Anda di halaman 1dari 17

Bismillahirrahmaniraahim,

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Yang Berusaha En Ziman bin Mohammad

Guru Besar

Yang Dihormati En Ahmad bin Awang

Guru Penolong Kanan Satu

Serta semua guru SK KULAI 1 yang dihormati sekalian.

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang
hidup pasti mati. Itulah kehidupan. Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan.

Dalam dunia pekerjaaan, sejak menjadi guru dari tahun 1988 saya telah menempuh pelbagai cerita
suka duka dalam sebuah perpisahan dan kehilangan. Barangkali bagi guru-guru, perpindahan
keluar masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Namun realitinya, setiap yang patah sudah
pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada atau ditempatkan, suatu
ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi ataupun kita benci.

Kita tidak pernah mengharapkan semua peristiwa seumpama itu berlaku dalam sebuah kehidupan.
Namun seperti yang saya nyatakan diatas, kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-
peristiwa sebegitu terjadi. Kerana itulah fitrah alam, fitrah kehidupan. Sebagai seorang manusia
yang waras, kita perlu terus melanjutkan perjuangan agar mendapat lebih kebaikan dalam sebuah
kehidupan pada masa-masa hadapan. Orang-orang yang pergi; yang meninggalkan berjuta memori
barangkali hanya akan menjadi pemangkin yang dapat menyuburkan keazaman untuk lebih berdaya
saing dalam sebuah perjuangan sebagai insan

Sepanjang saya berkhidmat ini iaitu selama 4 empat iaitu bermula dari tahun 2009 sehingga ke saat
ini saya amat menghargai segala jasa baik, kerjasama & kasih saying yang telah diberikan oleh
semua guru di sekolah ini khususnya guru-guru sesi petang. Segala kenangan dan pahit manis kita
bersama dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas akan sentiasa sematkan di dalam lubuk hati
saya. Kenangan dan pengalaman bersama akan sentiasa subur dalam ingatan saya sepanjang
menjadi seorang guru.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan pentadbir yang
telah sama-sama memberi tunjuk ajar dan semangat dalam saya mengurus dan mentadbir segala
urusan di sekolah kebangsaan Kulai 1. Tidak juga dilupakan kepada Pn Maznah & Pn Rafidah yang
sering membantu dalam melancarkan segala urusan di sekolah.

Saya juga ingin mengambil kesempatan yang terluang ini, menyusun sepuluh jari memohon maaf
kepada seluruh warga SK Kulai 1 khususnya rakan-rakan guru yang telah sama-sama mencurah
bakti untuk anak bangsa yang kita cintai. Saya memohon agar dihalalkan makan minum dan segala
ilmu yang telah dikongsi bersama sepanjang saya bersama dengan guru-guru di SK Kulai 1.

Buat akhirnya terimalah rangkap sajak khas saya tujukan untuk semua warga SK Kulai 1 ikhlas dari
lubuk hati saya,
Sudah adat bertemu,

Tentu ada perpisahannya

Sudah adat berjumpa,

Tentu ada nokhtah perhentiannya

Kalau diturutkan hati

Tentu tak mahu melepaskan diri ini untuk pergi

Tapi apakan daya…..

Sudah tersurat dari ilahi Pertemuan kita hanya setakat ini…

Oleh itu janganlah ianya diratapi….

Apa yang lebih penting…

Hubungan sillaturahim akan terus kekal abadi.

Sekian, Terima Kasih


Teks Ucapan
Posted on 06/05/201806/05/2018 by amintea1-admin

Teks Ucapan Persaraan

Assalammualaikum w.h.t dan salam sejahtera…


Yang saya hormati Tuan Pengarah
Timbalan Pengarah,
Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar,
Pensyarah-Pensyarah Kanan
Pensyarah Akademik
Staf Sokongan dan Para Pelajar yang saya kasihi sekelian.

Hari ini 22 hb April 2018 , merupakan detik besejarah bagi saya. Alhamdulilah Allah memberi rezeki tubuh badan
yang sihat dan kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah.

Terima kasih kepada pihak pihak IPGKTHO khususnya JK Majlis Rasmi yang mengatur majlis pada hari
ini.Terima kasih kepada juga kepada semua pensyarah, staf sokongan dan guru pelatih yang hadir.

Pelbagai soalan yang diajukan kepada saya. Bila nak besara? . Berapa kali Jumaat lagi? Berapa hari lagi ? Soalan
lain ditanya,apa perancangan bila dah besara?.Ada juga orang bertanya apa perasaan saya di hari terakhir nanti
meninggalkan perkhidmatan. Semua soalan tidak boleh dijawab tapi saya sudah bersedia menghadapinya dan
bersedia untuk bersara segi psikologi dan fizikalnya. Kadang-kala timbul perasaan dihati apabila saya mula
berhijrah, sepatutnya sudah lama saya bersara apabila semua cita-cita dan memiliki keluarga bahagia dan sempurna
tercapai. Apa lagi saya nak kejar di dunia ini? Bekalan kita masih tidak lagi sempurna untuk kehidupan di akhirat
nanti.

Hari ini saya bersyukur semakin menghampiri garisan penamat dalam perkhidmatan. Dalam tempoh saya
berkhidmat dalam sistem pendidikan, saya masih dalam keadaan yang sihat walafiat walaupun perlu makan ubat
setiap hari. Alhamdulilah sepanjang perkhidmatan ,saya bersyukur ada isteri, ada keluarga yang amat perihatin dan
setia kepada saya dan sehingga kini dan dapat menjalani kehidupan dengan penuh kebahagian dan keberkatan.
Semuga seluruh hasil kerja yang saya buat, Allah akan memberi pahala , ganjaran amalan-amalan baik dalam usaha
mendidik dan melahir bakal guru. Mungkin kita berutung dilahir sebagai guru dan pensyarah , di mana anak murid
kita bertebaran seluruh Malaysia hasil didikan kita. Cuba bayangkan betapa besarnya pahala dan ganjaran Allah jika
kita di IPG istigomah dalam niat berkerja seharian. Di IPG kita cuba hendarkan sikap ujud, riak, ego, sombong,
takabur sebalik nya cuba bersikap tawaduk pada diri.
Kita berupaya membina kehidupan dengan penuh perancangan tapi takdir menentukan. Kadang-kadang kita tidak
tahu, qada’ dan qadar, ujian Allah dan rezeki datang dari mana-mana yang kita tidak sangka dan kadang-kadang
ujian datang dalam kita tidak bersedia menghadapinya. Itulah takdir kehidupan yang pasti kita hadapi.

Berakhir saya dalam perkhidmatan ini , bermakna sudah 37 tahun 8 bulan sebagai Penjawat Awam. Saya pernah
berkhidmat di sekolah selama 2 tahun di Sekolah Rendah iaitu SK Bukit Besar dan SK Bandar Tenggara dan 6 tahun
di SMK Tan Sri Jaafar Albar. Kemudian beralih tempat tugas sebagai pensyarah di IPG Kampus Dato Razali Kuala
Terengganu(Dulu dikenali sebagai MP Kuala Terengganu Batu Rakit) selama 6 tahun.

Saya mula berkhidmat di IPGKTHO mulai 16/12/1996.Ini bermakna saya telah berada IPGKTHO ini selama 22
tahun di bawah kepimpinan 11 orang Pengarah/Pengetua. Dulu saya ditempatkan di Jabatan Kajian Sosial sebagai
Ketua Unit Kajian Tempatan dan juga Timbalan Ketua Jabatan Kajian Sosial. Selepas menamatkan pengajian
Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan), saya di tempatkan di Jabatan Teknologi Pendidikan.Seterusnya Jabatan
ini dimansuhkan, maka saya diserapkan di Jabatan Ilmu Pendidikan sehingga kini

Banyak kenangan yang tidak akan saya lupakan.Kenangan berupa pengalaman yang sangat bermakna dan bernilai
dalam kehidupan.

