Anda di halaman 1dari 7

1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar Kod Sekolah: NBA 4036

1. Nama Guru Nor Satini Binti Che Kar


3. Bidang: Amalan Dan Nilai
2. Judul Guru Sebagai Mentor
Profesionalisme Perguruan
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini dapat membimbing guru menjadi mentor kepada pelajar, guru permulaan, guru pelatih
dan rakan guru. Antara perkara menarik yang dibincangkan adalah aplikasi teori psikologi dalam
pementoran, kemahiran mengurus pementoran dan cara mengurus program. Jelas semua orang
perlukan mentor dan semua orang juga perlu menjadi mentee untuk menjadi orang yang berjaya.
Proses belajar dan mengajar adalah kesinambungan kepada hidup yang bermakna. Mentor tidak
semestinya daripada kalangan guru. Namun jika guru berperanan sebagai mentor yang efektif,
sudah tentu ia dapat mewarnakan kehidupan mentor sebagai pembimbing, pendorong, kaunselor,
penasihat dan jurulatih. Garapan idea bagi memupuk nilai-nilai murni juga dikupas untuk rujukan
mentor. Buku ini dapat menghidupkan kembali budaya mendidik yang bukan hanya sekadar
mengajar menulis, membaca dan mengira (3M), malah ditambah dengan menerapkan nilai akhlak
dan moral. Unsur penerapan nilai merentasi kurikulum di sekolah lebih efektif dengan adanya
proses pementoran. Buku ini membawa pendekatan tradisional dan humanistik bagi menarik
perhatian guru kepada pementoran. Buku ini juga menyediakan panduan merancang, mengurus
pelaksanaan program mentor mentee.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

-Guru dapat mengembangkan peranan selain mengajar malah mendidik dan menerpakan nilai
murni dan positif ke arah melahirkan insan yang berkualiti.
-Guru dapat meneruskan proses belajar dan mengajar bagi menjamin hidup yang lebih bermakna.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru memainkan peranan penting mengajar, mendidik dan seterusnya membimbing dengan
menerapkan nilai dan ilmu yang diperolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
terutamanya di dalam kelas. Guru juga boleh mengunapakai teori psikologi yang terdapat dalam
buku untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NOR SATINI BINTI CHE KAR ) ( )
2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar Kod Sekolah: NBA 4036

1. Nama Guru Nor Satini Binti Che Kar


Intrapersonal Dan Interpersonal 3. Bidang: Amalan Dan Nilai
2. Judul
Untuk Remaja Profesionalisme Keguruan
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengupas komunikasi intrapersonal dan interpersonal berlaku dalam jiwa remaja. Sesuai
dibaca oleh mereka yang selalu berhubung dengan remaja seperti kaunselor, ibu bapa dan guru.
Buku ini membincangkan secara terperinci perkembangan biologi dan kognitif remaja dan
mengupas perkembangan sosio-emosi remaja. Turut menarik adalah perkembangan
interpersonal remaja yang mampu menggiat remaja memahami diri mereka. Selain itu turut
dihurai ialah isu berkaitan masalah remaja dan langkah yang wajar dilakukan bagi mengekang
remaja terbabit dalam gejala social seperti ponteng sekolah dan terlibat dengan dadah. Jelas
peranan mentoring interpersonal remaja diketengahkan dan hubungan interpersonal remaja.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Dapat memahami konsep intrapersonal dan interpersonal bagi memahami perkembangan


sesorang remaja yang biasanya terdiri daripada golongan pelajar.
- Dapat membantu, memahami perkembangan fizikal remaja dan menjadi contoh kepada
remaja kerana orang dewasa (guru/ibu bapa) biasanya akan menjadi ikutan remaja.
- Remaja merupakan insan yang mempunyai daya ingin mencuba yang tinggi, jadi
penerapan nilai yang baik perlu diamalkan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Guru juga perlu memainkan peranan yang penting dalam melahirkan remaja yang menuju
pergaulan positif. Oleh itu guru perlu menggalakkan/melatih pelajar berbincang dan
mengemukakan pendapat yang positif terutamanya isu remaja. Pembelajaran secara kooperatif
boleh dijalankan untuk menggalakkan pergaulan sihat antara remaja yang berlainan latar
belakang. Melalui ilmu yang diperolehi dari bahan bacaan tersebut, guru lebih mudah memahami
dan menyatakan tindakan konstruktif yang wajar dilakukan bagi membantu remaja memahami
aspek intrapersonal dan interpersonal mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NOR SATINI BINTI CHE KAR ) ( )
3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar Kod Sekolah: NBA 4036

1. Nama Guru Nor Satini Binti Che Kar


3. Bidang: Amalan Dan Nilai
2. Judul Guru Sebagai Fasilitator
Profesionalisme Keguruan
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini merupakan panduan untuk jurulatih, fasilitator, mentor dan guru meningkatkan kualiti
pengajaran dan kemahiran dalam proses memudah cara di dalam kelas. Turut dipaparkan ialah
60 modul terpilih bagi membantu fasilitator menjalankan aktiviti latihan dalam Kumpulan (LDK).
Modul ini menjadi panduan kepada guru-guru dan modul disusun secara fleksibel yang boleh
diubahsuai bagi memenuhi objektif program. Susunan aktiviti dalam kumpulan yang disediakan
memberi peluang para pendidik mengaplikasikan proses pembelajaran kontekstual secara
koperatif dan kolaboratif di kalangan pelajar. Aktiviti seperti simulasi, main peranan dan
permainan sebagai penggerak kepada proses pembelajaran bermakna. Buku ini juga memberi
panduan bagi melestarikan motivasi serta meningkatkan tahap kecekapan profesionalisme dalam
menangani kerenah pelajar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara pengetahuan yang mampu digarap ialah


- Memupuk dan menerapkan nilai
- Kemahiran pengurusan diri dan pembelajaran
- Menjana minda bagi melahirkan pelajar berfikiran kritis dan kreatif

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Modul ini dapat memberi idea, inspirasi, semangat dan keyakinan diri kepada guru dan fasilitator
mengendalikan aktiviti bimbingan disamping dapat mengaitkan teori dengan situasi praktikal yang
bersifat kontekstual. Modul ini dapat memantapkan kebolehan diri guru dan fasilitator sebagai
pendidik yang mampu melestarikan motivasi sendiri dan orang lain serta dijadikan panduan
kepada pengurus, pentadbir dan pelaksana pendidikan yang inginkan budaya permuafakatan
dalam kalangan pendidik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NOR SATINI BINTI CHE KAR ) ( )
4

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar Kod Sekolah: NBA 4036

1. Nama Guru Nor Satini Binti Che Kar


3. Bidang: Kemahiran
2. Judul E-Art Asean Online
Profesionalisme
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini berkisar tentang perkembangan seni elektronik yang memaparkan integrasi, multidisiplin
dan perubahan kearah bidang elektronik dan teknologi digital. Turut terdapat dalam buku tersebut
ialah beberapa jurnal pelukis tanah air yang memberi komentar tentang perubahan aliran dan
perkembangan seni sejajar dengan peningkatan ilmu. Pelbagai medium dan teknik baharu
diperkatakan dan digarap dalam penghasilan karya yang member makna dan menjadi medan
perkembangan seni di Asia. Jelas seni merupakan cabaran alaf baru berdasarkan kemunculan
pelbagai inovasi teknologi dalam kemelut globalisasi. Buku ini juga memberikan panduan kepada
penghasilan seni dan penjanaan imej melalui medium tradisonal mahupun moden.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Memahami bahawa terdapat percantuman antara seni dan sains


- Mampu menangani cabaran dalam bidang seni dalam kalangan masyarakat yang
bermaklumat.
- Mengikuti perkembangan seni visual sejajar arus pembangunan dunia.
- Menghargai /Memartabatkan hasil karya dan nilai seni pengkarya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Guru dapat mengaplikasikan dan mendedahkan pelajar tentang perkembangan seni


yang selari dengan perkembangan teknologi.
- Idea dan ilmu disalurkan dalam PnP dan disebarluas dalam organisasi agar pengetahuan
tentang seni visual tidak terbatas kepada seni tradisional sahaja.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NOR SATINI BINTI CHE KAR ) ( )
5

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar Kod Sekolah: NBA 4036

1. Nama Guru Nor Satini Binti Che Kar

Strategi Pengajaran Guru 3. Bidang: Pengetahuan


2. Judul
Cemerlang Profesionalisme
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini merupakan himpunan makalah yang dipecahkan kepada tiga segmen iaitu kaedah
pengajaran, kajian empiris dan esei pendidikan. Melalui segmen kaedah pengajaran, terdapat
pelbagai input baharu kepada pendidik terutamanya kepelbagai teknik dan kaedah pengajaran
hasil idea guru-guru cemerlang bagi menangani pelajar yang memiliki latar belakang yang
rencam. Antara kupasan yang menarik ialah : “Guru Kreatif Pelajar Aktif dalam Pengajaran
Bahasa Melayu”. Terdapat pelbagai contoh modul dapat dijadikan pencetus idea dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menerusi segmen kajian pula merupakan kajian empirikal yang
dapat dijadikan prototaip kepada kajian yang ingin dilakukan oleh guru bagi meningkatkan status
akademik dan menjadi pemangkin kepada penciptaan kaedah pengajaran yang lain. Segmen esei
pula, mengemukakan makalah yang melihat isu pendidikan secara lebih menyeluruh.
Keseluruhannya, bahan ini merupakan dokumentasi dari pelbagai topik yang dapat dikecapi isi
kandungan oleh guru, pelaksana dasar, mahupun pembuat dasar bagi memberikan corak
pendidikan yang lebih dinamik menerusi usaha yang lebih proatif daripada semua pihak.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara nilai pengetahuan yang mampu digarap ialah


• Kemahiran pengurusan proses pengajaran dan pembelajaran
• Menjana minda berfikiran lebih kritis dan kreatif
• Memangkin penciptaan kaedah pengajaran yang lebih berkesan
• Merangsang pembangunan material dan akal fikir agar dapat memartabat profesion
perguruan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Bahan ini dapat dijadikan panduan guru untuk mempertingkatkan mutu pengajaran. Himpunan
pelbagai variasi segmen terutamanya kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat dijadikan input
untuk mencerna idea baharu dan mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menarik minat pelajar
belajar disamping merangsang pelajar mengaktifkan pemikiran dan potensi akal serta membuka
ruang kreatitiviti ke tahap yang maksimum disamping meningkatkan mutu dan memartabatkan
profesion perguruan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NOR SATINI BINTI CHE KAR ) ( )
6

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar Kod Sekolah: NBA 4036

1. Nama Guru Nor Satini Binti Che Kar


3. Bidang: Amalan Dan Nilai
2. Judul Kemahiran Interpersonal Untuk Guru
Profesionalisme Keguruan
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini merupakan panduan komunikasi interpersonal yang praktikal yang disertakan beberapa
contoh dengan menggunakan bahasa yang mudah. Terdapat banyak panduan yang merangkakan
dengan jelas prinsip dan teknik komunikasi interpersonal untuk kegunaan guru-guru di dalam bilik
darjah. Antara teknik yang perlu dikuasai ialah mendengar yang lebih baik, bercakap dengan lebih
tegas, berucap dengan lebih menarik, mengamalkan empati, mengkritik dengan lebih berkesan,
memuji secara ikhlas, memahami bahasa bukan lisan dan mengesan dusta.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara pengetahuan dan pengajaran yang diperolehi ialah:


• Kemahiran komunikasi interpersonal yang lebih berkesan.
• Menguasai pelbagai teknik untuk mengawal situasi dalam kelas
• Dapat mewujudkan suasana komunikasi dua hala yang baik antara pelajar.
• Dapat mengubah sikap dan tingkahlaku
• Meningkatkan keyakinan diri menghadapi tiingkahlaku yang rencam.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Intipati buku ini dapat diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
khususnya. Dengan mengusai beberapa teknik komunikasi, guru akan lebih berkeyakinan, dekat
dan memahami pelajar seterusnya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik bagi
melahirkan modal insan yang berkualiti.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NOR SATINI BINTI CHE KAR ) ( )
Lampiran C
7

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar Kod Sekolah: NBA 4036

1. Nama Guru Nor Satini Binti Che Kar


Makna BAHARU Perubahan 3. Bidang: Pengetahuan
2. Judul
Pendidikan Profesional
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi segala info tentang perubahan dalam pendidikan. Sebanyak 3 bahagian
dimuatkan dan setiap bahagian dihuraikan dengan jelas, langkah demi langkah. Antara contoh
bahagian yang dimuatkan oleh penulis adalah perubahan pendidikan pada peringkat
tempatan,bermula dari guru sehinggalah kepada pentadbir daerah. Bagi setiap bahagian, penulis
akan memuatkan gambaran keseluruhan perubahan yang yang berlaku. Seterusnya proses
perubahan pada peringkat wilayah negara turut disertakan bersama bagi memahami lebih erti
BAHARU perubahan pendidikan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Selepas membaca buku ini saya dapati bahawa terdapat perubahan yang berlaku dalam dunia
pendidikan. Maka, saya perlu mengubah cara pengajaran dan pembelajaran yang agar sesuai
dengan perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Beberapa budaya dan amalan yang
dimuatkan dalam buku ini perlu saya cuba dalam pengajaran dan pembelajaran saya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Terdapat banyak strategi yang boleh saya aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya.
Antara yang paling menarik minat saya adalah bagaimana untuk menjadikan proses
pembelajaran untuk pelajar supaya lebih sempurna dengan memahami hakikat perubahan
tersebut. Dalam strategi ini saya dapat meneliti cara untuk membantu pelajar menjadi lebih
berani menanyakan soalan. Selain itu saya juga boleh menggalakkan pembelajaran secara
bebas. Dalam strategi ini saya dapat memupuk sifat tanggungjawab pelajar bagi menentukan
pembelajarannya sendiri.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NOR SATINI BINTI CHE KAR ) ( )

Anda mungkin juga menyukai