Anda di halaman 1dari 17

 

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

PENGENALAN 

Ungkapan keseronokan berkerja  dapat diertikan sebagai


 perihal perasaan yang menyenangkan, menyedapkan hati apabila
melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab yang diberikan.
Perkhidmatan berkualiti  pula mempunyai beberapa ciri antaranya;
memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan penuh budi bahasa
dan sopan santun, cepat serta tepat masa; Menjalankan tugas dengan
 penuh amanah, adil serta peka kepada kehendak pelanggan. 
 Keseronokan bekerja merupakan
tonggak ketiga dari dua belas
tonggak yang perlu diamalkan oleh
semua kakitangan awam di semua
 peringkat organisasi. 

1
 

TUNGG AK 12
TUNGG AK NOMB OR 3 : K eseronokan Bekerja 

Amalan Positif Amalan Negatif


-Menganggap kerja sebagai ibadat -Menganggap kerja sebagai beban
-Mempunyai Inisiatif sendiri -Tidak diberi masa yang cukup
-Menghasilkan sesuatu yang -Tidak diberi tanggungjawab yang
berfaedah mencabar
-Sedia memberi kerjasama -Tidak dipercayai dan selalu
dicurigai
-Hanya menunggu arahan sahaja.

2
 

Keseronokan berkerja dihuraikan seperti berikut;


Sejak zaman berzaman kerja ialah satu tugas yang perlu dilakukan untuk
hidup sama ada membanting tulang ataupun memeras otak. Kerja
 bukanlah sesuatu yang ringan, malah bagi kebanyakan mereka
 yang bekerja itu merupakan perlakuan yang tiada hujungnya.   Namun
 begitu, jika kita mengambil pendirian yang optimistik kita boleh menjadikan
kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokan. 

Pertama, bekerja hendaklah


dijadikan suatu ibadah kerana
ibadah itu membawa ganjaran. 

Kedua, kerja itu hendaklah dijadikan


cabaran yang memerlukan bukan saja
daya usaha malah pemikiran dan
kreativiti anda. Ia merupakan sumbangan
 yang hendaklah dikaitkan dengan
kebajikan untuk masyarakat dan negara.
Dengan sendirinya kita akan merasa puas
kerana sumbangan kecil itu telah berjaya
Ketiga, jika kerja itu kita membangunkan negara.  
anggap domain kita atau
pengkhususan kita, maka
dengan sendirinya kita
menjadi pakar yang
diiktiraf.
3
 

4
 

 Antara  nilai keseronokan bekerja  adalah berdasarkan empat


fokus amalan positif, iaitu kerja sebagai ibadat, kerja dengan
inisiatif sendiri, komitmen terhadap kerja dan memberi
kerjasama.

Kerja sebagai ibadat  dapat menjadikan kita manusia yang berkerja


 bersungguh-sungguh, bekerja dengan penuh dedikasi serta penuh iltizam.
Manusia yang menyedari bahawa apa yang dibuat adalah ibadat akan meletakkan
amanah, konsep dosa dan pahala didalam perbuatannya setiap hari. 

Sebagai seorang guru, membuat kerja dengan

inisiatif sendiri  membolehkan kita


menyelesaikan masalah pembelajaran anak
murid kita, disamping memberi peluang kepada
kita berkreatif dalam melaksanakan tugas kita
sebagai pendidik. Usaha ini sekaligus dapat
meningkatkan kemenjadian anak didik kita
dalam bidang akademik, kokurikulum dan
sahsiah.

5
 

Komitmen terhadap kerja   yang diberi, dapat memastikan usaha yang dibuat
mencapai piawai yang diperlukan terutama dalam kerja-kerja yang berkait
dengan pengurusan keraian dan perayaan sambutan budaya.

Persediaan yang mencapai atau


melepasi tahap piawai akan sentiasa
diiktiraf oleh pengurus-pengurus
atasan dan menimbulkan kepuasan
dan keseronokan dalam berkerja.

