Anda di halaman 1dari 13

Sinopsis Filem Pendekar Bujang Lapok

Pendekar Bujang Lapok

Filem Pendekar Bukang Lapok merupakan sebuah filem Melayu yang


diterbitkan di Malaysia pada tahun 1959. Filem Pendekar Bujang Lapok
diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem Pendekar Bujang
Lapok diarahkan oleh pengarah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1959.
Kisah ini bermula apabila 3 rakan baik menyaksikan sendiri tentang kehebatan
Pendekar Mustar menewaskan dua orang samseng (pekerja penambang perahu)
di Penambang Sampan Sungai Kemunting. Ramlee, Sudin dan Aziz pergi
mencarinya hingga sampai ke Kampung Pinang Sebatang. Tujuan tiga orang
bujang lapok ini ialah untuk belajar silat dengan Pendekar Mustar.
Sebelum sampai ke rumah Pendekar Mustar, mereka telah bertemu dan
mengekori Rosnah (kebetulan pula dia anak Pendekar Mustar) yang pulang ke
rumah setelah habis mengajar (menjadi guru) di Sekolah Umum Buta Huruf di
Kampung Pinang Sebatang itu.
Kerana tidak suka dengan perangai Ramlee, Sudin dan Aziz ketika mengusik dan
mengekorinya sampai ke rumah, Rosnah mengadu kepada bapaknya (Pendekar
Mustar) yang mereka bertiga itu menganggunya dan menuduh sebagai pencuri.
Oleh yang demikian, Pendekar Mustar mencabar Ramlee, Sudin dan Aziz untuk
berlawan silat. Bagaimanapun, hatinya lembut apabila mereka berjaya
mematikan langkah Pendekar Mustar (dengan mengangkat dan mendukungnya)
serta menyatakan hasrat kedatangan mereka untuk belajar silat.
Tindakan Pendekar Mustar itu telah membuatkan Rosnah marah. Dan bila
bertemu dengan emaknya Rosnah berkata: "Bencilah bapak tu, bila jumpa orang
terus bawa naik rumah". Begitu pun juga, bila emaknya bertemu dengan Ramlee,
Sudin dan Aziz dia menyukai mereka juga. Sikap Rosnah menjadi masalah bukan
saja kepada Pendekar Mustar tetapi juga Ramlee, Sudin dan Aziz.
Dalam pada itu, tauke sampan yang lebam-lebam di mata serta pekerjapekerjanya yang berlagak samseng (Pendekar Mustar menganggap mereka
samseng taik minyak) yang kena belasah oleh orang-orang di penambang ekoran
kehandalan yang ditunjukkan oleh Pendekar Mustar, telah menyuruh tiga orang
samseng mencari rumah Pendekar Mustar dan juga tiga orang Bujang Lapok.
Risaukan Ros (nama timangan Rosnah) tidak menyukai mereka berada di rumah
tersebut, Ramlee, Sudin dan Aziz cuba mengambil hatinya dengan menyanyikan
lagu "Maafkan Kami". Berikutan itu, hati Rosnah menjadi lembut dan mula
menyukai mereka. Apabila sudah diketahui tempat Pendekar Mustar dan Bujang
Lapok berada, tauke sampan datang ke rumah Pendekar Mustar membuat
tuntutan ganti rugi bernilai 74 ringgit 71 sen atas kerugian dialaminya ketika
berlaku pergaduhan di Penambang. Tetapi Pendekar Mustar beserta Ramlee,
Sudin dan Aziz enggan membayar.
Bila Rosnah muncul, tauke sampan yang mata keranjang terpikat dengan
kejelitaan Rosnah dan membuat syarat hutang boleh selesai sekiranya Pendekar
Mustar mahu mengahwinkan anaknya Rosnah dengannya. Rosnah marah dan

menolak. Ramlee, Sudin dan Aziz pula cuba berlagak menunjuk kehandalan
bersilat walaupun mereka baru saja diajar Pendekar Mustar.
Begitupun juga gertakan Ramlee, Sudin dan Aziz berjaya juga membuatkan tauke
sampan serta orang-orangnya meninggalkan rumah Pendekar Mustar. Tetapi tibatiba Aziz menjerit kesakitan terkena batu yang dilontar oleh salah seorang
samseng yang mengenai dahinya. Tanya Pendekar Mustar: "Kenapa kau tak elak".
Jawab pula Aziz: "Bagaimana saya nak elak, ilmu elak batu Pak Cik belum ajar
lagi". Semua mereka ketawa.
Ketika belajar isem, apa yang dikata oleh Pendekar Mustar lain pula yang ditulis
oleh Ramlee, Sudin dan Aziz. Dengan itu tahulah Pendekar Mustar yang tiga
Bujang Lapok itu tidak tahu menulis dan membaca. Maka Pendekar Mustar pun
memerintahkan supaya Ramlee, Sudin dan Aziz pergi belajar di sekolah buta
huruf bergurukan Cikgu Rosnah.
Semasa belajar silat masing-masing cuba memikat Rosnah bagaimanapun Ros
lebih menunjukkan minatnya terhadap Ramlee. Bagi meneruskan ilmunya dan
menentang "cubaan", Pendekar Mustar menyuruh Aziz ke perigi buta, Sudin ke
rumah kosong yang telah lama ditinggalkan dan Ramlee pula di arahkan ke
kubur. Bagaimanapun masing-masing gagal menghadapi "cubaan" yang
dimahukan Pendekar Mustar. Kerana belum apa-apa lagi mereka sudah cabut lari.
Selepas itu, Pendekar Mustar menyuruh mereka ke kubur orang yang mati
dibunuh dan kali ini mereka bertekad tidak akan takut dan lari, mereka tetap
akan menentang "cubaan". Sewaktu mereka sedang menuntut, Pendekar Mustar
telah diserang samseng-samseng tauke sampan dan diikat bersama isterinya dan
juga pembantu rumahnya. Rosnah pula dibawa lari untuk diserahkan kepada
tauke sampan. Walaupun Ros dilarikan di depan mata mereka dan meminta
tolong, namun mereka tidak mempedulikannya dan menganggapnya sebagai
"cubaan".
Pendekar Mustar dan pembantu rumahnya (Aini) bermacam-macam cara
menerangkan yang Ros dilarikan oleh samseng-samseng adalah betul-betul
terjadi bukannya "cubaan", namun Ramlee, Sudin dan Aziz tetap
menganggapnya "cubaan" juga hingga menyebabkan Pendekar Mustar
menghempas-hempaskan dirinya di tanah. Cuma, setelah diberikan penjelasan
sejelas-jelasnya oleh isteri Pendekar Mustar, ibu Rosnah, barulah mereka tersedar
dari lamunan "cubaan" lalu tidak membuang masa lagi mereka pergi menuju ke
rumah tauke sampan untuk menyelamatkan Rosnah.
Ramlee, Sudin dan Aziz dengan menggunakan ilmu yang dipelajarinya telah
menewaskan ke semua samseng-samseng itu termasuklah ketuanya, tauke
sampan. Ros dapat diselamatkan. Di atas keberanian mereka itu menentang
samseng-samseng beserta menangkap ketuanya dan menyelamatkan Ros,
Pendekar Mustar menggelarkan Ramlee, Sudin dan Aziz "Pendekar Bujang
Lapok".

Krew Penerbitan

P. Ramlee - Ramli (juga bertindak sebagai pengarah)

Aziz Satar - Ajis

S. Samsudin - Sudin

Rose Yatimah - Cikgu Ros (anak Pendekar Mustar)

Aini Jasmin - Aini (Orang Gaji Pendekar Mustar)

Ibrahim Pendek - Berahim

Mustarjo - Pendekar Mustar

Momo Latif - Isteri Pendekar Mustar

Ahmad Nisfu - Tauke Sampan (serta ketua samseng)

Shariff Dol - Orang Kuat Tauke Sampan

A. Rahim - Pekerja Tauke Sampan

Kemat Hassan - Pekerja Taukeh Sampan

Ali Fiji

Ahmad C

Omar Suwita

S. Sudarmaji

Ibrahim Hassan

Ahmad Ghani

Mohd. Rafi'i

DIALOG-DIALOG MENARIK DAN LUCU FILEM PENDEKAR BUJANG LAPOK


Petikan-petikan menarik filem Pendekar Bujang Lapok arahan P Ramlee.

Filem PENDEKAR BUJANG LAPOK yang diterbitkan pada tahun 1959 adalah
salah satu siri Bujang Lapok yang paling menarik.Kita ikuti beberapa dialogdialog menarik yang saya sertakan di bawah.

Adegan ketika Ramli,Ajis dan Sudin sampai ke kampong Pinang


Sebatang untuk mencari rumah pendekar Mustar.

Ramli:
Sudin:
Ramli:
laa..
Ajis:
Ramli:
Ajis:
Sudin:
Ramli:
Sudin:
Ajis:
Ramli:
Sudin:
Ramli:
Sudin:
Ajis:
Ramli:

Hey mana punya kampong kita dah sampai haa..?


Ha..apa dia tulis ni?
Jalan Sekapur Sireh Road daa..
Alamak kita mau cari kampong pinang tapi jumpa sireh..salah kampong
Eh ini kali kita jumpa sireh lain jalan kita jumpa pinang barangkali?
Eh itu rumah apa besar hah?
Mari kita pergi tengok haa..!
Mari..
(Suasana di sekolah dewasa)
Eh Sudin..ni bacanya amacam bacanya?
Alef Mim Nun Wau ..Alef tendang wau sarkeslah..!
Apa pulak sarkees!
Hiss.tulis begitu punya panjang bacanya siket sarkes?
Tu yang panjang bunganya sajee..yang sikit tu lah sarkes!Tak reti?
Tulis pun pakai bunga?
Habis takkan hutang saja pakai bunga?
Hei..ini barangkali sekolah daa..!
Ye daa sekolah...

Sudin: Sekolah kepala hotak kau sekolah..kau tak tengok ni satu satu,semua
orang tua-tua..

sekolah budak-budak kecik!Ni diaorang malam belajar dengan rimau!


Ramli: Oh tak boleh baliklah?
Sudin: Tak boleh balik! Duduk dalam sini tengok rumah macam kandang!
Ramli: Alah..mari kita duduk bawah pokok sana..terlepas nanti naya!
(Bunyi loceng sekolah..murid-murid dewasa keluar)
Ramli: Hei apa da kau bilang makan sini tidur sini..
Mana dia orang nak pergi ni?
Sudin: Ini sarkes dah jinak...dah berapa lama diaorang training..
Ajis:
Ini sekolah daa..
Ramli: Ye daa..
Ajis:
heh..tua tua kerepot dah semua.?
Ramli: Alamak toksah peduli..mau cari rumah pendekar Mastor punya rumah..
Ajis:
Apa daa Mastor..Mustar!!
Ramli: Cari yang muda-muda tanya haa...!

Adegan di rumah Pak Mustar dalam sessi suaikenal .


Pak Mustar:
Ramli:
Pak Mustar:
Ajis:
Pak Mustar:
Sudin:
Pak Mustar:
ya?
Ramli:
Ajis:
Pak Mustar:
Ramli:
Sudin:
Ajis:
Pak Mustar:
Ramli:
Pak Mustar:
Ajis:

Anak ni nama apa?


Nama saya Ramli..binnya Putehh..
Yang ni..?
Saya Ajis ..bin Satarrr..
Yang ni?
Saya Shamsudin..bin Daliii..
Eh..kalau begitu engkao bertiga bukan sudara agaknya,sahabat saja

Kita sahabat sudah lama pakcik..


Ye pakcik.. sejak dari dalam perut..!
Dulu kerja apa nak?
Uh..kerjanya bukan main teruk pakcik..!
Siang malam tak dapat tidor!
Iya pakcik..!
Kerja apa itu nak Ramli..?
Kira bulu kambing!
Eh Eh Eh Eh..tak terkira tu nak..! Ajis!
Oh..kerja saya paling berat sekali pakcik!
Siang malam tak boleh baring!
Pak Mustar: Apa itu kerja?
Ajis:
Kerjanya menunggu ayam jantan bertelor pakcik!
Pak Mustar: Eh Eh Eh berapa lama nak tunggu..?

Ajis:
Pak Mustar:
Sudin:
Pak Mustar:
Sudin:
Pak Mustar:
Sudin:
Pak Mustar:
Ramli:

Entahlah pakcik..!
Sudin?
O kerja saya merbahaya pakcik! Siang malam berjaga jagaa saja..
Kerja apa..?
Kerja sambung ekor beruang..!
Eh Eh Eh salah salah beruang tu ngap!
Kalau dia ngap saya tinggal ngep!
Eh Eh kenapa cari keja yang berat-berat nak?
Apa boleh buat pakcik..nasib badan...

Adegan Kemat Hassan dan geng penambang bercerita tentang


penangan Pendekar Mustar
dan berselang seli dengan cerita Pak Mustar semasa makan malam .
Sharif Dol: Hei Kemat nanti dulu daa..apa daa kau dgn Pendekar Mustar pun tak
boleh menang!
Kemat :
Hey..orang tu berantai kao..!
Sharif Dol: Eh cuba cerita kita semua mau dengar daa..!
Kemat:
Bila saja kao suruh bawak orang tua tu keluar,sekali aku tolak dia!
Dia jatuh!
Bila dia jatuh dia nak bangun ni..! Bila dia nak bangun dia nak lawan
pulak..!
Apa lagi..aku tak kasi chan! Aku pun tumbuk muka dia daa..!
Pak Mustar: ...Pakcik elak!Sekali pakcik ketis kakinya! Gedebeb dia jatuh!
Kemat:
..macam nangka daa.aku kena..!Sekali Rafi datang terkam.!.Rafi
masuk terajang
siam pulak!
Pak Mustar: ..Pakcik keluar kunci Kelantan..dia tersepit! Satu kali pakcik shebat
kepalanya..
pinggg..! berpusing..
Kemat:
..macam gasing da Rafi kena...sekali aku dapat aku gigit telinga dia!
Pak Mustar: ..huuuu..pakcik menjert!
Kemat:
sekali..kami tangkap macam rimau!
Pak Mustar: Pakcik tendang macam tikus!

Adegan ibu Ros(Momo) yang ingin membetulkan tanggapan buruk Ros


kpd Bujang Lapok
Ibu Ros: Ros Ros lekas mari sini Ros..!
Ros:
Apa mak?
Ibu Ros: Engkao lekas salah sangka..budak bertiga yang datang tu semua baik
budi bahasanya Ros!
Ros:
Alah.mak dengan bapak pun sama je!
Ibu Ros: Eh Eh Eh..kalao sudah emak dengan bapak sama,yang mana jantan
yang mana betina..?

Selepas menyanyi lagu Maafkan Kami..Ajis ternampak sepucuk surat di


bawah daun pintu.
Ajis:
Ramli:
Ajis:
Sudin:
Ajis:
datang
Ramli:
Sudin:
Ramli:
Sudin:
Ajis:

Eh..ni ada surat daa..


Eh apa daa terpusing-pusing..
Sekali syaer..
Baca baca baca..
Al kesah..(toyip..) alkisah maka tersebutlah kisah ..(toyip..) sang kancil
beramai
ramai mengadap ke bawah duli yang mulia sultan Firaun..
Mana Firaun pakai sultan..!
Tak tau baca kau mengarut saja..tengok aku baca..!
Kau tau baca ya..?
Jauh sangat daa..
Dekatlah sikit!
Eh kau terbelek-belek..?

Ramli: Hurufnya kecik daa..kaca mata aku ketinggalan daa..


Sudin: Kau berdua ni memang buta huruf! Kau tengok aku baca..
Dia tulis arab!
Ramli: Arab arab bacalah kami tak reti daa..cuba kau baca.
Sudin: Ku baca ya..! Wal fadang fasirul.tak adha dhil fokok kayu wil..Panassutani
kuk!
Ajis:
Eh apa da kuk?
Sudin Padang pasir takde pokok kayu panas terik laa..
Wal kurmak!
Ramli: Eh apa da buah kurmak?
Sudin: Eh kau tau baca?
Ramli: Itu bunyinya kurmak!
Sudin: Wa kurmak nak buka puasuu..kehabisanhu lazi..!
Ajis:
Apa dia tu?
Sudin: Eh buah kurma untuk buka puasa dah kehabisan..
Ajis:
Oh..
Ramli: Sambung..sambung..
Sudin: Ku pandonge kiri karo nik!
Ajis:
Oh ya apa da nik?
Sudin: Ku pandang kiri kanan saki bakhi tuhuk..tahi unta!
Ramli : (rampas) Apa da pakai taik unta..!..Buta kayu da korang...

Adegan belajar isim-isim silat di rumah Pak Mustar


Pak Mustar: Apa yang pakcik kata tulis ha?
Hai mambang tanah mambang air mambang api mambang angin
mambang
berasal dari gunung simambang
Ramli:
Eh..berapa banyak mambang mau tulis da...?
Pak Mustar: Heh jangan cakap..tulis haa..!
Ramli:
Baik pakcik..
Pak Mustar: Berdampinglah denganku simambang..hanya itulah pesanku
mambang...!
Itu saja isim isimnya ya nak! Cuba baca cik Ajis!
Ajis:
Baik pakcik..saya baca pakcik haa.
Hai mambang tanah ..hai mambang tanah mambang pokok
mambang daun
mambang buah..! mambang panjang mambang pendek mambang

hutan mambang
melintang mambang kurus mambang gemuk mambang tua
mambang....
Pak Mustar: Apa yang kau baca dan apa yang aku ajar?Aku tak ajar ni segala
mambang membujur
mambang pendek mambang persegi...
Eh apa yang kau tulis?
Ajis:
Saya tulis short hand pakcik!
Pak Mustar: Kenapa tak boleh baca?
Ajis:
Saya tulis short hand..saya baca long hand..
Pak Mustar: Betul kau ni buta huruf,Ajis Ajiss...
Ramli cuba baca..
Ramli:
Kalau saya baca kena berdiri pakcik!
Pak Mustar: Ha berdiri!
Ramli:
Bodoh tak tau baca..huh!
Hei mambang kuning mambang merah mambang puteh mambang
biru
mambang coklat mambang hitam mambang biru air laut...
Pak Mustar: (rampas)..Pakcik tak ajar mambang kuning mambang biru
mambang coklat
mambang hijo hah!
Eh! ini apa yang kao tulis?
Ramli:
Tulis arab pakcik!
Pak Mustar: Tulis arab mengapa ke bawah?
Ramli:
Pasal lama dia duduk di atas!
Pak Mustar:
Sudin:
mambang api
Pak Mustar:
Sudin:
Pak Mustar:
Sudin:
Pak Mustar:
semuanya

Huh! Bodoh! Buta kayu..duduk!


Ha..sekarang Sudin baca!
Saya baca pakcik yaa..hai mambang tanah mambang air
mambang angin..
Bagus..!
Mambang mabuk minum brandy...
(rampas) negeri mambang sana ada jual brandy?Huh!
Eh! apa ni gambar orang-orang ni..?
Ni bukan orang pakcik..mambang..!!
Mambang kepala hotak kau jambul!Huh!..rupanya kao bertiga ni
buta huruf buta kayu!

Di sekolah buta huruf (adegan pertama)

Cikgu:
Ha..sekarang murid-murid,saya mulakan dengan pakcik
Mat..pakcik Mat..
cuba sebutkan perkataan ini...?
Pakcik Mat: Alip ye mim..buaya..
Cikgu:
Bukan buaya..!Alif ye mim..a yammm..
Pakcik Mat:
Oh ayaaam..pakcik fikir buaya!
Cikgu:
Pakcik Dol..cuba sebutkan perkataan ini..
Pakcik Dol:
Be wau re nge..unta!
Cikgu:
Bukan unta..Be wau re nge burunggg..
Pakcik Dol:
O buruuung..ku fikirkan unta..!
Cikgu:
Pakcik Hamid tutup mulunya sedikit nanti masuk lalat!
Pakcik Hamid: (tersengeh)
Cikgu:
Pakcik Man..cuba sebutkan perkataan ini..
Pakcik Man:
Eh..tak nampak cikgu hurufnya halus halus benar!
Cikgu:
Tak nampak...?
Pak Man:
Pakai teropong nampak..!
Cikgu:
Sudahlah pakcik Man..duduk!

Adegan di sekolah buta huruf di kelas Cikgu Ros


Cikgu Ros: Ha sekarang murid-murid semua sudah faham huruf-huruf itu..?
Kita akan pindah ke huruf baru ya..
Murid2:
Baik cikgu!
Cikgu Ros: Alif (alif) Be, (be) Te (te) The (the).....(sambil menunjuk huruf
seterusnya)
Murid2:
(Gelabah)
Sudin:
Tang sinilah cikgu kita mati ya Ramli?
Cikgu Ros: Huruf apakah ini?Baiklah sekarang..saya nak tanya pada muridmurid
yang baru..Cik Ramli..huruf apakah ini?
Ha dia ada tanah, ada ekor dan ada satu mata di tengah-tengah..
Ramli:
Matanya satu saja cikgu?

Cikgu Ros:
Ramli:
Cikgu Ros:
Ramli:
Pak Abu:
Cikgu Ros:
Ramli:
Pak Abu:
Cikgu Ros:
Ajis:
Pak Abu:
haha
Cikgu Ros:
Ajis:
Cikgu Ros:
Sudin:
Cikgu Ros:
Sudin:
Cikgu Ros:
tengah..

Satu
Ada ekor?
Ada..
Atas tanah? Haa..huruf mambang tanah!
(ketawa) mambang tanah hahahaa...
Yang ini bukan mambang tanah cik Ramli..yang ini huruf jim!
Jim...? Eh jin dengan mambang kan tak jauh..?
(ketawa lagi)..hahaha hahaha hahaha..
Ha cik Ajis..huruf apakah huruf ini?
aa..huruf ini sama dengan huruf jim tetapi takde matanya saja..
Ohh.dia takde mata...sama-sama jim?haa..jin mata buta cikgu!
(ketawa).Ha ha ha..mata buta haha haha hahaaha..mata buta..haha
Tik tik tik..(bunyi meja diketuk..)
Yang ni bukan jim mata buta cik Ajis..yang ini huruf Ha..
Haa...
Ha sekarang cik Sudin pulak..!
Saya cikgu...!
Kenalkah dengan huruf ini..?
Saya kenal cikgu!
Huruf ni sama dengan huruf jim...huruf jim matanya di tengah-

tapi huruf ini matanya di atas..


Jim ni matanya di tengah-tengah..jim ini matanya di atas cikgu..?
Jin pakai toncit!!
Pak Abu:
(ketawa) Toncit!! Hahahah hahahaha hahahaa..
Tik tik tik...!!!
Cikgu Ros: Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat..!
Pak Abu:
..Cikgu...
Cikgu Ros: Ha cepat..sekarang Pak Abu pulak..!
Pak Abu:
Aa..yang mana..?
Cikgu Ros: Yang ini..!
Pak Abu:
Ooo..ini saya kenal dan tahu ni..huruf ini..
Nikan huruf M..!
Cikgu Ros: Tulah jangan suka selalu ketawakan orang..!Yang ni bukan huruf M..
yang ini huruf Kha..!
Pak Abu:
Khaaa..?
BujangLapok: HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA...
Sudin:

Pak Abu:

(terdiam malu..)

Tokeh jeti (Ahmad Nisfu) menuntut pampasan kepada Pendekar Mustar


Tokeh Jeti: Jumlah semuanya tujus ratus dua puluh empat ringgit 71 sen..!
Diminta bayar sekarang jugak!
Ramli:
Satu sen pun kami tak mahu bayar..apa nak jadi,jadi!
Tokeh Jeti: Kalau tak mahu bayar aku kasi tau penghulu!
Ajis:
Penghulu tak boleh datang!
Tokeh Jeti: Kenapa tak boleh datang?
Ajis:
Pasal semalam dia makan julap..hari ini dia berak-berak!
Tokeh Jeti: Baik.!.aku kasi tau pulis!
Sudin:
Pulis pun tak boleh datang!
Tokeh Jeti: Kenapa tak boleh datang?
Sudin:
Semalam dia jatuh tergelincir masuk dalam sungai,semuanya sudah
hantar dobi..!
Tokeh Jeti: Pulis dan penghulu tak boleh datang, aku tunggu di sini jugak!
Kita semua duduk di sini (Baik enciikk!)
Korang ada bawak sireh atau tak?( Tak ada..)
Kepala hotak kao!
Tiba-tiba Ros meluru keluar dari rumah.
Ros:
Pak..jangan bayar pak..!Mereka semua penjahat di penambang!
Tokeh Jeti: Siapa perempuan ini masok campor?
P Mustar: Anak aku,kenapa??
Tokeh Jeti: Huh cantik!Baiklah..hutang boleh selesai,aku jadi menantu kau,ye
pak?
Ros:
Tak hingin! Tua tak sedar diri!! Banyak cantik muka kau!
Tokeh Jeti: Sekarang tak cantik..nanti aku balik di rumah pakai bedak banyak,baru
tau!
Ramli:
Pakcik saya habiskan dia pakcik..!
P Mustar: Habiskan dia Ramli...!
Ramli:
Haitt..eyyahh (bersilat dan buka langkah)..yah...hiyahhh..hei!!
Apa macam langkahnya...?
P Mustar: Huh..sumbang..!
Ramli:
Jadi apa macam pakcik..?

P Mustar:
Ramli:

Heh..hentam sajalah!
Hantam sajalah..hee yahh..(bersilat lagi..)..haip! yeehh..

okeh Jeti: Takpa..!Takpa..! Nanti kau terima pembalasan!


Ajis:
Heiyaah! eh..jangan kamu nak tunjuk samsing daa..
Mau lawan marilah....!
Tokeh Jeti: Sudah!..mari balik!
Sebelum berlalu,Omar Suwita membaling batu kepada Ajis.
Ajis:
Aduiii..pakcik..dia lempar batu pakcik..!
P Mustar: Kenapa kau tak elaaak..?
Ajis:
Camana saya nak elak..silat pakai batu pakcik belum ajar...

Anda mungkin juga menyukai