Anda di halaman 1dari 4

"Ustaz Don kata, kalau gaji kita RM2000 tetapi kita bekerja macam gaji RM5000, Allah akan

, Allah akan gantikan


baki RM3000 tu dalam bentuk rezeki yang lain. Kadang-kadang dalam kelapangan dan keberkatan masa,
kesihatan yang baik, kemudahan urusan dan perjalanan, anak-anak yang mendengar kata dan
bermacam-macam lagi."

"Kalau orang yang gaji RM5000 tapi kerja macam RM2000 pula macamana?"

"Kalau macam tu, Allah akan minta dia pulangkan RM3000 yang dia tak berhak tu dengan benda-benda
lain. Orang macam tu selalu berada dalam kesempitan, rasa macam semuanya tidak cukup, kereta tiba-
tiba buat hal, tidak gembira, tidak sihat dan sebagainyalah."








Sejadah_Usang:
Nak share kata kata hikmah dari ustaz don

"kita gaji rm3000 tapi kita kerja sungguh sungguh macam gaji kita rm5000, maka
ALLAH akan 'bayar' baki gaji kita rm2000 tu dengan kurniakan anak anak soleh, isteri
solehah, kesihatan baik, ketenangan rumahtangga dan sebagainya. Tapi kalau gaji
kita rm5000 dan kita kerja macam gaji kita rm2000 maka baki lagi rm3000 tu ALLAH
tarik melalui kesihatan yang tak baik, anak anak yang nakal dan degil, isteri yang
ingkar, tiada ketenangan dalam rumahtangga dan sebagainya"

Lebih kuranglah maksudnya :-)



"Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM
15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.
Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik
samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."

Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "GIve more" kan.. Firman Allah SWT dalam
Al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh2 bila melakukan sesuatu
pekerjaan yang baik. Wallahualam..

Sama2 kita berusaha dan berjaya dunia akhirat. Amin~ dipetik dari Prof Dr Muhaya




Jika gaji kita RM5000 tapi kita kerja kuat seperti gaji RM20000,
Allah S.W.T akan berikan beza RM15000 itu
sama ada dalam bentuk duit,anak yang soleh,hidup bahagia dan lain-lain.
Jika gaji kita RM5000 tapi kita malas macam gaji RM2000 ,
beza RM3000 itu Allah akan tarik sama ada dalam bentuk
kecurian,kesusahan,anak nakal dan seumpamanya-Ustaz Don Daniyal

Kata Ayu :ingat mengingati sesama kita ;-)






Bila Hilang Semangat Nak Mengajar...
Assalamualaikum.


Bila anda bercita-cita nak jadi guru, mesti ingat, tugas guru bukan hanya untuk mengajar, tapi untuk
mendidik. Anda role model, di mana-mana sahaja. Bukan cuma di dalam kelas. Ingat tu. Adoiiii~!!!


Kadang-kadang rasa tension gak dengan bebudak nie. Aku punya la semangat gila-gila mengajar, terang
dengan contoh bagai, plus extra classes lagi, boleh plak last last dia kata dia tak paham. Bila aku explain
balik, dengan senang hati die pegi bersembang, bertepuk tampar dengan kawan sebelah. Hangin satu
badan aku.


Nak tertungging terbalik aku mengajar, dia boleh kata " Bila plak teacher ajar tajuk nie? ", " Eh, ade
belajar ke yang nie?", dengan muka tak bersalah. Memang nak kena pelangkung. Sakit hati betul.


Tapi seboleh-bolehnya aku elakkan daripada keluarkan kata-kata yang tak baik daripada mulut aku.
Sebab aku ingat, kata-kata seorang guru itu adalah doa yang akan menentukan masa depan anak
didiknya. Aku selalu doakan supaya Allah lembutkan hati, terangkan hati anak murid aku, permudahkan
mereka dapat ilmu yang aku nak kongsi. Aku buat penerangan susulan, dengan hati ikhlas, moga Allah
permudahkan jugak aku mengajar budak-budak nie.


Dan sering kali aku hilang semangat nak mengajar. Bila aku nak masuk kelas, terbayang muka-muka
murid yang nakal, yang ponteng, yang tido dalam kelas. Hilang semangat aku. Tapi bila teringat balik
muka muka yang selalu senyum bila aku mengajar, yang bagi perhatian sepenuhnya, yang mintak aku
buat kelas tambahan, aku jadi lebih ikhlas, mengajar dan mendidik sepenuh hati.


Dan seringkali bila aku hilang semangat, aku dengar lagu nie.. Lirik yang begitu membangkitkan
semangat aku semula. Terima kasih. :)




Keberkatan rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup . Rezeki bukan
sekadar wang , harta , makanan dan minuman . Sebaliknya jodoh , anak , pangkat , kedudukan ,
kejayaan dan sebagainya .

Tapi ada juga yang memandang ringan terhadap keberkatan rezeki . Ada beberapa sebab yg boleh
menyebabkan rezeki tidak berkat . Antaranya:-

Berjudi , rasuah , mencuri , menipu , nombor ekor , pelaburan haram dan seumpamanya . Namun ada
yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita dibayar upah
atau digajikan utk melakukan sesuatu pekerjaan dgn tidak bersungguh-sungguh . Sebaliknya apa yang
berlaku pelbagai masalah di tempat kerja adalah malas , curi tulang , dengki , datang lewat dan lain-lain .

Mari kita muhasabah dan audit diri apakah tanda-tanda keberkatan rezeki .

- Hati semakin dekat kepada Allah dan jiwa tenang (Menjaga solat 5waktu malah rajin membuat solat
sunat , berzikir dan membaca Al-Quran) .
- Pemurah (Mudah bersedekah) .
- Jauh daripada kejahatan manusia dan bala .
- Keluarga harmoni dan anak cemerlang .
- Sentiasa merasa cukup dan syukur .

Mari audit diri jadi yang terbaik di dunia mahu pun di akhirat... uz don


Doa guru makbul

Curi tulang

Anda mungkin juga menyukai