Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN MAJLIS

PERSARAAN

Terima kasih Pengerusi Majlis,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Yang Berbahagia, Encik Mohd Helmi bin Sulaiman


YDP PIBG SK Methodist Sungai Pelek

Yang Berusaha, Cikgu Zailan bin Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran, SK

Methodist,

Yang Berusaha, Cikgu Mohd Zahir bin Hj Abd Hamid, Penolong Kanan

Hal Ehwal Murid, SK Methodist,

Yang Berusaha, Cikgu Affendy bin Abd Rasid, Penolong Kanan

Kokurikulum, SK Methodist,

Yang Diraikan, Yang berbahagia Cikgu Ismail Putra bin


Ahmad

Ahli-ahli JawatanKuasa PIBG SK Methodist,

Guru-guru SK Methodist, serta anak-anak SK Methodist yang cikgu Sayangi sekalian.

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Esa,


Allah SWT kerana dengan limpah rahmatNya dapat kita bersama-sama pada petang
yang berbahagia ini untuk meraikan majlis persaraan guru yang kita kasihi Yang
Berbahagia Cikgu Ismail Putra bin Ahmad.
Semoga majlis yang bermakna ini akan menjadi memori di hati kita warga SK
Methodist.
Hadirin yang dimuliakan,
Terlebih dahulu, saya mewakili warga sekolah ini terutama para pendidik,
merakamkan rasa terharu dan sudah pasti untaian kata-kata yang akan saya lontarkan
nanti akan meruntun jiwa kita semua kerana perpisahan ini. Suasana seakan redup
seketika dan keindahannya tiba-tiba terasa suram apabila nanti Cikgu Ismail Putra
berlalu meninggalkan sekolah ini. Walaupun hati masih lara dan seolah-olah tidak
mengizinkan, tetapi kami semua redha dengan persaraan Cikgu Ismail Putra apabila
mencapai persaraan wajib. Persaraan ini merupakan detik paling bahagia untuk
Cikgu Ismail Putra setelah berjuang pahit, manis dalam dunia pendidikan.

Hadirian yang dirahmati,


Kami percaya, walaupun amat berat dan menyedihkan dan bukan sedikit air
mata yang akan tumpah tetapi perpisahan sebenarnya mengajar kita erti keikhlasan
dan kedewasaan dalam kehidupan. Justeru, kita pasti akan mengenang kembali
saat-saat ketika bersama dan tetap akan menjadi satu memori yang tidak akan
dilupakan sampai bila-bila. Begitu juga halnya dengan keberadaan kita bersama-
sama Cikgu Ismail Putra, semuanya akan terhimpun menjadi sejarah dan terukir
jitu dalam sanubari semua Warga SK Methodist.

Hadirin yang dikasihi,


Hari ini, kita semua akan merasa terharu kerana persaraan Cikgu Ismail Putra
yang kita sanjungi dan cintai. Cikgu Ismail Putra bukan sahaja pendidik, tetapi
merupakan abang dalam keluarga besar SK Methodist. Masa terlalu pantas berlari.
Tidak terasa saya kerana sudah 2 tahun 6 bulan bersama Cikgu Ismail Putra,
menabur jasa dan bakti di sekolah ini. Kadang kala akibat
kesibukan dengan tugas seharian dan pelbagai komitmen yang kita tempuhi,
menyebabkan kita tidak terasa dan tidak terperasan begitu pantasnya juga tempoh
perkhidmatan Cikgu Ismail Putra sebagai seorang pendidik telah berakhir.
Sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah
yang kita rasai sekarang ini. Berat sungguh bagi kami semua untuk melepaskan
Cikgu Ismail Putra.

Anak ikan berlima-lima


Mati ditimpa punggur
berdaun Kasihnya Cikgu
Ismail kami terima
Sebagai hutang seribu
tahun

Hadirin yang dimuliakan,


Peribadi yang tenang dan penuh pengertian menjadi sanjungan. Itulah Frasa
yang tepat bagi menggambarkan keperibadian Cikgu Ismail Putra. Cikgu Ismail
Putra telah berkdimat sebagai seorang guru dalam perkhidmatan awam selama 31
tahun bermula pada 1.12.1990. Perkhidmatan Cikgu Ismail Putra di sekolah ini pula
adalah selama hampir 21 tahun bermula pada 1.6.1999.

