dia macam penjahat, dalam hati hanya ada
dendam dan kesumat. Kadang-kadang kemejanya ketat, celananya
sendat. Kalau nak tahu, kami selalu kongsi biskut lekat-lekat berinti
coklat di pejabat. Tapi, itu tak menjamin riwayat cinta yang hebat.
Sudahnya, kisah kami berakhir dengan singkat. Sebenarnya dia
sudah diikat! Sudah berkahwin, lebih tepat.
Cinta keempat? Yang itu belum sempat. Sibuk sangat. Jadual kerjaya
padat amat, takwim hidup pun ada yang tak sempat nak dilihat.

Apapun, selalulah ingat. Syukuri setiap nikmat, hargai setiap detik


dan saat. Hidup pasti berlimpah berkat, bersiram rahmat. Eh, orang
yang warna kulitnya amat coklat tapi tak cukup pekat sudah lama
tercegat. Perlu cepat.
p/s: Doakan kami selamat, bahagia dunia akhirat!

- Suffyanrazzaq

Coklat Gelap Dari Hawaii


Sebuah patung coklat indah saiz manusia sebenar yang
sungguh lazat dipandang. Itu ekspresi pertamaku apabila terpandang
dia. Dengan kulit coklat gelapnya disimbah cahaya pendaflour
membuatkan dia seakan display teragung dalam kedai coklat
terkemuka dunia (dan membuatkan bibirku sepenuh hatinya cuba
menahan cecair jernih lagi pekat yang terus-terusan ingin keluar dari
mulut).
"Alia, ni Alfred, anak kawan papa dari Hawaii. Dorang satu
famili akan tinggal dengan kita untuk dua hari. Berkawanlah korang
ya?" Kata Mama memulakan perkenalan kami. Aku tertunduk
melihat tanganku (risau jika aku menyentuhnya,aku akan mengubah
setiap lekuk ukiran ditubuhnya yang sangat sempurna di mataku itu),
namun dia dengan gembira mengambil tanganku dan berjabat mesra.
Kerisauanku kendur (ok, dia manusia. Bukan coklat).
Waktu makan malam. Mama dan Papa sibuk mendengar
cerita dari ibu dan bapa Alfred. AH! Kenangan lalu pasti banyak
untuk dikongsi. Malangnya tiada kaitan dengan aku. Jadi aku makan
dengan senyap. Tapi aku dapat rasakan diriku diperhati. Kutoleh,
Alfred memandangku dengan penuh perhatian. Bila pandangan
matanya kubalas, Alfred senyum (senyumnya manis, boleh buat
coklat). Ku gerakkan pingganku ke kanan, matanya mengekor ke
kanan. Ku alih pinggan ke kiri, matanya mengikut jua. Dan aku pun
terus makan. Dia nak pandang, pandanglah. Ada aku kisah?
Malam itu aku tak mampu melelapkan mata. Tutup mata je,
mesti terbayang Alfred dan kulit coklatnya, membuatkan keinginan
aku untuk memamah makanan pujaan gadis itu membuak-buak
dalam dada. Dengan penuh hati-hati (malas giler nak bukak lampu)
aku menuju ke dapur. Kegelapan dapur tidak menjadi satu beban
padaku asalkan keinginan coklat masuk dalam mulutku tercapai. Di
ruang dapur atas meja makan berkaki kayu jati kelihatan beberapa
biji coklat susu dalam pinggan hijau (mama suka tinggalkan makanan
atas meja. Buat aku lagi sayang pada mama) di tengah alas putih
berbunga mawar merah jambu. Kusua sebiji, lazat tak terkata.

Tiba-tiba aku dijenguk satu bebayang. Aku kaget tak bergerak,


dengan harapan sama ada itu khayalan atau bebayang itu punya jasad.
Mujurlah bebayang itu hasil ciptaan jasad Al (Alfred mahu dirinya
dipanggil Al. Lebih mudah mesra katanya). Soalan, apa yang Al
tengah meraba di tengah malam senyap, kelam lagi hening ni?
"Malam, Alia. Tahu tak kat mana ubat sakit kepala? Kepala
Al sakit sangat ni," tanya Al. Aku dengan mulut penuh dengan coklat
yang masih belum puas aku hayati keenakannya hanya menggeleng
(sepanjang aku hidup ni semua benda dalam rumah ni aku tahu kat
mana letak dan susun aturnya kecuali ubat. Mama memang pandai
simpan benda alah tu. Tolak satu markah dari rasa sayang aku untuk
mama). Muka kecewanya terus keluar dari dapur. Dan aku masih
terus mengunyah coklat susu dalam pinggan hijau di tengah meja
berkaki kayu jati dengan alas putih bermawar merah jambu.

Esoknya...

Al demam! Seisi rumah bising dengan tahap kesihatan lelaki


itu. Dengan perancangan rapi untuk membawa Al sekeluarga
membeli belah di salah satu pusat membeli belah termahal di sini
(yang asalnya merupakan asrama penuh sekolah menengah
perempuan) tergendala seketika. Aku pujuk mama. Aku tenangkan
papa. Setelah menimbang tarakan situasi juga keadaan, Mama dan
papa sepakat memutuskan Al tinggal sahaja dirumah sementara
Papa, Mama dan ibu bapa Al pergi ke pusat membeli belah tapak
asal sekolah menengah. Dan aku diamanahkan untuk menjaga Al.
Dan di situlah kami. Berdua duduk di atas kerusi panjang
hitam baldu mengadap televisyen yang sangat besar lagi leper setelah
ditinggalkan ibu bapa kami berbelanja di pusat membeli belah tapak
asal sekolah menengah. Al yang tengah kepanasan di bawah
penyaman udara itu selesa tidak berbaju. Dengan peluh seperti
mahu tidak ingin keluar (bagai pengantin perempuan malam
pertama) dari kulit coklat gelap itu membuatkan aku semakin ingin
merasa kesedapan Al. Tanpa rasa segan silu jemariku menyentuh
lembut kulit lengan Alfred lantas jari itu kumasukkan ke dalam
mulut. Rasa pekat, masin campur pahit, sedap lagi nikmat. Alfred
pandang. Aku malu. Dia senyum dan terus mengusap kepalaku
seperti seorang suami mengusap kepala isteri yang kepenatan

menjaga suami yang sedang sakit. Dan entah mengapa, aku gembira
diperlakukan sebegitu oleh Al.
Dari duduk, Al baring atas kerusi panjang hitam baldu itu.
Aku melakukan perkara yang sama. Walaupun tahap kepanasan Al
sangat tinggi (kan dia demam... Kesian dia...), tapi bagi aku suhu
badan Al waktu itu tidak menggangu gugatku untuk berada di
sampingnya malah membuatkan aku semakin tidak mahu
berenggang dari Al. Mujur bagi aku, Al membiarkan diriku disisinya.
Dan begitulah kami, baring menghadap satu sama lain
berkongsi kehangatan di kerusi panjang hitam baldu. Dan tanpa aku
sedar dalam lingkungan kehangatannya, aku terlena sebaik Al
melelapkan mata.
Bila aku buka mata, kudapati Al tiada di sisiku. Dia ke mana?
Mataku meliar mencarinya. Kudapati lampu ruang tamu sudah
terpasang (lamanya aku tidur) dan bulan purnama malu-malu
bersembunyi di balik nipisnya awan.
"Alia dah bangun ya?" Suara Al kini kembali aktif seperti
semalam. Aku berpaling ke tangga. Dia turun menghampiri dan
duduk di atas kerusi panjang hitam baldu.
"Terima kasih sebab jaga Al. Al hargai sangat-sangat," tangan
kanan tegapnya menyentuh wajahku. Aku kaget tapi masih mampu
tersenyum ke matanya. Tangan itu Al alihkan kerana dia ingin
tengok masa.
"Dah lewat dah ni. Tadi mom Al call cakap dorang balik
lambat sikit. Suruh kita tidur dulu. Esok flight tengah hari. Selamat
malam Alia," satu kucupan singgah di pipiku. Aku terpempam
dengan kepala senget ke kiri manakala dia telah bergerak ke bilik.
Memang aku tak akan dapat tidur dengan lena malam ni.
Waktu perpisahan. Ibu bapa kami berpelukan di tengah
terminal. Aku dengan dan Al saling memandang. Kata kami
terkunci. Dia membuka bicara, memecahkan kebisuan kami.
"Nanti kalau Alia datang Hawaii jangan lupa jumpa Al tau," dia
mendekatkan bibirnya ke cuping telingaku. "Al dah psiko Mama
Alia. Comfirm bulan depan dorang bawak Alia sekali ke rumah Al."
Dia mengukirkan satu senyuman semanis coklat, terasa ke pangkal
hati.

"Ok. Jumpa di Hawaii," jawabku girang. Tapi yang terkeluar


dari bibirku hanyalah ngiauan manja yang menggetarkan gegendang
telinganya.

- Fatini Zulkarnain

Campuran Istimewa
Di atas bumbung bersegi tiga, aku duduk dongakkan wajah.
Bintang terus tertari.
Bulan terus menerangi.
Pungguk galak menyanyi.
Tangan kiri dan kanan aku rapatkan ke dada.
Terselit di celahnya, coklat campuran istimewa.
Bayu nyaman mengelus muka.
Perlahan, sa-pasang mata mula bersinar.
Menggeletar menahan gementar.
Tersusun kemas rayuan suara.
Bidadari, mari.
Jangan kau bersembunyi lagi.
Temankan aku yang terasa sunyi.
Hiburkan aku dengan canda yang berbekas di hati.
Bahagiakan aku dengan tawa yang bikin aku senyum sendiri.
Sebagai ganti, akan aku berikan coklat ini.
Istimewa.
Campuran darahku pemekat rasa.
Sebati bersama cairan setia.
Tersuntiknya rindu peneman tiap masa.
Tertanam muzika degup jantung bersamanya.

- Comek

Coklat Lagi?
COKLAT lagi? soalku spontan sewaktu sebuah bungkusan coklat
terletak di atas mejaku. Aku mengangkat sedikit mukaku
memandang wajah manusia yang berdiri betul-betul di hadapanku
waktu itu.
Seorang lelaki. Kemas berkemeja warna coklat cair. Lengkap
dengan tali leher warna coklat gelap dengan corak jalur-jalur.
Pandangan aku sorotkan ke bawah sedikit. Seluar tempah warna
senada dengan tali leher dapat aku lihat dengan jelas.
Puas mataku melihat lelaki itu dari hujung rambut hingga ke
hujung kaki, aku memandang wajahnya kembali. Sebuah keluhan
aku lepaskan. Tak pernah aku jumpa lelaki yang obses dengan
warna coklat seperti lelaki yang berdiri di hadapan aku ini.
Senyumnya masih belum hilang dari bibir tipis miliknya itu.
Melihat dia masih membatukan diri, akhirnya aku bersuara
kembali. Tak ada benda lain ke nak bagi?
Spontan lelaki itu tertawa menunjukkan barisan giginya yang
putih. Apa ke lawaknya soalan aku tu? Rasanya tak ada apa yang
lawak yang boleh membuatkan lelaki itu tertawa. Aku menggelenggelengkan kepalaku.
Kalau abang bagi hati abang dekat Aira, confirm Aira tak
nak, ujar lelaki itu bersahaja. Lelaki itu menarik kerusi di hadapan
aku lalu dia duduk bertentangan dengan aku.
Tak ada kena mengena hati dengan coklat ni abang, ujarku
separuh berbisik dan kembali menatap buku Analytic Chemistry.
Aku curi-curi memandang wajah Abang Asyraf untuk melihat
reaksinya apabila aku menuturkan ayat yang sama setiap kali perkara
itu dibangkitkan olehnya. Lelaki itu cuma tersenyum memandangku.
Coklat pemberiannya tadi diambil semula lalu aluminium foiled tadi
dibukanya. Coklat Cadburry Hazel Nut itu dipatahkan mengikut
bentuk bongkah-bongkah kecil yang dicetak. Dihulurkan coklat itu
kepada aku.
Nah, ujarnya.

Aku tidak mengambil cebisan coklat itu. Aku memandang


serius wajah Abang Asyraf yang tak pernah nak mengalah dengan
aku. Badanku aku sandarkan ke kerusi. Kedua-dua tanganku
memeluk tubuhku dengan kejap.
Berapa kali nak cakap Aira tak suka makan coklat, ujarku
mendatar. Bosan sebenarnya diperlakukan seperti kanak-kanak.
Berapa kali abang cakap makan coklat yang abang bagi ni.
Nanti lama-lama sukalah, ujar Abang Asyraf kepadaku.
Tak nak, ujarku lagi. Ringkas.
Mendengar jawapanku tadi Abang Asyraf sudah membuat
wajah bengis. Ha mulalah tu dia nak tunjuk garang.
Abang cakap apa? soalnya tegas. Aku dapat melihat Abang
Asyraf mengetap kuat giginya.
Abang cakap makan coklat banyak-banyak nanti boleh
gemuk, spontan ayat itu keluar daripada mulut aku.
Pantas Abang Asyraf memicit hidugku. Tercungap-cungap
aku dibuatnya kerana panik tidak dapat bernafas. Setelah berjaya
aku mengalihkan jari-jemari Abang Asyraf, semua oksigen yang ada
disekeliling aku waktu itu aku sedut sedalam-dalamnya. Abang
Asyraf memang begitu. Kalau dia buat begitu pasti kerana dia geram
kepadaku dan mahu membalas dendam kepadaku kerana tidak
mendengar kata-katanya.
Sebenarnya, aku bukannya tak nak makan coklat tapi aku
memang tak suka makan coklat. Aku tak tahu kenapa antara banyakbanyak perempuan dalam dunia ni hanya aku sahaja yang tak suka
makan coklat. Dan aku tak tahu berapa ramai perempuan di luar
sana yang senasib dengan aku. Ada ke perempuan yang tak suka
coklat macam aku?
*****

Setahun yang lalu


SEPERTI hari-hari sebelumnya, jika tiba waktu rehat pasti aku akan
menghabiskan masa di kafeteria di fakulti aku ini. Walaupun tidak
menjamah apa-apa makanan, aku akan duduk di situ untuk
berjumpa rakan-rakanku sewaktu di diploma dahulu. Maklumlah,
bila masing-masing sudah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah,
masing-masing dah berlainan kursus, maka peluang untuk berjumpa

tu makin sedikit. Melainkan kalau aku melepak di kafeteria ini.