Pengalaman membawa pelajar-pelajar Kajian Tempatan ke Pusat Perhilitan Kuala Gandah. Lanchang Pahang sangat
bermakna Begitu juga membawa pelajar-pelajar ke Taman Negara Endau Rompin dalam siri ekspisidi Kajian
Tempatan. Projek Pendidikan Alam Sekitar di Kuala Sedili Besar dan LKIM dengan kerjasama Jabatan Pendidikan
Alam Sekitar Negeri Johor. Membawa pelajar berkhemah di Sedili Kecil dalam program pengayaan Kajian
Tempatan .Tidak ketinggalan projek anak angkat di Desa Temu Jodoh di bawah kelolaan Unit Kajian
Tempatan. Begitu juga membawa pelajar-pelajar ke program Tasik Chini di Pahang. Itu semua tinggal kenangan
semasa saya berada dalam Jabatan Kajian Sosial.

Terima kasih semua, majlis hari ini tersangat istimewa. Semua penghargaan ini tersimpan dilubuk hati, orang berhati
mulia akan mengenang budi orang.

Bagi saya, kita jangan memikir antara kita siapa yang menang dan siapa yang kalah. Kita mesti selalu dalam situasi
menang-menang,kata orang umpama menarik rambut dalam tepung jangan sampai ia terputus.

Pesanan saya untuk pelajar-pelajar…..


Dalam hidup ini ingat ,
Jika kita tak mampu membuat semua,
Jangan kita tinggal semua

Jangan menilai seseorang berdasarkan masa silam


Jika anda mahu membuat sesuatu anda akan cari jalan,
Jika anda tidak mahu membuat sesuatu ,anda akan cari alasan dan mencari kelemahan .

Percayalah…….

Orang yang biasa tapi kerjanya luar biasa, hasilnya akan luar biasa,
sesuatu yang biasa dilakukan secara luar biasa
hasilnya luar biasa, kita mampu berkerja luar biasa,
kecuali orang yang tidak luar biasa dan berkerja biasa-biasa saja .
tapi bila bercakap ialah yang luar biasa, boleh buat semua perkara

Kita nak cemerlang ,


jangan mencari salah orang lain,
Kenal potensi diri dan semak hasil kerja kita dan buktikan kita sememang dan selayaknya cemerlang,
Cemerlang bukan dalam borang tapi hasil kerja dan penilaian orang lain dan kerja berkualiti dibuktikan.

Pelajar-pelajar sekalian…….

Jangan lihat apa yang telah kamu selesaikan,


tapi lihat apa yang belum kamu selesaikan,
Kerja kita konsisten.Istikomah dalam kerja

Jika nak berjaya,jadilah orang yang mencari peluang dan jangan jadi orang yang menunggu peluang.

Orang berjaya kita akan nampak ia berusaha untuk berjaya,tapi orang yang gagal akan berusaha mencipta alasan
untuk keselesaan dirinya bukan untuk berjaya.
Kadang kali kita terlalu ingin apa yang orang lain dapat,
tapi kita lupa kita sudah miliki apa yang Allah berikan kepada kita.

Kenal kehebatan kita kerana Allah merezekikan.

Saya akan bersara ,saya tidak pencen,


ayam yang pencen tiada nilai hanya untuk disembeleh dibuat lauk,
tapi orang bersara bertambah kualiti kehidupan dunia dan akhirat,

Sebelum mengundur diri ingin saya berpantun …..

Pantun orang bersara

Orang bersara hatinya gembira

Hidup aman sebagai pesara

Kerja tidak perlu hidup disara

Nilai prestasi sudah tak dikira

Cukup bulan dapat bayaran

Buat belanja lauk dan sayuran

Sekali sekala mencari hiburan

Pergi melancong bersama jiran

Makan dan pakai hanya ala kadar

Jangan sampai masih tak sedar


Amalan yang buruk wajib dihindar

Jangan ditentang qada dan qadar

Hidup bersara terasa lega

Tiada Penarafan .Tiada ISO dan Tiada MQA

Tidak banyak hati perlu dijaga

Hanya bermesra dengan jiran tetangga

Kepada Pengarah, Timbalan pangarah, Pensyarah Kanan, Pensyarah Akademik Staf sokongan dan anak-anak pelajar
semua, bersaksi majlis dalam dewan ini saya memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, jika selama ini
saya melakukan kesalahan baik segi perbuatan atau tutur kata atau segi bahasa . Terima kasih utucara majlis hari ini
yang tersangat istimewa dan saya sekeluarga amat terhutang budi dan menghargai.

Sekian yang lemah datang dari saya, yang sempurna itu Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai