Anda di halaman 1dari 3

TEKS MONOLOG

Ibu, Ayah…. Maafkan aku……


Andai masa boleh diputar, sudah boleh aku betulkan keadaan. Tapi sayang, itu tak mungkin
berlaku. Ibu sudah berada di negeri abadi. Teringat peristiwa 10 tahun lalu, ketika jiwa mudaku
sentiasa memberontak. 
Aku: Ibu. Mana ayah? Kakak nak keluar jumpah Dayah. Jangan cakap tak boleh. Kakak dah
bosan di rumah. 
Ibu : Tak perlulah. Duduk di rumah, tolong ibu, banyak benda boleh buat. 
Aku dah agak ayat ibu. Itu sajalah modal tak bagi aku keluar. 
Aku: ala, bolehlah ibu. Kakak keluar kejap saja dengan Dayah. Nanti kakak baliklah. 
Ibu: tanya ayah. Ibu tak tahu. 
Aku tahu aku perlu mengadap ayah. Sia-sia saja bercakap dengan ibu minta izin untuk keluar.
Serabut otakku berfikir cara yang paling senang untuk minta izin ayah. Ayahku pendiam tetapi
garang. 
Aku pergi ke ruang tamu, lihat ayah sedang leka membaca surat khabar melalui telefonnya.
Sekarang dah maju. Surat khabar atas talian. 
Aku: ayah… boleh kakak keluar sekejap? Jumpa Dayah. Nak pergi makan-makan
Ayah: tak cukup ka makanan dalam rumah ni? Sampai nak kena jumpa orang makan kat luar?
Tanya ayah
Aku: tak… kakak bosanlah kat rumah. Dah tepu otak kakak tak tahu nak buat apa. Boleh lah
ayah. Kakak keluar sekejap saja. Bukan lama pun
Ayah: tak payah.
Ayah: kakak, ada sebab kenapa ayah tak benarkan. Kakak kena faham.
Aku: tak, sekarangni kakak tak faham, kenapa ayah susah sangat nak bagi kakak keluar?
Bukan kakak nak pergi jauh pun. Kakak cuma nak jumpa kawan saja. Ayah ibu asyik sibuk buat
hal sendiri. Bosanlah.
Suaraku makin meninggi. Aku luahkan segala terbuku dalam hati.
Ayah: baik, ayah izinkan. Tapi kalau berlaku apa-apa kakak kena bertanggungjawab. Jangan
menyesal nanti
Ibu: kakak balik awal sikit ya. Ibu tak sihat lah. Rasa pening kepala, sakit dada.
Aku: ya ibu. Kakak pergi kejap ja. Bukan lama pun. Ibu duduklah rumah. Rehat. Tak payah la
sibuk nak siapkan tempahan kek tu.
Seusai bersalaman dengan ibu ayah. Aku sempat menoleh ke wajah ibuku. Memang pucat
benar mukanya. Ibu terpaksa ambil tempahan kek sebagai kerja sampingan. Bukan tak cukup
gajinya sebagai akauntan. Tapi dek kerana pandemik melanda. Hampir semua sektor lumpuh.
Ayah juga jadi pemandu e-hailing sebagai kerja sampingan. Tapi aku bersyukur setiap
keinginanku. Mereka pasti penuhi.
Aku menaiki grab untuk ke rumah Dayah. Sabtu depan hari lahir ibu. Boleh lah aku beli siap-
siap hadiah kat sini. Tapi fikiranku selalu teringat pada ibu. Ahh… semoga ibu baik-baik saja.
Aku keluar kejap saja. Bukan lama. 
Kami bercadang nak menonton wayang. Lama betul tak ke panggung wayang selepas
pandemik ni. Tanpa menunggu lama kami membeli tiket dan masuk ke panggung. Sebelum
filem bermula. Aku membuka telefonku, banyak mesej daripada ibu. Macam-macam pesanan
ibu hantar. Pelik, aku hanya membalas ‘baik’ sahaja atas segala pesanan ibuku. Aku terus
mengubah pengaturcaraan telefonku kepada mode senyap. Tidak mahu gangguan. 
Ceritanya agak tenang.. Selepas menonton wayang, Dayah mengajakku makan. 
Semasa makan, tiba-tiba telefon Dayah berdering. Dayah terkejut apabila nombor ayahku
terpapar di skrin telefonnya. Aku rasa tidak sedap hati. Baru aku teringat telefonku berasa
dalam mode senyap. Lantas Dayah memberi telefonnya kepadaku. Aku menjawab panggilan
itu. 
Ayah: Assalamualaikum Dayah. Pak Cik ni. Syaida ada dengan kamu? Boleh pak cik cakap
dengan dia? Dah banyak kali pak cik telefon dia. Tak berjawab. 
Aku: Waalaikumussalam ayah. Kakak yang bercakap ni. Maaflah telefon kakak dalam mode
senyap. Kakak tengah makan ni. 
Ayah: kakak, balik sekarang. Ibu jatuh bilik air ni. Ayah dah rasa denyutan nadi, tapi takda.
Ayah tunggu doktor dan ambulan datang
Aku: Allah. Okay kakak balik sekarang.
Sampai di rumah, jiran-jiran berada di luar rumah. Aku takut. Firasat dan otakku meluahkan
perkara yang sama. Ah tidak. Bukan. Ibu selamat. 
Ayah: kakak, ibu dah takda. Ibu jatuh bilik air tadi. Ayah tengah tolong ibu siapkan tempahan
kek. Ibu cakap ibu nak rehat. Letih. Tapi tak sangka ibu pergi. 
Aku terduduk. Air mataku deras mengalir. Apa ini mimpi? 4 jam lalu ibu masih ada. Sekarang?
Kenapa ya Allah. Aku dah tak dapat jumpa ibu? Aku buka semula mesej ibuku. Benarlah segala
nasihatnya petanda ibu akan pergi. Kenapa ibu? Siapa nak jaga kakak? Ayah?
Ibu…… ibu…. 
Aku kehilangan kata-kata. Belum sempat kami menyambut hari lahir ibu. Allah lebih sayangkan
ibu. Sempat ibu buatkan kek untukku. Kek coklat kegemaran aku dan ayah. Itulah peninggalan
terakhir ibu sebelum pergi menghadap Illahi. Aku juga belum sempat memberi hadiah kepada
ibu. Aku gigih memilih tudung Ariani kepadanya. Cantik. Tapi apakan daya. Maafkan aku, ibu
ayah.

Anda mungkin juga menyukai