Itupun nasib baik ramai juga masih kekal di Fakulti Sains Gunaan
ini. Kalau tidak memang tak payah haraplah nak jumpa. Batang
hidung pun belum tentu nampak.
Woi Aira! Termenung! suatu suara menyergah aku sambil
menepuk bahuku dari belakang. Aku yang dah terbiasa dengan
keadaan semacam itu berlagak tenang walaupun aku rasa jantung
aku dah nak terlucut jatuh dek kerana terperanjat.
Kedengaran tawa lelaki. Agak garau bunyinya. Hah, dengar
ketawa yang satu tu, tak payah nak tengok muka pun aku dah tahu
siapa orangnya. Macam orang tua-tua kata, sekilas ikan di air, sudah
kutahu jantan betinanya. Aku tergelak sendiri.
Gila! Dahlah termenung seorang-seorang. Lepas tu ketawa
seorang-seorang, komen Izad lalu menarik kerusi di hadapan aku.
Mana ada gilalah, ujarku perlahan.
Kau pasal apa main dekat sini? soalku kembali apabila aku
lihat cuma Izad yang ada di kafeteria ini. Fazil dan Faiz tidak ada
bersamanya seperti selalu.
Saja jengah kau. Aku tengok dari atas tu kau dah serupa
pungguk rindukan bulan tunggu aku dekat sini, perli Izad sambil
terbahak-bahak ketawa.
Perasan. Inilah yang orang katakan muka tak cantik, pipi
tersorong-sorong. Siapa entah yang menunggu dia.
Pungguk rindukan bulan apanya. Mana datangnya bulan
tengah hari terik macam ni Izad oii, ujarku sambil mengeluarkan
tisu daripada beg untuk mengelap peluh yang memercik di dahi.
Entah berapa suhu tengah hari ini. Mahu kuyup bajuku dibasahi
peluh kalau panas begini.
Izad hanya ketawa. Dia faham benar perangai aku yang suka
loyar buruk sama sepertinya.
Ha, nasib baik aku tak terlupa, ujar Izad separa berbisik
namun telingaku masih mampu mendengarnya. Tangannya sibuk
menyeluk ke dalam begnya mencari sesuatu. Aku hanya
memerhatikannya. Apa jugalah yang dicari dek Izad ni.
Nah, ujarnya sambil menghulurkan coklat dalam bekas
berbentuk hati yang siap bereben bagai.

Apa benda ni? soalku spontan walaupun aku tahu itu


adalah coklat.
Gula-gulalah. Tu pun kau tak tahu ke? Giliran Izad pula
mengenakan aku.
Gula-gula ea. Aku tak tahu pulak gula-gula bentuk dia
macam ni, ujarku sambil mencubit lengan Izad kuat. Ha, amik kau.
Suka sangat nak loyar buruk dengan aku.
Kau bukan ke dah tahu aku tak suka coklat? Yang bazir duit
beli coklat untuk aku ni buat apa? soalku bertubi-tubi kepada Izad.
Kenal aku tiga tahun dah. Memang dah tahu aku tak suka
coklat. Pergi belikan aku coklat lagi. Membazir duit tu namanya.
Sakitlah. Mamat tu tengah tengok tu, tutur Izad separa
berbisik ke telingaku.
Biarlah dia tengok. Tak ada kena mengena dengan aku,
ujarku tanpa menoleh ke arah orang yang dimaksudkan oleh Izad
itu.
Ada kena-mengena dengan kau. Sebab dia tu yang bagi
coklat ni dekat kau bukan aku. Aku ni penyimpan mohor coklat di
raja je, ujar Izad separa menjerit kerana cubitanku semakin kuat di
lengannya waktu itu.
Penyimpan mohor besar raja-raja aku pernah dengar. Tapi
kalau penyimpan mohor coklat di raja aku tak pernah dengar. Izad
memang suka loyar buruk dengan aku. Segera aku lepaskan
cubitanku di lengan Izad. Aku menoleh ke belakang. Kemudian,
cepat-cepat aku memalingkan kembali mukaku memandang wajah
Izad.
Dia? soalku.
Kau suka? soal Izad pula. Soalan aku tidak berjawab, dia
pula menyoal aku.
Betul dia yang bagi aku coklat ni? soalku sekali lagi.
Berharap kali ini Izad akan menjawab pertanyaanku.
Lelaki tu bagi coklat ni dekat aku? soalku lagi
memandangkan soalanku tadi dibiarkan sepi tanpa jawapan oleh
Izad.

Kau suka? soal Izad sekali lagi kepadaku. Tidak mahu


mengalah.
Aku menoleh ke arah lelaki itu sekali lagi. Dia hanya
tersenyum memandangku. Cepat-cepat aku mengalihkan wajahku
daripadanya. Aku memandang sekali lagi bekas coklat berbentuk
hati itu.
Lelaki itu? Aku suka ke dekat dia?
*****
AIRA, sapa satu suara dari belakangku sewaktu aku sedang
sibuk melihat papan kenyataan yang terletak di blok akademik itu.
Meremang bulu romaku apabila namaku dipanggil selembut
itu oleh seorang manusia yang semestinya seorang lelaki. Dan lagi
meremang bulu romaku apabila aku melihat wajah insan yang
menegur aku itu adalah lelaki yang telah memberi aku sekotak
coklat dalam bekas berbentuk hati semalam. Cepat-cepat aku
mengalihkan wajahku mengadap kembali papan kenyataan di
hadapan.
Isy Apahal pula mamat ni datang dekat aku.
Dapat aku lihat melalui ekor mata, lelaki itu masih tidak
berganjak daripada tempat dia berdiri sedari tadi iaitu di sisiku.
Nama adik Aira kan? soal lelaki itu lembut.
Mendengar pertanyaannya itu, aku menoleh ke kanan dan
memandang tepat ke wajahnya. Aku mengangguk perlahan-lahan.
Ingatkan abang salah orang tadi. Nasib baik betul, ujar lelaki
itu. Mukanya memerah saat ayat itu dituturkannya.
Gulp. Air liur aku telan. Kekacakan lelaki ini memang tidak
boleh disangkal lagi. Lagi-lagi kalau masa muka dia merah macam ni.
Dah lama aku suka dekat lelaki ni sebenarnya. Semenjak aku mula
menjejakkan kaki ke fakulti ini di hari pertama lagi aku telah jatuh
suka dengan lelaki ini. Namun, tidak pernah terluah ayat aku
sukakan dia walaupun sekali hingga ke saat ini. Aku hanya suka
memerhatikannya dari jauh. Jadi apabila tiba-tiba dia ada depan
mata aku, rasa macam terbang di awang-awangan sekejap. Suka ada.
Terperanjat pun ada. Yang pastinya, aku sedang kontrol ayu di
hadapan lelaki ini. Jual mahal kata hatiku.

Kenapa tak ambil coklat yang abang bagi hari tu? soal lelaki
yang aku tidak tahu siapa namanya waktu itu. Yang aku tahu, lelaki
itu merupakan seniorku. Dan bila namanya senior, aku malas
mahu cari pasal. Jadi aku paksakan mulutku untuk berkata-kata.
Sebab saya tak suka coklat, ujarku bersahaja.
Sebuah senyuman kuukir di bibirku. Teringat kembali saat
aku menyuruh Izad mengembalikan bekas berbentuk hati itu
kepada lelaki yang berdiri di hadapanku ini. Dapat aku lihat waktu
itu, wajah lelaki di hadapanku ini merona merah. Marah barangkali.
Dan berkali-kali juga aku mendengar kata maaf keluar daripada
mulut Izad. Aku pula hanya tersenyum memandang wajah lelaki itu
yang sememangnya sangat kacak jika mukanya merona merah saat
itu. Deheman lelaki itu segera mengembalikan aku semula ke alam
realiti.
Kalau tak suka coklat, suka apa? soal lelaki itu.
Belum sempat aku menjawab, lelaki itu sudah bersuara
kembali.
Suka abang? duga lelaki itu.
Hah? spontan ayat itu keluar daripada mulut aku.
Bala apa pulalah yang melanda aku petang-petang hari begini.
Tiba-tiba dapat soalan cepu emas. Aku menelan air liurku yang
terasa pahit. Epiglottisku seolah-olah tidak membenarkan air liur itu
ku telan masuk dalam-dalam.
Tawa lelaki itu memecahkan kesunyian yang melanda kami.
Sungguh aku tidak suka situasi yang semacam ini.
Abang saja je usik Aira. Nama abang Asyraf, ujar lelaki itu
dalam tawa yang masih bersisa.
Owh hanya perkataan itu yang keluar daripada mulutku.
Owh yang membawa dua maksud. Satu, menandakan yang itu baru
pertama kali aku mengetahui namanya dan nampak sangatlah aku
tidak kenal senior-senior. Yang kedua, sebab itu je yang aku mampu
cakap sebab aku tak tahu nak kata apa.
Tiba-tiba aku terlihat kelibat Izad berhampiran tangga. Segera
aku melambai-lambaikan tanganku kepadanya memohon bantuan
kecemasan untuk lari daripada lelaki di hadapanku ini. Izad yang
perasan lambaianku melambai semula ke arahku seraya menaikkan

ibu jarinya ke atas menunjukkan maksud bagus atau lebih tepat lagi,
padan muka kau!
Terlopong mulut aku melihat aksi Izad itu. Tidak cukup itu,
Fazil juga turut membuat aksi yang sama. Dan kedua-duanya pantas
berlari menuruni tangga apabila aku mula menanggalkan sepatuku
dan ingin melemparkannya ke arah mereka.
Seketika aku lupa, ada mata yang memerhati tindak tanduk
aku sedari tadi. Apabila mata kami bertentang, segera aku tersenyum
menutup rasa malu yang beraja di hatiku. Sepatu tadi aku sarungkan
kembali ke kaki. Lelaki tadi menggeleng-gelengkan kepalanya
beberapa kali sambil tertawa.
Macam budak-budak, komennya ringkas.
Aku memang budak-budak, bentak hatiku. Aku pastikan
bibirku tertutup rapat saat itu. Aku hanya menuruti langkah lelaki itu
yang mengajakku untuk menemaninya ke perpustakaan. Katanya,
ada sesuatu yang dia mahu berikan kepadaku. Aku juga tidak pasti
apa yang mahu dia berikan hingga kami perlu ke perpustakaan.
*****
ABANG Asyraf mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya. Aku
hanya memerhati tindak-tanduknya sejak kaki kami melangkah ke
dalam perpustakaan ini. Aku juga tidak melepaskan peluang
memerhatikan keadaan sekeliling kut kut ada orang yang boleh
selamatkan aku kali ini.
Melihat perpustakaan yang luas ini dipenuhi buku-buku, aku
merasa pelajar di kampus induk ini bertuah jika dibandingkan
dengan pelajar di kampus cawangan. Jika di kampus cawangan
dahulu, perpustakaan kecil. Buku rujukan juga tidak sebanyak ini.
Namun pengunjungnya sentiasa ramai. Di kampus induk ini yang
mewah dengan buku pula, pengunjungnya boleh dikira dengan jari
tangan dan kakiku.
Nah, ujar Abang Asyraf sambil mengunjukkan satu bar
coklat di hadapanku.
Aku menelan air liur. Aku tak tahu spesies manusia apakah di
hadapan aku ini sehingga dalam dua perkataan TAK SUKA yang
dia tidak faham. Nak kata Abang Asyraf bodoh, tak mungkin, sebab
dia adalah antara senior aku yang dapat Anugerah Dekan setiap
semester.

Aku melepaskan sebuah keluhan berat. Kalau nak cakap lagi


sekali, aku rasa macam kejam pula. Kalau tak cakap, membazir pula
coklat ni sebab confirm aku takkan makan. Mahu tidak mahu, aku
ambil juga coklat pemberian Abang Asyraf tadi.
Tu je? aku menyoalnya.
Abang Asyraf hanya menganggukkan kepalanya dan
tersenyum. Kemudian dia bangun daripada kerusi. Aku hanya
memandang wajahnya penuh tanda tanya. Abang Asyraf ni memang
aku tak faham langsung perangai dia. Setakat bagi coklat ni, tak
payahlah nak bagi dalam perpustakaan. Bagi depan papan kenyataan
tadi pun boleh.
Abang teman Aira balik, ujarnya lagi dan menuntutku untuk
mengejar langkah kakiknya yang kian laju.
Sepanjang perjalanan menuju Kolej Kediamanku, aku hanya
memandang wajah Abang Asyraf. Banyak persoalan bermain dalam
kotak fikiranku. Memikirkan logika setiap perlakuan Abang Asyraf
terhadapku sejak semalam.
Jangan tenung abang lama-lama. Nanti bukan setakat coklat
Aira suka. Dengan pemberi coklat pun Aira boleh suka, tegurnya
perlahan tanpa memandang ke arahku.
Cepat-cepat aku alihkan wajahku. Pelik. Lelaki ini memang
pelik. Daripada perangainya hinggalah ke ayat yang keluar daripada
mulutnya. Semua bagi aku adalah sesuatu yang pelik.
*****
TIDAK termasuk hari ini, sudah 175 hari aku menerima coklat
daripada Abang Asyraf sepanjang 175 hari perkenalan kami. Dan
seperti biasa, aku akan menanti Abang Asyraf di perpustakaan ini.
Di tempat duduk ini. Semata-mata untuk menerima coklat
daripadanya.
Aku panjangkan leher memandang sekeliling. Kelibat Abang
Asyraf masih belum kulihat walaupun jarum jam sudah
menunjukkan jam tiga petang.
Mana pula Abang Asyraf ni, hatiku mula tidak senang.
Telefon bimbit yang bergetar cepat-cepat aku keluarkan
daripada poket jeans yang aku pakai. Segera aku melihat skrin dan

