Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

NAMA PELAJAR

: NOR SATINI BINTI CHE KAR

NO. K/P

: 850716-03-5040

ANGKA GILIRAN

: 2013242340010

Pada semester ketujuh ini, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan Kerja
Kursus Pendek yang melibatkan mata pelajaran Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
(EDU 3073). Tugasan ini mengenai pelaksanaan intervensi terapi biblio melalui bengkel
simulasi kaunseling kanak-kanak secara berkumpulan serta kepentingannya dalam
membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini telah dilaksanakan pada 21
Julai 2016. Sebelum melaksanakan tugasan ini kami telah diberi maklumat ringkas oleh
pensyarah pembimbing tentang cara pelaksanaan tugas mengikut kriteria yang telah
ditetapkan dalam garis panduan. Setelah itu, kami berbincang untuk bahagi tugas serta main
peranan dalam melaksanakan bengkel simulasi tersebut. Kami sepakat memilih satu video
pembacaan buku cerita bertajuk arnab dan kura-kura untuk di simulasikan dalam terapi
biblio.

Semasa

proses

melaksanakan

tugasan

ini,

telah

mempertimbangkan

cara

perlaksanaan tugasan dengan membahagikan tugas agar menjadi lebih mudah. Salah
seorang rakan kami main peranan sebagai guru pembimbing dan selebihnya adalah muridmurid bermasalah yang dicadangkan menjalani terapi bagi meningkatkan pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas. Kami juga berpeluang mendapatkan komen dan tindakan
spontan daripada pelajar dan guru mengenai hasil intervensi terapi melalui bengkel
kaunseling yang telah kami lakukan. Kami banyak mendapatkan cadangan dan panduan
asas bimbingan dan kaunseling daripada pensyarah pembimbing iaitu Encik Ridhwan, beliau

tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan kami. Setelah melakukan tugasan ini, saya dapati
ada perubahan pada diri saya iaitu dapat membina sikap positif dalam keperluan untuk
menjadi guru yang beretika, beradab, berilmu dan berakhlak. Saya dapat meningkatkan
pengetahuan dalam topik kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan kaunseling kanakkanak terutamanya. Saya telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan
kerja kursus ini dengan berkolaborasi dengan pensyarah, guru dan turut berkesempatan
berbincang dengan rakan-rakan lain. Seterusya, saya dapat menjalinkan hubungan yang
baik antara pensyarah, guru kaunseling, guru-guru dan rakan-rakan.

Setelah berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan ini, dapat saya rumuskan
bahawa seseorang guru yang bertindak sebagai kaunselor yang ingin memberikan
perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta mengaplikasikan beberapa
kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini
sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan
emosi dan psikologi. Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya
adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor
harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan kepada klien
pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai.

Kesimpulannya, tugasan berkumpulan ini dapat membantu kami dalam memperoleh


pelbagai ilmu baru tentang proses pembelajaran seseorang kanak-kanak dan kemahirankemahiran yang berkesan dalam menguasai kemahiran bimbingan dan kaunseling. Hal ini
penting kepada saya kerana saya akan ditempatkan di sekolah pada suatu hari nanti. Maka,
dengan input-input ini saya akan mengaplikasikannya ke dalam suasana pembelajaran yang
saya wujudkan kelak. Melalui kerja kursus ini juga, saya dapat meningkatkan tingkah laku
dan nilai-nilai etika keguruan yang positif kelak. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai