Anda di halaman 1dari 2

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK SERDANG, UPM SELANGOR Kod Sekolah : BBA 8205

1 Nama Guru NORZIEWATI BINTI YAHAYA


KELUAR DARI TEMPURUNG
3 Judul PEMBENTUKAN DIRI KE ARAH 3 Bidang Motivasi
KECEMERLANGAN
4 Bil M/S 134
Utusan
Publications and
5 Terbitan Distributors Sdn
6 Pengarang AHMAD FAIZAL MOHAMED YUSUP
Bhd

Menurut penulis buku ini, bangsa melayu datang dari China Barat lebih
7 Sinopsis seribu tahun dahulu dan mendiami seluruh Kepulauan Melayu dan kemudian
menjadi bangsa-bangsa yang kita kenali sekarang. Pedagang-pedagang India
yang berdagang ke sinilah yang telah membawa agama Islam ke Tanah
Melayu dipercayai dibawa ke tanah melayu seawal kurun ke 13.

Dia juga mempersoalkan sekiranya benar bangsa melayu berasal dari


keturunan Cina sudah pastinya kita merupakan bangsa yang rajin atau
mungkinkah kita merupakan bangsa Cina yang dibuang daerah kerana
kemalasan? Apa yang ingin diperkatakan ialah dimanakah bermulanya
keturunan melayu yang pemalas yang tidak mempunyai daya saing.
Kebanyakan kita mahukan kerja yang kurang dan ganjaran yang banyak.
Kebanyakan kita hanya tahu untuk membuang masa, berkhayal, merasai
cukup dengan apa yang ada, menyalahkan takdir dan sebagainya. Menurut
kata lagenda Hang Tuah "tak melayu hilang di dunia" mungkin akan hilang
kebenarannya kerana globalisasi atau dalam erti kata lain dunia tanpa
sempadan akan mengalahkan kita kerana sikap kita sendiri.

Buku ini menekankan, walaupun 93 peratus daripada rakyat di negara


8 Nilai Pengetahuan / ini boleh membaca namun tidak ramai yang menggunakan ilmu yang ada ini
Pengajaran ke tahap yang membanggakan. Wang yang diketepikan untuk ilmu
pengetahuan tidak sampaipun 5% daripada pendapatan. Itupun digunakan
untuk membeli akhbar harian. Ada pula yang sibuk mencari pengetahuan-
pengetahuan sama ada dalam bidang keagamaan, kewangan, sosial dan
banyak lagi. Buku-buku yang dibeli kebanyakannya berdasarkan bagaimana
untuk mencari kebahagiaan hidup, menjadi cemerlang, ketenteraman jiwa,
menjadi kaya dan sebagainya. Ini dilakukan dengan harapan dengan ilmu itu
kita akan dapat mengubah cara hidup kita kepada yang lebih baik. Memang
tidak dinafikan.
Namun sebenarnya buku ini lebih menekankan kepada ilmu yang
paling asas adalah kesedaran diri kita tentang segala kurnia yang ada pada
diri kita sendiri yang seakan tersembunyi. Katanya, kita sering terperangkap
memikirkan apa yang ada di luar sana yang boleh membawa kebaikan pada
kita. Jarang kita memikirkan tentang kebaikan / kurnia yang diberikan Tuhan
kepada setiap seorang daripada kita. Kurniaan yang dimaksudkan ini ialah
kurniaan masa, tenaga, akal fikiran, pancaindera dan anggota.

Buku ini banyak menyalurkan bab masa, beliau menekankan yang kita tak
9 Aplikasi Ilmu Dalam perlu mengikut saranan saintis Barat untuk tidur selama 8 jam setiap malam
Organisasi / P&P kerana baginya ia satu pembaziran dan saranan beliau ialah untuk tidur
selama 4 jam semalam sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Daud A.S.
dengan itu menjimatkan 4 jam masa tidur sehari dengan masa sedar yang
boleh digunakan untuk tujuan produktiviti. Dengan erti lain, guru dan murid
diperuntukkan tidur selama beberapa jam sahaja dan boleh menggunakan
beberapa jam lagi untuk beribadah seperti solat sunat tahajjud untuk
memohon keampunan kepada yang Maha esa.
Kesimpulannya buku ini sesuai untuk memberikan pengisian dan kesedaran
yang mana sekiranya digunapakai boleh membawa kepada perubahan sikap
ke arah kehidupan yang lebih baik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

. .
( NORZIEWATI BINTI YAHAYA ) (ABDUL RAHIM BIN SHAHUDDIN)

Anda mungkin juga menyukai