nama Abang Asyraf tertera di situ. Pantas sahaja jari-jemariku


menekan butang untuk membaca pesanan yang baru aku terima itu.
Kalau nak coklat, Aira jumpa abang dekat luar.
Semacam kanak-kanak kecil, aku gembira tak tentu pasal.
Padahal bukannya aku suka coklat. Tapi sebab Abang Asyraf dah
jadi supplier coklat aku tiap-tiap hari, maka bila dia tak beri aku
coklat hari ni, aku ternanti-nanti pula coklat darinya.
Cepat sahaja aku mengambil beg sandangku di rak dan berlari
keluar daripada pepustakaan itu. Sedikit hampa apabila kelibat
Abang Asyraf tidak aku lihat sama sekali apabila aku sudah berada
di luar perpustakaan.
Aku melangkah lemah menuju ke arah bangku yang
disediakan di hadapan perpustakaan itu. Masih berharap aku dapat
sebungkus coklat daripada Abang Asyraf seperti selalu. Namun,
hampir satu jam aku menanti, bayang-bayang Abang Asyraf langsung
tidak kelihatan. Letih menunggu, aku bingkas bangun dari bangku
dan membawa langkah kakiku yang belum ku tahu ke mana arahnya.
Sepanjang jalan itu, aku hanya memandang lantai.
Kalau nak coklat, peluk saya dulu, ujar satu suara di
hadapanku.
Langkah kakiku terhenti. Kepalaku ku angkat memandang
makhluk yang menghalang jalanku saat itu.
Seekor beruang bewarna coklat sebesar manusia berdiri betulbetul di hadapanku. Dan yang pastinya itu adalah kostum beruang
yang di dalamnya ada seorang manusia. Jika tidak, masakan beruang
yang tidak bernyawa itu boleh berkata-kata.
Kalau nak coklat, peluk saya dulu, ujar suara manusia di
dalam beruang itu sekali lagi.
Aku tidak tahu mahu berkata apa saat itu. Segera beruang itu
aku dakap dengan erat. Setelah pelukan itu aku leraikan, kepala
beruang itu aku tanggalkan.
Kini,wajah Abang Asyraf menjadi santapan mataku. Aku tidak
tahu apa yang harus kukatakan saat ini. Gembira. Terharu. Dua rasa
itu telah diadun menjadi satu. Tidak sedar, titis-titis jernih mengalir
di pipiku.

Melihat aku menangis, pantas Abang Asyraf mendakapku erat


dengan kostum beruang yang masih belum ditanggalkannya.
Kemudian, Abang Asyraf cuba mengeluarkan sesuatu daripada
poket kostum beruangnya itu. Namun, dek kerana tangan beruang
terlalu besar, maka Abang Asyraf tidak boleh mengambil barang
yang ada dipoket kostumnya itu.
Aku cuba menyeluk masuk tanganku ke dalam poket kostum
beruang. Dan apabila tanganku terpegang sesuatu, aku segera
menarik benda itu keluar. Memandang benda yang satu itu, aku
hanya mampu tersenyum.
Coklat lagi? soalku perlahan namun aku rasa Abang Asyraf
dapat mendengarnya.
Tak ada benda lain ke nak bagi? 176 hari dah Abang bagi
Aira coklat, bebelku panjang lebar.
Abang Asyraf merenungku tajam. Dia menarik nafas dalam.
Kemudian, sebuah hembusan yang agak berat dilepaskan.
Kalau abang bagi hati abang, Aira nak? soalan itu
menampar gegendang telinga aku buat kesekian kalinya.
Aku tersenyum memandang Abang Asyraf. Aku tarik nafas
dalam-dalam. Aku yakin dengan perasaanku sekarang.
Bukan setakat coklat, pemberi coklat pun Aira suka, ujarku
rendah seraya tunduk memandang lantai. Menyembunyikan rasa
yang tidak pernah hadir dalam diri aku sebelum ini sewaktu bersama
dengan Abang Asyraf.
*****
SEHINGGA ke hari ini, hari kami bakal diijabkabulkan sebentar
nanti, aku masih menerima coklat pemberian Abang Asyraf yang
dikirim melalui Izad. Jika dihitung jumlah coklat yang aku terima
daripada Abang Asyraf sepanjang kami bersama, mungkin kalian
tidak percaya begitu banyak jumlahnya.
Aluminium foiled itu aku koyakkan. Satu bar coklat itu
kupatahkan lalu aku suakan ke mulut. Ku pejam rapat-rapat mataku
sambil menikmati rasa coklat itu. Manis. Manis macam kisah cinta
aku dengan Abang Asyraf sewaktu pertama kali kami berkenalan.
Hei, apa makan coklat ni. Karang melekat dekat gigi macam
mana? suara Mak Andam yang nyaring itu betul-betul membuat

aku terperanjat. Segera aku menyimpan coklat tadi di dalam laci


meja solekku.
Tak apa kak. Bakal suami saya tak kisah. Dia suka coklat,
ujarku selamba sambil memeriksa gigiku di cermin mana tahu ada
terlekat sisa coklat di situ.
Mak Andam itu hanya menggeleng-gelengkan kepalanya
melihat gelagatku. Aku hanya mampu tersenyum.
Tidak sabar rasanya mahu melihat Abang Asyraf dalam baju
melayu satu sut yang semestinya bewarna coklat. Mungkin bagi
kalian pelik kerana pernikahan selalu dikaitkan dengan warna putih.
Tapi bagi aku, yang pelik itu yang aku suka. Kerana segala yang pelik
itu adalah milik Abang Asyraf.
Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu. Segera aku menghantar
sebuah pesanan ringkas kepada Abang Asyraf.
Abang jangan pakai kostum beruang coklat tu pulak.
Sebentar kemudian, aku menerima balasan daripada Abang
Asyraf. Cepat-cepat aku membaca ayat yang tertera di skrin.
Mana Aira tahu abang pakai kostum tu~ :-P
What? ujarku separuh menjerit. Dan serentak itu
kedengaran suasana riuh rendah dengan gelak tawa di luar bilikku
menandakan rombongan Abang Asyraf telah tiba.
Jika riuh sahaja aku tidak kisah, namun kerana kedengaran
gelak tawa yang tidak mahu berhenti aku jadi risau. Jangan-jangan
memang Abang Asyraf mengenakan kostum beruang coklat itu
malam ini.
Aku cuba intai dari pintu bilikku yang terbuka sedikit. Dalam
puluhan manusia yang ada di ruang tamu itu, aku cuba mencari
kelibat Abang Asyraf. Dan akhirnya aku dapat melihat Abang Asyraf
duduk di atas alas baldu itu. Melihatnya dari jauh juga bisa
membuatkan aku tertawa. Bukan kerana Abang Asyraf memakai
kostum beruang coklat itu tetapi kerana aku tidak tahan geli hati
apabila membayangkan bagaimana rupanya jika Abang Asyraf
duduk di atas alas baldu itu dengan kostum beruangnya.

- Zasha Lufias

Coklat Panas
Menikmati secawan coklat panas denganmu
Mampu membuat jantungku berdegup laju
Setiap hirupan ini
Menambahkan rasa yang ada dalam hati
Manis, seperti senyuman yang aku puji itu,
Dan aku ketagih coklat panas itu.
Lalu, aku bertanya lagi,
"Would you like to have a cup of hot chocolate with me?"

- Ariff Masrom

Coklat Pembunuh Cinta


Hoi, coklat lagi, hidup kau tak lengkap ke tanpa coklat
perempuan?? pukkk! Tamparan wanita singgah ke belakang aku.
Serta merta coklat yang ku pegang jatuh ke tanah. Sengal punya Suri.
Dah la coklat tu mahal. Kacau betol! Aku membebel dalam hati.
Coklat dan aku memang tak kan dapat dipisahkan. Ibarat isi dan
kuku. Cuba kalau kuku tercabut dari isi anda, apa anda rasa? Sakit
kan? Begitulah yang aku rasa bila ada saja yang menghalang aku
untuk terus membeli coklat! Hey, diorang tak tau ke coklat tu sedap?
Suri lah yang paling tak suka kalau aku makan coklat. Dialah orang
pertama yang membebel kalau nampak aku tengah makan coklat.
Cemburulah tu.
Eh Nisa, kau tak perasan ke badan ko makin gemuk? Tu la
mengada sangat hari-hari nak makan coklat! kata Suri kepada aku.
Tak pun. Berat badan aku maintain je. Ko dengkilah kan tak boleh
makan coklat, sebab mak ko marah, kan? mencebik mulut aku.
Bebelan suri makin hari makin bingit menerjah telingaku! Tak
habis-habis. Mau pecah gegendang telinga ni kalau hari-hari Suri
membebel macam ni. Macam mak nenek! Diamlah makcik!
Sesi pembelajaran pada semester 6 sudah bermula. Makanya kami
harus berhempas pulas, sedaya upaya, mengerah keringat untuk
mendapatkan keputusan yang cemerlang. Bekalan coklat van
houten semakin bertambah. Kali ni makin banyak coklat aku
melantak. Puas!
Arghhh! Tak nampak orang ke ha??! bengis seorang lelaki, yang
terlanggar aku.
Maaf encik, saya tak perasan. Maaf. Tunduk malu aku.

Jatuh lagi coklat yang dipegang aku. Nasib badan.


Hairi. Kacaknya dia. Orang pantai timur. Putih. Badan berketulketul macam Aaron Aziz. Senyumannya manis kalah Hans Isaac.
Tapi bengisnya kalah Fauzi Nawawi dalam drama Taubat Nasuha.
Sombong!
Tapi entah kenapa, aku tertarik padanya. Sejak hari itu, aku mula
terbayang akan dia. Pergi kuliah, Nampak dia. Pergi caf, Nampak
dia. Pergi ke pejabat, Nampak dia. Kenapa asyik Nampak dia?
Angaukah aku? Tolong aku suri! Takkan la aku dah jatuh cin-. Ah
tak mungkinlah!
Tiba-tiba air mataku mengenang. Kisah silam kembali menerjah.
Awak ni tak habis-habis makan coklat! Macam budak-budak la
awak ni! Malu la sikit, takkan nak pergi kuliah pun awak nak usung
coklat kesayangan awak ni? Kat bilik tak boleh makan ke ha??!!
tengking Hakim kepada aku. Kali ni dia betol-betol marah!
Dah banyak kali kan saya cakap kat awak, berpada-padalah makan
coklat tu! Tak payah makan depan orang ramai. Makan dalam bilik
sudah la! Awak ni memang tak reti bahasa melayu betol la! makin
mendidihnya nampaknya si hakim ni.
Aku hanya duduk terdiam. Malu. Air mata mula membasahi pipi.
Apa salah aku. Bukan aku sengaja makan coklat ketika dalam
perjalanan nak ke kuliah. Tapi aku lapar sangat. Aku lupa sarapan.
Itu pun nak marah. Muncungku sudah kelihatan.
Dah la awak! Saya dah bosan la dengan awak! Bosan! Sekarang
awak pilih, pentingkan saya atau coklat kesayangan awak tu??! dia
memberi pilihan.
Hakim, saya sayang awak. Sayang awak sangat-sangat. Tapi saya tak
boleh tinggalkan coklat saya, saya suka sangat makan coklat. Awak
kena paham. aku mula merintih.
Kita putus. Selamat tinggal! lantas Hakim terus berlalu dari situ.
Aku menangis teresak-esak. Hakim kejam! Aku campak beg ke tepi.
Suri yang kebetulan melalui jalan itu, datang memujukku.

Sejak peristiwa itu, aku tak pernah menaruh hati pada sesiapa. Pada
aku cinta tu menyusahkan. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Makan
coklat pun jadi masalah. Sampai sanggup putus. Apa nak jadi.
Bukan benda haram pun!
Tapi pada Hairi, aku tertarik. Aku semakin tertarik. Lantas ku
utuskan sepucuk surat kepadanya. Sebagai tanda perkenalan dariku.
Hatiku mula berbunga-bunga. Ku utuskan serangkap puisi indah
kepadanya. Dengan harapan dia dapat membalas kembali kepadaku
dengan jawapan seindah puisiku juga.
Pucuk demi pucuk surat telah ku kirimkan pada Atikah. Orang
tengah antara aku dan Hairi. Satu tiada balasan. Aku mula menagih
rindu. Kenapa Hairi hanya mendiamkan diri? Tidak sudikah dia
berkawan denganku?
Setelah genap 14 keping surat aku hantar, aku berhenti menulis
puisi indah padanya. Aku berhenti menghubungi Atikah untuk
datang kepada ku seperti biasa. Aku berhenti mengirimkan puisi
indah bukan bermakna aku berhenti menagih rindu. Semakin hari
semakin sayang.
Ketika aku dalam perjalanan nak ke makmal, diiringi dengan coklat
kesayangan aku, sambil mengunyah, sambil menikmati coklat
tersebut yang cair di dalam mulutku, aku terlanggar seseorang dan
fail yang ku pegang mula bertaburan. Coklat masih sempat aku
genggam. Lega.
Sorryyy!! BRUUUUU!! Perkataan sorry yang dihamburkan pantas
oleh aku kepada orang itu terhambur sekali dengan coklat yang
memenuhi gigi aku dan mulut aku. Terpercik cairan coklat itu ke
muka orang itu. Dan orang itu adalah Hairi!
Euwwww!! Pengotor lah ko ni! Jijiknya! Tengok dah penuh muka
aku dengan coklat ko tu! Bluweek. Nak termuntah dah aku. Geli!
sepantas kilat Hairi menghamburkan kata-kata ini kepadaku.
Aku terkedu. Terpaku. Sebak.

Terus berlari laju meninggalkan hairi yang masih mengelap


mukanya dengan sapu tangan kotak dia. Sinis benar mukanya! Aku
kecewa!
Aku balik ke bilik. Aku ambil kesemua simpanan coklat aku. Aku
campak ke dalam tong sampah bilik sebelah. Sakit hati!
Coklat. Kau selalu memalukan aku. Dulu aku pernah ditinggalkan
oleh Hakim kerana ko! Sekarang aku dihina oleh Hairi kerana ko
lagi coklat! Memang tak mengenang budi punya coklat! Tak suka ko!
Menyampah! Bencii!!!
Ko bunuh cinta aku coklat! Aku bunuh ko coklat! Biar ulat makan
ko. Biar semut hurung ko. Puas hati aku! Coklat pembunuh!
Rasakan! Rasakan! Rasakan!!

- Bahulu Gebu

AJAL COKLAT
Aku : Kenapa kau tinggalkan aku ? Dengan siapa lagi aku nak
bermanja ? Dengan siapa lagi aku nak mengadu nasib ? Siapa lagi
nak tunggu aku di depan pintu bila balik dari kerja ? Apakah silap
aku biarkan kau makan ikan mentah sampai kau tercekik tulang ?
Maafkan aku. Sepatutnya aku beri kau makan friskies, Coklat.
Mak : Sudahlah tu. Dah tiba ajal Coklat. Jangan kau ratapi lagi, nak.
Esok kita pergi cari kucing lain yang warna coklat juga ya.
Aku : Hmm.. Semoga kau tenang di sana, Coklat.

- Athirah Medan

Jenis-jenis Coklat
(nota: di tempat aku, gula-gula dipanggil sebagai coklat)

Kanak-kanak yang tidak makan coklat umpama lauk yang tidak


cukup bahan atau ramuannya. Biarpun sedap, namun tetap ada
sesuatu yang kurang. Begitulah juga dengan kanak-kanak yang tidak
pernah merasa kebahagiaan membeli, makan, berebut dan
sembunyi coklat senyap-senyap dalam poket seluar; kurang satu
nikmat dalam putaran pembesaran mereka.
Seperti mana setiap kepingan gambar yang ada kenangan di
sebaliknya (baca: iklan Canon), begitulah juga dengan setiap biji
coklat yang pastinya terselit koleksi cerita tersendiri. Cuma, ia
bergantung kepada individu tersebut; sama ada memilih untuk
menyimpan kisah tersebut dalam kotak memori jangka panjang atau
lansung diabaikan sejak di awal proses pemilihan maklumat lagi.

Coklat tahi hidung


Buruk sungguh namanya, tapi itulah panggilan yang kami beri pada
sebotol coklat mirip asam masin yang bersaiz kecil. Lebih kecil
daripada potongan pemadam yang kamu curi-curi baling ke arah
ketua kelas dulu-dulu. Rasanya agak masin sedikit, dan di botolnya
ada pelekat yang bertulisan separuh Bahasa Melayu dan separuh
bahasa Cina. Maaf, kekangan usia menghalang kami untuk
membaca apa yang tertulis. Tapi, siapa peduli bukan? Terima kasih
juga kepada coklat **** hidung ini, kerana melaluinya, hubungan
kami antara sepupu-sepupu bertambah erat. Arwah nenek selalu
memuji dan tersenyum melihat keakraban kami; berjalan beriringan
penuh ceria dengan niat yang satu iaitu ke kedai Pak Usop untuk
membeli coklat tersebut! 20 sen sahaja dik.

Coklat Nisang
Sudah jelas bukan dari mana asal kelahiran ku. Terminologi Nisang
merujuk kepada manisan atau gula Melaka. Dibaluti dengan kertas
nipis berwarna-warni dan sedikit tepung di dalamnya, ia sudah
cukup menarik perhatian kanak-kanak. Bila teringat coklat ini,
mindaku terus meluru ke arah Che Ngah. Beliau ialah pengusaha
bahulu yang berjaya di Kampung Paloh merangkap peniaga coklat

nisang yang aktif dan produktif. Buktinya, sehingga sekarang coklat


ini wajib berada di dalam bekas di atas meja apabila berkunjung ke
rumah beliau.

Coklat Susu
Gara-gara coklat ini, aku berulang alik ke kedai Tok Wandut paling
kurang lima kali sehari. Gara-gara coklat ini jugalah, aku diberi
gelaran rasmi sebagai cucu Tok Wandut oleh adik beradik lain
lantaran keakraban kami. Coklat ini yang paling murah, 10 sen 4
biji. Bentuk bulat sebesar duit syiling sepuluh sen, tetapi lebih tebal.
Rasanya seratus peratus seperti susu. Namun, tidak lama selepas itu,
Tok Wandut dengan kuasa veto-nya telah menaikkan harga kepada
10 sen untuk 3 biji. Tidak tahu apa sebabnya. Impaknya, hampir
beberapa hari aku termenung sendiri. Mungkin kerana beliau
merasakan perniagaan beliau semakin laris (dengan kehadiran aku
lima kali sehari), maka perlu dikurangkan bilangannya untuk
menambah keuntungan. Mungkin juga kerana dia sudah bosan
dengan pelanggan yang sama yakni aku? Lantaran kemungkinan
alasan yang kedua itu, tempoh masa aku termenung dilanjutkan
kepada lima hari. Tiba hari keenam, aku kembali bertugas sebagai
pelanggan paling kerap ke kedai Tok Wandut seperti biasa.

Coklat duit syiling


Dulu, aku selalu terkinja-kinja kegembiraan apabila mak benarkan
untuk ikut membeli ikan dan barang-barang masakan pada setiap
pagi. Setiap kampung pasti ada tempat khusus untuk tujuan tersebut
bukan? Dan setiap kampung juga pasti tak terkecuali daripada
mempunyai kanak-kanak seperti aku ini yang suka menyibuk
bersama golongan suri rumah tangga. Sambil memilih barang-barang
untuk dibeli, aku pasti cuba menggoda emak untuk membelikan
coklat. Wajib. Atas sebab itulah, emak tidak suka mengajakku ke
sana pada asalnya kerana aku akan merosakkan bajet perbelanjaan
yang sepatutnya. Namun, dek kerana sayangkan anak, dibelinya juga
coklat meskipun terpaksa memilih yang paling murah yakni 10 sen.
Saat itulah, aku mengenali Coklat Duit Syiling. Rasanya masammasam sedikit. Ciri-ciri fizikalnya sangat serupa dengan duit syiling 1
sen, termasuklah warnanya. Namun, di sini ada satu pengakuan,
mak. Sebenarnya, anakmu ini langsung tidak suka akan coklat
tersebut. Tapi tak mengapa, demi emak, aku gagahi lidah dan
tekakku untuk menelannya. Apalah sangat dengan citarasa sendiri
jika ingin dibandingkan dengan kasih sayang tidak terhingga seorang
emak.

Seperti mana rasa manis, masam dan masin coklat-coklat tersebut,


begitulah juga rencah perjalanan seorang anak kecil dalam menuju
kedewasaan. Di saat karya ini ditaip, fikiranku melayang
mengenangkan coklat Ferrero Rocher di dalam peti ais. (Ah, sudah
sombong ya. Makan coklat mahal sahaja) Iya, apabila sudah besar
dan dewasa begini, barulah aku kenal apa itu coklat yang
sebenarnya.

- izza

Coklat Love
14 Februari tiap tahunCoklat akan naik harga.
Lambang cinta diungkapkan pada coklat serta bunga. Dari kekasih
lelaki kepada si perempuannya. Tak kurang juga dari lelaki kepada
lelaki dan dari hadam ke hawa.. Siapa hadam? Hawa+Adam.

- Normutieah Madian

Coklatengahari
Aku dalam sebuah hotel.
Suasana kelam-kabut
menyelamatkan diri.

di

mana

orang

ramai

berkejaran

Aku ketakutan bila mendapati tiada satu laluan pun yang


membolehkan aku menyelamatkan diri.
Aku dikelilingi api, api menjulang maraknya.
Aku hanya melihat satu per satu orang di sekeliling aku mati dibakar
api yang marak.
Tiba-tiba, aku ternampak telefon di hadapan.
Aku terus berlari mencapainya, aku sendiri tidak pasti siapa yang
mahu aku hubungi.
Ya, aku sangat panik ketika itu.
Baru sahaja aku memegang gagang telefon itu, aku melihat wayar
sambungan dibakar api yang sedang marak.
Aku hampa.
Aku rasa sangat panas ketika itu, aku pasrah saja kalau aku mati di
situ.
Tiba-tiba, mulut aku terasa sesuatu yang enak, manis.
Aku terjaga dengan mengejut.
Kelihatan adik aku sedang menyumbat coklat susu dalam mulut aku
sambil tergelak-gelak.
Aku tidur menghadap cahaya matahari tengahari yang mencucuk
panasnya.
Oh, patutlah panas semacam.
Rupanya, coklat campur air liur basi lagi enak rasanya.

- Amalina Raksasa

Gadis kecil, Coklat, V Mask, Tear Gas dan


Sebelah Kasut yang Tertanggal
Hari itu, hari Sabtu. Sabtu yang lain dari Sabtu-Sabtu yang biasa.
Seawal pagi lagi, seusai bersarapan aku dan mereka menapak ke
sebuah dataran yang kini tidak lagi merdeka dijajah pemerintah
yang gila kuasa. Di sebuah jejantas, seorang tua yang semangatnya
menggunung mengalahkan si muda sedang gagah berdiri dikelilingi
boneka-boneka berseragam biru gelap. Wajahnya tampak tenang,
namun aku tahu di dasar yang paling dasar dan di dalam yang paling
dalam hati sanubarinya telah digenggam pilu. Masakan seorang tua
bisa dianggap penggugat takhta? Segala kata-katanya ibarat mesin
pemusnah bagi mereka. Aku ketawa dalam hati. Bertabahlah
wahai pak tua, si muda ini tentu terasa bacul jika tidak meneruskan
amanatmu, maka kami teruskan langkah dengan lapang dada.
Lautan manusia kini membanjiri kota. Aku tidak pandang pada
warna, bagi aku rakyat itu punya hak yang sama. Sejak akhir-akhir ini,
warna semacam menjadi suatu ancaman pada penguasa. Sekali lagi
aku ketawa dalam hati. Keadaan ketika itu terkawal, semua orang
nampaknya tenang dan gembira meraikan hari yang seakan pesta.
Ada sekumpulan anak muda yang memalu gendang dan menari di
hujung sana. Tak kurang juga ada yang menyanyi dan berpuisi. Ah,
indahnya merai seni dalam ramai. Aku langsung tak peduli pada
politikus-politikus yang melalak hingga tegang urat leher. Golongan
ini cuma tahu mengambil kesempatan walaupun aku sedar bukan
semuanya begitu. Namun kita harus lebih berhati-hati. Benar itu
kawan, manusia ini rambut sama hitam tapi hatinya lain-lain. Orang
ramai kini duduk santai melalukan aktiviti masing-masing. Duduk
berborak tentang pelbagai isu. Yang menari terus menari, yang
menyanyi terus menyanyi, yang bepuisi terus berpuisi. Matari yang
tadinya berselindung kini mula keluar menunjukan diri menandakan
telah tiba waktu tengahari. Perut terasa lapar dan minta diisi.
Seusai mengisi perut ala kadar, aku dan mereka masuk semula ke
dalam lautan manusia yang masih duduk menunggu dataran dibuka.
Ramai yang kecewa, dataran itu dipagari kawat berduri laksana
sebuah tanah yang diharamkan untuk rakyat. Mana hilang
merdekanya? Aku semakin tidak mengerti. Di suatu sudut, aku lihat

seorang gadis kecil berlari-lari mengelilingi bapanya. Dia tampak


gembira dengan sekeping coklat di tangan. Aku tersenyum melihat
telatahnya comel. Aku tarik nafas dalam-dalam lantas membakar
sebatang nikotin. Hak yang dituntut hari ini semuanya untuk kau
anak kecil, supaya kelak kau hidup dalam sebuah demokrasi yang
lebih bersih. Agar tanah ini masih selamat untuk kau terus berlarilari. Aku merenung gadis kecil itu yang terus menjilat-jilat kepingan
coklatnya.
Kemudian, aku dikejutkan oleh dentingan loceng beberapa kali. Di
barisan paling hadapan, aku lihat orang ramai sedang kecoh dan
bertempeliaran lari. Sebuah jentera sedang bergerak sambil
melancarkan pancutan water canon menuju ke arah orang ramai
yang sedang duduk membantah. Aku, mereka dan orang ramai
mula berundur. Di sebalik bangunan menjadi teduhan. Keadaan
agak terkawal sehinggalah aku nampak segerombolan robot kawalan
jauh dengan sut biru gelap berkawat mara ke hadapan. Robot-robot
tanpa perasaan itu mula menembak tear gas ke arah lautan manusia
yang ketika itu bertangan kosong tanpa sebarang senjata. Huru-hara
tercetus. Teduhan di sebalik bangunan tidak lagi selamat.
Belakangnya jalan mati. Orang ramai mula berasak-asak keluar, lari
menyelamatkan diri. Seorang sahabat lantas menarik tangan aku lalu
memanjat besi penghadang dengan harapan bisa lepas dari
cengkaman kejam asap yang mula memenuhi ruang. Kelongsong
tear gas tidak henti-henti melayang di atas kepala. Orang ramai
berpusu-pusu melalui sebuah laluan yang agak sempit, masingmasing mahu lari dari asap dan serangan robot kawalan jauh
berseragam biru gelap tersebut. Saat degupan jantung makin melaju,
aku rasa sebelah kasutku telah tertanggal. Sahabat yang dari tadi
berlari sambil menggenggam tanganku menarik aku pergi. Aku
sempat menoleh ke belakang seraya terpandang gadis kecil yang
gembira menjilat coklatnya tadi kini menangis histeria. Dia merontaronta dalam pelukan bapanya. Gadis kecil itu menunjuk-nunjuk ke
arah sesuatu. Si bapa tidak menghiraukan rengekan si anak,
berusaha sedaya-upaya untuk lari.
Asap di belakang makin menebal. Aku dan sahabat terus berlari
sehinggalah sebiji kelongsong aluminium mendarat betul-betul di
hadapan kami. Asap putih berkepul-kepul keluar laksana jin yang
keluar dari lampu ajaib si Aladdin. Mulut dan hidung yang diikattutup dengan kain kini tidak lagi mampu menghalang azab serangan
asap yang menyelinap penuh serakah. Mata, hidung, dan seluruh
badan mula terasa pedih yang perit. Antara zahir dan batin terasa
siksanya akibat dari efek asap kejam itu. Aku dan sahabat kini

sudah tidak kuat untuk berdiri apatah lagi berlari, jatuh melutut di
pinggir laluan. Air melimpah ruah dari kolam mata yang pedih.
Hingus dan air liur meleleh keluar, berlenja. Kami muntah. Dalam
pada itu, terlintas di hatiku untuk berpatah balik mencari sebelah
kasut yang tertanggal tadi. Aku merangkak dalam tebal asap yang
mula menipis. Akhirnya aku sampai pada titik di mana sebelah kasut
itu tertanggal.
Di hadapanku kini ada sebelah kasut dan di kiri pula terlentang
sebuah V Mask. Aku rasa mahu capai keduanya. Namun dalam
miliseken momen antara jatuhnya air mata dan tanganku mencapai
kedua-dua objek tersebut, tiba-tiba aku terpandang sekeping coklat.
Wajah gadis kecil tadi terus memenuhi ruang kotak fikiran. Aku
toleh ke belakang dan nampak gadis kecil itu dalam pelukan
bapanya, berjurai air mata. Air matanya yang deras mengalir itu
berkemungkinan atas sebab coklatnya yang terjatuh. Dan yang paling
pasti, itu adalah efek si asap celaka. Tear gas yang menyiksa.
Tanganku kini beralih ke arah coklat itu. Belum sempat aku capai
coklat tersebut, tiba-tiba terasa suatu objek keras menghentam
kepalaku. Cecair panas mula mengalir turun ke muka merah.
Aku sempat menoleh ke belakang, kelibat gadis kecil dan bapanya
sudah tidak kelihatan. Yang ada kini cuma robot-robot kawalan jauh
berseragam biru gelap. Dalam keadaan yang seakan mimpi berbaur
pedih, kepalaku mula terasa berat. Maafkan aku gadis kecil,
coklatmu tak bisa aku kembalikan. Pandangan mula kabur. Putih,
kelabu, putih, kelabuhitam.