Memberi kerjasama adalah penting dalam pengurusan sesuatu


organisasi. Kerjasama yang diberikan akan cepat menyelesaikan tugas
 yang dilaksanakan serta dapat mengeratkan hubungan antara rakan
sebaya dalam organisasi. Pegangan nilai seperti yang dinyatakan di atas
telah dapat memandu serta membantu kita melaksanakan tugas kita
dengan berjaya serta menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti kepada
semua pelanggan kita serta pihak pengurusan atasan kita.

6
 

BENARKAH kunci kecemerlangan dalam organisasi itu


adalah keseronokan bekerja?

Ini mungkin ada kebenarannya :

a) Apabila gambaran keseronokan bekerja terhasil daripada sikap yang


ditunjukkan oleh para pekerjanya dalam bentuk keceriaan, ketenangan,
kegembiraan dan keselesaan.

 b) A pabila melaksanakan tugas seharian sehingga memberi kesan kepada


kerja yang berkualiti, peningkatan produktiviti dan mutu
perkhidmatan yang memuaskan.

Sudah tentu keseronokan bekerja yang dicapai inilah


akan menjadi nadi serta tonggak kepada kecemerlangan
organisasi. Slogan 'pekerja gembira adalah pekerja
yang produktif' seringkali dikaitkan dengan situasi di
mana pekerja yang menyukai atau berasa seronok
dalam kerjayanya 

7
 

Suasana kerja yang didukung oleh sikap dan


nilai keseronokan bekerja mampu
mewujudkan amalan positif yang
menjadikan kerja yang dibuat itu sebagai
ibadat, komitmen yang tinggi di kalangan
 pekerja, dapat menyuntik semangat seharian
 bekerja serta sedia bekerjasama antara
majikan dan pekerja. 

Hubungan baik ini juga mampu


menyelesaikan kerja secara bermuafakat dan
 bekerjasama. Pepatah Melayu menyebut,
'Bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat’  

Dalam keseronokan bekerja jangan kita lupa nasihat-menasihati rakan sejawat


dan budaya tegur-menegur (budaya menyeru ke arah kebaikan dan mencegah
kemungkaran) lakukannya secara berhikmah supaya rakan sejawatan dapat
menerima teguran dengan baik.

Apabila para pekerja berjaya mewujudkan suasana yang seimbang, dalam


kehidupan di tempat kerja secara tidak langsung ia akan memberi kesan baik juga
kepada kesihatan mental dan fizikal, pekerja tidak akan berasa tertekan apatah
lagi dalam memenuhi tuntutan hidup yang semakin mencabar.

8
 

HOW HAPPY DO YOU WANT TO BE AT WORK?

Ayat dalam gambar :

This is awful, but at least there’s impetus to change. 


This isn’t too bad, but people can be stuck here for years. 
More and more people choose this.

9
 

Apakah faktor yang boleh menyebabkan kita ceria


di tempat kerja?

  Kita seronok dengan kerja yang kita buat


  Bentuk suasana yang seronok
  Kita ceriakan orang
  Buang perkara yang menyebabkan kita tidak ceria
  Salam dan peluk rakan sekerja sebelum pulang

“Orang yang seronok tidak


semestinya senyum, tapi kalau
orang senyum dia mesti seronok” 

Bagaimana untuk ceria di tempat kerja :


  Mulakan dengan diri sendiri
  Ceriakan orang lain juga
  Cetuskan suasana yang ceria
  Raikan sesuatu

10
 

Bila kita seronok bekerja, kita akan :


  sihat mental dan fizikal
  mempamerkan air muka yang sangat-sangat ceria
  lebih produktif
  menjadi lebih kreatif
  senang berkawan, aura keseronokan memancar pada orang lain
   jadi lebih positif  

TIPS UNTUK KESERONOKAN BEKERJA 


Untuk kita yang bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang;
1. Relaks, Jangan terlalu serius. 
2. Jadikan kerja sebagai satu permainan. 
3. Ketawalah, ianya adalah pengikat kemesraan bersama. 
4. Bantulah orang lain, kita pasti seronok. 
5. Apabila kita seronok, kita menyeronokkan orang lain. 

