Anda di halaman 1dari 3

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MOHD SHAM SALLEH BIN MOHD RASHIDI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : SEKTOR PERANCANGAN & PENGURUSAN PPD


(c) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca :

Bil Perkara Catatan


1. Tajuk Buku : ANEKDOT MADINAH BENAR DIA MAHA MENDENGAR
2. Pengarang : MUHD KAMIL IBRAHIM
3. Tahun diterbitkan : 2013
4. Diterbitkan oleh : GALERI ILMU SDN BHD
5. Sinopsis Buku Yang 1. Bisikan hati, benarkah kita merindui Madinah, masjid Nabawi iaitu merindui
Dibaca: Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda. Terbayang macam mana
manusia di Raudhah.
2. Dia lebih mengetahui kerinduan kita kepada Mekah dan Madinah. Melihat
kebesaran Allah hingga terasa kerdil di saf-saf solat dan kematian setiap kali
solat fardhu. Entah bila pula masa kita.
3. Harta adalah sementara tindakan untuk bermukim di Madinah adalah
keputusan terbaik Hanya dia yang mengetahui. BENAR DIA MAHA
MENDENGAR.
4. Pendapatan dan punca rezeki dari ALLAH. Melayan tetamu membawa rezeki.
Berserah pada ALLAH membuatkan hati tenang walaupun kesukaran semasa
di negara asing.
5. Sabar dan solat kunci penyelesaian masalah.
6. Mewakafkan diri kepada masyarakat adalah kerjaya yang memberi
ketenangan.
7. Berdoa dan berpuasa membuat diri terasa lebih bertenaga.

Ulasan:
Benar, DIA Maha Mendengar. Keyakinan yang lebih terpateri kukuh di hati sangat
teruji dengan pelbagai cabaran. Ujian Allah boleh tidak boleh diterima dengan
tenang hati. Maka yakinlah bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu ada hikmah
atau pengajaran yang tersendiri.

Kandungan buku ini lebih kepada kehidupan seharian penulis di Haram


(Madinah). Kehidupan harian yang biasa-biasa sahaja tetapi jika kita membuka
hati dan minda, pasti kita temui yang luar biasa di sebalik yang biasa-biasa itu.
Ternyata untuk beradaptasi dengan kehidupan baharu bukan mudah tetapi
kerana masa dan tujuan penulis berhijrah ke Haram adalah kerana Allah SWT
semata-mata, maka setiap ujian diterima dengan berlapang dada dan doa yang
tidak pernah putus.

Peringatan dan perkongsian amalan yang sangat signifikan juga turut menjadi
nadi buku ini. Amalan yang pada zahirnya nampak ringkas dan senang seperti
berdoa tetapi kadangkala kita terlupa untuk melakukannya.

6. Manfaat/ Tiga panduan yang boleh dijadikan contoh kepada kita sebagai pekerja iaitu
pengajaran yang SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS melakukan kerja seharian seperti berikut:
diperoleh daripada
buku yang dibaca: Sebelum melakukan kerja

Sebelum berkerja, tanyalah kepada hati apakah niat kita untuk berkerja pada hari
tersebut? Samada ingin mencari rezeki, membela nasib keluarga,berbakti kepada
masyarakat dan lain lain. Niat perlu supaya kita dapat fokus semasa memulakan
kerja dan ini adalah contoh-contoh niat yang baik. Namun begitu, niat tersebut
perlu bersekali dengan niat yang lebih khusus seperti ”aku bekerja untuk
mendapat rezeki yang halal kerana Allah SWT menuntutku mencari yang halal” .
Perkara ini juga terpakai kepada kepercayaan agama lain, bahawa pekerjaan baik,
menghasilkan hasil/rezeki yang baik. Rasulullah SAW menegaskan bahawa sebaik-
baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Pastikan
kerja itu adalah halal dan tiada unsur-unsur haram. Bagaimana menentukannya?
Tepuk dada tanya selera. Anda mungkin dapat mengaburi orang lain semasa
melaksanakan kerja dalam sambil lewa atau dengan baik, tetapi hakikatnya anda
tidak dapat menipu diri anda sendiri. Muhasabahlah……gaji tetap diterima
hujung bulan ya ..

Semasa Melakukan Kerja

Niat yang baik dan yang halal belum menjamin sesuatu pekerjaan dilakukan
dengan ikhlas.Kerja akan menjadi ikhlas apabila dilaksanakan dengan cara yang
terbaik(optimum). Maksud optimum ialah kita berkerja dengan penuh kemahiran
yang dimiliki,berilmu dan etika yang tinggi. Inovatif dan produktif tanpa memilih
hanya kerja yang ada nilai “self improvement”(ganjaran pangkat dan gaji. Malah
kita patut juga giat dalam kerja – kerja yang memberi nilai peningkatan nilai
murni dalam diri. Tidak terlalu berkira dengan tenaga dan masa serta senantiasa
bersedia untuk melakukan kerja –kerja sukarela dan khidmat masyarakat.

Selepas Melakukan kerja

Bagaimana sikap kita di akhir perkerjaan kita? Jika ditakdir kita berjaya
menyelesaikan tugas hari itu, hargai kawan-kawan sekerja yang mana membantu
dan berkerjasama dalam tugas.Nafikan segala kelebihan, usaha dan tenaga kita di
hadapan Tuhan, dengan merasakan semua itu tidak memberi kesan tanpa izin
dan bantuan-Nya. Semoga dengan itu, hari pekerjaan kita lebih bermakna dan
rezeki kelak diperolehi dirasai keberkatannya, untuk dikongsi bersama keluarga
dan anak-anak.
Jika kita dapat laksanakan ketiga-tiga perkara tersebut, ia akan menghasilkan dua
bentuk tamadun.
Pertama tamadun rohani – wargakerja akan menjadi lebih baik akhlak dengan
keperibadian yang unggul .
Kedua,tamadun material yang mana diri ,majikan atau masyarakat akan
memperolehi kemajuan dan pembangunan fizikal.
Justeru, jangan kita berkira dengan kerja. Kita mesti sentiasa ikhlas dan bersedia
berkorban untuk perkhidmatan, sebagaimana kita bersetuju menandatangani
Aku Janji pada mula-mula kita melapor diri dahulu.

7. Tandatangan:

Anda mungkin juga menyukai