Anda di halaman 1dari 3

20 Senarai Adab Terhadap Guru Mengikut Imam Ghazali

Nampak macam senang, tapi mungkin sebenarnya ada banyak


adab yang kita terlepas pandang apabila sedang menuntut ilmu.
Allah telah meninggikan darjat seorang orang yang berilmu, jadi
kita pun kenalah hormat pada GURU.

1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium


tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
6. Jangan mengumpat pelajar lain.
7. Jangan berbisik di hadapan guru.
8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000
kali.
12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
13. Jangan duduk tempat guru.
14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
17. Muliakan anak-anak guru.
18. Selalu berhubung dengan guru.
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan
keberkatan ilmu.
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.
Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru
mereka dengan nama yang buruk. Bahkan mereka juga tidak
pernah memanggil guru dengan
panggilan "engkau" dan"awak". Al-Khatib berkata: Hendaklah
dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai
hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak
menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan
gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim
kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.

Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun


berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-
bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan
yang keji dan terlarang, apatah lagi untuk berbantah-bantah
dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah.
Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada
kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan
ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-
macam bentuk kebaikan.

Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar


sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka
guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu
sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari
berehat. Ibnu 'Abbas r.a pernah mendatangi salah seorang
daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya
mengenai suatu hadith. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang
tidur. Maka duduklah Ibnu 'Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan
kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu 'Abbas
pun menjawab: Jangan.
Begitulah hormatnya udan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan
itulah mereka menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga
kini kerana mereka begitu menjaga adab dengan guru masing-
masing. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka
yang menghormati guru. insyaAllah.

Menurut Kamus Dewan, ceria dapat diertikan sebagai


sesuatu yang cantik, bersih, suci dan murni dalam
sesuatu ruang atau kawasan tertentu.

Manakala menceriakan bermaksud menjadikan sesuatu


ruang atau kawasan tertentu kelihatan ceria, bersih, dan
cantik

kebersihan adalah keadaan yang bebas dari kotoran,


termasuk di antaranya, debu, sampah, dan bau.

Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan


kesihatan yang baik. Manusia perlu menjaga kebersihan
lingkungan dan kebersihan diri agar sehat, tidak berbau,
tidak menyebarkan kotoran, atau menularnya kuman
penyakit bagi diri sendiri mahu pun orang lain.

Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan


membawa pengaruh yang penting terhadap
pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan
interaksi sosial bagi anggota-anggota di dalamnya
(Abdullah Sani bin Yahya, 2007).

Anda mungkin juga menyukai