Anda di halaman 1dari 8

Tajuk : KELUAR DARI TEMPURUNG

Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan


Pengarang : Ahmad Faizal Mohamed Yusup
Terbitan : Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd
Genre : Motivasi
Harga : RM14.00
Buku ini secara umumnya ditujukan kepada golongan remaja dan dari
tajuknya Keluar Dari Tempurung ia menunjukkan yang pengarangnya
mengajak kita keluar dari tempurung yang membelenggu diri kita tanpa
kita sendiri sedari.
Menurut penulis buku ini, bangsa melayu datang dari China Barat lebih
seribu tahun dahulu dan mendiami seluruh Kepulauan Melayu dan
kemudian menjadi bangsa-bangsa yang kita kenali sekarang. Pedagangpedagang India yang berdagang ke sinilah yang telah membawa agama
Islam ke Tanah Melayu dipercayai dibawa ke tanah melayu seawal kurun
ke 13.
Dia juga mempersoalkan sekiranya benar bangsa melayu berasal dari
keturunan Cina sudah pastinya kita merupakan bangsa yang rajin atau
mungkinkah kita merupakan bangsa Cina yang dibuang daerah kerana
kemalasan?
Apa yang ingin diperkatakan ialah dimanakah bermulanya keturunan
melayu yang pemalas yang tidak mempunyai daya saing. Kebanyakan kita
mahukan kerja yang kurang dan ganjaran yang banyak. Kebanyakan kita
hanya tahu untuk membuang masa, berkhayal, merasai cukup dengan
apa yang ada, menyalahkan takdir dan sebagainya. Menurut kata lagenda
Hang Tuah "tak melayu hilang di dunia" mungkin akan hilang
kebenarannya kerana globalisasi atau dalam erti kata lain dunia tanpa
sempadan akan mengalahkan kita kerana sikap kita sendiri.
Kemudian beliau menekankan, walaupun 93 peratus daripada rakyat di
negara ini boleh membaca namun tidak ramai yang menggunakan ilmu
yang ada ini ke tahap yang membanggakan. Wang yang diketepikan
untuk ilmu pengetahuan tidak sampaipun 5% daripada pendapatan.
Itupun digunakan untuk membeli akhbar harian. Ada pula yang sibuk
mencari pengetahuan-pengetahuan sama ada dalam bidang keagamaan,
kewangan, sosial dan banyak lagi. Buku-buku yang dibeli kebanyakannya
berdasarkan bagaimana untuk mencari kebahagiaan hidup, menjadi
cemerlang, ketenteraman jiwa, menjadi kaya dan sebagainya. Ini
dilakukan dengan harapan dengan ilmu itu kita akan dapat mengubah
cara hidup kita kepada yang lebih baik. Memang tidak dinafikan.
Namun sebenarnya buku ini lebih menekankan kepada ilmu yang paling
asas adalah kesedaran diri kita tentang segala kurnia yang ada pada diri
kita sendiri yang seakan tersembunyi. Katanya, kita sering terperangkap

memikirkan apa yang ada di luar sana yang boleh membawa kebaikan
pada kita. Jarang kita memikirkan tentang kebaikan / kurnia yang
diberikan Tuhan kepada setiap seorang daripada kita. Kurniaan yang
dimaksudkan ini ialah kurniaan masa, tenaga, akal fikiran, pancaindera
dan anggota.
Buku ini menghuraikan hal kurniaan tersebut, saranan akan cara
penggunaannya ke tahap yang optima dengan lebih jelas menggunakan
gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami.
Sebagai contoh dalam bab masa, beliau menekankan yang kita tak perlu
mengikut saranan saintis Barat untuk tidur selama 8 jam setiap malam
kerana baginya ia satu pembaziran dan saranan beliau ialah untuk tidur
selama 4 jam semalam sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Daud A.S.
dengan itu menjimatkan 4 jam masa tidur sehari dengan masa sedaryang
boleh digunakan untuk tujuan produktiviti.
Kesimpulannya buku ini sesuai untuk memberikan pengisian dan
kesedaran yang mana sekiranya digunapakai boleh membawa kepada
perubahan sikap ke arah kehidupan yang lebih baik.
Dapatkan naskah anda sekarang. Hubungi,
Faizal Yusup

