Anda di halaman 1dari 1

Norazah binti Jaffar,

Anggota Khidmat Pengurusan,


Intitut Pendidikan Guru,
Kampus Temenggong Ibrahim,
80350 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
—————————————————————————————————————
Pengarah,
Intitut Pendidikan Guru,
Kampus Temenggong Ibrahim,
80350 Johor Bahru
Johor Darul Takzim                                                                         3 DISEMBER 2022

Tuan,

Permohonan Bersara Awal

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Tujuan saya menghantar permohonan untuk bersara awal adalah atas sebab
kesihatan saya yang semakin tidak mengizinkan untuk saya melaksanakan tugas-tugas
yang dipertanggungjawabkan ke atas saya.

3. Seperti yang Tuan sedia maklum, kesihatan saya yang kurang memuaskan akibat
strok yang pernah saya alami semakin menjejaskan prestasi kerja saya. Hal ini juga boleh
mengganggu kelancaran tugas rakan-rakan sepejabat yang lain.

4. Saya juga selalu berulang-alik ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan


rawatan susulan .

5. Saya amat berharap permohonan saya ini akan mendapat pertimbangan yang
sewajarnya daripada pihak tuan. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan
sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

……………………………………………
(NORAZAH BINTI JAFFAR)
ANGGOTA KHIDMAT PERKHIDMATAN
IPGK. TEMENGGONG IBRAHIM

Anda mungkin juga menyukai