Anda di halaman 1dari 9

Soalan 1

1. SOALAN 1 1.0 PENGENALAN Etika berasal daripada perkataan Greek, Ethos


diertikan sebagai sikap dan adat yang menetukantingahlaku iaitu penemuan baik
buruk perbuatan manusia. Menurut Grassian ( 1981 ) etika boleh ditakrifkan
sebagai kajian falsafah tentang moral iaitu tentang kelakuan yang baik,
kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilansosial dan ciri ciri
kehidupan yang baik. Menurut Institut Integriti Malaysia ( 2007 :17 ) pula
mendefinisikan etika sebagai himpunan nilai dan moral yangmenjadi piawai bagi
tingkah laku individu, organisasi dan profesyen. Etika (etimologi) menurut modul
KKD 2063 Pembangunan Sahsiah ialah berasal dari bahasa Yunani adalah Ethos
yang membawa maksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan(costum). Etika
biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari
bahasa Latin, iaitu Mos dan dalam bentuk jamaknya Mores, yang bererti juga
adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang
baik (kesusilaan),dan menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk (Keith,
2006).kumpulan tersebut.Ia juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan
dasar akhlak atau tingkah laku bagi sesuatu kumpulan atau organisasi. Sistem
dasar meliputi aspek-aspek moral yang baik atau buruk serta yang betul atau
salah sebagai panduan kepada ahli-ahli.. Menurut William(1971), etika ialah The
normative science of the conduct of human beings living in societies-a science
which judges this conduct to be right or wrong, to be good or bad or in some
similar way (Sains normatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat di
mana sains inimenentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau salah, baik atau
buruk dan lain- lain).
2. Definisi Isu: Isu kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang
diperkatakan dan bolehmenjadi sesuatu yang besar. Tidak banyak definisi isu
yang dapat dinyatakan namun menurutsatu laman web(artikata.com), isu adalah
seuatu masalah yang dikedepankan (diperkatakan)untuk ditanggapi oleh orang
ramai. Ia juga adalah suatu khabar yang tidak jelas asal usulnyadan tidak
terjamin kebenarannya. Sejak akhir-akhir ini, kita sering melihat banyak kejadian
negative yang berlaku di sebabkan oleh guru.Jika di lihat di muka akhbar, berita
serta media elektronik, isu etika guru sering membelunggu kita.Keadaan seperti
iniamat mendukacitakan kita.Ini adalah di sebabkan oleh darjat yang di perolehi
darpada seorang guru adalah amat tinggi.Guru di ibaratkan sebagai lilin yang
membakar di segenap ruang yang dapat menyidara manusia daripada
kegelapan. Namun, apa yang mendukacitakan pada masa kini, banyak kesalahan
atau kegiatan negative yang telah di tonjolkan oleh sesetengah guru. Di antara
isu-isu etika yang sering menjadi perbualan hangat ataupun yang dapat kita lihat
pada masa kini adalah seperti kes rasuah, gangguan seksual, dan pembuangan
masa. 2.0 ISU-ISU ETIKA 2.1 ISU ETIKA GURU: KES RASUAH Definisi rasuah yang
di petik dari wikkipedia.org, rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan
undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau
keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas
memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan
Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama: *
Meminta/Menerima Rasuah * Menawar/Memberi Rasuah * Membuat Tuntutan
Palsu
3. 2.1.1 Di antara punca berlakunya rasuah di kalangan guru adalah: 1).
Kurangnya didikan agama dan didikan moral 2). Wujudnya birokrasi dalam
system pemerintahan 3). Kepimpinan yang lemah 4). Pengurusan perbelanjaan
yang tidak sistematik Dari segi kurangnya didikan agama dan didikan moral, hal
ini berkaitan dengan seseorang guru itu tidak mempunyai iman yang
kukuh.Inimenyebabkan mudah terpesong daripada landasan asal bagi seseorang
guru tersebut.Mereka tidak mengetahui tentang baik buruknya tentang
perbuatan tersebut dan dengan sewenangnya mengambil jalan mudah untuk
bertindak sedemikian.Biasanya, golongan guru ini tidak mengetahui tentang
perbuatan keji ini dan menganggap benda ini adalah perkara biasa.Golongan
seperti ini akan menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya
untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah. Dengan tidak memikirkan
akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Malah individu yang
terlibat dengan rasuah tidak berasa malu atau takut kepada Allah serta
balasannya sama ada di dunia ataupun pada hari akhirat. Sebagai contoh,
apabila seseorang guru telah di tawarkan sejumlah wang ringgit bagi tujuan
kelulusan daripada pihak atasan, secara tidak langsung guru akan mengambil
inisiatif untuk meluluskan atau mencari jalan bagi mendapat tender atau projek
tersebut di sebabkan oleh ganjaran yang di terime itu. Bagi golongan yang
memberi rasuah ini, mereka tidak kisah dengan ganjaran yang mereka berikan di
sebabkan pulangan yang mereka akan dapat di hari kemudian adalah lebih tinggi
lagi. Selain itu, punca rasuah juga adalah di sebabkan oleh wujudnya birokrasi
dalam system pemerintahan.Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada
pegawai-pegawai kerajaan untuk mengambil kesempatan.Hal ini berlaku kerana
proses pengurusan pentadbiran terpaksa melalui banyak saluran. Apabila
keadaan ini berlaku, sudah tentulah pemprosesan sesuatu permohonan
memerlukan masa yang lama atau panjang. Bagi individu yang terdesak atau
mahu segera menyelesaikan masalah, mereka akan mudah memberikan
imbuhan dengan harapan pemprosesan permohonan didahulukan oleh penerima
rasuah. Oleh hal yang demikian, sudah tentu situasi ini akan menimbulkan
perasaan tidak puas hati terhadap golongan yang tidak terlibat dengan rasuah.
4. Antara faktor berlakunya gejala rasuah ialah kepimpinan seseorang individu
yang lemah. Individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada
diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk melakukan rasuah.
Mereka mudah disogok dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda, wang
ringgit, kedudukan dan pangkat.Malah sejarah juga telah membuktikan bahawa
bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon tumbang ekoran perbuatan
rasuahnya dalam skandal Water Gate.Ada kalanya penerima rasuah dianggap
sebagai kerbau dicucuk hidungnya dan mudah patuh dengan kehendak pemberi
rasuah. Akibatnya, amalan rasuah menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan
terhadap individu dan kepimpinan organisasi berkenaan Selain itu, isu mengenai
penyalahgunaan wang di kalangan gurudisiarkan dalam media massa. Sebagai
contoh, seorang guru telah ditahan olehpihak berkuasa kerana memalsukan
invois dan pesanan kerajaan yangmengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008).
Antara contoh lainpenyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti
memaksa muridmembeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen
daripada pengedar,melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian,
mengemukakantuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu, guru
mengutip yurankhas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak
sekolahdengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri,
guru tidakmengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan
banyak lagi. Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku.Pertama
adalahberpunca dari individu yang menguruskan wang itu sendiri.Guru yang
terlibatdalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin
hidupmewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai
diri,maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang
telahdiamanahkan kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni
dankeimanan dalam diri. Guru yang menyalahgunakan wang tidak menghayati
nilaikejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan
syaitan.Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur
dalammenguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil
lewamenguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru
5. tersebutbiasanya lemah dalam menghayati kod etika profesionnya yang
menggariskanbatas batas tatacara pengurusan kejayanya 2.1.2 Implikasi
rasuah ke atas kehidupan kita adalah Individu yang terlibat dengan rasuah akan
dipandang hina oleh masyarakat. Keluarga mereka juga akan dicemuh dan
dipulaukan oleh jiran-jiran. Apabila seseorang menjadikan rasuah sebagai amalan
biasa, sudah tentulah amalan ini akan merebak dan mempengaruhi orang lain.
Oleh itu, rasuah perlu dibanteras segera supaya tidak memberi kesan buruk
terhadap sistem pentadbiran dan sosial negara.Masyarakat perlu mengambil
sikap berwaspada agar perbuatan rasuah tidak menjadi barah dalam
masyarakat. Rasuah juga menggambarkan amalan berat sebelah dan
ketidakadilan dalam sesebuah urusan di mana banyak pihak lain yang
sebenarnya dianiaya kerana mereka mengamalkan amalan yang tidak baik.
Secara tidak langsung imej sesuatu pengurusan itu turut tercemar. Jika kerajaan
yang melakukan amalan yang tidak berfaedah ini, tahap kepercayaan pelabur-
pelabur asing mulai akan luntur sedikit demi sedikit akibat daripada ketidak
adilan pemimpin sesebuah kerajaan itu sendiri dan turut juga akan menjatuhkan
maruah sesuatu pihak itu sendiri akibat pengamalan budaya rasuah dalam
melicinkan pengurusan. Selain itu, imej Negara juga akan tercalar di sebabkan
oleh rasuah ini. Akan terdapat perkara yang boleh menyebabkan kucar-kacir di
antara masyarakat sekeliling pada masa kini.Hal sedemikian juga pernah berlaku
dalam sejarah tamadun Mesir dan Mesopotamia. Akibatnya, Negara ini telah di
pandang serong oleh Negara lain. Selain itu, hubungan dagangan akan terputus
dan secara tidak langsung ekonomi Negara juga turut terjejas dan akan
terbantut. Rasuah juga menggambarkan amalan berat sebelah dan ketidakadilan
dalam sesebuah urusan di mana banyak pihak lain yang sebenarnya dianiaya
kerana mereka mengamalkan amalan yang tidak baik. Secara tidak langsung
imej sesuatu pengurusan itu turut tercemar. Jika kerajaan yang melakukan
amalan yang tidak berfaedah ini, tahap kepercayaan pelabur-pelabur asing mulai
akan luntur sedikit demi sedikit akibat daripada ketidak adilan pemimpin
sesebuah kerajaan itu sendiri dan turut juga akan menjatuhkan maruah sesuatu
pihak itu sendiri akibat pengamalan budaya rasuah dalam melicinkan
pengurusan.
6. 2.2 ISU ETIKA GURU : GANGGUAN SEKSUAL Kejadian gangguan seksual
semakin berleluasan dewasa ini.Gangguan seksual ini bukan sahaja berlaku di
tempat kerja dan tempat awam malah isu ini telah menular di sekolah dimana
mangsanya ialah murid-murid.Gangguan seksual yang dilakukan oleh para
pendidik ini menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dalam melindungi
anak murid dibawah jagaan mereka.Sering kali kita dengar terdapat tingkah laku
yang negatif yang dilakukan oleh guru tidak kira guru itu muda atau tua.Ini
memberikan gambaran bahawa sekolah bukan lagi institusi yang selamat dari
masalah ini jika hal ini dilakukan sendiri oleh guru. Kod Amalan (1999)
mentakrifkan gangguan seksual contohnya mencium ialah sebarang tingkah laku
berunsur seksual yang tidak dingini dan memberi kesan samada secara lisan,
isyarat, visual, psikologi atau fizikal.Gangguan seksual boleh dikategorikan
kepada 2 bahagian iaitu gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual coercion)
dan gangguan seksual berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi
(sexual annoyance). 2.2.1 Kementerian Sumber Manusia (1999)
mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan seksual kepada lima jenis iaitu : 1).
Gangguan secara lisan bentuk gangguan yang dapat dilihat dalam
penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat
bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan
berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau
aktiviti seksual sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut 2).
Gangguan secara isyarat (Bukan Lisan) gangguan yang dipamerkan melalui
sikap atau perlakuan seseorang yang memberi maksud atau gambaran keinginan
yang berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling, menggoda, merenung,
mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain.
7. 3). Gangguan secara visual perlakuan menghantar nota, surat, e-mail,
pesanan ringkas (sms), gambar, poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur
seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik atau
peralatan komunikasi kepada mangsa yang menyebabkan mangsa berasa
tersinggung, terhina atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual. 4).
Gangguan secara fizikal gangguan yang berbentuk sentuhan fizikal yang
berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat
sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk,
menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga mangsa berasa
tersinggung, terhina atau terugut. 5). Gangguan secara psikologi mangsa cuba
merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu
bagi memenuhi keinginan seksual seseorang sama ada melalui surat, telefon, e-
mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi kepada mangsa yang
menimbulkan tekanan emosi dan mental ke atas mangsa. 2.2.2 Punca berlakunya
gangguan seksual Menurut Koss (1990), murid yang mengalami gangguan
seksual iaitu dicium seringkali merasa diri mereka sebagai mangsa dan menukar
corak hidup mereka menjadi pendiam, kurang bergaul dan sebagainya. Punca
berlakunya perkara sedemikian adalah kurang memahami etika keguruan.Ini di
sebabkan oleh guru kurang memahami kod etika guru.Sebagai guru yang
professional, kod etika ini mestilah di kuasai dan di praktikkan dengan
sebaiknya.Berdasarkan kod etika perguruan sepatutnya setiap ahli profesion iaitu
guru sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh
dilakukan.Tetapi dalam kes ini yang terjadi adalah sebaliknya.
8. Selain itu, guru yang mempunyai masalah keluarga adalah di antara punca
terjadinya perkara sedemikian.Di antara masalah tersebut adalah guru yang
mempunyai masalah keluarga seperti penceraian atau perselisihan faham di
antara keluarga. Ini juga akan menyebabkan guru tersebut mengalami masalah
emosi yang tidak stabil serta memerlukan tempay untuk berkasih saying. Hal ini
menyebabkan guru tersebut mengambil jalan mudah dengan melakukan
gangguan seksual kepada anak muridnya sendiri bagi melepaskan tekanan yang
dihadapi oleh mereka. Di samping itu juga, antara punca penyumbang kepada
tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru tersebut ialah pengaruh media
massa tidak kira media cetak atau media elektronik. Mengikut kajian yang
dilakukan pengaruh media elektronik lebih banyak dari media massa kerana
media elektronik mudah didapati dengan meluas tanpa sekatan. Pengaruh ini
akhirnya mendorong guru tersebut melakukan perkara seumpama ini terhadap
anak muridnya. Pengaruh media massa contohnya media cetak membolehkan
guru tersebut mendapatkan bahan lucah melalui buku, majalah dan sebagainya
dengan mudah seterusnya membuat gangguan seksual kepada anak muridnya.
Manakala melalui media elektronik seperti penggunaan internet, telefon bimbit
dan sebagainya membolehkan bahan-bahan lucah mudah didapati dan mudah di
layari berbanding medium yang lain. Ini menyebabkan guru tersebut mudah
mendapatkan bahan bagi tujuan sedemikian. Oleh itu, apa yang dilihat dan
dipelajari telah di aplikasikan ke atas murid. Tiada kesedaran agama juga adalah
punca kepada tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru tersebut. Kesedaran
agama yang kurang terutama tentang hukum halal dan haram menyebabkan
seseorang guru tersebut sanggup melakukan perkara terkutuk itu demi kepuasan
mereka sendiri. Kesedaran agama yang kurang iaitu tidak menggunakan ilmu
yang dipelajari dengan sebaik mungkin menyebabkan guru tersebut tidak dapat
membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Guru tersebut juga tidak
menjaga pergaulan beliau dengan anak muridnya dimana dia sanggup membuat
gangguan seksual keatas anak muridnya sendiri. Di sini jelas menunjukkan
perbuatan yang dilakukan oleh guru tersebut bukan mencerminkan beliau
sebagai seorang muslim yang mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Jika
9. difikir kembali tidak mungkin akan berlaku kes seumpama ini jika guru
tersebut mempunyai kesedaran agama yang tinggi serta takutkan balasan dari
Allah SWT. Sekiranya masalah ini tidak dibendung dengan baik, mungkin masalah
ini akan menular dengan lebih teruk lagi. Kesan dan akibat dari perbuatan
tingkah laku guru yang negatif ini bukan sahaja akan tmemberi kesan kepada diri
guru tersebut sahaja namun kesannya akan turut dirasai oleh mangsa gangguan
seksual, guru-guru lain, sekolah, masyarakat dan sebagainya. 2.2.2.1 Guru
Antara kesan jangka pendek yang akan menimpa guru yang melakukan
perbuatan ini ialah menyebabkan hubungan guru dan murid menjadi semakin
rengang dimana semua murid membenci dan takut untuk menuntut ilmu dengan
guru tersebut. Dalam situasi ini, murid berasa tidak selamat untuk meneruskan
sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan guru dan rakan sejawatannya juga akan
musnah kerana mereka semua tidak lagi mempercayai guru tersebut selepas
sekali melakukan perkara yang tidak senonoh. Guru tersebut akan mengalami
tekanan emosi juga adalah kesan jangka pendek yang akan dihadapi dimana
guru tersebut mungkin mengalami konflik jiwa yang serius akibat dari
perbuatannya. Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait
dengan gangguan emosi contohnya masalah ketidakfungsian otak, pemakanan
dan masalah keluarga. Di samping itu juga, keluarga guru yang terbabit dalam
tingkah laku negatif ini mungkin akan mendapat kesan yang buruk contohnya
mungkin keluarga beliau akan dibenci dan dicemuh oleh masyarakat. Ini
menyebabkan keluarga beliau akan hidup dalam suasana yang tidak tenteram.
Tambahan lagi, kesan jangka pendek yang akan menimpa guru tersebut ialah
beliau akan hilang pekerjaan dan mata pencarian akibat dari perbuatan mereka
yang tidak senonoh itu. Kesan jangka panjang yang akan ditempuhi oleh guru
tersebut ialah mereka tidak lagi diterima oleh masyarakat dimana masyarakat
akan memandang serong kepada mereka. Selain itu kesannya juga ialah guru
tersebut akan dipindahkan ke sekolah yang lain bagi menjaga nama baik sekolah
tersebut. Di samping itu juga, guru tersebut tidak ada tempat dalam masyarakat
dimana beliau bukan lagi menjadi guru yang boleh dipercayai oleh masyarakat.
10. Kesan jangka pendek kepada guru lain ialah, masyarakat tidak lagi
mempercayai bahawa guru dapat mendidik dan mengajar anak mereka
menyebabkan tugas guru tidak lagi di pandang sebagai satu tugas yang mulia
oleh masyarakat. Kesan daripada itu juga menyebabkan guru guru walaupun
mereka tidak bersalah akan diselubungi dengan perasaan malu terhadap
masyarakat dengan tindakan yang dilakukan oleh rakan sejawatannya yang
berkelakuan negatif. Kesan jangka panjang kepada guru yang lain menyebabkan
mereka sendiri tidak lagi berminat untuk meneruskan profesion ini lagi. Selain itu
guru-guru yang lain tidak lagi mempunyai perasaan seorang pendidik jika
masalah ini berleluasan. 2.2.2.2. Profesion Perguruan Kesan jangka pendek dari
tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru ini menyebabkan profesion
perguruan ini dipandang rendah oleh masyarakat.Masyarakat tidak lagi
mempercayai kepada profesion perguruan sehingga menyebabkan profesion ini
tidak lagi diperlukan oleh masyarakat.Selain itu, profesion perguruan tidak lagi
dianggap mulia oleh masyarakat dimana mereka tidak lagi mempercayai bahawa
profesion ini dapat membantu anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang
selamat dan berkesan.Tambahan pula, profesion ini tidak lagi dihormati oleh
masyarakat terutama ibu bapa dan murid-murid. Manakala kesan jangka panjang
kepada profesion perguruan menyebabkan generasi muda tidak lagi berminat
untuk menjadi guru dan ini mengakibatkan profesion ini kekurangan genarasi
muda yang berbakat untuk mendidik anak bangsa.Di samping itu juga, kesan dari
ini kerajaan tidak lagi dapat melahirkan guru- guru yang berkemahiran dalam
pelbagai aspek kerana kekurangan generasi muda yang ingin menceburi bidang
ini.Mengikut Lilia dan Norlena (1998), penyusutan kuasa untuk menjalankan
tugas secara professional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca
mata masyarakat.
11. 2.3 ISU ETIKA GURU : PENYALAHGUNAAN MASA GURU Masa adalah sangat
berharga kepada manusia.Di dalam al-Quran, Surah Al- Asr, Allah menerangkan
kepada manusia tentang kepentingan masa. Demi masa, sesungguhnya
manusia kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Mereka
menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran. Tugas guru adalah
sebagai penyampai ilmu pengetahuan. Sekiranya kita tidak cuba menerapkan
kepentingan masa kepada murid, maka, kita sebagai guru boleh dikatakan tidak
berjaya memberi satu ilmu yang amat berguna.Sebagai guru, kita hendaklah
menghargai masa yang diberikan kepada kita terutamanya dalam waktu
persekolahan.Ada juga yang mengatakan bahawa bertangguh itu pencuri
masa.Orang yang tidak tahu menggunakan masa pula dikatakan orang yang
mati.Kesemua kata- kata hikmat di atas menunjukkan kepentingan masa yang
perlu dihayati insan bernama guru. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81
yang bertarikh 12 September 1981, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,
kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-
kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Surat ini juga memberi
penekanan terhadap tanggungjawab guru untuk mengamalkan ketepatan masa
sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah,
ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan semasa menjalankan sesuatu
kegiatan di luar bilik darjah seperti kegiatan kokurikulum.Maksud ketepatan masa
juga merangkumi keperluan guru untuk mengikut jadual pengajaran dan tidak
dibenarkan meninggalkan kelas ataupun kawasan sekolah semasa tempoh
persekolahan.
12. 2.3.1 PUNCA PEMBUANGAN MASA DI KALANGAN GURU 2.3.1.2 Guru tidak
menggunakan masa yang terluang untuk membuat bahan dan alat bantu
mengajar. Bahan bantu mengajar sangat penting dalam menyampaikan ilmu
kepada murid terutamanya sekiranya guru ingin mengenalkan sesuatu konsep
kepada murid.di zaman moden ini, pelbagai bahan dan alatan siap telah dibeli
oleh sekolah untuk digunakan oleh guru. Malah, sumber internet juga kini
menjadi sumber yang sangat efektif untuk digunakan oleh guru.Saya melihat isu
ini sebagai sesuatu yang agak menyedihkan kerana guru sudah sedia maklum
dengan tanggungjawab mereka.Bahan-bahan ini juga digunakan sebagai alat
pentaksiran kepada murid untuk mengenalpasti tahap pencapaian murid
terhadap sesuatu kemahiran. Kegagalan menyediakan alatan bantu mengajar
juga menjadi isu penyalahgunaan masa senggang guru. Guru seharusnya
menggunakan masa tersebut untuk memilih mana- mana alatan yang dibeli oleh
pihak sekolah mahupun cakera padat yang dibekalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk digunakan di dalam kelas. Malah, guru juga boleh
melayari laman web Eduweb tv untuk memuat turun mana-mana video untuk
membantu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bukankan kesemua
perancangan pengajaran ini memerlukan guru menggunakan masa senggang
mereka? 2.3.1.2 Guru menunda kerja, melakukan aktiviti yang tidak penting dan
melakukan tugas sambil lewa. Ada juga segelintir guru yang tidak menggunakan
masa dengan efektif.Mereka sering menunda sesuatu kerja sehingga
menimbulkan sesuatu bebanan kepada mereka.Malah, di akhir waktu yang
ditetapkan, guru merungut kerana berasa tertekan dengan bebanan yang
disebabkan kealpaan mereka sendiri. Ada guru yang menggunakan masa
terluang mereka dengan aktiviti membaca majalah kekeluargaan,
membincangkan isu politik secara keterlaluan dan membincangkan hal
kekeluargaan orang lain. Sikap sebegini mengundang pandangan yang tidak baik
di kalangan murid dan ibu bapa.Sewajarnya, masa terluang sebegini digunakan
untuk membincangkan masalah pengajaran dan pembelajaran murid atau
membaca artikel-artikel mengenai pendidikan.Pengalaman dari guru-guru lain
juga boleh dibincangkan.Guru seharusnya
13. mempunyai motivasi intrinsik supaya guru dapat menggunakan sepenuhnya
masa mereka ke arah kebaikan. 2.3.2.IMPLIKASI 1). Penambahbaikan dalam
kaedah dan strategi pengajaran tidak berlaku. Sekiranya guru tidak
menggunakan masa terluang kita untuk membuat kajian tindakan, guru tidak
dapat membuat penambahbaikan terhadap teknik pengajaran mereka. Kajian
tindakan ialah kajian yang dibuat berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos
sesuatu masalah dan cuba mengatasi dalam konteks itu. Ada baiknya jika guru
terus menulis refleksi pengajaran selepas sesi pembelajaran dilaksanakan atau
selepas sesuatu tajuk diajar.Selepas itu, guru tersebut hendaklah membuat
kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Guru boleh
menggunakan masa senggang di antara waktu pengajaran atau sewaktu sesi
persekolahan untuk mencari jalan penyelesaian. Guru boleh merujuk artikel
akademik seperti jurnal pendidikan, bertanya kepada guru lain, merujuk kepada
guru cemerlang dan jurulatih utama ataupun merujuk kepada kajian penyelidikan
yang pernah dilakukan sebelum ini. Menurut Stenhouse (1975), penyelidikan
tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran
tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-
guru lain. Maka, jika penyelidikan tindakan dijalankan, guru boleh berkongsi
maklumat dengan guru lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Semua
perkara ini boleh dilakukan pada waktu persekolahan sekiranya guru tidak
berhasrat untuk menyalahgunakan masa.
14. 2). Kepimpinan Melalui Teladan tidak diaplikasikan. Guru adalah role model
murid. Maka, guru perlu menghayati slogan kepimpinan melalui teladan.Ini
disebabkan oleh murid suka meniru perlakuan, memek muka, pakaian malah
personaliti guru tersebut. Kepimpinan Melalui Teladan merupakan slogan yang
dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 19 Mac 1983. Slogan ini
diwujudkan bagi menanam dan memupuk sifat kepimpinan yang berkesan bagi
dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Selain itu, ia juga
dapat menerap nilai kebertanggungjawab dan etika murni di kalangan kakitangan
awam. Guru merupakan antara orang yang paling kerap mendampingi murid
selain ibu, bapa dan ahli keluarga mereka. Malah, kebanyakan murid sering
mendengar kata guru berbanding dengan ibu dan bapa mereka sendiri.Malah,
mereka juga kerap bercerita kepada ibu bapa tentang kehebatan guru. Tetapi
sekiranya guru mereka sering menghabiskan waktunya dengan perkara yang
tidak berfaedah, apakah pula pandangan dan cerita yang akan didengari oleh ibu
bapa mereka? Tentunya ini akan menimbulkan pandangan yang negatif dari
pihak ibu bapa dan mengundang tanggapan yang negatif dari murid-murid juga.
3) Penambahbaikan dalam kaedah dan strategi pengajaran tidak berlaku.
Sekiranya guru tidak menggunakan masa terluang kita untuk membuat kajian
tindakan, guru tidak dapat membuat penambahbaikan terhadap teknik
pengajaran mereka. Kajian tindakan ialah kajian yang dibuat berdasarkan
sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasi dalam
konteks itu. Ada baiknya jika guru terus menulis refleksi pengajaran selepas sesi
pembelajaran dilaksanakan atau selepas sesuatu tajuk diajar.Selepas itu, guru
tersebut hendaklah membuat kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah
tersebut. Guru boleh menggunakan masa senggang di antara waktu pengajaran
atau sewaktu sesi persekolahan untuk mencari jalan penyelesaian. Guru boleh
merujuk artikel akademik seperti jurnal pendidikan, bertanya kepada guru lain,
merujuk kepada guru cemerlang dan jurulatih utama ataupun merujuk kepada
kajian penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini.
15. Menurut Stenhouse (1975), penyelidikan tindakan bukan sahaja
menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori
pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain. Maka, jika
penyelidikan tindakan dijalankan, guru boleh berkongsi maklumat dengan guru
lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Semua perkara ini boleh dilakukan
pada waktu persekolahan sekiranya guru tidak berhasrat untuk
menyalahgunakan masa.
16. Bibliografi Abdul Majid Isa & Rahil MAhyuddin (1995). Psikologi : Pertumbuhan
Dan Perkembangan, Petaling Jaya Hj. Abdul Ghani Samsudin (2004). Sahsiah Guru
Muslim dan Keberkesanan Pendidikan Islam. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). Mengurus Agenda Abad 21 : Cabaran Dan
Persiapan Dalam Era Globalisasi, Golden Books Centre Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru.Selangor:OxfordFajar
kwapmguna.htmlJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
(2010).Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam.

Anda mungkin juga menyukai