Penulis:Syed
Terbitan:Galeri
Tahun:2012

Alwi
Ilmu

Sdn

Alatas
Bhd

Buku ini merupakan buku ketiga Syed Alwi yang saya ladeni selepas Bila Allah Menduga
Kita(2010) dan Senyumlah Apapun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu(2011).
Buku ini adalah sebuah karya motivasi Islam yang dipenuhi dengan kisah-kisah benar yang
dilalui penulis dan orang terdekat beliau juga kisah tauladan dari sirah,zaman silam dan
selainnya.Kesemua kisah tersebut mengandungi tauladan yang tidak terhingga nilainya
kerana
ia
memperingatkan
kita
tentang
kesukaran
dan
kemudahan.
Ringkasnya saya melihat pengalaman selepas membaca buku ini sangat unik sekali.Ia
bagaikan
satu
sinambungan
kepada
Senyum.
Buku ini memberi kesedaran supaya kita semua melihat sesuatu perkara itu
mudah,walaupun terkadang ada perkara susah dilalui seperti perkara yang baru pertama
kali dilakukan,perkara yang tidak suka dilakukan atau perkara yang tidak suka untuk
dilakukan atau dilalui jadi, kita perlu belajar meraikan pengalaman-pengalaman baru dalam
hidup
kita.Lantaran
ia
akan
dapat
dilalui
dengan
lebih
mudah.
Sungguhpun demikian,bukan semua perkara boleh kita pandang mudah.Perkara tentang
dosa pahala,halal haram bukan perkara yang boleh dibuat main-main atau dipemudahkanmudahkan.Contoh sudah Allah tetapkan solat Zohor empat rakaat tidak bolehlah kita
mudahkan jadi tiga,dua dan sebagainya.Kalaupun menjadi dua rakaat pada keadaan tertentu
keadaan
yang
membolehkan
solat
qasar.
Ada kalanya,kita mempunya sikap terlalu memikirkan perkara yang belum tentu kita
lalui.Terkadang memikirkannya secara berlebihan mendatangkan keburukan kepada kita
seperti terlalu risau kalau sakit,kalau rumah dimasuki pencuri,kalau gagal dalam
peperiksaaan dan sebagainya sedangkan perkara tersebut belumpun dilalui lagi.Untuk itu
kita perlu banyak beristighfar dan menggantungkan tawakal kepada Allah.Lantaran itu kita
turut perlu berusaha seperti menjaga kesihatan,mengambil langkah-langkah keselamatan
juga berusaha untuk menghadapi peperiksaan berbanding hanya rasa takut tanpa sebarang
persediaan
atau
persiapan.
Sedang kita tidak suka orang menyusahkan kita maka kita juga sama,perlu memudahkan
urusan orang lain seperti kita suka orang lain memudahkan urusan kita.Nah!pada detik
membaca bahagian ini saya terbayangkan kadang-kadang prosedur yang pelbagai dan
karenah birokrasi sangat menyusahkan pelanggan misalnya,namun dari satu sudut yang lain
prosedur
yang
adakala
menyusahkan
itu
ada
pula
kebaikannya.
Ada masanya dalam kehidupan kita,kita terpaksa melalui kesusahan.Kita perlu lalui
kesusahan itu tanpa kompromi.Dalam keadaan-keadaan tertentu Allah menguji kita dengan
kesusahan,pasti mereka yang bertabah tidak dipersia-siakan nilai ketabahan mereka itu oleh
Allah SWT.Pada saat kita ditimpa sesuatu,mari kita sama-sama tanamkan pertahanan
bahawa Allah sedang memilih kita untuk diberi pahala yang berlimpah-ruah.Pada satu
ketika yang lain kita diberi dengan kesenangan,bolehkah kita bersyukur?Jadi mungkin ada
lebih baiknya kita diuji supaya kita lebih mensyukuri sesuatu yang kita punyai.
Apatah lagi,jika kita bandingkan kesusahan yang kita lalui tidaklah sehebat yang Rasulullah
saw lalui.Jika kita difitnah pula,tidaklah sedahsyat fitnah yang dihadapi Nabi Allah

Yusuf.Itulah antara cara untuk kita lebih bersyukur tatkala membandingkan kesusahan kita
dengan
para
aulia
'alaihimusolatu
wassalam.
Ringkasnya,kesusahan yang Allah berikan pada kita,ternyata bersesuaian dengan
kemampuan kita menghadapinya.Yakinlah dengan itu,yakinlah dengan pertolongan
Allah.Jika kita pening-peningkan kepalapun,ia tidak mampu mengubah sesuatu yang susah
menjadi
senang,bahkan
mungkin
jadi
lebih
susah
lagi.
Amalkan doa supaya Allah tidak menimpakan sesuatu yang diluar kemampuan
kita.Dan...cubalah kita renung-renungkan adakalanya kita tidak tersedar kita telah melalui
beberapa siri kesedihan dan kedukaan,itulah tanda Allah sedang berkomunikasi dengan kita
dan beruntunglah bagi mereka yang mengambil peluang keemasan ini dengan tabah dan
redha.
Sebagai penutupnya,mari kita tanamkan dalam diri semangat,aku boleh,dengan bantuan
Allah SWT,InsyaAllah semuanya akan jadi senang dan mudah.

Penulis:Syed Alwi Al Atas


Penerbit:GAleri Ilmu Sdn Bhd
Cetakan Pertama:2011
Genre:Motivasi(psikologi) dan 'Self-realization'(psikologi)
Harga:Semenanjung Malaysia:RM21.00
Sabah/Sarawak:RM 23.00
Tebal:300 muka surat.
Buku ini merupakan sebuah buku yang membincangkan persoalanmasalah.Ia tidak
mengajak pembaca bertindak lari daripada masalah ataupun terlalu memikirkan
masalah,apatah lagi mencari masalah, bahkan ia menjemput pembaca supaya melihat setiap
masalah yang dihadapi dengan cara pandang yang baru atau dari persepsi yang positif.
Buku ini dibahagikan kepada enam bab tidak termasuk pendahuluan dan
penutupnya.Seperti buku karangan penulis terdahulu iaitu Bila Allah Menduga
Kita,buku ini turut diselang-selikan dengan kisah benar berkaitan topik yang
dibincangkan.Penulis juga meletakkan ayat al Qur'an serta hadith yang bersesuaian dengan
pengkisahan serta puisi yang bersesuaian dalam buku ini.Selain memasukkan pengalaman
sebilangan orang yang pernah berdepan dengan masalah- masalah besar dalam hidup
mereka,penulis turut tidak lokek berkongsi pengalamannya sendiri.Ini bersesuaian dengan
perbidalan yang menyatakan pengalaman adalah guru yang terbaik.
Pada bab pertama buku ini menghuraikan bagaimana cara kita melihat masalah.Bab
ini menghuraikan cara untuk mengenalpasti masalah.Ia menjelaskan kepada kita
kebiasaannya apabila dilanda masalah emosi seperti marah,sedih kecewa,tekanan dan
sebagainya akan muncul secara spontan.Kita perlu bijak mengawal emosi kerana emosi yang
berlebihan boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan.Kita perlu memahami bahawa
masalah dan ujian hidup sama seperti nikmat dan kesenangan iaiatu sebahagian daripada
ketetapan Allah yang sering mendatangi kita.Lantas kita sepatutnya berusaha agar berjaya
mengawal emosi dengan baik samada masalah itu berpunca kehilangan tahap peribadi,
hubungan mahupun impian.Pendek kata, jangan terlalu bersedih atas faktor kehilangan
yang bersifat material dan fizikal tapi khuatirlah jika yang hilang itu adalah iman dan
kekuatan rohaniah.

Bab yang kedua pula berkongsi dengan kita betapa Yang Lebih Penting Adalah Tindak
Balas Kita.Apapun masalah yang kita hadapi dalam melalui hidup ini tidak sepenting
bagaimana tindak balas kita terhadap masalah tersebut.Ini menekankan bagaimana masalah
sebenarnya bersifat relatif.Relatif di sini merujuk kepada bagaimana cara kita memandang
dan bertindak balas ke atasnya.Walaupun sesetengah buku psikologi menyatakan masalah
bersifat neutral atau sebahagian yang lain menyebut masalah bersifat negatif,namun penulis
menerangkan masalah bersifat relatif.Dua orang yang menghadapi masalah yang serupa
mungkin memandang masalah tersebut dengan dua cara yang berbeza.Walaupun
kebanyakan masalah yang kita hadapai sehari-hari mempengaruhi hidup kita,tetapi tindak
balas kita terhadap masalah itu jauh lebih banyak menentukan keadaannya samada baik
atau sebaliknya.Oleh itu kita sangat memerlukan kekuatan spiritual dengan mengubahnya
menjadi sesuatu yang lebih positif.
Bab ketiga merujuk kepada Mengambil Manfaat daripada Permasalahan Hidup. Bab
ini menerangkan betapa masalah mempunyai banyak manfaat.Sebenarnya masalah sangat
diperlukan dalam hidup ini(TIDAK TERMASUK MASALAH YANG DICARI).Masalah
dapat menjadikan kita insan yang lebih bersungguh-sungguh,lebih kuat,lebih banyak
belajar,lebih tekun,lebih menghargai kesenangan,boleh berempati terhadap orang lain yang
sakit atau kekurangan,boleh menjadi penghapus dosa,boleh menjadi sedekah, boleh
mendekatkan diri lebih lagi terhadap Allah.Membaca pengalaman penulis yang melalui
pelbagai kesusahan dalam menghasilkan buku Bila Allah Menduga Kita yang beberapa
kali sebelumnya ditolak memberi satu keinsafan yang besar.Pelbagai rintangan yang dilalui
penulis sebelum buku tersebut akhirnya menjadi Best Seller book di rangkaian kedai buku
MPH dan Popular.Sehingga kini, buku tersebut sudah diulang cetak beberapa kalih dan saya
sendiri dapat melihat dengan jelas ia masih menjadi buku pilihan di MPH dan Popular.Apa
akan jadi kalau penulisnya berputus asa?Mungkin kita sendiri tidak dapat membaca buku
tersebut apatah lagi untuk mengambil pengajaran daripadanya dan mustahil juga jika
penulis tidak bersungguh-sungguh menjadikan buku tersebut menarik perhatian
pengunjung toko-toko buku dalam keadaan ratusan buku yang dicetak setiap tahun.
Bab Empat menghuraikan soal Ubat Paling Mujarab.Sungguh!Ubat yang paling mujarab
untuk semua masalah dan ujian yang kita lalui adalah kesabaran.Walaupun kebanyakan
manusia akan cenderung untuk mengeluh dan berputus asa,namun kedua-dua sikap itu
tidak mampu mengubah atau membantu sama sekali bahkan mungkin kekusutan yang kecil
menjadi semakin besar.Dalam menghadapi musibah atau masalah, kita dianjurkan supaya
bersangka baik dengan Allah dan bersabar.Itulah cara bagi mengatasinya.Biarpun
sesetengah orang berpandangan bahawa sifat sabar adalah pasif dan menunjukkan
ketidakupayaan, hakikatnya ia adalah satu kekuatan yang aktif dan mampu meneutralkan
musibah serta meraih apa yang diinginkan.Ringkasnya,orang yang sabar memiliki
kecerdasan emosi yang sangat tinggi dan kesabarannya itulah kekuatan yang tidak semua
orang dapat memilikinya.
Bab lima pula menyebut Kita memang Sering Menemui Masalah.Dalam bab ini
kesabaran masih menjadi topik penting.Kita disarankan supaya bersabar dalam menghadapi
keadaan tidak menyenangkan yang sudah terjadi dalam masa yang sama kita perlu sabar
dalam mencapai keadaan yang dicita-citakan.Setiap masalah yang kita hadapi perlu
diselesaikan dengan sabar agar tidak berkembang menjadi sesuatu yang lebih buruk.Biarkan
yang telah berlalu dan fokuskan perhatian pada yang ada di hadapan kerana kita tidak dapat
mengubah apa-apa yang sudah terjadi.Yang dapat kita lakukan adalah bersabar dan
menerima seadanya tanpa keluhan.
Pada bab akhir iaitu bab Enam:Allah Lebih Mengetahui mengajak kita sama-sama

mengatasi masalah hidup dengan usaha dan doa.Ini merupakan cara yang sangat efektif
untuk menghadapi permasalahan dan untuk mencapai suatu tujuan.Apapun usaha dan doa
memerlukan kesabaran.Apapun yang kita lalui dlaam hidp ini Allah lebih Mengetahui.Siapa
kita untuk mempersoalkannya?Marah- marah jika melalui ujian samalah seperti
menyalahkan Tuhan.Na'uzubillah min Zalik.
Akhir sekali pada bahagian penutupnya penulis menekankan bahawa masalah dan
ujian,tidaklah seburuk yaang disangka selama ini.Cara kita memandang masalah itu dan
apakah tindakan kita dalam mencari solusinya lebih utama.Usaha kita dalam melalui ujian
dan musibah adalah dengan sentiasa berdoa dan berusaha.Pandanglah masalah dari satu
sisi yang terlindung,insyaAllah keluh-kesah tidak akan muncul.Belon emosi dapat
dikempiskan dengan baik dan masalah tersebut sesekali penting untuk kita lebih
menghargai makanan yang enak saat kita terpaksa menjamu kentang rebus sahaja.Pada
masa yang sama kita tidak boleh menyebut masalah adalah sesuatu yang neutral kerana itu
tidak adil bagi orang yang sedang melalui masalah itu,tetapi kita boleh sifatkan masalah
sebagai relatif atau subjektif kerana masalah perlu dibezakan atas pandang sisi orang yang
menghadapinya.Apapun yang berlaku,Senyumlah...apapun masalahmu ia pasti akan berlalu.
Cadangan:
Buku ini juga sangat sesuai dijadikan hadiah buat teman-teman.Buku ini sesuai dijadikan
bahan bacaan umum terutama di kalangan pelajar dan pesakit.Saya juga berharap pihak
penulis atau penerbit memperbanyakkan genre sebegini dan dijadikan hadiah atau bacaan
umum di wad-wad pesakit.Pada pengalaman saya ketika terlantar di rumah sakit,
kebanyakan buku dan majalah yang saya lihat didermakan atau disediakan adalah inisiatif
petugas hospital dan kebanyakannya bersifat hiburan dan kurang bermanfaat.Pada hemat
saya,buku motivasi sebegini pun sesuai dihadiahkan di pusat-pusat perubatan mahupun
hospital terutama bagi mereka yang perlu melalui tempoh yang lama di hospital.Ini bukan
sekadar dapat memenuhi masa senggang mereka dengan lebih baik,bahkan dapat memberi
semangat dan motivasi pada mereka.Terima kasih buat penulis buku ini dan semua krew
penerbitan.Allah sahaja yang selayaknya membalas budi baik kalian mengusahakan buku
bernilai seperti ini.
Di sebaliknya:
Buku Supaya Gelisah Bernilai Ibadah adalah terjemahan dari judul"Agar Gelisah Bernilai
Ibadah" yang ditulis oleh Prof Dr.Soeharso.Penulis terjemahan ialah Dr Ibrahim Fiqhy.Buku
setebal 177 halaman ini diterbitkan oleh Kemilau Publika Sdn Bhd.Ia boleh diperolehi di
rangkaian kedai buku Popular.Harganya RM15.00(bagi bukan ahli Popular)
Istimewa:
Selain buku ini diterjemah daripada bahasa Melayu Indonesia,buku initurut mengambil
pandangan sisi:TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.Buku ini merupakan karya yang memberi
pesan bagi mereka yang dilanda gelisah dan gundah.Dalam buku ini turut dipaparkan
metode Islami atasi Depresi.
Ringkasan Pandang sisi TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat:
Dalam bahagian pandang sisi atau kata penghantar oleh TG,beliau menerangkan tentang
keperluan kita sebagai hamba Allah untuk memahami bahawa hidup ini penuh dengan
rahsia dan hikmah.Apapun yang menimpa kita adalah satu kepastian bahawa kehidupan kita
dilingkari kehendak qada' dan qadar Allah.Maka,kita sewajarnya yakin bahawa semua yang
berlaku adalah di bawah pengetahuan Allah.
Orang yang beriman sewajarnya yakin bahawa semua ujian yang dilaluinya adalah daripada

Allah.Antara tujuan manusia diberi ujian adalah untuk membezakan antara orang yang
beriman dengan orang yang kurang beriman.Maka sebagai orang yang beriman,apabila
ditimpa apa-apa ujian kita perlu segera sedar semuanya daripada Allah dan kembali
kepadaNya dalam melalui ujian-ujian tersebut.
Di dalam Surah Al-Ankabut ayat 2=3 Allah menempelak mereka yang tidak tahan dengan
ujianNya yang sedikit berbanding nikmatNya yang melimpah-ruah:
"Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan (begitu sahaja
dengan)mengatakan:Kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji
lagi.Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta".

