Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK DUSUN NANDING Kod Sekolah: BBA4054

1
Nama Guru HAMIDAH BINTI YAHYA
.

2 ILMU KEHIDUPAN – RINGKAS


Judul 3. Bidang: ILMIAH
. TAPI SIGNIFIKAN

4 Tarikh
27 MAC 2020 5. Masa: 6 JAM
. Pembentangan
6 Tempat
-
. Pembentangan
7 Sinopsis
.
Buku ILMU KEHIDUPAN –RINGKAS TAPI SIGNIFIKAN ini adalah sebuah buku yang
ringkas, tapi mempunyai pengisian yang signifikan (pengisian yang penting).Buku ini
membawa pembaca untuk merenung diri, bagaimana kita menjalani dan menghabiskan
hayat di dalam dunia ini bagi menempuh alam akhirat yang kekal nanti,

Buku yang ditulis oleh lima orang penulis ini telah dibahagikan kepada tujuh bahagian
iaitu:

1. Mereka Yang Hampir


Setiap ahli keluarga, jiran tetangga dan tetamu yang bertandang sangat hampir
dengan kita.Namun, sejauh manalah kita menjaga hubungan itu.

2. Usahawan Akhirat
Jika kita mahu kaya lagi tenteram di dunia dan akhirat, maka berniagalah dengan
Allah kerana ia pastinya menguntungkan. Serba serbinya perlu mengikut
sunnatullah dalam setiap aspek kehidupan .

3. Di Hujung Senja
Senja adalah simbol kepada suatu kehidupan. Kitarannya berwarna-warni di
dunia yang bersifat hanya sementara. Dihujung senja tiba kehidupan pasti yang
ada titik noktahnya bagi seseorang bergelar manusia.

4. Hadis dan Amalan


Tiadalah suri teladan yang paling sempurna melainkan teladan akhlak dan
perbuatan Rasulullah S.A.W.Contohilah Baginda kerana ia pasti akan membawa
kemenangan di akhirat nanti.
5. Allah Maha Esa
Manusia adalah umpama cermin yang sempurna untuk memantulkan segala sifat
keagungan dan keindahan Allah Taala. Di kala seorang hamba hampir putus
harapan dan pergantungan kepada makhluk lain, maka penawarnya adalah
kembali kepada Allah Taala.

6. Hidup Ini Indah


Sesungguhnya hidup kita ini indah andainya kita berusaha ke arah itu. Kita juga
perlu memperbaiki kelemahan diri dan hubungan kita sesama masyarakat
sekeliling.

7. Nota Hati
Renungilah kekhilafan diri dan kisah lampau, lalu perbetulkan kesilapan diri
dengan memohon keampunan daripada Allah Taala.

8 Nilai Pengetahuan / Pengajaran


.
Buku ini mengingatkan diri kita sebagai manusia biasa yang tidak lari dari melakukan
kesalahan dan kesilapan atas kekhilafan diri kita sendiri. Ia juga mengajak kita merenung
setiap yang terjadi pasti ada punca dan permasalahannya. Kita diajak untuk kembali
kepada Tuhan Yang Berkuasa iaitu Allah Taala agar segala kekusutan itu dapat
dileraikan dan hubungan kita sesama manusia juga dapat diperbaiki.

9 Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


.
Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat dan fikiran manusia dari sikap negatif kepada sikap positif. Kita diajar
berpegang teguh kepada ajaran Nabi Muhammad S.A.W dengan menjadikan kisah nabi
sebagai teladan dan pengajaran dalam kita mengharungi hidup ini. Dengan adanya sikap
positif dalam diri, kita dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah seterusnya
dengan makhluk lain di muka bumi ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( HAMIDAH BINTI YAHYA ) ( )

Anda mungkin juga menyukai