Anda di halaman 1dari 8

Cerita Si Penjual Besi Buruk yang bosan dengan kehidupan di dunia ini.

BERTANYALAH
PADAUSTAZANDA
NAMATUAN
TIADADALAMSENARAI
Seorang penjual besi buruk bertanya kepada seorang Ustaz..
"Ustaz..! Kenapa ya..! Saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-begini..! Terus hambar,
tak ada arahnya, tak ada nikmatnya..! Bosan saya Ustaz..! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah
ya?"
Ustaz pun menjawab :
"Oohh..! Mungkin masa ini Allah juga lagi bosan dengan tuan."
"Allah bosan dengan saya? Maksudnya macamana Ustaz?" Tanya si tukang besi kembali..
Ustaz menjelaskan :
"Mungkin Allah cari tuan tapi tak pernah jumpa pun. Dicari di antara ahli dhuha, tuan tak ada. Dicari
di antara ahli tahajjud juga tak ada.
Dicari di antara ahli puasa sunat juga tak ada. Dicari di antara ahli sedekah, juga tak kelihatan.
Dicari di antara ahli Qur'an, tuan juga tak ada di sana. Dicari di antara ahli umrah, niat pun tuan
belum buat.
Dicari di antara orang-orang yang khusyuk solatnya, tuan juga tak ada. Dicari di antara ahli selawat
pun tak ada. Dicari di antara yang menuntut ilmu apa lagi.
Lalu Allah swt mau cari tuan di mana lagi..? Cuba tuan bagitau..! Cakaplah jangan terdiam pulak..!"
Lalu..! Menangislah si tukang besi tadi sambil mengusap airmatanya, dia beristighfar.
Segeralah kembali kepada Allah..! Dekatliah Allah. Hanya Allah sajalah ZAT yang boleh
mententeramkan hidup kita.
PASTIKAN NAMA ANDA
SENTIASA DALAM SENARAI
MASA
ANDAMASIHADA
JAGALAH
MASALAPANGANDA
Ramai orang berputus asa melihat berapa jauh lagi mereka perlu pergi untuk sampai ke destinasi.
Hakikat nyata, mereka terlupa untuk menghitung berapa lama kita telah berjalan dari titik mula untuk
sampai ke tempat sekarang..
"Jalan jauh jarang sesak "

Biar kita gagal hari ini berkali-kali - Tidak mengapa.


Untuk menjadi pandai dan mahir - perlu gagal dan belajar. Perbetulkan.
Jangan kita gagal esok hari - kerana kita mengalah hari ini.

Belajar terus. Buang ego.


BUANG EGO BUANG EGO
Apa kita buat dan tanam hari ini, hasilnya untuk dituai 5 tahun nanti. Jangan harap hasilnya esok. Ini
bukan kerja 1 hari.
Sabar dan terus usaha. Dengan izinNya, impian dalam genggaman.

Orang kita kata kalau KAYA baru kahwin..


Tapi dalam islam cakap nak KAYA kena kahwin..
Orang kita kata nak SENANG kena banyak menyimpan duit..
Tapi dalam islam cakap nak SENANG kena banyak keluarkan duit(sedekah)..
Orang kita kata dah KAYA baru bantu org miskin..
Tapi islam cakap kalau nak KAYA bantu org miskin..
Orang kita kata makan SAMPAI KENYANG..
Tapi islam kata berhenti SEBELUM KENYANG..
Orang kita kata SAKIT itu BALA.
Tapi Islam kata SAKIT itu PENGHAPUS DOSA.
Jangankan rezeki di antara deretan kedai, rezeki di antara kakak beradik yang satu rumah juga
berbeza.
Jangankan kakak beradik, anak kembar saja akan berbeza takdir dan rezekinya.
Oleh karena itu tidak perlu sibuk akan pemberian Allah kepada orang lain, lebih baik sibuk
mengurusi amal sholeh kita kepada Allah SWT. kerana itulah yang akan kembali kepada diri kita.

Orang yang cakap bohong selalu tidak ingat apa yang dia bohong dulu. Dari situ, mudahlah orang
mengetahui pembohongannya. Jadi, bila hendak berbohong, pastikan ingat apa yang pernah
dibohongi itu. Tapi, kalau bercakap benar, benda yang benar itu tidak perlu dihafal, kerana
kebenaran itu adalah semulajadi dan biasa diingat secara automatik sahaja!

Saya boleh beri 1000 Alasan untuk saya tidak berjaya.


Tetapi saya ketepikan alasan itu dan gantikan dengan 1000 SEBAB kenapa saya BOLEH berjaya.
Bagaimana kita memandang apa situasi NEGATIF dan tukarkan kepada yang POSITIF.
Waima jutawan yang bekerja dari Rumah pun ramai. Carilah kuncinya dengan teliti dan dengan
Tindakan..

Walau macam Mana pun caranya, kita kena rapatkan diri dengan orang yang berpotensi menjadi
Mentor atau Guru kita.
Buang ego. Ego tidak menghasilkan $$$.
$$$ bukan segalanya. Tapi REALITI hari ini kebanyakan benda memerlukan $$$$. Ada $$$ boleh
bersedekah dan bantu orang yang susah.

Kalau rasa macam nak marah je, tolong baca doa ni ek...: Ya Allah, sejukkanlah hatiku daripada
panasnya dosa-dosa dan bersihkanlah hatiku daripada kotornya maksiat yang melampau." Lepas tu,
ambik wuduk.

Sihat itu rezeki. Bahagia itu rezeki. Banyak masa juga rezeki. Disayangi juga rezeki. Tak putus duit
pun rezeki. Hidup aman-damai pun rezeki. Dapat apa-apa sekalipun rezeki.
Erti rezeki itu ialah apa yang kita NIKMATI.. Kenapa namanya rezeki? Kerana disaat kita merasai
rezeki itu, ramai di luar sana tak berpeluang merasainya.
Ya Allah beruntungnya kita..
Ingat, yang selalu kata tak cukup itu nafsu. Yang mengatakan cukup itu iman. Bersyukurlah..
Alhamdulillah..
"kalau nk berjaya atau jadi jutawan,kita kena bantu berjuta orang, barulah boleh jadi jutawan"
Sebenarnya saya pun tak faham.."macam mana aku nak bantu berjuta orang? Ramai tu!..
Tapi bila dijelaskan maksudnya, didalam jenis bisnes atau service yang kita jalankan, masalah siapa
yang kita dapat bantu atau selesaikan.Jadi dengan sendiri nya kita dapat menambah nilai kepada
mereka yang kita telah bantu.Pelbagai cara dan juga perniagaan sebenarnya, contohnya dengan
menjual produk kecantikan, kita membantu mereka yang memekai produk itu tampil lebih cantik dan
yakin, dan mungkin dengan keyakinan itu dia dapat kerja atau apa apa bisnes untuk dirinya.jadi
secara tidak langsung kita telah menambah nilai kepada mereka.
Contohnya AirAsia come out dengan satu perkhidmatan penerbangan menawarkan tambang murah
dengan tagline nya 'now everyone can fly'.Ia sebenarnya membantu memudahkan ramai orang
untuk travel dengan kos yang rendah dan sesiapa pun mampu untuk menggunakan perkhidmatan
mereka, Dengan sendri nya dia menambah nilai kepada berjuta juta orang dan tengok lah di mana
AirAsia sekarang ni...n He's not just a millionaire..
Apa yang saya dan isteri saya Nurul Intan Lee buat sekarang adalah membantu seramai mana
sahabat2 usahawan yang ada produk BAGUS untuk TAMBAH NILAI produk mereka dengan
meletakkan produk bagus mereka itu di dalam sebuah butik.
Usahawan2 ini boleh mengurangkan kos sewa kedai, gaji pekerja, utiliti dan lain2 kos.. jadi, mereka
boleh fokus pada kualiti produktion dan juga pemasaran secara berkesan supaya kebaikan dan
kelebihan produk bagus mereka boleh sampai ke dalam KEPALA OTAK pelanggan..
Sebenarnya tidak semestinya kita kene bantu berjuta orang then barulah boleh jadi jutawan.Mungkin
xsempat seribu orang yang kita bantu dah pun jadi jutawan.Sebab kene percaya ini adalah kuasa
ALLAH SWT yang memberi kpd kita.
Yang penting niat kita untuk memulakan sesuatu perkara.Kalau dari awal awal lagi kita dah pasang
niat atau mind set untuk bantu orang dengan bisnes yang kita buat ni, Insyallah kejayaan dan rezki
pasti datang kpd kita.
'the more u give, the more u get'
Kehidupan sebagai usahawan tidak selalu lurus. Ada kalanya jalan yang kita pilih adalah jalan
berbatu-batu, penuh liku, kerikil-kerikil tajam.
Kita juga tidak tahu entah berapa lama dan berapa jam jalan yang kita lewati itu akan tamat.
Jika tidak dicabar dari cara begini, hidup usahawan juga terdedah dengan risiko dengan sekeliling
manusia.
Ditipu, dicerca, diperlekeh, ditolak, pelaburan habis hangus, kesilapan dalam belanjawan, kesilapan
strategi pemasaran sehingga membawa kepada kerugian yang berlipat ganda, disindir keluarga,
diketawakan rakan, dan pelbagai lagi risiko yang jika dikenang-kenangkan, pasti akan membunuh
impian.
Ketika ini modal tahan diri, modal keinginan dan keyakinan tinggi pada diri sendiri adalah bekalan
penting bagi meneruskan agenda hidup kita.
Jadi apa yang penting ketika hal ini berlaku?
Tinggalkan masalah-masalah ini jauh-jauh di belakang dan kita lanjut langkah kita secara terus!

Masin air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan.


Tetapi bila ikan telah mati, secubit garam pun sudah mampu untuk memasinkannya.
Begitulah hati,
hati yang hidup sukar dinodai.
Tapi bila hati mati,
mudahnya dipengaruhi oleh unsur2 negatif.
Semoga Allah sentiasa pelihara kita. Hidupkan hati untuk sentiasa mengingati Allah

Alkisah seekor tikus dan sahabat-sahabatnya...


Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang
membuka satu bungkusan
Apa makanan dalam kotak ini? bayang tikus tersebut yang kelaparan.
Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya berupa perangkap tikus!
Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawan-kawannya, Ada satu perangkap
tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!
Ayam yang sedang tidur, bangun dan menggaru dan menaikkan kepalanya lalu berkata, Sang
Tikus, ana tahu ini ialah masalah besar untuk enta, tapi ini tak ada kena mengena dengan ana
Ana tak kisah pun, jangan kacau tidur ana.
Kecewa, Sang Tikus pun mencari Sang Kambing yang juga rakan karibnya untuk memberitahu
berita perangkap tikus.
Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali, kata Sang Tikus.
Sang Kambing melihat Sang Tikus dengan mata tak bermaya lalu berkata, Maafkan ana Sang
Tikus. Ana tak boleh berbuat apa-apa selain berdoa. Ana akan pastikan enta dalam doa ana.
Kecewa lagi, Sang Tikus pergi berjumpa dengan Sang Kerbau dan berkata, Ada perangkap tikus di
rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali dengan harapan Sang Kerbau akan
mengambil peduli masalah yang dihadapinya.
Sang Kerbau berkata,WOW, Sang Tikus. Ana simpati pada enta, tapi perangkap itu, kulit saya pun
tak terasa kalau terpijak.
Sang Tikus pun balik ke rumahnya, kecewa dan sedih untuk menghadapi perangkap tikus itu
bersendirian tanpa rakan-rakan di kandangnya.
Malam tersebut juga, Sang Tikus terdengar bunyi PAPP! seolah-olah perangkap tikus itu telah
mendapat mangsanya yang pertama.
Sang Tikus pergi menjenguk di lubang yang sama. Ketika tiba di sana, Sang Tikus terlihat kaki isteri
Pak Ali berdarah dan Pak Ali sedang merawatnya. Kelihatan di perangkap tikus itu ialah bangkai
seekor ular berbisa yang ekornya terkena perangkap tikus.
Isteri Pak Ali rupanya bergegas ke dapur untuk melihat hasil tangkapan perangkap tikus dan sebaik
saja tiba ular berbisa itu yang mengarang terus menyengat isteri Pak Ali.
Pak Ali bergegas membawa isterinya ke hospital, dan beberapa hari kemudian isterinya diarahkan
pulang.
Isteri Pak Ali masih tidak sembuh, dan terkena demam panjang. Ada orang kampung memberitahu
sup ayam bagus untuk merawat demam maka Pak Ali telah menyembelih Sang Ayam untuk
membuat sup untuk isterinya.
Tapi kerana isteri Pak Ali masih tidak sembuh, ramai sanak-saudara yang datang menjenguk ulang-
alik menjaga isteri Pak Ali Pak Ali menyembelih Sang Kambing untuk memberi makan kepada
mereka sebagai tanda penghargaan.
Akhirnya, isteri Pak Ali sembuh. Pak Ali kegembiraan dan mengadakan kenduri kesyukuran dan
menyembelih Sang Kerbau untuk menjamu seluruh kampung.
Sang Tikus melihat semua ini terjadi dengan penuh kesedihan.
Wahai anakku,
Beringatlah lain kali, apabila terdengar seseorang sahabat mempunyai masalah, jangan
memandang remeh kerana masalah itu tiada kaitan dengan kamu Bumi ini bulat dan semuanya
berkait dalam satu roda - semua yang Allah inginkan kamu bertemu ada tujuannya termasuklah
sahabat yang mempunyai masalah ini.
Bila sahabat datang dengan masalah, bantulah dia setakat mampu jangan tidak
mengendahkannya, mesti ada sebab Allah mengutuskan kamu bertemu dengan sahabat tersebut
pada waktu terdesak. Sekurang-kurangnya pun berilah kata-kata semangat.
Demi Allah, berilah bantuan usah anggap bantuan adalah untuk sahabat, anggaplah bantuan itu
sebagai menunaikan amanah yang diberikan Allah untuk mendapat pahala ke akhirat.
Senyum..
Allah takkan tolong orang yang berbisnes sekadar main main
kalau ye pun nampak berjaya itu hanya ehsan dan subsidi dari Allah
betul nak berbisnes
tawakkal
niat kerana Allah
tetapkan hati
dan usaha.mulakan tindakan
insyaallah
pertolongan Allah akan sampai
dari jalan yang tidak disangka sangka

THE POWER OF FOCUS


Sangat penting untuk kita belajar pada satu masa untuk memberikan segala tumpuan pemikiran,
emosi, mata, telinga dan seluruh fizikal kita di dalam menjayakan SATU perkara yang penting.
Latihan terbaik adalah ketika solat. Ada sesetengah orang, waktu solat adalah waktu yang dia akan
ingat semua perkara kecuali Allah swt, walaupun mulutnya kumat kamit baca surah tetapi ia tidak
dibuat secara sedar atau penuh tumpuan.
Guru saya pesan, belajar fokus dalam solat, Insya-Allah kita akan mudah fokus dalam hidup.
P/S Pasti ada yang akan tanya macamana nak fokus dalam solat. Jawapan saya yang bukan orang
agama, ia adalah sebagaimana kita fokus main game tembak babi atau sekhusyuk kita tengok
drama swasta pada waktu maghrib atau sekhusyuk kita layan message di WA atau selayan kita
khusyuk tonton hindustan.
Kita hanya akan dapat rasa fokus bila kita fokuskan seluruh minda, hati, jasad, akal dan ruh kepada
CINTA dan SUKA dengan apa yang kita lakukan serta asyik, especially bila kita faham "ucapan" kita
kepadaNYA.
Semoga Allah swt jadikan kita di kalangan orang yang khusyuk dan sabar dalam solat di zaman
solat semakin ditinggalkan.

Anda mungkin juga menyukai