“Setiap orang akan dapat mencapai


kejayaan dalam hal apa sahaja,
asalkan ia sangat menyukai pekerjaan
yang dilakukan.” 
Dr Fazdilah Kamsah 

11
 

7S : CARA-CARA UNTUK MENIMBULKAN RASA


KESERONOKAN DI TEMPAT BERTUGAS

7S di tempat kerja atau sekolah adalah seperti berikut :

1. Seronok
Kerjaku, Nikmatku 
 –  selalu mengingatkan diri sendiri betapa
 bertuahnya kita kerana mempunyai
 pekerjaan, sedang ramai lagi insan di
luar sana yang sedang
menunggu-nunggu peluang pekerjaan.
I work as hard as I can,
For as long as I can,
And the best I can,
EVERYTIME.

2. Senyum Datanglah bekerja dengan senyuman.


Senyum kepada semua orang tanpa
mengira pangkat dan darjat. Sekiranya
kita ingin dihormati oleh orang bawah
kita, kita juga terlebih dahulu perlu
menghormati mereka. Jangan kedekut
untuk memberi senyuman apabila
 bertemu sesama sendiri dan senyumlah
dengan penuh keikhlasan 

12
 

3. Sedekah
Banyakkan bersedekah. Bersedekah ini bukanlah dengan wang ringgit semata,
tetapi ia juga termasuk idea dan tenaga. Dalam mesyuarat atau perjumpaan, kita
 perlu rajin mengutarakan idea-idea yang baik. Sekiranya idea yang
disumbangkan itu diguna pakai ia akan menjadi satu sedekah yang berpanjangan.

Selain daripada itu ringankan tulang


membantu apa saja yang mampu kita
lakukan tanpa mengharapkan
balasan. Kita selalu bertanya apa
sumbangan organisasi kepada kita
tetapi jarang sekali bertanya apa
sumbangan kita kepada organisasi.

4. Silaturrahim 

Menjalinkan hubungan yang baik di


antara semua warga organisasi. Saling
mengambil berat dan bertimbang rasa.
Tetapi janganlah sampai menjadi “busy
body”. 

13
 

5. Sabar 
Sabar dengan setiap karenah. Mungkin sabar dengan karenah ketua kita atau
sabar dengan karenah anak buah yang pelbagai.

Manusia dijadikan berbeza warna dan


rupa, pastinya tingkah laku juga
berbeza. Jadikan perbezaan ini sebagai
rencah kehidupan dan sentiasa bersabar
sekiranya ia adalah sesuatu yang tidak
sealiran dengan jiwa kita.

6. Selawat dan Salam 


Berilah salam apabila bertemu dengan
rakan-rakan. Orang yang memulakan
salam diberikan lebih pahala
berbanding orang yang menjawab
salam.

7. Syukur Bersyukurlah atas segala nikmat yang kita


perolehi. Selalu sujud syukur. Jadikan
amalan bersyukur ini sebahagian dari
budaya hidup kita. Dengan bersyukur hati
kita akan selalu tenang, sebaliknya jika kita
fikirkan apa yang tidak diperoleh jiwa akan
 jadi sakit serta dipenuhi dengan perasaan
amarah dan dendam.
14
 

“Your work is going to fill a large part of


 your life, and the only way to be truly
 satisfied is to do what you believe is great
work, the only way to do gr eat work is to
love what you do”  
 Steve J obs

“Pekerja Cemerlang 
membawa kepada
kecemerlangan
Organisasi.” 

15
 

Jika ada kesilapan bahasa atau


kata-kata yang menyinggung perasaan.
Dengan ikhlas saya menyusun sepuluh jari,
mohon ampun dan maaf.
Sekian, terima kasih.

Jika anda memerlukan perkhidmatan daripada Sektor Psikologi dan Kaunseling, sila
hubungi kami :

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING


No. Telefon : 05-5015258
No. Fax : 05-5267945
e-mel : khadijah.mohd@moe.gov.

16

Anda mungkin juga menyukai