Anda di halaman 1dari 2

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg.Tuan Haji Mod Zin bin Badui, Pengarah IPGKTI,

Yg Berusaha, Dr. Mohd Zairi bin Husain, Ketua Jabatan hal Ehwal Pelajar,

Dan rakan-rakan sekalian

Sebagaimana semua sedia maklum, saya akan bersara wajib daripada


Perkhidmatan Kerajaan mulai [Tarikh], setelah berkhidmat di Kementerian
Pendidikan Malaysia selama 39 tahun …. bulan bermula dari [1982] hingga ke hari
ini di 6 agensi yang berlainan seperti bermula di Sek Princess Elizabeth bagi murid-
murid buta, sekolah bagi murid-murid cacat pendengaran, politeknik Johor Bahru,
Sek Men. Teknik Tg Puteri, Johor Bahru, Sek Men. Sains Sultan Iskandariah
Mersing dan berakhir di IPGKTI. Walaupun selama 39 tahun berkhidmat saya belum
diizinkan oleh Allah untuk menikmati apa yang dikatakan Anugerah Perkhimatan
Cemerlang, tapi saya tetap bersyukur dan tidak akan terasa atau menyesali diri atau
menyimpan dalam hati. Alhamdulillah Ya Allah.

Sekalung penghargaan juga ingin saya berikan kepada pihak pengurusan dan rakan-
rakan pentadbir yang sama-sama memberi tunjuk ajar dan semangat dalam saya
mengurus dan mentadbir segala urusan di IPGKTI ini. Tidak juga dilupakan kepada
Dr. Zairi bin Husain, En. Hamdan bin mansor, En. Jamaludin bin , Pn.
Nurhidayah binti………., Pn. Norazah binti Jaafar dan semua staf di JHEP yang
sering membantu dalam melancarkan segala tugasan saya di JHEP.

Mohon agar dihalalkan makan minum dan segala ilmu yang telah dikongsi bersama
sepanjang saya bersama dengan sahabat-sahabat disini.

Sehubungan itu, saya dengan penuh takzim dan ikhlas ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan serta ucapan berbanyak terima kasih kepada semua warga kerja
dari pelbagai peringkat di atas segala kerjasama erat, sokongan padu, bantuan dan
sokongan yang telah diberikan kepada saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya
sebagai [Penolong Penyelia Asrama] selama 6 tahun di IPGKTI ini.

Sepanjang saya berkhidmat ini sehingga ke saat ini saya amat menghargai segala jasa
baik, kerjasama & kasih saying yang telah diberikan oleh khususnya semua sahabat
di Jabatan Hal Ehwal Pelajar ini, amnya semua sahabat di IPGKTI. Segala kenangan
dan pahit manis kita bersama dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas akan
sentiasa sematkan di dalam lubuk hati saya. Kenangan dan pengalaman bersama
akan sentiasa subur dalam ingatan saya sepanjang menjadi seorang penjawat awam.
Jazakullaukhair.

Saya juga mengambil kesempatan untuk memohon ribuan ampun dan maaf diatas
segala kesilapan, kelemahan, keterlanjuran perbuatan dan kata-kata yang telah
menyinggung perasaan dan hati sesiapa sahaja sama ada secara sedar atau tidak
sedar di sepanjang perkhidmatan saya di IPGKTI ini khususnya di Jabatan Hal
Ehwal Pelajar IPGKTI.

Perpindahan keluar masuk, persaraan adalah sesuatu yang amat menyedihkan.


Realitinya, setiap yang patah sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di
mana sahaja kita berada atau ditempatkan, suatu ketika kita pasti akan
meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi ataupun kita kurang disenangi.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti mati. Itulah
kehidupan. Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan.

Kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi. Kerana


itulah fitrah alam kehidupan. Sebagai seorang manusia yang waras, kita perlu terus
melanjutkan perjuangan agar mendapat lebih kebaikan dalam sebuah kehidupan
pada masa-masa hadapan. Orang-orang yang pergi; yang meninggalkan berjuta
memori barangkali hanya akan menjadi pemangkin yang dapat menyuburkan
keazaman untuk lebih berdaya saing dalam sebuah perjuangan sebagai insan

Kepergian saya adalah sebuah kehilangan akan canda tawa di meja kerja.
Pertemuan dan perpisahan adalah dua kata yang pasti terjadi dalam setiap roda
kehidupan. Sahabat semua, Kita memang bukan lagi rakan sekerja. Tetapi kita
masih seorang sahabat yang bererti buat saya. Semoga terus suksess dengan
ketiadaan saya. Sesungguhnya, Sahabat yang baik sulit untuk ditemukan. Lebih sulit
untuk ditinggalkan. Tidak mungkin untuk dilupakan. Selamat berpisah sahabat
semua, selamat meneruskan kejayaan IPGKTI.

Anda mungkin juga menyukai