Anda di halaman 1dari 1

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK) telah ditubuhkan di Singapura pada Julai 1961.

Apakah peranan jawatan kuasa tersebut?


Jawapan:
a) Menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia.
b) Mengumpul pandangan penduduk terhadap pembentukan Malaysia
c) Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
d) Mengadakan mesyuarat, dan ahli-ahli bersepakat mengemukakan memorandum kepada
Suruhanjaya Cobbold mengenai pertimbangan kepada pandangan dan pendapat Sarawak dan sabah
untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan baru. (m.s. 149-150)

Peranan Remaja Dalam Mengekalkan Kemerdekaan Negara Malaysia

Merdeka adalah satu perkara yang amat bermakna kepada kita terutamanyakepada para perajurit
yang terlibat secara langsung dalam peperangan untuk menuntutkemerdekaan.Keberanian dan
kecekalan mereka perlulah kita hargai.Sifat kepahlawananmereka telah memberi kebebasan kepada
kita untuk mencorakkan bumi Malaysia yangtercinta ini.Sekarang,telah tiba masanya untuk kita pula
menyambung perjuangan merekadalam mengekalkan kemerdekaan negara ini.Kedaulatan negara
perlulah dipertahankan dengan sebaik-baiknya supaya anak-anak kita dapat mengecapi kebebasan
seperti yang kita miliki sekarang.Janganlah kitayang menjadi penyebab kehilangan kebebasan ini
untuk dinikmati generasi masahadapan.Para remaja adalah di antara golongan yang
dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan kemerdekaan negara ini.kita seharusnya berbangga
kerana dapat menetap dinegara bertuah yang dipanggil Malaysia.Untuk mencerminkan perasaan
cinta kepadanegara sendiri,remaja perlulah menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan
negara.Para remaja perlulah bersemangat setia kepada negara supaya pengekalankemerdekaan
negara dapat dilakukan dengan semangat kepahlawanan yang berkobar-kobar.Di antara cara untuk
remaja mengekalkan kemerdekaan negara adalah denganmenyertai angkatan tentera.Tentera amat
diperlukan pada setiap masa kerana peperangan boleh meletus secara tiba-tiba.Dengan kekuatan
tentera yang hebat, kedaulatan negaradapat dipertahankan.Remaja perlulah sedia berkorban untuk
bangsa dan negara.Remaja juga perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni.Sejarah
telahmembuktikan bahawa bersatu padu amat penting dalam mengekalkan keamanan
negara.Apabila semangat bersatu padu tiada,bukan sahaja negara bahkan tamadun yang hebat juga
akan musnah seperti yang terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki danDinasti Ming di
China pada suatu masa dahulu.Jadi semangat kekitaan perlulah dipupuk sejak dari awal demi
menjamin kemerdekaan negara.Disiplin perlulah dijadikan amalan oleh para remaja. Disiplin dapat
melahirkanremaja yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Remaja perlulah menyematkan
disiplindalam diri dengan cara menjadi lebih bertanggungjawab dan menepati masa sekaligusdapat
menjadi warganegara yang berguna.Disiplin di kalangan remaja juga dapat dipupuk dengan
menyertai institusi-institusi pengajian yang berasaskan ketenteraan sepertiMaktab Tentera
Diraja,Kolej Tentera Darat,Kolej Tentera Udara dan Akademi TenteraMalaysia yang dapat membentuk
sifat keperibadian yang unggul.Dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan negara, remaja
perlulah lebih berusaha dan produktif apabila melakukan sesuatu perkara.Para remaja haruslah
lebihtabah dalam menghadapi cabaran demi mempertahankan hak-hak mereka.Kita juga
mesti berdikari dan tidak bergantung kepada kuasa-kuasa asing supaya dapat menjaminkedaulatan
negara.

Anda mungkin juga menyukai