Anda di halaman 1dari 15

GURU DAN CABARAN SEMASA

EDU 3093
Oleh:

Nor Satini Binti Che Kar


PISMP Semester 8 Bahasa Melayu
IPG Kampus Raja Melewar
Puan Hjh. Ramlah Binti Alias
TUGASAN 1
SOALAN:

Sejauh manakah anda sebagai seorang pendidik


berupaya berhadapan dengan cabaran pendidikan masa
kini dalam melahirkan modal insan kelas pertama selaras
dengan hasrat Transformasi Pendidikan 2013-2025

ISU:
Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan
PENGENALAN
Modal insan kelas pertama
Manusia yang berminda kelas pertama ialah mereka yang
sentiasa menjana mindanya melalui empat ciri utama, iaitu
kesedaran kendiri, ingin tahu (curiosity), fokus dan inisiatif.

Jim Canterucci (2005)-Personal Brilliance: Mastering the Everyday habits


that Create a Lifetime of Success
Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan

Alimuddin Mohd Dom, (2011) :

Menyatakan pada zaman maklumat kini akan sentiasa


memberi ruang dan peluang kepada setiap individu
untuk mengembangkan bakat, kebolehan dan potensi
mereka melalui technology-powered knowledge yang
boleh didapati di mana-mana dengan kemudahan ICT.
Perubahan Penggunaan Teknologi Dalam
Pendidikan
1. Sebelum ini sesi pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah tradisional seperti chalk and talk.

2. Kini, menggunakan kemudahan teknologi seperti LCD,


power point, internet dan sebagainya.

3. Kini, teknologi yang terkini adalah menggunakan smart


board untuk membantu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Perubahan Penggunaan Teknologi
Dalam Pendidikan
1. Melalui penggunaan LCD di sekolah, sesi pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik serta memudahkan guru
untuk mengajar sesuatu topik dengan bantuan gambar dan
juga video.

2. Sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik melalui


bantuan teknologi akan dapat membantu menarik minat murid
untuk belajar dan ini akan mengembirakan hati ibu bapa.
Perubahan Penggunaan Teknologi
Dalam Pendidikan
3. Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar
melalui penggunaan teknologi, murid akan dapat
menerokai dengan lebih mendalam mengenai pelbagai
bidang.

4. Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap,


berkesan dan bertaraf dunia.
Cabaran dalam perubahan Penggunaan
Teknologi Dalam Pendidikan
1. Guru yang tidak mahir perlu mengikuti latihan dan juga
kursus-kursus yang telah disediakan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia bekaitan dengan teknologi
maklumat dan sebagainya.

2. Guru mestilah bersedia untuk membuat perubahan kerana


wujudnya globalisasi, negara tanpa sempadan, peningkatan
teknologi komputer dan internet di hujung jari dan
persaingan antara kelompok atau negara semakin
meningkat.
Cabaran perubahan dalam Penggunaan
Teknologi Dalam Pendidikan
3. Kos untuk menggunakan teknologi yang sangat tinggi
serta kos membaik pulih yang amat tinggi.

4. Kekangan masalah kemudahan internet di kawasan


pedalaman serta perkampungan orang asli.
Cabaran dalam perubahan Penggunaan
Teknologi Dalam Pendidikan

Jika guru tidak pandai menggunakan komputer dan juga


LCD perlulah belajar untuk mengubah diri kita serta akan
dapat membantu kita menggunakan teknologi ini di
sekolah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
Rumusan

1. Guru yang menggunakan dan mengaplikasi teknologi dalam
pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi tinggi
yang akan mampu mengharungi era globalisasi, sekaligus
merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju 2020.

2. Sebagai guru juga kita seharusnya mengorak langkah dan


mengambil peluang untuk melengkapkan diri sebagai pemimpin
ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada
penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk
pelbagai bidang dan mekanisme urusan harian.
Rumusan
Pembangunan minda kelas pertama perlu menerusi
persekitaran yang mesra ilmu, pro intelektual dan kualiti
berasaskan pencapaian. Minda kelaspertama tidak akan
terbentuk dalam persekitaran yang sinonim dengan
budaya hedonisme dan hiburan.
Minda kelas pertama juga tidak akan bercambah jika
ukuran ilmu hanya diasaskan kepada jenis sijil dan tahap
kelayakan akademik semata-mata.
Rumusan
Persekitaran yang meransang pembangunan minda kelas
pertama menggariskan ukuran ilmu dan pencapaian kepada
kegigihan, iltizam, sumbangan konkrit dan gaya hidup
berasaskan kepentingan nilai ilmu.

Pada hemat saya, dalam konteks minda kelas pertama,


semua pihak perlu melakukan pembaikan, inovasi,
penyelidikan dan reka cipta dalam bidang masing-masing
terutama di peringkat sekolah.
Sekian,
terima kasih.
Rujukan
Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (2000).

Kamarudin Hj. Husin & Kamarul Azhar (1994). Asas Pendidikan III (Perkembangan & Perlaksanaan
Kurikulum). Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (1981). Pendidikan di Malaysia, Subang Jaya : Kumpulan Budiman.

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah & Zuraidah. (2010). Guru dan Cabaran Semasa,
Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd

Aduka Humaira. (2013).Isu Pendidikan Semasa.Dilayari pada 1 April 2017 dari :


http://isusemasapendidikan.blogspot.com/
Aminudin Mansor (2014). Guru dan Cabaran Semasa.Dilayari pada 1 April 2017 dari
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan- cabaran-semasa
Anis Abd Halim (2014). Isu guru dan pelaksanaan PPPM.Dilayari pada 1 April 2017 dari :
https://prezi.com/45e4p6x_c5rh/isu-1-guru-dan-pelaksanaan-pppm/

Anda mungkin juga menyukai