Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK BANTING Kod Sekolah: BEA 1071

1. Nama Guru MOHD SOPIEE BIN KANDAM


PERKEMBANGAN KERJAYA , TEORI &
2. Judul 3. Bidang: KAUNSELING KERJAYA
PRAKTIS
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini dihasilkan untuk membantu para kaunselor kerjaya yang terlibat secara langsung dalam
melaksananakan perkhidmatan bimbingan, kaunseling dan pendidikan kerjaya . Buku ini ialah sebuah buku yang
lengkap , ringkas dan unik yang memungkinkan para kaunselor memperolehi pengetahuan sewajarnya tentang
teori-teori perkembangan kerjaya yang utama.
Buku ini dibahagikan kepada enam bahagian. Bahagian pertama buku ini dimulakan dengan sepintas
lalu membincangkan perkembanggan kerjaya . Ke dua membincangkan secara khusus tentang teori kerjaya yang
ada . Ke tiga memberi fokus khusus kepada perkhidmatan bimbingan kerjaya terutama terhadap proses
bimbingan yang mencakupi startegi-startegi dam model-model bimbingan kerjaya. Ke empat memberi tumpuan
kepada perkhidmatan kaunseling kerjaya yang mencakupi definisi, konsep, kemahiran serta proses kaunseling
kerjaya berasaskan teori-teori tertentu. Kelima membincangkan sau lagi komponen perkembangan kerjaya yang
penting , iaitu pendidikan kerjaya. Dan ke enam membincangkan tentang kaedah untuk menubuhkan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya khususnya di sekolah.
Akhir sekali penulis menyatakan penulisan buku ini berdasarkan kepakaran dan peglibatan yang lama
dalam pengajaran dan penyelidikan bidang bimbingan dan kaunseling kerjaya serata sebagai pensyarah di
Universiti Putra Malaysia..

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Para kaunselor boleh menjadikan buku ini sebagai salah satu sumber ilmu pengetahuan tentang teori-
teori perkembangan kerjaya yang utama.

2. Kaunselor boleh menjadikan buku ini sebagai panduan untuk mentadbir berbantukan Ujian Psikologi.

3. Guru bimbingan dan kaunseling menggunakan buku ini sebagai sumber rujukan menubuhkan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya khususnya di sekolah.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Memberi panduan guru sebagai salah satu sumber ilmu pengetahuan tentang teori-teori perkembangan
kerjaya yang utama.

2. Menjadi panduan untuk guru sebagai panduan untuk mentadbir berbantukan Ujian Psikologi .

3. Sebagai sumber inspirasi bagi seorang guru menubuhkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
kerjaya khususnya di sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MOHD SOPIEE BIN KANDAM ) ( )

Anda mungkin juga menyukai