Hadirin yang dikasihi,


Sepanjang tempoh perkhidmatan Cikgu Ismail Putra di sekolah ini dan dalam
bidang pendidikan amnya, beliau telah banyak menyumbangkan jasa terhadap
kemajuan, perkembangan dan pembangunan sekolah,sama ada dari segi akademik,
kokurikulum, keceriaan dan pembinaan modal insan. Sekolah ini amat bertuah
kerana tempoh perkhidmatan Cikgu Ismail Putra lebihnya berkhidmat di sekolah ini.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Selama berada di sekolah ini
Cikgu Ismail Putra, bolehlah saya simpulkan sebagai seorang tokoh pendidik yang
sentiasa peka terhadap perubahan. Kami sebagai warga SK Methodist amat
berbangga menerima jasa khidmat beliau. Walaupun Cikgu Ismail Putra akan
bersara tetapi dedikasi beliau dalam menjalankan tanggungjawab telah memberi
suntikan semangat kepada kami dalam meneruskan tanggungjawab yang telah
diamanahkan.

Burung kedidi di sambar


helang
Bawa naik ke pohon
tinggi
Budi Cikgu Ismail
mana nak hilang
Sudah mesra di dalam
hati

Hadirin yang dimuliakan,


Cikgu Ismail Putra juga merupakan seorang ABANG yang begitu ”down to
earth” dan sangat memahami dan membantu. Sikap Cikgu Ismail Putra yang boleh
dibawa berbincang, easy going dan sentiasa berusaha mempermudahkan urusan
serta tidak menyusahkan orang yang menghadapi masalah dan kesusahan terutama
rakan-rakan guru yang memohon bantuan, pasti akan dibantu oleh beliau.
Kerja-kerja menjadi ikhlas dan ketenangan bekerja menjadi asas kepada
kecemerlangan. Kini warga SK Methodist kehilangan seorang guru yang berwibawa
dan bertanggungjawab. Kehilangan ini pasti akan dirasai, Patah tumbuh hilang
berganti, namun yang hilang akan tetap abadi dalam memori dan yang tumbuh
mengantiknanya pula diharapkan dapat meneruskan keberhasilan yang pernah
memberikan impak kepada sekolah. InsyaAllah.

Hadirin yang berbahagia,


Kita semua pastinya nanti akan merindui gelak tawa dan senyuman manis
Cikgu Ismail Putra selepas ini di sekolah. ”Memories last forever, never do they die,
friends stay together, never say goodbye. Semoga hubungan silaturahim ini akan
berkekalan sepanjang zaman. Pada kesempatan ini, saya bagi pihak semua warga SK
Methodist merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Cikgu Ismail Putra atas sumbangan dan komitmen sepanjang
tempoh perkhidmatan di sekolah ini dan dalam perkhidmatan awam amnya. Kami
berdoa semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmatNya dan peliharaanNya kepada
Cikgu Ismail Putra, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan
dipermudahkan segala urusan pada setiap masa. Semoga Allah menganjari kebaikan
atas usaha murni yang telah Cikgu Ismail Putra sumbangkan. Sabda Rasululah
”Barangsiapa menunjukkan seseorang kepada kebaikan, maka dia dapat ganjaran
sebagaimana ganjaran orang- orang yang melakukannya” (Riwayat Muslim)

Untuk yang terakhir kalinya, sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, izinkan
saya membacakan sebuah gurindam yang saya petik daripada Gurindam 12 Fasal
kelima Karya Raja Ali Haji yang mengambarkan keperibadian Cikgu Ismail Putra
sebagai seorang pendidik.

Jika hendak mengenal orang


berbangsa Lihatlah kepada budi
dan bahasa

Jika hendak mengenal orang yang


berbahagia Sangat memelihara yang
sia-sia

Jika hendak mengenal orang


mulia Lihatlah kepada
kelakuan dia
Jika hendak mengenal orang
berilmu Bertanya dan belajar
tiadalah jemu

Jika hendak mengenal orang yang


berakal Di dalam dunia mengambil
bekal

Jika hendak mengenal orang yang baik


perangai Lihatlah pada ketika bercampur
dengan orang ramai

Selamat Bersara Cikgu Ismail Putra Daripada Kami semua Warga SK


Methodist

Sekian terima kasih


Wabilhitaufik Walhidayah Wasalamualikum Warah Matullah Hiwa
Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai