Anda di halaman 1dari 3

Bilik Sewa Berhantu

Blog Hidup: http://hidup.my/ms/2016/01/11/bilik-sewa-berhantu/

Pada awalnya seronok betul melihat pilihan-pilihan bilik sewa yang tersedia. Rambang mata,
harga baik, bilik sewa dekat lrt, nak pergi shopping pun dekat, parking pun senang, dalam
gambar cantik betul, macam dalam drama petang-petang tengok bilik sewa dalam internet.
Sampai hari, hubungi orang yang menyewakan bilik tersebut. Dapatlah berjumpa dengan tuan
rumah. Jumpa tuan rumah, gayanya baik, seronok tak sabar nak masuk. Maklum la, sebulan
lebih cari bilik sewa, sikit punya payah, dapat pula bilik sewa idaman, housemates pun
sempoi-sempoi.
Hari pertama pindah barang, ada seorang sahaja housemates, yang lain pergi kerja. Bawa
kawan seorang teman alih barang. Takde apa-apa pun, okay, perfect. Sudahlah cantik, ada
bilik air private pula tu! Semua serba lengkap. Bilik tu pula overlooking taman di hadapan
rumah. Dari tingkap tersebut, boleh nampak sepohon besar merendang di taman, lagi
ditengok lagi menangkap. Rasa permai je. Jam menunjukkan 4 petang. Barang pun sudah
habis diangkat, kawan pun pulang. Dapat enjoy katil seorang bergolek-golek. Syok!
Telefon berbunyi, whatsapp dari ibu bertanyakan khabar. Terkejut tengok jam menunjukkan
jam 7.20pm. Pening kepala dibuatnya, kan orang tua-tua dah pesan, jangan tidur lepas asar,
bangun ketika maghrib tu tak elok! Ahhh serabut. Ok, elok juga kalau sekarang mandi dan
solat maghrib, selepas solat maghrib boleh telefon ibu dan update bagaimana keadaan bilik
sewa baru dan selesa ni! Tak sabar rasanya. Pukul 7.30pm dah ni. Rasa nak tinjau di luar jumpa
housemates, bunyi riuh diluar, mesti dah balik kerja masa-masa ni. Fikir-fikir balik,
kemudianlah, mungkin diorang pun letih baru balik dari kerja, kita pula menggeletis nak
bersembang. Kemudian mungkin.
Selesai mandi dalam bilik air private tu dan mengemas almari dalam bilik sewa idaman, lapar.
Alamak, macam mana ni. Keluar sebentar dari bilik dan cari housemates lain, mana tahu
mereka pun lapar dan tunggu orang ajak makan. Bila dah keluar, naik atas, turun bawah, takde
orang. Aih, pelik, tadi aku dengar riuh. Ketuk pintu bilik seorang yang tak bekerja tadi. Ketuk
punya ketuk, tak keluar. Aku pasti aku dengar bunyi dari bilik dia tadi sebelum mandi. Hmm,
pergi makan kot, kata pada diri sendiri, yelah, sedapkan hati.
Sunyi betul rumah, mana semua orang?! Takkan berdesup keluar? Nak makan dengan
boyfriend, takde, nak makan dengan kawan, kita pun baru sampai KL nak bekerja. Makan
seorang diri la jawabnya..Nak makan kat mana pun tak tahu. Kawan tadi yang tolong hantar
barang pula keluar dengan boyfriend. Takpe la, belasah je, makan sendiri. Ok, dah siap pakai
tudung! Masa nak kunci pintu, dengar bunyi orang berborak kat dapur. Baik, jangan layan la
perasaan, 8.20pm takkan hantu nak masak meggi kot. Buat tak tahu je la. Siap masuk kereta
dan nak pergi makan, kereta didepan sekali. Buka lampu headlights, suluh tepat ke sliding
door rumah..
Cantik langsir dekat sliding door tu. Tak sangka pandai decor budak rumah sewa aku. Aku
undurkan kereta dan melihat ke arah cermin sisi belakang, sepintas lalu dalam masa yang
pantas kelihatan kelibat seperti anak kecil berada di pagar sedang memerhati tepat ke arah
