Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH: SMK METHODIST AYER TAWAR,PERAK KOD SEKOLAH: AEB1036

1. Nama Guru Alia Binti Mohamad Khalid

2. Judul Kerja Bukan Kerana Pangkat 3. Bidang :

4. Tarikh Pembentangan TIADA 5. Masa :

6. Tempat Pembentangan TIADA

7. Sinopsis

Selain daripada mencari rezeki, salah satu kita bekerja adalah untuk memberi khidmat kepada
organisasi. Selain itu kita perlu menilai dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan untuk dijadikan
panduan dan teladan bagi memberi perkhidmatan terbaik. Setiap perkara yang dilaksanakan, sudah
pasti ada ganjaran samada yang sementara seperti upah, kepuasan diri, penghormatan dan ganjaran
yang kekal seperti balasan nikmat akhirat. Buku ini mengupas banyak perkara yang dapat dijadikan
sandaran bagi mereka yang mahu berubah dan perbaiki diri.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku yang dicoretkan ini penuh dengan bukti yang sahih dari ayat Al-Quran dan Hadis. Kita
didorong untuk mengimbas kembali tujuan utama kita bekerja dan penyataan contoh bagi setiap tajuk
diberikan dengan gambaran yang mudah difahami. Penulis juga menyatakan dengan baik cara untuk
kita mempertahankann minat pada pekerjaan, latihan menjelaskan nilai (baik) samada ketika masa
kini dan pada zon selesa. Kita didedahkan dengan pelbagai teknik untuk mewujudkan kepuasan kerja
dan mengadakan hubungan baik dalam organisasi.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Kecenderungan untuk terus berusaha bilamana kita berada di landasan yang betul. Guru yang
merasakan diri sudah berada dalam zon selesa, dapat mengubah cara dan teknik dengan lebih baik
untuk memainkan peranan yang berkesan dalam sebuah organisasi di sekolah. Selain itu, contoh yang
diberikan oleh penulis, dapat menjadi pengajaran kepada guru untuk lebih berintegriti ketika
laksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran. Ini adalah kerana ganjaran di dunia
berupa sementara manakala di akhirat kekal abadi dan setiap perkara (amanah) yang kita lakukan di
dunia pasti dan pasti akan dipersoalkan di akhirat kelak. Bersama kita terus cemerlangkan mutu kerja
bukan hanya mengharap pangkat atau kerja sekadar rasa untuk merasa gaji di hujung bulan dan
menanti masa (time-based) untuk dinaikkan pangkat. Teruskanlah berkhidmat dan perbaiki niat kita.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

( Alia Bt Mohamad Khalid) ( )


Maklumat buku

Tajuk : Kerja Bukan Kerana Pangkat


Penulis: Mumtaz Begam Abdul Kadir
Keluaran: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Tahun Pengeluaran : 2010
Sumber Buku: Perpustakaan Sabah Cawangan Lahad Datu
ISBN: 978-967-61-2401-2
Harga: RM 19.50 (Sabah/Sarawak)

Anda mungkin juga menyukai