Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS BUKU KELUAR DARI TEMPURUNG

Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan

Tajuk         : KELUAR DARI TEMPURUNG


          Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan
Pengarang : Ahmad Faizal Mohamed Yusup
Terbitan    : Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd
Genre        : Motivasi

Buku ini secara umumnya ditujukan kepada golongan remaja dan


dari tajuknya Keluar Dari Tempurung ia menunjukkan yang pengarangnya
mengajak kita keluar dari tempurung yang membelenggu diri kita tanpa
kita sendiri sedari.

Menurut penulis buku ini, bangsa melayu datang dari China Barat
lebih seribu tahun dahulu dan mendiami seluruh Kepulauan Melayu dan
kemudian menjadi bangsa-bangsa yang kita kenali sekarang. Pedagang-
pedagang India yang berdagang ke sinilah yang telah membawa agama
Islam ke Tanah Melayu dipercayai dibawa ke tanah melayu seawal kurun
ke 13.

Dia juga mempersoalkan sekiranya benar bangsa melayu berasal


dari keturunan Cina sudah pastinya kita merupakan bangsa yang rajin
atau mungkinkah kita merupakan bangsa Cina yang dibuang daerah
kerana kemalasan?

Apa yang ingin diperkatakan ialah dimanakah bermulanya


keturunan melayu yang pemalas yang tidak mempunyai daya saing.
Kebanyakan kita mahukan kerja yang kurang dan ganjaran yang banyak.
Kebanyakan kita hanya tahu untuk membuang masa, berkhayal, merasai
cukup dengan apa yang ada, menyalahkan takdir dan sebagainya.
Menurut kata lagenda Hang Tuah "tak melayu hilang di dunia" mungkin
akan hilang kebenarannya kerana globalisasi atau dalam erti kata lain
dunia tanpa sempadan akan mengalahkan kita kerana sikap kita sendiri. 

Kemudian beliau menekankan, walaupun 93 peratus daripada


rakyat di negara ini boleh membaca namun tidak ramai yang
menggunakan ilmu yang ada ini ke tahap yang membanggakan. Wang
yang diketepikan untuk ilmu pengetahuan tidak sampaipun 5% daripada
pendapatan. Itupun digunakan untuk membeli akhbar harian. Ada pula
yang sibuk mencari pengetahuan-pengetahuan sama ada dalam bidang
keagamaan, kewangan, sosial dan banyak lagi. Buku-buku yang dibeli
kebanyakannya berdasarkan bagaimana untuk mencari kebahagiaan
hidup, menjadi cemerlang, ketenteraman jiwa, menjadi kaya dan
sebagainya. Ini dilakukan dengan harapan dengan ilmu itu kita akan
dapat mengubah cara hidup kita kepada yang lebih baik. Memang tidak
dinafikan.

Namun sebenarnya buku ini lebih menekankan kepada ilmu yang


paling asas adalah kesedaran diri kita tentang segala kurnia yang ada
pada diri kita sendiri yang seakan tersembunyi. Katanya, kita sering
terperangkap memikirkan apa yang ada di luar sana yang boleh
membawa kebaikan pada kita. Jarang kita memikirkan tentang kebaikan /
kurnia yang diberikan Tuhan kepada setiap seorang daripada kita.
Kurniaan yang dimaksudkan ini ialah kurniaan masa, tenaga, akal fikiran,
pancaindera dan anggota.

Buku ini menghuraikan hal kurniaan tersebut, saranan akan cara


penggunaannya ke tahap yang optima dengan lebih jelas menggunakan
gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami.

Sebagai contoh dalam bab masa, beliau menekankan yang kita tak
perlu mengikut  saranan saintis Barat untuk tidur selama 8 jam setiap
malam kerana baginya ia satu pembaziran dan saranan beliau ialah untuk
tidur selama 4 jam semalam sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Daud
A.S. dengan itu menjimatkan 4 jam masa tidur sehari dengan masa
sedaryang boleh digunakan untuk tujuan produktiviti.

Kesimpulannya buku ini sesuai untuk memberikan pengisian dan


kesedaran yang mana sekiranya digunapakai boleh membawa kepada
perubahan sikap ke arah kehidupan yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai