Anda di halaman 1dari 3

KAKITANGAN KERAJAAN PALING RAMAI MUFLIS, KENAPA?

Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di
mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki. Ramai juga dalam proses nak diistiharkan muflis
dan ramai juga yang hidup dibebani hutang. Nak kata orang kerja kerajaan gaji tak cukup,
mustahil sangat, cukup sangat, alhamdulillah, syukur.
Mengejutkan
Wahhh... ramainya, itu baru tahun 2009, tahun 2010 pulak ? Pasti belum dapat dikemaskinikan
data itu, tapi tak mustahil kalau meningkat. Kalau setahun dalam seribu orang, kalau dalam 10
tahun kebelakang tentu jumlahnya hampir 10,000. Mesti ada juga yang dah pencen tapi hidup
tak tenteram disebabkan muflis ini.
Tak mustahillah angka ini, dalam kehidupan ini penuh cabaran dan ada jatuh bangunnya. Jadi
kita perlulah berhati-hati dalam berbelanja. Dalam ceramah saya tempohari, saya cerita yang
hidup ini umpama roda, ada masa senang, ada masa susah. Masa senang seperti harga getah
dan sawit yang tinggi ini, hendaklah kita beringat, simpanlah di Tabung Haji ker, ASB ker, bawah
bantal pun boleh.
Untungkah Beli rumah ?
Ramai orang kita bila ada duit banyak sikit, mulalah beli rumah sedangkan kalau tak beli rumah
pun tak apa, boleh sewa. Orang kerajaan boleh dan mudah buat pinjaman, maka mereka suka
beli rumah ikut kelayakan pinjaman yang dia layak, bukan ikut kemampuan bayaran bulanan dia.
Maka berceritalah sama-sama kawan sepejabat dengan bangganya dia ada rumah.
Kalau ada duit lebih sikit, tak tahan lama. Dibuatnya ubahsuai, ada tambah depan, ada tambah
belakang selagi ada tanah rapat ke longkang. Dalam rumah pun nak buat cantik-cantik, pasang
apa itu istilahnya lupa pulak saya, yang kat syiling atas tu, oh yer, 'konis'. Ramai juga isteri yang
selalu pujuk suami buat ubahsuai kalau ada duit, lebih lagi isteri tahu suami dapat bonus dan
naik pangkat sikit. Buat ubahsuai pulak tu sampai habis duit terhenti sebulan dua sebab duit
habis, lepas tu sambung balik.
Ada orang beli rumah tetapi lebih merugikan kalau rumah jauh dari tempat kerja, habis duit
minyak banyak. Ada beberapa orang tu, dulu bekerja di Kluang kemudian kena pindah ke Batu
Pahat. Oleh kerana dah beli rumah di Kluang, maka duduklah di Kluang, ulang alik ke Batu
Pahat. Berapa ratus duit habis dengan minyak kereta ?
Kenapa dah kena pindah Batu Pahat, duduk saja Batu Pahat, sewa rumah di sana ? Taknaklah
pindah, dah ada rumah sendiri di Kluang, duduk rumah sendirilah. Tapi sebenarnya, dia banyak
habis duit atas jalan, dia tak fikir. Kenapa tak fikirkan sewakan saja rumah dia yang kat Kluang
tu.
Untung Beli Rumah Bagaimana ?

Ramai yang untung dengan beli rumah kalau mereka merancang kewangan dengan betul.
Belilah berdasarkan kemampuan, lokasi, persekitaran dan sebagainya. Rumah ini harta yang
boleh disewa kalau kita tak duduk dan boleh dijual kalau kita mahu. Tapi fikirkanlah, cerita-cerita
di atas tu cerita orang tak berapa merancang, mereka anggap beli rumah semuanya untung,
sebenarnya tidak. Jadilah orang yang beruntung dengan memiliki rumah, bukan orang yang
susah sebab ada rumah.
Beli rumah jangan nak berlawan dengan kawan-kawan dan jangan rasa rendah diri kalau rumah
kawan kita lebih besar dan mahal dari kita. Itu duit dia dan kemampuan dia, bukan semestinya
kita sama macam mereka.
Kad Kredit
Banyak yang bahayanya pakai kad kredit terutama orang yang sukar mengawal perbelanjaan.
Dengan kad sekeping inilah perangkap paling besar boleh jadi muflis. Nak guna kad kredit tu,
gunalah, saya pun guna tapi kena berhati-hati. Ada tempatnya, untung juga kita ada kad kredit
terutama kalau membeli barang secara 'bayaran ansuran mudah'.
Personal Loan
Ramai sangat orang kerja kerajaan buat pinjaman peribadi dan mudah nak lulus. Bank sampai
tawarkan bayaran sehingga 10, 15 dan 20 tahun. Orang yang baru buat personal loan ini, dalam
setahun tu sedawa besar, jalan pun dah lain. Masuk dua tiga tahun, duit pinjaman tu dah mula
habis sedangkan dia kena potong gaji 10, 15 atau 20 tahun. Maka dalam setahun dua lepas dia
buat pinjaman tu, dia buat lagi pinjaman lain atau orang kampung saya cakap 'overlap'. Maka
dapatlah sikit duit tetapi jumlah pinjamannya makin besar dan tempoh bayarannya semakin
panjang lagi.
Dah ada satu personal loan, intai pula bank lain. Bila dah berkenan, buat satu lagi pinjaman di
bank yang lagi satu tu. Setahun dua, duit tu habis tetapi bayar bank tu sampai 15-20 tahun.
Maka berlapislah hutang dia, tenat juga.
Beli Kereta
Kereta sedia ada elok lagi, cuma model lama, dah teringin nak beli kereta baru. Kan kereta lama
tu dah dekat nak habis bayar. Kalau cat terkopek sikit, mulalah rasa kereta tu tak berapa sedap.
Alah... cat terkopek sikit pergilah cat, kalau kat JB pergilah kedai Ah Cai macam kereta Man
Burger tu, dia buat punbagus.
Dia lupa, kereta itulah dia pergi dating dengan isteri dia sebelum kawin dulu, hehehe..... Setakat
rosak sikit-sikit tu biasalah, kereta lama ker, kereta baru ker, rosak tu rosak juga. Malah kereta
lama lagi murah barang dia boleh cari di kedai-kedai biasa. Oh yer, tadi saya beli barang sebab
power window Pegeot saya rosak, harga RM 220, upah pasang nanti dalam 20-30 saja. Nak kata
mahal tak juga, yang penting hutang tak ada, jadi taklah rasa terbeban. Kalau kereta baru dalam
waranty, belum tahu alat tu dapat waranty, beli pula kena pada agen dia, lagi mahal melantun.

Keluar saja model baru kereta, semua nak beli kereta baru. Ramai yang bukan tengok pada
harga puluhan ribu tu, tapi tengok pada bayaran bulanan, tak kisahlah, sembilan tahun pinjaman
tu bukan lama pada dia. Kenapa tak beli kereta secondhand yang murah-murah sekarang. Model
kereta yang murah tu, satu masa dulu dia mahal malah kereta mewah pada zaman tu. Jadi
kereta kita yang beli mahal tu, beberapa tahun lagi akan jadi murah malah mungkin lebih murah
dari baki pinjaman kita.
Kereta Honda saya beli lelong kastam cuma 9 ribu lebih saja harga, beli hujung tahun 2005,
kemudian tahun 2008 beli Peugeot 405SR harga 5,500. Bukan saya tak berkenan kereta baru,
tapi kena ukur kemampuan kita. Okey, masa tu ada kawan saya beli kereta baru dalam 60 ribu
lebih, bayar bulan dia hampir RM 700. Jadi dia dah keluarkan duit 8400 setahun, kalau dah 5
tahun dia dah keluar 42,000. Kalau masuk muka dia bayar, dah lebih 48000. Dia sekarang dah
mula rasa kereta dia tak berapa sedap dan dah mula nak tukar kereta baru. Bila ke kedai, kedai
minta bayar dalam 5000 sebagai muka kereta baru untuk trade in kereta tu pada kedai. Ada
untung ker rugi ?
Nak beli kereta baru belilah kalau dia ada kemampuan. Kalau gaji mereka tinggi, rumah pun dah
ada, pakailah kereta mahal-mahal, tak ada salahnya. Tapi ramai juga orang kita yang tak berapa
mampu tapi nak bergaya punya pasal, belilah juga. Jangan gitu, itu perangkap muflis.
Jadi Penjamin
Ada juga yang diistihar muflis sebab murah hati jadi penjamin kawan dia. Kawan tu sebenarnya
bukan kawan tapi makan kawan, masa senang dipujuknya jadi penjamin, bila dah susah, dia
taknak bertanggungjawab
Jangan Terjerumus Jadi Muflis
Bukan saya nak mengata sesiapa, ini nasihat saya walau ada sedikit pedas, terutama orang
yang makan cili. Tidak dinafikan, semua yang terjerumus dalam hutang sehingga muflis ini
adalah kerana perancangan kewangan dia tak berapa nak betul. Jangan salahkan kerajaan yang
selalu naikkan gaji, dapat elaun rumah, elaun cola, elaun kritikal dan lain-lain, cukup bertuahlah
tu. Tengoklah kawan-kawan kita yang bukan kerja kerajaan, adakah mereka boleh dapat apa
yang orang kerja kerajaan dapat ?

Anda mungkin juga menyukai