Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK NIBONG TEBAL Kod Sekolah: PBA4003

1. Nama Guru HAMSAH BINTI MAT SIDEK

2. Judul TENANG ADA DI SINI 3. Bidang: Pendidikan Ilmiah

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Latar penulisan buku ini ialah tentang pentas kehidupan. Nukilan penulis ini mampu mendidik
hati, bermain dengan perasaan halus dan menggerakan pancaindera lahiriah untuk menangkap
isyarat-isyarat yang datang daripada Allah. Membaca karya ini juga seperti membaca karya novel
tanpa pelakon utama kecuali bermonolog dengan diri sendiri. Yang paling terkesa di hati kita,
mereka yang zuhud ini ialah penghuni syurga! Inilah dunia daripada kaca mata seorang ahli
akhirat. Bagi mereka, kehidupan mereka di dunia ialah lambang keindahan hidup bersama Allah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mampu memberi kesedaran kepada penghuni duniawi tentang erti kehidupan seharian
yang di lalui. Setiap permasalahan kehidupan dengan setiap yang berlaku mesti berakhir dengan
penyelesaian.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Secara keseluruhannya buku ini banyak mengupas perkara berkaitan ketenangan dan kaitannya
dengan revolusi ketamadunan. Pengarang sekali lagi memukau dan membawa pembacanya
berfikir sejenak tentang isu-isu dan perubahan dalam struktur ketamadunan itu menurut perilaku
dan pemikiran penghuninya. Jika penghuninya tenang, maka tamadunnya dilihat akan melalui
proses revolusi dengan tenang dan bersahaja.Begitulah pula sebaliknya.

            Seterusnya ialah tentang cinta dunia dan akhirat. Pengarang menegaskan bahawa
mencintai akhirat adalah penting namun ini tidak bermakna kita meminggirkan dunia. Dunialah
tempat untuk para manusia menanam amalan dan akhlaknya agar dapat dituai di akhirat kelak.
Ringkasnya, cintakan akhirat tetapi jangan pinggirkan dunia sementara cintakan dunia tetapi
jangan lupakan akhirat.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ............................................
HAMSAH BINTI MAT SIDEK ROSMANALIZA BT OSMAN

Anda mungkin juga menyukai