Anda di halaman 1dari 3

Apa itu maruah? Apa pentingnya maruah? Bagaimana menjaga maruah?

Apa jadinya kalau


hidup tanpa maruah? Iulah persoalan yang ingin dikupas dalam tajuk ini. Selaku umat Islam kita
mesti mempunyai maruah yang tersendiri dan kita mesti mempertahankannya.
Maruah ialah nilai-nilai kebaikan atau kemuliaan diri atau kehormatan diri izzatunnafsi yang
ada pada seseorang atau sesuatu kumpulan atau sesuatu bangsa. Maruah itulah yang menentukan
harga diri seseorang atau sesuatu bangsa itu. Tanpa maruah, seseorang atau satu bangsa dianggap
tidak ada harga diri, tidak ada kemuliaan dan tidak dihormati lagi. Ada tapi hakikatnya tidak ada.
Sudah tidak dipandang dan tidak diperhitungkan. Hina dan tidak dihormati lagl.
Begitulah pentingnya maruah dan kerana itu setiap orang sangat menjaga maruahnya. Cuma
soalnya, nilai maruah itu tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Tidak sama antara
satu bangsa dengan satu bangsa yang lain. Ia tergantung pada suatu ketentuan yang dibuat oleh
masing-masing kelompok tentang apa itu maruah, mengikut apa yang didasari oleh akidah
masing-masing.
Ada yang menganggap bergaul bebas antara lelaki dan perempuan itu menjatuhkan maruah, tapi
ada pula yang mengatakan hal itu tidak menghilangkan maruah. Begitulah seterusnya .
Umat Islam perlu tahu apa itu maruah bagi diri seorang Islam. Supaya kita dapat menjaga
maruah diri dan agama kita sama-sama menghormati, mempertahankan dan
memperjuangkannya. Oleh kerana maruah adalah nilai diri kita dan hidup mati kita, kita mesti
memiliki dan mempertahankannya bahkan dengan darah dan nyawa sekalipun. Maruah tidak
boleh digadai. Demi menjaga maruah, darah dan nyawa boleh menjadi tebusannya. Begitulah
tingginya nilai maruah pada manusia. Manusia sanggup buat apa saja demi memelihara dan
mempertahankan maruah dirinya, agama, bangsa dan lain-lain.
Maruah atau kemuliaan diri atau izzatunnafsi bagi umat Islam ialah imannya. Kedua, kelslamannya, yakni hukum-hukum yang lima yang tertegak dalam dirinya baik hukum wajib,
sunat, makruh, haram atau mubah. Yang termasuk maruah itu ialah kehormatan anak isteri, harta
dan negaranya. Ketiga, ialah akhlak yang mulia yang menghiasi diri seperti jujur, ikhlas, sabar,
kasih sayang, pemurah, berani, benar, tawaduk, berlapang dada, pemaaf dan lain-lain lagi.
Demikianlah tiga ciri-ciri penting tentang maruah seorang muslim. Inilah harga diri seorang
Islam. Mulianya, terhormatnya dan agungnya umat Islam ialah apabila mereka mempunyai
ketiga faktor ini. Yaitu memiliki maruah diri. Tanpa iman Islam dan akhlak, umat Islam akan
hilang maruah yakni hilang kemuliaan, kehormatan dan keagungan diri. Mereka terhina, tidak
bahagia dan tidak dipedulikan. Ada, tapi seperti tidak ada, tidak diperhitungkan. Sebab itu
seorang Islam yang tahu dan sedar akan hal ini akan berbuat apa saja demi mendapatkan dan
mempertahankan maruahnya selaku seorang Islam. Maruah akan diperjuangkan sebagai hidup
matinya. Tidak ada tawar menawar dan jual beli dalam urusan memelihara maruah. Kalau
maruah tercemar, dia akan sanggup menggadai darah dan nyawa demi mengembalikam
kesuciannya. Dan apabila maruah itu terlepas dari dirinya, dia akan rela mati sesudahnya.
Begitulah sikap muslim sejati, dirinya menjadi tebusan agama dan akhlaknya. Dan dia tidak
takut pada apapun ancaman dalam mempertahankam agamanya itu. Dan dia juga tidak boleh
dipujuk dengan apa saja sebagai penukar maruahnya. Harta, jawatan atau wanita cantik terlalu

kecil dibandingkan dengan maruah diri. Sebab itu tidak akan terkorban maruahnya sebagai
seorang Islam hanya kerana diumpan dengan wang, jawatan dan perempuan.
Bahkan muslim sejati akan sanggup mengorbankan wang, jawatan dan apapun juga sampai darah
dan nyawa sekalipun demi mempertahankan maruahnya. Dia berpegang teguh pada satu ingatan,
kata-kata sakti : Hidup mulia atau mati syahid.Dengan kata lain ia ingin hidupnya mempunyai
maruah dan demi mempertahankam maruah dia rela mati. Seperti inikah keadaan umat Islam hari
ini dalam soal menjaga maruah diri selaku seorang Islam? Dengan mudah kita dapat menjawab,
tidak!
Umat Islam hari ini tidak begitu serius dalam membina maruah diri sebagai seorang muslim.
Bahkan tidak serius dalam menjaganya. Yang lebih dahsyat dari itu, ada umat yang merasa malu
untuk menonjolkan diri sebagai seorang Islam. Malu untuk menjadi seorang yang benar-benar
beriman, mengamalkan hukum-hukum yang wajib dan sumat, dan malu untuk berakhlak sebagai
seorang muslim. Mereka takut untuk dituduh kolot, ketinggalan zaman dan jumud apabila
mereka benar-benar mengamalkan Islam.
Mereka turut membenarkan fitnah-fitnah yang mengatakan, kalau ikut Islam seseorang itu akan
jadi jumud dan ketinggalan zaman. Mereka tidak yakin bahwa dengan Islamlah umat Islam akan
benar-benar menjadi maju dan berhasil di dunia dan akhirat. Mereka tidak faham bahwa tamadun
Islam yang agung, yang telah pemah menggemparkan dunia satu masa dulu adalah dibina atas
iman, Islam dan akhlak. Itulah yang diajarkan oleh Allah dan Rasul. Dan itu jugalah yang
dikatakan maruah tadi. Mereka tidak sedar bahwa umat Islam pada abad kedua puluh ini
sebenarnya tersisih dan terhina di bumi sendiri. Sampai makanan yang disuap ke mulut pun
bukan buatan sendiri, terpaksa menadahkan tangan pada hasil buatan orang kafir. Pakaian yang
digayakan sebagai ciri kemodenan pun diambil dari kilang orang lain, bukan dari kilang umat
Islam. Bukan hasil kemajuan umat Islam. Demikian juga halnya dalam berbagai aspek kehidupan
lainnya, umat Islam bersandar pada ciptaan dan hasil usaha orang bukan Islam. Umat Islam tidak
ada identiti sendiri. Umat Is!am tidak ada maruah sendiri. Mana dia kemajuan dan kemodenan
yang dibanggakan yang hingga kerana Itu umat Islam rela menggadai maruah agama, menggadai
iman dan Islam?.
Jelas sekali, umat Islam hari ini kerana menginginkan pujian, pengaruh, pangkat, harta, dan
wanita cantik telah menggadaikan maruah sebagai umat Islam. Mereka membelakangkan iman
dan hukum-hukum Allah semata-mata kerana memburu apa yang mereka istilahkan kemajuan
tadi. Mereka kira dengan cara itu mereka lebih mulia, terhormat dan terpuji. Mereka menjual
sesuatu yang mahal untuk membeli dunia yang tiada nilainya. Mereka lupakan Allah dan Rasul
kerana kepentingan nafsu dan syaitan. Alhasil, kemuliaan dan kebahagiaan yang dicari makin
hilang. Umat Islam makin tidak dipedulikan oleh dunia, malah tiada harga. Ada, seperti tidak
ada. Yang tinggal hanyalah nama, sedangkan kemuliaan, keagungan dan kegemilangan Islam
dan umat Islam telah terlepas dari manusia-manusia yang bernama muslim!
Yang sebenarnya, untuk Jadi bangsa yang benar-benar maju, mempunyai peradaban dan moden,
kita mesti kembali kepada identiti dan maruah diri sebagai umat Islam. Iman, Islam dan akhlak
yang dikehendaki oleh Al Quran dan Sunnah mesti menjadi pakaian diri kita. Kerana di sanalah
kemuliaam, kehormatan dan kehebatan kita sebenarnya. Iman adalah kekuatan atau tenaga

penggerak untuk menegakkan kemajuan atau tamadun Islam. Hukum-hukum Allah atau syariat
itu sebagai perkara yang hendak dibangunkan yang menjadi syiar kemuliaan, kehebatan serta
ketinggian Islam. Manakala akhlak Islam itu adalah hiasan yang jadi daya tarik pada dunia
tentang betapa besar dan indahnya Islam. Harta dan negara adalah alat dalam mempertahankan
maruah. Sebab itu harta dan negara juga termasuk maruah yang mesti dipertahankan.
Begitulah secara ringkas, bagaimana maruah Islam itu akan mengangkat umat Islam ke mercu
kejayaan dan kegemilangannya. Sekarang, oleh kerana maruah itu tidak ada, maka umat Islam
kekosongan tenaga kerja untuk membina kemajuan dalam ertikata yang sebenarnya. Umat Islam
tidak ada maruah diri kerana mereka tidak faham Islam atau kalaupun faham tetapi tidak mahu
melaksanakannya. Mereka tidak tahu apakah faktor-faktor yang mesti dibangunkan. Dan kerana
akhlak itu tidak menghiasi diri, maka tidak kelihatan apa indahnya Islam itu. Akibatnya umat
Islam sudah tidak dihormati lagi. Orang sudah tidak malu dengan umat Islam kerana mereka
tidak punya maruah dan tamadun sendiri. Mereka hanya sibuk menolong dan membangunkan
tamadun orang lain. Orang lain dapat kemajuan, dapat tamadun, dapat menaklukan dunia, umat
Islam hanya dapat gaji hasil jadi buruh pada bos-bos mereka. Buruh yang boleh meniru perangai
bos-bos mereka. Lihat, dunia kini dalam tawanan Yahudi. Segala sistem berjalan atas dasar yang
digariskan oleh musuh-musuh Allah. Umat Islam sedang menolong menjayakanya. Mereka dapat
upah yang sangat dibanggakan dan merasakan itulah kemajuan dan maruah.
Bilakah kiranya kehidupan dunia ini akan berjalan di atas syariat Islam? Yang segala sistem itu
bersumber pada Al Quran dan Sunnah? Yang umat Islam jadi tuan-tuan, jadi bos, menjadi orangorang yang berperanan menentukan dasar dan matlamat perjalanan sistem itu. Dengan itu akhlak
Islam jadi bunga ummah. Orang lain jadi buruh-buruh yang bekerja menjadi pendukung demi
kejayaanya perlembagaan Allah dan Rasul. Jawabnya, ialah apabila umat Islam mahu kembali
kepada maruah diri sendiri, dan mahu mempertahankannya sekalipun dengan air mata darah dan
nyawa. Sudah sanggup membangun sendiri cara dan sistem Islam dalam kehidupan sekalipun
diancam dan dikecam dengan segala tekanan dan ancaman.
Apabila umat Islam sudah jadi begitu, yakni sudah kembali kepada maruah diri, tunggulah,
sejarah kegemilangannya akan berulang kembali. Apa yang telah dicapai oleh Rasulullah, para
sahabat dan seluruh salafussoleh akan pulang kembali ke tangan kita, insyaAllah. Sebab
kejayaan mereka itu sebenarnya adalah kerana mereka ialah umat yang bermaruah tinggi dan
sangat serius mempertahankannya!

Anda mungkin juga menyukai