Anda di halaman 1dari 4

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK KEPONG Kod Sekolah: BEB7651

1. Nama Guru Nuridah binti Zaimi


Merancang Kejayaan 3. Bidang:
2. Judul (Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, Amalan dan nilai
Ahmad Zabidi Abd Razak) profesionalisme
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:
-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini memberi penerangan tentang bagaimana seseorang itu perlu merancang untuk berjaya
dalam apa yang dilakukan dalam hidup ini. Siri motivasi ini banyak mendorong seseorang untuk
berjaya dan menekankan kepada aspek kehidupan. Buku ini juga ada menyatakan tentang
pengurusan diri, penetapan matlamat dalam hidup, halangan-halangan yang perlu ditempuhi
untuk berjaya dan menerangkan tentang kejayaan yang sebenar samaada didunia atau diakhirat.
Buku ini juga menyelitkan perkongsian idea daripada individu-individu yang telah berjaya
menempuh cabaran di alam persekolahan dan berjaya dalam pelajaran masing-masing dalam
kehidupan.

8. Pembelajaran yang diperolehi:

Mengetahui cara-cara atau kaedah yang perlu dilakukan oleh seseorang individu untuk berjaya
dalam hidup melalui perancangan yang berkesan dan bermakna. Selain itu, ada diselitkan
tentang perlu menanam motivasi kepada semua masyarakat tentang penting merancang dalam
kehidupan sekaligus mencapai kejayaan yang diingini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Membantu seseorang melakukan perancangan yang berkesan bagi mencapai matlamat


organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NURIDAH BINTI ZAIMI ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK KEPONG Kod Sekolah: BEB7651

Nuridah binti Zaimi


1. Nama Guru
Kemahiran Mengurus Berasakan
4. Bidang:
2. Judul Modul
Kemahiran Profesionalisme
(Chek Mat)
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi 4 bab utama iaitu Bab 1 menghuraikan persoalan asas tentang kemahiran
mengurus. Bab 2 memfokuskan tentang kemahiran pengorganisasian atau dipanggil juga
kemahiran operasi pengurusan. Bab 3 memfokuskan kepada memberikan latihan khusus bagi
kakitangan organisasi. Bab 4 menghuraikan kesan penerapan kemahiran berorganisasi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini bersifat umum yang meliputi kursus dan modul latihan semua jabatan tetapi sebagai
warga KPM ianya boleh diubahsuai dan dimanipulasikan dalam bidang pendidikan selari dengan
hasrat dan matlamat kementerian. Secara dasarnya perngurusan organisasi yang mantap dan
efisen adalah sangat penting untuk memberi kepuasan kerja kepada semua pihak. Di dalam buku
ini juga dijelaskan kaedah dan langkah yang sesuai untuk menangani isu pekerja-pekerja yang
bermasalah. Rumusannya setiap pengurusan dan kepimpinan organisasi perlu mempunyai
kemahiran membuat keputusan, kemahiran komunikasi dan peningkatan motivasi dalam
kalangan pekerja bawahan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini disediakan 20 modul pembelajaran meliputi empat bidang utama iaitu perkembangan
organisasi, kepimpinan, kepakaran dan kepuasan bekerja. Didalam setiap modul ini disediakan
draf kertas kerja, borang soal selidik, garis panduan pelaksanaan serta aktiviti pemantauan untuk
menilai keberkesanan modul yang telah dicadangkan. Buku ini sangat membantu pihak
kepimpinan dan pengurusan sesuatu organisasi untuk merangka gerakerja yang sesuai dengan
kumpulan sasar agar visi dan misi KPM mewujudkan budaya sekolah yang harmonis dapat
dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NURIDAH BINTI ZAIMI ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK KEPONG Kod Sekolah: BEB7651

Nuridah binti Zaimi


1. Nama Guru
Pengurusan Bimbingan dan
Kaunseling 3. Bidang:
2. Judul
(Mok Soon Sang) Pengetahuan Profesionalisme

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi 12 bab, dimulai dengan Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia dan diikuti
dengan terori-teori kaunseling. Pembaca akan mendapat pengetahuan bagaimana menjalankan
kaunseling individu dan kelompok serta penyediaan inventori dan rekod.

Masalah disiplin berlaku kerana berlaku konflik dan tekanan dalam diri pelajar. Pengurusan konflik
secara berkesan dijangka dapat mengubah tingkah laku pelajar kearah yang lebih baik
berdasarkan norma-norma yang diterima masyarakat. Bimbingan secara berkesan dapat
melahirkan pemimpin yang bekesan. Ia juga boleh mewujudkan komunikasi berkesan ke arah
budaya cemerlang di sekolah.

Pengurusan stress secara berkesan pula dapat mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan kerana pelajar dan guru dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing
tanpa tekanan dan melaksanakan kerja dengan gembira.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru meningkatkan ilmu dalam bidang psikologi
pendidikan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru meningkatkan ilmu dalam bidang psikologi
pendidikan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NURIDAH BINTI ZAMI ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK KEPONG Kod Sekolah: BEB7651

Nuridah binti Zaimi


1. Nama Guru
Komunikasi Asas Kemahiran
3. Bidang:
2. Judul Membaca dan Menulis Untuk Pelajar
Pengetahuan Profesionalisme
(Ahmad Marzuki Ismail)
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini khas untuk pelajar dengan memberi penekanan kepada dua aspek iaitu kemahiran
membaca dan menulis. Ia menerangkan tentang manfaat membaca, kadar kekerapaan
membaca, tujuan kelancaran membaca. Buku ini juga mengupas tentang manfaat menulis,
perkara-perkara penting dalam menulis, langkah meningkatkan kemahiran menulis, halangan-
halangan menulis dalam karangan pelajar dan cabaran-cabaran dalam kemahiran membaca dan
menulis.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Aspek yang dibincangkan dalam buku ini mendedahkan pelbagai kemahiran asas kepada pelajar
supaya mereka tidak ketinggalan kemahiran asas iaitu membaca dan menulis.

Aras taksonomi mengembangan keupayaan otakatau minda pelajar dari tahap yang rendah ke
tahap yang lebih tinggi iaitu dari tidak tahu membaca dan menulis ke tahap yang lebih mahir.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Pengurusan bilik darjah menjadi lebih mantap dengan adanya teknik untuk menguruskan pelajar
yang menghadapi masalah membaca dan menulis.

Teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan menarik akan menjadikan
pengajaran sesuatu yang menarik dan seronok diikuti oleh para pelajar.

Kemahiran yang dibincangkan membolehkan guru wewujudkan suasana pdp yang menarik
dengan pelbagai ABM yang menarik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NURIDAH BINTI ZAIMI ) ( )

Anda mungkin juga menyukai