Anda di halaman 1dari 4

Kisah yang aku nak kongsikan kali ini berlaku kira-kira 10 tahun dulu ketika aku

belajar di sebuah institut pengajian tinggi. Ini kali pertama aku jejakkan kaki ke
hostel setelah sekian lama tinggal dengan mak ayah sampai habis SPM.

Bila dah pertama kali, semua benda kena buat sendiri seperti membasuh baju,
gosok baju dan kemas bilik. Biasanya kat rumah mak buatkan.

Blok asrama yang aku duduk ketika tu berbentuk segi empat. Ada Wing Utara,
Wing Barat, Wing Timur dan Wing Selatan. Bilik aku berada di tingkat dua wing
timur. Bilik numbor 6. Aku suka bilik tu sebab bila bangun pagi buka tingkap,
nampak gunung berkabus tak jauh kat sana.

Gunung yang cukup popular kat Malaysia dengan kisah lagendanya. Tidak jauh
dari bilik aku, adalah bilik no 4 yang sering menjadi perbualan hangat penghuni
blok tu ketika itu. Sebab apa? Sebab bilik nombor 4 ini sahaja yang tak ada
penghuni. Dikosongkan.

Kemudian diletakkan tanda “surau” diatasnya. Dan tak pernah langsung


digunakan sebab masjid tak jauhpun dari kolej. Macam-macam spekulasi pasal
bilik tersebut di bawa dari satu mulut ke mulut.

Aku jenis yang senang tidur. Lepas isyak je confirm aku tidur, lepas tu tengah
malam mula lah terjaga. Hampir setiap hari macam tu dah jadi macam rutin.
Bila tengah malam terjaga, aku biasanya akan study, basuh baju ataupun gosok
baju.

Pada tahun aku tu, pihak kolej mengharamkan seterika sendiri di bawa ke
hostel. Hanya boleh gunakan seterika yang disediakan oleh pihak kolej sahaja.
Setiap blok asrama setiap tingkat memang ada bilik pantri khas untuk gosok
baju dan masak air panas.

Tapi masalahnya budak-budak blok aku ni jenis malas nak ke pantri. So, adalah
yang gatal tangan ambik seterika tu dengan papan alas tu bawak ke depan bilik
masing-masing.
Depan bilik ada plug soket tu. So, aku pun merantau la cari dan rupa-rupanya
salah satu seterika ada dekat depan bilik no 4 tu. Malas aku nak cari yang lain,
aku guna je seterika tu.

Tengah aku gosok baju kemeja aku, tiba-tiba aku dengar pintu bilik no 4 tu
kena ketuk dari dalam. Kuat dan jelas. Mencarut kuat aku ketika tu. Tapi aku ni
jenis separuh berani. Separuh je la. Separuh lagi kalau ada benda muncul
memang aku pecut terus la.

Aku pikir gosok baju tu lebih penting jadi aku teruskan la menggosok. Bam!
Bam! Sekali lagi pintu tu kena ketuk dari dalam. Masa ni aku dah mula cuak.
Jantung memang laju gila dub dab dub dab. Aku pandang dekat bawah pintu,
aku nampak ada cahaya lampu.

Masa tu aku terpikir, maybe ada orang kot. Entah camane aku boleh pulak duk
melutut nak telek apa yang ada dari bawah pintu tu. Mengucap panjang aku
bila aku nampak ada mata tengah pandang aku jugak. Selepas tu jugak ada
darah memercik keluar dari bawah pintu tu, mengalir keluar banyak.

Aku dah tak boleh tunggu lagi. Aku capai semua baju aku yang tak siap gosok
lagi. Seterika tu pun aku tak tutup suis. Terus aku berlari masuk bilik. Humban
baju aku atas kerusi. Aku lompat naik atas katil, berselubung bawah selimut.

Esoknya aku demam. Nak bangun pergi klinik ambik mc pun aku tak larat. Aku
ceritakan apa yang berlaku dekat budak bilik aku je. Seminggu berlalu aku
terus jadi budak popular kat blok.

Cepat betul cerita tersebar. Kemudian, mulalah keluar pelbagai cerita dan
pengalaman dari budak blok tu yang terdengar macam-macam bunyi. Dari bilik
nombor empat setiap tingkat yang berbeza.

Kalau pandang ke arah blok dari luar pada waktu malam, memang boleh
nampak bilik no 4 di tingkat 1,2,3 dan 4 tidak berlampu dalam satu baris dari
atas ke bawah. Tapi, entah kenapa pada suatu malam tu, semua bilik tu
berlampu.
Aku baru balik dari bilik kawan aku di blok sebelah masa tu. Bila aku pandang
ke arah blok, aku assume bilik tu digunapakai. Tapi, bila aku lalu depan bilik tu,
nak ke bilik aku, aku tengok ke bawah pintu, tak ada cahaya lampu pun. Gelap
je.

Baru je aku nak menapak masuk ke dalam bilik, satu jeritan yang sungguh
nyaring macam pompuan menjerit tu, kedengaran dari dalam bilik no 4 tu.
Sambil itu, pintu bilik tersebut diketuk-ketuk dari dalam.

Aku ingatkan aku je yang dengar, ramai penghuni bilik lain keluar tengok apa
yang terjadi. Termasuklah budak bilik aku. Masing-masing pandang ke arah
bilik no 4 tu. Budak bilik no 3 awal-awal lagi berlari keluar menjauhi bilik
tersebut sebab mereka antara yang paling dekat.

Yang lebih memeranjatkan bilik no 4 di tingkat 1, 3 dan 4 pun berlaku benda


yang sama juga. Ada jeritan dari dalam dan pintu diketuk-ketuk dengan kuat.

Tak lama selepas itu, warden asrama datang bersama-sama seorang ustaz dan
beberapa anak buah dia. Warden mintak kami semua berkumpul di dataran
bawah di tengah-tengah blok. Masa ni kami dapat dengar macam-macam
bunyi. Bunyi menjerit di tingkat 3.

Bunyi mengerang di tingkat 2. Bunyi orang berlari di tingkat 1. Bunyi ustaz baca
ayat kursi kuat-kuat kat tingkat 2. Bunyi-bunyi tu pulak sekejap arah sana,
sekejap arah sini. Al-quran yang ada kat tangan masa tu dah tak termampu nak
baca sebab takut sangat.

Lama juga la pertarungan tu berlaku. Kira-kira jam 3 pagi barulah semuanya


berjaya dibersihkan. Setelah beberapa hari kejadian, barulah kami dapat tahu
bahawa ada benda yang menghuni bilik no 4 tu. Setaip aras ada penghuninya.

Penghuninya tak suka diganggu. Pelajar pula suka buat bising, nak nak kalau
waktu malam. Ada perjanjian dah dibuat antara tuan tanah kolej tersebut
dengan benda asal tempat tu, sebab itu bilik tu dikosongkan. Ada student yang
main spirit of the coin dalam bilik no 4 di tingkat 4. Sebab tu benda tu
mengamuk.
Lepas kejadian tu, pelbagai lagi siri seram bilik no 4 berlaku dekat kolej tu.
Kalau bukan blok aku tu, pasti berlaku kat blok lain. Kolej tu ada 6 blok asrama
semuanya.

Semuanya ada 4 aras. Semua aras bilik no 4 nya dikosongkan. Itu perjanjian
antara tuan tanah dengan puteri. Siapa puteri tu? Sampai sekarang ianya
masih menjadi misteri.

Anda mungkin juga menyukai