- Pak Lang

Gadis Popsikel
Dia rajin makan aiskrim popsikel. Kalau nampak muka bujur sirih
dengan tudung bawal hitam lain hari lain corak, mesti aiskrim
popsikel hijau akan ada kat tangan dia. Bukan aku tak pernah
makan aiskrim macam tu tapi bila usia dah meningkat, aiskrim
popsikel aku tak akan layan. Jadi aku fikir seorang perempuan
(Melayu) dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun makan aiskrim
popsikel, sangat budak dan sangat miskin.

Sehinggalah suatu hari...


Aku (muka lelaki Cina, dada bidang, boleh dikatakan aku
seorang yang sasa) dengan rambut hitam panjang paras kolar (boleh
buat gaya pacak atau gaya rambut jatuh) sedang kelam kabut nak
masuk bilik pensyarah hantar assignment. Memandangkan kampus
kitorang sangat advance, semua tangga telah digantikan dengan lif.
Dengan baju kemeja putih aku hampir lencun kerana berlari ala-ala
pelari pecut kebangsaan, aku dapat merasakan beberapa mata
memandang singlet hitamku yang semakin kelihatan (bajet hot.
Heehe... Memang hot pun), aku dapati lif ke bilik pensyarah aku
hampir ditutup. Aku tingkatkan kelajuan dan akhirnya... Aku
berjaya masuk ke dalam lif tanpa perlu menunggu lebih lama
(buatlah assignment awal-awal ye kengkawan. Jangan sejam sebelum
deadline baru nak hantar).
Sedang aku kegembiraan ke bilik pensyarah di tingkat 5, aku
terperasan bahawa gadis popsikel berada di sebelah ku. Kali ni
popsikelnya tiada di tangan. Dan saat lif mula bergerak, aku juga
terperasan bahawa lampu tingkat 5 bernyala tanpa sempat aku tekan.
Takpe, tingkat je sama, arah tujuan lain-lain...
Sedang aku berharap tingkat 5 akan ku jejak dengan jayanya,
tiba-tiba daya tolakan graviti dari kaki aku berhenti mendadak. Kami
tersadai entah di bahagian mana tingkat berapa. Mujur lampu di
dalam lif itu masih menyala. Gadis popsikel dengan selambanya
menekan butang kecemasan berwarna merah dengan gambar loceng.
Kemudian dia kembali ke posisi asalnya (dia berdiri di belakang

bersandar pada dinding lif sambil memandang bayangan sendiri di


pintu lif).
Argh! Macam mana ni?! Kalau aku tersadai di sini untuk
jangka masa yang lama aku tak akan sempat hantar assignment aku.
Dan kalau aku lambat hantar assignment markah aku akan
berkurang. Dan kalau markah aku berkurang mesti mom dengan
dad aku akan mintak aku lupakan niat aku untuk dapat LC Fire
hitam (motor terhebat yang paling aku nak tunggang). Dan (dari
bayang dinding lif yang sangat berkilat macam cermin aku lihat)
gadis popsikel pandang aku dengan raut wajah kesian dan
menyelongkar beg sandangnya (nak keluarkan aiskrim popsikellah
tu).
Argh!!! Kenapa aku perlu fikir pasal gadis miskin tu!!! Fikir
apa akan jadi kalau kau tak boleh keluar dari sini. Orang cakap
kalau lama sangat terperangkap dalam lif akan menyebabkan udara
jadi semakin sikit dan lama-kelamaan mangsa akan mati. Aku tak
nak mati sekarang. Aku... Wargh!!! Serabutnya kepala otak aku!!!
"Erm... Untuk awak," gadis popsikel menghulurkan jejari
wafel bersalut coklat di tangan kanannya manakala tangan kirinya
memegang bungkusan merah yang dah koyak.
"Takpe, saya tak lapar sekarang," aku memang bongok,
padahal perut tengah putar lagu 'Keroncong Buat Perut' lima minit
sekali. Aku tak sempat nak alas apa-apa masa kat rumah (kelamkabutlah katakan). Sekarang fikiran pun tengah biul.
"Semua orang perlukan rehat dari semua perkara, termasuk
rasa panik," tangan gadis popsikel masih menghulurkan jejari wafer
bersalut coklat padaku. Dan entah bagaimana, ayat itu telah berjaya
membuat jejari wafer bersalut coklat berada di celah jemariku. Dia
nampak ke aku panik? Eh, kejap. Bukan perempuan ni suka makan
aiskrim popsikel ke? Dari mana datangnya jejari wafer bersalut
coklat ni?
"Technician buat lif maintenance minggu ni. Sebab tu lif
sangkut. Kejap lagi oklah tu," gadis popsikel seakan memujuk (aku
ni siapa sampai dia nak pujuk? Aku memang perasan).
"Tapi tak ada pun kat board pasal maintenance ni?" Selalunya
orang pejabat dengan senang hatinya akan membazirkan dakwat
printer dan kertas untuk perkara remeh-temeh (elaun dah kena
potong kot...).

"Diorang memang ada tampal tapi tertutup dengan notis


'SENARAI NAMA PELAJAR YANG MASIH BELUM
MENGHANTAR ASSIGNMENT,' 'SENARAI NAMA PELAJAR
YANG MASIH BELUM MEBUAT BAYARAN YURAN
SEMESTER INI' dengan 'SENARAI NAMA PELAJAR YANG
TELAH DISENARAIHITAMKAN DARI FAKULTI'. Senarai
nama tu kan panjang penuh satu board," patutlah aku ada nampak
secebis kertas kuning kat belakang senarai nama tu. Ingatkan
diorang malas nak buang kertas tu (berburuk sangka, hisyh banyak
gila perangai buruk aku ni ye).
"Saya pun tahu hal ni dari mak cik kedai runcit tingkat lima tu.
Saya selalu beli aiskrim popsikel kat situ. Saya suka borak dengan
mak cik tu. Lebih kepada mendengar apa yang dia cakap
sebenarnya. Mak cik tu tahu semua perkara. Dari berita sensasi
benua belakang negara kita sampailah ke berita tergempar pejabat
pengurusan kampus ni. Tapi saya rasa segan pulak kalau pergi kedai
dia tak beli apa-apa," gadis popsikel menggosok pipinya yang merah
padam. Sebab tu ke beli aiskrim popsikel?" Tanyaku.
"Salah satu sebab. Tapi sebab utama saya beli aiskrim tu, saya
rindukan mak ayah saya. Diorang sekarang ni kat New York.
Tengah sambung PhD kat New York University. Kalau diorang call
mesti diorang akan suruh saya gantikan diorang makan aiskrim
popsikel. Betapa sayangnya diorang kat sini sampai dah ada kat sana
pun lebih rindukan aiskrim popsikel dari anak sendiri," kata-katanya
membuat aku rasa terpukul. Dan seperti merasakan pukulannya
mengena, dia menjelingku (setajam-tajamnya. Terpana jiwa seketika)
sambil berkata:
"Kenapa? Awak fikir aiskrim popsikel untuk orang miskin je
ke?"
Aku diam sambil makan jejari wafer bersalut coklat dengan
perlahan (kalau laju-laju nanti tekak aku yang merana). Aku tak tahu
kenapa (mungkin pengaruh iklan atau dia letak sesuatu dalam jejari
wafer bersalut coklat) tapi saat jejari wafer menjadi kunyahan gigiku
dan pada masa yang sama salutan coklat itu cair di lidahku, aku
merasakan seperti aku melupakan segala yang memgusutkan kepala
aku (termasuk LC Fire hitam keobsesan aku). Dan bila aku pandang
kembali gadis popsikel, dia tersenyum seperti mengatakan 'Kan dah
kata'. Masalahnya aku nampak senyuman dia seakan menyebabkan
pelangi memancar dari atas kepalanya ke seluruh wajah. Baru aku
perasan muka bujur sirih itu sebenarnya mempunyai mata hazel
yang sungguh menarik. Bukan, 'menawan' adalah perkataan yang

sesuai. Sesungguhnya hati aku sudah berada di dalam tawanan


matanya dan kunyahan gigiku menjadi semakin laju, selaju debaran
jantungku (kenapa aku jiwang tetiba ni? PARAH!).
Apabila kesemua jejari wafer bersalut coklat telah berjaya aku
masukkan ke dalam mulut (yang aku rasa sangat sayang untuk aku
habiskan), tiba-tiba lif kembali menolak graviti dari kaki aku dan
pintu lif pun terbuka (kenapa cepat pulak sampai ni? Baru nak ayat
awek. Kacau line sungguh!). Gadis popsikel terus keluar, pergi ke
kedai runcit sebelah pejabat pengurusan, buka peti aiskrim yang ada
di luar kedai (kitorang tak ada trust issue di sini) dan masuk ke
dalam kedai. Manakala aku ke arah bertentangan berjalan dengan
tenang ke bilik pensyarah. Pensyarah tahu tentang masalah
maintenance di lif (kenapalah diorang tak buat maintenance masa
cuti semester je) dan markah assignment aku takkan ditolak.Yahoo!!!
Dan sekarang aku ada satu assignment baru. Aku nak pikat
gadis popsikel. Korang boleh tolong aku tak?

- Fatini Zulkarnain

Hadiah
Hari ini, Amy lihat Haikal lagi. Curi-curi pandang. Haikal berjalan
melintasi Amy yang sedang duduk di antara ramai orang di taman
kecil. Degup jantung Amy bergetar hebat.
Ah, kacaknya. Desis hati Amy sambil membetulkan tudung
sekolahnya yang tersenget di tiup angin.
Seperti biasa, Amy hanya mampu memandang tanpa ada kekuatan
menegur Haikal walaupun mereka sekelas. Lagi pula, Amy memang
jarang menegur orang sebab gigi depannya patah. Patah sebab kena
sepak dengan ayahnya tak lama dulu. Ya, Amy selalu ditangantangankan ayahnya. Tidak tahu kenapa, tapi Amy sudah lali.
Seminggu kemudiann, sekolah Amy ada hari sukan. Haikal masuk
acara lari berganti-ganti. Amy juga masuk acara lari sebab Haikal.
Kalau boleh, semua yang Haikal buat Amy mahu ikut. Kebetulan,
rumah sukan mereka sama. Rumah biru. Amy semangat warm-up
sebelum acara sebab mahu tarik perhatian Haikal. Tapi sayang,
Haikal macam buat tak tahu.
Acara bermula. Amy lari bersungguh-sungguh dan team Amy dapat
nombor satu. Haikal pula dapat nombor dua. Amy cuba tegur
Haikal. Amy pergi rapat dan ucapkan tahniah sebab dapat nombor
dua. Tapi Haikal buat muka dengan Amy. Haikal jeling dan pergi
dari Amy. Amy sedih tapi sedikit gembira sebab berjaya tegur Haikal.
Esok 14 Februari. Hari Kekasih yang dah lama Amy tunggu. Dekat
fesbuk orang sibuk share dan post artikel Hari Kekasih haram
disambut, tapi Amy tak peduli. Amy nak bagi sesuatu pada Haikal.
Hadiah sempena hari kekasih walaupun Haikal bukan kekasih Amy.
Peduli apa, kata hati Amy. Jadi, petang itu balik dari sekolah, Amy
minta duit dengan ayah. Mahu beli hadiah katanya. Tapi, ayahnya
bukan bagi duit, tapi bagi penampar. Amy menangis. Diam-diam
semasa ayahnya tidur, Amy curi rm10 dari kocek seluar ayahnya dan

terus ke kedai untuk membeli hadiah hari kekasih. Amy beli dua
hadiah.
Esoknya di sekolah, pagi-pagi lagi Amy meletakkan bungkusan
hadiah di bawah meja Haikal. Diselitkan juga sekeping kad.
Awak makanlah coklat ni. Saya buat sendiri- Amy.
Begitulah ayat di kad tersebut. Amy terpaksa tipu coklat tu Amy
yang buat sebab Amy tak pandai masak. Goreng telur pun hangit.
Selepas letakkan hadiah, Amy duduk di bangkunya diam-diam. Amy
tunggu Haikal datang dan perasan akan kewujudan hadiahnya.
Lima minit kemudian, Haikal sampai. Tapi dia tidak perasan hadiah
Amy di bawah meja. Haikal keluar entah pergi mana. Amy hampa.
Tapi, dia sabar. Amy keluar pergi tandas. Dalam hati, Amy berharap
Haikal suka hadiah itu.
Kembalinya ke kelas, Amy ternampak ramai pelajar dan cikgu
berkumpul mengelilingi sesuatu. Amy hairan. Ada suara yang
menjerit-jerit. Amy mendekati kumpulan itu. Rupa-rupanya Haikal
sedang menggelupur dengan mulut berbuih-buih. Di tangan Haikal
ada coklat yang Amy bagi. Amy terkejut sambil terjerit.
Itu coklat yang Amy nak bagi ayah!!!

