Anda di halaman 1dari 3

MAKLUMAT BUKU

NAMA SEKOLAH: SMJK YOK BIN


KOD SEKOLAH: MEB2101

Nama Guru: Nurul Hana Binti Basri


Judul Buku: Kerja Bukan Kerana Pangkat
Penulis: Mumtaz Begam Abdul Kadir 
Keluaran: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Tahun Pengeluaran : 2010
Harga: RM 19.50 (Sabah/Sarawak)
Tarikh:1.Julai.2014
Bilangan muka surat:212

Ulasan

Selain daripada mencari rezeki, salah satu kita bekerja adalah untuk memberi khidmat kepada
organisasi. Selain itu kita perlu menilai dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan untuk
dijadikan panduan dan teladan bagi memberi perkhidmatan terbaik. Setiap perkara
yang dilaksanakan, sudah pasti ada ganjaran samada yang sementara seperti upah, kepuasan diri,
penghormatan dan ganjaran yang kekal seperti balasan nikmat akhirat.

Buku ini mengupas banyak perkara yang dapat dijadikan sandaran bagi mereka yang mahu berubah
dan perbaiki diri. Pengajaran buku yang dicoretkan ini penuh dengan bukti yang sahih dari ayat Al-
Quran dan Hadis. Kita didorong untuk mengimbas kembali tujuan utama kita bekerja dan penyataan
contoh bagi setiap tajuk diberikandengan gambaran yang mudah difahami.

Penulis juga menyatakan dengan baik cara untuk kitamempertahankan minat pada pekerjaan, latihan
menjelaskan nilai (baik) samada ketika masa kini dan pada zon selesa. Kita didedahkan dengan
pelbagai teknik untuk mewujudkan kepuasan kerja danmengadakan hubungan baik dalam organisasi.

Guru yang merasakan diri sudah berada dalam zon selesa, dapat mengubah cara dan teknik dengan
lebih baik untuk memainkan peranan yang berkesan dalam sebuah organisasi di sekolah. Selain itu,
contoh yang diberikan oleh penulis, dapat menjadi pengajaran kepada guru untuk lebih berintegriti
ketikalaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran. Ini adalah kerana ganjaran di
dunia berupa sementara manakala di akhirat kekal abadi dan setiap perkara (amanah) yang kita
lakukan di dunia pastidan pasti akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Penulis menggalakkan dan memberi motivasi kepada sayauntuk terus meningkatkan mutu kerja
bukan hanya mengharap pangkat atau kerja sekadar rasa untuk merasa gaji di hujung bulan dan
menanti masa (time- based) untuk dinaikkan pangkat. Pada hemat saya, selaku guru yang baru
3tahun bertugas secara rasmi, buku ini sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada saya dan
memperjelaskan niat saya dalam melakukan pekerjaan sebagai seorang warga pendidik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......................................... ...................................
MAKLUMAT BUKU

NAMA SEKOLAH: SMJK YOK BIN


KOD SEKOLAH: MEB2101

Nama Guru: Nurul Hana Binti Basri


Judul Buku: Terbang Tinggi Seperti Air Asia
Penulis: Mazlan Bin Mohamad
Keluaran: Truewealth
Tahun Pengeluaran : 2011
Harga: RM19.80
Tarikh:21.Ogos.2014
Bilangan muka surat:91

Ulasan

‘’Di AirAsia kami menganggap diri kami pada asasnya sebuah kilang mimpi . Kami sengaja
memutuskan bahawa kami mahu sebuah syarikat di mana orang dapat mengejar semangat mereka
dan kami mahu menggunakan semua bakat yang kita ada. Budaya yang kami ada berpunca daripada
hakikat bahawa kami bersikap keterbukaan dan kami mahu orang ramai untuk menjadi kreatif dan
bersemangat tentang apa yang mereka lakukan. Dalam usaha untuk melakukan itu, kami telah
memberi inspirasi kepada mereka. "Dato Tony Fernandes. Kata –kata semangat ini telah membuakan
saya tertarik untuk membaca dan membuat ulasan terhadap buku ini.

Di dalam buku ini, terdapat 15 strategi yang dikupas dalam buku ini yang dapat dijadikan sebagai
bahan rujukan untuk membina sifat keyakinan pembaca dan meningkatkan lagi peluasan
pengetahuan dalam ilmu perniagaan khasnya dan kemahiran amnya.Syarikat ini menggunakan
pelbagai kaedah win-win situation untuk memenangi hati banyak pihak disamping memikirkan
strategi yang mudah dan kos rendah. ‘Now everybody can fly ialah salah satu kata-kata azimat yang
menarik perhatian ramai. Ia juga mempunyai visi yang jelas dan fokus dalam setiap perancangan
yang telah dirancang. Memanfaatkan teknologi sepenuhnya dalam aplikasi kemudahan
perkhidmatan.

Bagi pendapat saya,sebagai seorang guru, banyak perkara baru yang perlu dipelajari sama ada dari
segi kemahiran pedagogi dan ICT mahupun tugas kerja yang bukan hakiki. Perkara ini menuntut
keupayaan seorang guru dalammeningkatkan kemahiran yang pelbagai seiring dengan
perkembangan semasa. Sebuah organisasi yang berjaya, menunjukkan kesefahaman dan budaya
kerja berpasukan yang baik dalam merancang danmelaksanakan tugas dari masa ke semasa.

Penggunaan ICT dapat dipertingkatkan dalam pengajaran dan pembelajaran seiring dengan
keperluan pendidikan masa kini. Adalah diharap, setiap pihak dalam semua peringkat dapat memberi
kerjasama yang baik malah saling bantu membantu untuk bersama-sama mencapai kecemerlangan
dalam setiap aspek yang dirancang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......................................... ...................................
MAKLUMAT BUKU

NAMA SEKOLAH: SMJK YOK BIN


KOD SEKOLAH: MEB2101

Nama Guru: Nurul Hana Binti Basri


Judul Buku: Mudahnya menjemput rezeki
Penulis: Tuan Fathuri Salehuddin
Keluaran: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Tahun Pengeluaran : 2012
Tarikh: 22.Oktober.2014
Bilangan muka surat:184 helai

Tajuk yang sangat indah dan mempunyai maksud yang tersirat dan cukup simbolik.Mudahnya
Menjemput Rezeki.Seperti yang ditulis oleh penulisnya menjemput rezeki lebih mudah dari mencari.
Buku ini ditulis oleh Tuan Fathuri Salehuddin.Beliau banyak menulis artikel tentang kehidupan yang
dikaitkan dengan Al-Quran dan Hadis.Secara amnya, buku ini menceritakan tentang mudahnya
menjemput rezeki dari Allah S.W.T.

Inilah idea di mana dimaksudkan dengan menjemput rezeki lebih mudah dari mencari.Satu-satunya
pemilik rezeki ialah Allah S.W.T, jadi jika kita rasa rezeki kita sempit dan berhajat rezeki kita mudah,
kita hanya perlu buat apa yang Allah S.W.T suka.Inilah yang dikatakan menjemput rezeki lebih mudah
dari mencari. Di dalam buku ini, penulis menyatakan bahawa ramai yang tidak tahu bahawa amalan
bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki.

Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita,
malah menambah rezeki dan kekayaan kita.Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang
balasan.Penulis juga menyatakan bahawa kita tidak boleh bersedekah dengan cara ini kerana ia
salah. Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang
tersebut.Bersedekah dengan semampu yang boleh.

Dari aspek pekerjaan sebagai seorang guru, dapatla disimpulkan bahawa kita seharusnya harus
belajar bersyukur diatas kurniaan dan rahmat dari Pencipta. Ia memberikan kita rezeki dengan
memberi pekerjaan yang baik dan mendatangkan pahala yang berpanjangan.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......................................... ...................................

Anda mungkin juga menyukai