Anda di halaman 1dari 7

ULEK MAYANG

Kumpulan 4
PENGENALAN
Asal mantera ulek mayang berasal dari terengganu.
Amalan ini selalu diadakan di terengganu,apabila agama islam
menjadi agma rasmi malaysia, mantera ulek mayang ini
merupakan amalan yang khurafat dan dilarang.
Tetapi mantera ulek mayang dijadikan sebagai persembahan
kesenian dipersembahkan dengan mayang pinang yang telah
diasapkan keminyan dan disapu dengan minyak kelapa.
Mayang pinang juga dikenali sebagai sumber semangat dalam
persembahan ulek mayang.
Ia juga melambangkan pemujaan yang mendalam.mereka
mempercayai bahawa pesembahan mantera ini meminta
pertolongan kepada tujuh puteri untuk mengubati lelaki yang
sampuk.
MANTERA ULEK MAYANG
Mantera ulek Mayang

Aku tahu asal usulmu,
Seri Bersila nama asalmu,
Seri Berdiri nama batangmu,
Seri hidup asal usulmu,
Seri Menempak nama daunmu,
Seri Guntur nama bungamu,
Seri Gintir nama buahmu.

Aku tahu asal usulmu,
Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
ulek mayang diulek,
ulek dengan tuan puteri,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang kuning.

Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
ulek mayang diulek,
ulek dengan puterinya empat,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang kuning.




Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
ulek mayang diulek,
ulek dengan puterinya enam,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang
kuning.

Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
ulek mayang diulek,
ulek dengan puterinya tujuh,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang
kuning.




ulek mayang diulek,
ulek dengan jala jemala,
ulek mayang diulek,
ulek dengan tuan puteri,
Kutahu asal usulmu,
Yang laut pulang ke laut,
Yang darat pulang ke darat,
Nasi berwarna hamba
sembahkan.

Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
Pulih mayang kupulih,
Pulih balik sedia kala.
NILAI
Nilai Kemanusiaan
Kerjasama.
Membantu orang yang disampuk.
Nilai Kemasyarakatan
Masyarakat yang mengamalkan adat
Saling percaya antara satu sama lain.
Menghormati warisan budaya

PENGAJARAN
Jangan percaya kepercayaan khurafat
Terkandas dari landasan ajaran agama.
Menggunakan khidmat makhluk halus atau pun
jin dalam mengubati seseorang pesakit.
Hargai Warisan
Selepas agama islam muncul, mantera ulek
mayang hanya dijadikan persembahan dan
hiburan semata-mata agar tidak hilang ditelan
zaman.
LIRIK LAGU
Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
ulek mayang diulek,
ulek dengan puterinya
dua,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul
sendeng,
Puteri dua bersubang
gading,
Puteri dua berselendang
kuning

Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
ulek mayang diulek,
ulek dengan puterinya
empat,
Puteri empat berbaju
serong,
Puteri empat bersanggul
sendeng,
Puteri empat bersubang
gading,
Puteri empat berselendang
kuning

Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
ulek mayang diulek,
ulek dengan puterinya
enam,
Puteri enam berbaju
serong,
Puteri enam bersanggul
sendeng,
Puteri enam bersubang
gading,
Puteri enam berselendang
kuning

Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
ulek mayang diulek,
ulek dengan puterinya
tujuh,
Puteri tujuh berbaju serong,
Puteri tujuh bersanggul
sendeng,
Puteri tujuh bersubang
gading,
Puteri berselendang kuning

Anda mungkin juga menyukai