- Lieyanna Esmeralda

Mengapa Aku Kembali ke Korea


Tepat jam 12.00 tengahari adik muncul di muka pintu. Baru pulang
dari tadika, lima minit berjalan kaki dari rumah. Sesampai adik di
rumah, adik bersuara, Nak coklat. Aku bangun lalu aku ambil
coklat Daim, pemberian Wak Sonto kemarin. Aku letakkan di atas
meja. Siap adik menyalin baju, adik minta lagi, "nak coklat". Aku
juihkan bibir ke arah meja. Adik melihat ke arah meja dan terus
meminta. Aku pergi ke dapur, dan kemudian kembali dengan anak
kucing warna coklat ditangan. Aku hulurkan kepada adik. Adik
tidak sambut pemberian aku. Kemudian, adik minta lagi, Nak
coklat. Dalam hati aku sudah menyanyi lagu nyanyian OpickAstagfirullah.
"Coklat apa yang kau nak ni ha syaiton?"
Adik pandang muka aku, sambil hentak kaki. 'Pak, pak, pak' bunyi
hentakan lantai kayu rumah aku. Belum sempat aku bertindak, adik
sudah berlari keluar ke arah pondok tempat dia bermain. Merajuk
mungkin. Puas aku berfikir coklat apa yang dimaksudkannya. Jenuh
aku senaraikan objek hidup dan mati yang mungkin dia panggil
coklat.
Dari Zohor hingga ke Asar. Bila ditanya, haram tak dijawab. Adik
lebih senang berkomunikasi dengan pondoknya berbanding aku.
Aku intai dari tingkap dapur, adik sedang berbaring menatap atap
pondok sambil mulutnya mengomel. Tiba-tiba aku lihat ada satu
bungkusan Choki-Choki di atas meja dapur.
Yes! Mungkin ini yang adik nak. Aku bermonolog sambil
mengangkat kolar baju, tanda megah.
Aku berlari mendapatkan adik di bawah, lalu aku hulurkan
bungkusan tersebut. Adik bangun dari baringan, lalu mencapai
bungkusan tersebut.
Akak ni tak faham ke? Adik nak coklat. Ini bukan coklat! ujar
adik marah sambil mencampakkan bungkusan ke tanah.
Mujur adik campakkan ke tanah, kalau dia campak tepat kemuka
aku seperti dalam adegen drama tempatan, kemungkinan besar

penampar sulung aku singgah ke pipi. Saat itu, jangankan minta


coklat, memang minta maaf jep, tak dapat.Aku kutip bungkusan
tersebut dari tanah.
Kemudian aku mendengar adik menjerit Mak, mak, nak coklat.
Mak yang baru pulang dari kerja, memeluk adik sambil memimpin
tangan adik ke dapur. Aku dibiarkan seperti orang bodoh di
halaman depan. Kemudian aku nampak emak dan adik menuju ke
arah aku sambil adik memegang aiskrim milo buatan emak. Mereka
hampir ke arah aku.
Adik mengadu pada emak, Akak tu tak faham bahasa. Adik mintak
coklat, tapi akak bagi adik anak kucing.
Tak apalah, akak kan baru balik rumah. Akak tak biasa lagi, emak
menjawab dengan tenang.
Akak, maksud adik tadi coklat tu aiskrim milo yang mak buat pagi
tadi, sambung emak.
Aku mengangguk sambil memandang muka adik.
Itu aiskrim milo syaiton, bukan coklat, padu dan ringkas aku
bermonolog.
Lalu aku membuka langkah menuju ke dalam rumah. Aku
kemaskan pakaian, lalu aku bersiap. Mungkin aku masih belum
layak untuk duduk sebumbung dengan budak yang berusia enam
tahun. Kemudian aku mengambil keputusan untuk pulang semula
ke rumah lamaku, di Korea. Di sana,tiada milo. Kebanyakkan
penduduk hanya minum teh hijau. Jadi, aku mampu untuk
melupakan kisah sedih dan tragis ini.
Aku keluar rumah, kemudian bersalaman dengan emak dan adik.
Tiada sepatah kata aku ucapkan, hanya jari-jariku menari memberi
isyarat kepada emak.
Mungkin ini nasibku, sudahlah bisu, di-troll pula oleh adik
bongsuku. Monolog aku sambil keluar dari pagar rumah.

- Fadzilah Azizan

Poskad Coklat
Keyo membuka sampul surat dan didalam berisi sebuah poskad.
Diteliti poskad itu rupanya sebuah ilustrasi gambar sepotong cokelat
yang cairan diatasnya melimpah ruah, dan diamati lagi, ini hasil dari
lukisan tangan. Lalu fikiran Keyo setagal mengenangkan peristiwa
sebulan lepas,
"Keyo, next month kita makan cokelat moist. aku nak taruk sebatang
lilin. yeh?"
Habis termangu, Keyo sematkan semula poskad itu didalam
sampulnya dan diletakkan di atas meja kecil disamping vas bunga
kaktus kesayangan pemberian bekas kekasihnya, Mia.

- Kaka Perawan

Puting Tiga Segi


Dia sedang melancap. Tangan kirinya laju mengocak zakarnya.
Ini baru nikmat, sama nikmat saat dia melayan pondan di lorong
Chow Kit malam minggu. Dia Osman. Mekanik di sebuah bengkel
cabuk di jalan P.Ramlee. Di sebelah bengkel dia ada bangla jual sirih.
Dan dia tahu mamat bangla yang jaga kedai tu selalu perhatikan dia
sambil bermain dengan zakarnya sendiri. Sialan.
Setiap kali dia habis kerja. Dia akan singgah di kedai tujuh
sebelas untuk beli Toblerone. Swiss dengan coklat susu yang ada
kismis dan madu serta disaluti kacang badam. Bentuk tiga seginya
menghairahkan, tak ubah macam puting tetek budak sekolah rendah.
Betapa bangsa Switzerland pandai mencipta sesuatu yang lazat.
Dia panaskan air dalam periuk, kemudian dia letak mangkuk
kosong atas periuk itu. Bila air mula menggelegak, dia tutup api gas.
Toblerone dipatahkan satu per satu ke dalam mangkuk kosong.
Beberapa saat Toblerone mula cair dan melekit. Dia ambil coklat
yang cair itu dan sapu pada batang zakarnya. Buat pelincir, dan dia
mula berimaginasi berseorangan dengan Neelofa, pondan berambut
merah yang selalu mengolom lolipop ketika sedang menunggu bas
di depan bengkelnya setiap petang.
Dia ketawa besar. Tak henti-henti dari tadi. Ketawa dia
bertukar menjadi menggilai. Berdekah hingga akhirnya dia berhenti
sendiri bila dia mula rasa sakit tekak dan semut mula menghurung
zakarnya yang makin kendur.

- TekukurJantan

Rokok Coklat
Aku cakap aku tak suka coklat, aku tak suka la. Kau ni nak paksa
paksa aku kenapa? Kau suka kau makan la sorang sorang.

Saya cuma nak bagi awak rasa saja. Saya bukan paksa. Kalau awak
tak nak, tak mengapa.
Sedap sangat ke coklat kau makan tu? Hari-hari aku tengok kau
makan aku tengok.

Mestilah sedap. Kalau tak saya tak makan. Hee. Awak, saya nak
tanya sikit.
Tanya apa? Tanyalah.

Aaa awak jangan marah ya. Janji?


Ya. Tanya jelah.

Awak tak makan cokolat kenapa? Saya pelik la.


Pelik sangat ke kalau aku tak makan coklat? Aku rasa tak da
kepentingan untuk aku makan coklat. Dan aku tahu, aku tak
mampu nak beli coklat sebab mahal. Duit belanja aku cukup untuk
tambang bas saja.

Tapi cokolat ni saya yang beli dan saya nak kongsi dengan awak. Tu
pun awak tak nak?
Aku tak kebulur la tak makan coklat. Tengok warna pun aku dah
tak da selera. Inikan pulak nak makan. Yang kau ni pulak kenapa
suka sangat makan coklat ni?

Sebab cokolat ni sedap la. Aa lagipun makan cokolat boleh buat


saya rasa tenang, happy.
Tenang? Baik aku hisap rokok saja.

Rokok ada kesan sampingan la awak.


Dah, coklat takda? Sama je la wei. Semua benda dalam dunia ni ada
efek dia. Tapi kita guna jugak sebab benda tu ada kelebihan pada
kita.

Maksud awak?
Macam kau dengan coklat kau dan aku dengan rokok aku. Dua-dua
ada efek. Kita tahu akan itu. Tapi kita tetap suka. Sebab bagi kau
coklat buat kau gembira ke apa ke. Bagi aku pulak rokok ni buat
aku rileks.

Saya cuba rokok awak, awak cuba cokolat saya nak?


Kau giler! Tak nak aku.

Kenapa pulak? Saya pun nak rasa rileks macam awak. Awak tak nak
rasa apa yang saya rasa dengan cokolat ni?
Bukan aku tak nak rasa, aku memang tak makan coklat. Tapi kalau
kau nak cuba rokok, aku tak galak dan aku tak halang. Itu pilihan
kau. Kau sendiri tahu akibatnya.

Saya nak cuba je.


Terpulang.

Lighter?

- Api

Satira Coklat Homemade


Sini sini...pandang aku. Aku di sini. Bawalah aku pulang. Sedih aku
masakan seminggu lebih di sini tiada jasad pun yang sudi mengambil
aku, hanya mengerling memerhatikan aku sahaja. Benarlah kata
orang cinta manusia pada rupa. Aku sedar aku coklat murahan. Aku
cuma dibalut dengan plastik jernih sahaja. Tidak seperti mereka,
tuan mereka membalut dengan lapisan kertas dan aluminium dan
ada juga yang diletakkan mereka di dalam balang. Ditambah lagi saiz
mereka besar dari aku, dikatakan hayat mereka lebih lama itupun
disebabkan pengawet tidak seperti aku sehari dua lagi sampailah
tempoh luputku. Sedang ini pun habis jasad aku cair meleleh apalah
nanti jadinya aku bila tiba waktu luputku. Apakah nasib aku selepas
ini.
Buat manusia-manusia di luar sana alangkah ruginya engkau kerana
tidak merasakan aku kerana aku jauh lebih molek dari segi rasanya.
Dont judge a coklat by its cover.

- Gundah Gulana

Selori coklat dan sebuah cinta


Dah lama aku tak nampak Zaf. Selalunya ada je dia muncul tibatiba.
Contohnya, ada satu hari aku baru balik dari ofis. Hari hujan lebat
tapi aku lupa bawa payung. Tiba-tiba dia muncul depan bangunan
tempat kerja aku dan jemput aku tumpang kereta dia. Ala-ala
Perempuan Melayu Terakhir, aku tolak pelawaan dia. Sudahnya dia
temankan aku depan bangunan sampai hujan berhenti.
Tapi jangan harap ada adegan romantik atau lovey-dovey. Cerita
aku bukan tema cintan-cintun-berapi-tapi-akhirnya-tak-kahwin. Ini
cerita hidup aku yang realistik. Mana ada drama. Drama itu tipu.
Aku dengan Zaf memang pantang jumpa. Mesti bergaduh. Macam
anjing dan kucing. Aku nak jadi kucing. Biar dia jadi
anjing.Opppsss.
Aku jentik dahi sendiri. Apasal aku teringatkan Zaf pula ni?
Agaknya aku tertekan. Ye lah, biasanya bila aku tertekan je mesti Zaf
ada tolong ketuk kepala aku. Tak pun bidas cakap aku. Tak pun
dengar aku maki-maki tepi dia. Walaupun sebenarnya aku
mengomel sorang-sorang dan dia tak dengar pun apa yang aku
makikan tu, dia cool je jadi patung. Dan dia langsung tak kisah
kalau aku buruk laku bentak-bentak minta Cadburry Black Forest
bila-bila aku suka.
Eh, aku tengah mendiskripsi tentang Zaf ke? Ah, abaikan. Aku
tengah tertekan sangat gamaknya. Abaikan, abaikan. Anggap aku tak
pernah bagitahu apa-apa.
Aku geledah laci cari coklat. Tak jumpa. Entah kenapa aku rasa nak
menangis.
"Doktor, saya tak gila! Jangan suntik saya ye?" rayu aku. Aku nampak
doktor lelaki dengan misai tebal bawa jarum besar nak suntik aku.
Ada helmet besi, aku syak itu yang nak kasi kejutan elektrik dekat
kepala. Doktor tu punya muka, mak aih! Gerun aku. Dah lah ada
banyak jerawat batu. Sesiapa, tolonglah aku. Aku nak coklat
Cadburry Black Forest je. Zaf, aku nak coklat!!!"

Dan, aku mimpi.

