Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK DATO’ HAMZAH Kod Sekolah : BEB0108

1. Nama Guru
SURIANI BT SAYUTI
3. Bidang: MOTIVASI
2. Judul
KERJA BUKAN KERANA PANGKAT
4. Tarikh Pembacaan 2 MAC 2021 5. Bil. muka surat : 125

6. Pengarang
MUMTAZ BEGAM ABDUL KADIR
7. Sinopsis :

Selain daripada mencari rezeki, salah satu tujuan kita bekerja adalah untuk memberi khidmat
kepada organisasi. Selain itu, kita juga perlu menilai dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan
untuk dijadikan panduan dan teladan bagi member perkhidmatan yang terbaik. Setiap perkara
yang dibuat itu, sudah tentu akan ada ganjaran sama ada ganjaran sementara seperti upah,
kepuasan diri, penghormatan atau ganjaran kekal seperti balasan nikmat akhirat. Kesemua
bentuk ganjaran itu selalu melingkari pemikiran kita yang terbatas sehingga kita lupa apakah
tujuan sebenar kita menjalankan sesuatu tugasan itu. Orang lain tidak tahu apa sebenarnya yang
ada dalam pemikiran kita semasa membuat sesuatu melainkan kita sahaja boleh memikirkannya
secara diam-diam. Dengan melihat apa yang berlaku di belakang, dapat juga sedikit sebanyak
dibuat penilaian sendiri sama ada kita telah memandu dengan betul ataupun telah tersimpang
jauh selama ini.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran :

Bekerja perlu ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran serta pujian daripada ornag lain. Fokus dalam
kerja untuk mencapai matlamat tetapi tidak menindas orang lain. Selaian itu, sentiasa berfikiran
optimis dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / PdPc :

Membantu dalam kerjaya perguruan dalam mendidik dan pengurusan hal-hal yang berkaitan
dengan sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ........................................................
( SURIANI BT SAYUTI ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK DATO’ HAMZAH Kod Sekolah : BEB0108

1. Nama Guru
SURIANI BT SAYUTI
3. Bidang: MOTIVASI
2. Judul
KERJA ITU IBADAH
4. Tarikh Pembacaan 13 MAC 2021 5. Bil. muka surat : 105

6. Pengarang
SYAMRIL REZA ABDULLAH
7. Sinopsis :

Ibadah berasal dari Bahasa Arab yang bererti ketaatan, penghambaan dan penyembahan/
pengagungan. Ibadah adalah nama yang menggabungkan setiap perkara yang disukai dan
diredhai Allah dari jenis perkataan atau perbuatan lahir dan batin. Ibadah dalam Islam bukanlah
terhad kepada amalan ibadah ritual semata-mata seperti sembahyang, puasa, haji dan
sebagainya (ibadah khusus), malah ibadah merangkumi, kerja-kerja kemasyarakatan dan sosial,
mencari rezeki, sehinggalah kepada mengurus dan mentadbir negara. Kerja pula merupakan
kesungguhan seseorang melakukan sesuatu perkara bagi mendapatkan upah atau ganjaran.
Manakala amanah pula bermaksud memenuhi dan mematuhi segala apa yang telah
dipertanggungjawabkan.
 
Konsep kerja, ibadah dan amanah adalah merupakan tugas atau tanggungjawab untuk meraih
pendapatan yang dilakukan oleh seseorang untuk mencari keredhaan Allah SWT. Ia berkaitan
dengan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan, halal dan haram, syurga atau
neraka.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran :

Bekerja merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan tanpa mengungkit
atau memperbesarkan sesuatu hal yang mudah / rumit. Ia perlu dilakukan dengan ikhlas kerana
Allah.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / PdPc :

Membantu dalam kerjaya perguruan dalam mendidik dan pengurusan hal-hal yang berkaitan
proses pengajaran dan pembelajaran. Bertanggungjawab dan menjalankan amanah dengan
sebaik mungkin.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ........................................................
( SURIANI BT SAYUTI ) ( )

Anda mungkin juga menyukai