Anda di halaman 1dari 2

KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA Baca dialog di bawah, kemudian buat lakonan berdasarkan dialog tersebut.

(Cikgu Hamdan, guru kelas 4 Ceria, mengingatkan kepada murid-muridnya bahawa pada petang ini aktiviti membersihkan kelas akan dijalankan) Cikgu Hamdan : Murid-murid, jangan lupa datang petang ini untuk membersihkan kelas. Azman : Cikgu, apakah alatan yang perlu kami bawa pada petang ini? Cikgu Hamdan : Kamu tidak perlu menyediakan apa-apa alatan. Memadai sehelai kain buruk untuk mengelap tingkap. Azman : Baiklah, cikgu. Kami akan datang tepat pada masanya. (Semasa dalam perjalanan balik ke rumah, Muhaimin, Amira, dan Sofia berbual tentang gotong-royong membersihkan kelas pada petang ini.) Muhaimin : Malaslah saya datang pada petang ini. Sofia : Jangan begitu Muhaimin, nanti kita akan dimarahi oleh cikgu Hamdan. Amira : Jangan kerana nilah setitik, rosak susu sebelanga. Muhaimin : Baiklah, saya akan datang pada petang ini. (Pada pukul 2.30 petang, murid-murid datang dan berkumpul di dalam kelas 4 Ceria.) Cikgu Hamdan : Baiklah murid-murid, pada hari ini juga kita akan selesaikan kerja membersihkan kelas. Kata orang, genggam bara api, biar sampai jadi arang. Murid-murid : Baiklah, cikgu. Cikgu Hamdan : Baiklah, jikalau begitu mari kita mulakan. (Semasa bergotong-royong membersihkan kelas, Azman mengeluh kepada cikgu Hamdan tentang kerja-kerja yang dibuatnya.) Azman : Aduh, penatlah cikgu buat kerja macan ini! Cikgu Hamdan : Semua orang akan berasa penat Azman, tetapi jika kita amalkan selalu kita akan terbiasa membuatnya. Alah bisa, tegal biasa. Azman : Baiklah, cikgu. (Muhaimin, Sofia, dan Amira berbual sambil membersihkan tingkap.) Muhaimin : Aktiviti sebegini menyeronokan kerana kita saling membantu dan bekerjasama. Amira : Kata orang, kita haruslah bersatu padu dan bekerjasama dalam membuat sesuatu, barulah kita dapat hidup dengan harmoni. Sofia : Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA Baca dialog di bawah, kemudian buat lakonan berdasarkan dialog tersebut. (Cikgu Hamdan, guru kelas 4 Ceria, mengingatkan kepada murid-muridnya bahawa pada petang ini aktiviti membersihkan kelas akan dijalankan) Cikgu Hamdan : Murid-murid, jangan lupa datang petang ini untuk membersihkan kelas. Azman : Cikgu, apakah alatan yang perlu kami bawa pada petang ini? Cikgu Hamdan : Kamu tidak perlu menyediakan apa-apa alatan. Memadai sehelai kain buruk untuk mengelap tingkap. Azman : Baiklah, cikgu. Kami akan datang tepat pada masanya. (Semasa dalam perjalanan balik ke rumah, Muhaimin, Amira, dan Sofia berbual tentang gotong-royong membersihkan kelas pada petang ini.) Muhaimin : Malaslah saya datang pada petang ini. Sofia : Jangan begitu Muhaimin, nanti kita akan dimarahi oleh cikgu Hamdan. Amira : Jangan kerana nilah setitik, rosak susu sebelanga. Muhaimin : Baiklah, saya akan datang pada petang ini. (Pada pukul 2.30 petang, murid-murid datang dan berkumpul di dalam kelas 4 Ceria.) Cikgu Hamdan : Baiklah murid-murid, pada hari ini juga kita akan selesaikan kerja membersihkan kelas. Kata orang, genggam bara api, biar sampai jadi arang. Murid-murid : Baiklah, cikgu. Cikgu Hamdan : Baiklah, jikalau begitu mari kita mulakan. (Semasa bergotong-royong membersihkan kelas, Azman mengeluh kepada cikgu Hamdan tentang kerja-kerja yang dibuatnya.) Azman : Aduh, penatlah cikgu buat kerja macan ini! Cikgu Hamdan : Semua orang akan berasa penat Azman, tetapi jika kita amalkan selalu kita akan terbiasa membuatnya. Alah bisa, tegal biasa. Azman : Baiklah, cikgu. (Muhaimin, Sofia, dan Amira berbual sambil membersihkan tingkap.) Muhaimin : Aktiviti sebegini menyeronokan kerana kita saling membantu dan bekerjasama. Amira : Kata orang, kita haruslah bersatu padu dan bekerjasama dalam membuat sesuatu, barulah kita dapat hidup dengan harmoni. Sofia : Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Anda mungkin juga menyukai