Kuss semangat. Aku gosok mata, terpisat-pisat. Bila sedar aku


sebenarnya tertidur, aku rasa gelabah tiba-tiba. Aku pandang Aini
yang tersenyum penuh makna. Aqif yang berhenti berjalan sambil
terkebil-kebil pandang aku. Dan Chong yang tergelak-gelak sendiri.
Aku ada cakap apa-apa ke masa tertidur tadi?
Seminit ofis jadi sepi. Macam masa dihentikan. Semua terpaku.
Sah, aku mamai lagi. Aku jentik dahi kuat-kuat. Sakit!
Tiba-tiba kepala aku kena ketuk.
Cis, siapa pulak yang berani ketuk kepala aku ni? Ada juga yang nak
makan penampar Arab agaknya. Rusuh aku sendiri dalam hati.
Sebab bengang sangat, aku tepis tangan entah-makhluk-mana-takada-adab yang ketuk kepala aku tadi.
"Oi, garangnya!"
Zaf. Eh, hidup aku dah jadi drama ke? Apasal tiba-tiba watak Zaf
muncul ni?
Direktor, cut-cut! Cepat.
*****
"Kau rindu aku ye?" Ah, apasal dia kasi soalan berkadar selari terus
tanpa belok pada aku ni. Apa aku nak jawab? Gelabah, tapi kejap
je.
"Jadi kau rasa aku rindu kau ke?" soal aku balik. Soalan balas
soalan. Cool. Dia senyum. Tiba-tiba aku terperasan sesuatu. Dia
ada lesung pipit, nampak manis bila dia senyum. Manis macam
coklat!
"Kalau kau rindu aku, aku belanja kau Cadburry Black Forest.
Nak?" soal dia pulak.
"Kalau aku tak rindu kau, tak dapat Cadburry Black Forest ke?" soal
aku balik. Dia gelak. Gelak kali ini, lain macam. Dia gelak sungguhsungguh sampai meleleh air mata. Tak faham betul aku. Aku buat
lawak ke?
"Kau ni degil. Keras kepala. Apa susah sangat ke nak mengaku rindu
aku?" tanya dia lagi. Aku hilang soalan. Kepala aku kosong. Mana

semua perbendaharaan kata yang aku belajar selama ini? Apasal


hilang tiba-tiba.
Sepi. Tak ada soalan balas dari aku.
Dia baru nak buka mulut keluarkan suara, tiba-tiba aku
dapat ilham nak pangkah balik soalan dia tadi. Terus menyusup
soalan itu keluar dari mulut aku.
"Kau pergi mana?"
"Aku balik Johor." Ringkas dan padat jawapan dia. Aku terus
melompat. Aha, dia terkena jerat. Aku menang. Yes!
"Kau sedar tak tau dah kalah game? Belanja aku kan?" soal aku lagi.
Masih tak nak keluar dari permainan yang aku cipta. Padahal aku
yang main sorang-sorang. Dia bukan tahu pun.
Tapi aku tak sangka bila dia tepuk dahi sendiri. Muka dia macam
tak puas hati kalah game.
Kau nak satu coklat bar atau dua?" nampaknya dia kembali dalam
permainan. Aku senyum sinis. Peluang kedua. Tinggal satu nyawa
andai kata dia kalah lagi.
"Nak banyak boleh?" soal aku tamak. Sejujurnya aku memang
terbayangkan selori coklat bar kesukaan aku. Membayangkan itu
sudah cukup buat aku senyum sampai telinga.
"Kalau nak selori kena tunggu aku hantar rombongan meminang.
Kalau aku pergi pinang kau, kau terima?" soal dia pula. Tak
terjangka langsung. Hoi!
"Apa kata kau belanja aku dulu. Nanti aku fikir nak jawab apa.
Belanja aku tak?" soal aku lagi.
Dia angguk kepala. Bagus. Aku terus bangun, tarik tangan dia cepatcepat. Berat punggung betul. Tapi entah kenapa aku rasa adegan ini
pelik. Macam tak kena langsung dengan jiwa aku. Kenapa aku tariktarik tangan dia pulak ni? Haram bersentuhan antara lelaki dengan
perempuan. Ah, balik rumah kena samak!
Terus aku lepas tangan dia tanpa signal.
Terjatuh dia. Aku pandang dia yang mengerut muka sambil buat
muka tak bersalah. Aku jalan laju-laju mendekati tempat parkir
kereta. Aku nampak dia berlari-lari anak mendapatkan aku sambil
tersengeh-sengeh.

Menyampah!
Masuk je dalam kereta, dia hulurkan aku satu beg kertas. Ada
beberapa keping coklat bar Cadburry Black Forest di dalamnya.
Rasa nak melompat aku tengok hadiah yang tak disangka itu.
"Ini sebab aku kalah pertarungan tadi."
Aku diam tak cakap apa-apa. Puas hati betul aku menang tadi.

Good job, girl!


Aku rasa naik panas muka aku, tapi aku kan macho. Apa hal hilang
waras sebab satu beg coklat bar? Belum satu lori lagi. Relex je. Tapi
senyum macam dah kena gam dekat muka aku. Aku tak boleh tak
senyum sepanjang hari itu. Esoknya, aku rasa mulut aku macam
dah terkoyak sebab senyum. Heh, kalau setiap hari dapat hadiah
macam itu, kan indah!
Berangan.
Rasa bahagia datang entah dari mana tanpa sebarang undangan.
Ternganga mulut aku sampai ditegur mama. Zaf di halaman rumah
atas sebuah lori berhias. Ya, halaman rumah aku pagi ini jadi
dataran pameran kenderaan berhias. Macam ada majlis besarbesaran. Yang tambah pelik, Zaf di atas lori tersebut sambil
membaca surat khabar. Segak memang segak, tapi aku segan. Serasa
sebu darah naik ke muka.
Atas lori tersebut ada gerbang kecil, berbunga-bunga. Indah
hiasannya. Mawar merah dan putih. Di tengah-tengah ruang itu pula
ada satu meja kopi, lengkap dengan hidangan minum pagi. Zaf
berkemeja putih lengan panjang, berseluar slack dan bercermin
mata hitam tersenyum manis melipat surat khabar. Surat khabar itu
diletakkan di bawah meja kopi.
Ada tangga untuk aku naik atas pelantar lori tersebut. Tapi aku
berdiri sahaja di muka pintu rumah. Terkejut sampai tak mampu
mahu bergerak.
Aku lihat Zaf menuruni tangga itu, mampir ke muka pintu. Jelas di
hadapan mata dia meminta izin dari mama untuk menjemput aku
minum pagi di atas lori berhias tersebut. Mama tersenyum memberi
keizinan.

Sumpah! Aku termangu di situ tidak percaya. Mama pula ke dapur


meninggalkan kami. Aku membontoti Zaf ke atas pelantar lori. Ada
rasa debar dalam dada. Rasa mahu pecah.
Selamat Hari Lahir, sayang. Ucap dia.
Aku ternganga lagi. Mana dia tahu tarikh lahir aku? Alamak, malu!
Tiba-tiba aku rasa manis dalam mulut. Coklat. Zaf sumbatkan coklat
Cadburry Black Forest dalam mulut aku. Tuhan, kenapa debaran
dalam dada terasa sungguh kencang ni? Aku nak kena sakit jantung
ke? Aduh.
Debaran ini aku tahu maknanya. Bahagia tahap pertama. Tuhan,
mohon Kau panjangkan hayat bahagia ini.
Dan sehari itu kami menyulam langkah pertama sebagai kekasih.

- Dayya Dayyana

Sumpahan Coklat
Terlebih dahulu aku nak kenalkan diri aku sebagai Nini Alyani binti
Ghazali. Kawan-kawan aku semua panggil aku Nini Cokolat Celup,
Celup! Celup! Lantaklah, aku tak kisah pun. Aku ni tergolong dalam
kategori sebagai perempuan yang cantik sebab berkulit putih mulus,
hidung mancung,berbulu mata lentik, tinggi dan kiut bila buat muka
duckface. Ini semua terbukti sejak dari aku sekolah tadika lagi
sampailah ke universiti. Dari dulu sampailah sekarang ni, aku sendiri
tak boleh nak kira berapa ramai lelaki yang syok kat aku sampai
gaduh langsung putus kawan. Semuanya sebab kecantikan aku yang
mana kalau aku masuk dewi remaja, Neelofa pun tak jadi pengacara
Nona sekarang.
Aku memang cantik. Aku pesen perempuan yang jaga kesihatan,
jaga kecantikan dan yang paling aku jaga ialah bab pemakanan. Aku
bukan pesen perempuan yang suka balun makanan entah apa apa
lepastu menyesal makan banyak sebab berat badan dah menaik.Aku
jugak bukan pesen perempuan yang suka ke pasar beli makanan.
Walaupun aku jaga pemakanan aku, aku masih boleh kool dengan
macam-macam jenis makanan yang lain tetapi aku sangat benci
dengan coklat. Bagi aku coklat ni sejenis makanan paling
menyusahkan. Aku benci coklat seumur hidup aku!
Kebencian aku pada coklat bukan setakat macam anjing dengan
kucing. Aku tak boleh tengok orang makan coklat kat mana-mana
nanti aku akan otomatik buang coklat yang orang tu tengah makan
meskipun hanya gula-gula coklat. Aku juga pernah buang sebungkus
pek serbuk coklat bancuh adik aku punya yang baru dibeli. Waktu
tu aku melawat adik aku di hostel tempat dia belajar. Pendek kata,
aku dengan coklat ibarat George W.Bush dengan Osama bin Laden.
Aku bertuah sebab dapat tunang yang sangat faham perangai aku
yang tak suka dengan coklat iaitu Syam. Syam satu-satunya lelaki
yang menghormati kebencian aku pada coklat. Sepanjang
perkenalan aku dengan Syam, Syam tak pernah pakai baju berwarna
coklat bila keluar ke mana-mana walaupun kebencian aku hanyalah
pada coklat yang boleh di makan. Pernah satu hari, aku terjumpa
bungkusan coklat kit kat yang telah dimakan dalam kereta Syam
hingga mencetuskan pergaduhan besar antara kami yang mana aku

terus buat keputusan untuk membatalkan perkahwinan kami yang


akan berlangsung dalam waktu terdekat. Tapi disebabkan aku
sayang Syam gila-gila, aku menganggap keputusan tersebut adalah
keputusan acah mak enon.
Seperti terkena sumpahan coklat, kini dengan keadaan aku yang
mengandung muda aku terlalu mengidamkan coklat. Mindset aku ;
kalau makan coklat nanti kulit anak aku akan hitam hilang begitu
saja. Setiap kali makan, aku mesti minum air coklat sama ada panas
atau sejuk. Senang cerita tiap kali makan aku mesti nak ada coklat.
Aku pernah minta Syam bawa aku ke kilang coklat Willy Wonka
dan bukan itu sahaja, aku juga pernah suruh Syam berhenti kerja
sebagai arkitek dan memohon kerja di kilang Cadbury shah alam
seksyen 16.

- Yayahoo

Aphrodisiakal Seha
Seha sisir rambut ke belakang. Cekak segenggam, tarik meninggi ke
atas, simpulkan dan semat dengan pin.
Baiklah, sudah kemas terdandan.
Di dapur, di dalam periuk kecil , di atas api sederhana besar, sesuatu
sedang menggelegak.
Aroma semerbak harum mengulit persekitaran.
Seha rapikan alis, tepuk-tepuk manja buah pipi,
Wah, sudah naik seri. Sera senyum lebar. Manis macam madu segar
dari sarang.
Seha hayun pinggul montok ke dapur, matikan api.
Tuang isi periuk kedalam mangkuk kecil. Bawa ke dalam bilik,
berdiri di hadapan cermin.
Mula-mula Seha celup jari tengah yang runcing ke dalam mangkuk.
Coklat cair mengulit meleleh ke jari.
Sekarang Seha boleh mulakan.
Seha calit ke belakang tengkok, betul betul di bahagian anak rambut
berakhir. Sisi kiri dan kanan.
Lebihannya, Seha masukkan jari dalam mulut. Hisap dan hayati.
Celup semula jari tengah yang runcing ke dalam mangkuk.
Sekarang Seha calit secara melayang-layang ke dada. Tepat di
bahagian cenuram antara dua gunung indah bersatu. Di tengah
tengah.

Lebihan, sekali lagi, Seha masuk jari dalam mulut. Pejam mata.
Hisap dan hayati.
Celup semula jari tengah yang runcing ke dalam mangkuk.
Betul-betul 1 inci dari atas pusat, YA, Seha calit di situ.
Kemudian calit di pergelangan tangan. Kanan dan kiri.
Langkah akhir,
Celup jari tengah yang runcing ke dalam mangkuk.
Kali ini Seha biar terendam seketika.
Angkat, Seha calit pada bibir. Biar menutupi keseluruhan bibir
mungil.
Ah, sempurna sudah.
Sekarang mari lakukan ritual penutupan.
Seha tuang lebihan isi mangkuk itu ke atas hati Sang Adam yang
malam tadinya dia henyak dengan sepatu sehingga ajalnya
bertandang tetap.
Duduk dengan bersopan.
Seha mula makan.

- Qiez Medusa AR

Coklat Kiriman
Saya selalu perhati awak dari jauh.
Senyum awak, tawa awak. Memang kita pernah lepak sekali. Itupun
sekali. Sapaan pertama awak cukup memikat saya. Walaupun
sekadar Assalamualaikum.
Setiap kali nampak awak, saya tak pernah lepaskan walau sedetik
saat yang berlalu untuk menatap muka awak. Sungguh-sungguh.
Seperti takkan ada hari esok untuk saya lihat awak lagi.
Tapi haritu, hari yang buat saya rasa sangat sakit. Sakit sebab awak
terpaksa pergi jauh. Bukan kehendak tapi kerana paksaan takdir
untuk bawa awak pergi.
Saya redha.
Tiba-tiba datang kawan awak menghampiri dan beri saya satu buku
catatan berkulit warna coklat. Kawan awak kata, ini peninggalan
awak untuk saya. Buku itu cuma ada satu helaian bertulis. Saya tarik
nafas, dan baca :

Ke hadapan awak yang sentiasa bermanis muka semanis coklat, di


setiap hari awak memerhati saya dari jauh, di setiap itu juga saya
mengumpul rindu dan harap agar Tuhan rapatkan awak dengan saya.
Terima kasih pada kad ucapan yang awak beri tempoh hari Love
is like a box full of chocolate. Ye, saya dapat rasa manis itu. Tapi
awak, saya takkan pernah anggap awak macam coklat yang penuh
dalam kotak. Sebab saya tahu, lama-kelamaan coklat itu akan habis
dan manis itu akan hilang. Oleh itu, nah, saya parutkan kehilangan
pada hati awak, biar awak tahu betapa saya sakit menunggu awak
mendekati saya dan supaya awak tahu sakit ini juga yang saya rasa di
setiap kali saya melihat awak duduk dari jauh tanpa berbuat apa-apa
sedangkan awak juga tahu yang saya turut ada hati pada awak!!

- Nadia

Coklat Syiling
Uda : Dara
Dara : Iya?
Uda : Pernah tak kau rasa mahu tahu kisah bekas-bekas kekasihku
dan kenapa aku pilih kamu?
Dara : Tentu saja pernah.
Uda : Mengapa kau tak pernah tanya saja?
Dara : Khuatir. Khuatir ada luka yang kau tak mahu ingat.
Uda : *Senyum* Kalau aku mahu kisahkan sekarang, mahu kau
dengar?
Dara : Pastinya mahu.

Uda keluarkan sesuatu dari plastik yang di bawanya. Ada 4. Ada 4


jenis coklat di tangannya. Ferrero Roche, Hershey Kisses,
Toblerone dan beberapa keping coklat duit syiling. Pantas Dara
mengambil satu coklat syiling dari tangan Uda. Buka pembalut,
makan. Uda renung, senyum.

Dara : Kenapa?
Uda : Kenapa juga?
Dara : Eh, kenapa kamu tenung aku?
Uda : Dan kenapa kamu pilih coklat syiling ini?
Dara : Ada bezakah kalau aku pilih salah satu darinya?
Uda : Ada...kerana ianya jawapan kenapa aku pilih kamu sayang.

Uda senyum.
Uda : Sudah lama aku perhatikan kamu..kamu tahu? Setiap kalinya
aku bawa kamu ke kedai coklat, sudah banyak kali juga aku kata,
pilihlah sayang..pilihlah yang mana kamu mahu. Tidak kira berapa
kosnya. Kamu tetap pilih coklat syiling ini yang harganya hanya 20
sen saja banding yang lain.
Dara : Kerna ia kegemaranku..sudah ku bilang banyak kali bukan?
Uda : Iya tahu. Tapi bilamana aku beri kamu coklat lain, kamu tetap
makan juga dan tidak bertanya mana coklat syilingmu.
Dara : Kerana ianya coklat tetap coklat Uda..iya..rasanya lain-lain
juga tapi ianya tetap coklat. Cuma yang membezakan coklat itu
hanyalah jenama, rasa dan isi-isi dalamnya dan ya..toh dari mana
asalnya juga. Semakin jauh ia datang semakin tinggi harganya kerana
kos penghantaran yang bukan murah. Ahh..kenapa kita perlu bicara
tentang soal remeh ini deng?..apa ada perlakuan ku yang kamu tidak
suka lalu kamu sengaja gunakan coklat untuk buat aku tersindir?
Uda : Tidak sayang..aku menyenangi perlakuanmu dan ya
emangnya benar coklat ada kaitan dengan perlakuan mu tapi bukan
yang jelek dan cacatnya. Coma buat aku sadar aku bertuah, itu saja..
Uda buka Ferrero. Hulur pada Dara. Dara sambut. Masuk mulut.
Kunyah.
Uda : Apa rasanya?
Dara : Sedap. Ada kacangnya. Kacang juga kegemaran aku. Kamu
tahu bukan?
Uda : Tahu..dan ianya kegemaran kekasihku yang pertama. Begitu
juga Kisses dan Toblerone. Kegemaran kekasih kedua dan ketiga.
Bekas
maksudku...Katanya
Ferrero
menampakkan
kemewahan..Kisses pula ada unsur seksinya dan ada sedikit unsur
romantisnya..Toblerone pula..ya..ujarnya Toblerone itu di gemari
gadis yang suka lelaki yang tampak utuh hidup dan hartanya..tapi
kenapa kamu tidak mahu memilih ini di kedai coklat tempoh hari?

Dara : Kerna harganya yang mahal. Sama juga dengan Kisses dan
Toblerone. Aku gemar semua coklat, iya coklat dengan gadis tidak
punya jalan pemisah bukan? Tapi entah..mungkin kerna harganya
yang agak mahal mungkin..
Uda : Tapi aku yang membayarnya sayang bukan kamu...
Dara : Itu aku tahu..kamu mampu..tapi aku selalu meletakkan wang
kamu itu amat penting untuk kamu laburkan kepada orang tuamu
lebih dari aku sayang..aku ini cuma kekasih, manusia yang masih
belum menjadi tanggungjawab kamu. Tidak patut kau tuang segala
hartamu padaku melebihi orang tuamu yang seemangnya
tanggungjawab kamu untuk menghulur wang walau tidak di pinta
bukan? Nah..aku tahu kok, ia coma coklat, bukan barangan mahal
tapi aku sudah rasa bagaimana payah mahu kumpul wang jadi
bagiku walau sedikit, ia tetap wang. Dan ini...coklat...coklat sama saja
deng...tetap dari biji koko cuma ya selera kita yang selalu bernafsu
yang memilih kita untuk pilih coklat buatan murah atau mahal
walhal ia sama aja sih. Tetap coklat. Dan aku kira nyawaku tidak
akan mati jika tidak menelan coklat buatan tangan inggeris. Tidak
penting itu semua, yang penting ialah cara kita menghargai coklat itu.
Emang tidak salah kalau coklat berharga itu menjadi kegemaran tapi
bagi diri aku sendiri..biarlah aku menikmati coklat seadanya kerna ia
sama saja. Bukan jenama, bukan soal dari mana datangnya atau
martabat coklat itu aku cari tapi rasanya yang mendamaikan. Itu
sudah cukup..
Uda : Itu jawapannya sayang...itu jawapannya kenapa aku pilih
kamu..
Dara : Maksudmu?..
Uda : Jika gadis meletakkan coklat sebagai dadah penenangnya..bagi
aku..coklat itu aku letakkan sebagai lelaki..pelbagai warna..pelbagai
kulit..pelbagai bentuk dan pelbagai isinya..hati kamu yang melihat
sesuatu itu sama saja yang membuat aku pilih kamu. Kerna aku
tidak punya apa-apa sayang..tapi kamu menerima aku apa
adanya...apa adanya..dan aku harap akan menjadi coklat yang akan
selalu mendamaikan kamu..

Senyap. Tunduk.
Dara : Sudah tentu.
Senyum. Ambil lagi sekeping coklat syiling. Ya, coklat syiling.

- Lee Zha

Aku Tahu Kau Ingin Mencari Aku


Aku tahu apa kau nak dari aku, June meletakkan guni berisi
kulit kelapa yang diparut di atas lantai. Gadis itu mengelap peluh
yang merembes laju dari dahi ke leher jinjangnya. Ya, aku tahu kau
tak faham langsung apa cakap aku, tapi aku tahu apa yang kau nak
sampai mencari aku. June duduk di atas kerusi malas. Dia
menyeluk porchbag di atas meja. Diseluk-seluk kiri dan kanan.
Mana pulak aku letak bendalah ni.. Dah kau ni tak reti duduk ke?
Dasar hamfakari-hamrikah tak reti bahasa Melayu, Kasar June
menyuruh lelaki berseluar bunga-bunga, berselipar Fipper tanpa
baju itu duduk di hadapannya.
Lelaki itu kelihatan terpinga-pinga, melihat tiada satu apa pun
yang berupa kerusi di kawasan sekitarnya. Paling kurang pun, kerusi
seperti diduduki June. Tapi tiada. Apa yang dimaksudkan June
adalah duduk di atas kerusi parut kelapa yang terletak baik di atas
lantai berpasir. Dan dari ekor mata June, tahulah lelaki itu yang June
menyuruhnya untuk duduk beralaskan kerusi parut kelapa itu
sementara mencari apa sahaja yang dikehendakinya daripada June.
Kau dapat info dari mana ni sampai ke sini cari aku? June
letakkan bungkusan di tangan. Lelaki itu nampak gembira apabila
melihat bungkusan di celah-celah jemari runcing June. Not so fast,
dude. Now, tell me, June sembunyikan bungkusan ke dalam kocek
seluar baggynya seraya bangun. Where did you get the info about
me? June ambil guni yang terletak menyandar di kolum rumah
kayunya dan mengangkat penuh kudrat dibawa ke bahagian bawah
rumah yang paling dalam. Tertunduk-tunduk dia. Dia beri arahan
kepada lelaki kulit gelap yang digelarnya lelaki hamfakari-hamrikah
untuk terus duduk di situ. Tidak mahu diganggu melakukan tugasan
harian satu hal, tidak mahu bertanggungjawab jika lelaki yang tinggi
hampir lebih dua kali badannya itu terhantuk kepala satu hal. Did
you hear me? Laung June. Lebih kasar dari tadi.
Serba salah lelaki hamfakari-hamrikah menjawab, I dunno
shit girl, that malay dude with suits told me to find ya. If I wanna get
high.

Barnin tu? I mean, that Barnin guy? June tersengih lucu.


Macam-manalah mamat hamfakari-hamrikah ni boleh kenal dengan
Barnin. Siang malam berbaju melayu, suit penuh, ke mana-mana.
Mungkin bagi Barnin setiap hari adalah hari Jumaat. Hari penghulu
hari di mana harus diraikan setiap hari. Tapi kalau dah setiap hari
penghulu hari dirai, dah tak nama penghulu harilah jadinya nanti.
Jyeaa. Barnin. I forgot his name, but I think Barnin sounds
right, lelaki hamfarika-hamrikah menjawab. Juga tersengih-sengih
mengikut sengihan June.
Did you know how irony that is? Looking at you, want this?
Real bad? June bertanya lagi. Selesai guni diletak di penghujung
sudut bawah rumah, dia merapati lelaki hamfakari-hamrikah dan
ambil tempat duduknya semula. Sambil berbaring malas di atas
kerusi malas, dia mengunjukkan bungkusan plastik di tangannya.
And this is what I got left, June menjelaskan lagi.
Mata lelaki hamfakari-hamrikah bersinar-sinar melihat
bungkusan di tangan June. June ketawa terkekeh-kekeh melihat
reaksi lucu lelaki hamfakari-hamrikah. June letakkan bungkusan itu
di celah kangkangnya. Lelaki hamfakari-hamrikah telan liur melihat
bungkusan itu diletakkan di tempat sulit gadis di hadapannya.
Mungkin suara hatinya berbunyi, Nokhorom budak melayu
ghambut keghinting ni. Aku ghogol hang nanti baghu hang tau langit
tinggi ghendah. Mau ghobek puki kecik hang tu. Begitulah
bunyinya suara hati lelaki hamfakari-hamrikah yang penuh pekat
kerana dia berasal dari selatan hamfakari. Dan kemudian berpindah
pula ke utara hamrikah. Justeru telor bahasanya sangat berlainan
dari bangsa-bangsanya yang bermastautin di utara hamrikah dari
kecil.
Come on, dude. If youre staring at me like that, Im afraid
somebody gonna get hurt real bad, June tersenyum sinis dan
mengambil kembali bungkusan di celah kangkangnya dan diletakkan
di atas meja. Dijentik bungkusan itu merapati lelaki hamfakarihamrikah. You seem like a nice guy. What is your name?
Derek. Derek Morgan. Lelaki hamfakari-hamrikah
terjeling-jeling bungkusan di atas meja. Dekat, tetapi tidak dapat
dicapai tangannya.
Maigooddddd! Dont tell me youre the guy from Criminal
Minds? And I thought it is just my mind that your face look really
familiar.. June bangun mengejut dan terloncat-loncat kecil gembira.

Alright then, Derek. Theres a little trivia to you, before you get this
package, for real.
Shoot.
What is my name?
June.
And my nickname?
Hershey.
Did you know what is in the package called?
Shit.
What did you said just now?
Shit.
Pardon me?
Shit.
No, really. I really cant hear you.
SHIT! That stuff is called SHIT!
Good. And what is it made of?
Err.. I dunno.
SHIT, you fucking moron!
Really?
No, Im just kidding. Youre an idiot after all, heheh.
Are all the trivias done?
Last question.
Alright. Im ready.
How are you going to eat that?
Seriously? I have to answer that?
Just answer. This is the best part that I love.
With my mouth. And yours.

Good boy, Derek. You are such a good boy. June buka
bungkusan plastik dan bertih-bertih berwarna coklat dimasukkan ke
dalam mulutnya. Keras, digigit lumat. Naahooow.
Lelaki hamfakari-hamrikah bernama Derek Morgan terus
meluru laju tanpa menunggu merapati June dan mencumbu gadis itu
seperti tidak pernah bercumbu selama ini. June merapati tubuhnya
serapatmungkin ke tubuh Derek. Lelaki itu ingin meletakkan
tangannya di buah dada June, tetapi June dengan segera menampar
tangan lelaki itu. Matanya sempat menjegil dan dahinya berkerut
rapat. Akan tetapi ditariknya lengan Derek supaya memeluk dirinya
seerat mungkin. Dada bertemu perut. Tak semena-mena, Derek
kejang. Dia terundur-undur dalam kekejangannya seperti terkena
renjatan elektrik. Dalam masa yang sama, nafasnya mendengusdengus seperti badak sumbu menghembus air dari hidungnya.
Derek kemudian terduduk di atas lantai berpasir, lalu terbaring
secara otomatik. Sambil tersenyum bahagia. That is really some
good shit. Kelihatan tompokan basah di celah kangkang seluar
bunga-bunganya.
Dengan selamba June duduk di atas kerusi malasnya,
mengelap pipi dan bibirnya yang dilumuri warna-warna coklat,
seraya berkata, That is what legend calls Hersheys Kisses.

- M. Faiz Syahmi

- Luc Abdullah

Secangkir cairan coklat yang hangat aku hirup.


Aroma gembira menerobos ke rongga.
Dosej gembira buatkan jiwa aku tertari ria.
Kau.
Kenapa kau berduka?
Mari!
Dunia masih berseni.
Kita ubatkan luka hati!
Ronyok lempar bala membungkam rasa!
Hari ini, kita sama sama.
Senyum.
Dan terbang dalam masalah yang membebati diri.

Secangkir Coklat, Comek

Anda mungkin juga menyukai