Melalui ayat di atas dapat difahami bahawa Allah SWT menguji hambaNya bagi
membezakan di antara mereka yang beriman dengan mereka yang kurang beriman.Sebagai
orang yang beriman,yakinlah bahawa segala ujian adalah ketentuan daripada Allah
SWT dan segera kembali kepadaNya.Dalam pandang sisi tersebut TG menurunkan
sebahagian daripada doa yang boleh membantu dan memujuk hati yang gelisah dalam
berhadapan dengan situasi getir yang merunsingkan.
Sebagaimana yang dimaklumkan,salah satu tujuan ujian ialah bagi mengasingkan atau
membezakan antara mereka yang beriman dan yang kurang beriman.Maka sebagai orang
yang beriman,kita perlu perlu segera ingat kepada Allah dan kembali
kepadaNya apabila ditimpa musibah.Dengan kembali kepada Allah,kita sudah berada pada
landasan keimanan dan ia merupakan satu ibadah.Sewajarnya orang yang beriman
mengambil kesempatan di atas kegelisahan dan kesedihannya dalam melalui musibah
dengan menggantikannya dengan kebijaksanaan iaitu dengan mengingati Allah SWT.
Orang yang beriman wajar mengadu kepada Allah SWT tatkala didatangi musibah.Ini
kerana Allah sahaja yang dapat melapangkan kembali serta mendengar pengaduan
hambaNya.Mungkin benar boleh meluahkan kepada manusia,tetpai kadarnya adalah
terbatas kerana kudrat manusia untuk membantu dan meghilangkan kegelisahan itu juga
terbatas.
Adalah menjadi satu langkah yang baik apabila seseorang hamba diuji,beliau merenungkan
dan mebandingkan ujian yang dihadapi oleh para Nabi dan rasul yang jauh lebih teruk dan
dahsyat.Ada yang ditimpa kelaparan,kehilangan ahli keluarga dan sanak-saudara yang
ramai,diuji dengan penyakit yang kronik,dicampak ke api,dihumban ke
perigi,difitnah,diboikot dan lain-lain lagi.Maka,apabila orang yang beriman
merenungnya,hati mereka akan lebih tenang dan gelisah tadi bertukar menjadi
ibadah.
Sebagai orang yang beriman,kita juga perlu sedar bahawa Allah menguji bukan kerana Dia
membenci hambaNya,tetapi ujianNya itu sebagai tanda hamba tersebut dirahmati dan Allah
memberi peluang baginya untuk bersabar.Sabar itulah yang bernilai ibadah.Hatinya
menjadi lapang menerima ketentuan kerana yakin bahawa itu tanda perhatian dan
kasihsayang Allah SWT.
Ringkasnya,penerimaan hamba tentang musibah yang menimpanya,yang membuatkan
hatinya gelisah adalah bergantung kepada ilmu dan kefahamannya.Ilmu memerlukan usaha
dan usaha pula perlukan keikhlasan.Tanpa keikhlasan pertolongan Allah dalam melalui

kegelisahan tersebut dengan tenang,amat payah.Itulah yang menyebabkan ada yang keliru
sebelum,semasa dan sesudah dilanda musibah.Alangkah rugi bagi mereka yang ditimpa
musibah dan tidak ingat kepada Allah dan musibah tidak memimpinnya untuk
beribadat.
Buku ini mengupas tentang kesedihan,ketidakmampuan hamba menghadapi musibah dan
menguasai suasana.Turut dipaparkan bagaimana merubah kesedihan tersebut menjadi
ibadah.Ia turut menasihatkan supaya orang yang bersedih tidak terlalu meratap masa lalu
kerana ia tidak akan berulang lagi.Sewajarnya orang yang diuji lebih aktif dan menggunakan
masa lapangnya dengan baik supaya tidak memberi ruang untuk syaitan mengganggunya
dengan meratapi nasib dan musibah yang menimpa.Dengan itu,kita akan menjadi insan
yang tabah dan tidak akan mengalami tekanan jiwa untukl selama-lamanya.
Sedih yang timbul boleh menyebabkan fikiran dan jiwa kacau dan keliru.Kita perlukan cara
yang tepat untuk menguasai keadaan tersebut supaya tidak terlalu lama dikepung rasa sedih
dan gelisah.Buku ini membantu kita dalam mengatasi kesedihan.Kegelisahan dan kesedihan
boleh bertukar nilainya kepada ibadah jika kita melihatnya dengan ilmu dan
kefahaman.Mudah-mudahan gelisah bertukar menjadi ibadah,membimbing fikiran yang
kacau,meluput sedih yang berputik,insyaAllah.

Anda mungkin juga menyukai