Anda di halaman 1dari 3

Filem : P Ramlee Pendekar Bujang Lapok

Seniman Agung Negara Allahyarham P. Ramlee adalah seorang lagenda di dunia perfileman
tanah air. Diantara filem yang masih popular arahan beliau adalah filem Bujang Lapok. Filem
ini adalah filem komedi pertama yang diarah dan dilakon oleh tokoh seniman ikonik ini.
Tanpa kita sedari sebenarnya terdapat beberapa pengajaran penting daripada filem Bujang
Lapok arahan P. Ramlee ini.

Sinopsis Filem Pendekar Bujang Lapok

Tema utama filem Pendekar Bujang Lapok ialah yang berkaitan dengan Pendidikan, hanya
pendidikan yang dapat mengangkat martabat bangsa tetapi nilai-nilai dan peradaban bangsa
dan agama tidak sepatutnya diketepikan. Tiga pemuda bujang, Ramli (P. Ramlee), Ajis (Aziz
Sattar) dan Sudin (S. Shamsuddin) tiba di jeti di sebuah sungai untuk ke seberang dalam
usaha mencari seorang guru yang boleh mengajar mereka ilmu persilatan. Mereka bertiga
berhadapan dengan sekumpulan pekerja feri yang bersifat kasar dan berperangai buruk. Wak
Mustar (Mustarjo), seorang guru silat, juga dimaki hamun mereka. Kemunculan taukey feri
(Ahmad Nesfu) mengeruhkan keadaan lagi kerana dia juga bersifat angkuh. Wak Mustar
berjaya mengalahkan pekerja-pekerja feri yang diarah untuk memukulnya. Tiga pemuda tadi
kagum dan bersemangat untuk menjadi murid-muridnya. Berlaku kekecohan di jeti sehingga
pekerja-pekerja feri dipukul dan taukey feri dibuang ke dalam sungai. Wak Mustar menerima
tiga pemuda itu sebagai murid-murid, namun apabila menyedari mereka tidak tahu membaca
dan menulis, dipaksa mereka ke sekolah dewasa di mana anaknya Ros (Roseyatimah)
menjadi salah seorang guru. Taukey feri tiba dan meminta wang pampasan kerana kerosakan
yang berlaku di jeti akibat kekecohan. Apabila permintaannya ditolak, taukey feri menyuruh
pekerja-pekerjanya menculik Ros. Tiga pemuda itu menyerang rumah taukeh feri dan berjaya
membebaskan Ros.

Pengajaran Filem Pendekar Bujang Lapok

1) Kepentingan seseorang untuk belajar ilmu mempertahankan diri.


Penting untuk setiap individu sekurang-kurangnya tahu mempertahankan diri sendiri
menggunakan anggota tubuh sendiri, maksudnya tanpa senjata. Belajarlah ilmu
mempertahankan diri.
2) Kepentingan seseorang mempunyai pendirian dan melawan penindasan.
Kejadian ini dapat kita lihat sewaktu orang awam nak naik bot kat penambang tu?
Orang beratur kemain panjang datang si samseng tu potong line. Wak Mustar naik
angin la kan. Dilawannya si samseng dan geng-geng acah samseng yang pau duit
orang tu.
3) Kepentingan ilmu, "Iqra'!"
Mesti tahu membaca dan barulah dapat meberoka lebih banyak ilmu.
Masa ni sangat kelakar. Ramlee, Sudin, Ajis baca mantera ikut hentam keromo
sebabnya diorang tak tahu menulis. Marah wak mustar bila dapat tahu rupanya semua
buta huruf. Disuruhnya wak mustar tiga2 pergi belajar dulu mbaca menulis nanti baru
belajar silat.
4) Kepentingan berkomunikasi dengan jelas
Komunikasi yang jelas adalah penting dalam mana-mana organisasi baik dengan
bercakap mahupun dengan menggunakan isyarat tangan. Kita harus ingat bahawa
sesuatu mesej itu dapat kita sampaikan dalam pelbagai cara; cuma yang patut dibuat
ialah berkomunikasi dengan jelas.Semua watak dalam filem ini tabah hati
mengharungi banyak cabaran untuk mencapai matlamat mereka.
5) Kepentingan Bekerjasama dan Bertabah Hati
Melalui jalan penceritaan ini, Ramlee, Sudin, Ajis saling membantu antara satu sama
lain. Mereka tidak pernah merungut walaupun menghadapi kesusahan.
6) Kepentingan Berfikir di luar kotak
Kita mesti berfikir di luar kotak untuk mengatasi cabaran dan halangan yang dihadapi.
Kerana penyelesaian dengan cara yang sama sudah tentu akan memberi hasil yang
sama sahaja. Jika kita mahukan kelainan, sudah tentu cara penyelesaian juga perlu
berlainan dan lebih efektif. Filem klasik Melayu ini mengajar kita tentang
kepentingan menjalin perhubungan yang bermakna yang memanfaatkan kehidupan
seseorang. Tema kekeluargaan, persahabatan dan kebudayan amat ketara dalam filem
Malaysia ini.

Kesimpulan
Satu perkara unik di dalam filem Pendekar Bujang Lapok ialah, tidak ada adegan
bersolat atau pun ucapan salam atau pun bertahmid. Juga tidak ada kata bual
berbentuk filosofik atau pun yang boleh menjadi petunjuk tentang tema filem. Segala-
galanya dibuat dengan bersahaja seakan apa yang mahu disampaikan hanyalah sebuah
cerita dan tidak lebih dari itu. Dalam hal ini, penguasaan ilmu firasat atau pun filem
oleh P. Ramlee adalah secara total. Kerana itu, filem-filemnya dapat bertahan
sehingga ke hari ini dan mampu dikaji oleh para sarjana. Di samping itu, P. Ramlee
tidak memburuk-burukan bangsa atau agamanya di dalam cerita filem seperti yang
dilakukan oleh beberapa penerbit dan pengarah filem tempatan sekarang. Hampir
kesemua mereka ini juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyampaikan naratif
dan narration seperti yang dibuat oleh P. Ramlee. Apa yang lebih digemari sekarang
adalah watak-watak dan cerita fantasi yang disampaikan melalui elemen-elemen
sensasi. Semua ini pula disampaikan dengan adegan-adegan lawan, stunt dan kesan
khas yang melibatkan aksi watak-watak samseng, mat rempit atau hantu. Hasil kerja-
kerja mereka jelas tidak bertujuan untuk meningkatkan penghayatan atau pun ilmu
ummah sedikit demi sedikit agar dapat melahirkan pelakon yang disegani.

Anda mungkin juga menyukai