Anda di halaman 1dari 2

SK GUAR CHEMPEDAK

KBA9001
BORANG SINOPSIS BUKU
Nama Sekolah: SK GUAR CHEMPEDAK Kod Sekolah: KBA9001

1. Nama Guru YUSNITA BINTI YATIM

2. Judul PEMBENTUKAN DIRI KE ARAH 3. Bidang: MOTIVASI


KECEMERLANGAN 1

4. Pengarang AHMAD FAIZAL MOHAMED 5. Mukasurat : 176


YUSUP
6.
Terbitan UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS 2009

7. Sinopsis :
Buku ini secara umumnya ditujukan kepada golongan remaja dan dari tajuknya Keluar
Dari Tempurung ia menunjukkan yang pengarangnya mengajak kita keluar dari
tempurung yang membelenggu diri kita tanpa kita sendiri sedari.
Menurut penulis buku ini, bangsa melayu datang dari China Barat lebih seribu tahun
dahulu dan mendiami seluruh Kepulauan Melayu dan kemudian menjadi bangsa-bangsa
yang kita kenali sekarang. Pedagang-pedagang India yang berdagang ke sinilah yang
telah membawa agama Islam ke Tanah Melayu dipercayai dibawa ke tanah melayu
seawal kurun ke 13.
Dia juga mempersoalkan sekiranya benar bangsa melayu berasal dari keturunan Cina
sudah pastinya kita merupakan bangsa yang rajin atau mungkinkah kita merupakan
bangsa Cina yang dibuang daerah kerana kemalasan?
Apa yang ingin diperkatakan ialah dimanakah bermulanya keturunan melayu yang
pemalas yang tidak mempunyai daya saing. Kebanyakan kita mahukan kerja yang kurang
dan ganjaran yang banyak. Kebanyakan kita hanya tahu untuk membuang masa,
berkhayal, merasai cukup dengan apa yang ada, menyalahkan takdir dan sebagainya.
Menurut kata lagenda Hang Tuah "tak melayu hilang di dunia" mungkin akan hilang
kebenarannya kerana globalisasi atau dalam erti kata lain dunia tanpa sempadan akan
mengalahkan kita kerana sikap kita sendiri.
Kemudian beliau menekankan, walaupun 93 peratus daripada rakyat di negara ini boleh
membaca namun tidak ramai yang menggunakan ilmu yang ada ini ke tahap yang
membanggakan. Wang yang diketepikan untuk ilmu pengetahuan tidak sampaipun 5%
daripada pendapatan. Itupun digunakan untuk membeli akhbar harian. Ada pula yang
sibuk mencari pengetahuan-pengetahuan sama ada dalam bidang keagamaan,
kewangan, sosial dan banyak lagi. Buku-buku yang dibeli kebanyakannya berdasarkan
bagaimana untuk mencari kebahagiaan hidup, menjadi cemerlang, ketenteraman jiwa,
menjadi kaya dan sebagainya. Ini dilakukan dengan harapan dengan ilmu itu kita akan
dapat mengubah cara hidup kita kepada yang lebih baik. Memang tidak dinafikan.
Namun sebenarnya buku ini lebih menekankan kepada ilmu yang paling asas adalah
kesedaran diri kita tentang segala kurnia yang ada pada diri kita sendiri yang seakan
tersembunyi. Katanya, kita sering terperangkap memikirkan apa yang ada di luar sana
yang boleh membawa kebaikan pada kita. Jarang kita memikirkan tentang kebaikan /
kurnia yang diberikan Tuhan kepada setiap seorang daripada kita. Kurniaan yang
dimaksudkan ini ialah kurniaan masa, tenaga, akal fikiran, pancaindera dan anggota.
Buku ini menghuraikan hal kurniaan tersebut, saranan akan cara penggunaannya ke
tahap yang optima dengan lebih jelas menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan
mudah difahami.
Sebagai contoh dalam bab masa, beliau menekankan yang kita tak perlu mengikut
saranan saintis Barat untuk tidur selama 8 jam setiap malam kerana baginya ia satu
pembaziran dan saranan beliau ialah untuk tidur selama 4 jam semalam sepertimana
yang dilakukan oleh Nabi Daud A.S. dengan itu menjimatkan 4 jam masa tidur sehari
dengan masa sedaryang boleh digunakan untuk tujuan produktiviti.
Kesimpulannya buku ini sesuai untuk memberikan pengisian dan kesedaran yang mana
sekiranya digunapakai boleh membawa kepada perubahan sikap ke arah kehidupan yang
lebih baik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran:


1. Menyarankan kita tidak leka dengan kesenangan sebaliknya harud berusaha untuk
memajukan diri
2. Menyarankan kita tidak membazirkan masa sebaliknya mengisi masa dengan kerja
yang berfaedah
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P :
1. Tidak boleh berada dalam zon selesa yang negatif sebaliknya terus meningkatkan diri
dengan pelbagai bidang pengetahuan
2. Guna masa yang terluang di sekolah meningkatkan ilmu dalam bidang ICT lebih-lebih
ladi dengan pembelajarn e-learning

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. ........................................................
YUSNITA BINTI YATIM

Anda mungkin juga menyukai