Anda di halaman 1dari 7

NAMA : NURRUL’ AIN BINTI ISHAK

NO. IC : 020724-07-0564

NO. ANGKA GILIRAN : SP7071/1118

1.0 TAJUK

Tan Sri P. Ramlee : Kejayaan dan Sumbangannya Dalam Bidang Seni Hiburan Dari Tahun

1953 hingga Tahun 1973 di Malaysia

2.0 PENGENALAN

Tokoh merujuk kepada seseorang yang banyak menyumbang jasa dalam menghasilkan

pelbagai kejayaan , sumbangan dan karya-karya yang berkualiti untuk segenap lapisan

masyarakat. Kejayaan dan sumbangan yang dicurahkan ini menjadikan mereka sebagai

individu yang memainkan peranan penting dalam mengharumkan nama negara. Dalam

bidang seni , terdapat beberapa tokoh yang boleh diteladani. Salah seorangya ialah Tan Sri P.

Ramlee. Tan Sri P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh

merupakan seorang pelakon , penyanyi , pengarah , pemain muzik dan penulis lagu terkenal

di Malaysia dan Singapura. Bermula sebagai juara pertandingan nyanyian anjuran Radio

Pulau Pinang pada tahun 1947 , beliau seterusnya dipilih sebagai Bintang Penyanyi Utama

Malaya. Kemudian , pada tahun 1948 , beliau telah mendapat tawaran sebagai penyanyi dan

pelakon filem dari pengarah filem ‘Shaw Brothers’ , B.S. Rajhans. Tawaran ini telah

menandakan permulaan kerjayanya sebagai seorang seniman agung negara yang tiada galang

gantinya.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat tiga objektif utama kajian. Secara umumnya , kajian ini bertujuan untuk

mengetahui latar belakang kehidupan Tan Sri P. Ramlee yang telah banyak berjasa dalam

bidang seni hiburan. Pengetahuan tentang Tan Sri P. Ramlee amat penting untuk dikaji

supaya karya-karya beliau sentiasa diingati dan dihargai. Selain itu , kajian ini juga bertujuan

untuk melihat seberapa banyak kejayaan dan sumbangannya dalam membangunkan industri

hiburan di Malaysia. Objektif kajian seterusnya adalah untuk menjelaskan cabaran yang

dihadapi oleh Tan Sri P. Ramlee sebelum menempa kejayaan.

4.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian merupakan fokus utama yang akan diberi perhatian oleh pengkaji

dalam pelaksanaan kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan bagaimana Tan Sri P.

Ramlee melibatkan diri dalam bidang seni hiburan. Selain itu , kajian ini juga berhasrat untuk

menjelaskan sejauh manakah sumbangannya dapat membantu membangunkan industri

hiburan di Malaysia. Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti apakah kejayaan yang

diperolehi oleh Tan Sri P. Ramlee sepanjang kerjayanya.

5.0 SKOP KAJIAN

Dari aspek geografikal , kajian ini mengfokuskan kepada kawasan di seluruh Malaysia.

Skop kajian ini juga adalah mengenai Tan Sri P. Ramlee. Tan Sri P. Ramlee telah

menghasilkan pelbagai filem yang bermanfaat dan berunsurkan teladan. Beliau juga telah

berbakti sebagai penyanyi dan pencipta lagu yang sering kali meninggalkan kesan yang amat

mendalam kepada penonton. Oleh itu , tempoh kajian yang dipilih iaitu antara tahun 1953
hingga tahun 1973 , merupakan tempoh masa di mana beliau bergiat secara aktif dalam dunia

seni hiburan dan menyumbang bakti dalam bidang ini.

6.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS

Terdapat banyak hasil kajian ilmiah yang berkaitan dengan sumbangan dan kepentingan

Tan Sri P. Ramlee dalam bidang seni hiburan. Antara sorotan kajian lepas yang pengkaji

dapat melalui pautan rasmi ini ialah https://members.tripod.com/p.ramlee_project2/sejarah

%20hidup.htm , melalui pautan rasmi ini pengkaji dapat melihat penjelasan tentang latar

belakang Tan Sri P. Ramlee. Pada pendapat pengkaji , portal rasmi tersebut sesuai dijadikan

rujukan untuk generasi baru lebih mengenali Tan Sri P. Ramlee yang merupakan seorang

seniman agung negara.

Selain itu , kejayaan Tan Sri P. Ramlee dalam bidang seni hiburan juga dapat dilihat

melalui portal rasmi https://www.slideshare.net/najib6766/tokoh-p . Portal ini menghuraikan

beberapa kejayaan yang telah dikecapi oleh beliau sepanjang tempoh kerjayanya. Portal rasmi

ini juga menceritakan sedikit sebanyak tentang sumbangan dan latar belakang kehidupan Tan

Sri P. Ramlee sebelum melibatkan diri ke dalam dunia hiburan. Sehubungan dengan itu ,

pengkaji berpendapat bahawa portal ini amat berguna untuk semua lapisan masyarakat

membuat rujukan mengenai kejayaan dan sumbangan Tan Sri P. Ramlee yang telah dikagumi

oleh banyak pihak.

Seterusnya , penulisan lain tentang Tan Sri P. Ramlee turut diceritakan dalam portal rasmi

https://www.kelabpramlee.pemenang.org.my/sejarah/ . Portal ini menceritakan tentang karya

– karya beliau yang masih menjadi wadah tontonan di kaca televisyen. Portal ini turut

menjelaskan latar belakang kehidupan beliau secara ringkas di samping menghuraikan


kejayaan yang diperolehi beliau. Melalui sorotan kajian ini , pengkaji berpendapat bahawa

Tan Sri P. Ramlee telah banyak menabur bakti sebagai seorang tokoh seniman negara.

7.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah melayari internet.

Kaedah melayari internet menyebabkan pengkaji dapat mengumpul beberapa maklumat

penting yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini. Antara laman web internet yang

digunakan adalah :

 https://members.tripod.com/p.ramlee_project2/sejarah%20hidup.htm

 https://www.slideshare.net/najib6766/tokoh-p

 https://www.kelabpramlee.pemenang.org.my/sejarah/

 http://wwwnostalgiapramlee.blogspot.com/2007/05/semua-tentang-p-ramlee-

biodata-p-ramlee.html

 https://sites.google.com/site/biografipramlee/?tmpl=%2Fsystem%2Fapp

%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1

8.0 PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara umumnya penulisan kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian utama. Melalui

bahagian pengenalan , pengkaji akan menjelaskan tentang latar belakang dan sejarah tokoh

Tan Sri P. Ramlee. Manakala untuk bahagian isi , pengkaji akan menjelaskan tentang

kejayaan dan sumbangan Tan Sri P. Ramlee di samping cabaran yang dihadapinya dalam

industri hiburan. Untuk bahagian kesimpulan , pengkaji akan membuat rumusan berdasarkan

hasil kajian yang telah dibuat.


9.0 PENUTUP

Melalui kajian yang dibuat ini , pengkaji dapat mengkaji dan mengetahui perjalanan

hidup seorang tokoh iaitu Tan Sri P. Ramlee yang banyak menyumbang bakti dalam dunia

hiburan. Diharapkan dengan kajian ini juga , masyarakat akan terdedah kepada sejarah tokoh

– tokoh terkemuka negara dan dapat menghargai segala sumbangan mereka.


10.0 BIBLIOGRAFI

 Sumber Primer

Akhbar :

- BERITA HARIAN. “ Karya Penuh Makna Tersirat ” 11 Disember 2017.

 Sumber Sekunder

Artikel :

- BERITA HARIAN. “ 149 Karya P. Ramlee Diisytihar Warisan Kebangsaan ” 22

April 2019.

- BERITA HARIAN. “ Kemasyhuran , Bakat Unik Seniman Agung Merentasi

Sempadan ” 15 Mac 2016.

Buku :

- Hussain Abdullah. “ Kisah Hidup Seniman Agung P. Ramlee ”

Laman Web :

- Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang. “ P. Ramlee , 22 Mac 1929-29 Mei 1973 ”

https://www.kelabpramlee.pemenang.org.my/sejarah/

- Mohd Kasri Kasri Saidon. “ Mengupas Sejarah Hidup Seniman Agong P. Ramlee

Dalam Karya Abdullah Hussain Sasterawan Negara Sebagai Penjana Kajian Lanjut ”
https://www.researchgate.net/publication/320854548_MENGUPAS_SEJARAH_HID

UP_SENIMAN_AGONG_PRAMLEE_DALAM_KARYA_ABDULLAH_HUSSAI

N_SASTERAWAN_NEGARA_SEBAGAI_PE

- Siti Mezhura Adnan. “ Kisah Tentang Seorang Lagenda ”

http://pramleesebuahlagenda.blogspot.com/p/blog-page.html

Anda mungkin juga menyukai