Anda di halaman 1dari 2

Perkara-perkara yang tidak harus dilakukan di

rumah sewa
Blog Hidup: http://hidup.my/ms/2016/01/21/perkara-perkara-yang-tidak-harus-dilakukan-
di-rumah-sewa/

Terma yang digunakan ketika kita duduk di bilik sewa adalah menyewa. Jadi sekiranya kita
menyewa, ini sudah tentu membawa erti yang sangat jelas bahawa hartanah tersebut adalah
bukan hak milik kita untuk digunakan sesuka hati. Menyewa bilik atau menyewa rumah
memerlukan kita untuk menjaga etika-etika ketika menyewa. Garis panduan menyewa
baisanya telah diberitahu awal-awal. Ya betul, kita telah membayar deposit, tapi tak
bermakna deposit tu kita nak bagi lebur macam tu sahaja dek kerana kerosakan yang anda
sendiri buat keatas bilik sewa tersebut.
Analogi ceritanya seperti ini. Anda ada RM200 dalam poket ketika dalam perjalanan menuju
ke Johor Bharu dari Kuala Lumpur, RM50 buat belanja beli makanan, ada lebih RM150 anda
simpan, ya mungkin untuk kegunaan-kegunaan lain. Jika anda nampak speedtrap, adakah
anda mahu kena saman dengan polis setelah kereta dilaluan bertentangan memberi lampu
tinggi amaran ada speedtrap dihadapan? Anda nak leburkan RM150 anda begitu sahaja,
semata-mata kerana anda ada RM150 untuk membayar saman? Tak bukan? Jadi lebih elok
kita mematuhi apa yang ditetapkan oleh tuan rumah.Ini juga termasuk dengan spesifikasi lain
yang memenuhi kehendak tuan rumah tersebut. Jika tuan rumah tersebut pada pandangan
anda teramat tidak masuk akal syarat-syarat yang diletakkan seperti tidak boleh tidur di ruang
tamu, atau tidak boleh buka air untuk mandi, cari sahajalah bilik sewa lain.
Disini kami perhatikan ada beberapa syarat yang mungkin dikenakan oleh tuan rumah atau
tuan tanah yang barangkali menyewa atas sewa (Sublet)
(1) Dilarang memaku
Ini adalah antara paling asas yang dilarang ketika kita sewa bilik. Secara logiknya, apa-apa
yang dipinjamkan pada suatu harga atau pun tidak perlualah dipulangkan kembali pada
bentuk asalnya. Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak ,tetapi logiknya jika anda juga
seorang Tuan Rumah, anda tidak mahu kos tambahan untuk menampalkan semula setiap
tempat yang dipaku itu. Apatah lagi jika paku yang digunakan , bapak besar. Berlubang luas,
dan anda kemudian tidak lagi tinggal disitu. Kalau pandai memaku tu satu hal, ini retak dinding
tu terus. Siapa nak bayar? Nak lebur duit deposit? Rugi tu..
(2) Dilarang membawa balik lelaki/perempuan ke bilik sewa
Ya betul, sekarang ini sudah trend membawa balik lelaki ke bilik sewa. Bukan hal kami untuk
memberitahu apa yang betul dan apa yang salah pada pokok pangkal kehidupan di Malaysia
itu adalah hak mutlak keputusan dan penilaian anda sendiri. Namun begitu, jika telah
diberitahu oleh tuan rumah, jangan membawa balik pasangan ke bilik sewa bagi yang berlum
berkahwin, ada baiknya jika kita mengikuti sahaja apa yang telah digariskan. Dimana pada
pandangan kami, tuan rumah telah melakukan tanggungjawab beliau untuk mengelakkan dari
perkara tidak diingini dari berlaku. Bukan itu sahaja ya, mungkin ada housemates yang tidak
selesa dengan perbuatan anda!
(3) Membawa masuk lebih individu dari sepatutnya
Ada juga kes yang pernah kami dengar. Sewa dibayar untuk seorang, tetapi yang duduk
didalam bilik itu 2 orang. Ini juga menyukarkan bagi roommate. Bagaimana jika bilik itu
sepatutnya pada asal dikongsi antara dua orang bersama roommate yang sah, anda
membawa masuk seorang lagi untuk tinggal bersama. Jika untuk sehari dua tak mengapa,
tetapi ini untuk jangka masa yang panjang lebih dari sebulan. Lantas akan menimbulkan
perasaan tidak selesa bagi roommate dan apatah lagi jika sampai ke pengetahuan tuan
rumah.

Anda mungkin juga menyukai