aku, putih mukanya berpakaian kusut dan matanya hitam kemerahan seperti kemarahn.
Tiada apa yang terungkap dibibir aku ketika itu selain istighfar. Aku tenangkan diri dan
memandang bawah, kata kepada diri sendiri bahawa apa yang aku lihat itu hanyalah mainan
perasaan. Tak mungkin bilik sewa aku berhantu.
Turun sebentar selepas mengundurkan kereta dan aku terus tutup pagar, memang tak berani
pandang ke arah rumah yang hanya bersuluhkan lampu di garaj. Sepanjang masa ketika aku
di kedai makan, terfikir sama ada nak bungkus atau makan disitu. Bungkus makan
dirumah?makan sorang-sorang? Terima kasih, lain kali mungkin. Dari mula sampai ke ketika
ini aku cuba yakinkan diri yang apa yang aku nampak hanyalah mainan perasaan. Bunyi cliche?
Mungkin, tak terjadi kepada diri anda.
Sampai di rumah, tengok ada dua buah kereta lain dah ada. Yeay, housemates dah balik.
Masuk dan beri salam, mereka semua ada diruang tamu. Dapat lah berbual sebentar dan
kenal-kenalan. Sebelum habis perbualan dan aku nak naik, aku berkongsilah dengan mereka
tentang apa yang aku terlihat dan bertanya sama ada rumah ni memang keras. Jawabnya
mudah sahaja, Aih, belum apa-apa lagi kau dah pelik-pelik?. Aku sengih dan membalas,
Takla, kalau ada apa-apa, bagitahu la, aku ni lemah semangat. Mereka cuma ketawa.
Naik semula ke bilik sewa, selesai solat isyak aku layan movie sekejap. Biasa lah, duduk bilik
sewa, sorang pulak tu, nak buat apa lagi? tengok movie la tak pun layan whatsapp. Nak
whatsapp siapa je lagi, boyfriend pun takde. Mujur rumah sewa ada internet. Seronok harini
dapat movie dan follow balik running man.
Jam 1230am, aku terjaga. Aduh, tertido! Merepek betul, terjaga lah pukul 530am, boleh
mandi terus pergi kerja, masa-masa ni pula nak terjaga. Teringat pula kelibat anak kecil aku
nampak didepan. Aku istighfar. Aku yakinkan diri semula. Nak letak kaki bawah katil pun takut.
Cakap kat diri ni, bilik sewa aku tak berhantu, bilik sewa aku tak berhantu, aminnn. Aku pergi
ke tandas dan aku dengar keadaan diluar memang sepi. Nak selak langsir tengok taman
depan? minta simpang malaikat 44. Takde makna. Fuh, dapat juga selesai di tandas. Basuh
kaki kejap.
Aku keluar dari tandas untuk sambung tidur. Sayup dengar tangisan anak kecil. Main perasaan
lagi dik? main jauh-jauh tak boleh ke. Sekarang aku tak tahu nak buat apa. Apa mungkin aku
lakukan. Aku baca ayat kursi. Duduk diatas katil dan terus baring. Aku terkapai-kapai dan tak
tahu nak buat apa. Takkan aku je dengar. Aku tak puas hati, aku bangun dan aku keluar dari
bilik gagahkan diri dan ketuk pintu housemate. Lantaklah, tengah tidur ke apa ke, sekarang
dari bilik sewa aku boleh dengar tangisan budak, takkan kau tak dengar. Mujur dia masih
berjaga. Aku tanya dia, Mel, kau ada dengar tak budak nangis tadi. Aku dengar macam datang
dari bawah. Apa kau ni, masa-masa macam ni,budak nangis lah apa lah. Tak habis lagi ke?.
Aku senyap dan aku terus balik ke bilik.
Kenapa aku sahaja dengar? Kenapa orang lain tak dengar? Aku teringat kata kawan aku, orang
lemah semangat ni, biasa benda tu suka dan biasanya dia pilih siapa dia nak ikut. Si kecil ni
suka pada aku ke? Apa yang boleh aku buat? Aku paksa diri tidur, pasang alunan ayat suci
dengan harapan dapat tidur. Esok kerja, kena bangun pagi. Macam mana aku nak hadap hari
esok?

Anda mungkin juga menyukai