Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan Kod Sekolah: BBA


4005

1. Nama Guru

3. Bidang: Motivasi/
2. Judul Ya Allah Bersama Mu Aku
Keagamaan
Bahagia
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
Tempat
6.
Pembentangan
7. Sinopsis

Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama seorang penulis terkenal di
Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini
mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman
Allah s.w.t. & hadis Rasulullah s.a.w. Buku Ya Allah Aku Rindu Pada-Mu dipakejkan
secara bersiri, dan ia adalah buku yang pertama daripada 4 buah buku dalam siri ini.
Ya Allah Aku Rindu pada-Mu, mengumpulkan 13 topik berkenaan sifat syukur yang perlu
direvisi semula oleh setiap hamba Allah dan dikupas dengan santai oleh Ustazah Asma
Harun dan Ustaz Dwi Suwiknyo. Diselitkan juga dengan ‘Ustazah Nak Cerita’ daripada
Ustazah Asma Harun yang membongkar kisah-kisah benar dan memberikan impak luar
biasa kepada pembaca.

“Ya Allah, semakin jauh daripada-Mu, jiwaku semakin hampa, hatiku semakin gelisah
dan tidak ada lagi nikmat dalam ibadah.”
“Ampuni aku ya Allah kerana selama hidupku ini, aku belum mampu mengenal-Mu.
Seandainya Engkau masih memberikan kepada aku waktu, tentu aku ini mengenal-Mu,
serta ingin lebih dekat dengan-Mu. Ya Allah, aku rindu pada-Mu.”

Ya Allah, Aku Iri Hati dengan Mereka


Ya Allah, Betapa Sombongnya Aku
Ya Allah, Betapa Serakahnya Diriku
Ya Allah, Aku Suka Terburu-buru
Ya Allah, Aku Terlalu MudahProtes
Ya Allah, Aku Terlena Dek Pujian Manusia
Ya Allah, Bilakah Doaku akan Termakbul?
Ya Allah, Adakah Aku Terlalu Boros?
Ya Allah, Hadiah-Mu Sungguh Mengejutkan
Ya Allah, Anugerah-Mu Begitu Besar
Ya Allah, Izinkan Aku Menjadi Kaya
Ya Allah, Aku Ingin Jadi Orang Terkenal
Ya Allah, Begitu Berharganya Waktuku

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1) Iri hati yang dibenarkan dalam Islam ialah iri hati dalam kebaikan iaiatu iri hati
terhadap mereka yang kaya dan dermawan, mereka yang memiliki ilmu dan
menyebakannya, mereka yang beribadah dan kekal istiqamah. Bahkan kita juga sangat
iri hati kepada mereka yang menghabiskan usia dengan menyebarkan manfaat kepada
ramai orang, mereka yang sudah lama pergi namun karya mereka masih kekal memberi
inspirasi kepada ramai orang menjadikan pahala terus menerus mengalir.
2) Jauhilah sifat sombong dan bangga diri dengan kelebihan ang ada. Jadilah orang
yang rendah diri, jauhi sifat suka berdebat, mampu menjaga lisan tidak bercakap kasar,
mampu menahan diri dari mengumpat dan mampu menjaga kaki dan tangan dari
memukul dan menendang.
3) Jangan terlalu leka dan terlena dengan pujian manusia.
4) Sentiasa menepati waktu, orang yang berjaya ialah orang yang menggunakan masa
dengan optimum dan melakukan sesuatu yang tidak diminati oleh orang yang gagal.
Orang hebat adalah
Orang yang bersedia melakukan sesuatu sekarang juga. Orang yang malang ialah orang
yang hari-harinya diisi dengan kekecewan dan suka menanguh-nangguhkan pekerjaan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Selaku pendidik dan kakitangan awam, kita hendaklah sentiasa menjaga dan menepati
waktu terutamanaya ketika waktu pdpc. Jangan jadi pencuri masa. Dengan itu la
diwujudkan peraturan dan buku MMI di setiap bilik darjah. Guru-guru dan kaki tangan
awam juga hendaklah jangan suka menangguh-nangguhkan kerja yang sepatutnya
dilakukan pada hari ini. Demikian juga, para guru janganlah iri hati dengan pencapaian
rakan sekerja dan menjadi orang harapan di sekolah serta anugerah APC kepada rakan-
rakan yang cemerlang. Di samping itu dengan membaca buku ini menyedarkan saya
tiada dapat yang membahagiakan saya kecuali Allah. Berlapang dada dengan takdir
yang menimpa. Yakinlah Allah sudah menerima usaha kita mendidik anak-anak murid
supaya menjadi insan soleh. Sekian

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................. ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai