Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK JALAN HAMILTON
1.

Nama Guru

2.

Judul

4.

Tarikh Pembentangan

6.

Tempat Pembentangan

7.

Sinopsis

Kod Sekolah: PBA 1016

ZALEHA BINTI AHMAD


MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

3. Bidang: MOTIVASI
5. Masa:

Buku ini memberikan motivasi kepada para pembaca supaya percaya bahawa rezeki yang kita
perolehi setiap hari datangnya daripada Allah S.W.T. Sebagai hamba kita diajar supaya sentiasa
berusaha dan mencari rezeki yang halal.Re zeki yang dicari melalui jalan yang halal akan
menjadikan rezeki kita semakin melipah ruah dan menjadikan kita hamba yang sentiasa
bersyukur. Buku ini juga memberikan motivasi dan tunjuk ajar bagaimana cara untuk menjemput
rezeki dengan amalan-amalan yang soleh. Buku ini juga mengajar para pembaca supaya
ringankan tangan untuk sentiasa bersedekah kerana bersedekah merupakan salah satu amalan
yang menjadikan rezeki kita sentiasa murah dan menjadikan kita hamba yang tidak tamak dan
kedekut dengan harta yang kita perolehi. Buku ini juga mengajar kita untuk keluar dariapda
kesulitan hidup khususnya yang berkaitan dengan perihal rezeki.

8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini mengajar pembacanya selalu positif dengan rezeki yang datang. Pembaca diajar caracara menjemput rezeki yang melimpah-ruah dengan cara melakukan amalan-amalan yang
sewajibnya terutamanya selalu melakukan sembahyang dhuha dan amalan bersedekah. Dengan
keyakinan yang tinggi kepada Maha Pencipta, maka kita akan belajar sentiasa bersyukur dan
redha dengan setiap rezeki yang dikurniakan. Buku ini juga berupaya menjadi petunjuk dan
panduan kepada pembaca untuk melahirkan jiwa yang positif sehingga mencapai kejayaan.

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara membuka pintu rezeki jika kita berada di
dalam kesempitan hidu. Usaha dan ikhtiar akan membuahkan hasil jika kita percaya dan
bertawakal dengan Allah. Buku ini juga menyalurka idea untuk mengubah tabiat manusia
daripada negatif kepada positif. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab
seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral. Disamping itu, buku
ini mengingatkan kita bahawa mencari rezeki itu bukannya mudah. Tetapi ia akan menjadi mudah
jika kita melakukan segala amalan yang disuruh dan sentiasa yakin dan percaa bahawa rezeki
datang daripada Allah. Buku ini juga mengajar kita erti kesyukuran yang tinggi.

Disediakan oleh,
........................................................
(ZALEHA BINTI AHMAD
)

Disahkan oleh,
)

........................................................
(

Anda mungkin juga menyukai